FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAK

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

TAJUK : APLIKASI MUTABAAH AMAL

NAMA : NAJIRAH HULWANI BINTI HASSAN
NO MATRIK : AI120150
NAMA PENYELIA : PN. RAHAYU BINTI A. HAMID

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Bab ini akan menerangkan secara terperinci kepada para pengguna mengenai Mutabaah
Amal dan aplikasi Mutabaah amal sendiri. merupakan aplikasi yang digunakan untuk merekod,
menyemak dan mendorong pertambahan amal harian dalam kehidupan muslimin dan muslimat.
Aplikasi ini menyediakan ruang buat para pengguna untuk merekod amalan seharian bagi
menilai catatan amalan seharian. Pengguna juga boleh memilih untuk membuat semakan prestasi

amal mengikut hari, minggu atau bulan.
Aplikasi ini dibangunkan menggunakan platform android mudah alih bagi kemudahan
para pengguna untuk merekod catatan amal harian tanpa mengira batasan dari segi alatan, masa,
wang dan tenaga. Di samping itu, terdapat beberapa justifikasi lain mengenai pemilihan platform
Android dalam membangunkan aplikasi ini.
Bab ini juga akan menerangkan hasil perbandingan antara aplikasi Mutabaah Amal
dengan tiga aplikasi sedia ada yang terdapa di pasaran Android. Aplikasi tersebut adalah Muslim
Life Checklist, Mutabaah Ramadhan dan Tiny Checklist.
.

2.2

Mutabaah Amal

Kata mutaabaah berasal dari kata taaba’a. Kata ini memiliki beberapa pengertian. Di
antaranya, tatabba’a (mengikuti) dan raaqaba’ (mengawasi). Oleh yang demikian, kata mutabaah
bererti pengikutan dan pengawasan. Mutaabaah membawa maksud mengikuti dan mengawasi
sebuah program agar berjalan sesuai dengan yang direncanakan.
Mutabaah amal merupakan satu perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan
dalam diri kita untuk meningkatkan kefahaman dalam Islam, dan mendekatkan lagi diri pada

Pencipta. Meskipun seseorang individu Muslim itu mempunyai pelbagai tugas seperti belajar
atau bekerja , namun, Muslimin dan muslimat perlulah bijak menyusun masa sebaiknya supaya
mutabaah amal dapat berjalan dengan baik.
Allah SWT pernah berfirman dalam surah Al-Hasyr : 18, “Wahai orang-orang yang
beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan
(dari amal- amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu
kerjakan.”.
Dari hadits yang diriwayatkan oleh Muslim (1/421-422 dan 2/382) dan Al Bukhari di
dalam Al Adabul Mufrad (hal 157) , Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat,
“Siapa di antara kalian yang hari ini berpuasa?”
Abu Bakar ra menjawab, “Saya.”
Rasulullah SAW bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini menziarahi orang mati.”
Abu Bakar ra menjawab, “Saya.”
Rasulullah SAW bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini memberi makan orang miskin?”
Abu Bakar ra menjawab, “Saya.”
Rasulullah SAW bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini menjenguk orang sakit?”
Abu Bakar ra menjawab, “Saya.”
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak berkumpul hal-hal ini di dalam diri seseorang kecuali dia akan

masuk surga.”

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa para sahabat sangat menjaga mutabaah amal mereka.
Meski sibuk dalam memikirkan masalah-masalah peperangan dan kemasalahatan umat ketika
itu, mereka masih tidak lupa untuk menjaga hubungan mereka dengan Allah.
Antara senarai mutabaah amal yang dicadangkan adalah seperti ) solat sunat tahajud,
solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat fajr,

solat subuh berjemaah, solat zohor

berjemaah, solat asar berjemaah, solat maghrib berjemaah, solat isyak berjemaah ,bacaan alma'thurat, solat sunat dhuha, solat sunat rawatib, solat sunat witir, tilawah al-quran, tadabur alquran, hafazan al-quran, bacaan ilmiah, selawat dan istighfar dan bacaan al-mulk.
Mutabaah amal pada mulanya terdiri dalam bentuk helaian kertas bertulis yang
dibukukan. Kebanyakan pengguna akan mencatat dan merekod amalan seharian pada malam
hari setelah menyelesaikan semua tugas dan amalan seharian.
Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti melalui penggunaan
helaian kertas bagi kerja merekod mutabaah amal. Antaranya adalah potensi kehilangan helaian
kertas mutabaah amal. Hal ini demikian kerana helaian kertas perlu ditambah setiap bulan atas
faktor kekurangan ruang.
Selain itu, pengguna juga berhadapan dengan risiko kehilangan rekod sekiranya helaian
kertas tersebut koyak atau dikotori dengan bahan-bahan asing. Hal ini mampu menyukarkan

pengguna untuk membuat semakan prestasi bagi rujukan masa hadapan.
Dari dimensi yang berbeza, para pengguna memerlukan beberapa sumber dari segi
kewangan, tenaga, dan masa untuk melakukan kerja-kerja merekod amalan seharrian
menggunakan kertas. Sumber kewangan penting bagi membeli peralatan sepeti kertas dan pen.
Sumber tenaga dan masa pula adalah dari segi tenaga yang digunakan untuk menjalankan kerjakerja merekod amalan seharian.

2.3

Platform Android

Aplikasi ini dibangunkan menggunakan platform Android. Android yang juga merupakan
sistem pengendalian untuk peranti bergerak seperti telefon bimbit, komputer tablet dan komputer
riba dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU.

Aplikasi mutabaah amal memilih untuk menggunakan system android sbagai platform
memandangkan sistem ini adalah percuma di mana semua individu boleh mengubah dan
membina sistem android mereka sendiri. Selain itu, sistem operasi android juga dikenali sebagai
sistem yang mudah di kendalikan, ringkas dan tidak kompleks. Disebabkan itu, kebanyakan
pengeluar telefon pintar dan tablet PC lebih memilih untuk menggunakan sistem android untuk
produk mereka. Selain sebab di atas, kebanyakan pengguna telefon pintar lebih cenderung

kepada sistem operasi android adalah kerana sistem operasi android adalah sangat mesra
pengguna berbanding sistem operasi yang lain kerana ia mudah untuk digunakan.
Platform Android turut digunakan bagi memudahkan para pengguna untuk memuat turun
aplikasi Mutabaah Amal memandangkan sistem operasi Android mempunyai sistem internet
yang mudah dan tidak mempunyai algoritma yang kompleks menyebabkan telefon pintar yang
menggunakan sistem android mempunyai kelajuan internet yang lebih laju.Para pengguna juga
boleh menambahbaik sistem android tanpa perlu mendapatkan telefon pintar baru dari masa ke
semasa,
Di samping itu, sistem Android boleh menyimpan data dalam kuantiti yang lebih besar
berikutan sistem memorinya yang lebih mudah dan besar berbanding sistem operasi yang lain.

2.4

Perbandingan aplikasi sedia ada

Dalam pasaran Android, terdapat beberapa aplikasi sedia ada yang menyediakan fungsi
yang hampir sama dengan aplikasi Mutabaah Amal sendiri. Persamaan ketiga-tiga aplikasi
adalah dari segi merekod amal harian. Namun, terdapat beberapa perbezaan yang dikenalpasti
melalui perbandingan antara kesemua aplikasi ini.


2.4.1. Aplikasi 1 : Muslim Life Checklist

Rajah 2.1 : Aplikasi Muslim Life Checklist
Aplikasi Muslim Life Checklist menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Aplikasi ini turut menyediakan semakan amal ibadat seperti zikir, solat fardhu
dan solat sunat sahaja.
Di samping itu, aplikasi ini memaparkan lima waktu solat fardhu dari pelbagai
negeri dan negara. Rujukan tempat adalah berdasarkan rujukan koordinat . Melalui
rujukan koordinat juga, aplikasi ini mampu menyediakan kemudahan petunjuk arah
kiblat.
Seterusnya, aplikasi ini juga berguna buat para pengguna yang memerlukan
notifikasi bagi setiap waktu solat.

2.4.2 Aplikasi 2 : Mutabaah Ramadhan

Rajah 2.2 : Aplikasi Mutabaah Ramadhan
Aplikasi Mutabaah Ramadhan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa
Indonesia sebagai bahasa pengantar. Para pengguna boleh memilih antara dua bahasa
yang disenaraikan.
Namun demikian, aplikasi ini hanya memfokuskan pada amal ibadah pada bulan

Ramadhan sahaja berikutan Solat Sunat Tarawih turut disenaraikan sebagai amal ibadah.
harian.
Selain itu, aplikasi ini memerlukan para pengguna merekod amal ibadat seharian
dalam bentuk angka. Hal ini sedikit menyukarkan para pengguna untuk menaip angka
satu per satu bagi mendapatkan semakan prestasi amal ibadat seharian.

Dari perspektif yang berlainan, aplikasi ini memberi kelebihan buat para
pengguna kerana aplikasi ini mampu memaparkan prestasi amal dalam bentuk peratusan
dan graf.

2.4.3Aplikasi 3 :Tiny Checklist

Rajah 2.3 : Tiny Checklist
Aplikasi Tiny Checklist menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama.
Aplikasi ini memerlukan para pengguna memasukkan sendiri senarai amal ibadah
seharian. Hal ini berikutan, amal ibadat seharian tidak disenaraikan oleh pihak
pembangun aplikasi ini.

Aplikasi ini juga tidak menyediakan semakan prestasi amal untuk rujukan para
pengguna. Hal ini menyebabkan para pengguna menghadapi kesukaran untuk menyemak

prestasi amal ibadat seharian.
Penggunaan warna dan saiz

teks juga kurang bersesuaian berikutan pihak

pembangun telah memilih penggunaan warna gelap bagi penulisan teks yang tertentu.
Ciri-ciri / Aplikasi

Muslim

Life Mutabaah

Checklist
Konsep

Mutabaah

Ramadhan

Amal


-Penggunaan saiz -Penggunaan

-Penggunaan

saiz dan warna

dan warna tulisan saiz dan warna

saiz dan warna

tulisan yang

yang bersesuaian tulisan yang

tulisan yang

bersesuaian

berikutan saiz dan kurang


bersesuaian

berikutan saiz

warna

tulisan bersesuaian

berikutan saiz

dan warna

yang

terang berikutan saiz

dan warna

tulisan yang


dipadankan

terang

dengan

latar tulisan yang

terang

dipadankan

belakang

yang tertentu

dipadankan

dengan latar

berwarna gelap,

paparan -Penggunaan

muka

Tiny Checklist

dan warna

tulisan yang

berwarna gelap

dengan latar

belakang yang

dipadankan

belakang yang

berwarna gelap,

dengan latar

berwarna gelap,

belakang yang
juga berwarna
Mesra pengguna

Kurang

mesra Mesra

gelap,
pengguna Kurang

mesra Mesra

pengguna kerana kerana aplikasi ini pengguna kerana pengguna
tidak

akan mendapatkan tidak

kerana aplikasi

menyediakan

persetujuan

ini

persetujuan

pengguna

pengguna untuk keluar
keluar

dari aplikasi

menyediakan
untuk persetujuan

akan

mendapatkan

dari pengguna untuk persetujuan
setelah keluar

dari pengguna

aplikasi setelah menyentuh butang aplikasi setelah untuk

keluar

menyentuh

keluar.

butang keluar.

menyentuh

dari

butang keluar.

setelah

aplikasi

menyentuh
Video dan audio

butang keluar.
Tiada video dan Tiada video dan Tiada video dan Ada video dan
audio

audio

audio

audio

Pengaktifan muzik Tidak

Tidak mempunyai Tidak

Mempunyai

dan

pengaktifan muzik mempunyai

pengaktifan

dan

muzik

tahap mempunyai

pencahayaan

Semakan
melalui

pengaktifan

muzik dan tahap pencahayaan.

muzik dan tahap tahap

pencahayaan.

pencahayaan.

prestasi Semakan
hari, prestasi

minggu dan bulan

Notifikasi

tahap pengaktifan

Semakan prestasi Tiada
amal melalui,

dan

pencahayaan.

semakan Semakan

hari, prestasi amal.

prestasi

melalui

bulan minggu dan bulan.

melalui,

hari,

dan

tahun

minggu

dan

sahaja.
azan Ada

Tiada

Tiada

bulan.
Tiada

Tiada

Ada

Ada

solat
Penambahan nota

Tiada

Jadual 2.4 : Perbandingan aplikasi Mutbaah Amal dan aplikasi sedia ada :

2.5

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, bab ini memberi penerangan dengan lebih terperinci mengenai

definisi Mutabaah amal dan cara yang telah diguna pakai oleh pengguna terdahulu. Aplikasi ini
juga direka khas menggunakan sistem operasi Android mudah alih bagi memudahkan seorang
Muslimin atau Muslimat melakukan kerja merekod, menilai, dan mendorong catatan amal harian
tanpa mengira kekangan dari segi masa, tempat dan peralatan. Setelah suatu perbandingan telah
dibuat antara tiga aplikasi sedia ada., Aplikasi Mutabaah amal ini dikenalpasti mempunyai

beberapa keistimewaan berbanding aplikasi sedia ada antaranya pengaktifan muzik dan tahap
pencahayaan, serta semakan prestasi melalui hari, minggu dan bulan.
Bab seterusnya akan menerangkan dengan lebih terperinci mengenai kaedah metodologi
dalam membangunkan aplikasi ini. Metodologi yang digunakan \pembangunan aplikasi telefon
mudah alih adalah melalui kaedah metodologi pembangunan lincah (Agile Development
Methodology). Kaedah ini menyenaraikan beberapa fasa. Antaranya adalah, analisa keperluan,
reka bentuk, dokumentasi, pembangunan projek,penyelesaian masalah, dan pengujian projek,
dan pengeluaran aplikasi di pasaran.