KAEDAH TRANSLITERASI STRATEGI PEMBELAJAR. pdf
Proceedings of the 2nd. International Conference on Arts, Social Sciences & Technology
Penang, Malaysia, 3rd. – 5th.March 2012
Paper Code. No. I2091
KAEDAH TRANSLITERASI: STRATEGI PEMBELAJARAN
BAHASA DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN MENULIS
BAHASA ARAB
Suzzana Othman1 dan Ahmad Harith Syah Md Yusuf2
1
Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA(UiTM), Malaysia
[email protected]
2

ABSTRAK
Tinjauan awal penyelidik mendapati bahawa ramai pelajar yang mengikuti kursus
bahasa Arab di UiTM Melaka mengalami masalah dalam menguasai kemahiran menulis
bahasa Arab. Masalah masalah seperti tulisan tidak jelas, tidak cukup simbol dan hilangnya
hubungan antara kata dalam satu ayat adalah antara rungutan para pensyarah yang memeriksa
kertas jawapan untuk soalan soalan yang melibatkan kemahiran menulis. Penyelidik ingin
mengenalpasti adakah masalah ini mempunyai hubungkait dengan kaedah transliterasi yang
digunapakai dalam buku teks bahasa Arab dan implikasi kaedah ini terhadap tahap
penguasaan pelajar dalam menguasai kemahiran menulis. Seramai 10 orang pensyarah Bahasa
Arab ditemubual untuk memberikan pendapat tentang keberkesanan serta implikasi kaedah ini
dalam membantu pelajar menguasai kemahiran menulis bahasa Arab. Seramai 10 orang
pelajar telah dipilih untuk ditemubual dan seramai 100 orang pelajar yang mengambil kursus
bahasa Arab peringkat diploma daripada pelbagai program dijadikan responden untuk
menjawab soalan soal selidik. Dapatan kajian ini menjangkakan bahawa kaedah transliterasi
ini pada peringkat awalnya baik untuk membantu para pelajar menguasai kemahiran membaca
dan menarik minat pelajar yang tidak tahu membaca teks bahasa Arab untuk mempelajari
bahasa ini. Namun begitu, pelajar tidak boleh bersandarkan semata-mata dengan bantuan teks
transliterasi kerana ianya tidak mampu membantu pelajar menguasai kemahiran menulis
dengan sempurna.
Keywords: Bahasa Arab, Kemahiran Menulis, Strategi Pembelajaran, Transliterasi
1.
PENGENALAN
Transliterasi ialah penukaran huruf atau perkataan daripada abjad sesuatu tulisan
contohnya tulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya dalam abjad sistem tulisan lain
contohnya tulisan Rumi (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Kaedah ini telah digunapakai
dalam semua buku teks Bahasa Arab di UiTM dengan tujuan untuk menarik minat pelajar
mempelajari Bahasa Arab dan membantu pembelajaran supaya menjadi lebih menarik dan
mudah bagi para pelajar yang tidak mempunyai asas Bahasa Arab atau tulisan jawi (Ahmad
Nazuki @ Marzuki Yaakub, Adam Mat & Azman Che Mat, 2006).Walaupun kaedah ini
diyakini boleh membantu pelajar menguasai kemahiran komunikasi, namun Azman Che Mat
(2010) telah mempersoalkan adakah kaedah ini boleh juga membantu pelajar menguasai
kemahiran menulis.Terdapat kemungkinan kemungkinan yang perlu dijawab samada kaedah
I2091-1
ini sesuai untuk para pelajar menguasai kemahiran menulis atau kemungkinan terdapat
kekurangan pada kaedah ini.
Persoalan ini perlu dikaji secara mendalam kerana pengkaji mendapati ramai pelajar
khasnya pelajar UiTM Melaka yang mengambil kursus Bahasa Arab lemah dalam penulisan
khasnya dalam Imlak (Ejaan), membina ayat untuk menjawab soalan kefahaman dan
terjemahan Melayu – Arab atau Inggeris – Arab. Masalah masalah seperti tulisan tidak jelas,
tidak cukup simbol dan hilangnya hubungan antara kata dalam satu ayat adalah antara
rungutan para pensyarah yang memeriksa kertas jawapan untuk soalan soalan yang
melibatkan kemahiran menulis.Para pensyarah terpaksa berulangkali memeriksa dan meneliti
kertas jawapan yang ditulis oleh pelajar dan ada yang terpaksa membuat kesimpulan sendiri
untuk urusan pemarkahan.
Persoalan yang perlu dijawab juga apabila kajian yang lepas menyatakan bahawa kaedah
ini diyakini boleh membantu pelajar menguasai kemahiran komunikasi adalah penyataan yang
umum kerana kemahiran komunikasi bukan sahaja komunikasi lisan bahkan ianya melibatkan
kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan komunikasi berbentuk grafik, bukannya
proses spontan, sebaliknya melibatkan latihan mental secara sedar. Ia juga satu proses
menyampaikan idea, buah fikiran dan pendapat dalam bentuk grafik. Kemahiran ini
membolehkan pelajar mencatat simbol-simbol grafik, huruf-huruf dan gabungan huruf-huruf
yang ada hubungan dengan bunyi bahasa dalam pertuturan lisan.
Justeru, diharapkan kajian ini dapat mengenalpasti adakah kaedah transliterasi ini dapat
membantu pelajar menguasai kemahiran menulis, juga mengenalpasti kekurangan kaedah ini
serta penambahbaikan kaedah ini yang mana perlu dikekalkan tetapi dibuat penambahbaikan
bagi memberi manfaat kepada pelajar untuk menguasai semua aspek kemahiran bahasa bukan
hanya dalam satu aspek sahaja. Diharapkan juga dapat menjawab persoalan adakah
penggunaan kaedah ini yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai kemahiran menulis
ataupun masalah itu datang dari pelajar sendiri. Dengan ini, dapatlah penyelidik memberikan
cadangan untuk membuat penambahbaikan dalam proses pembelajaran para pelajar.
1.1 PERNYATAAN MASALAH
Kebanyakan pelajar yang mengikuti kursus bahasa Arab khasnya di UiTM Melaka
mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran menulis bahasa Arab terutamanya bahagian
Imlak (Ejaan), membina ayat untuk menjawab soalan kefahaman dan terjemahan Melayu –
Arab atau Inggeris - Arab. Pensyarah sering menghadapi masalah apabila memeriksa kertas
jawapan pelajar apabila terdapat tulisan yang tidak jelas, tidak cukup simbol, membawa
maksud lain dan melenyapkan hubungan antara kata dalam satu ayat. Penyelidik mendapati
banyak kajian dijalankan untuk mengenalpasti masalah pelajar dalam menguasai kemahiran
menulis Bahasa Arab ini. Penyelidik juga mendapati terdapat juga kajian yang dijalankan oleh
Azman Che Mat (2010) mengenai kaedah transliterasi dalam pembelajaran dan pengajaran
Bahasa Arab dengan memfokuskan faedah kaedah ini kepada tahap penguasaan pelajar
terhadap Bahasa Arab. Namun kajian-kajian tersebut belum lagi memfokuskan adakah kaedah
transliterasi boleh memberikan kesan yang baik kepada tahap penguasaan pelajar dalam
kemahiran menulis Bahasa Arab. Faktor inilah yang mendorong untuk penyelidik
menjalankan penyelidikan di kalangan pelajar UiTM Melaka dan pandangan beberapa
pensyarah Bahasa Arab di UiTM dan di IPT luar untuk menjawab persoalan samada kaedah
transliterasi ini sesuai atau tidak untuk membantu pelajar menguasai kemahiran menulis
Bahasa Arab. Oleh itu, kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan berikut:
I2091-2
1- Apakah aspek-aspek kebaikan dan kelemahan kaedah transliterasi sebagai strategi
pengajaran bahasa dalam membantu pelajar menguasai kemahiran menulis Bahasa Arab?
2- Apakah penambahbaikan yang sesuai untuk mengekalkan kaedah transliterasi sebagai
strategi pengajaran bahasa yang mana dalam waktu yang sama dapat membantu para pelajar
menguasai kemahiran menulis Bahasa Arab?
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini memfokuskan pencapaian dua objektif utama iaitu:
1- Mengenalpasti aspek-aspek kebaikan dan kelemahan kaedah transliterasi sebagai strategi
pengajaran bahasa dalam membantu pelajar menguasai kemahiran menulis Bahasa Arab.
2- Memberi cadangan untuk penambahbaikan dalam aspek pengajaran guru menggunakan
kaedah yang sesuai bagi membantu pelajar menguasai kemahiran menulis Bahasa Arab.
1.3 KEPENTINGAN KAJIAN
Setelah penyelidik mengenalpasti aspek-aspek kebaikan dan kelemahan kaedah transliterasi
dalam membantu pelajar menguasai kemahiran menulis Bahasa Arab, penyelidik akan
memberi cadangan untuk penambahbaikan kaedah yang sedia ada (transliterasi) serta
cadangan yang sesuai untuk penambahbaikan strategi pembelajaran dan pengajaran bagi
membantu pelajar menguasai kemahiran menulis Bahasa Arab.
1.4 SKOP KAJIAN
Kajian ini meliputi perkara-perkara berikut:
1- Penggunaan kaedah transliterasi yang diguna pakai dalam buku teks yang disediakan oleh
unit bahasa Arab UiTM iatu buku al-Tawj h 1, al-Tawj h 2, al-Tawj h: Li Aghr d Siy hiyyah
1 dan 2 yang mana buku-buku ini digunapakai untuk proses pembelajaran dan pengajaran
kursus diploma di UiTM Melaka.
2- Para pelajar yang mengambil kursus ini di peringkat diploma pada sesi akademik
November 2011 - Mac 2012 sahaja.
3- Para pengajar bahasa Arab yang terlibat dengan Bahasa Arab di UiTM Melaka dan IPT di
Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.
1.5 DEFINISI TERMA
1- Transliterasi: merujuk kepada satu kaedah yang digunapakai oleh buku teks Bahasa
Arab UiTM.
I2091-3
2- Strategi pembelajaran: merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan atau
tindakan merancang kaedah dan teknik yang berkesan dalam satu-satu pengajaran
berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan.
3- Bahasa Arab: merujuk kepada bahasa Arab yang diajarkan kepada pelajar-pelajar yang
mengambil kursus Bahasa Arab di UiTM.
4- Kemahiran Menulis: merujuk kepada kemahiran menulis bahasa Arab yang mana
pelajar mampu menulis atau menyalin tulisan Arab pelbagai bentuk huruf Hijaiyyah,
menulis atau menyalin perkataan Arab yang mana hurufnya bersambung atau tidak
bersambung. Di samping itu, pelajar juga dapat menulis tulisan Arab dengan jelas dan
dapat membezakan antara simbol-simbol penulisan itu, menyalin perkataan-perkataan
yang dilihat oleh pelajar dengan salinan yang betul. Pelajar juga mampu mendalami
tulisan Arab, menggunakan tanda-tanda baca dengan betul dan kaedah-kaedah Imlak
yang sempurna dalam penulisan.
2.
KAJIAN LITERATUR
2.1
Bahasa Arab
Bahasa Arab telah diperkenalkan kepada para pelajar di Universiti Teknologi Mara yang
dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara seawal tahun 60-an di Kampus UiTM,
Jalan Othman, Petaling Jaya. Kini Bahasa Arab menjadi antara bahasa pilihan di Universiti
Teknologi Mara selain bahasa-bahasa seperti Bahasa Madarin, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman
dan sebagainya. (Akademi Pengajian Bahasa).
Bagi pelajar peringkat diploma hanya beberapa program sahaja perlu mengambil
bahasa ketiga. Program-program tersebut adalah seperti Diploma Pengajian Perniagaan,
Diploma Perbankan, Diploma Pengajian Insurans dan Diploma Pengurusan Pelancongan.
Bahasa Arab di peringkat diploma merupakan Bahasa Arab komunikasi asas. (Akademi
Pengajian Bahasa, UiTM Melaka).
Komunikasi merupakan tujuan utama pembelajaran kursus ini, namun begitu
kemahiran-kemahiran lain seperti mendengar, membaca, menulis dan juga dititikberatkan. Di
peringkat ini para pelajar diperkenalkan dengan huruf-huruf Arab, perkataan-perkataan Arab
dan ayat-ayat perbualan Bahasa Arab. Objektif kursus Bahasa Arab di peringkat diploma
UiTM adalah supaya pelajar mengenal dan menyebut huruf-huruf Arab, mengenal dan
menyebut kosa kata Arab dengan fasih, membaca, memahami dan mengungkap ayat-ayat
mudah dan sederhana, berkomunikasi dan memahami perbualan mudah dan sederhana dan
menulis perkataan dan ayat-ayat mudah dan sederhana. (Maklumat kursus Bahasa Arab 1
(BAB 101/110), Bahasa Arab 2 (BAB151/120), Bahasa Arab 3 (untuk tujuan pelancongan 1)
dan Bahasa Arab 4 (untuk tujuan pelancongan 2), UiTM).
2.2
Kemahiran Menulis
Ilmuan dalam bidang ilmu pendidikan telah membuktikan bahawa kaedah untuk menguasai
kemahiran kemahiran bahasa berdasarkan kaedah mendengar dan melihat; kita tidak boleh
I2091-4
bercakap kecuali dengan apa yang kita pernah dengar dan kita tidak boleh menulis kecuali
dengan apa yang kita pernah baca. Justeru peringkat penguasaan bahasa itu bermula dengan
kemahiran mendengar, komunikasi, membaca dan kemudiaannya ialah menulis (Hishomudin
Ahmad, Lubna Abd Rahman & Arnida A.Bakar, 2010). Maka dengan itu, kemahiran menulis
merupakan kemahiran yang keempat dalam proses penguasaan pelajar dalam mempelajari
sesuatu bahasa.
Zawawi Ismail (2010) dalam buku beliau “Kemahiran Menulis Bahasa Arab” telah
mengklasifikasikan 3 bentuk penulisan dalam kemahiran menulis iaitu Imlak (Ejaan), Tulisan
Khat dan menulis ungkapan atau ayat. Setiap bentuk penulisan ini ada kaedah pengajarannya
serta cara untuk membetulkan kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran 3 bentuk jenis
penulisan ini. Beliau juga turut membincangkan mengenai permasalahan permasalahan yang
dihadapi oleh pelajar dalam proses pembelajaran kemahiran menulis. Antara masalah yang
dibincangkan ialah masalah baris pada huruf Arab, masalah kaedah Imlak (Ejaan) yang belum
disepakati oleh para ilmuan Bahasa Arab, masalah perubahan bentuk huruf apabila berada di
kedudukan yang berbeza dan masalah bunyi huruf yang hampir sama.
Mohammad b Seman (2003) mengaitkan pembelajaran penulisan dengan subjek Imlak
(Ejaan) dan Insyak (Karangan). Beliau melihat kepada pencapaian pelajar yang agak kritikal
dalam kedua-dua subjek ini. Pelajar mempunyai masalah dengan tulisan yang tidak jelas,
tidak cukup simbol yang mana boleh membawa kepada maksud lain dan melenyapkan
hubungan antara kata dalam satu ayat. Masalah ini menimbulkan pelbagai rungutan
dikalangan pemeriksa kertas jawapan antaranya para pemeriksa terpaksa berulangkali meneliti
kertas jawapan yang ditulis sehingga terpaksa membuat rumusan sendiri untuk urusan
pemarkahan. Penyelidik memfokuskan dua faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini
iaitu kelayakan guru dan masalah pelajar itu sendiri dalam menguasai kemahiran menulis
Bahasa Arab. Kelayakan guru dinilai dari aspek kelayakan iktisas, pengalaman mengajar dan
kehadiran dalam kursus peningkatan Bahasa Arab dan peningkatan kurikulum bahasa Arab
semasa perkhidmatan dan jumlah jam maksimum dan minimum pengajaran seseorang guru.
Manakala dalam aspek permasalahan pelajar pula, pengkaji menilai kesalahan pelajar dalam
memilih kosakata, tatabahasa dan pengolahan ayat serta masalah ejaan. Pelajar didapati
kurang perbendaharaan kata, kurang berminat, kekurangan bahan bantu mengajar, kurang
dorongan ibubapa, pelajar lemah, kekurangan masa untuk pelaksanaan aktiviti dan guru tidak
berkesempatan memberi bimbingan wajar.
Kajian yang dijalankan oleh Che Radiah Mezah (2006) telah mengenalpasti dan
mengklasifikasi jenis-jenis kesilapan leksikal dalam penulisan karangan bahasa Arab pelajar
Melayu dan beliau juga turut menghuraikan punca punca kesilapan tersebut. Penyelidik telah
mengklasifikasikan kesilapan leksikal kepada 8 jenis kesilapan, iaitu kesilapan
ortografil/ejaan, penambahan perkataan yang tidak perlu, terjemahan secara literal dari bahasa
ibunda, kesilapan penggunaan bentuk/pola perkataan, pemilihan perkataan yang tidak sesuai,
pengguguran perkataan yang perlu, kesilapan penggunaan kata pinjaman dan peralihan Kod.
Manakala punca kesilapan yang mendorong kepada berlakunya masalah ini adalah gangguan
bahasa ibunda, pengaplikasian peraturan bahasa secara tidak sempurna, kejahilan atau
pengabaian batasan kaedah, keterbatasan kosa-kata, kesukaran-kesukaran yang terdapat dalam
bahasa Arab, pembetulan berlebihan/melampau, strategi pembelajaran melalui teknik
generalisasi, pemindahan bahasa dan simplifikasi, faktor-faktor bukan linguistik serta sikap
pelajar. Penyelidik juga mendapati bahawa punca sesuatu kesilapan yang berlaku tidak terhad
kepada satu faktor sahaja, tetapi boleh disebabkan oleh beberapa faktor.
I2091-5
Ghazali Yusri bin Abd Rahman dan Ahmad bin Salleh (2006) telah melihat bahawa
kelemahan pelajar menguasai tulisan Arab disebabkan dua faktor iaitu faktor teknikal tulisan
itu sendiri dan kedua faktor sikap dan motivasi pelajar. Faktor pertama boleh di atasi dengan
menyediakan latihan-latihan yang bersesuaian dengan kesukaran yang dihadapi. Manakala
faktor kedua memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh kerana ia menyentuh perkara
asas dalam pembelajaran iaitu sikap dan motivasi.
2.21 Kemahiran Menyalin dan Menulis Huruf, Perkataan, Frasa dan Ayat Bahasa Arab
Bahasa Arab mempunyai 28 huruf konsonan seperti berikut, dan dibaca atau ditulis dari kanan
ke kiri:
Manakala huruf vokal di dalam bahasa Arab diwakili oleh simbol-simbol yang
dipanggil harakaat, atau dikenali di dalam bahasa Melayu sebagai baris. Tanda-tanda tersebut
adalah fat-hah, kas-rah, dan dham-mah. Ini adalah tanda vokal pendek (short vowel). Apabila
hendak membentuk perkataan, huruf-huruf ini digabungkan antara satu sama lain.
Kemahiran menulis perkataan Arab merupakan peringkat kedua selepas para pelajar
dapat menguasai dan mahir tentang huruf-huruf Arab. Kemahiran ini mengukur kemampuan
pelajar untuk menulis perkataan Arab seperti:
65#!4 $ 32! 1! +0 $ /!,+ -.*! $ ,+ *#
) (! $ '!&!% $ #!"
Kemahiran menulis frasa Arab pula adalah seperti:
#!=7,+)5,+ ) 5 FE A> !D) 6
! !" !
G3!.!";L M >N!J 6