HUBUNGAN PUNCA STRES DAN TAHAP STRES DI

HUBUNGAN PUNCA STRES DAN TAHAP STRES DI KALANGAN
GURU-GURU DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA JOHOR
BAHRU

Oleh
Helen Malaka
Rojiah Abdullah
Nor’azian Binti Rohani
Eldrana Augustin Daniel
Mustafa Kamal Mohammad

Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian kes untuk meninjau tahap dan punca stress di
kalangan guru-guru di salah sebuah sekolah Menengah Agama di Daerah Johor Bahru.
Prihalan antara faktor-faktor demografi terhadap tahap stress juga diperlihatkan.
Seramai 35 orang responden yang terdiri dari kesemua guru sekolah terbabit telah di
ambil sebagai sampel kajian. Data-data yang dikumpulkan telah dianalisa mengguna
perisian computer Program Statistical Package of Social Science (SPSS) for Window
11.0 . Dapatan dari hasil kajian secara keseluruhannya menunujukkan bahawa tahap
stress di kalangan guru-guru sekolah ini adalah rendah iaitu sebanyak 94.3 peratus.
Manakala 5.7 peratus mengalami tahap;stress yang sederhana dan tiada responden yang

mengalami tahap stress yang tinggi. Secara khususnya keadaan kelas yang bising, tiada
masa memeriksa buku pelajaran dan tidak mempunyai cukup masa berehat di antara
waktu mengajar merupakan punca utama stress di kalangan guru sekolah ini. Secara
umum faktor beban tugas merupakan punca stres primer dan faktor peraturan sekolah
merupakan faktor skunder. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan signifikan
antara faktor peraturan sekolah dan hubungan interpersonal dengan tahap stress guruguru sekolah ini. Beberapa alasan telah diberi keatas keputusan yang diperolehi.
Cadangan-cadangan kajian susulan juga dinyatakan atas keputusan yang diperolehi.
Cadangan-cadangan kajian susulan juga dinyatakan untuk memperbaiki dan
memperkembangkan lagi hasil dapatan yang diperolehi.
Abstract
The main purpose of the study was to find out the stress and stressors (sources of stress)
among teachers in one religion secondary school in Johor Bahru. The relation between
the demographic factors with the level of stress the correlation between stressor factors
and the level of stress were studied. A total of 35 teachers were used as samples. Data
collection were analyzed by statistical package of Social Science (SPSS) version 11.0.
The finding showed that the level of stress was low ( 94.3 % ). Others 5.7% experience
a moderate level of stress. It was identified that noisy students, the lack of time for
checking student’s exercise and lack or rest between classes were very common
stressors amongst the teachers. Generally, work load was a main factor and school
factor was the second factor of stressors. There were significant correlation between

regulation and interpersonal relation with the level of stress. It is recommended that
further studies to be carried out in this area.

Muka surat 1/12

1.0

PENGENALAN

Stres pekerjaan di kalangan guru telah mendapat perhatian di negara barat sejak
dua dekad yang lepas. Ini boleh dibuktikan dengan banyak kajian stres telah dijalankan
ke atas guru (Kyriacou dan Sutcliffe, 1977, 1978, 1979; Gmelch et al. 1984; Mc
Cormik dan Solman, 1992). Di Malaysia, kajian mengenai stres pekerjaan di kalangan
guru telah menarik ramai pengkaji akhir-akhir ini (Siti Radziah, 1982; Chang Fui Chin,
1996; Ahmad Shakri, 1998; Malakolunthu, 1994). Namun demikian, kajian mengenai
stres guru-guru di sekolah Agama masih kurang dan perlu dilakukan memandangkan
prestasi sekolah Agama agak menggalakkan, walaupun beban tugas guru semakin
bertambah.
Bukti-bukti daripada kajian stres ke atas guru ini juga menunjukkan betapa seriusnya
masalah ini. Guru-guru menyedari bahawa stres yang biasa dapat memberi kesan yang

mendalam terhadap prestasi serta kebajikan. Tetapi stres yang berlebihan akan
mengurangkan prestasi dan menjejaskan kesihatan guru di mana guru akan berhadapan
dengan tekanan. Menurut Zainal (1983) dan McCormick et al. (1992) dalam (Noriah,
1994), guru-guru yang tidak dapat mencapai harapan yang tinggi daripada masyarakat ,
pentadbir dan ibu bapa akan merasa kecewa dan seterusnya mengakibatkan mereka
mengalami ketegangan (stres) pekerjaan.
Kajian ini bertujuan:
1.
2.

3.

Untuk mengenal pasti tahap stres berdasarkan faktor-faktor
demografi guru.
Untuk mengenalpasti punca-punca stres sama ada ia berkaitan
pentabdiran atau peraturan sekolah, ciri-ciri tugas, hubungan
interpersonal atau masalah murid.
Untuk mencari hubungan antara punca stres dengan tahap stres
guru-guru sekolah menengah agama yang dikaji.


Hipotesis Kajian
1)

Hipotesis 1
Terdapat hubungan yang signifikan antara hubungan interpersonal dengan tahap
stres guru-guru.

2)

Hipotesis 2
Terdapat hubungan yang signifikan antara pentadbiran/peraturan sekolah dengan
tahap stres guru-guru.

3)

Hipotesis 3
Terdapat hubungan yang signifikan antara masalah murid dengan tahap stres
guru-guru.

4)


Hipotesis 4
Terdapat hubungan yang signifikan antara ciri-ciri tugas dengan tahap stres
guru-guru.

Muka surat 2/12

2.0

METODOLOGI

Reka bentuk kajian
Rekabentuk kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah rekabentuk kajian
kes di mana semua populasi merupakan responden. Sejumlah 35 orang guru semuanya
di salah sebuah Sekolah Agama Di Johor Bahru yang dijadikan sampel.

Tatacara kajian
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan soalselidik. Instrumen ini
mempunyai 73 item yang terdiri daripada tiga bahagian seperti berikut, bahagian A
merupakan demografi subjek, Bahagian B merupakan punca-punca yang boleh

membawa kepada stres terdiri dari beban tugas, peraturan sekolah, hubungan
interpersonal dan masalah pelajar dan Bahagian C pula merupakan ujian tahap stres.
Alat ukur ini telah digunapakai oleh ramai pengkaji sebelum ini dengan nilai
kebolehpercayaan Alpha Cronbach melebihi 0.7. Berikut adalah pengkaji-pengkaji yang
telah menggunakan alatukur ini dengan kebolehpercyaan ( alpha ) yang didapati;
Jadual 1: Nilai Alpha alat ukur pengkaji lepas
Pengkaji
Noriah (1994 )
Kiwamuddin
Zulkifli
A.Azahari( 1998 )
A. Shakri

IPT
UKM
UTM
UTM
UTM
UTM


Sampel
180
192
189
246
189

Alpha
0.9575
0.8110
0.780
0.7734
0.8405

Sebelum instrumen diedarkan pengkaji telah mengadakan tinjauan dan temubual
untuk melihat dan memahami situasi sekolah yang menjadi kajian kes ini juga untuk
menguji kefahaman responden terhadap struktur ayat dan item-item tertentu dalam
soalselidik dan meninjau masalah sebelum kajian sebenar dijalankan.
Kajian rintis telah dilakukan dengan mengedar soalselidik kepada 13 responden
yang bukan guru-guru sekolah terbabit kerana semua sampel disekolah itu nanti akan

digunakan untuk kajian sebenar. Didapati instrumen ini mempunyai nilai alpha
( cronbach ) melebihi 0.6 di mana bolehlah dianggap instrumen ini mempunya nilai
kebolehpercayaan yang tinggi . Jika dirujuk kepada analisis pengkaji-pengkaji lepas
tidak dinafikan bahawa instrumen ini boleh diterimapakai dan kebolehpercayaan(
realibiliti ) yang tinggi . Sila rujuk jadual 1 dan 2

Muka surat 3/12

Jadual 2: Nilai Alpha alat ukur pengkaji

Item
Punca Stres
Stres

Nilai

Alpha

0.7881
0.8270


Tatacara Analisisis Data
Program Statistical package of Social Science ( SPSS ) for Window 10.0
digunakan untuk tujuan penganalisaan. Bagi analisa deskriptif:





taburan Frekuensi Demografi Responden dan persilangannya ( crosstabulation )
dengan tahap stres.
Taburan Frekuensi setiap item min ( Mean ) dan Sisihan piawai ( SP )
taburan frekuensi tahap stres dan punca Stres

Bagi analisa Infrensi:
• Mencari pekali pearson ( r ) untuk melihat perhubungan antara tahap stres dan
punca stres.
Jadual 3: Skor Indeks Punca Stres
Komponen IPK
a. Beban tugas

b. Peraturan sekolah
c. Hubungan Interpersonal
d. Masalah pelajar

Bil. Item
13
11
15
8

Min Skor
Mak
5
5
5
5

Penengah
Min
1

1
1
1

3.0
3.0
3.0
3.0

Jadual 4: Taburan Soalan dalam instrumen kajian
PEMBOLEHUBAH

NO. ITEM

A. DEMOGRAFI
A1 Umur
A2 Jantina
A3 Status
A4 Bilangan Anak
A5 Kelayakan Akademik
A6 Pengalaman mengajar
A7 Tugas-tugas Khas
Jumlah

1
2
3
4
5
6
7
7

Muka surat 4/12

B. PUNCA STRES
B1 - B11 (Peraturan sekolah)
B12 - B24 (Beban tugas)

Positif
1,6,7,9
14,16,18,20, 23, 25

B25 - B39 (H. interpersonal)
B40 - B47 (M.Pelajar)
Jumlah

26,28,29,31,32, 34 ,36,39
40,42,45,47
47

C. TAHAP STRES
C1 - C19
Jumlah
Jumlah Keseluruhan

1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18,19
19
73

3.0

Negatif
2,3,4,5,8,10,11
12,13,15,17,
19,
21,22,24
27,30,33,35,37,38
41,43, 44,46

DAPATAN KAJIAN

Taburan Frekuensi Punca dan Tahap Stres Mengikut Item
Item yang memberi punca stres yang lebih dengan nilai min tiga terendah.
No
B45
B22
B21

Item
Min
Kelas bising tidak mengganggu pengajaran anda.
2.143
Anda mempunyai cukup masa untuk memeriksa buku 2.286
pelajaran murid
Anda mempunyai cukup masa berehat di antara
2.686
waktu mengajar

Item yang memberi tahap stres yang lebih dengan nilai min dua tertinggi.
No
C04
C14

Item
Min
Adakah anda cepat marah?
1.914
Pernahkah anda berfikir untuk meletak jawatan dan 1.771
memulakan hidup baru dalam suasana berbeza?

Muka surat 5/12

Faktor-faktor Punca Stres
Secara keseluruhannya faktor beban tugas menjadi punca primer kepada stres guru-guru
sekolah ini dengan nilai min yang terendah dan diikuti dengan faktor peraturan sekolah
:
1)

Peraturan Sekolah

Min = 3.24

2)

Beban Tugas

Min = 3.2

3)

Hubungan Interpersonal

Min = 3.68

4)

Masalah Pelajar

Min = 3.38

Hubungan Antara Tahap Stres dan Punca Stres
Analisa ini adalah untuk melihat samada terdapat perhubungan yang signifikan
antara faktor-faktor punca stres dengan tahap stres responden. Perhubungan ini dapat
dilihat dari jadual di bawah:
Jadual menunjukkan hubungan korelasi antara pembolehubah punca stres
dengan tahap stres responden. Alias Baba ( 1992 ) meletakkan anggaran kekuatan
perhubungan antara dua pembolehubah dengan nilai pekali pearson ( r ) 0.00 - 0.20
sebagai lemah dan boleh diabaikan, 0.21 - 0.40 dianggap hubungan yang rendah, 0.41 0.60 sebagai hubungan yang sederhana, 0.61 - 0.80 sebagai hubungan yang tinggi dan
0.81 - 1.00 sebagai hubungan yang sangat tinggi.
Jadual 5:

Analisis Hubungan Korelasi skor Punca Stres (Peraturan sekolah,
Beban tugas, Hubungan Interpersonal dan Masalah Pelajar) dengan
skor stres

Pembolehubah Punca stres

Tahap stres (Nilai Korelasi (r)

Peraturan sekolah

0.285
p = 0.097
0.175
p = 0.192
0.238
p = 0.168
-0.157
p = 0.367

Beban tugas
Hubungan interpersonal
Masalah pelajar
** Signifikan pada aras p ≤ 0.05 (2- tailed)

Muka surat 6/12

Hasil dapatan adalah seperti berikut:
1)

Hubungan di antara peraturan sekolah dengan stres.
Hipotesis H0 1 :
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara peraturan sekolah dengan stres
di kalangan guru-guru sekolah ini.

Dari jadual 5 diatas di dapati pekali korelasi Pearson bagi pembolehubah peraturan
sekolah dan stress adalah lemah iaitu r= 0.285 pada nilai signifikan 0.097 (2 tailed). Ini
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara peraturan sekolah
dengan stres. Dengan ini hipotesis nol ditolak.
2)

Hubungan di antara beban tugas dengan stres.
Hipotesis H0 2 :
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor punca stres beban tugas
dengan tahap stres di kalangan guru-guru sekolah ini.

Dari jadual 5 diatas di dapati pekali korelasi Pearson bagi pembolehubah beban tugas
dan tahap stress adalah sangat lemah iaitu 0.175 pada nilai signifikan p = 0.314 (2
tailed). Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban
tugas dengan stres. Dengan ini hipotesis nol gagal ditolak.
3)

Hubungan di antara hubungan interpersonal dengan stres.
Hipotesis H0 3:
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara hubungan interpersonal dengan
stres di kalangan guru-guru sekolah ini.

Dari jadual 5 diatas di dapati pekali korelasi Pearson bagi pembolehubah hubungan
interpersonal dan stress adalah lemah iaitu r = 0.238 pada nilai signifikan 0.168 (2
tailed). Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara hubungan
interpersonal dengan stres. Dengan ini hipotesis nol ditolak.
4)

Hubungan di antara punca stres masalah pelajar dengan tahap stres.
Hipotesis H0 4 :
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor masalah pelajar dengan
tahap stres di kalangan guru-guru sekolah ini.

Dari jadual 5 diatas di dapati pekali korelasi Pearson bagi pembolehubah masalah
pelajar dan stress adalah tersangat lemah iaitu r= -0.157, dengan nilai signifikan
p=0.367. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
masalah pelajar dengan stres. Dengan ini hipotesis nol gagal ditolak.
Muka surat 7/12

Terdapat hubunngan yang signifikan antara peraturan sekolah dan hubungan
interpersonal dengan tahap stres dikalangan guru-guru sekolah ini. Pada keseluruhannya
tahap stres guru-guru sekolah ini adalah rendah. Perihalan antara faktor demografi
dengan tahap stres tidak menunjukkan perbezaan yang ketara kerana peratusan
responden yang mempunyai tahap stres yang sederhana terlalu kecil jika dibandingkan
dengan responden yang mengalami tahap stres yang rendah. Secara keseluruhannya
faktor primer yang merupakan punca stres di kalangan guru-guru sekolah ini adalah
faktor beban tugas, manakala faktor sekunder adalah faktor peraturan sekolah.
Secara khususnya item yang kerap memberikan kesan stres kepada guru-guru
adalah kelas bising kerap mengganggu pengajaran guru, tidak mempunyai cukup masa
untuk memeriksa buku pelajaran murid dan tidak mempunyai cukup masa berehat di
antara waktu mengajar merupakan punca utama stres di kalangan guru sekolah ini.

4. 0

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan secara keseluruhan tahap stres yang
dialami adalah rendah. Ini mungkin disebabkan faktor-faktor lain yang dapat mengawal
keadaan stres yang tinggi di kalangan guru-guru. Dari segi faktor-faktor demografi,
kajian memperlihatkan dua responden lelaki yang bujang dan berumur bawah 25 tahun
mengalami tahap stress yang sederhana. Keputusan kajian juga menunjukkan faktor
punca beban tugas yang menjadi punca utama stres memberikan kesan stres yang
sederhana kepada guru-guru sekolah tempat kajian. Dapatan kajian turut menunjukkan,
faktor peraturan sekolah juga sebagai faktor skunder yang memberikan kesan stres yang
sederhana kepada guru-guru
Kemungkinan pihak yang terbabit boleh berpuashati dengan keadaan guru-guru
yang kebanyakannya mempunyai kelebihan dalam pengawalan diri dalam menangani
stres dan berwawasan. Namun demikian, pihak yang terbabit tidak boleh memandang
ringan kebajikan guru dan kemungkinan punca stres supaya keadaan yang sedia ada
kekal dan bertambah baik. Pihak pentadbir perlu menambahkan tenaga pengajar dan
turut memberi insentif sebagai motivasi kepada guru dalam menjalankan tugas yang
berlebihan. Pihak pentadbiran perlu mengambil inisiatif memanjangkan dapatan kajian
untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja guru-guru dengan memberikan
latihan-latihan khusus seperti pengurusan masa, latihan assertif, pengurusan stres dan
kursus-kursus motivasi.
Implikasi dari dapatan kajian ini memperlihatkan hubungan interpersonal yang
baik antara guru-guru dengan pihak pentadbiran dan guru-guru dengan pelajar telah
menyumbang kepada tahap stres yang rendah di kalangan guru-guru. Implikasi dari
kajian juga dapat digunapakai oleh pihak Kementerian Pendidikan yang terbabit dalam
menentukan polisi dan arah pendidikan negara. Pihak kementerian dapat mengambil
nilai-nilai pengurusan yang baik dari sekolah persendirian yang cemerlang dari segi
sahsiah dan akademik pelajar untuk diaplikasikan kepada sekolah-sekolah bantuan
penuh kerajaan.

Muka surat 8/12

Hasil dari kajian ini dapat digunakan oleh guru-guru untuk menilai dan
melihat dalam diri mereka sendiri, apa tujuan dan matlamat hidup mereka, apa
yang mereka telah lakukan sebagai pembimbing kepada pelajar-pelajar yang
memerlukan tunjuk ajar dan kasih sayang dari mereka.

5.0 PENUTUP
Pada keseluruhannya tahap stres yang dialami oleh guru-guru sekolah ini adalah
pada tahap yang rendah. Punca stres yang dikenalpasti sebagai punca yang primer
adalah beban tugas, ikuti oleh peraturan sekolah. Masalah pelajar memberikan punca
yang sedikit manakala hubungan interpersonal memberikan stres yang terendah di
kalangan guru-guru sekolah ini. Masalah kelas bising, kurang masa memeriksa buku
pelajar dan kurang masa rehat antara watu mengajar merupakan item punca stres yang
memberikan tekanan kepada kebanyakan responden.
Dari segi perhubungan pula di dapati terdapat hubungan yang lemah dan
signifikan oleh faktor peraturan sekolah dan faktor hubungan interpersonal dengan
tahap stres guru sementara faktor beban tugas , masalah pelajar tidak terdapat
hubungan yang signifikan.

BIBLIOGRAFI
Ahmad Mahdzan Ayob (1991). "Kaedah Penelidikan Sosioekonomi.
Pengenalan". 3th. ed. Hulu Klang Selangor: Dewan Bahasa & Pustaka.

Satu

Ahmad Shakri (1998). "Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru
Sekolah Menengah Di negeri Perlis". Kertas Projek Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad Azhari Sarr (1998). ""Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru
Sekolah Menengah Di Johor Bahru". Kertas Projek Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Alias Baba (1992). "Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan Dan Sains Sosial".
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anisah Hashim (1999). "Hubungan Antara Tekanan Kerja dan Tekanan Rumahtangga
Dengan Komitmen Terhadap Kerjaya Di Kalangan Pensyarah Wanita Di
Maktab Perguruan Kuala Terengganu". ". Kertas Projek Ijazah Sarjana
Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Anuar Mohd. Som (2000). "Tahap dan Punca Stres di Kalangan Guru-guru Elektirik
Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. ". Kertas Projek Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Barry A.Farber (1991). "Crisis In Education, Stress and Burnout In The American
Teachers". San Francisco, Oxford, Jossey: Bass Publishers.
Muka surat 9/12

Borg, M.G. & Falzon, J.M. (1988). "Sources of Teachers' Stress in Maltese
Primary's School", Research In Education.46; 44 - 49.
Cates, W.M. (1985). "A Practical Guide to Education Research". 1st Ed. Englewood
Cliffs, N.Y: Prentice - Hall.
Cormier, L.S. & Hacney, H. (1993). "The Professional Counselor". 2nd. Ed. Boston,
London, Toronto, Sydney, Tokyo, and Singapore: Allyn and Bacon.
D.M. Pestonjee (1988). "Second Handbook of Psychological and Social Instruments".
New Delhi: Concept Publishing Company.
Epstein,J.L.(1990).”Scholl and Family Connections: Theory, Research and
Implications for Intergrating Sociologies of Education and Family” in Marriage
and Family Review, Vol. 21 Issues 1-2, p 99-126.
Esah Munji (1991)." Ke arah Kesejahteraan Mental: Pengurusan Stress- Satu Panduan
Untuk pelajar Di IPT". Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.
Fauziah Salam (2000)." Stres Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Johor
Bahru" Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling):
Universiti Teknologi Malaysia.
Grant, D.(1989)." Learning Relations" London: p 133.
Habibah Elias, Noran Fauziah (1997)."Psikologi Personaliti". Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Hamidah Othman (1996). "Correlates of Stress Among Secondary SchoolTeachers in
Penang". Kertas Projek Master: Universiti Utara Malaysia
J. Supranto (1986). "Kaedah Penyelidikan, Penggunaannya Dalam Pemasaran". Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jerrold S. Greenberg (1996). " Your Personal Stress Profile And Activity Workbook".
United State of America: Times Mirror Higher Education Group.
Joyce M.Hawkins (1994). " Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Inggeris - Melayu,
Melayu - Inggeris". Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamus Dewan.Kuala Lumpur.DBP (1999).
Kiwamuddin Othman (1996). "Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Pelajar
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta pendidikan. Satu Kajian Kes". Kertas
Projek Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan: Universiti Teknologi
Malaysia.
Kyriacou, C dan Sutcliffe, J. (1979). "The Stress And Satisfaction". Education
Research, 21(2): 89 - 96

Muka surat 10/12

Lazarus, R.S. (1976). "Patterns of Adjustment." N.York: McGraw Hill.
Manning and Curtis (1988)." Stress Without Destress". Ohio: South-Western
Publishing Co.
Matthew and Keith (1976). "How to Kill Stress Before It Kills You". New York:
Grosset & Dunlap Publishers.
Md. Hasidi Zaini (1995)."Faktor Ciri-ciri Kerja Yang Mempengaruhi Stres Guru-guru
di Sekolah Menengah di Johor." Kertas Projek Ijazah Sarjanamuda Pendidikan:
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Majid Konting (1990)."Kaedah Penyelidikan Pendidikan". Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Mohamed Najib Abdul Ghafar (1999)." Penyelidikan Pendidikan". Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd. Salleh Abu & Zaidatun Tasir (2001). "Pengenalan Kepada Analisis Data
Berkomputer SPSS 10.0 for Windows". Kuala Lumpur: Venton Publishing
Mohd. Sazali Nordin (1997)."Stress Pekerjaan Di Kalangan Guru-guru Sekolah
Menengah Daerah Kuala Kangsar Perak". Kertas Projek Master: Universiti
Utara Malaysia.
Muhammad Hatta Shaharom (1989) "Psikologi Keluarga, Kearah Keluarga Bahagia".
Kuala Lumpur : Pustaka Salam.
Noriah (1994)." Pola Pemilihan Respon Menangani Ketegangan Dan Hubungan
Dengan Punca Ketegangan Di Kalangan Guru-guru" . Kertas Projek Ijazah
Sarjana Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Penny Gray (1994). “Hard Labour Parts 3”. London: London Hazard Center.
Peter Seldin, Editor (1987). "Coping With Faculty Stress". San Francisco, London:
Jossey-Bass Inc, Publishers.
Raven, J ( 1977 ). "School Rejection and its Amelioration". Education Research,
Malaysia: Vol.20.
Rohani Abu Bakar (1998). "Tahap dan Punca Stres di Kalangan Guru-guru Sekolah
Mengengah Johor Bahru". Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan: Universiti
Teknologi Malaysia.
Selye, H. (1976). "The Stress of Life".N.York: McGraw-Hill Book Co.
Siti Rohani (1991). "Pengaruh Faktor Sekolah atas Tekanan Guru". Thesis Sarjana:
Universiti Malaya.

Muka surat 11/12

Susanne Carter(1994). “Teacher Stress and Burnout”. Organizing Systems to
Support Competent Social Behaviour In Children and Youth: Volume lll.
Universiti Tenologi Malaysia (1999). "Panduan Menulis Thesis ." Pusat Pengajian
Siswazah.
Woolfolk , A . E .(1995), 6th edition." Educational Psychology". USA: Allyn and
Bacon.
http://news.bbc.co.uk/hi/english/education/newsid_660000/660906
http://www.globalserve.net/~sairam/youth/equal.html.
http://www.homestead.com/selfhelpsolutions/atressoverload.html.
http://www.lhc.org.uk/members/pubs/books/hl/h103_03.htm
http://www.richland2.org/rnh/health stressG4/Whatisstress.htm
http://www.stresstips.com/selfimage.htm

Muka surat 12/12