NILAI SOSIAL DAN PATRIOTIK DALAM FILEM P

NILAI PATRIOTIK DALAM FILEM P.RAMLEE1
Wiramanja2
Abstrak
Makalah ini mengungkapkan pembabitan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
dalam bidang perfileman. Kebanyakan karya filemnya berkisar tentang
permasalahan semua bangsa di Malaysia yang disifatkan ada nilai-nilai
patriotik dalam jiwanya. Sifat kekitaan yang digambarkan dalam filem
beliau banyak memberi cerminan sebenar kehidupan masyarakat dalam
zamannya. Namun, paparan dalam filem tersebut masih boleh dijadikan
rujukan dan panduan serta pedoman masyarakat audiens berbilang bangsa.
Masyarakat audiens berbilang bangsa dirujuk mereka yang hidup dalam
satu hasrat, satu perjuangan iaitu mencari kehidupan harmoni dan
kesejahteraan hidup. Nilai patriotik yang digambarkan dalam filem
tersebut secara sedar ataupun sebaliknya adalah realiti sebenar kehidupan
rakyat Malaysia sebelum merdeka dan selepas mengecapi kemerdekaan.
Seolah-olah pandangan P. Ramlee terhadap kehidupan masyarakat majmuk
di negara ini lebih kehadapan. Unsur-unsur perpaduan yang diterapkan
dalam filemnya membuahkan perhubungan erat pertalian persaudaraan di
antara masyarakat Melayu dan kaum lain. Ini dapat dibuktikan dalam
setiap filemnya membabitkan penyertaan kaum India, Cina, Sikh dan lainlain yang hidup dalam satu negara bernama Malaysia. Justeru, kertas kerja
ini sebagai satu penyelongkaran isi hati dalam karya P. Ramlee.


1

“Forum Bicara Seni Seniman Agung P.Ramlee - Seniman Sepanjang Zaman”. 19 Julai
2007, Hotel Vistana, Pulau Pinang.
2
Nama sebenar ialah Hj. Abdul Rahman bin Hj. Ahmad Hanafiah, Pensyarah Kanan,
Fakulti Filem, Teater dan Animasi , Universiti Teknologi Malaysia, Puncak Perdana. Shah
Alam.

1

1.1.

Pengenalan

Ketika kertas kerja ini dibentangi, didapati peminat filem, masih
mengingati Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai legenda dalam dunia
perfileman Melayu tanahair. Dunia perfileman Melayu, tanahair diwarnai
pelbagai corak kegemilangan oleh P. Ramlee dan dilihat sebagai manusia

yang tidak dapat ditandingi sehingga hari ini. Sebagai pembuka bicara
dalam forum ini, saya ingin mengungkapkan kata-kata beliau:
“Aku dilahirkan untuk menjadi bintang pujaan, selagi
hayat dikandung badan, aku tetap berbakti dalam
duniaku. Dan aku percaya mereka tetap mengingati
kerja-kerja seniku”3
Dari ungkapan tersebut, dapatlah diukur P. Ramlee sememangnya
memilih kehidupan sebagai anak wayang untuk sepanjang hayatnya.
Bidang perfileman menandai profesionnya sehingga akhir hayat. Katakatnya juga tidak merujuk untuk mencari kemewahan, tetapi dipuja dan
barangkali dimaksudkan ialah karyanya menjadi tatapan sehingga bila-bila
dan akhir zaman.
P. Ramlee tidak meninggalkan harta pusaka dan kekayaan dalam
bidang yang pernah diceburinya tetapi meninggalkan khazanah ilmu
perfileman yang serat menyimpan pelbagai ilmu. Walaupun ada sarjana
barat mempertikaikan kewibaaan P. Ramlee menceduk idea daripada filemfilem ini, namun itu semua sebagai kritikan peribadi yang tidak berpijak
dengan logik akal. Bagi kita masyarakat Malaysia menganggapkan semua
karya P. Ramlee adalah asli, mana mungkin beliau memperolehi sumbersumber luar diwaktu4 sedang dunia perfileman bermula daripada gurugurunya yang datang daripada India.5
Kertas kerja ini cuma menyingkap nilai patriotisme dalam filemnya
yang terselindung dengan paparan komidinya.6 Filem ini banyak memberi
kesan keseronokkan apabila individu menonton setiap filem7 tersebut.

Barangkali, filem tersebut dianggap evergreen kerana paparannya merakyat
3

Ungkapan tersebut dipetik dari perbualan dengan sahabat karibnya iaitu Datuk Aziz
Sattar. Sepanjang hayatnya, beliau saya rapat dengan Aziz Sattar yang dianggap sebagai
adik kandungnya sendiri.
4
Diwaktu P.Ramlee dalam zaman kegemilangannya, (sebelum dan selepas merdeka)
Malaysia masih kurang filem-filem luar. Kesukaran ini disebabkan bahan tersebut terlalu
mahal dan amat terhad. Pengedaran filem barat dan lain-lain tidak berupaya menembusi
pasaran tanahair kerana faktor-faktor ekonomi.
5
V.B. Ryan, Atony Castella, dan banyak lagi.
6
Komidi yang dimaksudkan dalam filem P. Ramlee ialah memaparkan satira, kiasan,
pemikiran, pendidikan dan lain-lain, mengikut kefahaman dan intrepetasi individu berbeza
di antara individu lain.
7
Filem yang dikaitkan dalam pembentangan kertas kerja ini ialah, Pendekar Bujang
Lapok, Masam-Masam Manis, Bujang Lapok, Sarjan Hassan, Semerah Padi, Keluarga 69,

Gerimis, Anak Bapak dan; Panggilan Pulau.

2

sifatnya.8 Walaupun, Allahyarham telah lama meninggal dunia, tetapi
karyanya yang dianggap sebagai masterpiece masih mendapat perhatian.
Tayangan berulangan daripada pelbagai stesen tv memperlihatkan filemnya
masih segar dalam ingatan peminatnya.
1.2.

Patriotisme dan Nasionalisme

Perkataan ‘Patriotisme’ berasal daripada bahasa Greek, iaitu ‘patriotes’
bermakna rakan senegara dan ‘patrice’ bermakna tanahair atau negara. Ia
membawa maksud keterikatan kepada kumpulan rakan senegara dan pada
tanahair.
Patriotisme juga merujuk pada kesediaan, perjuangan,
mengorbanan yang tiada taranya. Seseorang yang mempunyai semangat
patriotisme berupaya berbuat apa-apa tanpa ada niat mendapatkan balasan
dan ganjaran. Selain dari itu patriotisme 9 boleh disamakan dengan mereka

yang sentiasa sanggup berdepan dengan apa jua rintangan dan
permasalahaan.
Rintangan dan permasalahan bukan lagi perkara
meruncing tetapi perkara biasa.
Definisi patriotisme pula disamakan dengan nasionalisme, namun
kedua-duanya ada kelainan.
Patriotisme biasanya tidak berasaskan
ideologi. Ia adalah satu keterikatan promodial terhadap sesuatu wilayah
atau masyarakat, suatu sentimen kepunyaan dan perasaan satu identiti.
Walau bagaimana kedua-dua perkataan tersebut mempunyai kesamaratan
semangat dan perjuangannya. Setiap kehidupan memerlukan perjuangan,
sama ada perjuangan disertai oleh pengikutnya adanpun perjuangan secara
individu tanpa bantuan manusia lain.
Makanya dalam kontek perbincangan ini nilai patriotisme dan
nasiolisme yang dipaparkan dalam filem P. Ramlee menjurus; pertama,
cinta akan bangsa dan negara, kedua; peka masalah sosial dan rakyat,
ketiga; bersatupadu dan bergotong-royong, keempat; muhibah dalam
bermasyarakat, kelima; hormat dan menghormati, keenam; bersifat amanah
dan ketujuh; mematuhi agama dan undang-undang. Tujuh perkara yang
menyangkut mengenai nilai patriotisme dan nasiolisme menjadi tunjung

peradaban masyarakat Malaysia yang didominasi oleh orang Melayu,
manakala masyarakat Cina dan India sebagai masyarakat serumpun
majmuk rakyat Malaysia.

8

Filem karya P.Ramlee diterima yakni tidak menggira sepadan umur, keturunan,
pendidikan, agama dan lain-lain.
9
Patriotisme menandakan sikap-sikap positif dan sokongan untuk satu 'tanahair' (Huruf
Latin patria), oleh individu dan kumpulan-kumpulan. 'tanahair' (atau 'ibu pertiwi') boleh
jadi sebuah rantau atau sebuah bandar, tetapi patriotisme biasanya digunakan atas sebuah
negara dan / atau satu negara-bangsa. Patriotisme meliputi sikap-sikap sebagai sebagai:
rasa bangga dalam pencapaian-pencapaiannya dan budaya, keinginan bagi mengekalkan
aksaranya dan asas budaya, dan pengenalpastian dengan ahli-ahli lain negara.

3

1.3.


Elemen-Elemen Patriotisme

Dalam kehidupan manusia nilai positif dalam kehidupan ditandaii dengan
tingkahlaku dan pekerti yang mulia. Masyarakat memandang tinggi
terhadap individu yang mempunyai nilai moral10 sebagai idola dalam
bermasyarakat.
Selain itu, keperibadian mulia sebegitu mencakupi
pelbagai aspek sebagaimana pendapat Charles Darwin (1871);
“A tribe including many members who, from possessing in a high
degree the spirit of patriotism, fidelity, obedience, courage, and
sympathy, were always ready to aid one another, and to sacrifice
themselves for the common good, would be victorious over most
other tribes; and this would be natural selection...”11
Filem karya P. Ramlee banyak memaparkan nilai-nilai patriotisme
yang menjadikan filem tersebut bernilai tinggi dari sudut pemikiran
masyarakat Malaysia. Pemikiran masyarakat Malaysia adalah berlandaskan
pemikiran semua kaum yang dianggap rakyat peribuminya. Justeru, semua
kaum menerima filemnya sebagai karya kaum mereka juga, kerana
pembabitan mereka turut dipaparkan.12 P. Ramlee menghasilkan filemnya
seolah-olah memimpin sebuah negara.13 Dia berjaya memimpin manusia

penonton belajar mencintai bangsa dan negara. Selain itu, menyatukan
masyarakat Malaysia dalam dunia perfilemannya.
1.3.1.

Cinta akan bangsa dan negara

Cinta akan bangsa dan negara sudah menjadi kewajiban semua rakyat
Malaysia. Rakyat Malaysia telah dilatih dengan mencinta negara melalui
lagu negaraku. Lagu tersebut secara didaktik memasuki sanubari setiap
rakyat Malaysia yang melalui alam persekolahan sehingga liriknya diingati
secara langsung dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.
Begitu yang terjadi dalam karya Filem P. Ramlee, menyuntik
cintakan bangsa dan semangat perjuangan dalam filem Sarjan Hassan. 14
Gambaran dalam filem ini, jelas menunjukkan semangat perjuangan yang
tinggi ditunjukkan oleh Hassan. Walaupun beliau pernah dijemuh, dihina
dan dipersendakan oleh orang kampung, rakan-rakan dan tidak ketinggalan
10

Nilai moral dalam konteks perbincangan ini merujuk keperibadian yang mulia seperti
dituntut oleh ajaran agama Islam.

11
Lihat... The Descent of Man and Selection in Relation to Sex ( ISBN 1-57392-176-9).
12
Kebanyakan Filem P.Ramlee menonjolkan watak pelbagai bangsa sebagai
memperpaduankan bangsa Malaysia.
13
Allahyarham pernah bergurau dengan Dato Aziz Sattar, ingin menjadi Perdana Menteri.
Pada hakikatnya dia sememangnyamenjadi Perdana Menteri dalam pembikinan idea
filemnya. Temubual dengan Dato Aziz Sattar di Pustaka P. Ramlee “Forum Hanya Dikau”
13 Mac, 2009.
14
Dalam filem sebenar ejaan tajuknya adalah Sergeant Hassan yang menggunakan
perkataan Inggeris. Filem ini diterbitkan pada tahun 1958, yang diarahkan Lamberto V.
Avellana.

4

Buang dan Ajis itu itu anak bapak angkatnya. Namun, seorang pemuda
yang berhati waja dan berpekerti mulia mengambil segala itu sebagai
cabaran untuk memenuhi hasratnya menjadi seorang askar.15

Watak Hassan merujuk sebagai pekerti mulia orang-orang Melayu
ketika itu. Dia sedar kerana menumpang di rumah bekas majikan tempat
orang tuanya bekerja dahulu, dan tidak mahu mencatatkan keruh tinta hitam
dalam keluarganya yakni menderhaka ataupun sebagai pepatah Melayu
mengatakan; seperti kacang lupakan kulit. Walaupun yang dihadapinya
ketika menumpang di rumah tersebut, dia sentiasa dihina oleh Ajis
sebagaimana dailog berikut.16 Penghinaan demi penghinaan Hassan
tanggung dengan penuh ketabahaan sehingga dewasa dan menjadi askar.
Ketika Hassan menjadi askar dia mengetuai platon yang mana Ajis
dibawah pemimpinannya. Namun, Hassan tidak pula membalas dendam
ataupun menunjukkan sifat egonya sebagai seorang ketua. Sikap ini
ditunjukkan juga ketika Ajis mendapat kemalangan parah ketika diserang
hendap oleh tentera Jepun. Ajis walaupun dalam keadaan parah, tetapi
tetap mencemuh dan mengherdik Hassan.17 Dialog disaat Hassan dan Ajis
diserang hendap oleh Jepun memperlihatkan keangkuhan Ajis, walaupun
dalam keadaan segenting itu. Sifat perjuangan yang kental dan tidak
menyimpan dendam terhadapl Ajis, Hassan terus berusaha untuk
menyelamatkan Ajis yang disifatkan sebagai adik kandungnya sendiri.

Hasan dibelasah sewaktu kanakkanak oleh Buang


Buang dibelasah sewaktu dewasa
oleh Hassan

Masing-masing ingin menunjukan
kejantanan

Filem “Sergeant Hassan”
Dalam peperangan menentang pendudukan Jepun, Hassan bertindak
sebagai wira yang tidak pernah tunduk dengan kekuatan tentera Jepun yang
ramai jumlahnya. Semangat perjuangannya terus membakar sehingga
15

Di zaman pembikinan filem tersebut, sering panggil seldadu ataupun askar dan
masyarakat ketika itu sangat menjunjung profesion sebagai askar.
16
Bapak Ajis: (marah dan menuding jarinya) Duduk! (ajis duduk di kerusi) dia anak
angkat aku. aku tak mahu kau bergaduh dan aku mahu kau berbaik dengan dia. (Ajis
bangun dari kerusi memandang tepat ke arah bapaknya) Ajis : Tapi, dia hanya anak
seorang kuli, dia pengotor, dia pakai baju Ajis, seluar Ajis, barang-barang Ajis semua dia
pakai. apa...bapak suruh dia tinggal di sini?
17
Hassan: Kenapa kau? Bangun lekas.(Ajis menoleh ke arah Hassan yang cuma
kelihatan kakinya sahaja). Ajis: Macammana mesti aku nak bangun, kaki aku sakit. Kau
tinggalkan saja aku seorang di sini. Aku lebih suka mati di sini. Aku tak mahu terhutang
budi kepada sesiapapun. Lebih-lebih lagi kau!

5

dapat membebaskan orang-orang kampung daripada acaman Jepun. Lebihlebih lagi menyelamatkan bakal mentuanya yang dijadualkan kena
hukuman pancung di Melaka. Gambaran ketaataan dan kesetiaannya
kepada bangsa, dia mengadaikan nyawa menyerang hendap tentera Jepun
yang membawa bapa Salmah18 dalam perjalanan ke Melaka. Selain itu,
maruahnya tetap terbalas apabila dapat menjejaki Buang yang menjadi talibarut bangsa dan negara. Buang dapat diberkas dan dibunuh dihadapan
khalayak19 untuk membuktikan kejantaannnya dan menunjukkan petualang
sebenar menakhodakan peristiwa berdarah di kampungnya.
1.3.2. Peka Masalah Sosial dan Rakyat
Permasalahan sosial banyak dipaparkan dalam filem P. Ramlee. Ketika
zaman pembikinan filem tersebut, masalah sosial di negara ini berdepan
dengan pelbagai kerumitan. Kehidupan selepas merdeka, rakyat masih
menagih pembangunan. Masyarakat Melayu ketika itu tidak mempunyai
rumah sendiri, tetapi menyewa bilik. Sudah tentu suasana kehidupan tidak
selesa ketika itu. Namun, tidak sahaja itu yang termampu oleh orang-orang
Melayu hidup di bandar untuk mengurangkan perbelanjaan untuk menyewa
rumah. Gambar tersebut sangat jelas memperlihatkan masyarakat di zaman
selepas kemerdekaan tertekan dengan masalah ekonomi yang membabitkan
pendapatan bulanan mereka.
Dalam filem Masam-Masam Manis P. Ramlee menggambarkan
suasana itu, yang mana dia sendiri seorang guru duduk menyewa sebuah
bilik bersebelah seorang perempuan kabaret yang kemudian menjadi
isterinya. Bagi mereka yang baru berkahwin atau bujang, suasana begitu
tidak menjadi masalah, tetapi bagi yang berkeluarga menjadi sebaliknya.
Mereka yang tinggal sebegitu perlu memahami kehidupan berjiran dengan
cara perkongsian pelbagai kemudahan dengan rela hati dan bertimbangrasa.
Berbagai karenah yang ditanggung oleh penghuni-penghuni yang
menyewa rumah kedai milik Mak Minah. Mereka terpaksa berkongsi bilik
mandi dan sebagainya, walaupun dalam keadaan tidak selesa tetapi
terpaksa diharungi. Suasana menjadi gamat jika berlaku perkara-perkara
yang diluar jangkaan penghuni sebagaimana babak dalam bilik sewa Cikgu
Shaari dan Nurliah yang digambarkan dalam filem “Masam-Masam
Manis”.
Dalam babak Cikgu Shaari bergaduh dengan Nurliah seorang gadis
yang menyewa di sebelah biliknya, membabitkan semua penghuni yang
lain. Ketika frame gambar yang ingin dicampakkan oleh Nurliah ke bilik
Cikgu Shaari tersasar dan terkena jiran mereka.20 Penyewa yang terkena
frame gambar terus keluar dari bilik ditemani isterinya, menjadi kecuh dan
18

Bapak Salmah seorang Guru yang sering membela nasib Hassan ketika dia dimarahi
ataupun difitnah. Kerana itu, Hassan amat terhutang budi dan selain itu, dia adalah bapak
mentuanya.
19
Ada di kalangan mereka pernah mencerca dan menghina Hassan sewaktu kanak-kanak
dan ada di antara mereka adalah tali-barut Buang, tetapi berpaling tadah kerana perjuangan
Buang yang sia-sia.

6

gamat di subuh itu. Sehingga menyebabkan penghuni lain turut terjaga dan
berlaku insiden melucukan ialah ketuk mengetuk kepala di antara satu sama
lain. Muncul Mak Minah menenangkan keadaan, tetapi dia juga turut
terkenal ketukan frame gambar yang mana memperlihatkan kelucuannya.

Filem Pendekar Bujang Lapok

Filem Ibu Mentuaku

Filem Bujang Lapok

Kesan dramatik yang digambarkan dalam filem tersebut
memperlihatkan kelojikannya; yakni perkara tersebut barangkali pernah
berlaku dengan isu yang berlainan. Ianya kelihatan sebagai perkara biasa
tetapi sindiran P. Ramlee dalam filem itu yang berlaku dalam kehidupan
masyarakat bandar ketika itu. Beliau paparkan dalam filem kerana
perihatin masalah yang serupa sememangnya berlaku. Begitu juga berlaku
dalam filem “Bujang Lapok”, berlaku pergaduhan jiran sebelah bilik
mereka.21 Pergaduhan suami-isteri merupakan asam-garam kehidupan
berumahtangga, tetapi yang menjadi kelucuannya, perkara yang dipaparkan
sangat simplistik dirungkai dengan penuh sinis dan melucukan.
Sememangnya isu-isu begitu berlaku dalam masyarakat Melayu
yang mana pergaduhan mereka (suami-isteri) tanpa kawalan dapat
didengari dan diketahui oleh jiran tetangga mereka. Barangkali orangorang Melayu sukar mengawal perasaan apabila bergaduh dengan
pasangan mereka, menyebabkan P. Ramlee gambarkan situasi sebenar
dalam filemnya sebagai panduan dan pengajaran.
Dalam filem “Pendekar Bujang Lapok”, memaparkan kehidupan
masyarakat
Melayu yang buta huruf.
P. Ramlee mendokumentasi
sejarah yang mana kerajaan amat prihatin masalah rakyat dengan
mengadakan sekolah dewasa untuk golongan tua. Kerajaan peka masalah
20

Penyewa: (Marah) Di tengah malam lempar-lempar barang ni dalam bilik orang?.
(Pause) Nasib baik kena hidung aku, kalau kena hidung bini aku...apa hal? Fool! Double
fool!
21
Mak Munah: (Marah) Ceraikan aku! ceraikan aku! ceraikan aku...hah! Kau tak guna
jadi jantan. Jantan tak malu...hah. kau...kau. Pak Nyong: Apa yang kau merepek yang
bukan-bukan ni. Apa kurang yang aku kasi sama kau? Mak Munah: Ya, memang kurang.
Asal aku mintak, kau marah. Asal aku mintak. (menunjuk tangannya) Cuba kau tengok
orang sebelah tu. (menunjuk di tangannya) Nah...! gelangnya. Aku semayam emaspun....
tak pernah kau belikan.

7

sosial yang dihadapi oleh orang Melayu kerana buta huruf. Mereka diajar
mengeja dan menggira sebagai usaha kerajaan meningkatkan celik huruf di
kalangan rakyat selepas kemerdekaan.
Jika P. Ramlee tidak
menggambarkan isu tersebut dalam filemnya, barangkali generasi mutakhir
akan buta sejarah tentang peranan kerajaan menyediakan pelbagai
kemudahan untuk rakyat.

Filem: Pendekar Bujang Lapok

Filem Pendekar Bujang Lapok merupakan satu lonjakkan paradigma
pemikiran
P. Ramlee mengorak langkah menghasilkan filem
berlatarsosialkan kehidupan sebenar masyarakat Melayu selepas mengecapi
kemerdekaan. Negara ketika itu, berdepan dengan pelbagai kekurangan
daripada infrastruktur, pendidikan, perubatan dan ekonomi. Ketika itu,
masyarakat Malaysia lebih maklum dan memahami keadaan ekonomi
negara yang mana kerajaan tidak berkemampuan mengadakan segalagalanya secara drastik.
Walaupun begitu, kerajaan tetap mengadakan sekolah khas untuk
warga emas bagi mengambil berat dan perihatin kepada mereka.
Pendidikan merupakan teras utama menjadi agenda politik kerajaan, yakni
jika rakyat ramai yang buta ilmu dan buta huruf, sudah tentu implikasinya
melemahkan jentera kerajaan.
Jentera kerajaan berpaksi kemantapan
pendidikan dan keintelektuan rakyatnya.
1.3.3. Bersatupadu dan Bergotong-royong
Bersatupadu dan bergotong-royong dalam masyarakat Malaysia telah
menjadi satu kemestian dan kewajipan mereka. Kehidupan bermasyarakat
memerlukan kerjasama dan faham-memahami di antara satu dengan lain.
Kehidupan sosial masyarakat Malaysia khasnya orang Melayu ditonjolkan
dalam filem karya P. Ramlee, umpamanya dalam kehidupan bergotongroyong dan bekerjasama menangani setiap masalah. Agama Islam anuti
masyarakat Melayu menjadi perisai dan pedoman mereka.

Dalam filem Semerah Padi memaparkan adegan orang kampung
bergotong-royong mengerjakan sawah dan ladang. Mereka berkerja secara

8

berkumpulan dalam ertikata menyemerak dan memakmurkan suasana
silaturahim di antara pendudukan kampung. Perlakuan dan perbuatan
orang-orang kampung Semerah Padi, menggambarkan situasi sebenar
kehidupan masyarakat Melayu di zaman silam. Masyarakat Melayu di
zaman silam mempraktikkan semangat bergotong-royong, kerana telah
mendarahdaging amalan tersebut sejak nenek-moyong mereka.
Kesan daripada berganding bahu dalam mengusahakan bidang
pertanian yakni bercucuk tanam, makanya terbit semangat kesepaduan dan
kasih-sayang sebagai hubungan kekeluargaan. Hubungan kekeluargaan
bersendikan khidmat sosial secara bersepakatan, membuahkan hasil yang
menyeluruh. Mereka dapat mengukuhkan ekonomi pendudukan kampung
secara sepadu.22
Kerja bergotong-royong adalah satu sistem
kemasyarakatan yang diamalkan dari generasi ke generasi sebagai amalan
adat masyarakat Melayu.
1.3.4

Muhibah dalam bermasyarakat

Muhibah dalam bermasyarakat telah menjadi teras utama pembinaan
keperibadian manusia sama ada di zaman silam dan semasa penulisan ini
dihasilkan.
Di zaman lampau, para pemimpin melaungkan slogan
“Muhibah dalam bermasyarakat” untuk memenangi hati semua kaum.
Slogan itu penting untuk menyatupadukan semua rakyat yang berbilang
kaum di negara ini. Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum
mempunyai fahaman dan anuti agama yang berbeza, tetapi menjalani
kehidupan aman dan sentosa.
P. Ramlee menyahut seruan dan saranan kerajaan, menjadi
muhibbah dalam bermasyarakat di dalam filemnya. Cetusan rasa dan
keperihatinan beliau menghasilkan beberapa buah filem menyelitkan isuisu kemuhibbahan di antara kaum adalah menjadi tanggungjawabnya.
Sama ada audiens sedari ataupun tidak peranan P. Ramlee melaksanakan
kehendaki kerajaan terserah pada penerimaan dan persepsi mereka sendiri.
Jaluran kemuhibbahan di antara kaum dapat dilihat dan dihayati dalam
filem Sesudah Subuh, Sarjan Hassan, Gerimis, Seniman Bujang Lapok,
Bujang Lapok dan lain-lain.

22

Melakukan kerja secara berkelompok ataupun ‘estet’ adalah resam kehidupan di
kampung. Pendapatan secara berkelompok dapat menjana ekonomi orang kampung yang
kini mereka mengamalkan tradisi ‘syarikat koperasi’ dimilik secara bersama tetapi bukan
individu.

9

Filem Bujang Lapok

Filem Semerah Padi

Filem Madu Tiga

Selain itu, susunan masyarakat dalam disatukan di bawah satu
bumbung perpaduan pelbagai kaum dan keturunan. Gambaran tersebut
jelas dipaparkan di dalam filem-filem yang dinyatakan di atas. Umum
mengetahui bahawa filem adalah wadah yang paling dekat dengan
masyarakat audiens. Mereka terdedah dengan maklumat dan mesej yang
pantas sehingga kesan penerimaannya juga pantas. Perubahan sosial
berlaku dengan drastik tanpa menggunakan baget yang besar.23 Tugas P.
Ramlee membawa perubahan ini seharusnya mendapat pengitirafan secara
global, tetapi tidak hanya rakyat negara ini sahaja mengetahui
sumbangannya.
Justeru, karya dalam filemnya membariskan beberapa pelakon
bukan Melayu, dapat mengassimilasikan slogan “Muhibah dalam
bermasyarakat”. Paparan elemen-elemen muhibah dalam filem P. Ramlee
jelas memberi kesan optimun melonjakkan paradigma kehidupan
bermasyarakat yang berharmoni di Malaysia.
1.3.5.

Hormat dan menghargai

Satu bangsa yang disanjungi dan dihormati adalah bangsa bersopan-santun
dan berbudi bahasa. Sifat hormat dan menghargai semasa insan menjadi
tonggak aplikasi tabiat itu sejak turun-temurun lagi.

-

MAAF - ADA SAMBUNGANNYA TETAPI BOLEH
DIPOHON DENGAN MENGHUBUNGI SAYA:
019-2031590

23

Kerajaan tidak perlu mengeluarkan modal untuk tujuan ini, kerana ianya berlaku secara
observasi secara perlahan-lahan. Peranan filem telah terbukti mempengaruhi minda
audiens, sebagaimana yang dilakukan oleh dunia barat.

10