PERKEMBANGAN POLITIK DI FILIPINA PADA ER

PERKEMBANGAN POLITIK DI FILIPINA PADA ERA BERPERLEMBAGAAN
SENDIRI SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

1.0

Pengenalan

Filipina merupakan sebuah negara republik yang terletak dalam benua Asia Tenggara,dimana
kedudukannya berada di sebelah utara Indonesia dan Malaysia. Filipina merupakan sebuah
negara kepulauan dan Negara ini terdiri dari 7.107 pulau. Filipina seringkali dianggap sebagai
satu-satunya negara Asia Tenggara di mana pengaruh budaya Barat terasa sangat kuat.1 Sebelum
kedatangan barat, di Filipina terdiri daripada kerajaan- kerajaan kecil yang bercorak animisme
dan bercorak Islam di bahagian selatan kepulauan. Sejarah kedatangan barat di Filipina
dimulakan dengan penemuan oleh pelayar terkenal berbangsa Portugis iaitu Ferdinand Maggelan
yang belayar mewakili kapal sepanyol pada tahun 1521. Walaupun beliau berjaya menemui
Kepulauan Filipina, namun pelayarannya itu diakhiri dengan kematiannya di tangan Raja
Lapulapu pada april, 1521.2 Penemuan ini telah membawa kepada penjajahan sepanyol ke atas
Filipina selama 330 tahun.
Kekalahan tentera laut sepanyol pada 1 mei 1898 telah memaksa Sepanyol untuk
menyerahkan Filipina kepada Amerika Syarikat dengan bayaran sebanyak AS$20,000,000. 3 Pada
peringkat awal pengambilalihan Amerika ke atas Filipina, Presiden McKinley pada asalnya tidak

bercadang untuk menjadikan Filipina sebagai sebuah Koloni kerana konsep itu bententangan
dengan Prinsip Kerajaan Amerika Syarikat yang menentang sebarang bentuk Penjajahan. Namun
dasar ini telah diubah setelah wujudnya ancaman daripada Jerman yang ingin menjadikan
Filipina sebagai Koloni. Walaupun pertukaran dasar ini mendapat tentangan daripada senat
Amerika Syarikat, namun dasar ini tetap diteruskan dan perkara ini telah membawa rasa tidak
puas hati masyarakat Filipina ke atas Amerika Syarikat yang membawa kepada Peperangan
Amerika-Filipina dari tahun 1899 sehingga 1931. Pengambilalihan pentadbiran Filipina oleh
1 Artemio R. Guillermo, (2012). Historical Dictionary of the Philippines, Lanham, Maryland : Scarecrow Press.,
hlm. 1.
2 Daniel B. Schirmer, Stephen Rosskam Shalom. (1987) The Philippines Reader: A History of Colonialism,
Neocolonialism, New York : South End Press., Hlm. 1 dan 2.
3 Mary-Ann Asico. (1999). 100 Events that Shaped the Philippines. Quezon City: National Centennial Commision.
hlm 236.

1

Amerika telah mengubah corak pentadbiran Filipina kearah politik berperlembagaan. Perkara ini
dapat dibuktikan melalui tindakan Amerika yang membenarkan penubuhan Parti- parti Politik
bercorak sederhana oleh rakyat Filipina. Politik berperlembagaan adalah undang-undang dasar
yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Perkara ini menjadi peraturan yang akan

menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir dan juga akan menentukan pembahagian kuasa
antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Filipina telah menyistiharkan perlembagaannya
sendiri pada November 1935, yang mana perlembagaan yang diishtiharkan itu adalah mirip
Perlembagaan kerajaan Amerika Syarikat.4

2.0

Perkembangan politik berperlembagaan Filipina
Filipina sebelum dijajah telah mempunyai corak pentadbiran tersendiri yang agak unik.

Sistem politik yang dimaksudkan ialah pemerintahan berdasarkan Baranggay dan pimpinan oleh
datu- datu. Kehadiran sepanyol sejak 1521 di Filipina telah mengubah sistem pentadbiran
tradisional penduduk di Filipina kepada sistem yang lebih sistemetik iaitu dengan meletakkan
Filipina di bawah kerajaan mahkota bagi Raja Sepanyol. Sistem petadbiran Filipina mengalami
perubahan semula pada 1898 apabila amerika syarikat mengalahkan sepanyol. Kemudian
filipina membentuk kerajaan sendiri dan jeneral emelio aguinaido diisytiharkan sebagai
presiden .Sebuah perlembagaan baru telah dibentuk yang dikenali sebagai perlembagaan malolos
yg telah diluluskan pd 8 Oktober.1898.5

2.1


perlembagaan Malolos
Perlembagaan Malolos sejujurnya adalah perlembagaan muktamad daripada empat

perlembagaan yang dipersetujui bersama oleh tokoh- tokoh Nasionalis Filipina dari tahun 1896
sehingga 1899.6 Perlembagaan ini diambil namanya bersempena dengan nama wilayah Malolos
yang diduduki oleh para Nasionalis Filipina sewaktu mereka mengishtiharkan perlembagaan
4 Ricardo S. Lazo.(2009) Philippine Governance and the 1987 Constitution. Manila : Rex Bookstore. Inc., hlm. 7
dan 8.
5 Ibid,. hlm 42.
6 Spencer Tucker. (2009) The Encyclopedia of the Spanish-American and Philippine-American Wars: A Political,
Social, and Military History, Volume 1. California : ABC-CLIO. Hlm. 364.

2

tersebut. Melalui pengishtiharan ini, maka dengan secara rasminya berdirinya Republik Filipina.
Menurut T.A. Agoncillo, Perlembagaan Malolos ini merupakan satu perlembagaan yang sangat
sempurna kandungannya kerana mengandungi ciri- ciri demokrasi dan ketatanegaraan yang jelas.
Melalui pengisytiharan perlembagaan ini, dengan secara rasmi wujudnya pemerintahan
Republik Filipina yang bebas dan merdeka serta lebih bertanggungjawab. 7 Penubuhan Republik

Filipina yang bebas itu tidak dapat bertahan lama apabila Amerika bertindak menjajah mereka
melalui satu perjanjian yang dikenali “perjanjian Paris”. Melalui perjanjian Paris yang
ditandatangani pada 10 Disember 1898, Republik Malolos yang diasaskan oleh orang Filipina itu
tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat.8
Tindakan Amerika Syarikat yang menjajah Filipina adalah suatu tindakan yang amat
ditentang oleh masyarakat Filipina. Usaha Amerika Syarikat menyebarkan idea Demokrasi serta
bencikan penjajah kepada masyarakat Filipina pada zaman penjajahan Sepanyol amat
bertentangan dengan konsep penjajahan yang dilakukan oleh mereka. Amerika Syarikat pada
hakikatnya merupakan sebuah Negara yang baru sahaja mendapatkan kebebasan dari cengkaman
penjajahan British pada tahun 1776. Oleh itu mereka sememangnya amat menentang konsep
penjajahan dan giat menyebarkan idea liberal kepada masyarakat Filipina semasa pentadbiran
Sepanyol di Filipina. Melalui usaha Amerika inilah, maka lahirnya idea nasionalisme yang lebih
jelas serta usaha kearah berkerajaan sendiri oleh masyarakat Filipina yang selama ini langsung
tidak pernah diimpikan oleh mereka.9 Sepanjang 333 tahun pentadbiran sepanyol di Filipina,
tidak pernah wujud satu bayangan untuk mewujudkan pentadbiran berperlembagaan
memandangkan Negara sepanyol sendiri mengamalkan sistem pentadbiran Monarki. Perkara ini
disokong oleh kenyataan J.P. Ongkili yang menyatakan:
“Sepanyol mengharapkan penanaman bibit Liberal di Filipina, namun Amerika yang
bertindak menyebarkan perasaan ini dalam kalangan masyarakat Filipina dan
memelihara sehingga benar- benar berakar umbi di kepulauan yang bertaburan itu”10


7 J.P. Ongkili, (1971) Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan 1971. Kuala Lumpur : Jurnal Sejarah
Universiti Malaya, hlm. 116.
8 Gregorio F. Zaide, The Filipphine Revolution, Manila : The Modern Book Company, 1954, hlm. 239.
9 Nicholas Tarling, (1999) The Cambridge History of Southeast Asia. Cambridge : Cambridge University Press,
hlm. 256.
10 J.P. Ongkili, (1971). Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan 1971. Kuala Lumpur : Jurnal Sejarah
Universiti Malaya, hlm. 117.

3

Hakikat bahawa Negara- Negara di rantau Asia mula mendambakan kemerdekaan dan
menubuhkan Negara yang bebas dari cengkaman penjajah dapat dilihat melalui penentangan
masyarakat Filipina ke atas penjajahan Amerika Syarikat. Amerika sendiri sedar bahawa mereka
tidak seharusnya menyekat keinginan masyarakat Filipina tersebut, oleh itu mereka mula
membuat beberapa langkah persediaan kearah pemberian kemerdekaan yang hakiki kepada
masyarakat Filipina. Latihan dan pengetahuan kea rah berkerajaan sendiri hendaklah disediakan
secukupnya, dan ini adalah selari dengan kenyataan MacKinley semasa memulakan
perkhidmatannya di Filipina:
“Filipina adalah kepunyaan kita, bukannya untuk diperas, tetapi adalah untuk

dimajukan, ditamadunkan, diberi pelajaran untuk dilatih kearah berkerajaan sendiri…
menegakkan kebebasan, undang-undang dan kerajaan yang sempurna di Filipina”11
Bagi merealisasikan kenyataan tersebut, para pemimpin Amerika syarikat yang terlibat
dalam pentadbitaran di Filipina ini telah bertindak memperkenalkan beberapa rang undangundang. Antara rang undang- undang yang dimaksudkan ialah Rang Undang- undang
Filipina atau nama lainnya ‘akta cooper’.

2.2

Akta Cooper
Akta cooper atau lebih dikenali dengan Rang Undang- undang Filipina

ini telah

diluluskan oleh pihak pentadbir Filipina pada tahun 1902. Melalui akta ini, perlaksanaan hak
asasi kepada masyarakat Filipina akan dijalankan. Secara ringkasnya, akta Rang undang- undang
Filipina ini mempunyai dua ciri utama yang dapat membentuk perhimpunan Filipina yang
pertama dan memilih dua orang wakil Pesuruhjaya Tinggi ke Kongres Amerika Syarikat. 12
Antara tugas wakil Filipina ini ialah untuk menuntut kemerdekaan dan perwakilan Filipina ini
mempunyai kedaulatan yang sama dengan perwakilan Amerika, kecuali dari segi pengundian.
Melalui penubuhan akta Cooper ini, maka dengan ini rakyat Filipina diberikan kebebasan

sama rata dengan bangsa penjajah di dalam kesemua aspek. Contoh aspek yang dimaksudkan
11 Usha Mahajani, (1971). Philipphine Nationalism; External Challenge and Filipino Response, 1565-1946,
University of Queensland Press., hlm. 225.
12 L. Primo Tongko, (1965). The Government of the Filippines,. Quezon : Garcia Publishing Co. Quezon city, 1965,
hlm. 38.

4

ialah, kebebasan dalam memilih parti Politik, memilih perwakilan mereka melalui pilihanraya
seterusnya membentuk Majlis perhimpunan. Secara tuntasnya sememangnya akta ini telah
memberikan kebebasan yang mutlak terhadap masyarakat Filipina dalam berpolitik dan
kebebasan yang dimiliki ini seterusnya dapat digunakan untuk melatih mereka kea rah
berkerajaan sendiri. Keistimewaan akta ini dalam memberikan kebebasan berpolitik dan
menyuarakan pandangan masyarakat Filipina dapat dibuktikan melalui kenyataan Zaide;
“…. Mewujudkan semula keamanan yang hakiki di Filipina, mengambil dan
menerbitkan satu banci, dua orang Suruhanjaya Filipina akan dihantar ke Washington
untuk mewakili dalam Kongress dan memelihara bahan- bahan semulajadi Filipina
bagi orang Filipina”13

2.3


Pilihanraya 1907 dan penubuhan dewan perhimpunan
Kebebasan berpolitik yang diberikan oleh Amerika Syarikat akta Cooper sebelum ini

telah mendatangkan banyak perkembangan yang sihat dalam Politik masyarakat Filipina.
Perkembangan sihat ini dapat dilihat melalui kemunculan parti- parti Politik yang menuntut
kemerdekaan Filipina pada sekitar tahun 1906.14 Kewujudan parti- parti politik yang
menyuburkan semangat rasa ingin merdeka dalam kalangan masyarakat Filipina ini telah
membawa kepada usaha untuk mewujudkan perhimpunan yang diwakili oleh anggota
masyarakat Filipina bagi mentadbir Majlis Negeri. Usaha ini telah menyebabkan berlakunya
Pilihanraya pada 30 Julai 1907.
Pemilihan yang dikenali dengan nama Pilihanraya Kebangsaan ini telah disertai oleh
dua parti politik utama iaitu Parti Nasionalista dan Parti Nacional Progresista. 15 Parti
Nacionalista merupakan gabungan dua kumpulan Nasionalis iaitu Partido Union
Nacionalista dan partido Independentista. Manakala Parti Progresista yang sebelum ini
dikenali sebagai Parti Federalista adalah parti pro-Amerika sebelum pilihan raya tahun 1907.
Parti ini telah mengubah ideologinya menjadi pro-rakyat Filipina, dengan mendesak supaya
13 G.F., Zaide. (1970). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.
417.
14 Wong Kwok Chu, (1982) "The Jones Bills 1912-16: A Reappraisal of Filipino Views on Independence", Journal

of Southeast Asian Studies 13(2): hlm.252-269.
15 Dapen. Liang. (1971), Philippine Parties and Politics : A Historical Study of national experience in Democracy.
California : Gladstone Co. hlm. 61 dan 62.

5

wujudnya kerajaan yang mengamalkan demokrasi bebas. Pilihanraya 1907 ini telah
memperuntukkan sebanyak 80 kerusi sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Suruhanjaya
Filipina. Terdapat 104, 996 pengundi berdaftar, namun jumlah mereka yang mengundi
adalah 98, 251 orang dan mereka yang layak mengundi adalah lelaki yang berumur
sekurang- kurangnya 23 tahun dan ke atas.
Melalui plihanraya ini, ramai wakil dari kalangan Filipina tulen telah mendapat
kemenagan. Hasil dari Pilihanraya tersebut, maka buat pertama kalinya perhimpunan telah
diadakan pada 16 Oktober 1907 di Grand Opera House , Manila. Dalam perhimpunan ini, bangsa
Filipina telah bertindak memilih wakil- wakil mereka sendiri untuk mentadbir Majlis Negeri.
Antara wakil Filipina yang dilantik menerajui pentadbiran ialah Sergio Osmena(jurucakap) dan
Manuel L.Quezon(ketua Majlis Negeri). Kewujudan dewan perhimpunan Filipina ini telah
membuka ruang yang sangat luas kepada masyarakat Filipina untuk menentukan corak
pentadbiran Negara mereka di masa akan datang. Zaide menyatakan, dengan wujudnya
perhimpunan ini, maka lahirlah badan yang pertama mewakili orang Filipina di bawah

pemerintahan Amerika Syarikat.16

2.4

Akta Jones
Akta Jones atau lebih dikenali dengan Philippines Autonomy telah diluluskan pada 29

Ogos 1916. Dengan pengenalan akta ini, maka dengan ini masyarakat Filipina telah maju setapak
dalam usaha kearah mendapatkan kemerdekaan dan menjalankan pentadbiran Negara mereka
sendiri. Perkara ini keran, di dalam akta ini terdapatnya kenyataan bahawa Amerika Syarikat
akan menyerahkan kemerdekaan kepada masarakat Filipina bila mana masyarakat Filipina telah
bersedia dan mampu untuk berkerajaan sendiri. Pernyataan ini disokong oleh kenyataan Tongko,
katanya;
“undnag- undang Jones 1916 telah memberi kesan kepada hubungan Filipina-Amerika,
kerana di dalam undang- undang ini Amerika telah berjanji untuk menyerahkan
kembali kemerdekaan kepada masyarakat Filipina bila keadaansudah stabil.”17
16 G.F., Zaide. (1970), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm,
419.

6


Melalui akta Jones ini, masyarakat Filipina telah mendapat kesamarataan dalam semua aspek
utama seperti undang- undang, kedaulatan, kebebasan beragama, kebebasan bersuara dan
berakhbar sepertimana yang diamalkan di Amerika Syarikat. Perkara ini dapat dilihat melalui
konsep yang diserapkan kedalam akta ini yang banyak memasukkan unsur Demokrasi yang
bebas seperti konsep Pemerintahan dari rakyat untuk rakyat. Perkara ini jelas disokong melalui
kenyataan Agoncillo;
“akta Jones adalah bertujuan menggugurkan Kemerdekaan kepada Filipina oleh
Amerika Syarikat secepat mungkin sekiranya keadaan masyarakat Filipina sudah mula
stabil.”18

Keyataan Agoncillo ini telah disokong oleh Doran yang berpendapat bahawa Akta Jones ini
merupakan kejayaan bagi kerjasama dan pemberian undang- undang perlembagaan yang sah kea
rah persefahaman di antara Amerika dengan bangsa Filipina. 19 Melalui akta ini, sistem
perlembagaan telah diperluaskan dan pembesaran majlis perundangan telah dibuat. Senat
Filipina telah mengambil alih tugas- tugas yang selama ini dijalankan oleh ‘Philippines
Commission’, manakala Dewan Rakyat pula telah mengambil alih tugas- tugas Dewan
Perhimpunan Filipina. Dengan ini, anggota Dewan Rakyat telah dipilih oleh rakyat dan mereka
memegang jawatan itu selama tiga tahun.
Walaupun Amerika Syarikat pada hakikatnya menjajah Filipina, tetapi mereka sentiasa
berusaha untuk menanam dan suburkan fahaman liberal bagi memastikan masyarakat Filipina
lebih terbuka seterusnya dapat percepatkan kemerdekaan kepada Negara mereka. Kesungguhan
Amerika Syarikat dalam menyuburkan fahaman liberal kepada masyarakat Filipina ini dapat
dilihat melalui usaha Gabenor Jeneral Francis Burton Harrison yang menyebarkan kefahamn
Akta Jones ini kepada masyarakat Filipina. Kesungguhan Harrison ini disokong oleh pendapat B.
Hawes yang menyatakan;
17 L. Primo Tongko, (1965). The Government of the Filippines,. Quezon : Garcia Publishing Co. Quezon city, hlm.
42.
18 Agoncillo, Teodoro Alfonso, (1967). History of the Filipino people, Quezon City : Malaya Book. hlm. 337.
19 G.E. Taylor, (1934). The Philippines and the United States, New York : Frederick A. Praeger, hlm. 61-68.

7

“…. Harisson bersungguh- sungguh manukar kerajaan Filipina daripada kerajaanyang
terdiri daripada orang- orang Amerika dibantu oleh Orang- orang Filipina kepada
kerajaan yang terdiri daripada orang- orang Filipina yang dibantu oleh orang
Amerika”.20

Hasil dari akta ini, badan yang bertugas sebagai penasihat kepada Gabenor Jeneral dalam
aspek kewangan dan polisi Negara telah dibentuk. Badan yang dibentuk itu dikenali sebagai
Council of States, namun di sebalik penubuhan itu masih terdapat keraguan terhadap kuasa
pertubuhan itu memandangkan Gabenor Jeneral tetap mempunyai kusa Veto. Zaide menyatakan
bahawa, Amerika cukup peka terhadap usaha untuk melatih masyarakat Filipina dalam
berkerajaan sendiri. Contoh usaha tersebut dapat dilihat melalui tindakan pentadbir Amerika
memberikan jawatan pentind dalam pentadbiran seperti jawatan pemimpin dan ketua setiausaha
Biro Pentadbiran. Antara tokoh masyarakat Filipina yang memegang jawatan tersebut ialah,
Cyetano S. Arellano selaku ketua Mahkamah dan Gregario Aranata sebagai Ketua Jabatan
Pentadbiran.21

2.5

Perubahan pemerintahan Amerika Syarikat, merubah dasar di Filipina
Jika selama ini Amerika mengamalkan dasar memberikan kebebasan dan galakan kepada

masyarakat Filipina kearah berkerajaan sendiri, namun menjelang 1920 an keadaan ini berlaku
sebaliknya. Perubahan pucuk pimpinan Amerika yang jatuh ke tangan Parti Republican telah
menyebabkan Amerika bertindak mengubah dasar penjajahan mereka. Perubahan yang berlaku
ini telah menyebabkan kuasa Gabenor jeneral di Filipina terancam seterusnya membantutkan
usaha kearah kemerdekaan Filipina. Antara kesan perubahan kepimpinan Amerika terhadap
suasana Politik di Filipina ialah berlakunya kekangan terhadap kebebasan berpolitik masyarakat
Filipina. Selain itu, kerajaan Amerika juga bertindak menarik balik serta merombak sistem
pentadbiran yang telah diasakan pada zaman Harrison. Utusan wood Forbes telah mengeluarkan
kenyataan bahawa masyarakat Filipina belum bersedia mentadbir Negara sendiri, oleh itu
20 G.F., Zaide. (1970), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.
610.
21 Ibid. hlm 248.

8

Kemerdekaan hendaklah ditangguhkan. Kesan dari pengumuman itu, ‘council of states’ telah
dibubarkan dan ketua setiausaha bangsa Filipina telah meletakkan jawatan. Menurut Rafael
Palma, seawall tahun 1920 an, Presiden Wilson telah mengakui bahawa Filipina telah berjaya
mentadbir kerajaan, namun perlaksanaan kemerdekaan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana
beliau diambang kejatuhan.22
Kedua- dua Parti utama Amerika ini mempunyai dasar yang sangat berbeza terhadap
usaha memberikan kemerdekaan kepada Filipina. Parti Demokrat bersikap pro Filipina dengan
membenarkan usaha- usaha kea rah memberikan kemerdekaan kepada masyarakat Filipina,
manakala Parti Republikan pula sebaliknya. Perbezaan dasar kedua- dua parti tersebut terhadap
usaha kemerdekaan Filipina itu dapat dilihat melalui kenyataan Zaide iaitu;
“Parti Republikan pada dasarnya memimpin penduduk selangkah demi selangkah
menuju kea rah berkerajaan sendiri dan parti Demokratik pula suka untuk
mengisytiharkan kemerdekaan kepada Filipina dengan serta merta.”

Perubahan tampuk pimpinan Negara Amerika sekali lagi telah berlaku perubahan
menjelang tahun 1930 di mana parti Demokrat telah kembali berkuasa. Perubahan pucuk
pimpinan ini seterusnya telah membuka kembali ruang dan harapan orang Filipina untuk
menuntut kembali kemerdekaan yang tertangguh sebelum ini. Usaha menuntut kemerdekaan ini
kembali digiatkan, antara usaha pertama yang dilakukan ialah Osmena dan Roxas telah
mengunjungi Washington pada tahun 1931 dan berjaya mendapatkan Rang undang- undang
Here-Hewes-Cutting yang diluluskan pada tahun 1932. Usaha berterusan untuk mendapatkan
kemerdekaan oleh orang Filipina Nampak sangat teratur, dimana terdapatnya misi- misi ke
Washington pada tahun 1918, 1921, 1926,1931 dan 1934 untuk membuat rundingan kea rah
kemerdekaan Filipina.23

2.6

Rang undang- undang Hare Hawes Cutting

22 Palma, Rafael, (1923) Our Campaign for Independence, from Taft to Harrison, 1901-1921. Manila : Bureau of
Printing, hlm. 43.
23 J.p. Ongkili, (1971) Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan 1971. Kuala Lumpur : Jurnal Sejarah
Universiti Malaya, hlm. 119.

9

Akta Hare-Hawes-Cutting, (1933), merupakan undang-undang pertama yang menetapkan
tarikh kemerdekaan yang jelas kepada Filipina dari Amerika Syarikat. Undang- undang ini telah
diluluskan oleh Kongres berpunca dari tekanan dua belah pihak iaitu petani Amerika yang mana
pada waktu itu berlaku Kemelesetan Ekonomi yang Besar, yang berpunca dari rasa takut
persaingan dalam perusahaan gula dan minyak kelapa Filipina dan juga berpunca dari desakan
pemimpin Filipina, yang tidak sabar-sabar untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Rang undangundang ini telah diluluskan oleh Dewan Negara pada Disember 1932 dan telah dilaksanakan
pada 17 Januari, 1933.
Namun disebalik penubuhan Rang undang- undang itu, terdapat perasaan rasa tidak puas
hati dari Quezon selaku Presiden dewan senate. Bagi Quezon, undang- undang itu merugikan
orang Filipina. Apa yang diusul oleh Quezon mengenai kesn negative rang undang- undang iani
ada tepatnya kerana melalui undang- undang ini, nilai dagang Filipina dan imigrasi Filipina ke
Amerika akan berlaku kemerosotan. Selain itu, undang- undang ini juga menyebabkan
berlakunya pelanggaran kedaulatan Filipina oleh Amerika kerana Amerika masih memegang
kasanya ke atas angkatan tentera laut dan darat.24 Di sebalaki penolakan dan penentangan ini,
terdapat juga sokongan terhadap Rang undang- undang ini. Kewujudan pertentangan ini bukan
sahaja melibatkan para pemimpin Filipina, malah turut melibatkan golongan masyarakat biasa. 25
Dengan penentangan yang berterusan terhadap Rang Undang- undang itu, maka dengan
rasminya rang undang- undang tersebut telah ditolak dan dibatalakan.
2.7

Akta Tyding McDuffie
Setelah undang- undang Hare Hawes Cutting ditolak atas permintaan banyak pihak,

Quezon telah bertindak memujuk Kongress untuk membenarkan satu tindakan baharu kea rah
kemerdekaan Filipina.26 Melalui desakan itu, maka lahirlah akta baru iaitu Akta TydingsmcDuffie yang ditandatangani oleh Presiden Rosevelt dan diterima oleh Dewan Undangan
Filipina. Melalui akta ini, Amerika berjanji untuk memberikan kemerdekaan sepenuhnya kepada

24 L. Primo Tongko, (1965). The Government of the Filippines, Quezon : Garcia Publishing Co. Quezon city, hlm.
50.
25 Ibid. hlm. 51
26 Jennifer Conroy Franco. (2001). Election and Democratization in the Philippines. New York: Taylor & Francis
Group. Hlm. 52.

10

Filipina dalam tahun 1946. Selain itu, terdapat juga kenyataan bahawa akan tertubuhnya satu
Komanvel Filipina pada 4 julai 1936.27
Usaha ke arah kemerdekaan Filipina juga turut disusuli dengan Penggubalan
Perlembagaan Filipina. Konvensyen perlembagaan ini telah dibentuk dan digubal pada 30 julai
1934 oleh 202 orang wakil terpilih. Perlembagaan ini telah ditandatangani oleh Presiden Franklin
D. Roosevelt di sebelah pihak Amerika. Hasil dari pengenalan rang undang- undang ini, maka
dengan rasminya bermulanya pemerintahan Komenvel pada 15 November 1935 yang diguna
pakai selama 10 tahun sebelum Filipina mencapai kemerdekaan pada 1946.28

3.0

Kesimpulan
Secara tuntasnya, dapatlah dihuraikan bahawa sepanjang pentadbiran dan penjajahan

Amerika Syarikat ke atas Filipina, terdapatnya ruang luas diberikan oleh Amerika kepada orang
Filipina untuk berpolitik. Kenyataan ini dapat dilihat melalui usaha- usaha yang dilakukan oleh
Amerika dalam melatih masyarakat Filipina kea rah berkerajaan sendiri. Antara usaha yang
dilakukan oleh Amerika ialah dengan memperkenalkan beberapa akta seperti Akta Jones, Akta
Cooper, Rang undang- undang Hare-Hawes cutting dan Akta Tyding McDuffie.Selain itu pihak
Amerika juga bertindak membenarkan orang Filipina untuk memegang beberapa jawatan penting
dalam pentadbiran. Usaha Amerika serta kesungguhan yang diambil oleh orang Filipina ini
seterusnya telah membawa kepada Kemerdekaan Filipina pada tahun 1946.
4.0

Bibliografi

Daniel George Edward Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
J.p. Ongkili. 1971. Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan. Kuala Lumpur: Jurnal
Sejarah Universiti Malaya.

27 Daniel George Edward Hall. (1979). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka. Hlm.
939 dan 940.
28 J.p. Ongkili, (1971). Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan 1971. (Jurnal Sejarah Universiti
Malaya, hlm. 120.

11

L. Primo Tongko. 1965. The Government of the Filippines, Quezon: Garcia Publishing Co.
Quezon city.
Palma, Rafael. 1923. Our Campaign for Independence, from Taft to Harrison, 1901-1921.
Manila : Bureau of Printing.
G.F. Zaide. 1970. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
G.E. Taylor. 1934. The Philippines and the United States, New York : Frederick A. Praeger.
Agoncillo, Teodoro Alfonso. 1967. History of the Filipino people, Quezon City : Malaya Book.
Artemio R. Guillermo. 2012. Historical Dictionary of the Philippines, Lanham, Maryland:
Scarecrow Press.
Daniel B. Schirmer, Stephen Rosskam Shalom. 1987. The Philippines Reader: A History of
Colonialism, Neocolonialism, New York : South End Press.
Mary-Ann Asico. 1999. 100 Events that Shaped the Philippines. Quezon City: National
Centennial Commision.
Ricardo S. Lazo. 2009. Philippine Governance and the 1987 Constitution. Manila : Rex
Bookstore. Inc.
Spencer Tucker. 2009. The Encyclopedia of the Spanish-American and Philippine-American
Wars: A Political, Social, and Military History, Volume 1. California : ABCCLIO.
Nicholas Tarling. 1999. The Cambridge History of Southeast Asia. Cambridge : Cambridge
University Press.
Usha Mahajani. 1971. Philipphine Nationalism; External Challenge and Filipino Response,
1565-1946, University of Queensland Press.
Wong Kwok Chu. 1982. "The Jones Bills 1912-16: A Reappraisal of Filipino Views on
Independence", Journal of Southeast Asian Studies.
12

Dapen. Liang. 1971, Philippine Parties and Politics : A Historical Study of national experience
in Democracy. California : Gladstone Co.
Jennifer Conroy Franco. (2001). Election and Democratization in the Philippines. New York:
Taylor & Francis Group.

13