Pelan Strategik PELANCONGAN DAN ALAM SEK

KEMENTERIAN PELANCONGAN
KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR

Pelan Strategik Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

Kandungan

Muka

1.0

Profile rekod bersejarah Kementerian

1

2.0

Misi, Visi, Objektif

2


3.0

Peranan Utama

3-4

4.0

Dasar- dasar Utama Kementerian

5-6

5.0

Skop Perkhidmatan Utama Jabatan dan Agensi di bawah
Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar

14

6.0


Piagam Pelanggan

16

7.0

Teras Strategik Kementerian

19

1

Pelan Strategik Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

6.0PROFILE
REKOD
BERSEJARAH
KEMENTERIAN
PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR SABAH


Tahun
1968

Kementerian ini telah ditubuhkan pada tahun ini
dan dikenali sebagai Kementerian Penyelarasan
yang dilaksanakan oleh Jabatan- Jabatan Negeri
dan Persekutuan.

Tahun
1976

Kementerian Tenaga Rakyat dan Pembangunan
Alam Sekitar

Tahun
1981

Kementerian Pembangunan Sumber


Tahun
1985

Kementerian Tenaga Rakyat dan Pembangunan
Alam Sekitar

Tahun
1987

Kementerian Pelancongan dan Pembangunan
Alam Sekitar

Tahun
1998

Kementerian Kebudayaan, Alam Sekitar dan
Pelancongan

Tahun
1999


Kementerian Pembangunan Pelancongan, Sains
dan Teknologi

Tahun
2004 Sekarang

Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan
Alam Sekitar

2

Pelan Strategik Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

7.0

MISI, VISI DAN OBJEKTIF

MISI
1. Untuk menjadikan industri pelancongan sebagai penyumbang utama kepada

ekonomi negeri, khasnya dan Negara, amnya secara berkekalan;
2. Untuk melindungi, memelihara dan memulihara keindahan alam sekitar supaya
bersih, sihat dan selamat untuk didiami; dan
3. Untuk memelihara dan memulihara Warisan Seni Budaya (yang bersifat nyata dan
tak nyata) untuk tatapan generasi masa kini dan akan datang.
VISI
1. Negeri Sabah sebagai destinasi Eko- Pelancongan yang unggul (Eco Tourism
Premier Destination)
2. Negeri Sabah sebagai sebuah negeri yang bersih, serta mempunyai alam sekitar
yang sihat dan selamat untuk didiami; dan
3. Negeri Sabah sebuah negeri yang mempunyai kepelbagaian Warisan Seni Budaya
dan alam semulajadi yang cukup terpelihara, terselenggara dan berkekalan.
OBJEKTIF
1. Untuk menggalakkan, memajukan dan mempromosikan pembangunan industri
pelancongan negeri secara teratur dan berkesan ke arah menjadikan industri ini
sebagai salah satu penyumbang utama kepada KDNK dan pendapatan tukaran
wang asing yang berkekalan;
2. Untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk tempatan, khasnya yang
tinggal di luar bandar melalui peluang pekerjaan dan perniagaan yang wujud
daripada sektor pelancongan.

3. Untuk mengawal semua aktiviti pembangunan bagi meminimumkan degradasi
kepada alam sekitar;
4. Untuk mewujudkan dan menguruskan secara berkesan kawasan-kawasan
perlindungan agar kewujudan eko-sistem alam semulajadi serta habitat flora dan
fauna akan berkekalan.
5. Untuk mengadakan program- program penyelamatan, pemeliharaan dan
pemuliharaan warisan seni budaya suku kaum/ etnik, serta warisan semulajadi
Sabah supaya berkekalan untuk faedah generasi masa kini dan akan datang.

3

Pelan Strategik Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

8.0

FUNGSI UTAMA

PELANCONGAN
a) Menggubal dasar dan mengeluarkan garispanduan tentang pembangunan
pelancongan yang lestari.

b ) Membuat penyelidikan dan kajian kesauran untuk tujuan perakuan ke atas
permohonan pembangunan pelancongan seperti berikut:
I.
II.
III.
IV.

Tanah Kerajaan
Pemilik tanah (alienated land)
Kemudahan, dan
Perkhidmatan penggalakan pelancongan
c) Menyedia dan mengagihkan anggaran belanjawan untuk pembangunan
pelancongan.
d ) Mengurus dan menyelaras pelaksanaan dasar pembangunan pelancongan.
e) Memantau dan menilai pelaksanaan program pembangunan pelancongan.
f ) Menyelaras, mamantau, mengubal dasar bagi semua program / aktiviti yang
dikendalikan oleh Jabatan / Agensi dibawah kementerian.
g ) Menggalakkan dan memajukan industri pelancongan di negeri sabah.

KEBUDAYAAN

a) Merawat tradisi, menyebarkan seni serta memelihara dan melindungi elemen –
elemen penting warisan budaya, nilainya serta manifestasi untuk faedah generasi
masa kini dan akan datang.
b) Memelihara, mengembangkan dan mengukuhkan kebudayaan ke arah mewjudkan
keperibadian kebangsaan dan etnik di negeri Sabah.
ALAM SEKITAR
a) Melindungi dan memilihara flora dan fauna di negeri ini agar semua spesis
berkekalan di habitat semulajadinya dan memastikan penggunaannya adalah secara
lestari.
b) Melindungi, memulihara dan mengekalkan kawasan-kawasan yang mempunyai
potensi serta keindahan alam sekitar dan lanskap semulajadi.
c) Melindungi dan memulihara keaslian alam sekitar melalui pengawasan
pembangunan tanah dan industri untuk meminimumkan degredasi ke atas alam
sekitar.

4

Pelan Strategik Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

9.0


DASAR-DASAR UTAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN
ALAM SEKITAR

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menjalankan peranannya seiring
dengan dasar-dasar utama di peringkat Persekutuan yang telah tersedia bagi memacu
pembangunan Pelancongan, pemuliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar
Negeri Sabah.

DASAR- DASAR UTAMA PERINGKAT
KEMENTERIAN DAN MATLAMATNYA:-

DASAR
PEMBANGUNAN
PELANCONGAN

DASAR
KEBUDAYAAN

DASAR

PERLINDUNGAN
ALAM SEKITAR

1.DASAR PEMBANGUNAN PELANCONGAN :Industri pelancongan negeri adalah sumber ekonomi yang penting dan perlu diperkukuhkan
agar ia menjadi penyumbang kepada ekonomi negeri secara berkekalan.
MATLAMAT DASAR:







Mempertingkatkan kedatangan dan perbelanjaan pelancong;
Menggalakkan pembangunan pelancongan domestic;
Melaksanakan promosi dan pemasaran berdasarkan 'unique
selling piont' mengikut pasaran serta kumpulan sasaran;
Mewujudkan keseimbangan di antara pembangunan pelancongan
tempatan dan di antara bandar dan luar bandar;
Memberi keutamaan kepada penglibatan masyarakat setempat
dalam aktiviti pelancongan; dan
Menggalakkan pelaburan sektor swasta, selaku 'engine of
growth' dalam industri pelancongan.

5

Pelan Strategik Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

2. DASAR PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR
Kesejahteraan alam sekitar hendaklah dipelihara bagi mengekalkan kualiti hidup yang sihat
dan selamat, serta bagi mendokong sektor utama seperti sektor pertanian, pelancongan dan
pembuatan kearah mencapai pembangunan yang seimbang dan lestari bagi negeri Sabah
melalui pengurusan alam sekitar yangseimbang serta pemeliharaan kawasan-kawasan yang
kaya dari segi nilai budaya, dan kepelbagaian alam semula jadi.
MATLAMAT DASAR
Untuk mengekalkan kestabilan alam sekitar dan membangunankan satu rangkaian sumber
alam semulajadi yang unik dan sumber penyokong hayat yang sistematik
bagi faedah
ekonomi yang berkekalan untuk dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang.
3.DASAR KEBUDAYAAN
Negeri Sabah kaya dengan kepelbagaian dan keunikan warisan budaya, sejarah dan
semulajadi yang telah menjadi lambang identiti dan kebanggan masyarakat Sabah, khasnya
dan Malaysia, amnya. Kepelbagaian warisan budaya ini perlu dipelihara, dekekalkan dan
dikembangkan bukan sahaja untuk dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang,
tetapi juga untuk membantu dalam meningkatkan sumber pendapatan ekonomi negeri
melalui sumbangannya kepada sektor pelancongan.
MATLAMAT DASAR
Untuk menyelamat, memelihara dan mengekalkan khazanah warisan budaya, sejarah, dan
semulajadi Negeri Sabah agar dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang.

6

Pelan Strategik Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

12.0 SKOP PERKHIDMATAN UTAMA JABATAN DAN AGENSI
KEMENTERIAN PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR

DIBAWAH

Kementerian ini memberikan tanggungjawab dan amanah kepada jabatan dan agensi
dibawahnya untuk melaksanakan perkhidmatan teras secara cekap dan berkesan seperti
berikut:

Logo Jabatan/ Agensi

Skop Perkhidmatan

Jabatan Hidupan Liar
Menguatkuasakan Enakmen Pemeliharaan Hidupan
Liar 1997 serta memelihara dan mengurus sumber
Hidupan Liar Negeri Sabah.

Jabatan Hidupan Liar
Jabatan Perlindungan Alam Sekitar
Mentadbir
dan
menguatkuasakan
Enakmen
Perlindungan Alam Sekitar 2002 dan peraturanperaturan yang dibuat di bawah Enakmen berkenaan.

Jabatan Perlindungan Alam
Sekitar
Jabatan Muzium Sabah
Mengumpul,
memulihara
serta
memelihara,
mendokumentasi, mempamerkan dan menberikan
interpretasi bahan-bahan dan maklumat budaya,
sejarah dan sejarah alam semulajadi negeri Sabah yang
merupakan elemen penting dalam warisan budaya
masyarakat Sabah selaras dengan Enakmen BarangBarang Kuno dan Harta Karun No. 11/77 pindaan
(2006)
Jabatan Muzium Sabah

7

Pelan Strategik Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

Lembaga Pelancongan Sabah

Lembaga Pelancongan Sabah

Sebagai agensi yang menjalankan aktiviti pemasaran
dan promosi industri pelancongan bagi negeri Sabah
selaras dengan Sabah Tourism Promotion Corporation
Enactment 1981. Aktiviti pemasaran dan promosi
program pelancongan selaras dengan kehendak industri
pelancongan tempatan dan global.
Lembaga Pemegang Amanah Taman- Taman Sabah
Mentadbir, memelihara kawasan yang telah diwartakan
sebagai Taman- Taman Sabah serta bertanggungjawab
menguatkuasakan Enakmen Taman- Taman Sabah
1984 (Sabah No. 6, Tahun 1984)

Lembaga Pemegang Amanah
Taman- Taman Sabah
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah
Agensi yang terlibat secara langsung dalam
mempromosikan dan menggalakan aktiviti dan program
yang berkaitan dengan kebudayaan masyarakat Sabah
serta Menguatkuasakan Enakmen Lembaga
Kebudayaan Negeri Sabah 1996.

Lembaga Kebudayaan Sabah

8

Pelan Strategik Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

13.0 PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN
ALAM SEKITAR NEGERI SABAH
Piagam Pelanggan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Pelancongan ditentukan
berdasarkan perkhidmatan utama jabatan dan agensi dibawahnya. Justru, piagam
pelanggan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-

PIAGAM PELANGGAN

Kami anggota Kementerian Pelancongan,
Kebudayaan dan Alam Sekitar adalah komited
memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta
layanan yang adil dan saksama

KAMI BERJANJI AKAN

1. Menyediakan dan memberi maklumat mengenai Dasar Pelancongan, Kebudayaan
dan Alam Sekitar yang tepat dan kemaskini dalam masa (1) minggu selepas
permintaan diterima.
2. Memastikan setiap permohonan bantuan kewangan oleh pelanggan dijawab
dalam masa (1) minggu selepas permohonan diterima.
3. Memastikan setiap pelaksanaan pembangunan projek / aktiviti berkaitan dengan
Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar diselaras, dipantau dan dinilai
sehingga siap mengikut jadual perlaksanaannya.
4. Memastikan setiap pertanyaan atau aduan dijawab dalam tempoh satu (1) minggu
selepas aduan diterima:-

SEKTOR AWAM
Semua Kementerian, Jabatan, Badan
Berkanun dan Agensi Kerajaan di
Peringkat Negeri dan Persekutuan

SEKTOR SWASTA
Para Agen Pelancongan / Para Persatuan /
Kebudayaan / Badan – Badan Bukan
Kerajaan / Institusi Pengajian Tinggi /
Individu atau berkumpulan yang berurusan
dangan kami

9

Pelan Strategik Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

15.0 TERAS STRATEGIK KEMENTERIAN PELANCONGAN KEBUDAYAAN DAN ALAM
SEKITAR
KRA
1.Sumbangan industri pelancongan kepada ekonomi negeri
OUTCOME
Peningkatan sumbangan pelancongan kepada KDNK negeri serta menjana aliran masuk
tetap wang asing
STRATEGI
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Meningkatkan aksesibiliti udara melalui kerjasama dengan pengusaha
pelancongan dan syarikat – syarikat penerbangan antarabangsa dan nasional.
Menggalakan pelaburan sector swasta, selaku “engine of growth” dalam industri
pelancongan;
Meningkatkan aktiviti pemasaran dan promosi di pasaran – pasaran berpotensi;
Menjalankan “target marketing” di pasaran niche dan pasaran yang mempunyai
kesan belian tinggi.
Mengenalpasti produk pelancongan baru dan menggalakkan pembangunan
produk serta perkhidmatan pelancongan yang inovatif:
Menggalakkan penganjuran acara- acara antarabangsa yang berimpak tinggi;
Menggalakkan penyertaan masyarakat tempatan dan luar Bandar dalam
pembangunan pelancongan.

10

Pelan Strategik Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

KRA
2.Pembangunan industri pelancongan yang mampan dan berdaya
saing
OUTCOME
Industri pelancongan yang berdaya maju dan mempunyai daya tahan terhadap cabaran
semasa
STRATEGI
i.

Menggalakkan
antarabangsa;

pengurusan

produk

pada

tahap

kualiti

dan

piawaian

ii.

Meningkatkan kualiti infrastruktur yang berdaya maju dan berorientasikan
pasaran;

iii.

Menggalakkan pembangunan prasarana dan produk pelancongan yang mesra
alam;

iv.

Meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan;

v.

Mewujudkan skim pentauliahan produk dan perkhidmatan pelancongan negeri
(eco- certification)

11

Pelan Strategik Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

KRA
3.Peningkatan perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar
OUTCOME
Persekitaran yang bersih, sihat, dan selamat.
STRATEGI
i.

Mengurusperdanakan alam sekitar dalam perancangan dan pembangunan
negeri;

ii.

Memperketatkan aktiviti pemantauan dan penguatkusaan alam sekitar;

iii.

Memupuk sifat bertanggungjawab masyarakat terhadap pemuliharaan alam
sekitar serta impak perubahan iklim melalui program program komunikasi,
pendidikan dan kesedaran awam

KRA
4.Perlindungan biodiversiti

OUTCOME
Pengukuhan perlindungan biodiversity melalui pewujudan jaringan kawasan pemuliharaan
dan spesies – spesies flora dan fauna
STRATEGI
iv.

Mengukuhkan pengurusan kawasan-kawasan pemuliharaan

v.

Mengukuhkan jaringan pemuliharaan habitat dan spesies flora dan fauna;

vi.

Meningkatkan kesedaran dan sokongan awam terhadap kepentingan kawasan
pemuliharaan dan spesies flora dan fauna

vii.

Meningkatkan penyelidikan saintifik untuk menyumbang ke arah pengurusan
kawasan pemuliharaan serta spesies- spesies flora dan fauna berdasarkan
kepada data- data saintifik

viii.

Memulihara flora dan fauna yang terancam dari kepupusan

ix.

Meningkatkan kemudahan eko-pelancongan dan rekreasi secara mampan di
kawasan pemuliharaan.

12

Pelan Strategik Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

KRA
5.Pemuliharaan dan Perlindungan Warisan Budaya
OUTCOME
Pengukuhan perlindungan pengurusan pemuliharaan warisan budaya.
STRATEGI
i.

Mengarusperdanakan dan mengantarabangsakan warisan budaya;

ii.

Menjalankan penyelidikan dan pembangunan warisan budaya

iii.

Menggalakkan dan menbangunkan produk kebudayaan yang bermutu dan boleh
dikomersilkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;

iv.

Memperkasa pertubuhan kebudayaan dalam negeri termasuk penyediaan
bantuan dana dan yang berpatutan;

v.

Menggalakkan dan mengekalkan penghayatan kepelbagaian budaya dan
warisan dengan memberi kesamarataan akses kepada semua etnik untuk
berkembang;

vi.

Memperkukuhkan penguatkuasaan Enakmen dan perundangan berhubung
dengan harta warisan budaya;

13