KONFLIK DAN PENYELESAIAN KONFLIK KEPULAU

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327

BAB 1: MAKLUMAT KAJIAN
1.0 PENGENALAN

Penentuan persempadanan negara telah ditetapkan melalui proses hukum dan
deklarasi penetapan wilayah bagi sesebuah negara. Kadang kala ia mendatangkan kesukaran
kerana terdapat beberapa buah negara yang tidak bersetuju dengan hasil penetapan garis
persempadanan bagi sesebuah wilayah sehingga dianggap sebagai pencerobohan.
Masalah yang melibatkan garis persempadanan sesebuah negara menjadi satu isu yang
hangat kerana ia melibatkan persoalan kedaulatan sesebuah negara di peringkat
antarabangsa.
Garis sempadan ialah satu garisan yang membahagikan satu kawasan geografi
dengan satu kawasan yang lain secara lebih kompleks berbanding mengikut apa yang
terlakar di peta. Secara umum, garis sempadan boleh diklasifikasikan kepada sempadan
antarabangsa dan sempadan informal. Sempadan antarabangsa adalah satu garisan sempadan
yang membahagikan sesebuah negara dengan negara yang lain. Antara konflik yang
melibatkan penetapan garis sempadan sesebuah negara adalah konflik perebutan
Kepulauan Spratly oleh enam buah negara yang telah menyebabkan status kepulauan ini
menjadi tanda tanya tentang hak pemilikannya sehingga hari ini.


Konflik sempadan antarabangsa biasanya berlaku apabila dua atau lebih negara
bersaing secara terbuka mengenai kawasan atau wilayah. Terdapat dua jenis perjanjian
1

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
persempadanan antarabangsa yang dikenalpasti melalui kajian ini iaitu “Cease Fire Line”
dan “Treaty Line”. “Cease Fire Line” merupakan persempadanan antarabangsa yang
dipersetujui melalui satu perjanjian rasmi antara dua atau lebih negara bagi menyelesaikan
konflik. Bagi “Treaty Line” pula ialah garisan sempadan yang dibuat berasaskan perjanjian
rasmi antara dua atau lebih negara tetapi masih belum dipersetujui hak sebenar mereka yang
berkonflik sehingga penyelesaian dibuat.

Bagi memahami konflik Kepulauan Spartly,

beberapa konsep asas mengenai masalah sempadan perlu difahami. Terdapat tiga konsep
asas di bawah Perjanjian Persefahaman Sempadan (Treaty Line) iaitu Terra Nullius,
Res Communist dan Intertemporal Law.
Dalam konteks konflik Kepulauan Spartly, ia boleh dikategorikan dalam kategori
Terra Nullius. Menurut Levy (1979), Terra Nullius didefinisikan sebagai adalah menjadi
hak seseorang untuk menguasai sesuatu kawasan baru yang ditemui dengan syarat kawasan

tersebut bukan kawasan yang dimiliki secara mutlak oleh kuasa-kuasa lain.

Oleh itu,

antara negara yang menuntut hak pemilikan bagi Kepulauan Spartly ialah negara Malaysia,
Taiwan, Filipina, Brunei, Vietnam dan China. Hal ini kerana Kepulauan Spratly kaya dengan
sumber alam semulajadi dan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah laluan Laut
China Selatan. Konflik perebutan yang berterusan ini telah menyebabkan kata sepakat atau
penyelesaian tidak dapat dicapai antara negara-negara yang dinyatakan di atas.
Sungguhpun begitu, sebagai sebuah pertubuhan yang berkuasa di Asia Tenggara,
ASEAN menjadi medan perdamaian antara negara-negara anggotanya dalam menyelesaikan
konflik yang berlaku dalam ruang wilayah Asia Tenggara. Campur tangan ASEAN adalah
penting sebagai wadah penyelesaian dan persepakatan agar keamanan di wilayah
naungannya terpelihara. ASEAN telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menyelesaikan

2

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
konflik ini dengan mengadakan pelbagai deklarasi bagi mencapai kata sepakat dalam
menyelesaikan konflik Kepulauan Spartly. Namun begitu, peranan ASEAN masih tidak

dapat menyelesaikan konflik perebutan kepulauan ini. Kebanyakan negara yang terlibat terus
menuntut hak pemilikan ke atas Kepulauan Spratly sebagai sebahagian daripada wilayah
naungan mereka.
Ketegangan yang muncul disebabkan ketidaksepakatan antara negara-negara yang
terlibat memberikan kesan negatif terhadap hubungan diplomatik antara negara yang terlibat,
khususnya yang menganggotai pertubuhan ASEAN. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah
untuk mengenalpasti sebab perebutan Kepulauan Spartly, peranan yang dimainkan oleh
ASEAN serta inisiatif yang diambil dalam menyelesaikan konflik tersebut.
1.1 APLIKASI TEORI
Isu perebutan Kepulauan Spartly ini telah menyebabkan beberapa negara di Asia
Tenggara seperti China, Malaysia, Brunei, Vietnam, Filipina dan Taiwan bertelagah sesama
sendiri. Hal ini kerana kedudukan Kepulauan Spratly yang strategik dan kaya dengan hasil bumi
yang pelbagai menyebabkan negara-negara yang menuntutnya berminat dan ingin meguasai
sumber-sumber tersebut atas dasar penguasaan ekonomi bernilai tinggi yang dimiliki oleh
Kepulauan Spartly.
Bagi ASEAN, apabila terdapat apa-apa konflik yang berlaku di kawasan Asia Tenggara, ASEAN
cuba mencari jalan penyelesaian secara damai antara negara-negara yang terlibat bagi mengatasi
konflik ini terus berlarutan disamping mencari titik kesepakatan.
Teori Resolusi Konflik (Peranan pihak ketiga)
Bagi menganalisis konflik perebutan Kepulauan Spartly dalam kajian ini, konsep resolusi

konflik dan juga teori mediasi telah digunakan. Kedua-dua konsep ini adalah berkait rapat dan
3

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
saling berhubung. Secara amnya, kedua-dua konsep tersebut adalah wajar diaplikasikan dalam
masa yang sama bagi mencari jalan penyelesaian sesuatu konflik. Dalam konsep resolusi
konflik, peranan pihak ketiga adalah amat diperlukan sebagai negosiasi atau mediator antara
negara yang berkonflik. Menurut Burton, resolusi konflik bermaksud menghentikan konflik
dengan cara-cara yang analitikal dan masuk ke akar permasalahan. Resolusi konflik dalam
jangka masa panjang merupakan suatu proses analisis dan penyelesaian masalah yang
mempertimbangkan keperluan-keperluan individu dan kelompok seperti identiti dan pengakuan,
juga perubahan-perubahan institusi yg diperlukan untuk memenuhi tuntutan-tuntutan.
Terdapat tiga prosedur pokok dalam proses penyelesaian konflik iaitu:
a. Mediasi, iaitu adanya campur tangan pihak ketiga dalam proses rundingan tanpa
kepentingan langsung
b. Perundingan bilateral atau multilateral diantara pihak yg terlibat langsung dalam konflik
tersebut.
c. Keputusan dicapai dengan cara satu pihak bebas memutuskan penyelesaian melalui jenis
imbalan tertentu.


Resolusi konflik diusahakan untuk melihat dan masuk ke akar sesebuah permasalahan
agar masalah tersebut tidak merebak. Dalam kajian ini, resolusi konflik yang digunakan ialah
melalui mediasi. Secara asasnya, teori mediasi adalah satu pengendalian konflik yang dilakukan
dengan cara mengadakan rundingan antara dua atau lebih pihak yang berkonflik. Kaedah ini
memerlukan campur tangan pihak ketiga yang bersifat neutral dalam mengendalikan sesuatu

4

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
proses penyelesaian konflik. Hal ini menunjukkan bahawa pihak ketiga sebagai mediator
bertindak sebagai pendamai dalam sesuatu konflik.
Aplikasi teori ini dilihat sangat efektif dan berkesan bagi proses pengendalian konflik kerana
lebih praktikal dan sesuai dalam mengatasi konflik dalam rumpun yang sama seperti konflik
Kepulauan Spartly apabila keenam-enam negara berjiran berkonflik sesama sendiri. Dalam hal
ini, konsep mediasi dilihat sebagai satu medium yang dapat dipraktikkan oleh pihak ASEAN
untuk menyelesaikan konflik perebutan Kepulauan Spratly kerana kebanyakan anggota ASEAN
sendiri adalah berasal daripada kawasan yang sama, jadi mereka lebih dipercayai dalam usaha
menangani konflik ini atas dasar geo-politik, semangat kekitaan dan sosio-budaya yang hampir
sama yang dikongsi dalam rumpun ini. Oleh itu, kekuatan mediasi dalam isu penyelesaian
konflik ini jelas diterjemahkan melalui pelbagai usaha yang dijalankan oleh ASEAN untuk

menyelesaikan konflik.
Dengan

adanya

campur

tangan

pihak ASEAN

dalam

penyelesaian

konflik

di

Kepulauan Spratly diharapkan mampu menyelesaikan masalah akibat konflik tersebut.

Campur tangan ASEAN juga diharapkan agar konflik ini akhirnya mencapai suatu keputusan
yang bebas daripada pengaruh hubungan bilateral negara yang berkonflik dan menjamin
keamanan di kawasan Laut China Selatan.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
1.2.1

KAWASAN KAJIAN

5

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
Rajah 1: Kedudukan Kepulauan Spartly

6

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327

Kepulauan Spratly merupakan pulau yang tidak berpenghuni dan secara relatifnya tiada
aktiviti ekonomi yang dijalankan di daratannya. Ia mempunyai kawasan terumbu karang seluas
lebih kurang 4 km² dan dikelilingi lautan seluas 410.000 km². Kepulauan ini dibatasi oleh

wilayah perairan dari beberapa negara iaitu China, Filipina, Vietnam, Brunei, Taiwan dan
Malaysia. Kepulauan Spratly merupakan kepulauan yang berada di Laut China Selatan yang
terdiri daripada 350 gugusan pulau-pulau kecil yang kaya dengan hasil khazanah alam
semulajadi seperti terumbu dan pulau batu karang.
Pertelingkahan antara enam buah negara tersebut mengenai Kepulauan Spratly ini telah
lama berlaku dan tidak mencapai titik penyelesaian dan perdamaian hingga ke hari ini. Hal ini
kerana setiap negara yang terlibat tidak mahu mengalah dalam usaha untuk mendapatkan
Kepulauan Spratly. Kelebihan dan kekayaan hasil alam seperti minyak, gas asli, hasil laut yang
7

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
pelbagai misalnya kekayaan sumber protein dan kedudukannya strategik berhampiran
Laut China Selatan yang menjadi laluan utama perdagangan menyebabkan kepulauan ini
menjadi rebutan.
Pendek kata, perebutan kepulauan ini adalah disebabkan keinginan mengeksploitasi
kekayaan hasil bumi, hasil laut dan menguasai kedudukan laluan utama perdagangan yang
strategik. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat elemen persaingan antara negara-negara
serantau untuk menguasai kelebihan-kelebihan yang terdapat di kepulauan ini dalam konteks
ekonomi, politik, wilayah dan jaringan keselamatan yang tidak boleh dipandang enteng.


1.3 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KONFLIK.
Pada tahun 1986, Kepulauan Spratly ini mula menjadi tumpuan dan tuntutan beberapa
negara kerana terdapat penemuan minyak dan gas asli pertama di kawasan kepulauan.

8

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
Menurut data yang dikeluarkan oleh ‘The Geology and Mineral of People’s Republic of China’
(RCC) menyatakan bahawa kandungan minyak yang terdapat di kepulauan itu berjumlah sekitar
17.7 milion tan dan merupakan telaga minyak ketiga terbesar di dunia yang boleh mendatangkan
keuntungan berlipat kali ganda bagi negara yang memiliki kepulauan ini.
Selain itu, kedudukannya yang strategik di tengah-tengah Laut China Selatan dan
menjadi kawasan tumpuan hidupan laut seperti ikan menjadi salah satu faktor yang
menyebabkan

tercetusnya

konflik

di


antara

beberapa

negara

di

Asia

Tenggara.

Lambakan kapal-kapal penangkap ikan yang singgah untuk menangkap hasil laut bagi mengaut
keuntungan ynag besar telah memburukkan lagi keadaan konflik. Aktiviti penanagkapan ikan
yang dilakukan di kawasan laut tersebut dianggap sebagai pencerobohan bagi zon perairan
negara-negara yang berdekatan dengan kepulauan ini. Tambahan pula, konflik ini semakin parah
apabila beberapa negara seperti Malaysia, Vietnam, Filipina, dan Taiwan menuntut penamaan
terhadap gugusan pulau-pulau yang terdapat di Kepulauan Spratly. Bagi negara Brunei
Darussalam pula, tuntutannya adalah berbeza apabila hanya menuntut wilayah laut di Kepulauan

Spratly sebagai Zon Ekonomi Eksklusifnya untuk melebarkan sayap wilayahnya.

1.4 PERMASALAHAN KAJIAN
Kawasan konflik iaitu Kepulauan Spratly menyaksikan pertindihan tuntutan antara
beberapa buah negara yang sebahagian besar daripadanya merupakan negara anggota ASEAN

9

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
sendiri. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
menjadi tuntutan negara-negara tersebut terhadap Kepulauan Spartly serta peranan yang diambil
oleh

ASEAN

dalam

mengatasi

kemelut

perebutan

ahli

anggota

pertubuhan

ini.

Jadi, permasalahan bagi kajian ini ialah :
i.

Mengapakah Kepulauan Spartly ini menjadi rebutan oleh enam buah negara yang
bersempadan dengannya sedangkan kepulauan ini tidak boleh didiami malahan tidak
kelihatan apabila berlakunya air pasang?

ii.

Mengapakah konflik perebutan kepulauan ini masih tidak selesai sehingga hari ini
walaupun pelbagai inisiatif telah dilakukan?

1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat beberapa perkara yang ingin diberi perhatian dalam kajian ini. Antaranya ialah :
i)
ii)
iii)

Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya konflik di Kepulauan Spratly?
Apakah peranan ASEAN dalam menyelesaikan konflik yang berlaku?
Apakah inisiatif yang dilakukan oleh ASEAN dalam menyelesaikan konflik Spratly?

1.6 SKOP KAJIAN
Dalam penyelidikan ini, kajian lebih menjurus kepada skop :

10

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
i)

Peranan ‘Association of Southeast Asia Nation’ (ASEAN) dalam mengendalikan

ii)

konflik perebutan Kepulauan Spratly.
Memberi tumpuan yang menyeluruh

terhadap

kawasan

konflik

iaitu

Kepulauan Spratly yang menjadi tumpuan dan rebutan beberapa buah negara yang
berhampiran dengannya.
1.7 JUSTIFIKASI KAJIAN
Antara kerelevenan konflik perebutan kepulauan Spratly ini dipilih kerana konflik ini
adalah konflik melibatkan anggota ASEAN. Jadi, campur tangan ASEAN dalam konflik ini
dilihat amat wajar. Tambahan pula isu ini belum lagi diselesaikan kerana terdapat beberapa
negara menuntut kepulauan ini sehingga titik penyelesaian tidak dapat diambil dan tidak
berkesudahan sehingga hari ini. Konflik perebutan ini melibatkan banyak negara dalam nisbah
6-1 iaitu beberapa negara seperti China, Malaysia, Vietnam, Filipina, Brunei, dan Taiwan.
Negara-negara terlibat merebut kepulauan yang tidak berpenghuni ini dalam masa yang lama
yang kaya dengan hasil buminya dan kedudukannya yang strategik berada di laluan antarabangsa
Laut Cina Selatan.

Disebabkan konflik ini tidak dapat diselesaikan secara baik antara

negara-negara yang terlibat, campur tangan ASEAN diperlukan untuk mengkaji dan
menyelesaikan konflik negara anggotanya. Antara sebab dan kelebihan ASEAN campur tangan
dalam isu ini adalah kerana kepulauan Spratly ini merupakan titik persepadanan semulajadi bagi
negara-negara ASEAN yang strategik. Tambahan pula, konflik perebutan ini hanya melibatkan
negara-negara anggotanya sahaja dan tidak memerlukan campur tangan pihak kuasa laian yang
mungkin boleh menyebabkan konflik ini menjadi serius.
1.8 DEFINISI OPERASIONAL
Secara umumnya, konflik berasal dari kosa kata bahasa Latin yang bermaksud memukul.
Secara sosiologinya, konflik lebih menjurus kepada satu proses sosial yang melibatkan dua atau
11

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
lebih pihak yang saling berusaha untuk menyingkirkan antara satu sama lain. Menurut
Walker dan Daniel (1997), menyatakan bahawa konflik adalah suatu wacana yang
dikonstruksikan secara sosial yang boleh dipandang dari pelbagai sudut. Hal ini menunjukkan
bahawa konflik wujud dalam semua isu samada dapat ditangani secara rasional atau sebaliknya.
Garis sempadan pula merujuk kepada batas atau had sesuatu kawasan di luar kawasan
yang dimiliki dan diperuntukkan oleh sesebuah negara sebagai salah satu kawasan keselamatan
yang tidak boleh dimasuki atau dimiliki oleh pihak lain. Hal ini demikian kerana setiap negara
mempunyai batas garis sempadan yang diperuntukkan untuk sesebuah negara mengiktiraf
bahawa sesebuah kawasan itu berdaulat dan tidak boleh dimiliki oleh pihak lain.
Seterusnya, adalah sempadan antarabangsa. Definisi sempadan antarabangsa adalah
satu garis sempadan yang membahagikan sesebuah negara dengan sebuah negara yang lain.
kebiasaannya, pembahagian sempadan antarabangsa dilakukan secara persetujuan bersama atau
melalui perjanjian yang telah berlaku sekian lama. (Mohd Foad Sakdan, Ahmad Martadha
Mohamed, 2010).

1.8.1 PENGOPERASIAN KONSEP
Konsep- konsep yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah seperti berikut :

12

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
i.

Persepsi: Mengenalpasti sebab dan alasan kebanyakan negara di Asia Tenggara seperti
Malaysia, Vietnam, Filipina, Taiwan dan Brunei menuntut Kepulauan Spartly sebagai
wilayah naungan mereka.

ii.

Penyesuaian: Peranan yang dilakukan ‘Association of Southeast Asia Nation’ (ASEAN)
dalam menyelesaikan pertelingkahan antara anggotanya dalam konflik perebutan
kepulauan Spratly yang tidak mencapai titik penyelesaian.

iii.

Pengetahuan: Mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan Kepulauan Spratly ini
menjadi tuntutan beberapa negara yang menganggotai pertubuhan ASEAN.

1.9 DEFINISI METADOLOGI.
Metodologi dalam penyelidikan amat penting bagi memberi panduan kepada pengkaji
bagaimana sesuatu data dikutip dan dikumpul untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat dan
berkualiti. Penjelasan tentang metodologi yang digunakan akan memudahkan pengkaji
menjalankan keja-kerja penyelidikan secara lebih sistematik dan menjimatkan masa.
Metodologi penyelidikan terbahagi kepada dua, iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif.
Kaedah kualitatif lebih menjurus kepada pengumpulan maklumat yang bersifat kualitatif.
Data yang dikumpul dengan cara perhatian, temubual, analisis dokumen dan apa-apa yangcara
untuk mendapatkan maklumat lengkap. Bagi kaedah kuantitatif pula, kaedah ini menggunakan
data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif ini dapat diukur melalui proses pengukuran dan
memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian.

1.9.1 REKA BENTUK KAJIAN

13

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
Reka bentuk penyelidikan ialah pelan tindakan memperlihatkan secara terperinci
bagaimana sesuatu penyelidikan itu dijalankan (Sabitha, 2006). Kajian ini menggunakan kaedah
reka bentuk penyelidikan sejarah. Penyelidikan sejarah ini menjurus kepada memberi kefahaman
yang lebih khusus mengenai konflik perebutan kepulauan Spratly yang dituntut oleh sebahagian
negara anggota ASEAN dan negara China. Dalam penyelidikan ini terdapat faktor-faktor
semulajadi yang menyebabkan perebutan Kepulauan Spratly. Tambahan pula, melalui
penyelidikan ini pengaruh sejarah dilihat turut memberi impak kepada tuntutan Pulau Spratly
sebagai wilayah naungan sesebuah negara.
1.9.2 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Penyelidikan ini dilakukan dengan menggunakan data sekunder. Data sekunder merujuk
kepada data yang telah dikumpulkan daripada pengkaji lain (Sabitha, 2006). Data sekunder yang
digunakan dalam kajian ini berbentuk tulisan iaitu dari sumber jurnal, buku, tesis, laporan,
internet dan sebagainya yang boleh diambil sebagai bukti sahih mengenai konflik perebutan
Kepulauan Spratly ini.

BAB 2 : SOROTAN KARYA

14

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
Menurut Christopher C. Joyner dalam penulisan ilmiahnya yang bertajuk “The Spratly
Island Dispute in The South China Sea : Problems, Policies, and Prospects for Diplomatoc
Acommodation”, beliau secara ringkasnya telah menerangkan serba sedikit tentang
Kepulauan Spratly yang menjadi rebutan antara enam buah negara di Asia Tenggara yang
bersempadan dengan kepulauan ini. Kepulauan Spratly merupakan gugusan pulau-pulau kecil
yang tidak berpenghuni namun ia masih mempunyai nilai kerana memiliki sumber-sumber asli
dan

kaya

dengan

hasil

lautnya

yang

tersendiri.

Christopher

berpendapat

bahawa

Kepulauan Spratly juga dianggap strategik oleh negara-negara di pesisir pantai Laut China
Selatan kerana kawasan kepulauannya yang terletak di antara laluan kapal-kapal perdagangan
komersial. Hal ini juga menjadi sebagai punca utama perebutan Kepulauan Spratly oleh enam
buah negara iaitu Malaysia, Filipina, China, Taiwan, Brunei dan Vietnam. Antara petikan dalam
penulisan Christopher yang menunjukkan kepentingan Kepulauan Spratly kepada negara-negara
terhampir yang menuntut hak keatasnya :
“For the Spratlys, oil is but one security factor in the dispute. The Spratlys are considered
by various disputants as strategic bases for sea-lane defense, interdiction, surveillance, and
potential launching sites for land attacks.”

Oleh itu, keistimewaan geostrategik seperti yang diterangkan oleh Christopher dalam
penulisannya tersebut menjadi punca utama pertelingkahan atau perebutan sempadan

15

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
Kepulauan Spratly ini tiada akhirnya hingga kini. Hal ini kerana kesemua negara yang menuntut
hak keatas Spratly tidak mahu menarik tuntutan. Keadaan tersebut jelas menunjukkan bahawa
setiap negara mempunyai tujuan dan strategi tertentu bagi memiliki Spratly demi menjana
ekonomi negara masing-masing, bahkan juga strategi maritim. Kepelbagaian sumber semulajadi
yang dimiliki seperti petroleum, gas asli, hasil laut ditambah pula dengan kawasan kepulauan
yang sangat strategik bagi tujuan pangkalan maritim adalah menjadi faktor penarik
Kepulauan Spratly itu sendiri.
Apabila sesebuah negara itu mempunyai kepentingan sendiri untuk diketengahkan, maka
kepentingan lain diketepikan walau dalam bentuk penglibatan mereka dalam mana-mana
pertubuhan termasuklah ASEAN. Konflik ini yang terjadi dalam konteks perebutan
Kepulauan Spratly apabila beberapa buah negara anggota ASEAN terlibat dalam menuntut hak
persempadanan dan pemilikan Kepulauan Spratly iaitu Malaysia, China, Filipina dan Brunei.
ASEAN sebagai sebuah pertubuhan yang besar di Asia dilihat turut mengadakan beberapa siri
Forum Penyelesaian Konflik serta perundingan bagi memastikan konflik Kepulauan Spratly ini
tidak menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan peperangan meletus. Christopher dalam
kata lain ingin menyimpulkan bahawa Kepulauan Spratly ini adalah kawasan potensi konflik dan
dalam masa yang sama merupakan kawasan potensi kerjasama.

Artikel lain yang membincangkan tentang konflik Kepulauan Spratly ini adalah yang
bertajuk “Domestic Politics and Conflict-Resolution In The South China Sea : China and The
Spratly Disputes.” yang telah ditulis oleh J.N Mak yang pernah menyandang jawatan
16

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
Pembantu Direktor di Institut Maritim Malaysia (MIMA). Artikel penulisan beliau ini juga telah
diterbitkan dalam Kajian Malaysia, Jilid XVIII, Nos, 1&2 (2000).
Dalam artikel ini, beliau banyak menerangkan tentang usaha ASEAN sebagai sebuah
badan yang menyokong negara-negara Asia Tenggara dan memainkan peranan penting dalam
percubaan menyelesaikan Konflik Kepulauan Spratly. Kod Tingkahlaku ASEAN yang
diwujudkan

bagi

memastikan

agar

China

tidak

sewengang-wenangnya

menuntut

Kepulauan Spratly sebagai hak mutlak mereka. Namun begitu, di awal kewujudan Kod
Tingkahlaku ini, negara China sendiri tidak mematuhi setiap perjanjian yang telah dimeterai
dalam Kod Tingkalaku tersebut.
Hal ini turut memberikan kesan kepada komuniti ASEAN. Beberapa negara dibawah
ASEAN

adalah

negara

yang

juga

menuntut

hak

pemilikan

Kepulauan

Spratly.

ASEAN dilihat mengambil pendekatan ‘CARA ASEAN’ iaitu tiada campur tangan dalam
hal-hal yang berkaitan negara ASEAN yang lain serta penggunaan strategi ke arah pembinaan
perdamaian adalah “Diplomasi Senyap” iaitu salah satu cara berdiplomasi agar tidak
memburukkan keadaan konflik.
Jika dibincang secara terperinci berkaitan dua pendekatan ASEAN ini, kita dapat
melihat punca sebenar Konflik Spratly ini tidak dapat diselesaikan dan hanya berada pada satu
tahap yang sama. J.N Mak juga telah menyenaraikan beberapa usaha lain yang dijalankan oleh
Komuniti ASEAN untuk memastikan konflik di Laut China Selatan ini berakhir.
Buktinya, Bengkel Pengurusan Konflik yang dijalankan buat pertama kalinya di Bali pada tahun
1990 dan juga Deklarasi ASEAN di Manila pada tahun 1992.

17

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
Bagi M. Khalif Afif, penulisannya dalam Jurnal Ilmu Hubungan Internasional yang
bertajuk “Upaya ARF Dalam Penyelesaian Konflik Kliam Kepulauan Spratly” (2014) adalah
lebih menjurus kepada ASEAN dan konflik Kepulauan Spratly itu sendiri. M. Khalif Afif
berpendapat bahawa konflik Kepulauan Spratly ini bukanlah hanya terbatas kepada tuntutan
setiap negara mengenai Kepulauan Spratly, bahkan lebih dari itu. Hal ini bermaksud, konflik
Spartly juga menjadi semakin membesar apabila ada antara negara Asia Tenggara yang menuntut
Kepulaun Spratly sebagai hak milik mereka dan mula mengibarkan bendera di kepulauan
tersebut. Bahkan ada juga antara negara-negara ini yang telah mula membangunkan
Kepulauan Spratly seakan-akan kawasan tersebut sudah dalam pemilikan mereka.
Oleh itu, M. Khalif Afif membawa perbincangan menjadi semakin hangat apabila
menyentuh usaha ASEAN dalam membentuk “ASEAN Regional Forum (ARF)” yang bertujuan
untuk membincangkan masalah-masalah politik dan keamanan kawasan dalam komuniti
ASEAN. Menurut M. Khalif Afif juga, pelbagai langkah dan usaha telah diambil oleh ASEAN
bagi mewujudkan resolusi konflik Kepulauan Spratly ini. Tujuan utama adalah bagi
mengelakkan konflik antara negara di wilayah Asia Tenggara tercetus. Pada masa yang sama,
ASEAN sendiri mengakui dan menyedari bahawa konflik Kepulauan Spratly ini bukanlah satu
konflik yang mudah untuk diselesaikan secara total. Apatah lagi konflik ini melibatkan negaranegara yang duduk dalam satu komuniti ASEAN. Banyak hati yang perlu dijaga, dan diplomasi
memainkan peranan yang sangat penting agar konflik ini dapat dikawal dengan baik. Atas alasan
itu maka ASEAN tetap terus berusaha bagi memastikan konflik Kepulauan Spratly ini tidak
mencetuskan keadaan yang buruk sehingga memerlukan campur tangan tentera dan sebagainya.
Pelbagai alternatif telah diperkenalkan oleh ASEAN dan walaupun kebanyakannya
bukanlah usaha yang berjaya, namun kesungguhan yang ditunjukkan oleh ASEAN ini
18

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
seharusnya diberikan penghargaan kerana walaupun seringkali usaha ini dikecam dan dikritik
kerana tidak bejaya, dalam masa yang sama kesungguhan yang ditujukkan oleh Komuniti
ASEAN seharusnya mendapat pujian dan dicontohi oleh pertubuhan dunia yang lain.
Secara umumnya, banyak kajian lepas yang mengkaji tentang konflik Kepulauan Spratly
ini hanya mengkaji punca Kepulauan Spratly menjadi rebutan banyak pihak. Tidak banyak
individu yang melakukan kajian mengenai peranan pertubuhan-pertubuhan di peringkat Asia atau
dunia tentang isu Kepulauan Spratly ini. Hal ini menyebabkan kebanyakan dari kita tidak benarbenar mengetahui status konflik ini dan kepelbagaian usaha yang sebenarnya wujud dan masih
berlaku dalam memastikan konflik ini dapat diselesaikan dengan cara yang paling baik dan
teratur.

BAB 3: PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DALAM TUNTUTAN KEPULAUAN SPRATLY

19

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
Terdapat enam buah negara yang menuntut hak pemilikan bagi Kepulauan Spartly iaitu
Malaysia, China, Taiwan, Vietnam, Filipina dan juga Brunei. Setiap negara mempunyai
justifikasi dan sebab-sebab tertentu untuk menuntut hak pemilikan Kepulauan Spartly ini.
Pulau-pulau tersebut dituntut atas faktor sejarah mahupun faktor persempadanan dan faktor
ekonomi iaitu konsep Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). Tuntutan dari negara-negara yang
dinyatakan di atas secara umum adalah seperti berikut:
1. China
Tuntutan yang dilakukan oleh China adalah atas dasar sejarah. Memang secara geografi,
jarak antara RRC dengan Kepulauan Spratly sangat jauh dan tidak terjangkau dengan
menggunakan konsep landas kontinen dan ZEE. Namun begitu, China masih melakukan tuntutan
terhadap gugusan pulau di kepulauan Spratly atas dasar sejarah. Hal ini adalah disebabkan pada
zaman sebelum arus modenisasi hadir, konon telah ada jejak kehidupan Dinasti China di
Kepulauan Spratly. Menurut China sejak 2000 tahun yang lalu, Kepulauan Spratly sudah menjadi
jalur perdagangan China. Selain itu, kenyataan ini turut disokong oleh fakta-fakta sejarah
antaranya penemuan bukti-bukti arkeologi China Dinasti Han (206-220 SM) di beberapa gugus
Kepulauan Spartly.

Berdasarkan latar belakang sejarah juga, pada abad ke-19 China telah menyatakan bahwa
pihaknya sudah melakukan tuntutan ke atas kepulauan ini iaitu pada tahun 1876. Namun terjadi

20

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
pertembungan tuntutan pada ketika itu kerana terjadinya Perang Dunia Pertama antara Perancis,
Inggris dan Jepun yang melakukan penaklukan ke atas Laut China Selatan. Tuntutan yang lebih
kuat adalah dengan penerbitan peta dengan memasukkan hampir seluruh wilayah Laut China
Selatan ke dalam peta wilayah sekitar pertengahan abad 20.
Dalam catatan, baru sekitar tahun 1988 China melakukan penaklukan secara tidak rasmi
ke atas Kepulauan Spratly. Penaklukan ini dilakukan dengan mengadakan kem ketenteraan
secara besar-besaran di Kepulauan Spratly. Pada tahun ini, tercetusnya konflik China-Vietnam
dimana pada ketika itu terjadi pendudukan di Kepulauan Spratly dan Paracel dengan mengusir
paksa Vietnam. Hal ini semakin merumitkan konflik apabila China mewujudkan undang-undang
tentang Laut Teritorial dan Contiguous Zone yang memasukkan Kepulauan Spratly sebagai
wilayahnya. Hal tersebut terus giat dilakukan oleh China bahkan hingga sekarang. Pelbagai
inisiatif telah dilakukan oleh China antaranya adalah perjanjian bilateral, dan perjanjian
multilateral.
2. Taiwan
Taiwan juga tidak ketinggalan dalam melakukan tuntutan terhadap Kepulauan Spratly.
Tuntutan yang dilakukan oleh Taiwan adalah dibuktikan dengan kependudukannya pada tahun
1956 di Kepulauan Spratly. Sebelumnya pada tahun 1947, Taiwan telah menerbitkan peta
wilayah yang memasukkan Kepulauan Spratly di dalam wilayahnya. Salah satu tuntutannya
adalah bagi pulau terbesar di kepulauan tersebut iaitu “Taiping Island”.

3. Vietnam

21

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
Vietnam juga melakukan tuntutan atas dasar sejarah. Vietnam menyatakan bahawa terdapat bukti
kependudukannya terhadap Pulau Spratly dan Paracel sudah dimulai pada abad 17. Selain itu ada
fakta sejarah yang menunjukkan bahwa wilayah tersebut telah masuk ke dalam wilayah daerah
Binh Son,Vietnam. Vietnam Selatan menegaskan haknya atas Kepulauan Spratly dalam
“San Francisco Conference”. Kemudian Vietnam mulai menyatakan pemilikannya atas
Kepulauan Spratly pada tahun 1975 dengan menempatkan tentaranya di 13 buah pulau di
Kepulauan tersebut.
Konflik-konflik yang terjadi yang melibatkan Vietnam sebagaimana sempat dijelaskan
sebelumnya telah berlangsung beberapa kali. Konflik disebabkan berkeras antara para pihak,
terutama Vietnam dan China. Sehingga sekarang Vietnam terus memperkuatkan kuasa
ketenteraannya di wilayah Kepulauan Spratly.
4. Filipina
Filipina dikatakan mula menduduki Kepulauan Spratly bermula pada tahun 1970. Prinsip utama
yang digunakan dalam tuntuan Filipina ke atas Kepulauan Spartly adalah Res Nullius.
Filipina berpendapat bahawa tuntutan mereka adalah Res Nullius kerana tiada kedaulatan efektif
ke atas pulau-pulau tersebut sehingga tahun 1930 ketika Perancis dan seterusnya Jepun
mengambil alih pulau-pulau tersebut. Jepun meninggalkan kedaulatan mereka ke atas
pulau-pulau sesuai dengan Perjanjian San Francisco, ada pelepasan hak atas pulau-pulau tanpa
penerima khusus. Tuntutan juga dilakukan atas prinsip ZEE yang dianggap Filipina bahawa
Kepulauan Spratly adalah termasuk didalam kasawannya.

5. Malaysia
22

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
Malaysia melakukan tuntutan terhadap Kepulauan Spratly atas dasar peta Undang-Undang
Persempadanan Antarabangsa. Memang secara jelas bahawa sebahagian daripada wilayah
Kepulauan Spratly sudah memasuki zon wilayah landasan kontinen Malaysia atau
persempadanan Malaysia. Selain itu, Malaysia pun melakukan inisiatif-inisiatif seperti
kependudukan, tuntutan serta penamaan terhadap gugusan pulau di Kepulauan Spratly.
Pendudukan yang dilakukan Malaysia oleh pasukan ketenteraannya dimulai pada tahun
1977. Pada 4 September 1983 Malaysia telah menghantar lebih kurang 20 Pasukan Komando ke
Terumbu Layang-layang dan pada tahun yang sama juga Malaysia melakukan survey dan
kembali menyatakan bahawa kepulauan tersebut berada di perairan Malaysia. Sehingga saat ini
kekuatan ketenteraan di pulau-pulau tersebut semakin giat dilakukan kerana terdapat desakan
dan kepelbagaian inisiatif dan tuntutan dari negara lain terutama China.
6. Brunei Darussalam
Tuntutan yang dilakukan Brunei adalah berbeza daripada tuntutan-tuntutan yang dilakukan oleh
negara-negara lain. Hal ini kerana Brunei bukan melakukan tuntutan terhadap gugusan pulau
tetapi hanya kepada wilayah laut Kepulauan Spratly sahaja. Brunei merupakan satu-satunya
negara yang menahan diri untuk menuntut dan melakukan penempatan ketenteraan di wilayah
gugusan Kepulauan Spratly. Brunei melakukan tuntutan atas dasar konsep ZEE dimana
sebahagian wilayah dari Kepulauan Spratly didapati memasuki kawasan dalam ZEE Brunei
Darussalam.

Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa konflik ini melibatkan banyak negara sehinggakan
penyelesaiannya menjadi sangat rumit dan berlarutan. Konflik ini juga dilihat mempunyai latar
23

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
belakang yang cukup rumit sehingga belum terjadi kesepakatan antara negara-negara
bersengketa dalam usaha menyelesaikan konflik. Keadaan ini menjadi sukar apabila
Kepulauan Spratly merupakan titik persempadanan yang berada di antara beberapa negara iaitu,
Indonesia, Malaysia, Vietnam, Brunei Darussalam, China, Taiwan, dan Filipina.
Kepulauan Spratly pada awalnya tidak berpenghuni. Hal ini disebabkan kebanyakan
pulau ini berupa gugusan karang. Namun tuntutan terhadap Kepulauan Spratly dilancarkan
kerana Kepulauan Spratly mempunyai banyak kelebihan misalnya kekayaan kandungan minyak
dan kedudukannya yang strategik. Kawasan Laut China Selatan apabila dilihat dalam konteks
kaca mata Undang-Undang Laut Antarabangsa merupakan kawasan yang memiliki nilai
ekonomi, politik dan sangat strategik. Sehingga menjadikan kawasan ini berpotensi untuk
mencetuskan konflik mahupun potensi kerjasama antara negara yang bersempadan dengannya.
Dengan kata lain, kawasan Laut China Selatan yang memiliki kandungan minyak bumi dan gas
asli yang kaya didalamnya, serta berperanan sangat penting sebagai jalur perdagangan dan salah
satu telaga minyak dunia, menjadikan kawasan Laut China Selatan sebagai objek perdebatan dan
perebutan kawasan selama bertahun-tahun.
Konflik perebutan wilayah dan penguasaan kepulauan di Laut China Selatan bermula
oleh tuntutan China ke atas pemilikan seluruh pulau-pulau yang ada di Laut China Selatan
termasuklah Kepulauan Spratly. China mengakui bahawa kedaulatannya di Laut China Selatan
berdasarkan sejarah serta dokumen-dokumen kuno. Menurut China sejak 2000 tahun yang lalu,
perairan ini telah menjadi laluan pengangkutan utama bagi para pedagang China sebelum ini ke
negara-negara lain.

24

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
Namun Vietnam membantah serta tidak mengakui tuntutan pemilikan wilayah terhadap
Kepulauan Spratly tersebut bahkan, Vietnam mengatakan bahawa wilayah Kepulauan Spartly
merupakan sebahagian dari wilayah 4 negaranya. Vietnam mengakui wilayah Kepulauan Spratly
dan sekitarnya merupakan kawasan sejak abad ke-17. Akibat perebutan pengakuan wilayah atas
Kepulauan Spratly antara China dan Vietnam, pada tahun 1988 terjadi insiden antara
Angkatan Laut China dan Angkatan Laut Vietnam. Insiden ini terjadi dimana kapal
Angkatan Laut Vietnam yang sedang berlayar di Laut China Selatan disekat oleh kapal perang
Angkatan Laut China. Dalam pemberontakan tersebut, Angkatan Laut Vietnam kehilangan
74 orang anggotanya. Akibat dari insiden ini juga, Vietnam memutuskan hubungan diplomatik
dengan China, walaupun beberapa tahun kemudian hubungan diplomatik kedua negara
berlangsung normal kembali.
Dalam perkembangannya, selain China dan Vietnam, Filipina pun mengakui
kedaulatannya
Kepulauan

atas

wilayah

Kepulauan

Spratly

dengan

nama

Spratly.

Kalayaan.

Filipina
Filipina

yang

mengatakan

mengakui

serta

bahawa

menduduki

Kepulauan Spratly di bahagian timur kerana sebelum ini kawasan tersebut tidak bertuan atau
kosong. Filipina juga menunjukkan Perjanjian Perdamaian San Fransisco 1951, dimana dalam
perjanjian tersebut Jepun melepaskan kedaulatannya atas Kepulauan Spratly, tapi tidak
disebutkan diserahkan kepada negara manapun. Filipina mulai meneroka gas asli serta
eksploitasi perikanan di sekitar Kepulauan Spratly di bahagian timur. Malaysia, Taiwan dan
Brunei turut menyatakan bahawa Kepulauan Spratly di Laut China Selatan merupakan
sebahagian dari wilayah negara mereka. Malaysia menegaskan bahawa sebagian dari
Kepulauan Spratly adalah dari wilayahnya. Malaysia menyebut Kepulauan Spratly dengan nama
Terumbu Layang.
25

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
Menurut Malaysia, langkah ini diambil berdasarkan Peta Undang-Undang Laut Malaysia
Tahun 1979, yang mencakupi sebahagian dari wilayah Kepulauan Spratly. Malaysia bahkan
membangunkan mercu tanda di salah satu wilayah di Kepulauan Spratly. Malaysia juga bersama
Filipina dan Brunei merupakan sesama anggota Asean, dengan adanya konflik atas wilayah
Kepulauan Spratly khusus untuk Malaysia-Filipina semakin menambah rumit hubungan diantara
kedua-dua negara. Hubungan antara Malaysia dengan Filipina yang selama ini agak kurang
harmoni disebabkan masalah tenaga kerja menjadikan masalah semakin kompleks dengan
munculnya konflik tuntutan wilayah Spratly. Taiwan sebagai salah satu negara yang mengakui
kedaulatan atas Kepulauan Spratly juga mengalami ketegangan hubungan dengan Flipina.
Taiwan menuntut dan menduduki Kepulauan Spratly pada tahun 1956 dengan
menempatkan pasukannya secara tetap serta membangun landasan pesawat dan ketenteraan
lainnya di Pulau Itu Abaa. Di Kepulauan Kalayaan, yang merupakan wilayah gugus Kepulauan
Spratly timur mengalami pertindihan kepemilikan antara Filipina dan Taiwan. Wilayah yang
paling dipertentangkan adalah Pulau Itu Abaa, yang dikenali oleh Filipina sebagai Pulau Ligaw.
Pada tahun 1988 Angkatan Laut China menahan 4 buah kapal nelayan Taiwan yang dituduh telah
memasuki

wilayah

perairan

Filipina

di

Kalayaan.

Disamping

konflik

antara

Taiwan-Filipina, konflik juga terjadi antara Taiwan-China. Konflik Taiwan-China atas Kepulauan
Spartly merupakan konflik sejarah antara kedua negara.

26

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
Brunei hanya menuntut sempadan kontinen perairan di Laut China Selatan. Brunei ingin
ketegasan mengenai masalah sempadan kontinen perairan negaranya yang meliputi wilayah di
sekitar perairan Kepulauan Spratly. Walaupun demikian tetap saja menimbulkan konflik dengan
Malaysia, iaitu konflik mengenai terumbu karang di sebelah selatan Laut China Selatan yang
sewaktu air pasang berada di bawah permukaan laut. Brunei mengakui gugusan karang dan
landasan kontinen di sekitarnya merupakan sebahagian dari wilayahnya. Di pihak Malaysia pada
tahun 1979 pula turut menuntut gugusan karang tersebut bahkan mendudukinya. Akan tetapi
konflik antara Brunei-Malaysia mengenai tuntutan kedaulatan di sekitar Kepulauan Spartly
relatif tenang, belum sampai menimbulkan konflik terbuka kearah peperangan antara kedua
negara.
BAB 4 : FAKTOR YANG MENYEBABKAN KONFLIK KEPULAUAN SPARTLY TIDAK
DAPAT DISELESAIKAN HINGGA KINI
Menurut Muayyrustandi (2012) ASEAN merupakan satu organisasi regional yang
dibentuk di kawasan Asia Tenggara yang berperanan dalam membentuk kerjasama dan dapat
meredakan konflik yang berlaku di Laut China Selatan di Asia Tenggara. Dalam isu perebutan
tuntutan bertindih terhadap Kepulauan Spartly, ia merupakan sesuatu yang sukar untuk di
selesaikan oleh ASEAN dalam bentuk perundingan. Meskipun terdapat banyak perundingan
penyelesaian terhadap isu ini tetapi sehingga ke hari ini masih belum sampai ke jalan
penghujungnya atau titik penamat. Isu perebutan Pulau Spratly ini sangat unik.

27

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
Antara faktor-faktor yang menyebabkan isu ini masih belum diselesaikan sehingga
sekarang, pertamanya ialah kerana ia menjadi rebutan banyak negara di Asia Tenggara iaitu
Malaysia, Taiwan, Vietnam, Brunei, Filipina dan China. Perebutan Kepulauan Spartly ini berlaku
kerana kedudukannya yang terletak di titik persempadanan negara-negara ASEAN seperti yang
disebutkan di atas. Kesemua negara tersebut berebut kepulauan ini dengan menuntut bahawa
kepulauan ini hak mereka berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan

negara-

negara tersebut. Hal ini juga dikukuhkan lagi dengan status kepulauan tersebut sendiri yang tidak
berpenghuni dan dimiliki secara mutlak oleh kuasa-kuasa yang lain. Sehingga kini, status
kepulauan ini ialah Terra Nullius yang bermaksud hak sesebuah negara lain untuk menguasainya
atas dasar ia tidak dimiliki oleh mana-mana kuasa lain. Malahan, perebutan yang berlaku antara
negara-negara tersebut juga dikukuhkan lagi dengan keadaan kedudukan Kepulauan Spartly yang
berada di Laut China Selatan yang merupakan laluan utama perdagangan antarabangsa.
Kepulauan Spratly terhubung langsung dengan Kepulauan Indonesia, Selat Melaka, Selat Sunda
dan Lautan Pasifik sehingga menjadikan kawasan itu mempunyai potensi konflik sekaligus
potensi kerjasama peringkat antarabangsa.
Kedua, Kepulauan Spratly merupakan gugusan pulau-pulau kecil yang kaya dengan
sumber mineral. Di sebalik 350 gugusan pulau-pulau kecil Kepulauan Spartly, terkandung
sumber-sumber alam yang amat bernilai antaranya sumber petroleum sebanyak 17.7 milion tan
yang dianggarkan mampu menjadi telaga minyak ketiga terbesar di dunia. Faktor kekayaan
sumber petroleum telah merancakkan proses perebutan kepulauan ini atas dasar kepentingan
ekonomi kepada negara-negara yang memilikinya. Seterusnya, Kepulauan Spartly juga kaya
dengan sumber protein sehingga ia menjadi pusat tumpuan dan persinggahan nelayan-nelayan
dari negara-negara jiran untuk bertandang ke kepulauan tersebut.

28

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
Sumber protein yang terdapat di Kepulauan Spartly adalah berkualiti dan sukar untuk
ditemui di lokasi lain. Hal ini adalah kerana Kepulauan Spartly mempunyai terumbu karang yang
banyak yang menjadi habitat utama bagi kehidupan laut. Selain mempunyai sumber minyak dan
sumber protein yang pelbagai, Spartly juga mempunyai kekayaan gas asli yang turut menjadi
penyumbang kepada perebutan Kepulauan Spartly bagi negara-negara terbabit.
Faktor yang ketiga ialah tuntutan kesemua negara penuntut masih lagi seimbang,
namun isu ini dilihat benar-benar mencabar kewibawaan undang-undang antarabangsa
terutamanya dari aspek perundangan maritim. Hal ini kerana konflik Kepulauan Spartly ini telah
berlarutan sekian lama semenjak Perang Dunia Kedua lagi. Namun begitu, pada tahun 1950,
tuntutan terhadap Kepulauan Spartly ini masih tidak wujud lagi tuntutan yang sah dibuat ke atas
kepulauan tetapi hanya dianggap sebagai halangan terhadap pelayaran semata-mata sahaja.
Tuntutan pertama adalah dilakukan oleh negara China ke atas kepulauan ini iaitu pada tahun
1876. Kemudian barulah wujud tuntutan-tuntutan daripada negara-negara lain.
Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh negara-negara tersebut seolah-olah mencabar
kewibawaan undang-undang antarabangsa dalam menangani konflik ini. Negara-negara yang
menuntut dengan berani menyatakan bahawa Kepulauan Spartly adalah hak mereka. Keadaan ini
menyebabkan konflik perebutan kepulauan ini semakin meruncing. Pelbagai kaedah dan strategi
telah dilakukan oleh negara-negara yang menuntut kepulauan ini dengan melakukan
kependudukan dan meletakkan pasukan ketenteraan masing-masing. Tetapi lebih jauh,
masing-masing negara bukan sahaja berani melakukan pendudukan di Kepulauan Spratly tetapi
juga berani menunjukkan tanda - tanda penaklukan kepulauan-kepulauan tertentu di Kepulauan
Spartly dengan mengibarkan bendera, menduduki dan membina benteng, mendirikan bangunan
dan tanda-tanda di atas pulau, membina stesen pemantauan wilayah bersatelit yang seharusnya
29

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
berada

di

bawah

mandat

organisasi

antarabangsa,

mengeluarkan

undang-undang,

menggabungkan pulau-pulau dengan provinsi berdekatan, menerbitkan peta-peta baru,
menerbitkan dokumen-dokumen sejarah yang berkaitan dengan dasar tuntutan, mengizinkan
pelancong dan para jurnalis berkunjung ke pulau-pulau “mereka”, memberikan konsensi minyak
kepada perusahaan asing di wilayah berkonflik dan menempatkan pasukan ketenteraan. Justeru,
tindakan-tidakan yang diambil oleh negara-negara yang menuntut Kepulauan Spartly dilihat
telah mencabar undang-undang wilayah antarabangsa serta menampakkan bahawa masingmasing cuba untuk berebut dan mempertahankan Kepulauan Spartly berdasarkan kemampuan
masing-masing.

30

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
BAB 5: PERANAN ASEAN DALAM MENGURUSKAN KONFLIK
5.1 PENGENALAN MENGENAI ASEAN
ASEAN merupakan singkatan bagi “Association of Southeast Asian Nations” atau
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara. Antara negara yang mula mengasaskan penubuhan
ASEAN ialah Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok dengan
menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri Luar yang
terlibat dalam deklarasi tersebut ialah Adam Malik mewakili Indonesia, Narciso R. Ramos
mewakili Filipina, Tun Abdul Razak mewakili Malaysia, S. Rajaratnam mewakili Singapura,
dan Thanat Khoman mewakili negara Thailand.
Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai
kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli baru iaitu
Vietnam. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada tanggal 28 Julai 1995 diikuti oleh negara
Laos dan Myanmar menjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada tanggal 23 Julai 1997.
Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama-sama Myammar dan Loas, tetapi
Kemboja terpaksa menarik diri di sebabkan oleh masalah politik dalaman negara tersebut.
Namun, dua tahun kemudiannya, Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.
Kini, ASEAN dianggarkan merangkumi 500 juta orang dan meliputi kawasan seluas 4.5 juta
kilometer persegi.

31

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. Tujuan penubuhan
pertubuhan

ini

adalah

untuk

mengukuhkan

kerjasama

serantau

antara

ahli-ahlinya.

Keanggotaan ASEAN terdiri daripada 10 buah negara di Asia Tenggara iaitu Brunei Darussalam,
Filipina, Indonesia, Kemboja, Loas, Malaysia, Myammar, Singapura, Thailand, dan Vietnam
kecuali Papua New Guinea. Manakala, Timor Leste pula sebagai negara pemerhati. Pada bulan
November pada setiap tahun, ASEAN akan mengadakan persidangan bagi membincangkan
isu-isu terkini yang berlaku di negara-negara anggotanya.
Antara tujuan penubuhan ASEAN ini adalah untuk memelihara serta meningkatkan
perdamaian, keamanan, dan kestabilan serta untuk memperkuatkan nilai-nilai yang berorientasi
perdamaian. Selain itu, tujuan ASEAN ditubuhkan adalah untuk meningkatkan pertahanan
kawasan dengan mewujudkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, sosial budaya pada
tahap yang lebih luas di samping menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas senjata
nuklear dan bebas dari semua jenis senjata iaitu ZOPFAN. ASEAN juga ditubuhkan bertujuan
untuk menjamin kehidupan rakyat dari negara-negara anggota ASEAN supaya dapat hidup
dalam suasana aman damai dan harmoni.

32

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
5.2 USAHA YANG DILAKUKAN OLEH ASEAN
ASEAN merupakan suatu organisasi yang melindungi kepentingan negara-negara
anggotanya telah berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan persengketaan yang terjadi di laut
China Selatan. Beberapa perjanjian multilateral telah dilakukan dalam usaha untuk
menyelesaikan konflik Kepulauan Spratly. Antara perjanjian yang telah dimeterai oleh ASEAN
ialah Deklarasi Kuala Lumpur 1971 yang ditandatangani oleh Menteri Luar bagi
negara-negara ASEAN iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand yang
membahaskan tentang kawasan keamanan, kebebasan, dan berkecuali atau lebih dikenali dengan
nama ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality). Dalam pengisytiharan tersebut,
kesemua pihak secara terang-terangan menyatakan bahawa menjadi matlamat mereka bagi
mengekalkan Asia Tenggara “bebas dari sebarang bentuk campur tangan dari kuasa luar dan
kuasa nuklear” serta meluaskan lagi bidang kerjasama.
Dalam usaha meleraikan konflik mengenai Kepulauan Spratly, negara-negara yang
terlibat berusaha melakukan perundingan dan dialog bilateral yang dibantu oleh ASEAN.
Pertemuan bilateral dilakukan oleh negara-negara yang berkonflik sejak tahun 1988 untuk
menyelesaikan konflik tersebut melalui perbincangan dan perundingan. Pada peringkat ini, teori
mediasi telah diaplikasikan oleh ASEAN dalam usaha meleraikan konflik antara negara-negara
yang menuntut Kepulauan Spartly. ASEAN berusaha menjadi pihak ketiga yang bersifat neutral
dan bebas kepentingan. Daripada rundingan dan perbincangan yang dilakukan, negara-negara
tersebut telah bersetuju untuk mencari penyelesaian secara damai melalui perundingan,
mewujudkan kepercayaan kepada pihak ASEAN, membentuk kerjasama antara negara dan
berusaha untuk tidak menggunakan kekuatan senjata bagi menyelesaikan konflik ini.

33

[STRATEGI DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN KONFLIK] SPU 327
Selain itu, bagi negara Cina, Vietnam dan Filipina setuju untuk mengakui atau
menyelesaikan konflik mereka atas dasar undang-undang termasuk Konvensi Hukum Laut 1982.
Namun pertemuan bilateral tersebut tidak berjalan sesuai dengan keinginan. Hal ini dilihat
melalui inisiatif ASEAN

dalam penyelesaian Konflik Tuntutan Kepulauan Spratly.

Tidak efektifnya pertemuan bilateral negara-negara yang bekonflik tersebut dilihat ASEAN
sebagai ancaman keamanan kawasan yang suatu keadaan menjadi konflik terbuka.

ASEAN berpandangan bahawa, terjadinya beberapa insiden antara China – Filipina dan
Vietnam kembali menciptakan ketegangan serta berpotensi menciptakan perang terbuka terhadap
ketiga negara yang terlibat sekaligus menciptakan gangguan keamanan di Laut China Se