AGENDA MEMPERKASA PENYAMPAIAN GURU UGAMA

AGENDA MEMPERKASA PENYAMPAIAN GURU UGAMA :
CABARAN TEKNOLOGI SEMASA
1. PENDAHULUAN
Seluruh dunia kini sedang mengalami perubahan dan perkembangan yang amat pesat
dalam berbagai aspek kehidupan. Ini meliputi kehidupan politik, sosial, ekonomi,
pendidikan, pengurusan, pentadbiran, ilmu, budaya, kesenian, dan sebagainya. Suatu
perkara yang pasti ialah kuasa penggerak dan pencetus perubahan dunia hari ini ialah
dunia barat. Dalam konteks perubahan ilmu, cengkaman barat dan pemikiran evolusi
merupakan dua perkara yang mesti difahami dan ditangani oleh umat Islam khususnya
mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan dan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. (Ismail & Sahri 1994)
Adalah suatu perkara yang tidak perlu dipertikaikan lagi bahawa Islam adalah suatu
agama yang amat menitikberatkan soal ilmu pengetahuan. Wahyu pertama yang
diturunkan oleh Allah subhanahu wata’ala merupakan satu arahan untuk membaca (dari
segi teorinya) dan menuntut ilmu pengetahuan (dari segi praktisnya), iaitu Firman Allah
(Surah al-Alaq : 1 – 5) ;

            

           


“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan

manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah. Yang
mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang
tidak diketahuinya.”
Ruang lingkup ilmu pengetahuan adalah amat luas dan mencakupi pelbagai bidang dan
sub-bidang. ICT umpamanya merupakan salah satu daripada bidang ilmu yang perlu
dikuasai oleh umat Islam khususnya guru agama.

hrdy/08M0751/ubd/April2009

Tugasan PI5403 (TPPI)

Halaman | 1

2. Profesion Guru Agama sebagai penggerak motivasi pelajar
Menurut Profesor Madya Dr Tajul Ariffin Noordin, guru adalah penggerak dalam
pembangunan ummah dan menjadi guru bukanlah semata-mata memegang satu pekerjaan,
malah gurulah yang sebenarnya mencorakkan masa depan anak-anak untuk menjadi insan
intelek yang berwibawa. Gurulah yang dapat menyelamatkan anak bangsa daripada

menjadi mangsa arus pembangunan dan gurulah yang menjadi penggerak untuk
menghasilkan generasi yang cemerlang dari segi kerohanian dan kebendaan, dan
kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat (Ismail & Sahri 1994).
Di antara peranan guru secara ringkas mestilah seorang yang mempunyai kuat pegangan
amalan agama, disamping mempunyai minat dan iltizam yang tinggi dan mantap terhadap
tugasnya selaku seorang pendidik. Terus belajar, mencari, menerokai, mendalami dan
mengajar ilmu dengan penghayatan konsep ibadah (Ismail & Shari 1994).
Guru yang mempunyai daya usaha tidak akan terperangkap dengan rutin kerja yang
membosankan murid-murid dan para pelajar. Guru-guru profesional sentiasa memikirkan
dan mencuba pendekatan atau kaedah mengajar yang baru supaya pengajarannya menarik
dan berkesan. Sifat ingin tahu akan mendorong guru untuk sentiasa menambahkan
pengetahuannya. Ia akan sentiasa mempelajari dan menyesuaikan diri dengan perubahanperubahan sama ada dalam perspektif kurikulum ataupun pedagogi, di samping berusaha
melengkapkan diri dengan berbagai jenis ilmu pengetahuan dan penguasaan kemahiran.
Untuk menyampaikan pengajaran dengan yakin, guru harus menguasai pengetahuan yang
luas serta mendalam. Ini hanya boleh dicapai jika guru mengamalkan budaya suka
membaca. Keberkesanan penyampaian amat bergantung kepada kemahiran berkomunikasi.
Guru yang bijak berkomunikasi akan membolehkan murid-muridnya (dan para pelajarnya)
mengikuti pengajaran yang diajar dengan berkesan. Kemahiran berfikir akan membantu
menyampaikan pelajaran sepenuhnya mengikut rancangan yang disediakan. Murid-murid
dan para pelajar akan terangsang dengan setiap fakta yang disampaikan. Sememangnya

kemahiran berfikir yang baik merupakan syarat penting untuk meningkatkan kualiti
profesionalisme seseorang guru.

hrdy/08M0751/ubd/April2009

Tugasan PI5403 (TPPI)

Halaman | 2

3. Memperkasa Penyampaian Guru Agama : Cabaran Teknologi Semasa
Membincangkan perihal kaedah pengajaran bagi guru-guru khasnya guru-guru agama
sebenarnya memang banyak. Di antaranya yang seringkali digunapakai ialah seperti
kaedah kuliah (termasuk syarahan dan penerangan secara lisan), kaedah perbincangan
(diskusi), soal jawab, simulasi, nasihat, peragaan, lakonan dan seumpamanya. Selaras
dengan perkembangan semasa kini, teknologi pendidikan boleh dianggap sebagai salah
satu alat atau bahan pengajaran yang lebih bersistematik.
Menurut Profesor Madya Dr Hj Su’aidi (2009), Teknologi Pendidikan adalah merupakan
satu sistem latih guna teknologi dan media elektronik moden secara terancang bagi
menghasilkan kecekapan (eficacy) dan keberkesanan (efficiency) dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ia juga merupakan satu cabang disiplin pendidikan yang mengutamakan

penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam bidang pendidikan dan latihan.
Antara lain cabaran semasa yang perlu dihadapi oleh guru ugama ialah penggunaan
teknologi di dalam proses pengajaran mereka. Guru-guru kini tidak boleh hanya
bergantung sepenuhnya kepada buku-buku teks semata-mata malah mereka haruslah
peka dengan perubahan drastik masakini.
Dengan meninjau perkembangan pendidikan di Negara Brunei Darussalam, Teknologi
Pendidikan kini berupaya dan berpotensi mengubah sistem pendidikan terutama dalam
pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Selain itu juga, kaedah ‘Chalk & Talk” sebagai
salah satu kaedah tradisional dan merupakan kaedah yang paling dominan dalam hampir
majoriti institusi pendidikan di seluruh dunia perlu diubah atau mungkin dikurangkan
dengan mengintegrasikannya kepada teknik baru iaitu ‘Click & Surf’. Dan sebagai langkah
untuk mempertingkatkan keupayaan para guru dalam penyampaian pengajarannya, maka
SPN 21 (Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21) kini menjadi pelan induk untuk membina
sistem pendidikan baru di Negara Brunei Darussalam yang boleh dikatakan memenuhi tren
semasa (Su’aidi 2009). Di antara fokus dan bidang pembelajaran dalam SPN21 ialah
kemahiran ICT yang merupakan keperluan asas yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar
selaras dengan kemajuan teknologi yang pesat dan globalisasi.

hrdy/08M0751/ubd/April2009


Tugasan PI5403 (TPPI)

Halaman | 3

Dalam usaha untuk memperkasa penyampaian guru agama, Profesor Madya Dr. Tajul Ariffin
Noordin dan Profesor Madya Dr Nor’ Aini Dan (2002) ada menggariskan beberapa perkara
yang berkaitan terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu antara lainnya
seperti berikut ;
(1)

Sebelum mengajar guru perlulah menstruktur pengajarannya supaya dapat membina
akhlak muslim dalam setiap tajuk pelajaran yang diajar. Dalam kata lain, pembinaan
dan penghayatan akhlak muslim perlu dibina merentasi tajuk-tajuk kuliah.

(2)

Sumber asas pendidikan Islam adalah wahyu iaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah. Di
samping itu guru perlu membaca sumber-sumber dalam bidang lain seperti sastera,
ekonomi, sains, teknologi, industri dan lain-lain. Tujuannya ialah untuk melahirkan
guru yang mempunyai pengetahuan luas dalam pelbagai bidang.


(3)

Isi pengajaran perlulah dikaitkan dengan isu-isu semasa dan aplikasi sosial, sains,
ekonomi dan teknologi. Dengan cara ini dapatlah prinsip-prinsip Islam dihayati ke
dalam kehidupan. Pendekatan ini dapat membantu ke arah usaha menjadikan Islam
sebagai satu cara hidup.

(4)

Perlu dilaksanakan kemahiran inkuiri ke dalam setiap tahap pengajaran sama ada
pendahuluan, perkembangan dan penutup. Ini bermaksud pelajar digalakkan berfikir
dan menyelesaikan sendiri sesuatu masalah. Guru berperanan sebagai pembimbing.
Dengan cara ini dapatlah dikembangkan potensi berfikir dan penyelesaian masalah
di kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, guru perlu memastikan proses berfikir dan
proses penyelesaian masalah mematuhi prinsip-prinsip yang digariskan dalam AlQur’an dan As-Sunnah.

(5)

Di akhir pengajaran guru-guru diharap akan membina hikmah, pengajaran atau

kebaikan sesuatu tajuk yang dipelajari dalam kaitannya dengan realiti kehidupan
yang sebenar. Aktiviti ini akan menimbulkan kesedaran dan keinsafan di kalangan
pelajar betapa pentingnya Islam sebagai teras kehidupan.

(6)

Seperti biasa, guru mestilah melakukan penilaian di akhir pengajaran. Ini bertujuan
untuk memastikan matlamat, objektif, isi pengajaran dan aktiviti-aktiviti pengajaran
yang dilaksanakan berkesan dan berjaya. Andainya belum berjaya perlulah diperbaiki
tahap-tahap atau komponen-komponen pengajaran yang kurang memuaskan.

hrdy/08M0751/ubd/April2009

Tugasan PI5403 (TPPI)

Halaman | 4

Sehubungan dengan itu, pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran sebahagian
besarnya bergantung kepada tahap kejayaan komunikasi di antara guru dengan murid dan
pelajar. Komunikasi dalam aktiviti dan penyampaian pengajaran yang dirancang akan

berkembang kepada interaksi multi-dimensi di mana guru bertindak sebagai fasilitator
yang menggerakkan pemindahan ilmu dan kemahiran. Disamping itu penggunaan alat
bantu mengajar yang melibatkan panca indera secara integral juga boleh meyakinkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kemas, pemahaman yang lebih kukuh dan
bermakna. Justeru, penggunaan ICT sebagai salah satu sumber (SPP – Sumber Pengajaran
dan Pembelajaran) dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting ke arah
meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran. Kreativiti, inovasi, kemahiran dan
kecekapan guru agama dalam penyampaian dan penambahbaikan yang berterusan
merupakan cabaran dalam karier dan profesion perguruan (Su’aidi 2009).

4. Teknologi Pendidikan dan Teknologi Maklumat : Cabaran untuk guru agama
Teknologi Pendidikan mempunyai hubungkait yang rapat dengan Teknologi Maklumat.
Teknologi maklumat merujuk kepada segala unsur teknologi yang ada kaitan dengan proses
mengendali informasi yang mengandungi maklumat tentang sesuatu dalam bentuk teks,
imej, video dan audio. Teknologi maklumat juga didefinisikan sebagai “pemerolehan,
pemprosesan, penyimpanan dan penyebaran vokal, gambar, teks dan informasi berangka
(numeric) oleh alat-alat mikro elektronik iaitu gabungan antara komputer dan
telekomunikasi” (Zulkiple 2001).
Cabaran yang ditimbulkan akhir-akhir ini ialah para guru agama khususnya sepatutnya
memanfaatkan sepenuhnya teknologi maklumat untuk kepentingan berdakwah. Realiti

penyebaran teknologi maklumat membuktikan bahawa umat Islam tidak boleh berfikiran
simplistik, mengadaptasi teknologi secara membuta tuli. Malahan pandangan bahawa
kaedah pengajaran tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman juga tidak tepat.
Menurut pendapat Zulkiple Abd Ghani (2001) metode dakwah seperti ceramah, khutbah,
kuliah subuh, usrah dan sebagainya masih boleh digunapakai namun perlu diperkukuhkan
dengan memberi latihan pembangunan pendakwahan yang lebih sistematik. Disamping
hrdy/08M0751/ubd/April2009

Tugasan PI5403 (TPPI)

Halaman | 5

memperkukuhkan kaedah pengajaran tradisional, perkembangan teknologi maklumat juga
perlu dikuasai oleh umat Islam terutama guru agama, bukan sekadar menjadi pengguna
(consumers), tetapi menjadi pencipta dan pembentukan minda kepada pembangunan
teknologi sama ada perkakasan atau pun perisian.
Memandangkan pengajaran adalah satu profesion, maka guru agama perlu arif dalam
bidang pedagogi, mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu, kreatif dan
inovatif. Selain itu, memandangkan pelajar-pelajar mempunyai latar belakang yang
pelbagai, maka guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan, strategi, teknologi dan

bukan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) supaya bilik darjah
dapat dijadikan sebagai masyarakat pelajar (community of learners) dan masyarakat
pembelajaran (community of learning), dan dengan penggunaan minda melalui konsep
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif akan menghasilkan pelajar yang berfikir.
Untuk membentuk minda pelajar, maka sekolah perlu ada teknologi canggih, terkini dan
serbaguna (multipurpose) (Saifuddeen 2000).
Manakala menurut Hamidah Baba (1993) pula, teknologi hanyalah enabler, dan setiap
teknologi ada kelebihan dan kekurangannya. Oleh itu guru perlu arif dalam memilih
teknologi yang sesuai bagi kegunaan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada
keseluruhannya menurut beliau lagi, penggunaan teknologi dalam pendidikan boleh
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, memperkenalkan atau
mengukuhkan sokongan tutorial kepada pelajar, meluaskan penyiaran televisyen dan radio
untuk membantu guru memberi kejelasan tentang aspek-aspek sukatan pelajaran yang
sukar difahami oleh para pelajar apabila tiada media dan teknologi untuk berbuat
demikian; dan seterusnya menyeimbangkan secara tepat antara kos, masa dan kualiti
program pengajaran.
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah merupakan satu perkembangan yang
amat penting dalam era globalisasi pada zaman ini. Kesannya yang begitu besar kepada
umat manusia amnya dan para guru agama khususnya serta umat Islam yang berada di
mana-mana sahaja dalam dunia yang fana ini dapat dilihat dengan jelas sekali.


hrdy/08M0751/ubd/April2009

Tugasan PI5403 (TPPI)

Halaman | 6

Walaupun banyak unsur-unsur negatif daripada ledakan informasi yang terdapat dalam

internet sebagai multimedia penyebar maklumat yang terpantas, namun masih terdapat
juga sebahagian laman web yang telah disediakan di dalam internet oleh badan-badan
yang bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan-penjelasan yang up-to-date dan
bersesuaian dengan ajaran Islam khususnya menyentuh tentang agama Islam. Adalah
penting bagi umat Islam khususnya para guru agama untuk mengkaji bagaimana laman web
dan internet serta kemajuan di dalam bidang ICT dapat dimanfaatkan untuk tujuan
dakwah iaitu untuk memperbetulkan keimanan, menguatkan keimanan dan membetulkan
konsep tentang Islam kepada murid dan pelajar khususnya, dan pada waktu yang sama,
cuba memberikan gambaran yang sebenar tentang Islam dalam konteks masyarakat dunia
yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama ini.
Pengisian yang baik, teknologi yang lebih canggih, pendekatan dan metodologi yang
teratur untuk berdakwah adalah nadi kepada keberkesanan ajaran Islam. Dalam ertikata
yang lain, guru agama perlukan ilmu pengetahuan yang dinamik dan up-to-date sekiranya
ingin berjaya. Jika ditinjau dengan teliti, terlalu banyak ayat Al-Qur’an dan Hadith
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam serta sirah perjalanan para Sahabat baginda dan
tamadun peradaban Islam yang mengemukakan kepentingan ilmu pengetahuan dan
kedudukan orang-orang yang berilmu (Saifuddeen 2000). Dalam Al-Qur’an ada
mencatatkan, Firman Allah (Surah al-Zumar : 9) ;

    
        
“Katakanlah : Adakah sama orang-orang yang mengetahui yang mengetahui dengan

orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat
menerima pelajaran.”
ICT tidak boleh dipangang negatif oleh umat Islam. Secara dasarnya, teknologi tidak
membawa bersama-samanya unsur-unsur negatif. Sebaliknya yang menjadikan sesuatu
teknologi itu baik atau buruk adalah penggunanya. Kita sebagai pengguna adalah orang
yang bertanggungjawab dalam mencorakkan pengisian dan penggunaan aplikasi-aplikasi
ICT.

hrdy/08M0751/ubd/April2009

Tugasan PI5403 (TPPI)

Halaman | 7

ICT juga adalah sebenarnya satu bukti kekuasaan Allah subhanahu wata’ala sebagaimana
firmanNya dalam al-Qur’an (Surah Fussilat : 53) ;

 
  
           
     

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di ufuk-ufuk

(segenap penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa alQur’an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa
sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?”
Menurut ulasan Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, “ufuk-ufuk” merangkumi
“ufuk-ufuk dunia maya elektronik yang wujud di dalam abad informasi ini.”
ICT juga merupakan satu teknologi untuk menyebarkan ilmu. Al-Qur’an sebagai misalan kini
telah dikomputerkan dalam satu cakera padat (CD), mu’jam (indeks al-Qur’an) boleh
didapati secara segera melalui cakera padat, terjemahan dan tafsir al-Qur’an dan hadith
dibuat dalam pelabagai bahasa dan berbagai kelebihan lagi. Perisian-perisian lain seperti
Fiqh Ibadat, zakat, ilmu-ilmu agama yang lain turut dimuatkan dalam bentuk yang dinamik
dan mudah difahami. Guru agama harus memanfaatkan teknologi maklumat ini. Terdapat
beberapa laman web yang wujud dalam internet bagi memberi ruang kepada pendidikan
agama, malah sebagai alat untuk menyalurkan idea dan pemikiran. Kini terdapat banyak
organisasi dakwah yang mempunyai laman web sendiri, malah terdapat pensyarah
universiti yang memberikan nota-nota kuliah dengan merujuk kepada laman web masingmasing.
Teknologi maklumat sama ada berbentuk elektronik mahupun bahan bercetak harus
digunakan secara maksimum. Ini merangkumi program agama di televisyen, rencana agama
yang membina kesedaran baru dan ruang soal jawab yang menjadi media dakwah,
contohnya program-program TV seperti an-Nuur (RTB), al-Kulliyah (TV3), Forum Perdana
(TV1) dan banyak lagi.
Di sekolah-sekolah pula, komputer* biasanya digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sebagai alat untuk mengakses maklumat dan untuk berkomunikasi,
hrdy/08M0751/ubd/April2009

Tugasan PI5403 (TPPI)

Halaman | 8

khususnya melalui e-mail. Penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran dirancang
dengan teliti untuk menghasilkan pembelajaran yang bermakna. *[Sebanyak 40 buah
komputer apple macbook disediakan dan dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan,
Negara Brunei Darussalam hampir ke semua sekolah-sekolah rendah dan menengah di
bawah projek mobitel. Sementara Kementerian Hal Ehwal Ugama pula membekalkan 26
buah komputer ke sekolah-sekolah ugama di bawah projek inTel ].
Pembelajaran secara elektronik (e-learning) sebagai satu sistem pengajaran dan
pembelajaran yang mengeksploitasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang
memberi kelebihan mudah capaian, fleksibel, selesa, jimat, kitar semula dan tanpa ruang.
Ia lebih bersifat berorientasikan pelajar, mengaplikasi kaedah perantaraan teknologi
sebagai ganti persemukaan, analatikal dan guru sebagai pengurus sistem atau fasilitator
(Nor Mamat 2008). Dalam e-learning, interaksi pelajar banyak berlaku menerusi medium
ICT seperti e-forum, e-mel, telefon, audio-visual ataupun tele-video konferensi.

5. KESIMPULAN
Konsep etika berguru serta etika mendengar amat dititikberatkan dalam tamadun
peradaban Islam, umpamanya oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya ‘Ulumuddin, Ibnu Khaldun
dalam Muqaddimah, az-Zarnuji dalam Adab Al-‘Alim Wa-al-Muta’allim atau Prof. D. Ahmad
Syalaby dalam Tarikh at-Tarbiyyat al-Islamiyyah. Beberapa prinsip perguruan dan etika
menuntut ilmu tidak mampu dilaksanakan dalam persekitaran cara belajar yang didominasi
oleh medium ICT yang keterlaluan. Konsep pendidikan berhikmah dan mau’izzah hasanah
(nasihat teladan yang baik) tidak mampu dihayati oleh medium yang kaku dan bisu tanpa
disertai oleh akal dan emosi. Malahan konsep penyampaian ilmu itu sendiri juga perlu
dengan kesesuaian yang berbeza, sebagai menepati kaedah komunikasi Islam iaitu ‘setiap

tutur kata adalah mengikut kesesuaian kondisinya.’
Firman Allah (Surah al-Isra’ : 125) ;
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan

bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih
hrdy/08M0751/ubd/April2009

Tugasan PI5403 (TPPI)

Halaman | 9

mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui
orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Para guru agama perlu peka dan berusaha untuk menyamaratakan dan menggabungkan
kepesatan teknologi komunikasi dengan kekuatan dan kemantapan aqidah dan syari’ah
Islam dalam diri mereka. Pegangan dan penerapan asas-asas aqidah dan syari’ah Islam
dapat menolong para pendidik Islam khususnya dalam menangkis anasir perosak dan
pengaruh dari luar.
Selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Pertandingan Membaca Kitab
Suci Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 1412 Hijrah ;
“...dalam era pembangunan sekarang, umat Islam perlu menyedari hal ini, dan mustahak

menumpukan usaha, ke arah menyepadukan ilmu, keimanan dan amal salih itu sebagai
teras pembangunan manusia dan negara. Sebab pada hemat beta adalah tidak memadai
untuk membangun semata-mata sains dan teknologi kosong daripada tauhid...”
“...berbeza dengan sains dan teknologi yang berintikan tauhid, akan dapat menolong

menyelamatkan dunia ini daripada terus menerus terdorong kepada kebinasaan dan
kehancurannya...”
Pembangunan sesebuah negara bergantung kepada keupayaan anak bangsa negara itu
sendiri dalam menghasilkan sesuatu yang proaktif dan berkualiti. Bagi mewujudkan umat
Islam yang berupaya memperkasa agama, bangsa dan negara, pencapaian akademik tinggi
saja tidaklah mencukupi, lebih dari itu mereka hendaklah melengkapkan diri mereka
dengan menguasai pelbagai kemahiran di samping menjaga nilai-nilai moral, spiritual dan
budaya sebagai anak jati Brunei.
Dalam hal ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
bertitah sempena Sambutan Hari Keputeraan baginda yang ke-60 tahun, antara lain
menekankan;

hrdy/08M0751/ubd/April2009

Tugasan PI5403 (TPPI)

Halaman | 10

“...Sebagai pelengkap menghadapi cabaran-cabaran global, kita perlu menyiapkan diri

dengan kemahiran-kemahiran yang wajar dimiliki, supaya kita dapat bersaing langsung
dengan orang lain di segenap bidang...”
Sehubungan dengan itu untuk mempertingkatkan lagi keupayaan bangsa, ilmu
pengetahuan merupakan salah satu elemen penting dalam kemajuan dan kecemerlangan
bangsa dan negara. Ilmu bukan sahaja boleh menyelamatkan sesebuah bangsa dari kancah
kejahilan malah kesejahteraan sesebuah bangsa juga bergantung kepada ilmu
pengetahuan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemajuan tidak akan dapat dicapai, keimanan dan
ketaqwaan tidak akan bertambah dan kita menjadi lemah.
Walau bagaimanapun, ada pepatah yang mengatakan ilmu tanpa iman dan iman tanpa ilmu
akan membawa kepada kemudaratan. Terpulanglah kepada seseorang individu terutama
guru agama untuk mencorakkan proses pengajarannya sama ada ingin melihat anak
didiknya berjaya hingga ke menara gading sebagai satu bonus dan ‘saham’ bekalannya
untuk di akhirat ataupun sekadar menyampaikan ilmu kepada murid dan pelajar atas dasar
tugas semata-mata ibarat ‘melepaskan batuk di tangga’.

hrdy/08M0751/ubd/April2009

Tugasan PI5403 (TPPI)

Halaman | 11

RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

Al-Qur’an al-Karim dan terjemahnya Juz 1 – 30 (1997). Kuala Lumpur : Pustaka Antara
Sdn Bhd.
Dr. Abdurrahman Saleh Abdullah (1990). Teori-teori Pendidikan Berdasarkan Al-Qur’an.
Jakarta : Penerbit Rineka Cipta.
Dr. Zulkiple Abd Ghani (2001). Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ghazali Darusalam (1996). Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ghazali Darusalam (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mohd Nor Mamat (2008). Dimensi Dunia ICT Islam Menyelusuri Perspektif Etika dan

Sosial. Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.
Profesor Madya Dr. Hj. Su’aidi bin Dato’ Hj. Safei (2009). Nota Kuliah : Kriteria Guru

Agama Profesional. Negara Brunei Darussalam : Universiti Brunei Darussalam.
Profesor Madya Dr. Hj. Su’aidi bin Dato’ Hj. Safei (2009). Nota Kuliah : Memilih ABM (alat

bantu mengajar) yang sesuai dalam P & P (pengajaran dan pembelajaran). Negara
Brunei Darussalam : Universiti Brunei Darussalam.
Profesor Madya Dr. Tajul Ariffin Noordin & Profesor Madya dr Nor’ Aini Dan (2002).

Pendidikan & Pembangunan Manusia Pendekatan Bersepadu. Selangor Darul Ehsan :
As-Syabab Media.
Profesor Dr. Hassan Langgulung (1991). Kreativiti dan Pendidikan : Suatu Kajian Psikologi

dan Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Profesor Dr. Mohd Nasir bin Omar (2005). Gagasan Islamisasi Ilmu. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

hrdy/08M0751/ubd/April2009

Tugasan PI5403 (TPPI)

Halaman | 12

Profesor Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Penterjemah : Hj. Ahmad Nuryadi Asmawi (2003).

Wawasan Islam antara Keaslian dan Kemodenan. Selangor Darul Ehsan : Thinker’s
Library Sdn Bhd.
S.S.Husain & S.A.Ashraf, Penterjemah : Maso’od Abdul Rashid (1989). Krisis-krisis Dalam

Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
_______________, Penyunting : Ismail Hj Ibrahim, Mohd Sahri Abdul Rahman (1994).

Ilmu dan Kecemerlangan dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur : Penerbitan Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
________________, Penyunting : Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh (2000).

Memahami Islam Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kuala Lumpur :
Penerbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
________________, Saringan : Yusoff Zaky Yacob (1978). Ilmu-Ilmu Dalam Islam : Siri Al-

Imam Al-Ghazali (4). Kelantan : Syarikat DIAN Sdn Bhd.
________________, (2008). Menyemai Tunas Bangsa Berakhlakkan Al-Qur’an. Negara
Brunei Darussalam : Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
_________________ (2008). Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 SPN21. Negara
Brunei Darussalam : Kementerian Pendidikan.

hrdy/08M0751/ubd/April2009

Tugasan PI5403 (TPPI)

Halaman | 13

LAMPIRAN
AKTIVITI-AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI SEKOLAH

Pembentangan pelajar dengan menggunakan microsoft powerpoint di bilik makmal
komputer (Computer Lab) membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih yakin.

Pembentangan pelajar di bilik makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT Lab) juga
merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pelajar
(student-centred learning)
hrdy/08M0751/ubd/April2009

Tugasan PI5403 (TPPI)

Halaman | 14

Program Jerayawara UNISSA (Universiti Islam Sultan Sharif Ali) mengenengahkan
program-program yang ditawarkan di peringkat pengajian tinggi disamping sebagai
perintis untuk memotivasikan pelajar untuk lebih cenderung ke arah mempertingkatkan
usaha dan minat mereka dalam pembelajaran secara aktif dan kreatif.

Sesi lawatan sambil belajar, contohnya lawatan ke Mahkamah Syariah dapat membuka
minda dan meluaskan pengetahuan pelajar terhadap isu-isu semasa secara realiti.

hrdy/08M0751/ubd/April2009

Tugasan PI5403 (TPPI)

Halaman | 15

Sesi lawatan sambil belajar seperti ke Mahkamah Syariah juga boleh memperkukuhkan lagi
pembelajaran para pelajar secara teori yang dipelajari dalam bilik darjah.

Hj Rose De Yusof bin Hj Mohd Ramlee ( 08M0751 )
Sarjana Pendidikan dalam Pengajian Islam
Institut Pendidikan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam
30 April 2009

hrdy/08M0751/ubd/April2009

Tugasan PI5403 (TPPI)

Halaman | 16