DEFINISI TAKRIF DAN KONSEP 1

2.0

2.1

DEFINISI, TAKRIF DAN KONSEP

SEMANTIK

Bahasa digunakan oleh manusia untuk bertutur. Tanpa bahasa yang jelas dan
bermakna, komunikasi yang bermakna tidak akan berlaku. Hubungan bahasa yang terjadi
antara setiap penutur memerlukan persefahaman antara mereka supaya pertuturan dapat
difahami. Istilah semantik merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada
perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Kajian ini terfokus kepada aspek
kajian tradisional iaitu perubahan makna sebelum tahun 1930. Namun, selepas 1930, kajian
semantik lebih menekankan kepada permasalahan deskriptif dan struktur dalam semantik
(Ullman, 1966).
Palmer (1992) mendefinisikan istilah semantik sebagai satu istilah yang merujuk
kepada bidang kajian makna. Perkembangan dalam bidang linguistik telah menyebabkan
wujudnya pendapat yang meletakkan ilmu semantik di bawah bidang linguistik. Dalam
bidang linguistik , semantik pula ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa
(Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang sangat luas,

dimana ianya mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa serta juga
masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Terdapat beberapa jenis makna
dalam bahasa Melayu antaranya ialah makna afektif, makna leksikal, makna konseptual,
makna konotatif, makna kolokatif, makna tematik dan banyak lagi. Kamus Dewan Edisi
Keempat mendefinisikan semantik sebagai satu kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata.
Dari segi istilah, semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani ‘semantikos’
yang bermaksud ‘significant’ iaitu penting atau bererti. Istilah ini mula-mula diperkenalkan
oleh M. Breal daripada perkataan Perancis ‘semantique’. Kini, istilah semantik digunakan
untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang linguistik. Selain itu, Seseorang itu boleh
mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan
dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang (Leonard Bloomfield, 1992).
Menurut Zabech, semantik dalam peristilahan moden digunakan dengan maksud ‘kajian
tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan
nama khas), ekspresi predikat.
2

Dalam buku Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu oleh Abdullah Yusof, Alias
Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari; menurut mereka, semantik merupakan kajian makna
istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek ‘semantikos’ yang membawa

maksud ‘erti yang penting’. Selalunya terdapat perbezaan antara semantik dan juga
sintaksis. Dalam keadaan tersebut, semantik merujuk kepada struktur ataupun pola yang
formal bagi pernyataannya sebagai contoh, secara bertulis ataupun bertutur. Semantik
(Bahasa Yunani): semantikos, memberikan tanda, penting, dari kata sema (sama), tanda
penting adalah cabang linguistik yang mempelajari makna yang terkandung pada suatu
bahasa, kod, atau jenis representasi lain. Semantik biasanya dibezakan dengan dua aspek
lain dari simbol yang lebih sederhana, serta pragmatik, penggunaan praktis symbol oleh
agen atau komuniti pada suatu keadaan atau konteks tertentu.

2.2

MAKNA LEKSIKAL

3

Makna leksikal merupakan makna denotatif atau tersurat dalam erti kata lain, makna
yang tersurat, makna umum, makna leksikal atau makna kamus. Makna leksikal atau makna
kata merupakan satu subbidang linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa yang
ditunjukkan atau apa yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa.
Makna-makna perkataan yang terdapat di dalam kamus disebut sebagai makna leksikal,

iaitu makna perkataan itu sendiri tanpa melibatkan penggunaannya dalam ayat. Oleh sebab
itu, kamus menjadi pegangan dan rujukan penting bagi penutur sesuatu bahasa.
Selain itu kita juga merupakan kamus bergerak kerana kita mengetahui beratus-ratus
makna bagi bahasa yang dituturkan. Pengetahuan kita tentang makna tersebut
membolehkan kita menggunakan bahasa untuk menyatakan penndapat dan memahami
ujaran yang kita dengar. Perkataan kata sekata, bekata, mengatakan,

dan perkataan

memiliki makna lesikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf
se+,ber+, ber+....+an(...+kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna lesikal melainkan
memiliki makna gramatis. Walaubagaimana pun, apabila imbuhan tersebut digabungkan
dengan kata dasar maka ia memberi makna pada kata dasar tersebut.
Dalam semantik leksikal atau makna leksikal, makna bagi perkataan boleh diberikan
dengan meninjau perhubungan antara unsur-unsur yang membentuk strktur makna bagi
sesuatu perkataan. Struktur makna perkataan dikenali dengan istilah sinonim, antonim,
honmonim, homofon, homograf, hiponim, hipernim, polisem, pertindihan dan ketaksaan.

2.2.1


SINONIM DAN ANTONIM
2.2.1.1 SINONIM

Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentu ejaan atau bunyi tetapi
mempunyai makna yang sama atau hampir sama (O’ Grady, 2000: 118). Contoh bagi
sinonim iaitu induk ialah ibu atau emak atau yang terutama. Istilah sinonim juga merujuk
kepada fenomena bahasa apabila terdapatnya perkataan-perkataan yang mempunyai
makna yang sama. Walau bagaimanapun, tidak semestinya ada perkataan-perkataan yang
mempunyai makna yang sama secara keseluruhannya. Walaupun ada perkataan-perkataan
yang sama makna, contohnya kereta dan motokar, tetapi penggunaannya tidaklah
menyeluruh. Maknanya memang sama dalam frasa seperti kereta besar dan motokar besar.

4

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial,
dan kolokasi. Kesemua jenis sinonim dijelaskan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Jenis Sinonim dan Contohnya.

Jenis Sinonim

Sinonim Pinjaman

Contoh
Belalang bermakna patung dalam kebanyakan dialek Melayu.
Walau

bagaimanapun,

dalam

dialek

Perak,

belalang

bermakna cakcibau.

Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud
konvensionalnya


ialah

timbunan

tanah

yang

menjadi

sempadan petak-petak sawah.
Sinonim Konteks

Perkataan jemput dan udang banyak digunakan dalam
konteks protokol.
Sebenarnya,

jemput


digunakan

dalam

konteks

lisan,

manakala undang dalam konteks tulisan.
Nota: konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.
Sinonim Laras Sosial

Perkataan-perkataan

tersebut

digunakan

dengan


berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang
bernyanyi, manakala biduan bermaksud status yang tinggi
dalam profesionalisme seni.
Sinonim Kolokasi

Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang
tersendiri.

Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna
yang sama.
Perkataan banyak boleh digunakan, sama ada bagi manusia,
tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda, tetapi pastikan
perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata

5

sifat.

2.2.1.2 ANTONIM


Antonim pula ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi
mempunyai makna yang berlawanan (Kuiper & Allan, 2004: 57). Contoh bagi antonim ialah
tinggi di mana lawan bagi tinggi ialah rendah. Makna ini juga disebut sebagai antonim
berperingkat yang menunjukkan bahawa skalanya adalah mutlak tetapi berterusan. Terdapat
juga antonim saling melengkapi iaitu hidup yang berlawanan dengan mati. Bagi contoh
antonim berhubungan pula adalah seperti pensyarah lawannya siswa yang hubungannya
adalah berkait-kait dan bersimetri. Selain itu, terdapat juga antonim resiprokal, misalnya
majikan lawannya pekerja. Jadual 2.2 di bawah menjelaskan tentang jenis-jenis antonim dan
juga contohnya.

Jadual 2.2: Jenis Antonim dan Contohnya

Jenis antonim

Contoh

Antonim Berpasangan

Misalnya perkataan siang lawannya malam.
Perkataan-perkataan tersebut menunjukkan

makna

yang

berlawan

tentang

alam

semulajadi.
Antonim Berperingkat

Antonim ini mendapat nama kerana terdapat
peringkat, sama ada usia, ukuran, bentuk
dan sebagainya. Peringkat ini berasaskan
kata sifat atau kata yang menunjukkan
keadaan dalam kategori yang sama sahaja.

Contohnya ialah muda lawannya tua dan

tinggi lawannya rendah.
Antonim Berhubungan (Kata Bertentangan Perkataan yang berlawan makna tetapi
yang Berhubungan)

mempunyai hubungan. Misalnya pensyarah
6

lawannya pelajar.

Jelasnya, jika ada pensyarah, pelajar pun
wujud.

2.2.2 HONMONIM, HOMOFON DAN HOMOGRAF

Honmonim merujuk kepada homofon dan homograf (Finegan, 2004: 195-196).
Homofon pula bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan (O’ Grady, 2000: 120121). Manakala homograf ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan (Finegan, 2004: 195).
Jadual 2.3 di bawah menunjukkan contoh homofon dan homograf.

Jadual 2.3: Contoh Homofon dan Homograf

Homofon

Homograf

Penggunaan dua bahasa, antara perkataan

Contohnya bedak (bahan yang disapu pada

nun yang menunjukkan jauh di sana dan

muka lazimnya) dan bedak (bahagi sesuatu).

noon (tengah hari) dalam bahasa Inggeris.

2.2.2.1 HIPONIM DAN HIPERNIM

Hiponim pula ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna
perkataan lain, di samping mempunyai hirarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan

7

subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat (O’ Grady, 2000: 119-120). Lihat
Rajah 2.1.

hijau

ungu

kuning

WARNA

biru

merah

Rajah2.1: Contoh Hiponim dan Hipernim

Berdasarkan rajah di atas, warna diklasifikasikan sebagai hiponim dan contoh-contoh
warna itu dikenali sebagai hipernim. Berdasarkan rajah juga, kita dapat membuat
kesimpulan bahawa hiponim dan hipernim saling berkait rapat. Selain itu, perkataan lain
yang boleh dijadikan contoh disini ialah perabot. Perabot bertindak sebagai hiponim dimana
ianya mempunyai makna yang umum manakala kerusi dan meja pula iaah hipernim bagi
perabot kerana kerusi dan meja merupakan perabot dan kedua-duanya mempunyai makna
yang khusus.

8

2.2.3 POLISEM, PERTINDIHAN DAN KETAKSAAN
2.2.3.1 POLISEM

Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang
berkaitan secara konseptual (Kuiper & Allan, 2004:55). Abdullah Hassan (2006: 231) pula
memberikan maksud perkataan yang semula jadi mempunyai banyak makna.

2.2.3.1.1

POLISEM TULEN

Terdapat dua makna berlainan wujud bermaksud polisem tulen. Sebagai contoh, kata
pelat bermaksud kurang betul cara pengucapan dan gaya tertentu mengucapkan sesuatu
ungkapan (Kamus Dewan, 2000: 999). Selain itu, jika sesuatu perkataan sekadar
mempunyai sama sebutan atau sama ejaan dibentuk sebagai kata masukan berlainan,
maka perkataan berkenaan bukan tergolong dalam polisem yang mempunyai banyak
makna.

2.2.3.1.2

POLISEM KONTEKS

Jika diteliti makna sesuatu perkataan, maka terdapat perkataan yang mempunyai
makna yang berlainan yang bergantung pada konteks. Misalnya, kata bantu tentang boleh
bermaksud berkaitan sesuatu perkara tetapi ada masanya perkataan ini boleh membawa
maksud lawan. Ini bererti tentang mempunyai makna yang bervariasi, tetapi kewujudan
polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.

9

2.2.3.2 PERTINDIHAN

Pertindihan ialah ayat yang ditulis di dalam penulisan yang dihasilkan mempunyai
struktur makna yang bertindih. Sebagai contoh,
“Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah.”
Jika di teliti ayat ini, tugasan ilmiah di atas membawa maksud yang sangat umum.
Tugasan ini mungkin boleh berbentuk tesis, jurnal dan artikel. Justeru itu, cara terbaik bagi
menunjukkan struktur makna pertindihan dengan tepat seperti contoh di bawah:
“Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah tesis, jurnal dan
artikel.”

2.2.3.3 KETAKSAAN

Ketaksaan yang terdapat dalam sesuatu ayat yang juga tergolong sebagai struktur
makna berdasarkan teori semantik. Contoh berkaitan boleh dilihat dalam jadual yang
berikut:

Jadual 2.4: Ketaksaan
Ketaksaan

Pelajar

perempuan

itu

begitu

teliti

menyiapkan tugasannya.

Ketaksaan

menunjukkan

kepada

anda

tentang struktur makna digunakan untuk

Perkataan teliti mungkin membawa erti

membayangkan

kemas, terancang dan sebagainya.

maksud

lain

yang

mempunyai ciri makna sesuatu perkataan
yang diberikan.

10

Dalam contoh di ruang sebelah, seharusnya
dapat membayangkan makna teliti meliputi
perkataan kemas, terancang dan perkataanperkataan lain yang relevan.

2.2.3.3.1

KETAKSAAN STRUKTURAL

Ketaksaan struktural melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu
konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat. Contoh, “Dua orang pelajar menerima anugerah
inovasi sains yang mengharumkan nama universiti”.

2.2.3.3.2

KETAKSAAN LEKSIKAL

Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu
perkataan. Contoh, “Pelajar tersebut masih memikirkan sesuatu di dalam kamarnya”.

2.2.3.3.3

KETAKSAAN METAFORA

Ketaksaan metafora melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsur-unsur
kiasan yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya. Contoh, “Perbuatan rakan anda itu
biadab”.

2.3

MAKNA AYAT
Makna ayat terbahagi kepada tiga jenis. Jenis-jenis ini ialah makna tersurat, makna

terselindung dan makna tersirat. Tulisan atau ujaran memerlukan makna yang merupakan
unsur penting. Tanpa makna, apa sahaja yang ditulis atau diujarkan akan menjadi tidak
bermakna dan akan mengakibatkan ketidakfahaman kepada orag yang membaca tulisan
tersebut atau orang yang dilawan bercakap itu. Semua bahasa bergantung kepada makna
11

dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan ayat lazimnay dikaitkan dengan sekurangkurangnya satu makna. Setiap ayat yang dibentuk memerlukan susunan perkataan bagi
mendapatkan makna ayat yang bergantung kepada makna perkataan yang terdapat dalam
ayat yang dibina.
Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Bagi ayat
persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan
hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan
yang terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan
ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan
tanpa membawa apa-apa makna.
Ada juga perkataan yang boleh dikelompokkan ke dalam golongan kata nama dan
kata kerja, kata nama arah dan kata nama sifat. Malahan ada sesuatu perkataan yang boleh
digolongkan sebagai kata nama, kata kerja dan kata sifat.Dalam kita berbahasa, adakalanya
kita tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan kerana kita menganggap pendengar
atau penulis dapat memahami makna yang kita sampaikan. Begitu juga dalam bahasa
Melayu, sering kali apa yang kita ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan apa yang kita
maksudkan.

2.3.1 MAKNA TERSURAT

Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang
tertulis atau makan yang diujarkan sahaja tidak kira bahasa yang digunakan itu bertulis atau
bahasa lisan. Makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai
dengan pemerhatian, menurut penglihatan, pendengaran, perasaan atau pengalaman
lainnya. (Nik Safiah Karim, 2004). Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan
mengenai fakta yang bersifat objektif, maka ia juga disebut ‘makna sebenar’ , ‘makna asal’ ,
‘makna mutlak’ atau ‘makna dasar’.
Kita lebih bergantung kepada kebiasaan. Kita akan menganggapnya sebagai betul
kerana sesuatu ayat atau bahasa itu tersebut biasa digunakan. Jesteru itu binaan ayat atau
ujaran seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu.Misalnya,

12

Rama-rama itu hinggap di atas bunga. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita
gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.
Contohnya :
i.

Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

Perkataan para itu telah menunjukkan ramai manakala perkataan pelajar-pelajar juga
menyatakan ramai. Perkataan sekalian juga membawa erti ramai. Jika diteliti, terdapat unsur
lewah dalam ayat diatas dan ayat yang sepatutnya digunakan ialah:
i.

Para pelajar yang dihormati sekalian.

2.3.2 MAKNA TERSELINDUNG

Makna terselindung pula ialah makna yang terselindung disebalik ayat kerana
ketidakhadiran perkataan dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh:
i.

Ibu ke rumah Mak Long.

Kata pergi tdidak dihadirkan dalam ayat diatas tetapi pendengar dapat memahami
perbuatan ibu yang pergi ke rumah Mak Long. Walaupun sesuatu perkataan itu tidak dapat
hadir dalam ayat, ianya dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Dengan kata lainnya,
perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan makannya
membuktikan adanya struktur dalaman dalam pemikiran atau fikiran pendengar atau
pembaca tadi. Contoh lain yang dapat diberikan ialah:
i.

Cikgu Athirah guru Matematik di sekolah kami.

Daripada ayat diatas, makan terselindung yang terdapat dalam ayat tersebut ialah
kata pemeri yang yang memerikan pekerjaan Cikgu Athirah, iaitu guru Matematik di sekolah
kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah:
i.

Cikgu Athirah ialah guru Matematik di sekolah kami.

13

2.3.3 MAKNA TERSIRAT

Makna konotatif ialah makna yang diperolehi berbeza daripada makna yang tertulis
atau makna yang diujarkan. Bahasa seperti ini wujud dalam masyarakat melayu kerana
timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Makna ini lebih
mengutamakan nilai komunikatif. Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan

nilai rasa, baik positif mahupun negatif (Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa
itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana.
Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang
sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza.
Perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan
wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi.
Contohnya dalam ujaran “ Banyak cantik kerja kamu”, kata cantik tidaklah
membawa maksud “lawa” atau “indah” tetapi makna yang sebaliknya. Yang
dimaksudkan oleh pengujar dalam ayat ini ialah kerja orang yang dilawan cakap itu
bukanlah cantik atau kemas tetapi tidak tersusun atau kemas. Makna ayat ini
ditentukan oleh konteks pengguna. Selain daripada itu makna konotatif (tersirat) juga
saling dikaitkan dengan peribahasa. Peribahasa lazimnya (termasuk simpulan
bahasa) mengandungi hanya satu makna walaupun terdiri daripada dua atu lebih
perkataan. Dengan kata lain, makna ungkapan itu diambil kira daripada keseluruhan
perkataan dalam peribahasa itu. Misalnya buah tangan, “naik angin”, “kuah tumpah
kenasi”, dan “harapkan pagar, pagar makan padi”. Contohnya:
i.

Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.

Bahasa seperti ini diguna pakai dalam kehidupan masyarakat Melayu kerana
timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini ada
dalam bahasa Melayu dan disebut sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus
untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk
kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk
ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.

14

2.4

PERISTILAHAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan
kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu
bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks
bidangnya. Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum
ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah.
Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu.
15

Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem
merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.
Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan
beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan konsep
atau objek khas dalam bidang tertentu. Bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar
melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai.
Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang
menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan. Melalui istilah, sesuatu konsep dalam bidang
ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak. Kedudukan istilah
menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains dan teknologi yang mengandungi pelbagai
konsep khusus dan bersifat teknikal.
Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan
bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri. Peristilahan merupakan
bidang linguistik praktis

yang menerapkan

Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam

melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen
Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebih khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan
model dari segi tiga teori peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya
disesuaikan

lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang

menyatakan empat perkara, iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek.
Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa Melayu,
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam bahasa itu. Hingga
kini, DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang
ilmu, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku. Pencapaian tersebut amat jelas
menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu, bahasa berteknologi tinggi dan bertamadun melalui peristilahan. Akan tetapi
semua usaha itu tidak memberi manfaat jika pihak masyarakat atau pengguna bahasa
Melayu tidak menghargai sumbangan badan berkenaan, dan bersama – sama meletakkan
bahasa Melayu sebagai bahasa yang maju di rantau ini dan dunia umumnya.

2.5

TATAISTILAH

16

Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah
ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang
dihasilkannya). Tata istilah atau ‘terminology’ pula merupakan kumpulan istilah bagi satusatu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya,
tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu.

2.6

TATANAMA
Tatanama pula ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang

ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa
dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa.
Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang
penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren,
nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam
bidang masing-masing.

17