PERBANDINGAN ZAKAT PERNIAGAAN VS CUKAI K

BAB 1
PENDAHULUAN
1.1

Pendahuluan
Seorang peniaga yang mempunyai tanggungjawab yang istimewa terhadap orang lain
dan sebagai seorang hamba Allah yang taat akan perintahNya1, mereka ini perlulah
melakukan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin kerana agama Islam
sangat memandang tinggi kemuliaan terhadap golongan peniaga bahkan mereka juga
telah Allah menjanjikan akan mendapat balasan yang baik kelak di akhirat namun
dengan sekiranya mereka mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Islam
iaitu ikhlas dan jujur serta memahami konsep dalam melaksanakan perniagaan yang
ditentukan.
Seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan hadis oleh at-Tarmizi‟,
“Seorang peniaga yang jujur dan amanah akan berada bersama-sama para nabi, para
syuhada dan para siddiqin”. Ini membawa erti, sekiranya sesuatu perniagaan yang
dilakukan beserta dengan kemuliaan akhlak dengan mengikut panduan yang
diterapkan oleh Rasulullah SAW boleh membuatkan hubungan persaudaraan antara
penjual dan pembeli menjadi rapat diantara satu sama lain.
Menjadi seorang peniaga yang berjaya seharusnya dikaitkan dengan tuntutan
dalam mengeluarkan zakat.2 Dalam menjadi seorang yang kaya dari sudut pandangan

harta sehingga berjaya melayakkan dirinya untuk berzakat merupakan salah satu
usaha untuk menyempurnakan dirinya sebagai seorang yang beragama Islam, ini
kerana zakat merupakan salah satu rukun yang terdapat dalam rukun Islam yang wajib
ditunaikan oleh setiap yang bergelar muslim.
Di sesetengah Negara Islam seperti Jorda, Mesir dan Iraq dimana kerajaan
mempunyai hak dalam membuat pemungutan hasil untuk Negara melalui kaedah
kutipan zakat dan cukai. Namun tidak boleh dinafikan bahawa zakat sememangnya

Syed Othman Alhabshi,”Islam Menuntut Kecemerlangan Dalam Perniagaan dan Keusahawanan.IKIM”, 2009
Zaharah Salwati Baba, Hashim Jusoh, Habsah Muda, Syed Mohd Azmi Syed Ab Rahman, “Tangganapan
Usahawan Terhadap Zakat Perniagaan Berbanding Cukai Pendapatan Perniagaan Di Terengganu”, 2010,
hlm.98

1

2

1

adalah satu kewajipan dan merupakan rukun yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan

yang berada dalam kalangan masyarakat Islam seperti di Malaysia. Ini adalah salah
satu kaedah untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang terdapat dalam Negara
tersebut mahupun demi tujuan mencapai matlamat perningkatan ekonomi Negara.
1.2

Latar Belakang Masalah Kajian
Kekayaan dan kemiskinan telah wujud dalam kalangan masyarakat Islam secara
beriringan

dari

zaman

Rasulullah

SAW, terutamanya

di

kota


Madinah 3.

Walaubagaimanapun, kekayaan dan kemiskinan yang terdapat pada zaman Baginda
tidak pernah mencetuskan konflik di antara yang miskin dan kaya. Ini kerana
golongan miskin memiliki sifat redha terhadap kemiskinan yang mereka hadapi,
bahkan golongan ini juga tidak bergantung atau mengharapkan belas kasihan daripada
masyarakat mereka. Begitu juga dengan golongan yang kaya, mereka mempunyai
sifat pemurah yang suka membantu dan memberi.
Pada zaman Rasulullah telah wujudnya sistem percukaian dan kewangan
ekonomi Negara yang telah diamalkan. Sistem ini bermula sejak Baginda mula
berhijrah ke Madinah, dan ketika itulah zakat dan sedekah merupakan hasil utama
pendapatan Negara. Terdapat juga beberapa hasil pendapatan yang di ambil daripada
Negara lain, seperti “jizyah”4, cukai yang diwajibkan keatas semua orang yang bukan
beragama Islam tetapi menetap di Negara Islam, “kharaj”, cukai yang diwajibkan
keatas pemilik tanah pertanian yang bukan beragama Islam. “usyur”, iaitu cukai
perniagaan yang terdapat di Negara Islam, “ghanimah”, merupakan harta yang
dirampas daripada musuh disebabkan oleh peperangan dan “al-fay”, adalah harta yang
dirampas daripada musuh bukan disebabkan peperangan yang berlaku.
Melalui sumber-sumber pendapatan dari zaman awal Islam inilah, zakat

merupakan antara salah satu yang penting kerana zakat juga merupakan salah satu
rukun ketiga dalam rukun Islam. Tujuan Allah menciptakan hambaNya adalah untuk
menguji diantara mereka siapakah yang paling baik dalam melakukan amalannya.
Salah satu ujian yang diberikan adalah “harta”, untuk melihat seramai mana yang
berjaya dan tidak sedikit pula yang gagal apabila diuji dengan harta. Justeru itu, harta

3
4

Zahri Mamat, “Perakaunan Zakat Perniagaan Di Malaysia”,Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014, hlm 1-2
Ibid, hlm. 1

2

boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang boleh dikuasai dan boleh mendatangkan
manfaat ataupun boleh mendatangkan kemudharatan.
Sejak zaman Nabi Muhammad SAW,5 harta yang telah termaktub didalam al-Quran
dan hadis, adalah harta yang wajib dikeluarkan zakat terbahagi kepada 5 jenis harta
iaitu, “al-ayn”, harta emas dan perak, “al-tijarah”, harta perniagaan, “al-harth”, harta
pertanian, “al-mashiyyah”, harta ternakan dan “al-rikaz’ iaitu harta galian bumi. Maka

oleh sebab itu, zakat perniagaan merupakan salah satu yang terpenting daripada
kelima-lima jenis zakat harta tersebut kerana zakat perniagaan ini telah lama
diwajibkan sejak dari zaman baginda Rasulullah s.a.w lagi tetapi mengapakah masih
ada amalan dimana syarikat-syarikat kepunyaan orang Islam masih lagi tidak
membayar zakat perniagaan?
1.3

Pernyataan Masalah Kajian
Sebelum tibanya tahun 1990-an6, sistem pungutan zakat di Malaysia masih lagi
berada pada tahap yang rendah. Ini adalah disebabkan oleh tiap-tiap pungutan zakat
ini hanya memberi perhatian yang lebih banyak kepada zakat padi dan zakat fitrah.
Pada ketika itu juga, zakat perniagaan dan zakat harta belum diberi perhatian yang
sepenuhnya sedangkan kedua-dua zakat ini juga merupakan zakat yang perlu
dititikberatkan. Bahkan ketika itu masih belum ada institusi khas yang perlu
ditugaskan untuk menguruskan pungutan zakat-zakat tersebut.Walaubagaimanapun,
sejak kerajaan mengetahui bahawa zakat membawa potensi yang besar kepada
ekonomi Negara dan dalam waktu yang sama boleh meningkatkan lagi pembangunan
sosial dalam kalangan umat Islam bahkan boleh membantu golongan fakir dan miskin
maka ditubuhkan pusat pungutan zakat bagi setiap negeri di Malaysia. Pada masa kini
hampir setiap negeri mempunyai pusat zakat yang dikendalikan oleh Majlis Agama

Islam Negeri namun kenapa masih timbulnya isu bahawa masih ada pihak-pihak
daripada syarikat Islam yang tidak membayar zakat perniagaan?
Penulis melihat kepada isu yang hangat diperkatakan sekarang khususnya di
Malaysia yang mana Malaysia adalah sebuah Negara yang agama rasminya adalah
agama Islam namun dari sudut ekonomi dan perundangan Negara, Malaysia masih

Hamizul Abdul Hamid, “Eksklusif Zakat, Kombinasi Fakta Dan Hukum Masa Kini”, Galeri Ilmu Sdn. Bhd, 2012,
hlm.38
6
Nur Azura Sanusi, “Aplikasi Zakat Dalam Ekonomi Gunaan”, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, hlm.185-188

5

3

lagi mengamalkan sistem dwisistem yang mana ini telah wujud ketika British
menakluki tanah Melayu. Maka secara automatiknya zakat juga tidak terlepas
daripada sistem ini. Para usahawan Islam telah berada didalam kesukaran untuk
membuat pembayaran zakat akibat daripada tekanan undang-undang dalam
pembayaran cukai. Para usahawan lebih cenderung untuk membayar cukai berbanding

zakat ini kerana disebabkan oleh akibat terasa terbeban dan mendapat tekanan
daripada undang-undang.
Para usahawan di Malaysia diwajibkan membayar cukai perniagaan yang telah
termaktub dalam perundangan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).
Berdasarkan kepada seksyen 4, ACP 1967, keuntungan daripada perniagaan adalah
salah satu pendapatan yang dikenakan cukai.
Di Malaysia juga terdapat kelemahan dari sudut peruntukan perudangan dan
penguatkuasaan dalam membayar zakat perniagaan. Hal ini telah disebut dalam
peruntukan perundangan terhadap kesalahan tidak membayar zakat yang termaktub
dalam seksyen 16 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
19977 menjelaskan bahawa “Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau
fitrah tetapi enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah
itu : atau enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah
itu melalui amil yang dilantik atau mana-mana orang lain yang diberikuasa, oleh
Majlis untuk memungut zakat atau fitrah, adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.
Walaubagaimanapun di dalam Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah-wilayah Persekutuan) tahun 19978 tidak pula membuat apa-apa bentuk
tafsiran terhadap definisi “orang” yang tertulis di dalam peruntukan seksyen 16 Akta

Kesalahan Jenayah Syariah iaitu adakah ia termasuk syarikat, perkongsian atau
selainnya. Hal ini boleh menyebabkan undang-undang yang diperuntukan ini boleh
dicabar9 seandainya ada syarikat yang tidak membayar zakat dibawa untuk
menghadap ke mahkamah kerana ia mempamerkan peruntukan undang-undang
7

Akta Undang-Undang Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan, Lembaga Penyelidikan Undang-Undang,
International Law Book Services, 2010
8
ibid
9
Mohd Hasanuddin Bin Mohd Yusof, Pengawai Penyelidik YAA Hakim Syarie Negeri Melaka, “Kelemahan
Peruntukan Undang-Undang Bagi Mendakaw Kesalahan Kegagalan Membayar Zakat Perniagaan Di Malaysia”.

4

tersebut bersifat secara umum dan tidak ada pengkhususan terhadap zakat perniagaan
yang mana dilihat terdapat banyak kelemahan yang ada padanya.
Sekiranya dibuat perbandingan peruntukan perundangan berkaitan dengan zakat
perniagaan berbanding cukai perniagaan tersangat jelas ketara kelemahan yang

terdapat pada peruntukan perundangan zakat perniagaan ini adalah kerana contoh
yang diambil adalah pada seksyen 2 Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menyatakan
dengan jelas bahawa “orang” adalah termasuk syarikat,kumpulan orang-orang dan
perbadanan perseorangan”.
Manakala di dalam seksyen 144 Akta Cukai Pendapatan 196710 juga telah
menyebut bahawa “Mana-mana orang yang dengan sengaja dan dengan niat untuk
melarikan atau membantu mana-mana orang lain untuk lari cukai, adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah, di atas sabitan kesalahan, boleh dikenakan denda
tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya, dan hendaklah membayar suatu penalti khas sebanyak tiga kali ganda amaun
cukai yang telah terkurang dikenakan akibat kesalahan itu atau yang telah terkurang
dikenakan jika kesalahan itu tidak dikesan”
Oleh sebab itu, definisi “orang” yang dinyatakan di dalam seksyen 144 Akta
Cukai Pendapatan 1967 adalah termasuk syarikat, perniagaan perkongsian dan
perbadanan yang terlibat selain daripada individu. Penafsiran yang diberikan oleh
seksyen 211 Akta Cukai Pendapatan 1967 boleh menyebabkan undang-undang
mengambil sebarang tindakan ke atas syarikat yang tidak membayar cukai
perniagaan.
Dari sudut inilah penulis melihat kemungkinan yang paling besar menjadi
punca kepada kegagalan peniaga atau syarikat Islam yang mempunyai kelayakan

dalam berzakat gagal membuat pembayaran zakat perniagaan tidak dikenakan
dakwaan di mahkamah kerana terdapat kelemahan peruntukan dan penguatkuasaan
undang-undang.

10

Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Cukai Pendapatan 2015, Published by Jabatan Peguam Negara, 2015
Mohd Hasanuddin Bin Mohd Yusof, Pengawai Penyelidik YAA Hakim Syarie Negeri Melaka, “Kelemahan
Peruntukan Undang-Undang Bagi Mendakaw Kesalahan Kegagalan Membayar Zakat Perniagaan Di Malaysia”

11

5

1.4

Objektif Kajian
Berdasarkan kepada pernyataan masalah di atas, kajian ini dilakukan bertujuan untuk
mengkaji dan menganalisis perbezaan zakat perniagaan dan cukai korporat dari sudut
pandangan Islam dan perundangan yang diamalkan di Malaysia. Secara khususnya,

objektif kajian ini adalah seperti berikut :1. Mengkaji konsep zakat perniagaan dan cukai korporat menurut undang-undang Islam
dan undang-undang di Malaysia.
2. Meneliti pemakaian sistem zakat perniagaan dan percukaian Islam di Malaysia
3. Menganalisis isu-isu berkaitan zakat perniagaan dan cukai korporat di Malaysia.

1.5

Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada huraian masalah yang disebut diatas, maka kajian ini akan
meneliti persoalan-persoalan berikut :1. Apakah konsep zakat perniagaan dan cukai korporat dalam Islam?
2. Apakah undang-undang yang terpakai berkaitan zakat perniagaan dan cukai korporat
di Malaysia?
3. Bagaimana pemakaian zakat perniagaan dan cukai korporat di Malaysia?

1.6

Kepentingan Kajian
1. Kajian ini mengkaji konsep zakat perniagaan dan cukai korporat menurut undangundang Islam dan undang-undang di Malaysia.
2. Kajian ini meneliti kepada pemakaian sistem zakat perniagaan dan percukaian
Islam di Malaysia.
3. Kajian ini mengkaji tentang isu-isu yang berkaitan dengan zakat perniagaan dan
cukai korporat di Malaysia

6

1.7

Definisi operasial
1. Definisi Zakat
Zakat adalah berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud bersih dan suci.
Allah s.a.w telah menerangkan dengan jelas makna “zakaa12” di dalam al-Quran
dengan berfirman di dalam surah As-Syams 91:9 :
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu13”
Ayat di atas boleh disimpulkan dalam erti kata lain iaitu “membersihkan harta
daripada bercampur dengan hak orang lain dan menyucikan diri dan jiwa seseorang
muslim itu agar jauh daripada sifat iri hati dan tamak dan bertujuan dengan
mewujudkan akhlak yang terpuji sesama muslim.
Daripada sudut syarak14 pula, pengertian zakat adalah harta yang telah
dikeluarkan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara‟ terhadap
golongan-golongan yang tertentu iaitu golongan asnaf. Zakat adalah amalan yang
paling utama dan penting dalam Islam, ini kerana ia adalah salah satu yang termaktub
didalam al-Quran bahkan ia merupakan salah satu rukun yang terdapat dalam rukun
Islam. Hal ini membawa erti kepada menunaikan zakat merupakan salah satu fardhu
ain, oleh sebab itu sesiapa yang bergelar muslim tetapi enngan mengeluarkan zakat
maka dia telah melakukan sesuatu dosa yang sangat besar.

2. Definisi Perniagaan
Perniagaan adalah urusan muamalat iaitu urusan jual beli yang sangat dituntut oleh
agama Islam dan merupakan fardhu kifayah yang mana umat Islam dituntut untuk
menunaikannya15. Nabi Muhammad s.a.w sendiri suatu ketika dahulu yang
melibatkan diri dalam bidang perniagaan bahkan baginda juga menggalakkan umat
baginda untuk agar melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan kerana baginda melihat
bahawa perniagaan boleh mendatangkan hasil pendapatan yang sangat besar dalam
peningkatan ekonomi dan kehidupan manusia sekeliling.
Hamizul Abdul Hamid, “Eksklusif Zakat”, Galeri Ilmu Sdn. Bhd, Cetakan Pertama, 2012, hlm 17
Tafsir Al-Quran Karim, Surah Syams 19:9
14
Hamizul Abdul Hamid, “Eksklusif Zakat”, Galeri Ilmu Sdn. Bhd, Cetakan Pertama, 2012, hlm 17
15
Jabatan Wakaf,Zakat dan Haji, “Manual Pengurusan Zakat Perbankan”, Cetakan Pertama 2010, hlm 8

12

13

7

Zakat perniagaan merupakan zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam untuk
mengeluarkan hasil yang dapat daripada perniagaan yang dilakukan dalam apa bentuk
perniagaan pun sama ada dalam bentuk perkhidmatan, pertanian, pembekalan,
perkapalan, perikanan, perlombongan, pembuatan, dan sebagainya yang dilakukan
dalam apa jua bentuk perniagaan samada secara perkongsian sesama Islam ataupun
bersama yang bukan Islam, perniagaan dalam bentuk persendirian sama ada secara
syarikat, perniagaan saham ataupun koperasi16.
Abu Daud RMH telah meriwayatkan di dalam Sunannya daripada Samurah
bin Jundub R.A dimana baginda Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda :‫فان رسول هللا – صلي هللا عليه وسلم – كان يأمزنا أن نخزج الصدقة من الذى نعد للبيع‬
“ Sesungguhnya Rasulullah telah menyeru kepada kami untuk mengeluarkan zakat
daripada apa yang kami lakukan dalam perniagaan.”
(Sunan Abu Daud/Kitab Al-Zakat/No.1562)

3. Definisi Cukai Pendapatan Perniagaan (Korporat)
Cukai perniagaan merupakan cukai yang dipungut daripada pihak perseorangan
mahupun syarikat yang melakukan urusan perniagaan. “Individu” yang dimaksudkan
dalam urusan perniagaan iaitu seseorang yang mempunyai pendapatan hasil daripada
pekerjaan sendiri, ataupun dia seorang ahli yang berprofesional ataupun usahawan
yang mana tidak termasuk dalam kategori “makan gaji”. Badan yang bukan
perseorangan pula bermaksud perniagaan yang terdiri daripada dua atau lebih dalam
melakukan urusan perniagaan secara berdaftar dalam sesebuah Negara itu.
Setiap hasil pendapatan yang dapat daripada perniagaan itu maka mereka akan
dikenakan cukai setelah pendapatan secara kasar ditolak dari segala modal yang
dikeluarkan untuk mendapatka keuntungan daripada perniagaan itu dan ini lah yang
disebut sebagai pendapatan bersih ataupun pendapatan yang dikenakan bayaran cukai.
Kebiasaannya kadar bayaran cukai dikenakan adalah melihat kepada kadar yang
malar di setiap peringkat pendapatan di Malaysia. contoh yang boleh dilihat adalah
kadar yang dikenakan adalah 40% keatas setiap pendapatan hasil yang dikenakan
cukai.
16

Ibid, hlm 8

8

4. Definisi Islam
Islam adalah agama Ad-Din yang merangkumi segala aspek dalam kehidupan
manusia yang mengandungi aspek akidah, segala amalan dan hukum yang melibatkan
dengan perkara rohani dan jasmani, fardiyah dan jam‟iyyah, politik dan agama dan
segala hal yang berkait rapat dengan urusan dunia dan akhirat17.Para ulama‟ telah
memberi pengertian secara khusus terhadap Islam dengan bersandarkan kepada alQuran dan as-Sunnah adalah :
“ Bermaksud menyerah diri dan tunduk sepenuhnya kepada Allah s.w.t serta
mentaati akan perintahNya yang timbul dari kesedaran yang tidak dipaksa kerana
ketaatan seperti itu tanpa dihitung pahala dan dosa”
Allah s.a.w telah berfirman :              18
83. “Maka Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, Padahal
kepada-Nya-lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan
suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan.”
5. Definisi Undang-undang
Definisi undang-undang yang dikemukakan oleh ahli-ahli falsafah seperti “Aristolte,
JJ Rousseau dan Finnis telah mendefinisikan bahawa undang-undang adalah sesuatu
peraturan yang membolehkan dan menghalang sesuatu tindakan .19
Undang-undang tidak mempunyai definisi yang khusus yang boleh diterima
secara umum berkaitan dengan undang-undang. Walaubagaimanapun, terdapat
pelbagai definisi daripada ahli falsafah yang terkenal.
Austin telah mendefinisikan undang-undang sebagai :

“satu perintah yang dikeluarkan oleh sesuatu badan organisasi yang berkuasa
untuk orang-orang awam dan dikuatkuasakan dibawah hukuman sahaja”.

17

Kamus Dewan Edisi Keempat, Cetakan Pertama 1970
Tafsir Al-Quran Karim, Surah Ali Imran, 83
19
Ismail Nordin, “Sumber Undang-Undang DI Malaysia”, 2012 ,hlm 7.
18

9

Salmond pula menyatakan bahawa undang-undang didefinisikan sebagai :

“Sesuatu badan yang mempunyai prinsip-prinsip yang digunakan dan diakui
oleh sesebuah Negara untuk pentadbiran Negara tersebut atau dengan maksud
lain undang-undang adalah sebuah peraturan yang diakui sah oleh Mahkamah”

Manakala Hobbes pula berpendapat bahawa undang-undang ialah,


“Undang-undang adalah cara perlakuan yang perlu dipatuhi dengan
mempunyai sifat yang memaksa atau mendesak”.

10

BAB 2
SOROTAN KARYA
2.1

Ulasan Kajian Lepas
Dalam menghasilkan penulisan yang baik, penulis telah membuat kenalpasti sorotan
beberapa kajian yang lepas untuk dijadikan rujukan dalam membuat kajian ini. Ini
adalah untuk melihat dan memastikan bahawa kajian yang telah dibuat oleh penulis
berbeza dalam sudut perbincangan penulis dengan kajian-kajian yang lepas. Oleh
sebab itu, penulis telah menyenaraikan beberapa sorotan kajian terdahulu yang
mempunyai hubungkait dengan kajian ini.

2.1.1 Konsep Mengenai Zakat Peniagaan Dalam Islam
Beberapa sorotan karya terdahulu yang telah membicarakan tentang hukum-hukum
dan persoalan secara lebih terperinci tentang hukum ibadat zakat perniagaan
antaranya adalah Wahbah al-Zuhayli20, Yusuf al-Qardawi21, Abd al-Rahman alJaziri22, Mahmood Zuhdi Abd Majid23 dan Mujaini Tarimin24, telah membahaskan
mengenai hukum-hukum fiqh yang berkaitan dengan permasalahan ibadat yang ada di
dalam agama Islam dan permasalahan yang sering terjadi oleh umat Islam sekarang.
Di antaranya adalah membahaskan tentang menunaikan ibadat dalam mengeluarkan
zakat perniagaan yang bersandarkan kepada dalil-dalil hukum syara‟ dan melihat
kepada pendapat-pendapat yang pernah dibahaskan kepada ulama‟ empat mazhab. Di
dalam penulisan mereka juga turut menyentuh kepada konsep, syarat-syarat dan
hukum hakam yang perlu dipatuhi oleh setiap peniaga Islam sebelum melakukan
pengeluaran zakat perniagaan dengan mengikut pendapat-pendapat daripada para
fuqaha empat mazhab tersebut, namun begitu turut menyatakan tentang perselisihan
pendapat yang berlaku di antara para fuqaha di dalam isu yang berkaitan dengan
hukum zakat. Mereka juga membahaskan mengenai fungsi dan peranan zakat yang
mana merupakan sesuatu sistem perbelanjaan dalam perlaksanaanya

yang

berlandaskan kepada syariat Islam.
20

Al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh
Al-Qaradawi, Fiqh al-Zakah
22
Abd al-Rahman al-Jaziri, Kitab al-fiqh `ala al-madhahib al-Arba`ah, Bayrut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, 1986
23
Mahmood Zuhdi Abd. Majid, Pengurusan Zakat (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003)
24
Mujaini Bin Tarimin, Zakat : menuju pengurusan professional, ( cetakan ke-2 : Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2006)
21

11

2.1.2 Konsep Harta Yang Wajib Dikeluarkan Zakat
Wahbah Zuhaili25, Yusuf al-Qardawi, Abdul Razak Abdul Talib26, Mohamad Noor
Sahidi Johari27, Hailani Muji Tahir28, Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid29,
Muhammad Abdul Mannan30, Mohamad Uda Kasim31, telah membahaskan beberapa
rumusan mengenai harta yang wajib dikeluarkan zakat. Di dalam karya mereka telah
merumuskan bahawa harta yang wajib dikenakan zakat boleh di kategorikan kepada
lima bahagian juga dengan melihat kepada harta-harta yang terdapat di Malaysia pada
masa kini iaitu emas dan perak, barang yang diperniagakan, hasil daripada pertanian,
hasil ternakan, hasil daripada galian bumi. Namun begitu, di antara mereka juga
berpendapat bahawa harta yang dikenakan zakat masih boleh diperluaskan lagi dan
perlulah bersesuaian dengan pelbagai jenis harta yang ada pada masa kini dengan
syarat melalui penggunaan kaedah qiyas iaitu penggunaan ini boleh dilakukan melalui
empat cara. Pertama : Qiyas kepada Illah yang telah ada. Kedua : Perkembangan
kepada Illah yang telah sedia ada. Ketiga : Pengeluaran Illah yang baru. Keempat :
Qiyas kepada ciri-ciri kepada Maqasid dan Maslahah.
2.1.3 Kaedah Pentaksiran Zakat Perniagaan
Mat Sa‟ad Bin Hassan32, Nor Aini Ali33, Zahri Hamat34, Zainudin Bin Jusoh35, Sanep
Ahmad dan Ahmad Othman36, Muhammad Kamal A‟tiyah37, Syed Mohd. Ghazali

25

Wahbah al-Zuhaili, Fiqh dan Perundangan Islam Jilid III, Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka 1994,
hlm 876
26
Abdul Razak Abdul Talib, Mohamad Noor Sahidi Johari, Zakat : Konsep, Praktikal & Kaedah Pengiraan, (
Cetakan Pertama ,Must Read Sdn Bhd, 2015), hlm 5-7
27
Ibid, hlm.5-7
28
Hailani Muji Tahir, “Kedudukan Illah, Nisab, Kadar dan Haul dalam Menjana Sumber Zakat Korporat”,
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm 4.
29
Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid, “Persepsi dan Kesedaran terhadap Perluasan Sumber Zakat Harta
yang diikhtilaf”, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm 59.
30
Muhammad Abdul Mannan, Ekonomi Islam : teori dan praktis (asas-asas ekonomi), Kuala Lumpur : A.S.
Noordeen, 1989. Hlm. 36-38
31
Mohamad Uda Kasim, Zakat : teori, kutipan dan agihan, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors,
2005. Hlm 130-140

Mat Sa‟ad Bin Hassan, “Pengiraan Zakat Harta Perniagaan Atau Perusahaan”, dalam Zakat Ditinjau Dari
Perspektif Sosial, Undang-Undang Dan Taksiran, ed. Mohd Ali Baharum (Kuala Lumpur, Angkatan Belia Islam
Malaysia, 1989).
33
Nor Aini Ali, “Analisis Perakaunan Zakat Di Malaysia”, Jurnal Syariah 14, no.2 (Julai 2006), hlm. 35-47
34
Zahri Hamat, “Perakaunan Zakat Perniagaan Di Malaysia. Satu Kajian Rintis Pendapat Cendiakawan
Zakat” (Disertasi Kedoktoran, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang,
2007)
35
Zainudin Bn Jusoh, “Kaedah Pengiraan Zakat Perniagaan : Kajian Di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan”, Disertasi Akademik Islam (B.A.) Jabatan Syariah dan Ekonomi, Bahagian
Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya ,2002.
32

12

Wafa Bin Syed Adwam Wafa38,

39

telah menjelaskan mengenai kaedah serta syarat

pengiraan yang perlu diikuti oleh setiap peniaga Islam sebelum mereka mengeluarkan
zakat ke atas perniagaanya. Sebahagian daripada penulisan para karya di atas, mereka
lebih menumpukan kepada asas penaksiran ke atas zakat perniagaan yang melibatkan
kepada modal dan keuntungan dan dua jenis perniagaan yang dilakukan sahaja iaitu
mudharabah dan peniagaan secara perkongsian sesama Islam. Mereka juga turut
mengkaji mengenai kaedah-kaedah pengiraan yang di jalankan oleh tiap-tiap Pusat
Pungutan Zakat dalam mentaksir zakat perniagaan dengan menggunakan dua kaedah
pengiraan dalam zakat perniagaan iaitu menggunakan kaedah kerja dan kaedah
perkembangan modal. Bahkan mereka juga mengkaji berkaitan dengan kaedah
pengiraan zakat yang digunakan oleh pusat zakat yang terdapat di Malaysia ini kerana
melihat kepada kajian-kajian mereka terdapat beberapa perbezaan yang dilakukan
oleh pusat zakat di setiap negeri dari sudut amalan-amalan dan prinsip-prinsip
pengiraan zakat perniagaan.
Di dalam penulisan tersebut juga terdapat penerangan mengenai aplikasi yang
digunakan ke atas zakat perniagaan yang telah menjadi amalan di negara Malaysia
iaitu penggunaan kaedah modal kerja dan kaedah perkembangan modal. menerangkan
tentang perbezaan yang ada diantara kaedah-kaedah perakaunan zakat perniagaan
yang terdapat di negeri-negeri semenanjung Malaysia dan mendapati bahawa terdapat
tiga kaedah yang digunakan diamalkan di dalam Malaysia iaitu kaedah aset semasa,
kaedah modal kerja, kaedah modal kerja yang diselaraskan. Di dalam penulisan ini,
telah mendapati bahawa majoriti negeri yang terdapat di Malaysia telah mengamalkan
kaedah modal kerja yang diselaraskan.
Bahkan berpandangan bahawa para cendiakawan bahagian zakat telah
berpandangan bahawa ketidakseragaman ini berlaku adalah disebabkan oleh asas

Sanep Ahmad, Ahmad Othman, “Penilaian semula taksiran zakat perniagaan korporat bagi menghasilkan
satu nilai taksiran zakat yang seragam di Malaysia, Jurnal Syariah, Jil. 18, Bil. 3 (2010)
37
Muhammad Kamal `Atiyah, Perakaunan zakat : teori dan praktis, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1995
38
Syed Mohd. Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa, “Kajian Perbandingan Syarat-Syarat Penaksiran Zakat
Perniagaan Malaysia Dengan Fas 9 Aaoifi”, (Working Paper in Islamic Economics and Finance No. 0202),
FACULTY OF ECONOMICS AND BUSINESS, Universiti Kebangsaan Malaysia,2002
39
Nor Azzah Kamri, Nor Aini Ali, Azizi Che Seman, “Kaedah Pengiraan Dan Agihan Zakat Perniagaan
Institusi Perbankan Islam Terpilih”, : Isu Kontemporari Pengurusan Dan Pembayaran Zakat DI Malaysia :
Editor : Nor Aini Ali, Azizi Che Seman, Mohammad Taqiuddin Mohamad (cetakan pertama : 2015).

36

13

yang digunakan dalam membentuk kaedah pentaksiran zakat perniagaan adalah
terlalu dalam keadaan berbentuk umum.
2.1.4 Perbandingan Konsep Zakat Dan Cukai
Agnides (1969)40, Zulkornanin Bin Yusof (1994)41, Baseri bin Ishak (1995)42,
Samsuri bin Jelani (1999)43, Di dalam penulisan karya-karya yang lepas menjelaskan
kepada sumber kewangan yang terdapat di negara Islam boleh dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu zakat yang diambil daripada orang Islam dan “jizyah,kharaj serta
ghanimah diambil daripada orang bukan Islam dan mengkaji mengenai beberapa
perbincangan asas yang berkaitan dengan aspek percukaian pada zaman moden dan
zaman kegemilangan Islam. Dalam penulisan ini, mereka cuba menunjukkan
kepentingan pada sistem zakat yang telah di intergrasikan berbanding dengan sistem
percukaian yang diamalkan di negara Malaysia sekarang ini bahkan membahaskan
tentang sistem kewangan yang sebenar yang merangkumi kepada aspek yang lebih
luas.
Sebahagian daripada mereka yang diatas juga yang membahaskan tentang
sistem percukaian dan konvensional dari zaman munculnya sistem ini sehinggalah
kepada perkembangan dan perlaksanaanya. Di dalam penulisan ini lebih banyak
menumpukan kepada aspek-aspek persejarahan, konsep pembentukan sistem
percukaian serta masalah-masalah yang terdapat dalam sistem percukaian ini dan
menghuraikan tentang perbezaan – perbezaan yang terdapat di antara zakat dan cukai
pendapatan menurut perspektif Islam dan menjelaskan bahawa mengeluarkan zakat
adalah salah satu kewajipan yang perlu di laksanakan namun cukai pendapatan juga
merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh warganegara yang
menduduki negara tersebut juga berpandangan bahawa membuat pembayaran zakat

40

Agnides, Nicolas 1969. Mohammedan Theories Of Finance With an Introduction to Mohammedan Law a
Bibliography, New York : AMS Press
41
Zulkornain Bin Yusof, Percukaian Negara Islam, Perbandingan Percukaian Moden dengan Islam,Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1994.
42
Baseri Ishak, “Sistem Percukaian Islam Dan Konvensional : Satu Perbandingan”, Disertasi Syariah, Fakulti
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,Kuala Lumpur, 1995.
43
Samsuri Bin Jelani, “Masalah Duplikasi Antara Zakat Dan Cukai Pendapatan Di Malaysia”, Disertasi Jabatan
Syariah Dan Ekonomi, Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1999.

14

dan dalam waktu yang sama harus membuat pembayaran ke atas cukai merupakan
sesuatu yang sangat membebankan kepada masyarakat Islam sekarang bahkan kajian
ini juga turut melihat kepada unsur keadilan yang dikenakan ke atas cukai pendapatan
itu.
Oleh itu, penulis telah terpanggil untuk melakukan kajian ini bagi
membahaskan serta menjelaskan pembayaran zakat perniagaan vs cukai korporat di
Malaysia sebagai satu analisis perbandingan supaya suatu hari nanti hasil kajian
penulis boleh memberi manfaat kepada semua pihak.

15

BAB 3 :
METODOLOGI
3.1

Pendahuluan
Bab ini memperincikan bagaimana kajian ini dijalankan. Bab ini membincangkan
rekabentuk kajian, pemilihan peserta kajian dan tempat kajian, tatacara pemerolehan
data, prosedur kajian, teknik pengumpulan data, kesahan dan kebolehpercayaan
maklumat dan kaedah menganalisa data. Kajian dijalankan untuk menjawab persoalan
kajian. Untuk memperolehi hasil kajian yang baik dan mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi, metodologi yang tepat dirangka bagi memudahkan menjawab persoalan
kajian seterusnya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Bab ini menjelaskan
tentang metodologi yang digunakan bagi mendapatkan data yang tepat dan mampu
menjawab persoalan kajian. Aspek yang diberikan penekanan adalah reka bentuk
kajian, alat kajian, prosedur kajian, kaedah merekodkan maklumat dan kaedah analisis
data.
Metodologi merupakan satu perkara yang penting di dalam menjalankan
sesuatu penyelidikan. Ia menggambarkan aliran kerja bagaimana sesuatu kajian itu
dijalankan agar persoalan kajian dapat dijawab dan data yang diperolehi boleh
dipercayai serta mempunyai tahap kesahan yang tinggi. Kejayaan sesuatu kajian
bergantung kepada pemilihan metodologi kajian yang sesuai dan tepat yang mana
akhirnya kajian itu dapat menyumbangkan kepada peningkatan ilmu pengetahuan dan
maklumat jelas dan terperinci terhadap proses pelaksanaan kajian amat penting bagi
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian yang dilaksanakan
melalui kaedah kualitatif.

3.2

Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian ke menggunakan kaedah kualitatif. Menurut
Cresweell (2012) kajian kes memberikan peluang untuk menilai semula amalan dan
menjawab persoalan kajian. Ini disokong dengan definisi teknikal yang diberikan oleh
Yin (1984) menyatakan bahawa kajian kes adalah persoalan yang berdasarkan
pengalaman dan penelitian (kajian emprikal), kajian yang dijalankan dalam konteks
yang sebenar

16

3.3

Kaedah Pengumpulan Data
1. Kaedah Penyelidikan Perpustakaan (Library Research)
Penyelidikan perpustakaan merupakan satu teknik yang digunakan oleh seseorang
pengkaji bagi mendapatkan data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan
rekod44. Ia hampir sama dengan metod dokumentasi. Ia merujuk kepada proses
pengumpulan data dengan melakukan kajian dan pembacaan terhadap dokumendokumen yang ada hubungannya dengan masalah-masalah yang diteliti45.
Dalam kajian ini, pengkaji mengumpul data-data dengan merujuk kepada
dokumen-dokumen yang diperolehi. Setelah itu dibaca, diteliti, dianalisis seterusnya
dirumuskan dan membuat kesimpulan kepada persoalan yang berkaitan dengan
masalah yang dikaji. Metod dokumentasi ini banyak terdapat di dalam bab pertama,
bab kedua, rumusan dan kesimpulan. Penggunaan metod ini memberi fungsi yang
penting bagi menyiapkan kajian ini.
Pengkaji juga akan pergi ke beberapa buah perpustakaan termasuklah
perpustakaan Universiti Malaya untuk mengumpulkan bahan-bahan yang berkaitan
dengan tajuk kajian ini Bahan-bahan yang diperolehi pengkaji adalah seperti bukubuku ilmiah,jurnal,disertasi dan lain-lain.
2. Kajian Penyelidikan Lapangan (Field Research)
Selain daripada kajian perpustakaan, kajian ini juga mengumplkan maklumat di
lapangan dalam mendapatkan data primer. Data ini menggunakan soal selidik, datadata di lapangan yang diperoleh oleh pengkaji daripada sesi temubual.
Ia bertujuan untuk membuat penyelidikan secara langsung dengan mendatangi
responden atau objek yang menjadi sasaran untuk dikaji serta dibuat perumusan dan
kesimpulan yang diperlukan. Pengkaji akan mengedarkan boring soal selidik kepada
sampel serta memberi penerangan ringkass mengenai tujuan soal selidik dijalankan.
Dengan cara sedemikian juga memberi peluang kepada mereka supaya
bersedia memberi maklumat yang tepat dalam soalan yang dikemukakan. Selepas itu

44
45

Charles Issawi (1962), Filsafat Islam Tentang Sejarah, (terj.) Ali Mukti, Jakarta : Tinta Mas, h. 36.
Mohd Shafie Abu Bakar (1991), op.cit., h. 41.

17

responden diminta mengembalikan soal selidik kepada pengkaji dan diserahkan untuk
proses analisis.
Justeru metod-metod yang digunakan dalam kajian lapangan ini adalah seperti berikut
:i.

Metod Tembual (Interview)
Metod tembual atau wawancara ialah cara yang digunakan untuk mendapatkan
keterangan atau pendirian secara lisan daripada responden yang bercakapcakap berhadapan muka (face to face) dengan orang itu 46. Kaedah tembual ini
juga merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat yang melibatkan
interaksi sosial antara individu dan ia adalah salah satu cara yang terbaik untuk
mengetahui bagaimana sesuatu institusi dilihat dari perspektif orang lain.47

ii.

Metod Soal Selidik (Questionaire)
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan data primer yang diperolehi
menerusi kajian lapangan.48 Soal selidik akan diedarkan oleh pengkaji kepada
responden kajian pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Borang
soal selidik ini akan diedarkan dan penerangan ringkas akan diberikan kepada
responden bagi memberi keyakinan kepada responden bahawa hasil dapatan
hanyalah bagi tujuan penyelidikan semata-mata dan semua makluman peribadi
responden adalah dirahsiakan49. Borang soal selidik ini akan dikumpulkan
kembali dan direkodkan mengikut nombor kod dan diasingkan bagi
memudahkan pemprosesan data.
Menurut Mohd Majid Konting50, soal selidik merupakan satu alat ukur
yang digunakan di dalam penyelidikan. Ia bertujuan untuk mendapatkan
maklumat

berkenaan

fakta-fakta

kepercayaan,perasaan,kehendak

dan

sebagainya.

46

Unit Penyelidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003), Manual Kursus Kajian
Tindakan, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia, h. 29.
47
Ibid.
48
Unit Penyelidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003), op.cit., h. 29.
49
Selo Soemardjan (1985), “Penyusunan dan Penggunaan Kuessioner”, dalam Koentjaraningrat (ed.), Metodmetod Penelitian Masyarakat, cetakan ketujuh, Jakarta : PT Gramedia, h. 173
50
Mohd Majid Konting (1998), Kaedah Penyelidikan, cetakan ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, h. 202.

18

3.3

Kaedah Menganalisis Data Kajian
Data yang diperoleh daripada soal selidik yang telah dijalankan turut dianalisis
dengan menggunakan kemudahan pakej program Statistical Package For The
Social Sciences (SPSS) untuk menghitung dan mengemas kini dapatan data
kajian. Analisa ini bagi mendapatkan nilai peratusan, min, mod,median dan
sisihan piawai bagi setiap item soal selidik berdasarkan kepada objektif kajian.

3.4

Rumusan
Kajian tinjauan ini berbentuk kuantitatif deskriptif yang bukan merupakan
kajian eksprimental. Perisian SPSS digunakan untuk menganalisis data yang
diperolehi daripada kajian. Pengkaji juga telah menyatakan kaedah kajian,
intrumen kajian, populasi dan subjek kajian, prosedur kajian yang
merangkumi cara merekod data dan statistic yang digunakan menganalisis
data.

19

PECAHAN BAB

Susunan penulisan dibahagikan kepada enam bab.
Bab 1 – Pendahuluan
Mengutarakan pendahuluan kajian secara keseluruhannya. Bab ini menerangkan
persoalan dan permasalahan kajian yang menjadi pendorong kepada perlaksanaan
kajian. Bab ini mengemukakan hipotesis awalan sebagai satu landasan untuk
membuktikan bahawa terdapatnya keselarasan di antara teori dan fakta.
Bab 2 – Konsep Zakat Perniagaan Menurut Persepektif Islam
Bab dua menerangkan secara teori mengenai definisi zakat, pensyariatan zakat dan
cukai, jenis-jenis zakat, hukum kewajipan zakat, syarat berzakat, cara mengeluarkan
zakat, dan golongan penerima zakat.
Bab 3 –Konsep Percukaian Pendapatan Perniagaan (Korporat)
Bab tiga ini menerangkan tentang perbelanjaan negara untuk mendapatkan segala
hasil pendapatan negara untuk mengimbangi ekonomi negara. Bab ini juga akan
membahaskan tentang punca pendapatan negara iaitu sistem percukaian yang mana
akan menerangkan dari sudut aspek persejarahan, kepentingan, pentadbiran dan lainlain yang berkaitan dengan cukai. Perbincangan ini juga menyentuh rasionaliti
pemerintahan Islam zaman silam dalam menetapkan kadar cukai serta etika pemungut
cukai.
Bab 4 – Peruntukan Undang-Undang Berkaitan Pembayaran Zakat Perniagaan
Dan Cukai Pendapatan Perniagaan.
Bab Empat pula akan memaparkan latarbelakang dan peruntukan undang-undang
zakat dan perlaksanaan cukai perniagaan yang terdapat di Malaysia. Bab ini akan
memperlihatkan konsep cukai dan zakat menurut perundangan di Malaysia mengenai
takrif zakat dan cukai, bidangkuasa undang-undang dan tindakan susulan kepada
pihak yang enggan membayar zakat dan cukai serta melihat kepada kelemahan yang
terdapat pada setiap peruntukan tersebut.

20

Bab 5 – Analisis Pembayaran zakat perniagaan dan cukai pendapatan
perniagaan di kalangan peniaga Islam di Malaysia
Bab lima pula akan mengemukakan analisa kajian perbandingan dengan membuat
analisa pembayaran zakat perniagaan dan cukai pendapatan perniagaan di kalangan
peniaga Islam di Malaysia berlandaskan kepada objektif kajian. Bab ini untuk melihat
samada terjawab ataupun tidak hipotesis yang dibuat pada awalnya. Bab ini akan
memperlihatkan hasil kajian dan akhirnya akan membuat kesimpulan pada bab yang
ke enam.
Bab 6 – Saranan dan penutup
Bab ini akan dibuat berdasarkan latarbelakang, permasalahan, objektif, kepentingan
kajian, metodologi kajian yang digunakan, serta berdasarkan kepada bab-bab
seterusnya dalam membuat kesimpulan terhadap kajian ini dengan tujuan boleh
memperbanyakkan khazanah keilmuan dan mengelakkan kefahaman dalam bidang
zakat dan percukaian perbandingan khususnya kepada di Malaysia.

21

BIBLIOGRAFI
1. Al – Quran Karim
2. Yusuf Al-Qardawi, 1999. Hukum Zakat – Studi Komparatif Mengenai Status Dan
Filsafat Zakat Berdasarkan Qur’an Dan Hadis. Diterjemah oleh Salman Harun et
al.Bandung : Penerbit Litera AntarNusa Dan Penerbit Mizan.
3. Al-Zuhayli‟, 1994, al-Fiqh al-Islami’ wa Adillatuh
4. Wahbah al-Zuhaili, 1994, Fiqh dan Perundangan Islam Jilid III, Kuala Lumpur
Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Syed

Othman

Alhabshi,2009,

”Islam

Menuntut

Kecemerlangan

Dalam

Perniagaan dan Keusahawanan”.IKIM.
6.

Zaharah Salwati Baba, Hashim Jusoh, Habsah Muda, Syed Mohd Azmi Syed Ab
Rahman,

2010 ,“Tangganapan Usahawan

Terhadap

Zakat

Perniagaan

Berbanding Cukai Pendapatan Perniagaan Di Terengganu”.
7. Zahri Mamat, 2014, “Perakaunan Zakat Perniagaan Di Malaysia”,Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
8. Hamizul Abdul Hamid, 2012, “Eksklusif Zakat, Kombinasi Fakta Dan Hukum
Masa Kini”, Galeri Ilmu Sdn. Bhd,Kuala Lumpur
9. Nur Azura Sanusi, 2015, “Aplikasi Zakat Dalam Ekonomi Gunaan”, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
10. Mahmood Zuhdi Abd. Majid, 2003, “Pengurusan Zakat” (Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, )
11. Mohd Ridzuan Awang,1991, Konsep Pemilikan Harta Dalam Islam : Satu
Penilaian, Kuala Lumpur Dewan Pustaka dan Bahasa.
12. Abdul Karim Zaidan, 1999, Ensiklopedia Fiqh Wanitia Jilid 11, Terjemahan oleh
Bahruddin Fannani, Bangi : Syabab Publishing House. 1999.
13. Hailani Muji Tahir, “Kedudukan Illah, Nisab, Kadar dan Haul dalam Menjana
Sumber Zakat Korporat”, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
14. Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid, “Persepsi dan Kesedaran terhadap
Perluasan Sumber Zakat Harta yang diikhtilaf”, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
15. Mat Sa‟ad Bin Hassan, 1989, “Pengiraan Zakat Harta Perniagaan Atau
Perusahaan”, dalam Zakat Ditinjau Dari Perspektif Sosial, Undang-Undang Dan
22

Taksiran, ed. Mohd Ali Baharum (Kuala Lumpur, Angkatan Belia Islam
Malaysia,).
16. Nor Aini Ali, (Julai 2006) “Analisis Perakaunan Zakat Di Malaysia”, Jurnal
Syariah 14, no.2
17. Agnides, Nicolas 1969. Mohammedan Theories Of Finance With an Introduction
to Mohammedan Law a Bibliography, New York : AMS Press
18. Zulkornain Bin Yusof, 1994, Percukaian Negara Islam, Perbandingan Percukaian
Moden dengan Islam,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Kuala Lumpur.

DISERTASI
1. Mamat bin Said, 2001, “Zakat Perniagaan : Satu Kajian di LUTH”, Disertasi
Sarjana Syariah, Universiti Malaya”.
2. Mazlia Aini binti Mat Taib,2008, “Keberkesanan Pelaksanaa Kutipan Zakat
Korporat Perniagaan Di Selangor”, Disertasi Syariah dan Undang-undang,
Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
3. Norazah Kosim, 2004, “Zakat Petroleum di Malaysia : Kajian Kes di Petroleum
Nasional Berhad (PETRONAS)”, Disertasi Syariah, Jabatan Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
4. Nurul Hisyam Nor Muhammad, 2004, “Pengaruh Pemikiran Yusuf Al-Qardawi
Dalam Pentadbiran Zakat di Negeri Selangor”, Disertasi Syariah dan Undangundang, Jabatan Pengajian Islan, Universiti Malaya.
5. Nik Norazmalinda Binti Abd Aziz, 2011, „Pembayaran Zakat Dalam kalangan
Pengusaha-Pengusaha Batik Di Kota Bharu,Kelantan”, Disertasi Syariah, Fakulti
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
6. Rosleem Bin Nordin, 2007, “Pungutan Zakat Perniagaan Di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur”, Disertasi Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi Dan Pentadbiran,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
7. Baseri Ishak, 1995, “Sistem Percukaian Islam Dan Konvensional : Satu
Perbandingan”, Disertasi Syariah, Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya,Kuala Lumpur.

23

8. Samsuri Bin Jelani, 1999 “Masalah Duplikasi Antara Zakat Dan Cukai
Pendapatan Di Malaysia”, Disertasi Jabatan Syariah Dan Ekonomi, Fakulti
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

24

Dokumen yang terkait

AN ALIS IS YU RID IS PUT USAN BE B AS DAL AM P E RKAR A TIND AK P IDA NA P E NY E RTA AN M E L AK U K A N P R AK T IK K E DO K T E RA N YA NG M E N G A K IB ATK AN M ATINYA P AS IE N ( PUT USA N N O MOR: 9 0/PID.B /2011/ PN.MD O)

0 82 16

KAJIAN APLIKASI PUPUK KASCING PADA TIGA JENIS TANAMAN SELADA (Lactuca sativa L.) DENGAN PERBANDINGAN MEDIA YANG BERBEDA

3 58 19

PERBANDINGAN BUDIDAYA "AIR LIUR" SARANG BURUNG WALET ANTARA TEKNIK MODERN DAN TEKNIK KONVENSIONAL (Studi Pada Sarang Burung Burung Walet di Daerah Sidayu Kabupaten Gresik)

6 108 9

PERBANDINGAN HASIL BELAJAR SISWA MENGGUNAKAN MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE TAKE AND GIVE DENGAN MODEL PEMBELAJARAN THINK PAIR SHARE PADA MATA PELAJARAN GEOGRAFI KELAS XI-IIS DI SMA NEGERI 7 BANDA ACEH

0 47 1

TEMA 8 UNTUK KELAS 2 K 13

18 286 4

PERBANDINGAN HASIL BELAJAR FISIKA ANTARA PEMBELAJARAN YANG MENGGUNAKAN LEARNING CYCLE 5E DENGAN PROBLEM BASED LEARNING

0 21 58

STUDI PERBANDINGAN HASIL BELAJAR DAN KETERAMPILAN PROSES SAINS DITINJAU DARI PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN BERBASIS TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI

6 77 70

PERBANDINGAN HASIL BELAJAR FISIKA SISWA ANTARA MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE THINK PAIR SHARE (TPS) DENGAN MODEL PEMBELAJARAN PROBLEM BASED LEARNING (PBL)

11 75 34

PERBANDINGAN HASIL BELAJAR FISIKA SISWA ANTARA MODEL PEMBELAJARAN PROBLEM BASED LEARNING(PBL) DAN MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE GROUP INVESTIGATION (GI)

6 62 67

PERBANDINGAN HASIL BELAJAR IPS TERPADU ANTARA PENGGUNAAN MEDIA PEMBELAJARAN AUDIO-VISUAL DENGAN MEDIA PEMBELAJARAN GRAFIS KELAS VII SMP NEGERI 3 TERBANGGI BESAR LAMPUNG TENGAH TAHUN PELAJARAN 2014/2015

3 51 68