PERBANDINGAN ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN

PERBANDINGAN
TAMADUN CHINA

ANTARA

TAMADUN

ISLAM

DENGAN

Berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan
madani.Perbandingan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China Arab
yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun ialah madana yang
mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.
Pengenalan tentang Tamadun Islam dan Tamadun China ialah kedua-dua
tamadun ini merupakan tamadun besar yang mempunyai pertalian sejarah
zaman silam dan moden. Tamadun awal China yang direkodkan ialah ketika
Dinasti Shang manakala Tamadun awal Islam ialah ketika zaman Rasulullah
S.A.W. Setiap tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan
ciri-ciri tersendiri. Perkembangan sesebuah tamadun itu semestinya hasil

dari masyarakat di dalam tamadun tersebut dalam menerima sebarang
perubahan dan pengaruh tamadun lain. Perkara yang paling penting sekali,
setiap tamadun sebenarnya memainkan peranan penting dalam memberi
sumbangan kepada dunia serta membawa dunia ketaraf yang lebih tinggi
lagi. Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan dan sejarah yang tersendiri
yang perlu diketahui oleh kita semua bagi memberi kefahaman yang
mendalam tentang ketamadunan. KEAGAMAAN DAN KEPERCAYAAN
Tamadun Islam dan Tamadun China sebenarnya mempunyai begitu banyak
perbezaannya. Secara terperincinya, kita boleh pecahkan perbezaan antara
dua tamadun ini kepada 7 iaitu agama, politik, ekonomi, pendidikan, sistem
tulisan, kesenian dan akhir sekali ialah sumbangan tamadun itu sendiri
kepada dunia. (Tamadun Islam): Masyarakat di Tamadun Islam
mengamalkan agama yang diutuskan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad
S.A.W. Agama Islam menekankan konsep Tauhid iaitu mengesakan Allah
S.W.T sebagai tuhan yang berhak disembah, memiliki segala kesempurnaan,
berkuasa mencipta alam semesta. Agama Islam melarang segala bentuk
penyembahan berhala atau penyamaan tuhan selain dari Allah. Masyarakat
di tamadun Islam mempercayai bahawa Al-Quran dan As-Sunnah sebagai
pegangan dan rujukan hidup mereka. Kepercayaan kepada Allah, Malaikat,
Rasul, Kitab, Hari Kiamat serta Qada dan Qadar merupakan perkara yang

wajib dipercayai oleh mereka semua. Manakala bagi Tamadun China pula,
Agama Buddha merupakan satu daripada agama yang dituntut oleh
masyarakat China. Fahaman kedua yang tersasar luas di Negara China ialah
Confucius. Ajaran Confucius memberi penekanan tentang harga diri dan
perasaan kemanusiaan. Masyarakat China mempercayai terdapat lima
kebaikan di dunia iaitu budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan
sifat baik. Dinegara China juga tersebar fahaman taoisme. Ajaran ini
mementingkan kesederhanaan, perdampingan dengan alam semula jadi dan
amalan meditasi. Bagi ajaran ini, raja dan kerajaan tidak penting kerana
manusia boleh menjalani kehidupan mengikut undang-undang alam. Selain
ajaran tersebut, tersebar juga fahaman Mohisme yang hidup sezaman
dengan Confucius. Fahaman utama falsafahnya ialah kasih yang sempurna
untuk setiap manusia.

(Tamadun Islam): Dalam Tamadun Islam, umat Islam diwajibkan beribadat
kepada Allah dengan mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam.
Semua bentuk penyembahan selain dari Allah adalah dilarang sama sekali.
Umatnya juga diwajibkan melakukan ibadat puasa, membayar zakat ,
menunaikan ibadat haji sebagai tanda mentaati perintah Allah. Terdapat
juga amalan sunat seperti bersedekah, berpuasa sunat, mengucap salam,

tolong menolong dan sebagainya. Sentiasa melakukan amal makruf dan nahi
mungkar. Amalan keagamaan (Tamadun China): Masyarakat Tamadun China
iaitu masyarakat Shang percaya bahawa tuhan-tuhan mereka menguasai
semua kehidupan manusia di dunia. Oleh itu mereka menyembah banyak
objek di bumi dan di langit seperti bulan, matahari, bumi(tanah), sungai,
angin dan juga arah iaitu timur, barat dan selatan.
Kepercayaan masyarakat China tentang kuasa dan semangat sudah sebati
dalam kehidupan mereka. Mereka percaya bahawa objek-objek itu
mempunyai kuasa yang boleh menyebabkan banjir, kemarau, wabak
penyakit dan serangan belalang ke atas tanaman. Untuk mengelakkan
malapetaka, mereka menjalankan upacara pengorbanan untuk tuhan.
Masyarakat china juga mengamalkan pemujaan nenek moyang yang telah
lama mati. Kepercayaan terhadap pengaruh nenek moyang ini merupakan
kepercayaan yang tertua di negeri China dan masih kekal sehingga kini.
Pemujaan ini dilakukan kerana mereka percaya bahawa roh nenek moyang
mereka yang telah meninggal dunia itu masih mempunyai pengaruh ke atas
kehidupan mereka sehari-harian atau hari yang akan mendatang. Manakala,
bagi Tamadun Islam pula, mempercayai tentang kehidupan selepas mati.
Islam mempercayai adanya alam barzakh(kubur), hari nisab, hari kiamat,
hari akhirat, titian siratul mustaqim, kehidupan selepas mati, orang yang

berbuat baik akan menerima nikmat dalam syurga manakala mereka yang
melakukan kejahan dan kemungkaran akan mendapat dosa dan ditempatkan
di dalam neraka . Kepercayaan kehidupan selepas mati Tamadun China juga
mempercayai kehidupan selepas mati. Ini adalah berasaskan kepercayaan
mereka terhadap roh alam mati. Mereka percaya bahawa apabila seseorang
itu telah mati, jasadnya akan musnah namun rohnya akan kekal. Oleh itu,
apabila seseorang meninggal dunia, hartanya akan dibakar dan dikebumikan
bersamanya .
Perbezaan yang kedua ialah dari segi kerajaan atau politik. Bagi tamadun
Islam, pemerintahan Islam ditegakkan atas dasar keimanan dan ketakwaan
kepada Allah S.W.T. Hak pemerintahan yang mutlak adalah hak Allah S.WT.
Manusia hanyalah sebagai pemegang amanah. Ketua Negara Islam adalah
pemegang amanah Allah S.W.T yang tertinggi dan rakyat diwajibkan
memberikan kesetiaan selagi amanah Allah itu dilaksanakan. Bagi Tamadun
China pula, masyarakat China mempercayai bahawa Raja diberi mandat oleh
tuhan untuk mentadbir dan memerintah sesebuah negara. Raja-raja di
Tamadun China dianggap sebagai jelmaan tuhan atau bayangan tuhan.
Mereka menggunakan ketenteraan, agama dan mitos-mitos tertentu sebagai

langkah untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Dalam sistem

pemerintahan, Maharaja merupakan ketua pemerintah tertinggi negara yang
berkuasa mutlak. Maharaja berkuasa penuh dalam semua aspek yang
merangkumi politik, ekonomi dan sosial. Segala perintah maharaja, rakyat
tidak boleh ingkar dan jika ingkar rakyat boleh dijatuhkan hukuman yang
berat. Di bawah maharaja, terdapat golongan bangsawan, mereka
merupakan golongan yang berpengaruh di kalangan rakyat. Selepas
bangsawan, golongan petani menjadi golongan yang penting. Artisan,
peniaga dan askar menduduki tempat yang paling rendah dalam kedudukan
masyarakat China. Maharaja memerintah negara berdasarkan prinsip
Confucianisme. Mengikut ajaran Confucius, “sesiapa berjaya mendapat
mandat dari syurga akan berjaya menjadi pemerintah yang baik dan rakyat
dapat menikmati kehidupan yang aman serta makmur”. Sekiranya bencana
alam berlaku, ini menunjukkan bahawa maharaja yang memerintah tidak
lagi mempunyai mandat dari syurga dan dianggap sebagai penjenayah.
Maharaja mesti memerintah negara berdasarkan prinsip-prinsip ajaran
confucianisme.
Aspek ekonomi bagi Tamadun Islam adalah berbeza dengan Tamadun China
dimana dalam Tamadun Islam unsur riba tidak dibenarkan di dalam
perniagaan. Di dalam Islam juga, unsur penipuan seperti mengurangkan
timbangan, boros, kedekut dan membazir tidak dibenarkan sama sekali.

Islam membenarkan umatnya berniaga asalkan ianya dijalankan secara
halal, bersih, suci, berguna dan tidak membahayakan. Matlamat aktiviti
ekonomi Islam bertujuan memenuhi keperluan asas setiap manusia.
Keperluan asas ini termasuklah mempunyai pakaian yang sesuai, tempat
tinggal yang selesa, makanan yang mencukupi dan keperluan perubatan.
Bidang perniagaan merupakan aktiviti utama dalam masyarakat tamadun
islam. Bahkan Rasulullah SAW sendiri adalah seorang ahli perniagaan dan
pernah menguruskan perniagaan hartawan Siti Khadijah R.A. sebelum
baginda memperisterikannya. Manakala, matlamat utama ekonomi Tamadun
China ialah memenuhi keperluan asas hidup iaitu makanan, tempat tinggal
dan pakaian. Maharaja perlu memastikan ekonomi negara China sentiasa
berkembang dan mampu memenuhi keperluan dalam negara.Ini kerana
Maharaja menguasai semua hasil ekonomi negara. Tamadun ini juga
menitikberatkan aspek kebendaan dengan mengenepikan aspek kerohanian.
Oleh itu, ia mengabaikan aspek kemajuan dari sudut kerohaniaan atau
spiritual. Kemajuan berdasarkan keuntungan semata-mata dan berpegang
kepada konsep “matlamat menghalalkan cara”. Sejak zaman berzaman lagi
pertanian merupakan aktiviti utama ekonomi masyarakatnya. Ciri-ciri fzikal
di negara China ini amat subur dengan lembangan sungainya yang rata dan
amat luas seperti Sungai Hwang Ho. Aktiviti ekonomi bermula dengan

tanaman gandum dan sekoi yang merupakan bijirin utama ditanam negara
ini. Oleh itu, tamadun ini bergantung penuh kepada pertanian dan petani
merupakan sumber tenaga buruh yang penting.
Pendidikan dalam Tamadun Islam pula lebih menekankan konsep tauhid
yang memainkan peranan penting dalam transformasi manusia. Ia menjadi

bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari Islam dan merupakan ibadat yang
besar. Kepentingannya amat jelas apabila kita meneliti kepada wahyu
pertama yang diturunkan oleh Allah menyentuh kepada aspek berkenaan. Ia
tidak dimulai dengan perintah yang berhubung dengan perkara yang lain
seperti solat, puasa atau haji dan lain-lain PENDIDIKAN "Bacalah ( Wahai
Muhammad ) dengan namaTuhanmu yang mencipta sekelian makhluk.Ia
mencipta manusia dari sebuku darah beku,bacalah, dan Tuhanmu yang
mulia yang mengajar manusia dengan peaantaraan pena." Pendidikan dalam
tamadun islam tidak terbatas kepada ilmu pendidikan duniawi semata-mata,
tetapi meliputi dua lapangan iaitu dunia dan akhirat. Ilmu dalam Islam
terbahagi kepada dua kumpulan yang besar, pertama ilmu fardhu ain iaitu
kewajipan yang dituntut kepada setiap orang Islam agar dipelajari dan
dihayati. Kedua, ilmu fardhu kifayah iaitu ilmu yang mesti ada pada
sekumpulan orang Islam agar usaha untuk membangun masyarakat dan

umat dapat diteruskan. Sesungguhnya ilmu Allah adalah lebih tinggi dan
menjangkau jauh sehingga ianya tidak boleh diterima oleh daya pemikiran
manusia. Tujuan pendidikan dalam Islam secara amnya berdasarkan kepada
prinsip-prinsip Dinul Islam itu sendiri iaitu membentuk akidah, sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang
mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam
sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia, kesejahteraan abadi
dan mendapat keredaan Allah di akhirat. Oleh itu, sistem pendidikan dalam
Islam adalah berdasarkan kepada peraturan Islam, iaitu peraturan yang
mendorong penganutnya ke arah mencapai matlamat kehidupan
sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Al- Quran:- mengandungi konsep
pendidikan
yang
agung.
Setiap pendidikan hendaklah dimulakan dengan Al-Quran kerana ia menjadi
asas
kepada
pendidikan
keseluruhannya.
Ia menjelaskan konsep dan cara pendidikan yang sepatutnya dilalui oleh

manusia
kepada
keadaan
yang
lebih
baik.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: sumber pendidikan Islam ialah "Dan
kami tiadalah menurunkan kepadamu al-kitab (Al-Quran) ini, melainkan agar
kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu,
dan untuk menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman." AlSunnah:- merupakan petunjuk utama dalam mengembangkan tradisi ilmu
dan kehidupan. Konsep peribadi sempurna yang ada pada Rasulullaah
S.A.W. adalah imej terbaik yang dicari dan dicontohi oleh manusia
terkemudian. Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita S.A.W adalah contoh
teladan
yang
baik
untuk
dijadikan
contoh.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Demi sesungguhnya adalah bagi

kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi
orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan
baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyakbanyak (dalam masa susah dan senang)".Pendidikan dari sudut Tamadun
China pula ialah Hsiu Tai, Tahap pertama selaras dengan ijazah pertama.
Pelajar perlu menduduki peperiksaan di daerahnya sendiri sebelum

menduduki peperiksaan untuk ijazah pertama di Bandar . Diadakan dua kali
dalam
tempoh
tiga
tahun.
Lulus menerima ijazah Hsiu Tsai. Mereka yang lulus ijazah pertama akan
berpeluang menjadi pegawai kerajaan Dalam Tamadun China, masyarakat
amat menghargai pendidikan. Matlamat utama pendidikan ialah lulus
peperiksaan awam. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap seperti yang
terdapat pada zaman moden ini iaitu: Chun-Jen, tahap kedua setaraf dengan
sarjana. Peperiksaan peringkat kedua di ibu kota negara, calon yang berjaya
di
anugerah
ijazah

Chun-Jen.
Peperiksaan
tahap
kedua
diadakan
tiga
tahun
sekali.
Lulus ijazah kedua akan berpeluang menjadi pegawai tinggi kerajaan Chin
Shih,
tahap
ketiga
setaraf
dengan
doctor
falsafah.
Peperiksaan peringkat ketiga di adakan di Ibu kota empayar, di istana
dengan kehadiran maharaja, ijazah dikenali sebagai Chin Shih.
Peperiksaan tahap ketiga diadakan tiga tahun sekali. Lulus ijazah ketiga pula
layak menjadi pendidik.
Perbezaan seterusnya ialah sistem tulisan. “Huruf arab” dalam Tamadun
Islam telah wujud sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah. Tulisan arab
berasal daripada skrip Arab dan bukti kewujudan tulisan arab pada ketika itu
ialah batu nisan, ukiran-ukiran pada masjid dan istana, batu bersurat, duit
syiling dan sebagainya. Huruf arab mengandungi 30 huruf. Huruf ini dapat
disambungkan untuk membentuk maknanya. Sistem Penulisan Tulisan China
atau Hanzi dalam Tamadun China merupakan antara tulisan yang paling tua
di dunia. Tulisannya adalah berlainan dengan tulisan dalam tamadun lain
dimana seperti sedia maklum, tulisan Arab ditulis berdasarkan cantuman
beberapa huruf bagi membentuk maknanya. Berbeza dengan tulisan Hanzi
kerana iainya berdasarkan Simbol. Oleh itu, bahasa China memiliki 50,000
patah perkataan yang tidak semua diketahui oleh orang China. Pada
umunya, mereka hanya mengetahui hanya 3000 patah perkataan sahaja.
Tulisan dalam tamadun China adalah berdasarkan kepada lambang-lambang
gambar, lambang petunjuk, lambang petunjuk fkiran dan gabungan bunyibunyi.
Perbezaan dari segi kesenian dalam Tamadun Islam pula ialah dapat dilihat
dalam seni halus seperti tulisan khat, lagu nasyid, ukiran kayu, seni tekstil
dan sebagainya. Seni halus ini telah menjadi warisan dalam diri mereka
sejak berkurun lamanya. Kesenian bagi Tamadun China, kesenian seperti
seni Opera iaitu seni drama yang mana pelakonnya memakai pakaian
berwarna-warni, menari-nari dan memutihkan muka mereka. Selain itu, seni
Tamadun China juga dapat dilihat dalam muzik klasik, kaligraf, seni lukis,
seni pembinaan, seni mempertahankan diri seperti kung fu dan sebagainya
telah menjadi warisan dalam hidup mereka.
Akhir sekali ialah perbezaan Tamadun Islam dengan Tamadun China dari
aspek sumbangan tamadun kepada dunia. Antara sumbangan Tamadun
Islam yang terbesar ialah dalam bidang sains. Ilmu kimia yang
dikembangkan oleh Gaber Ibn Hayyan telah menyumbang kepada pelbagai
penemuan baru seperti teknik peleburan emas, menganalisa asid nitrik dan

acetik yang tulin dan sebagainya. Pelbagai kajian dalam bidang biologi
seperti botani, dan zoologi telah dijalankan. Sumbangan Tamadun Islam juga
menyaksikan bidang Fizik dan perubatan mula berkembang pesat dengan
hadirnya cendekiawan Islam seperti Ibn Sina, Al-Zahrawi dan ramai lagi
dimana ilmu mereka masih lagi dikaji dan dipakai hingga sekarang. Ibn
Khaldun iaitu tokoh sains Islam dan pakar sejarah arab yang teragung juga
tidak ketinggalan dalam menyumbangkan idea dalam peradaban dunia.
Ilmuwan perubatan iaitu Ibn Sina telah menghasilkan 250 karya yang masih
kekal hingga ke hari ini, termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang
perubatan. Sebagai tokoh perubatan yang ulung, Ibn Sina telah
meninggalkan pengaruh yang amat besar di kalangan sarjana Islam dan
sarjana dari tamadun lain yang muncul selepasnya. Holistiknya, tamadun
Islam telah memberi banyak sumbangan kepada dunia dalam bidang sains
dan menjadi pelopor kepada perkembangan sains pada hari ini. Tamadun
China juga banyak memberi sumbangan kepada dunia seperti bidang
penciptaan, teknologi, astronomi, perubatan, matematik dan sebagainya.
Dalam bidang perubatan, Tamadun China begitu tersohor dengan konsep Yin
dan Yang dimana konsep ini dijadikan panduan dalam bidang perubatan.
Tamadun China juga menyaksikan perkembangan tentang pertemuan baru
seperti magnet, penciptaan kompas, penghasilan lilin daripada serangga dan
sebagainya. Antara ciptaan hebat Tamadun China juga ialah penciptaan
kertas, serbuk letupan dan sebagainya. Setelah membincangkan pelbagai
perkara tentang Tamadun Islam dan Tamadun China, saya telah dapat
membuat satu kesimpulan. Secara kesimpulannya, setiap tamadun yang
pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam
memastikan kelangsungan dan perkembangannya dari segi kehidupan
mereka.
Kesimpulannya, sesebuah tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbuka dalam
menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Sesungguhnya
setiap tamadun wujud saling hubung menghubung atau interaksi antara
tamadun sama ada di peringkat perkongsian agama, nilai, pemikiran,
institusi dan keinsanan. Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan
kesan-kesan
positif
dan
negatif.
Perkara yang paling penting sekali, setiap tamadun sebenarnya memainkan
peranan penting dalam memberi sumbangan kepada dunia serta membawa
dunia ketaraf yang lebih tinggi lagi. Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan
dan sejarah yang tersendiri yang perlu diketahui oleh kita semua bagi
memberi kefahaman yang mendalam tentang sumbangan ketamadunan.
Pelbagai perbezaan dapat dilihat diantara kedua-dua tamadun ini kerana
tahap pemikiran, idea, persekitaran, politik dan pelbagai lagi unsur berbeza
yang mempengaruhi pencapaian sesuatu tamadun tersebut.Kemunculan dan
kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai sebab yang tersendiri dan
menjadi tugas kita sebagai generasi sekarang untuk mengambil pengajaran
dari pengalaman dahulu bagi menjaga ketemadunan negara dan agama kita.
Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian
berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi

juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila
dan moral.