FLIPPED CLASSROOM KONSEP KEPENTINGAN DAN
GGGB 6012 PENULISAN AKADEMIK I
SEMESTER 1 SESI 2014/2015
TAJUK TUGASAN:
KERTAS KONSEP INDIVIDU
PENSYARAH:
DR. MOHAMED YUSOFF BIN MOHD NOR
DISEDIAKAN OLEH:
MARZIAH BT MD. RAHIM
P76096
FLIPPED CLASSROOM: KONSEP, KEPENTINGAN DAN CABARAN
PELAKSANAANNYA DI MALAYSIA
ABSTRAK
Marziah Bt Md Rahim
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pendidikan pada masa kini menuntut tenaga pengajar untuk mempelbagaikan kaedah
pengajaran masing-masing. Teknik pengajaran dan pembelajaran secara tradisional kini
dikatakan bukan lagi satu kaedah yang terbaik dalam proses menyampaikan ilmu dan
pendidikan yang kini berteraskan ICT. Untuk melahirkan generasi yang berkemahiran tinggi,
berinovasi serta berdaya saing, sistem pendidikan yang diguna pakai sekarang haruslah
mengalami transformasi dan berubah kepada pendidikan yang berteraskan ICT. Antara
kaedah yang sesuai dan menjanjikan impak yang positif ialah kaedah “Flipped Classroom”.
“Flipped classroom” ialah satu konsep pedagogi yang menggantikan kuliah dalam kelas
dengan peluang-peluang untuk meneroka dan mengkaji bahan-bahan yang di luar bilik darjah
melalui klip video dan bacaan. Masa pengajaran satu hala berubah menjadi persekitaran
pembelajaran bimbingan-inkuiri yang berpusatkan pelajar di mana pelajar digalakkan untuk
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti pembinaan pengetahuan,
perbincangan kolaboratif dan penyelesaian masalah. Namun begitu, sememangnya kaedah
yang berteraskan ICT selalunya mempunyai isu dan cabaran dalam mengaplikasikannya di
institusi-institusi pengajian tinggi serta di peringkat sekolah menengah dan rendah. Oleh itu,
kertas konsep ini bertujuan untuk mendalami konsep pembelajaran “Flipped Classroom” dan
juga isu serta implikasinya terhadap pendidikan di Malaysia.

1.0
PENGENALAN
Pada abad yang ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran
akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (Informatian and Communications Technology, ICT). Salah satu cabaran negara
adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau Kekonomi bagi menghadapi persaingan negara lain. Untuk ke arah itu, pendidikan di negara
kita juga harus membuat transformasi untuk melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia yang
berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang. Oleh itu, pembelajaran abad ke-21 adalah
lebih berfokus kepada kemahiran menggunakan ICT. Metiri Group (2003), menjelaskan
tentang kemahiran abad ke-21 sebagai kemahiran yang sangat penting diterapkan dalam diri
pelajar di era ekonomi digital semata-mata untuk memenuhi tuntutan perubahan pesat yang
berlaku. Ia juga menyatakan bahawa kemahiran ini sangat penting bagi melahirkan pelajar
dan pekerja yang memenuhi kehendak industri.
Oleh yang demikian, pelbagai jenis kaedah serta teknik pembelajaran diperkenalkan
bagi memenuhi keperluan generasi kini yang sememangnya dipupuk dalam era digital. Guruguru di sekolah serta pensyarah-pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi disarankan untuk
mengintegrasikan serta mengaplikasi ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
mereka bagi menarik minat pelajar untuk belajar. Kaedah pembelajaran tradisional tidak lagi
dilihat sebagai kaedah yang terbaik untuk merangsang pembelajaran pelajar.Menurut sumber
Pembangunan Pendidikan 2001-2010, salah satu punca pencapaian rendah di kalangan
pelajar ialah kerana majoriti guru masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional dan
kurang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk menarik minat dan
tidak mampu merangsang proses pembelajaran pelajar (Kementerian Pendidikan Malaysia
2001). Malah, Zaidatol Akmaliah (2005) menyatakan strategi pengajaran ini juga dikenal
pasti menjadi punca para pelajar lemah akademik atau berisiko menjadi kurang bermotivasi
terhadap pelajaran yang dikendalikan secara tradisional.
Justeru, banyak kaedah PdP yang berteraskan ICT telah diperkenalkan dan salah
satunya ialah kaedah “Flipped Classroom” atau dalam istilah bahasa melayu di kenali sebagai
kaedah ‘Kelas Terbalik’. Menurut Siti Zuraidah (2014) melalui Clark (2013) “flipped
classroom” didefinisikan sebagai menggunakan teknologi dalam memberikan kuliah atau
pembelajaran di luar bilik darjah manakala tugasan dan konsep disediakan di dalam kelas
melalui pembelajaran. Dalam erti kata lain “flipped classroom” ialah satu konsep pedagogi
yang menggantikan kuliah dalam kelas dengan peluang-peluang untuk meneroka dan
mengkaji bahan-bahan yang di luar bilik darjah melalui klip video dan bacaan. Kaedah ini
adalah satu kaedah dimana guru menghantar nota dalam bentuk video atau tutorial melalui
laman sesawang atau email pelajar secara atas talian manakala pelajar hanya melakukan
amali atau tugasan secara ‘hands-on’ di dalam kelas.
Telah banyak kajian berkaitan dengan keberkesanan serta kebaikan kaedah ini
dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di luar negara. Namun terlalu kurang kajian berkaitan
kaedah ini yang dijalankan di negara kita. Kebanyakan pengkaji-pengkaji barat menyatakan
kaedah ternyata memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran pelajar. Herreid dan
Schiller (2013) menegaskan bahawa “flipped classroom” menggalakkan penglibatan serta
fokus pelajar dengan menggabungkan pembelajaran berpusatkan pelajar secara aktif dengan
penguasaan kandungan pembelajaran yang boleh digunakan dalam dunia sebenar. Selain itu,
kepelbagaian pengajaran secara berkumpulan ini memudahkan pelajar untuk belajar daripada
satu sama lain, menyelesaikan masalah bersama-sama dan saling melengkapi antara satu
sama lain mengikut tahap kemahiran mereka.
Sememangnya kaedah ini kedengaran dapat memberi impak yang positif, namun
sama ada pelaksanaannya sesuai dan relevan dengan prasarana fasiliti untuk dijalankan di
negara kita perlu kepada banyak kajian. Terdapat sebahagian guru merasakan kaedah ini agak
sukar untuk dijalankan di sekolah di Malaysia. Ternyata banyak juga persepsi negatif
terhadap kaedah ini kerana kebolehan pelajar meneroka ilmu tanpa bersemuka dengan guru
selalunya dipersoalkan. Tiene (1997) dan Hartz (1998) dalam Siti Hajar et al (20110
berpendapat bahawa penggunaan sidang video tidak dapat menyediakan suasana
pembelajaran yang baik. Kenyataan ini disokong oleh Brown (1998) yang menyatakan
bahawa sekiranya semakin lama pelajar melihat monitor televisyen, proses pembelajaran
merupakan satu kaedah pembelajaran yang pasif di mana penglibatan mereka akan menjadi
semakin berkurangan.
Malahan bukan itu sahaja, kebolehan guru dalam menggunakan ICT dalam
pembelajaran turut menjadi pertikaian di antara pelbagai pihak. Dapatan kajian yang telah
dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2010 mendapati
penggunaan ICT di sekolah-sekolah adalah terhad dimana 80% daripada guru hanya
menggunakan ICT kurang daripada satu jam seminggu (PPPM 2013-2025). Ini menunjukkan
bahawa kaedah pembelajaran menggunakan ICT kurang mendapat sokongan guru-guru di
sekolah. Walau pun sebenarnya kebanyakan guru telah pun mahir menggunakan ICT, namun
penggunaannya di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) adalah masih lagi di tahap
rendah. Ini adalah kerana guru dikatakan tidak mempunyai cukup masa untuk mengajar
dalam masa yang sama terlalu banyak tugas pengkeranian yang harus dilaksanakan di
sekolah.
Selain itu, isu jurang digital turut menjadi kekangan untuk perlaksaan kaedah ini di
sekolah-sekolah di negara kita. Masih terdapat ketidaksamaan peluang mengakses ICT di
antara kawasan luar bandar dan bandar walaupun Malaysia semakin bertambah baik dalam
usaha merapatkan jurang digital. Mungkin kaedah ini sesuai dijalankan di universitiuniversiti yang mempunyai akses internet yang baik. Namun begitu, sebaiknya kaedah ini
dapat diperluaskan penggunaannya di peringkat sekolah menengah dan juga sekolah rendah
kerana ia dapat memberikan banyak faedah dalam pembelajaran pelajar. Oleh itu, banyak
usaha dan kajian perlu dijalankan di peringkat kerajaan khususnya KPM untuk membolehkan
kaedah ini dijalankan di semua lapisan peringkat di sekolah-sekolah di Malaysia. Oleh yang
demikian, tujuan kertas konsep ini adalah untuk meneroka kelebihan atau kebaikan kaedah
ini serta limitasi dalam pelaksanaannya di Malaysia.
2.0
KONSEP FLIPPED CLASSROOM
Kaedah “Flipped Classroom” atau ‘Kelas Terbalik’ adalah satu kaedah pembelajaran dan
pengajaran yang masih baru diperkenalkan di Malaysia. Namun ia bukanlah sesuatu yang
baru di negara-negara maju seperti United Kingdom, Jepun dan lain-lain. Flipped Classroom
diperkenalkan oleh Jonathan Bergmann and Aaron Sams untuk pelajar-pelajar yang tertinggal
kelas. Mereka menggunakan video rakaman dan perisian sceencasting untuk merakam kuliah,
kelas, demonstrasi serta persembahan secara langsung bersama dengan catatan seterusnya di
hantar secara atas talian untuk pelajar melihat serta membacanya di mana-mana (Hamdan,
McKnight, McKnight, & Arfstorm, 2013). Bergmann dan Sams (2012) menegaskan bahawa
dengan menggunakan flipped classroom pensyarah atau guru tidak lagi memerlukan kuliah
selama dua jam manakala pelajar menyalin nota-nota; masa kelas tidak lagi digunakan untuk
kuliah, tetapi sebaliknya digunakan untuk aktiviti-aktiviti dan masalah menyelesaikan (Knorr
Acton, 2013; Roach, 2013; Tucker 2012).
Kaedah ini adalah satu kaedah yang berlawanan dengan kaedah pengajaran tradisional
yang selalu digunakan dalam sesi pengajaran. Dalam kaedah tradisional, biasanya guru
mengajar atau menyampaikan isi kandungan pengajaran di dalam kelas manakala pelajar
menyalin nota dan membuat latihan. Pelajar hanya membuat aktiviti penyelesaian masalah di
rumah. Selalunya pengajaran menggunakan kaedah ini ada bersifat satu hala dan tidak
banyak melibatkan pelajar. Pelajar lebih banyak bergantung kepada guru untuk memahami
sesuatu topik yang diajar dan kadang kala pengajaran menjadikan pelajar bosan kerana tiada
aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif pelajar. Guru lebih tertumpu kepada penyediaan
dari segi nota yang lengkap dan kerja rumah atau latihan secara individu. Adakalanya
pengajaran guru lebih banyak bergantung kepada buku teks tanpa sebarang aktiviti yang
menarik.
Bertentangan dengan kaedah itu, di dalam flipped classroom pelajar belajar dahulu
topik tersebut melalui video pengajaran yang disediakan oleh guru atau bahan-bahan lain
secara atas talian. Pelajar hanya akan membuat latihan amali, perbincangan serta latihan
berbentuk penyelesaian masalah di dalam kelas. Guru hanya berfungsi sebagai pemudah cara
atau tutor yang membantu pelajar ketika mereka buntu atau tersekat dan tidak hanya ‘spoon
feeding’ mereka setiap masa. Malah dengan menggunakan flipped classroom, guru dapat
menggunakan dan menguruskan masa dengan lebih baik. Menurut Lafee (2013) melalui
Mayuret (2014) menyatakan bahawa guru dapat menukar cara pengajaran yang mana pelajar
menonton video yang diberikan oleh guru dirumah guru dapat membantu pelajar yang lemah
serta menggalakan pembelajaran yang lebih mendalam.
Penggunaan flipped classroom sangat berkesan dalam membantu pelajar yang lemah
dalam pembelajaran. Ini adalah kerana pelajar mepelajari konsep pembelajaran yang ingin
disampaikan oleh guru melalui video yang telah dirakam oleh guru atau aplikasi video yang
seperti YouTube dan lain-lain. Dengan ini, Guru dan pelajar turut memperoleh manfaat
dengan mengulang semula topik pelajaran yang kompleks agar dapat difahami (Michelich,
2002; Reed, 2003). Selain itu, guru dan pelajar juga dapat mengurus dan menyimpan bahan
pengajaran dengan lebih sistematik untuk digunakan pada bila-bila masa yang
diperlukan.Dengan menggunakan kaedah ini guru sebenarnya dapat menguruskan masa
dengan baik berbanding menggunakan kaedah tradisional. Ini adalah kerana menurut Rahimi
et al (2005) dalam Siti Faizzatul Aqmal (2011) ia dapat mengurangkan bebanan guru dengan
penjimatan masa dan tenaga dalam menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan
cepat kerana bahan boleh didapati secara atas talian.
3.0
KEPENTINGAN FLIPPED CLASSROOM
Pierce dan Fox (2012) menyatakan bahawa kaedah flipped classroom telah dikenalpasti
dapat menggalakkan pembelajaran secara aktif di kalangan pelajar. Kebanyakan strategi
pembelajaran secara aktif dapat meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas.
Penglibatan bermaksud kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti
akademik, mengaplikasi strategi kognitif yang berjaya dan ketekunan dalam melakukan tugastugas yang mencabar (Chapman 2003).
Di antara aktiviti-aktiviti dalam strategi pembelajaran secara aktif adalah seperti kerja
berkumpulan, aktiviti hands-on, pembelajaran penemuan (discovery learning), pembelajaran
kooperatif, pembelajaran berasaskan masalah dan lain-lain lagi. Persoalannya, adakah guru
dapat mengaplikasikan kesemua strategi ini di dalam kelas dengan masa pembelajaran dan
pengajaran yang sedia ada. Dengan menggunakan flipped classroom, guru dapat
memanfaatkan masa di dalam kelas untuk menggunakan kesemua strategi pembelajaran
secara aktif dan menyeluruh. Sebagai contoh, masa untuk sesi pembelajaran dan pengajaran
(PdP) bagi mata pelajaran Sains Sekolah Rendah KSSR ialah hanya 60 minit seminggu. Jadi,
flipped classroom adalah kaedah sangat sesuai untuk dijalankan kerana masa yang ada dapat
digunakan sepenuh untuk pembelajaran secara aktif.
Selain itu, hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh Bethany (2012) di Colombia ke
atas 400 pelajar mendapati pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap proses
pembelajaran yang menggunakan kaedah flipped classroom. Beliau mendapati majoriti
pelajar dapat melaksanakan 10% lebih baik semua tugasan dan juga ujian yang berbentuk
kemahiran berfikir aras tinggi. Majoriti pelajar juga bersetuju bahawa flipped classroom
memberi impak yang positif terhadap prestasi pembelajaran mereka. Begitu juga dengan hasil
dapatan yang dijalankan oleh Siti Zuraidah (2014) mendapati majoriti responden mempunyai
sikap yang positif terhadap kaedah ini.
Banyak lagi kajian lain yang telah dijalankan di seluruh dunia mendapati kaedah
pembelajaran ini mempunyai banyak faedah dan kebaikan kepada pelajar serta guru yang
terlibat dalam proses PdP. Antara tiga kebaikan yang telah disenaraikan oleh Bergmann,
Overmeyer and Willie (2011) ialah seperti berikut:
1.
Pembangunan pembelajaran sepanjang hayat: Pelajar mempelajari isi kandungan
pembelajaran sebelum datang ke kelas dengan menggunakan bantuan teknologi.
Memperoleh pengetahuan melalui penggunaan komputer adalah satu kemahiran
belajar sepanjang hayat di dalam masyarakat yang berasaskan komputer seperti kita.
Kemahiran menggunakan teknologi adalah kemahiran yang perlu dibentuk kerana ia
tidak diperolehi sejak lahir. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah flipped classroom,
2.
pelajar dapat membentuk kemahiran ini.
Peningkatan penglibatan dalam bahan pembelajaran: Dalam kelas, pelajar
melengkapkan atau melakukan latihan pembelajaran secara aktif yang melibatkan
aplikasi, implikasi dan/atau kontroversi yang berkaitan dengan bahan pembelajaran.
Ini menggambarkan kepentingan bahan pembelajaran ke dalam kehidupan seharian
3.
mereka dan membantu pelajar-pelajar yang berkaitan dengan topik.
Peningkatan interaksi antara pelajar dan fakulti/kelas: Masa keseluruhan kelas
khusus untuk perbincangan antara pelajar-pelajar kerana mereka melengkapkan
aktiviti dalam kelas.Ini dapat mengalihkan fokus pelajara dari hanya tertumpu di
bahagian hadapan kelas. Kini pelajar dapat bergerak dan membuat perbincangan
dengan rakan dan guru secara bersemuka.
Terdapat banyak lagi kelebihan menggunakan flipped classroom seperti pelajar boleh
melihat atau mengulangkaji pelajaran sebanyak mana dan mengikut masa mereka kerana
video pengajaran dihantar melalui atas talian. Pelajar boleh melihat video tersebut
berulangkali dan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka.
Tidak seperti kelas tradisional pelajar hanya boleh mengikuti pembelajaran pada masa itu
sahaja.Menurut sebuah artikel dari Educause (2012) dalam kuliah/kelas tradisional, pelajar
sering cuba untuk menangkap apa yang diperkatakan oleh pensyarah/guru pada ketika itu.
Mereka tidak boleh berhenti untuk mendengar apa yang diperkatakan, dan mereka tidak
boleh terlepas pandang perkara penting kerana mereka cuba untuk memahami setiap butir
perkataan daripada pengajar.Sebaliknya, penggunaan video dan lain-lain media yang sudah
dirakam lebih dahulu meletakkan kuliah/kelas tersebut di bawah kawalan pelajar: mereka
boleh menonton, mengulang, dan mempercepatkan video tersebut mengikut keperluan
mereka.
Selain itu, Amy Roehl et al (2013) menyatakan bahawa masa yang diperolehi dengan
mengeluarkan sebahagian kuliah daripada kelas membolehkan lebih banyak penglibatan
peribadi one-on-one antara guru dan pelajar. Pelajar akan mempunyai lebih masa untuk
bertanya sekiranya mempunyai permasalahan berkaitan dengan topik pembelajaran dan guru
juga mempunyai masa dan ruang untuk membetulkan sekiranya berlaku kesilapan konsep di
kalangan pelajar.Berbeza dengan kelas tradional, guru hanya dapat mengenal pasti kelemahan
dan kesilapan konsep dikalangan pelajar selepas melakukan ujian atau peperiksaan.
Tambahan lagi, dengan penggunaan flipped classroom dapat membantu pelajar dan juga guru
sekira mempunyai masalah tidak dapat hadir ke kelas disebabkan jatuh sakit, mewakili sukan
atau perlu menghadiri mesyuarat dan sebagainya kerana pembelajaran tetap boleh berlaku di
luar kelas. Guru juga boleh meninggalkan pelajar bersama bahan pembelajaran sekira
terpaksa meninggalkan kelas. Ini membolehkan kursus atau kelas berjalan lancar tanpa
tertangguh.
4.0
ISU DAN LIMITASI PENGGUNAAN FLIPPED CLASSROOM
Seperti yang diperkatakan, sememangnya penggunaan flipped classroom mempunyai banyak
kelebihan dan kebaikan kepada pelajar dan juga guru. Namun, terdapat juga isu dan juga
kekangan dalam mengaplikasikan kaedah ini di negara kita. Antara isu yang timbul semasa
menggunakan kaedah ini ialah:4.1
Bebanan Kerja Guru
Kebanyakan guru dan pensyarah di Malaysia masih lagi menggunakan kaedah tradisioanal
dalam menyampaikan pembelajaran dan pengajaran mereka. Guru-guru masih cenderung
untuk menggunakan pengajaran berbentuk tradisi kerana mereka hanya mahu memfokuskan
tahap pencapaian pelajar lantas memberi satu bebanan terhadap pelajar untuk lulus cemerlang
dalam peperiksaan (Mohd Najib dan Mohd Yusuf, 1995) dalam Hazrulrizawati Abd Hamid
(2007). Terdapat juga guru yang kurang percaya kepada kebolehan pelajar untuk meneroka
pembelajaran tanpa kehadiran guru. Ini adalah kerana dari dulu lagi pelajar-pelajar di
Malaysia telah dididik dari kecil pembelajaran hanya tertumpu di dalam kelas.
Selain itu, isu bebanan guru di sekolah juga menjadi masalah untuk guru
menggunakan kaedah ini kerana terlalu banyak tugas selain mengajar pelajar di dalam kelas.
Lemaire (2009) dalam Fazura (2011) mendapati bahawa, guru- guru terlalu dibebankan
dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti, aktiviti
ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program pelajar, mengurus
karenah dan kebajikan pelajar serta, tugas-tugas pengurusan sekolah. Ini menyebabkan guru
kurang masa untuk menyediakan bahan yang berbentuk ICT untuk dihantar kepada pelajar
melalui atas talian dan mereka merasakan kaedah tradisional lebih mudah dan cepat.
Namun begitu, penggunaan teknologi ICT bukan lah suatu perkara yang
membebankan guru malah ianya sebenarnya dapat membantu guru dalam mengurus masa
serta menjimatkan tenaga. Dengan menggunakan capaian internet, guru boleh menggunakan
video yang dihasilkan oleh guru lain di serata dunia dan menjadikannya sebagai alat bantu
mengajar pelajar. Sebagai contoh, guru boleh memuat turun video pembelajaran daripada
YouTube dan menghantarkannya kepada pelajar supaya dapat difikirkan dirumah masingmasing dan dibincangkan di dalam kelas pada keesokkan harinya. Guru juga tidak perlu lagi
merugikan masa dengan menyalin nota dan gambarajah di atas papan putih sedangkan masa
tersebut boleh digunakan untuk perbincangan dan penyelesaian masalah bersama pelajar.
4.2
Guru Kurang Mahir dalam Pengendalian Komputer dan ICT
Pelajar-pelajar pada masa kini sangat berminat menggunakan teknologi serta mengharapkan
pembelajaran mereka di sekolah menarik dan mencabar (Tappscott, 2003).Kemahiran ICT
yang didedahkan kepada pelajar sepatutnya turut menyediakan mereka kepada pasaran
pekerjaan akan datang (Norizan et al, 2004; Pachler, 2001). Dalam kajian Johari Hassan dan
Siti Norazlina Kamisan (2010), ramai guru masih tidak mahir penggunaan komputer dan ICT
lantas jarang mengintegrasikannya dalam PdP. Begitu juga kajian berkaitan penggunaan ICT
dalam kalangan guru di sekolah menunjukkan tahap yang rendah (sebagai contoh Nor Azilah
& Mona, 2004; Robiah et al, 2003; Mohd.Jasmy et al, 2003; Siti Aishah et al, 2002; Abd.
Rahman, 2000).
Oleh kerana guru sendiri tidak mahir dalam penggunaan ICT, pelaksaan kaedah ini
sememangnya tidak dapat dijalankan dengan baik dan berkemungkinan tidak mencapai
objektif yang sepatutnya. M Nur Mustafa dan Norasmah Othman (2011) mengatakan guru
yang tidak mempunyai pengetahuan yang cukup akan menyebabkan kegagalan dalam
menyampaikan bahan pelajaran dan juga boleh menyebabkan kekeliruan kepada pelajar serta
mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Akan tetapi, perkara ini dapat diselesaikan
sekiranya guru sendiri berminat untuk belajar menggunakan ICT dalam sesi PdP mereka.
Penggunaan flipped classroom adalah sangat berkesan untuk guru meningkatkan kemahiran
ICT kerana dengan penggunaannya sebagai alat menyampaikan pengajaran guru juga secara
tidak langsung belajar bersama dengan pelajar
.
4.3
Limitasi Fasiliti dan Jurang Digital
Davies, Dekan dan Ball (2013) menyatakan bahawa proses perubahan daripada bilik darjah
tradisional kepada flipped classroom adalah agak mencabar kerana kekurangan kemudahan,
kebolehcapaian internet dan model-model yang berkesan. Disebabkan adanya jurang digital
diantara kawasan bandar dan luar bandar, kaedah ini hanya sesuai digunakan di kawasan
yang mempunyai capaian internet yang stabil. Namun begitu, guru telah mahir dalam
mengendalikan perisian yang berasaskan ICT, tetapi ada sebahagian pelajar kurang mahir
menggunakan komputer, tidak mempunyai komputer dan tidak mempunyai capaian internet
di rumah juga boleh menjadi punca guru tidak boleh menggunakan kaedah ini di sekolah. Hal
ini dibuktikan dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Hazura Mohamed, Hairulliza
Mohamad Judi, Siti Fadzilah M. Noor dan Zawiyah M. Yusof (2012) ke atas 600 orang
pelajar di sekolah luar bandar mendapati peratusan pemilikan komputer dan penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah rendah sementara kemahiran asas TMK
pula berada pada tahap yang sederhana. Penemuan ini menunjukkan jurang digital merupakan
isu yang berterusan di kawasan luar bandar.
5.0
IMPLIKASI FLIPPED CLASSROOM DALAM PENDIDIKAN
Flipped Classroom memberi perubahan peranan bagi tenaga pengajar daripada seorang yang
sentiasa berada hanya di hadapan kelas kepada sesorang yang memberi lebih sumbangan
kepada pembelajaran kolaboratif dan koperatif dalam proses sesi pengajaran. Guru menjadi
pemudah cara atau tutor kepada pelajar dan sekali gus menjadikan pelajar lebih matang
dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Dengan menggunakan kaedah ini pelajar hanya
bergantung kepada guru semata-mata dalam proses pembelajaran. Kaedah ini juga
meletakkan lebih tanggungjawab pembelajaran di atas bahu para pelajar sambil memberi
mereka dorongan yang lebih besar untuk meneroka konsep atau topik yang dipelajari. Selain
itu, kaedah flipped classroom dapat meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar kerana
kaedah pembelajaran kooperatif dan latihan berkumpulan selalunya digunakan dalam proses
pembelajaran meraka. Dengan penggunaan kaedah ini, Malaysia akan dapat melahirkan
pelajar yang berkemahiran tinggi, berdaya saing, inovatif dan kreatif. Selain itu, dalam
melaksanakan kaedah ini, kemahiran ICT guru juga turut meningkat dan guru juga akan
menjadi guru yang lebih produktif, keratif dan inovatif dalam pengajaran mereka.
6.0
CADANGAN
Kewujudan kemudahan ICT ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan penghantaran
maklumat dan perkongsian idea sesama pelajar serta pelajar dengan guru. Elemen-elemen
multimedia yang biasa diselitkan di dalam aplikasi teknologi pengkomputeran ialah video,
audio, teks dan animasi yang memberi lebih keseronokan belajar kepada pelajar.Seperti yang
telah dibincangkan, flipped classroom adalah satu kaedah pembelajaran yang menarik serta
mempunyai banyak kebaikan kepada pelajar dan guru. Adalah sangat baik sekiranya kaedah
ini dapat dilaksanakan bukan hanya di Institusi Pengajian Tinggi tetapi juga di sekolahsekolah menengah dan rendah di negara kita. Namun, banyak kajian perlu dijalankan bagi
melihat kesesuaian kaedah ini untuk dilaksanakan di negara kita. Kajian terhadap persepsi
guru dan juga persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran ini adalah sangat penting
sebelum kaedah ini dilaksanakan sepenuhnya bagi memastikan guru dan pelajar mendapat
impak yang positif. Selain itu, kajian tentang kebolehan pelajar mendapat capaian internet di
rumah juga adalah sangat diperlukan sebelum perlaksanaan kaedah ini.
7.0
KESIMPULAN
Dalam memperkenalkan mana-mana strategi atau kaedah yang baru memerlukan anjakan
minda pendidik dan pelajar.Guru hendaklah berani mencuba pelbagai jenis kaedah dalm
menyampaikan
pembelajaran.
Oleh
yang
demikian,
golongan
pendidik
perlu
mempertingkatkan kemahiran dengan mengasah bakat bagi merealisasikan penggunaan Epembelajaran secara ‘streaming video’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah seiring dengan zaman digital. Flipped Classroom menjanjikan pembelajaran
secara aktif dikalangan pelajar. Melalui pembelajaran secara aktif dan teknologi
membolehkan stategi ini dijalankan sekali gus dapat melahirkan pelajar-pelajar yang
berkemahiran tinggi serta inovatif. Dengan penggunaan kaedah ini, Malaysia akan dapat
melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi, berdaya saing, inovatif dan kreatif. Selain itu,
dalam melaksanakan kaedah ini, kemahiran ICT guru juga turut meningkat dan guru juga
akan menjadi guru yang lebih produktif, keratif dan inovatif dalam pengajaran mereka. Ini
memberi kelebihan kepada negara kerana kaedah ini dapat melahirkan generasi yang lebih
berkualiti dan mampu bersaing dengan negara maju yang lain.
RUJUKAN
Abd. Rahman Daud. (2000). Kefahaman terhadap konsep penggunaan ICT
di dalam bilik darjah. Proceedings of the International Conference on
Teaching and Learning, 609-623.
Acton, D., & Knorr, E. M. 2013. Different Audiences but Similar
Engagement Goals: In Progress Work on Two Course Transformations.
Paper presented at WCPCCE 2013, North Vancouver, Canada.
Amy R., Sheweta.L.R., and Gayla J.S. 2013. The Flipped Classroom:An
Opportunity To Engage Millennial Students Through Active Learning
Strategies. Journal of Family & Consumer Sciences. 105(2): 44-49
Bergmann, J., Overmyer, J., and Willie, B. (2011). The flipped class: What it
is and What it is not. The Daily Riff. Dicapai daripada
http://www.thedailyriff.com/articles/the-flipped-class-conversation689.php pada 12 Disember 2014
Brown, C.E. 1998. The live video teleconference indistance learning.
Lifelong Learning: An Omnibus of Practice and Research 11(5): 8-10.
Chapman, E. 2003. Alternative approaches to assessing student
engagement rates. Practical Assessment, Research & Evaluation,
8(13). Dimuat turun daripada http://PAREonline.net/getvn.asp?
v=8&n=13 . pada 11 Disember 2014
Davies, R. S., Dean, D. L., & Ball, N. (2013). Flipping the classroom and
instructional technology integration in a college-level information
systems spreadsheet course. Education Technology Research
Development, 61, 563–580. doi: 10.1007/s11423-013-9305-6
Educause. 2012. Things you should know about flipped classroom. Dicapai
daripada www.educause.edu/eli pada 11 Disember 2014
Fazura Mohd Noor. 2011. Faktor-Faktor Penentu Stress Dalam Kalangan
Guru-Guru:Kajian di Sekolah Rendah Mubaligh di Kuala Lumpur.Tesis
Ijazah Sarjana Muda, Universiti Terbuka Malaysia. Dicapai daripada
http://eprints.oum.edu.my/677/1/faktor_stres_fazura.pdf
pada
11
Disember 2014
Hamdan, N., McKnight, P., McKnight, K., & Arfstorm, K. M. (2013). A review
of flipped learning. Flipped Learning Network. Dicapai pada
9
Disember
2014
daripada
http://researchnetwork.pearson.com/wpcontent/uploads/ExecSummar
yFlippedLearnig.pdf
Hazrulrizawati Abd Hamid. 2007. Perbandingan tahap penguasaan
kemahiran proses sains dan cara penglibatan pelajar dalam kaedah
amali tradisional dengan kaedah makmal mikro komputer. Masters
thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education. Dimuat
turun daripada http://eprints.utm.my/6471/
Herreid, C. F., & Schiller, N. A. 2013. Case Study and the Flipped
Classroom. Journal of College Science Teaching. 42(5), 62-66
Johari Hassan & Siti Norazlina Kamisan. 2010. Halangan terhadap
penggunaan komputer dan ict di dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP) di kalangan guru di sekolah menengah kebangsaan luar bandar
di daerah Kulai Jaya, Johor. Journal of Technical & Engineering
Education. 4. ISSN: 2231-7376. 22-37.
Kementerian Pendidikan Malaysia 2001. Pembangunan Pendidikan 20012010. Kuala Lumpur: AG Grafik Sdn. Bhd.
Koh Boh Boon. 1999. Strategi-Strategi Meningkatkan Kecekapan Mengajar.
Johor: Fakulti Pendidikan UKM.
Lafee,S. 2013. Flipped Leraning. The Educational Digest. 79(3), 13-18
Metiri Group.2003. EnGauge 21st Century Skilss:Literacy in Digital
Age.Carlifornia.
Dimuat
turun
daripada
http://pict.sdsu.edu/engauge21st.pdf pada 14 Disember 2014
Michelich, V. (2002). Streaming media to Enhance Teaching and Improve
Learning. The Technology Source Archive. Dicapai daripada
http://technologysource.org/article/streaming_media_to_enhance_tea
ching_and_improve_learning/ pada 13 Disember 2014
Mohd. Jasmy Abd. Rahman, Mohd. Arif Ismail & Norsiati Razali. (2003).
Tahap kesediaan penggunaan perisian kursus di kalangan guru Sains
dan Matematik. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 16,
372-380
M Nur Mustafa & Norasmah Othman. 2011. Latihan dalam perkhidmatan
bagi meningkatkan kualiti pendidikan guru di Pekan baru Riau,
Indonesia. Jurnal Pendidikan Malaysia 36: 19-24.
Nor Azilah Ngah & Mona Masood. (2004). Penilaian berterusan mengenai
kedudukan pelbagai teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di
peringkat sekolah rendah. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan
Ke 17, 59-64.
Pierce.R., & Fox, J. 2012. Vodcasts and Active-learning Exercising a
“Flipped Classroom” Model of a Renal Pharmacotherapy Module.
American Journal of Pharmaceutical Education, 76(10),1-5
Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2015: (Pendidikan Prasekolah hingga lepas Menengah)
Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Robiah Sidin, Juhana Salim & Nor Sakinah Mohamed. (2003). Pembudayaan
teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan pelajar Melayu
dalam arus globalisasi. Laporan Akhir Penyelidikan Arus Perdana II.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sams,A. & Bergmann,J. 2013. Flip Your Students’ Learning. Educational
Leadership. 70(6), 16-20
Siti Aishah Hanawi, Noraidah Sahari@ Ashaari & Hazura Mohamed. 2002.
Kajian perbandingan kesedaran, pengetahuan dan penggunaan ICT di
kalangan guru-guru sekolah bandar dan luar bandar. Prosiding
Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan, 1,150-158
Siti Faizzatul Aqmal. 2011. Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan
‘Streaming Video’ bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar Abad
ke-21. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam
Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional. Dicapai di
http://eprints.uthm.edu.my/2572/1/Pengajaran_dan_Pembelajaran_be
rasaskan_streaming_video.pdf pada 15 Disember 2014
Siti
Hajar Halili et al .2011. Keberkesanan Proses Pembelajaran
Menggunakan Teknologi
Sidang Video. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011): 55-65
Tapscott, D. (2003). Educating the net generation. Dlm. Ornstein, A. C.,
Behar-Horenstein, L.& Pajak, E. F. (pnyt.). Contemporary issues in
curriculum. Edisi ke-3, 268-272. Boston: Pearson Education
Zaidatol Akmaliah 2005. Pengenalan. Dalam Zaidatol Akmaliah dan Foo
Say Fooi. Memperkasa Pendidikan Pelajar Berisiko (hlmn. 1-4).
Serdang: UPM.