MASJID DAN AKTIVITI JUAL BELI PROSPEK DA

International Convention on Islamic Management 2013

MASJID DAN AKTIVITI JUAL BELI:
PROSPEK DAN CABARANNYA
Sumaiyah Binti Mat Desa, Suhaili Sarif
Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
tasnimasrar@siswa.um.edu.my, suhaili@um.edu.my
Abstrak: Institusi masjid memainkan peranan penting dalam menghidupkan
persekitaran Islamik dalam masyarakat. Antara isu yang penting untuk dibahaskan
berkaitan fungsi masjid hari ini ialah peranannya dalam membangunkan ekonomi
umat Islam melalui aktiviti perniagaan. Oleh itu, artikel ini akan mengenalpasti
kedudukan hukum jual beli serta prospek dan cabarannya kepada institusi masjid
pada hari ini.
Kata kunci: Masjid, jual beli, ekonomi umat Islam.
PENDAHULUAN
Sebagai sebuah institusi bukan bermatlamatkan keuntungan, masjid di Malaysia
padat dengan aktiviti dakwah yang bertujuan memberikan kefahaman Islam kepada
masyarakat. Selain itu, masjid juga berfungsi sebagai pusat untuk khidmat
masyarakat, kegiatan ekonomi dan juga berperanan memastikan kebajikan ahli
qariahnya tidak terabai [1,2,3]. Kebiasaannya, sumber dana masjid di Malaysia
sebahagian besarnya bergantung kepada peruntukan kerajaan, sumbangan syarikat,

orang awam, dan perniagaan. Di Selangor, kebanyakan masjid aktif membuka ruang
niaga untuk barang jualan seperti buku ilmiah, pakaian solat, dan juga makanan [4].
Oleh itu, melalui kajian ini, penulis akan melihat perbahasan di kalangan ulama’
berkaitan hukum berjual beli di masjid serta amalannya di Malaysia.
PENGURUSAN MASJID DI MALAYSIA
Urus tadbir institusi masjid di Malaysia dipertanggungjawabkan kepada Majlis
Agama Islam Negeri (MAIN). Dalam Perlembagaan Malaysia menyebut berkaitan
struktur pengurusan masjid pada jadual Ke-9 senarai 2 butiran 1, bahawa hal-hal
berkaitan dengan agama Islam adalah di bawah kuasa negeri-negeri kecuali Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Pengurusan masjid dikendalikan melalui
integrasi dua pasukan iaitu Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid dan Pegawai-pegawai
Masjid. AJK masjid berfungsi untuk merancang dan mengelola semua aktiviti
masjid. Manakala pegawai masjid pula berperanan sebagai pelaksana mengikut
tugas yang ditetapkan [4].
1

International Convention on Islamic Management 2013

Berdasarkan organisasinya yang tersusun, masjid dilihat mampu untuk
mengurus institusinya sendiri secara lebih profesional dan cekap. Maka, inisiatif

untuk menjana pendapatan masjid sendiri melalui aktiviti jual beli wujud di banyak
masjid di Malaysia. Sebagai contoh, masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
menyediakan hampir 20 buah gerai di sekitar halaman masjid yang menjual
barangan seperti kelengkapan solat, pakaian muslimah, makanan sunnah, dan gerai
menjual buku. Keadaan ini juga berlaku di beberapa buah masjid lain di sekitar
Selangor, tetapi berbeza jumlah gerai bergantung kepada saiz masjid masing-masing.
JUAL BELI DALAM ISLAM.
Jual beli merupakan kegiatan antara dua pihak iaitu penjual dan pembeli [5]. Para
sarjana telah memberikan pelbagai definisi mengenai jual beli, antaranya [6]:
i-

Imam al-Razi, di dalam kitabnya Mafatih al-Ghaib, memberi definisi perniagaan
sebagai sejenis transaksi barang-barang yang wujud, belum atau tidak wujud.

ii-

Ibnu Khaldun di dalam kitabnya al-Muqaddimah mendefinisikan jual beli
sebagai satu cara perluasan modal.

iii-


Al-Alusi di dalam kitabnya Ruh al-Ma’ani, mendefinisikan perniagaan sebagai
bentuk prosedur pemusingan modal bagi memperoleh keuntungan sama ada
untuk pembeli atau penjual.

iv-

J.F. Steiner dan G.A. Steiner menyatakan bahawa perniagaan sebagai satu
usaha untuk mendapatkan keuntungan melalui pengeluaran barangan atau
memberikan perkhidmatan [7].

Berdasarkan definisi – definisi yang telah dinyatakan, bolehlah disimpulkan bahawa
al-Razi menyatakan bahawa jual beli adalah pertukaran barang, sama ada pertukaran
itu berbentuk barang dengan barang, barang dengan wang, mahupun barang
dengan perkhidmatan. Manakala Ibnu Khaldun, al-Alusi dan Steiner mengaitkan
jual beli dengan modal dan keuntungan. Oleh itu, secara konseptualnya jual beli
memberi maksud transaksi di antara dua pihak (penjual dan pembeli) berdasarkan
modal tertentu untuk memperolehi keuntungan dengan akad (perjanjian) yang
dipersetujui oleh kedua pihak.
Menurut Daud dan Adwam konsep perniagaan dalam Islam adalah amat luas,

meliputi hablumminallah. Iaitu di mana Allah swt membeli keimanan dan ketaqwaan
dan amal salih dengan kebahagian hidup di dunia dan ganjaran syurga di akhirat
[5,6]. Selain itu, konsep perniagaan dalam Islam juga meliputi hablumminannas.
Ketaatan kepada segala perintah Allah swt dan menjauhi segala larangan-Nya
terhadap segala yang berkaitan dengan perniagaan.
2

International Convention on Islamic Management 2013

Islam meraikan fitrah manusia yang berkemahuan untuk mengumpul harta,
salah satu caranya ialah melalui perniagaan. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Tidak ada dosa bagi kamu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari
Tuhanmu”. (2:198)
Dalam usaha untuk memastikan jual beli tersebut halal, beberapa prinsip wajib
diamalkan iaitu urusniaga tanpa riba, tiada unsur penipuan, melindungi hak penjual
dan pembeli serta jujur dan amanah. Sepertimana hadis Rasulullah saw:

Bermaksud:“Peniaga yang jujur dan amanah akan ditempatkan bersama-sama para
(HR Al-Tirmidhi)


Nabi, orang-orang salih dan para syuhada.[8]”

Prinsip halal dan haram yang boleh diinterpretasikan di dalam muamalat Islam
yang dijelaskan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi sepertimana berikut [9]:
i.

Asal segala sesuatu adalah harus (dibolehkan).

ii.

Kuasa halal dan haram adalah hak Allah swt semata-mata.

iii.

Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, sama dengan syirik
kepada Allah swt.

iv.

Pengharaman membawa kepada keburukan dan bahaya.


v.

Penggunaan halal tidak lagi berhajat kepada penggunaan haram.

vi.

Apa yang membawa kepada perkara yang haram, hukumnya haram.

vii.

Haram membuat tipu helah untuk perkara yang haram.

viii.

Niat yang baik tidak boleh membersihkan yang haram.

ix.

Memelihara diri dari perkara yang shubhah, iaitu samar-samar.


x.

Sesuatu yang haram itu tetap haram kepada semua.

xi.

Darurat membolehkan sesuatu yang dilarang [10].
Berdasarkan prinsip tersebut, sesungguhnya Allah swt telah menjelaskan
sesuatu yang haram dan apa yang tidak dinyatakan akan keharamannya maka
perkara itu adalah harus, selagimana terangkum di dalam adat dan muamalat
bukannya ibadat [11]. Syariat Islam juga terkandung di dalamnya prinsip
memudahkan, toleransi dan tidak membebankan. Syariat Islam juga apabila dikaji
dengan lebih mendalam, dapat kita lihat bahawa jika Allah menyempitkan satu
bidang, maka Allah memberi kelonggaran dalam bidang lain. Ini juga dijelaskan oleh
Ibnu Qayyim iaitu [12]:
“Sekiranya syara’ mengharamkan sesuatu kepada mereka (manusia) ia akan
menggantikannya dengan apa yang lebih baik dan bermanfaat untuk mereka. Dan
3


International Convention on Islamic Management 2013

mengharuskan untuk mereka apa yang dapat memenuhi keperluan mereka (dengan
jalan yang halal) agar memudahkan mereka meninggalkan perkara yang haram.
(Contohnya) Syarak mengharamkan ke atas mereka jual beli (dengan bertukar) rutab
(kurma basah/ berkualiti) dan tamar (kurma kering) (yang dimaksudkan adalah jual
beli riba) dan menggantikannya dengan mengharuskan (untuk mendapatkan tamar/
rutab) dengan sistem pinjaman, sebagaimana mengharamkan ke atas mereka melihat
kepada ajnabi, tetapi dibolehkan dalam melihat tunang, dalam bermuamalah dan
merawat pesakit…”
Antara aspek lain yang perlu dilihat dalam mengaplikasikan prinsip ini ialah
dari sudut fiqh waqi’iyyah (semasa) iaitu fiqh yang perlu mengambilkira realiti,
keperluan, uruf dan maslahah semasa dan setempat dalam proses penilaian dan
pengenalpastian hukum bagi persoalan-persoalan yang juga bersifat semasa dan
setempat tanpa perlu terikat secara rigid kepada hasil ijtihad para fuqaha lepas [13].
Namun, dalam penentuan sesuatu hukum, bukanlah berdasarkan akal dan hawa
nafsu semata-mata, ianya perlu didasari dengan nas yang sahih, mengambilkira
maslahah, maqasid dan terbuka (fiqh yang tidak ta’asub kepada pandangan mazhab)
[14].
Oleh itu, para ulama’ dalam membahaskan hukum jual beli di dalam masjid

telah melihat pelbagai aspek termasuk kemaslahatan mahupun kemafsadatan
sesuatu penetapan hukum.
HUKUM JUAL BELI DI MASJID.
Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, jual beli adalah diharuskan. Namun,
sesuatu hukum itu boleh berubah mengikut keadaan, masa, tempat dan adat.
Menurut Muhammad, perubahan hukum yang dimaksudkan oleh sebahagian
ulama’ antaranya al-Syatibi, al-Qarafi dan Ibnu al-Qayyim adalah menggantikan
hukum syara’ (bukan menasakhkan) yang furu’ berdasarkan kemaslahatan, ini
kerana syariat Islam didirikan berlandaskan maslahah yang membolehkan ianya
berubah mengikut keadaan, masa, dan uruf [15].
Beberapa ulama’ membahaskan hukum jual beli di dalam masjid dengan
menyatakan kedudukan penjual atau pembeli itu sebagai orang yang beriktikaf.
Oleh itu, di dalam masjid yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada
kawasan yang dibolehkan untuk beriktikaf ataupun biasa disebut ruang solat utama
atau ruang solat yang telah ditetapkan oleh pihak masjid sebagai tempat yang sah
untuk beriktikaf.
4

International Convention on Islamic Management 2013


Al-Syirazi di dalam al-Majmu’ dan Ibnu Qudamah di dalam al-Mughni
menyebut bahawa harus bagi orang yang sedang beriktikaf untuk berjual beli dan
tidak berlebih-lebihan sehingga melengahkan waktu solat dan menggangu ibadah
jema’ah lain kerana ianya membawa kepada makruh [16, 17]. Mereka merujuk
pendapat Imam Syafie yang menyebut di dalam al-um [18]:

Yang bermaksud: dibolehkan orang yang sedang beriktikaf itu berjual beli [19]…
Kemudian al-Syirazi juga mendatangkan beberapa pendapat ulama’ yang berbeza
pandangan berkaitan hukum jual beli bagi orang yang beriktikaf iaitu:
i-

Al-Mawardi mengatakan bahawa jual beli makruh bagi semua yang berada di
dalam masjid samaada beriktikaf atau tidak di samping tidak membatalkan
ibadah ‘iktikafnya.

ii-

Ibnu al-Sabbagh pula menyatakan sekiranya orang yang beriktikaf itu berjual
beli maka adalah diharuskan berdasarkan pendapat Imam Syafie dalam alUmm [20].


iii-

Menurut al-Qadhi Abu al-Tayyib, al-Buwaiti menyebut tentang masalah ini
yang berbunyi :
“Sekiranya orang yang beriktikaf atau tidak iktikaf berjual beli, maka hukumnya
adalah makruh”
Al-Qadhi menyambung lagi, makruh di sini disebabkan oleh tempat itu adalah
masjid bukan kerana sebab ibadah ‘iktikaf tersebut.

iv-

Al-Mutawalli pula berpendapat apabila orang yang beriktikaf menyibukkan
diri dengan berjual beli kerana amat berhajat kepada barang tersebut, maka
diharuskan.

v-

Al-Darimi menerangkan dimakruhkan bagi orang yang iktikaf berjual beli di
dalam masjid.

Seterusnya, menurut Al-Zuhaili (ulama’ kontemporari) di dalam al-Fiqh al-Islami wa
Adillatuhu menyebut dalam bahagian perkara-perkara makruh ketika beriktikaf di
sisi al-Hanafiah (ulama’ mazhab Hanafi) iaitu menjadikan masjid seperti pasar
(tempat jual beli), dan juga makruh mengadakan sebarang aqad berkaitan jual beli
[21]. Pendapat al-Albani juga menyokong dengan menyatakan, sebahagian ulama’
iaitu Ahmad bin Hanbal dan Ishaq bin Rahawih mengatakan makruh berdasarkan
kepada hadis:

5

International Convention on Islamic Management 2013

Bermaksud: Rasulullah saw melarang berjual beli di masjid [22].
(HR Abu Dawud)
Menurutnya lagi pandangan ini disokong pula oleh al-Syaukani yang mengatakan
bahawa [23]:
“Hadis di atas menunjukkan pengharaman jual beli di masjid, namun, pendapat
jumhur mengatakan bahawa “‫ ”ا ﳯﻲ‬di dalam hadis menunjukkan makruh.
Kesimpulan bagi pendapat ulama’ di atas didapati bahawa perbezaan
pandangan Ulama’ berkisar di antara hukum makruh dan harus terhadap amalan
berjual beli di dalam masjid. Dalam konteks Malaysia, aktiviti jual beli di masjid
tidak berlaku di dalam masjid bahkan aktiviti tersebut hanya berlaku di luar atau
halaman masjid. Di samping penjual dan pembeli perlu mematuhi arahan yang
ditetapkan oleh pihak pentadbiran masjid, antaranya menghentikan sebarang
transaksi jual beli sebelum dan semasa solat jema’ah berlangsung, menjaga
kebersihan kawasan masjid, barang yang dijual dijamin halal dan sebagainya [24].
Merujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), terdapat dua negeri di
Malaysia yang mengeluarkan Garis Panduan yang berkaitan jual beli di masjid iaitu
Negeri Selangor dan Negeri Melaka [25, 26]. Garis Panduan bagi Negeri Selangor
menyebut pada perkara 5.4 iaitu ‘Larangan Bersyair, Berjual Beli dan Berhimpun di
dalam Masjid sebelum Solat’. Larangan berjual beli di sini adalah merujuk di dalam
masjid ketika waktu solat atau hampir waktu solat. Ini kerana ianya mengganggu
konsentrasi jema’ah jika disibukkan dengan urusan jual beli. Sepertimana yang
dipraktiskan di Masjid Negeri, Shah Alam, jual beli hanya dibenarkan di luar masjid
(halaman), manakala tiada gerai yang dibenarkan beroperasi semasa azan dan solat.
Manakala, Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri
Melaka lebih diperincikan berkaitan penggunaan wang masjid sebagai modal
perniagaan atau pelaburan. Merujuk perkara 5.7, garis panduan tersebut
menyatakan bahawa :
‘Harus menggunakan dana masjid/surau sebagai modal pelaburan untuk menjana
pendapatan, berdasarkan beberapa peraturan yang ditetapkan pihak MAIN’ [27]
Namun, Garis Panduan Negeri Melaka tiada menyebut berkaitan kedudukan
aktiviti jual beli di masjid. Walaupun belum didapati garis panduan secara bertulis
daripada negeri-negeri lain, kebanyakan masjid sudah lama menjalankan aktiviti
perniagaan ini terutama masjid-masjid Negeri serta masjid-masjid besar daerah.

6

International Convention on Islamic Management 2013

FENOMENA MASJID SEMASA: PROSPEK DAN CABARAN AKTIVITI MASJID
HARI INI.


Prospek

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, kita dapat melihat bahawa aktiviti
perniagaan yang dilakukan di dalam masjid mempunyai prospek dan cabarannya
yang tersendiri. Antara prospeknya adalah:
a. Potensi untuk Institusi Masjid Bergerak secara Mandiri.
Kewangan institusi masjid yang stabil dapat menjamin kelancaran perjalanan aktiviti
institusi tersebut. Oleh itu, aktiviti perniagaan merupakan satu alternatif untuk
institusi masjid menjana pendapatan tambahan selain dari peruntukan dan
sumbangan sedia ada. Merujuk kepada laporan beberapa buah masjid di sekitar
selangor menunjukkan bahawa hampir 80 peratus dana masjid bergantung kepada
sumbangan (kutipan jumaat, sumbangan syarikat dan sebagainya) [28]. Pendapatan
mandiri hasil dari rumah sewa, gerai jualan dan pelaburan mewakili peratusan yang
masih kecil [28].
b. Pemahaman bahawa Masjid sebagai Sebuah Institusi Mesra Komuniti
Tidak dinafikan bahawa institusi masjid mampu menjadi pusat pelbagai aktiviti
untuk komuniti Muslim. Usaha pelbagai pihak dalam membawa institusi ini agar
lebih mesra kepada semua peringkat umur terutama generasi muda, amatlah rancak
dijalankan. Berdasarkan pemerhatian penulis, kemudahan yang disediakan di masjid
seperti pusat jagaan kanak-kanak, padang mini untuk sukan, kafe siber,
perpustakaan, koperasi, gerai pelbagai jualan dan sebagainya menunjukkan bahawa
telah wujud usaha untuk menarik orang ramai dari pelbagai peringkat umur ke
masjid [27,29,30]. Masjid juga tidak ketinggalan mengadakan karnival dan pesta
sebagai satu inisiatif memberikan hiburan Islamik kepada masyarakat [31]. Aktivitiaktiviti tersebut bertepatan dengan tuntutan pengimarahan masjid iaitu [32]:
i- Mengajak manusia bertaqwa dan menjauhi maksiat.
ii- Meninggikan syiar Islam dan menghapuskan syirik.
iii- Membimbing golongan jahil dan memberi peringatan kepada golongan lalai
supaya kembali kepada Allah swt.

7

International Convention on Islamic Management 2013

Secara umumnya difahami bahawa aktiviti pengimarahan adalah untuk
menyebarkan ajaran Islam melalui pelbagai program tanpa mengira sasaran, kerana
Islam diturunkan untuk semua peringkat umur, bangsa, tanpa mengira warna kulit.
Oleh itu, inisiatif mempelbagaikan program pengimarahan masjid amat bertepatan
dengan situasi masyarakat hari ini yang memerlukan kepada metod dakwah yang
sesuai dengan zaman moden ini. Oleh itu, aktiviti jual beli, karnival dan sebagainya,
bukanlah dilihat sebagai menggangu perjalanan fungsi masjid, malahan ianya
membantu menaikkan institusi masjid menjadi lebih mesra masyarakat dengan
mendapat kunjungan dari pelbagai peringkat umur.
Selain itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIN)
telah melancarkan satu gagasan masjid yang dinamakan ‘Masjid Madani’ bermula
Januari 2012 [33]. Konsep Masjid Madani yang diperkenalkan ini membawa maksud
masjid terkehadapan dari aspek pengimarahan dan menjana tenaga menjadikan
masjid sebagai pusat tranformasi untuk membangun masyarakat Islam dengan
cemerlang.
Antara fokus utama yang diperjuangkan di dalam penubuhan masjid madani
ini ialah ciri masjid yang mesra masyarakat. Bagi mewujudkan suasana ini,
kemudahan berikut turut disediakan iaitu dewan serbaguna untuk majlis keraian,
kemasyarakatan dan sukan, bilik seminar/kuliah, kemudahan OKU, kedai serbaneka,
pusat jagaan harian kanak-kanak, penginapan musafir, pusat rawatan Islam dan
kafeteria.


Cabaran

Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa cabaran yang perlu diatasi oleh semua
pihak yang komited dengan masjid sebelum aktiviti ini dapat dijalankan. Antara
cabarannya adalah:
a. Cabaran Hukum dan Persepsi Masyarakat Masjid sebagai Institusi Ibadah.
Keharusan berjual beli di masjid bukanlah bererti mengubah fungsi utama institusi
tersebut. Tetapi menjadikan masjid itu dapat memvariasikan fungsinya sesuai
dengan keperluan semasa. Inisiatif Majlis Agama Negeri Selangor dan Melaka yang
mengeluarkan garis panduan penggunaan dana masjid merupakan satu usaha yang
baik untuk memastikan dana masjid diurus dengan lebih efisiyen.

8

International Convention on Islamic Management 2013

b. Ketiadaan mekanisme untuk latihan ahli jawatankuasa masjid bagi tujuan ini.
Belum ada latihan yang cukup untuk mengendalikan tempat perniagaan dalam
kawasan masjid.
PENUTUP
Dalam kerangka membina masyarakat Islam yang maju dan berwawasan dari aspek
sosial, politik mahupun ekonomi, perlu dilihat kepada sejauhmana peranan institusi
masjid itu dihidupkan. Ini membuktikan bahawa peri pentingnya institusi tersebut
dalam membawa perubahan kepada masyarakat terutamanya aspek ekonomi.
Dengan garis panduan yang ditetapkan syariat iaitu mengharuskan aktiviti jual
beli di masjid (termasuklah di halaman masjid) maka sebaiknya ia dimanfaat.
Aktiviti jual beli tersebut tidak terhad kepada jual beli pertukaran barang sahaja
malah meliputi sebarang aktiviti, program yang dapat memberi keuntungan. Di
samping itu, pengurusan dan pentadbiran masjid yang kompeten dapat menjamin
kelangsungan dakwah yang dimainkan oleh institusi masjid.
Di sini juga terbukti bahawa institusi masjid hari ini bukan lagi institusi biasa
yang hanya hidup ketika hendak menunaikan solat sahaja, malah dipelbagaikan
fungsinya agar dapat menggerakkan masyarakat di samping memberi kefahaman
tentang Islam. Dalam masa yang sama, aktiviti tersebut juga membantu
meningkatkan peluang penjanaan ekonomi kepada masyarakat sekitar dan juga
kepada pihak masjid itu sendiri.

9

International Convention on Islamic Management 2013

RUJUKAN:
[1] Said, J., et al., 2013. Financial Management Practices in Religious Organizations:
An Emperical Evidence of Mosque in Malaysia, Canadian Center of Science and
Education: International Business Research, 6/7, 111.
[2] Azam, M., 2013. Financial Management Practices of Mosque in Malaysia. Journal
of The Committee on Publication Ethics (COPE), 3/1, 24.
[3] Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam; Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14
Petaling Jaya; Masjid Al-Salam, Subang; Masjid Al-Furqan, Damansara.
[4] Fidlizan, M., et al., 2008. Mobilasi Wang Jumaat: Membentuk Dana Usahawan
Muslim” (Makalah, Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 15 Oktober 2008), 7.
[5] S. Adwam Wafa, S. M. G. W., et. al, 2005. Pengantar Perniagaan Islam, Selangor:
Prentice Hall, 12.
[6] Daud, M., 1995. Perniagaan Menurut Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications,
cet. Ke-2, 1.
[7] Steiner, J.F., Steiner, G.F., 2012. Business, Government and Society. Mc Graw Hill.
13th Edition, 4.
[8] Hadis riwayat al-Tirmidhi, Kitab al-Buyu’, Bab ma jaa fi al-tujjar, menurut Abu
‘Isa hadis ini ialah Hadis Hasan.
[9] Al-Qardhawi, Y., 1980. al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Beirut : al-Maktab alIslami.
[10] Al-Qardhawi, Y., 2013. Halal dan Haram dalam Islam. Terj. Dr. Zulkifli
Mohamad al-Bakri. Pustaka Cahaya Kasturi, 2.
[11] Mohd Anuar et. al., Prinsip-Prinsip Halal dan Haram Menurut Yusuf alQardhawi, Kuala Lumpur: Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
[12] Al-Jauziyah, Ibn al-Qayyim, I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin. Jeddah: Dar
Ibn al-Jauzi, j.3, 1423h, 415.
[13] Abdullah, A., 2010. Konsep dan ciri-ciri fiqh lestari: ke arah
mengarusperdanakan fiqh dalam kehidupan masyarakat, Jurnal Syariah, Jil. 18, Bil.3,
511. Lihat juga Zuhdi, M., 1999. “Fiqh Malaysia: Konsep dan Cabaran”, kertas kerja
dalam seminar Hukum Islam Semasa II Peringkat Kebangsaan, 5.

10

International Convention on Islamic Management 2013

[14] Abdullah, A., 2010. Konsep dan ciri-ciri fiqh lestari: ke arah
mengarusperdanakan fiqh dalam kehidupan masyarakat, Jurnal Syariah, 18/3, 520.
[15] Ibrahim, M. Y., 2007. Al-Fatwa, al-Qahirah: al-Jami’ah al-Amrikiyyah alMaftuhah, cet. Pertama, 367.
[16] Al-Aqfahasi, I.I.a.S., 2007. “Tashil al-Maqasid li Zuwwari al-Masajid”. Cet.
Pertama, Dar al-Sami’e, Riyadh, 258. dan Al-Syirazi, Kitab al-Majmu’. Jeddah:
Maktabah al-Irsyad, 6, 561.
[17] Ibnu Qudamah, al-Mughni, Qahirah: dar al-Hadis, 4/284.
[18] Al-Syirazi, al-Majmu’, dan al-Um, 2/105, Kitab al-I’tikaf dan Mukhtasar alMuzni, 60, Bab al-I’tikaf.
[19] Al-Um, Dar Ihya’ Turath al-‘Arabi, J.2, 421.
[20] Al-Andalusi Abi Umar Yusuf, al-Istizkar, al-Qahirah: maktabah al-Thaqafah alDiniah, cet. Pertama, J. 10, 1993, 281.
[21] Al-Zuhaili Wahbah, al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, cet.
Pertama, J.2, 1984, 717.
[22] Riwayat Abu Dawud, 1/1079. Al-Tirmidhi, 2/223.Al-Nasai, 2/317. Ibnu Majah,
1/749. Ahmad, 2/179,212. Al-albani mengatakan di dalam Sahih al-Sunan bahawa
hadis ini isnadnya hasan.
[23] Al-Albani, M.N., 2004. “Kitab Ahkam al-Masajid”, Cet. Pertama, Gharras,
Kuwait, 117.
[24] Garis Panduan Peniaga, Masjid Negeri, Shah Alam.
[25] Garis Panduan Penggunaan Masjid dan Surau di Negeri Selangor, 2012.
[26] Buku Garis Panduan Penggunaan Wang Masjid dan Surau Negeri Melaka, 2012.
[27] New Straits Times. Mosque holds mini sports day, 28/12/2012.
[28] Laporan mesyuarat agung tahunan 2012, Masjid al-Falah Subang, Masjid alEhsan SS 4A, Masjid al-Nur Kg Melayu Subang, Masjid al-Islamiah Kg. Lindungan,
Masjid Kolej Islam Malaya, Masjid al-Makmuriah Kg. Sg. Kayu Ara, Masjid alIslamiah Kg. Lindungan, Masjid al-Rahmah Sg. Buaya, Masjid Noor Hidayah Felda
Sg Tengi.
[29] New Straits Times. Mosque to be one-stop centre for Muslims, 28/3/2012.

11

International Convention on Islamic Management 2013

[30] Berita Harian, 2011. Angkasa sasar 6,600 koperasi masjid di seluruh Negara,
10/11/2011. Lihat juga: Berita Harian. Angkasa sasar tubuh 1000 Koperasi Kariah
Masjid di seluruh Negara.
[31] New Straits Times. Mosque to hold grand celebrations, 21/1/2013. dan New
Straits Times, Classic bicycles on display at Penang oldest mosque: The Masjid
Kapitan Keling and IndianMuslim Community in Malaysia hopes to attract at least 2,000
people to their Classic Bicycle Fiesta on Saturday, 27/6/2013.
[32] Abdul Munir Ismail, 2012. Urus Tadbir Masjid Berkesan. UPSI., 9.
[33] Masjid Madani, 2013. http://takmirpenang.blogspot.com/2012/01/masjid-madaninegeri-pulau-pinang.html dicapai pada 15 Sept.

12