JANGKAAN MASA DEPAN TERHADAP KEPERLUAN T (2)
                                                                                Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya
189
JANGKAAN MASA DEPAN TERHADAP KEPERLUAN TENAGA
KERJA DAN PENAMBAHB AIKAN SISTEM PENDIDIKAN
Saedah Siraj
Norhayati Sulaiman
Universiti Malaya
The objective of this study was to investigate the projection of workforce
needed by the country by the year 2020 and to forecast the preferable
improvements to be implemented in the education system. Five experts in
this field were interviewed. The study revealed that the workforce in 2020
will necessitate emphasis on skill-based jobs, identifying of the type and
skills for the future by the ministry of education and employment sector,
and introducing ofmulti-skills in the school system to ensure the workforce
meets future challenges. Hence, producing a quality workforce for the
year 2020 is one of the crucial functions of the educational sector.
Pendidikan sentiasa menjadi agenda terpenting dalam pembangunan dan pembentukan
masa depan negara di seluruh dunia dan merupakan bidang paling strategik bagi membina
generasi yang akan mengisi keperluan dan pembangunan masa hadapan terutamanya
dalam abad 21 (Saedah Siraj, 2001). Pendidikan juga memainkan peranan yang penting
dalam pembangunan sumber tenaga manusia dan ekonomi negara (Nik Mustapha Nik
Hassan & Syed Omar Syed Agil, 1994). Memandangkan betapa pentingnya pendidikan
untuk melahirkan tenaga kerja profesional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara,
bilangan sekolah, politeknik dan universiti perlu ditambah bagi melatih tenaga kerja
dalam perlbagai bidang seperti pentadbir, doktor, jurutera, guru dan golongan profesional
yang lain (Atkinson, 1983).
Menurut Abdul Shukur Abdullah (1994), terdapat dua isu yang menjadi landasan
kepada pembangunan tenaga manusia melalui pendidikan. Pertama ialah jelas dan pasti
tentang jenis pekerjaan yang harus dilahirkan, dan kedua ialah menentukan kemahiran
yang dibina perlu berhubung kait dengan keperluan kemahiran dalam pasaran pekerjaan.
Keperluan kajian berkaitan tenaga kerja akan datang adalah amat penting bagi
memastikan negara maju yang disasarkan menjelang tahun 2020 akan tercapai. Artikel ini
melaporkan jangkaan masa depan keperluan tenaga kerja berdasarkan pandangan pakar.
Definisi Kajian Masa Depan
Dalam Kamus Dewan (2002), masa depan adalah masa dan zaman yang akan datang.
Collins Essential English Dictionary (2003) pula menterjemahkan masa depan seperti mana
yang dinyatakan dalam Kamus Dewan iaitu "To become and happen." Menurut The Collins
Essential English Dictionary (2003) "Futuristic" bermaksud berhubung dengan rekaan,
190

teknologi dan Iain-lain yang mana dianggap sebagai terkini atau boleh diguna pakai pada
masa depan.
Slaughter (1997) menterjemahkan masa depan merupakan ruang yang kosong
yang mana manusia tidak akan tahu mengenainya, tetapi kita boleh membuat jangkaan
tentangnya. Slaughter (1997) juga mengatakan bahawa masa depan adalah sebagai satu
mesin, di mana masa depan dilihat sebagai satu zaman pembangunan dalam bidang sains
dan teknologi. Adalah menjadi lumrah pada ketika itu, manusia hidup dalam satu budaya
yang dikenali sebagai budaya mesin.
Ziauddin Sardar (1985) menyatakan bahawa masa depan dapat dikawal,
diwujudkan serta dibentuk mengikut cita-cita dan keinginan masyarakat. Ini bermakna apa
yang berlaku pada masa depan adalah bergantung kepada apa yang dilakukan oleh manusia
pada masa kini. Segala perubahan yang dilakukan adalah mengikut apa jua perancangan
yang dilakukan oleh manusia pada masa kini dan dilaksanakan secara berterusan sehingga
ke masa depan. Wan Mohamad Zahid Mohd. Nordin (1993) pula melihat masa depan
sebagai satu perkara yang dikandung masa kini dan kita boleh menelaah apa yang akan
terjadi pada masa depan berasaskan kepada perkembangan semasa.
Dalam bukunya, Slaughter (1997, him. 173) pula menyatakan masa depan
adalah,
A dimension of human existence which functions as a principle of
present action. Without it, the present becomes thin and incapable of
supporting human activity of any kind. Hence the future is not blank space
or unknowable realm that it is popularly thought to be. It has tangible
content and can be explored, colonized, imagined and created.
Manakala bagi Ornstein dan Hunkins (1998) kajian masa depan adalah memproses
data untuk melihat kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku, perubahan, peluang
dan masalah yang mungkin atau akan berlaku pada masa depan berdasarkan kepada
perkembangan yang berterusan dari masa kini.
Walau apa pun definisi masa depan yang diberikan, kita dapat menyimpulkan
bahawa masa depan adalah sesuatu yang masih kosong dan kita tidak pasti apa yang
akan berlaku pada masa depan. Namun ini tidak bermakna kita hanya menanti sahaja
kehadiran masa depan tanpa berusaha untuk menyediakan satu kehidupan yang terbaik
untuk generasi masa depan.
Kita boleh meramal dan merancang sesuatu yang terbaik berdasarkan kepada
perubahan dalam pelbagai bidang yang berlaku di sekeliling kita untuk membantu kita
menjadikan masa depan sesuatu yang bermakna dan lebih baik dari apa yang kita nikmati
pada masa kini.

191
Kaitan Tenaga Kerja Dengan Sistem atau Trend Pendidikan
Tujuan pendidikan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh
ilmu, kemahiran, kepercayaan dan nilai baik yang diterima dalam masyarakat yang
membolehkan manusia melakukan sesuatu untuk kehidupan dan Iain-lain (Ornstein &
Hunkins, 1998). Walaupun sukar untuk meramalkan masa depan, namun pendidikan tetap
memainkan peranan untuk menjangka dan menentukan ilmu pengetahuan, kemahiran,
sikap dan nilai yang perlu diterapkan masa depan.
Selaras dengan perkembangan negara bagi mencapai negara maju menjelang tahun
2020, keperluan tenaga kerja amat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua pihak,
terutamanya dari sektor pendidikan di negara ini. Ini adalah kerana sistem pendidikan
negara yang akan menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan
dalam setiap bidang. Sistem Pendidikan Kebangsaan telah digubal beberapa kali setelah
negara mencapai kemerdekaan melalui Penyata Razak (1956), Akta Pelajaran (1961),
Laporan Rahman Talib (1961) dan Laporan Kabinet (1979) menunjukkan kepada kita
tujuan pendidikan adalah untuk perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang
mahir.
Perancangan pendidikan yang mengambil kira keperluan masa depan amat penting
kerana pendidikan memberi sumbangan besar ke arah pembangunan sosioekonomi
negara dalam pelbagai bidang. Tanpa perancangan dan sistem pendidikan yang sejajar
dengan keperluan tenaga kerja profesional dan separa-profesional akan menyebabkan
negara mewujudkan satu ruang kosong untuk pembinaan generasi masa depan yang boleh
menerajui keperluan negara dari semua aspek.
Bila mana ekonomi sesebuah negara berkembang, permintaan terhadap tenaga
kerja profesional dan mahir akan bertambah bagi memenuhi keperluan permintaan
di sektor awam dan juga swasta. Ali Abu Hassan Sulaiman (1993) menyatakan usaha
pembangunan dan latihan sumber manusia perlu memberi respon yang sewajarnya
bagi memastikan keperluan tenaga kerja masa depan dapat dipenuhi. Shahril@Chairil
Marzuki dan Habib Mat Som (1999) menyatakan melalui sistem pendidikan, pentadbir
dan pengurus yang cekap dan berpengalaman akan dapat dilahirkan dan ditambah bagi
mengendalikan sumber alam dan sumber manusia untuk pembangunan negara.
Pitts (2003) dalam ulasannya terhadap kandungan buku "Workforce 2020: Work and
Workers in the 21s' Century" mengatakan pada abad ke-21, ekonomi Amerika bergantung
sebahagian besarnya kepada apa yang dilakukan dalam sistem pendidikan umum kini.
Manakala Wan Mohamad Zahid (1993) mengatakan matlamat yang hendak dicapai di era
2020 boleh dilaksanakan melalui pembangunan sumber manusia yang lengkap, seimbang
dan sepadu. Pembangunan Sumber Manusia tersebut bergantung sebahagian besarnya
kepada pendidikan.
Pendidikan untuk masa depan dianjurkan adalah untuk mempersiapkan generasi
masa depan dengan kemahiran dan pengetahuan yang seiring dengan keadaan dan
masa pada ketika itu dan generasi wawasan ini akan dapat menggunakannya untuk
menyesuaikan diri mereka. Pendidikan tersebut hendaklah menyediakan apakah corak
atau bentuk pendidikan masa depan yang sesuai dan berwibawa untuk menangani
cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi.
192

Wonacott (1992) mengatakan perubahan kependudukan, teknologi dan
pertambahan persaingan merupakan tiga serangkai yang menyebabkan persediaan
tenaga kerja menjadi isu yang kritikal pada masa ini. Oleh itu, perantisan pelajar bagi
mendapat latihan kemahiran sama ada di Amerika sendiri atau di luar Amerika dirasakan
perlu untuk menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran yang diperlukan oleh sektor
pekerjaan atau majikan-majikan yang menaja pelajar.
TINJAUAN LITERATUR
Banyak kajian tentang jangkaan tenaga kerja menjelang tahun 2020, malahan terdapat
juga kajian yang melampaui hingga tahun 2059 telah dibuat di luar negara. Kebanyakan
jangkaan yang dibuat adalah melihat kepada jumlah atau bilangan tenaga kerja yang
diperlukan bagi negara tertentu secara umum. Namun begitu, hanya sedikit sahaja kajian
yang memberi fokus secara spesifik tentang bidang atau pekerjaan yang diperlukan pada
tahun 2020.
Zimmermann (2000) mengatakan setelah beberapa dekad berlalu jangkaan
golongan futuris tentang pekerjaan di rumah tidak menjadi kenyataan, tapi pada masa
kini menunjukkan bilangan teleworker telah meningkat pada 23.8 juta pada akhir tahun
2000. Ini bermakna 18.7% tenaga kerja di Amerika akan bekerja di rumah. Ini menyokong
jangkaan yang dibuat oleh Nilles pada tahun 1970-an lagi dan jangkaan beliau tersebut baru
diterbitkan pada tahun 1998 menyatakan menjelang tahun 2030 kemungkinan terdapat 51
juta rakyat Amerika yang akan melakukan sebahagian daripada kerja mereka di rumah.
Ini tidak bermakna pekerja pada masa depan tidak perlu ke pejabat. Sebahagian besar dari
masa bekerja mereka akan dilakukan di rumah; pada masa-masa yang tertentu pekerjapekerja ini akan ke pejabat. Mengikut Nilles, jangkaan ini akan menjadi kenyataan pada
masa depan berdasarkan pada beberapa faktor seperti mengelakkan kesesakan jalan raya,
pencemaran dan yang lebih penting dengan kewujudan dan penggunaan teknologi canggih
seperti akses Internet yang cepat dan perhubungan tanpa wayar akan menggalakkan
pekerja melakukan tugas-tugas mereka di rumah. Ini bermakna pekerja masa depan akan
mendapat kelebihan dari segi keseimbangan masa untuk kerjaya dan keluarga dengan
melakukan kerja-kerja pejabat di rumah.
Manakala Henson (2003) pula melihat tenaga kerja pada tahun 2020 merupakan
kanak-kanak yang berada dalam lingkungan 6 tahun hingga 10 tahun pada masa kini.
Kanak-kanak ini telah membesar dengan teknologi dan telah selesa dengannya. Apabila
dewasa mereka juga memerlukan teknologi yang tercanggih yang membolehkan mereka
bekerja di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Menurut Henson, untuk memastikan
kejayaan sesebuah syarikat pada tahun 2020, syarikat tersebut perlu menyediakan peralatan
dan teknologi yang canggih dan pekerja hendaklah boleh mengaplikasikan teknologi
canggih dan berkemahiran dalam penggunaan segala peralatan dan teknologi itu.
Min (1999) pula menyatakan bahawa pada tahun 2025, sektor perkhidmatan
akan mengambil alih sumbangan sektor pembuatan dalam bidang ekonomi di
Amerika Syarikat. Pada ketika itu terdapat 40 juta pekerja merupakan pekerja dalam
bidang perkhidmatan berbanding dengan bidang pembuatan. Di samping itu, Min
juga menjangkakan pada masa depan keperluan kepada tenaga kerja yang mempunyai
kemahiran teknikal adalah tinggi berikutan dengan perkembangan teknologi maklumat

193
pada masa kini yang dianggap akan berterusan. Penyataan Jabatan Buruh Amerika
Syarikat seperti yang dipetik dalam Min (1999) telah menjangkakan bahawa pada tahun
2025, 90% pertumbuhan dalam bidang kejuruteraan komputer dan 12% dalam bidang
pemprograman komputer akan berlaku di negara tersebut.
Apa yang menarik terdapat kajian yang menjangkakan terdapat beberapa jenis
pekerjaan yang tidak akan disenaraikan oleh ibu bapa untuk masa depan anak-anak
mereka pada masa tersebut. Preziosi dan Gooden (2003) mengemukakan pendapat
ini dengan mengemukakan jenis-jenis pekerjaan yang kurang mendapat tempat dalam
pasaran kerjaya pada masa depan. Pekerjaan tersebut adalah:
1. Pertanian
2. Tukang jahit dan pengendali mesin atau jentera
3. Pengasuh kanak-kanak di rumah. Pusat asuhan kanak-kanak lebih mendapat
tempat di kalangan ibu bapa kerana ibu bapa berpendapat di pusat asuhan
kanak-kanak, anak mereka akan mendapat pendedahan dan pendidikan awal
4. Pembantu pengurus, setiausaha, dan pengkeranian
5. Penyimpan kira-kira, akauntan dan kerani audit
Judy (1997) menyatakan pada masa depan akan ada teknologi canggih seperti
voice activated software yang akan memudahkan tugas dan kerja dalam bidang pengurusan
dan pentadbiran yang akan mengurangkan peranan pembantu peribadi, setiausaha dan
juga kerani. Di samping itu, penggunaan meluas teknologi jentera dan pneumatik yang
boleh meningkatkan hasil pengeluaran serta lebih menguntungkan akan mengurangkan
penggantungan terhadap tenaga manusia dalam bidang-bidang tertentu.
Selain itu, terdapat juga kajian oleh Robson (2001) yang melihat tenaga kerja
dari segi umur. Mengikut Robson, pada masa depan lebih banyak tenaga kerja di
kalangan golongan veteran. Ini berdasarkan kepada jangkaan kependudukan yang jelas
menunjukkan bahawa salah satu kemahiran yang mesti dikuasai oleh kanak-kanak hari ini
sebagai persediaan masa depan adalah kemahiran berinteraksi dengan orang yang lebih
dewasa. Ini adalah kerana pada masa depan golongan ini yang akan memenuhi sebahagian
besar daripada tenaga kerja. Mengikut jangkaan berdasarkan kepada perkembangan
kependudukan, umur penengah tenaga kerja pada masa depan akan meningkat sebanyak 5
tahun kepada 38 tahun berbanding 33 tahun sekarang. Di samping faktor kependudukan,
keadaan ini mungkin disebabkan oleh strategi latihan, pelanjutan umur persaraan, jadual
kerja yang fleksibel, bidang kerja dan gaji yang berpatutan, perubahan dalam organisasi
pekerjaan dan teknologi dan perancangan yang cemerlang.
Di Singapura, Shantakumar (2002) telah memberi jangkaan tenaga kerja di
Singapura bukan setakat pada tahun 2020, malahan melangkau ke tahun 2049. Namun
demikian dalam kajiannya yang bertajuk Population and Labour Force: Dynamics and
Policy in Singapore Shantakumar telah membuat jangkaan tenaga kerja di Singapura
berasaskan kepada pertumbuhan penduduk menunjukkan kenaikan tahunan tenaga kerja
di Singapura adalah 1.37%. Di samping itu perancangan tenaga kerja di Singapura juga
dibuat berasaskan kepada polisi kemasukan tenaga kerja berkemahiran serta kesesuaiannya
dengan keperluan ekonomi pada masa depan.
194

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan mengenal pasti jangkaan masa depan oleh pakar (dalam bidang
tertentu seperti pendidikan, perancangan ekonomi negara mahupun perancangan dan
pembangunan sumber manusia) ke atas keperluan tenaga kerja (bidang-bidang pekerjaan
yang akan diambil oleh rakyat Malaysia) pada masa depan. Secara khusus kajian ini cuba
meninjau keperluan tenaga kerja pada tahun 2020 serta membuat jangkaan persediaan
bagi memenuhi keperluan tenaga kerja tahun 2020.
METODOLOGI
Di dalam kajian ini pengkaji telah mengadakan temubual bagi mendapatkan pandangan
dari ahli yang dipilih dalam bidang masing-masing. Pakar yang dipilih terdiri daripada
mereka yang telah melibatkan diri dalam bidang masing-masing lebih daripada sepuluh
tahun iaitu terdiri daripada lima orang profesional yang berpengalaman lebih sepuluh
tahun. Setiap seorang dari pakar-pakar tersebut merupakan pakar-pakar pendidikan,
perniagaan, sumber manusia (Unit Sumber Manusia, Kerajaan Negeri), perancang ekonomi
negara (Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri) dan buruh (pegawai Tenaga
Rakyat). Kesemuanya mempunyai kelulusan sama ada ijazah pertama atau sarjana dalam
bidang masing-masing. Temubual telah dijalankan sebanyak dua kali dan setiap temubual
mengambil masa lebih daripada dua jam. Data di analisis dengan menggunakan analisis
tematik dan dilaporkan secara naratif.
Analisis Data
Berdasarkan temubual, 2 tema utama telah dikenal pasti seperti berikut:
(A)
Jangkaan Tenaga Kerja Pada Tahun 2020
(B)
Implikasi dan Cadangan Penambahbaikan Sistem Pendidikan
Jangkaan Tenaga Kerja Pada Tahun 2020
Hasilan temubual dengan responden, beberapa subtema bagi tema utama Jangkaan Tenaga
Kerja tahun 2020 telah dikenal pasti seperti berikut:
•
Bilangan Tenaga Kerja Tahun 2020
Ciri-ciri Pekerja Pada Tahun 2020
•
Faktor Mempengaruhi Keperluan Tenaga Kerja
•
Peranan Sistem Pendidikan dalam Membekalkan Tenaga Kerja 2020
Bilangan Tenaga Kerja 2020
Berdasarkan kepada temubual yang telah dibuat, didapati dua daripada responden iaitu
Responden A dan B telah mengatakan mereka tidak dapat memberi bilangan atau jumlah
tenaga kerja yang diperlukan oleh negara pada masa depan. Responden D pula

195
tidak menyatakan apa-apa tentang bilangan tenaga kerja pada masa depan. Manakala
Responden B telah membuat jangkaan berdasarkan kepada GDP dari 2 hingga 5 peratus
di mana responden B menyatakan:
kalau kita mengambil kira pembangunan di negara kita, kita dapati
bahawa menjelang tahun 2010 kita akan mempunyai 1.5 juta tenaga
kerja dan menjelang tahun 2020, di Sarawak akan terdapat 2.5 juta
tenaga kerja.
Namun demikian bilangan tenaga kerja yang diberikan oleh Responden berfokuskan
senario di negeri Sarawak.
Manakala Responden E tidak dapat membuat jangkaan terhadap keperluan tenaga
kerja masa depan. Ini adalah kerana Responden E mengatakan bahawa masa depan adalah
sesuatu yang kita tidak ketahui apa akan berlaku. Lebih-lebih dalam senario di negara
kita, di mana politik dan pemimpin memainkan peranan dalam menentukan arah ekonomi
dan pembangunan negara. Beliau menambah lagi, "Kalau kita hendak membuat jangkaan
kita mesti ada statistik yang mengandungi maklumat yang berkaitan sepuluh dan dua
puluh tahun yang lepas, setelah itu baru kita boleh membuat jangkaan tentang masa
depan".
Responden A telah menyatakan bahawa pada masa depan, Sektor Perkhidmatan
merupakan sektor utama dalam keperluan tenaga kerja pada tahun 2020, namun begitu
sektor pertanian dan pembuatan juga tidak dianaktirikan. Di samping itu Responden A
juga mengatakan bahawa golongan profesional dan juga teknikal amat diperlukan oleh
negara pada tahun 2020.
Bagi Responden B pula, pendapatnya sama dengan Responden A di mana golongan
profesional dan teknikal amat diperlukan negara pada masa depan sekiranya Malaysia
menjadi negara yang maju. Selain itu responden B juga telah mengatakan tentang
kewujudan SOHO {Small Office, Home Office) sebagai salah satu cara atau bentuk
menjalankan kerja dan ia juga menjangka perubahan peranan Setiausaha. Responden B
juga menyatakan bahawa ada kemungkinan pekerjaan sebagai Setiausaha tidak lagi wujud
kerana kemungkinan besar pada masa depan akan wujud teknologi yang membolehkan
computer memproses arahan melalui suara.
Responden C juga menyetujui pendapat di atas, dan tidak menyatakan pendapat
lain tentang keperluan tenaga kerja pada masa depan. Manakala Responden D pula
menyatakan bahawa di samping negara memerlukan pekerja yang berkemahiran untuk
memenuhi keperluan dalam bidang pembuatan dan perindustrian negara, K-Workers
(Pekerjaan Berasaskan Ilmu Pengetahuan) akan menjadi tunjang kepada ekonomi negara.
Namun begitu, golongan profesional juga memainkan peranan penting dalam menerajui
kemajuan negara pada masa depan.
Responden E pula berpendapat bahawa pendidikan agama perlu dijadikan asas
untuk membentuk tenaga kerja yang terbaik dalam apa jua bidang.
Jadual 1 memperlihatkan perbezaan jangkaan pakar terhadap bilangan tenaga kerja
tahun 2020.
196

Jadual 1
Perbezaan Pandangan Pakar terhadap Jangkaan Tenaga Kerja 2020
Responden
Frasa Kenyataan
A
•
•
•
•
•
Bilangan tidak dapat dinyatakan
Lebih kepada Sektor Perkhidmatan
Sektor pembuatan dan pertanian diberi perhatian
Memerlukan ramai golongan profesional dan teknikal
Kemunculan teknologi komputer yang boleh menerima
arahan
B
•
•
•
•
•
•
•
Berdasarkan kepada kepesatan negara membangun
Guna 5% GDP
Ada 2.5 juta pekerja pada 2020 di Sarawak
K-Workers
Peranan setiausaha mungkin berubah atau tidak ada lagi
Memerlukan ramai golongan teknikal dan profesional
Akan wujud SOHO (Small Office Home Office)
C
•
•
Tidak dapat nyatakan bilangan
Memerlukan ramai golongan teknikal dan profesional seperti
jurutera
D
•
•
•
•
Rujuk "The Way Forward"
Pekerja berkemahiran yang mempunyai kelayakan akademik
Tenaga kerja yang berpengetahuan
Pekerjaan berkemahiran dalam bidang lain diperlukan selain
sektor pembuatan
Akan wujud banyak pekerjaan baru
•
E
•
•
•
•
Tidak dapat buat jangkaan kerana kita tidak tahu apa akan
berlaku pada masa depan
Pemimpin dan politik tentukan arah ekonomi, politik dan
pembangunan negara
Kalau hendak buat jangkaan tenaga kerja mesti ada statistik 10
dan 20 tahun lepas
Walau apa pun jangkaan pendidikan agama sebagai asas untuk
melahirkan tenaga kerja yang terbaik dalam apa jua bidang.
Berdasarkan Jadual 1, secara umumnya, pada masa depan dijangka memihak kepada
golongan yang memiliki kemahiran dalam bidang teknikal dan juga golongan
profesional. Manakala seorang responden tidak dapat membuat jangkaan tentang masa
depan kerana masa depan adalah perkara yang kita tidak tahu apa akan terjadi.
Di samping itu akan wujud pekerjaan barn yang sesuai dengan perkembangan dan
keperluan tenaga pada masa depan dan juga suasana bekerja yang barn yang mungkin
lebih kondusif. Begitu juga, akan terdapat pekerjaan yang ada pada hari ini akan
terhapus atau berubah peranannya dengan kemunculan teknologi-teknologi yang baru.

197
Ciri-ciri Pekerja pada Tahun 2020
Berdasarkan rumusan data bagi subtema ciri-ciri pekerja yang diperlukan oleh negara
pada masa depan, Responden A telah mengatakan, "pekerja pada tahun 2020 hendaklah
mempunyai kelayakan dalam bidang tertentu. Seelok-eloknya mempunyai kemahiran
tertentu sama ada golongan profesional maupun teknikal." Begitu juga, Responden A
berpendapat pekeria pada masa depan mestilah berkemampuan untuk menggunakan
teknologi terkini yang diguna pakai pada masa tersebut untuk mengelakkannya dari
ketinggalan.
Responden B pula menyatakan pada masa depan pekerja yang diperlukan oleh
negara adalah pekerja yang bersedia untuk bersaing dalam dunia globalisasi, termasuklah
dari aspek bagaimana dan kepantasan mereka menyiapkan kerja, inovatif, serta bersedia
untuk mempelajari ilmi-ilmu yang baru. Di samping itu, Responden B juga menyatakan
bahawa penguasaan dalam bahasa Inggeris amat penting kerana menurut beliau, "Bahasa
Inggeris adalah bahasa yang digunakan dalam bidang Sains dan Teknologi, akan tetapi
tidak mengenepikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan".
Responden B juga menyetujui pendapat Responden A iaitu pekerja pada masa
depan hendaklah berkemampuan untuk menguasai teknologi maklumat.
Bagi subtema yang sama, Responden C pula menyatakan di samping mempunyai
ciri yang paling asas bagi setiap pekerja ialah bermoral, beretika dan berdisiplin, pekerja
mesti bersedia untuk bersaing dengan pekerja mahir bukan setakat pekerja dalam negeri
malahan juga pekerja dari luar negara. Ini adalah kerana menurut Rersponden C, "...
dalam dunia globalisasi kita terpaksa menerima saingan dari dalam dan luar negara. Ini
memerlukan pekerja menguasai pelbagai kemahiran". Responden C juga berpendapat
bahawa pekerja pada masa depan mesti mempunyai kelayakan dalam bidang pekerjaan
tetapi ia hanya melibatkan pekerja dalam sektor swasta sahaja atau sebahagian daripada
pekerjaan dalam bidang profesional sepertidoktorjuruteradankerja-kerjayangmelibatkan
kemahiran. Bagi sektor awam, Responden B menyatakan kadang-kadang pekerja yang
diambil mempunyai kelayakan yang tidak berkaitan dengan bidang tugas.
Sekali lagi Responden D, merujuk kepada buku The Way Forward, berpendapat
pekerja masa depan hendaklah bersedia untuk berubah mengikut keperluan kerja, berilmu
pengetahuan, berkeyakinan untuk mencapai kejayaan dan berdisiplin serta bersedia
untuk belajar dan menerima pengetahuan dan kemahiran yang baru. Apa yang paling
penting menurut Responden D ialah "willing to try new approaches and ideas". Bagi
Responden E pula, asas yang paling penting yang perlu ada pada pekerja ialah pendidikan
dan pegangan agama yang kukuh. Dari sini bermulanya, pekerja yang baik dalam apa
bidang sekalipun. Responden E berkata, "..jorang yang beragama will be a good asset
to the country". Bertitik tolak dari agama akan melahirkan pekerja yang berjaya yang
akan membantu negara kerana mereka memahami peranan dan tanggungjawab mereka
untuk membina ketamadunan dan kemajuan Islam dan negara. Selain dari itu, Responden
E juga menyatakan, "Secara umumnya pekerja masa depan mestilah mempunyai daya
tahan menghadapi cabaran dan berdisiplin, memiliki knowledge yang diperlukan serta
menguasai Sains dan teknologi seperti yang ditekan oleh Perdana Menteri kita."
Jadual 2 memperlihatkan perbezaan padangan pakar terhadap ciri-ciri pekerja
masa depan.
198

Jadual 2
Perbezaan Pandangan Pakar terhadap Ciri-ciri Pekerja Masa Depan
Responden
A
Frasa Kenyataan
•
•
•
B
•
•
•
•
•
C
•
•
•
Mempunyaikelayakansamaadadalambidangprofesionaldan
teknikal
Berkemampuan menggunakan teknologi maklumat terkini
seperti komputer
Mampu bersaing
Mesti ikut teknologi
Menguasai bahasa Inggeris dan juga bahasa ketiga mengikut
arah perdagangan
Pekerja berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif dan mudah
mempelajari "new knowledge"
Kepantasan menyiapkan tugas
Bersedia menghadapi persaingan
Akhlak dan etika sebagai perkara paling asas
Mampu bersaing sama ada di dalam negara atau di peringkat
antarabangsa
Mempunyai kepelbagaian kemahiran bagi sektor industri tetapi
bukan bidang profesional
D
•
•
•
•
•
•
Rujuk kepada "The Way Forward"
Pekerja yang bersedia untuk berubah mengikut keadaan kerja
Berpengetahuan
Berkeyakinan
Mahu mencuba pendekatan dan idea yang baru
Berdisiplin, berkemahiran dan bersedia untuk belajar mengenai
kemahiran yang baru
E
•
•
•
Berpendidikan dan mempunyai pegangan agama yang kukuh
Akan mewujudkan pekerja yang baik termasuk kepada negara
Memahami peranan dan tanggungjawab mereka untuk
membina ketamadunan dan kemajuan Islam dan negara
Mempunyai daya tahan menghadapi cabaran, berdisiplin,
memiliki pengetahuan yang diperlukan
Menguasai bidang Sains dan Teknologi
•
•
Berdasarkan kepada Jadual 2, didapati ciri-ciri pekerja yang diperlukan oleh negara pada
masa depan ialah akhlak dan disiplin yang menjadi tunjang utama. Selain itu kemahiran
dalam bidang sama ada profesional mahupun golongan teknikal adalah amat perlu.
Persediaan diri untuk bersaing dalam dunia globalisasi juga merupakan ciri penting bagi
pekerja-pekerja yang diperlukan negara pada masa depan.
Perubahan sikap dan minda terhadap sesuatu teknologi atau idea yang baru
amat penting bagi memastikan pekerja masa depan dapat menyesuaikan diri dengan
kelengkapan dan peralatan teknologi yang disediakan dalam menjalankan tugas atau
pekerjaan mereka.

199
Faktor yang Mempengaruhi Keperluan Tenaga Kerja
Jadual 3 memperlihatkan perbezaan pandangan pakar terhadap faktor-faktor yang
mempengaruhi tenaga kerja masa depan. Dalam analisis temubual bagi subtema Faktor
Mempengaruhi Keperluan Tenaga Kerja, Responden A menyatakan dasar yang diguna
pakai oleh kerajaan yang menentukan keperluan tenaga kerja. Sebagai contoh menurut
beliau, "Sekiranya kerajaan fokuskan kepada sistem pertanian, maka ramai tenaga kerja
akan diperlukan dalam bidang tersebut."
Responden B juga menyatakan sistem yang diguna pakai oleh kerajaan yang
banyak mempengaruhi keperluan tenaga kerja. Di samping itu, faktor ekonomi juga amat
mempengaruhi keperluan ini.
Bagi Responden C pula, faktor globalisasi merupakan faktor utama keperluan
tenaga kerja. Di samping itu Responden C mengatakan, "Pembangunan fizikal yang
berlaku dalam negarajuga memberi sumbangan kepada keperluan tenaga kerja."
Menurut Responden C lagi, "Bila berlaku pembangunan yang baru, kita
memerlukan teknologi yang baru,pengetahuan yang baru dan kepakaran yang baru".
Responden D pula hanya mengatakan penggunaan teknologi dan cara-cara
pengurusan baru banyak mempengaruhi keperluan tenaga kerja. Manakala Responden E
pula berkata, "Apajua yang berlaku dalam negara banyak dipengaruhi oleh politik serta
dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh negara dan pemimpinnya".
Di samping itu Responden E tidak menolak perubahan yang berlaku di dunia
secara global juga menyumbang kepada keperluan tenaga kerja.
JdUUdl
Perbezaan Pandangan Pakar Terhadap Faktor Mempengaruhi Keperluan Tenaga Kerja
Responden
Frasa Kenyataan
A
•
•
Dasar kerajaan
Contoh, kalau kerajaan tumpukan bidang pertanian, ramai
yang akan pergi ke bidang tersebut
B
•
•
Ekonomi
Sistem yang diguna pakai oleh kerajaan
C
•
•
Faktor globalisasi
Pembangunan fizikal negara
D
•
•
Teknologi
Cara pengurusan yang baru
Politik
Apa yang berlaku dalam negara dan dasarnya ditentukan
oleh pemimpin
Perubahan dunia secara global
200

Berdasarkan kepada analisis subtema di atas, faktor utama yang mempengaruhi keperluan
tenaga kerja adalah sistem atau dasar yang diguna pakai oleh kerajaan. Di samping itu
faktor ekonomi dan juga perubahan yang berlaku di dunia luar juga menyumbang kepada
keperluan itu.
Peranan Sistem Pendidikan terhadap Penyediaan Tenaga Kerja 2020
Subtema yang kelima berdasarkan analisis temubual ialah Peranan Sistem Pendidikan
Terhadap Penyediaan Tenaga Kerj a 2020. Responden A meny atakan pendidikan merupakan
asas kepada pembelajaran. Menurut beliau peranan pendidikan dalam penyediaan tenaga
kerja, "... bergantung kepada sejauh mana pendidikan diterima, selepas itu peranan ini
akan disambut oleh institusi lain." Tambahan lagi, Responden A berkata, "Pendidikan
sebenarnya memberi pendedahan kepada pelajar tentang pendidikan asas seperti Sains
dan Matematik kepada pelajar." Kesimpulannya, untuk memastikan kejayaan, para
pelajar perlu mendapat pendidikan secara berterusan, dari peringkat sijil sehinggalah
ke peringkat yang tertinggi. Manakala Responden B berpendapat sistem pendidikan
merupakan langkah pertama kepada pekerjaan dan menyarankan, "Pendidikan perlu
mempunyai elemen-elemen yang membolehkan kita menghasilkan tenaga kerja yang
berkemahiran, inovatifdan berdisiplin."
Responden C pula melihat sistem pendidikan sebagai satu cara untuk mendedahkan
pelajar kepada perkara asas sahaja. Beliau menganggap sistem pendidikan sebagai satu
agen untuk membentuk sahsiah pelajar dan "Pendidikan kita lebih kepada membentuk
tenaga kerja profesional sahaja bukannya teknikal." Menurut beliau tenaga kerja teknikal
lebih banyak dihasilkan oleh institusi-institusi lain yang melatih pelajar selepas PMR,
SPM atau peringkat yang lebih tinggi. Manakala Responden D pula berpendapat peranan
pendidikan amat kritikal bagi menyediakan tenaga kerja kerana, "... tanpa pendidikan
dan latihan yang relevan, tidak akan melahirkan sebarang tenaga kerja yang sesuai."
Namun begitu, Responden D menyatakan pendidikan hanya sebahagian daripada proses
penyediaan tenaga kerja; ia mesti dipenuhi dengan latihan pelbagai kemahiran yang
dijalankan oleh institusi-institusi yang bertanggungjawab dari semasa ke semasa. Bagi
Responden E pula, pendidikan "adalah alat untuk mendidik pelajar. Bukan setakat
mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik semata-mata, tetapi juga melibatkan
akhlak dan didikan agama." Beliau juga berpendapat, dalam senario di Malaysia,
kadang-kadang pendidikan tidak diambil kira, kerana terdapat unsur "Know Who bukan
Know How" dalam pengambilan tenaga kerja. Menurut Responden E, pegangan agama
yang kukuh hasil dari penekanan pendidikan agama akan dapat mengelakkan situasi
begini terus berlaku. Di samping itu, beliau menegaskan, penekanan yang serius dalam
pendidikan agama, bukan setakat sebagai satu mata pelajaran, dapat memainkan peranan
penting untuk melahirkan tenaga kerja profesional yang amat diperlukan negara.
Jadual 4 memperlihatkan perbezaan pandangan pakar terhadap peranan sistem
pendidikan dalam menyediakan tenaga kerja masa depan.

201
Jadual 4
Perbezaan Pandangan Pakar terhadap Rumusan Terhadap Peranan Sistem Pendidikan
dalam Penyediaan Tenaga Kerja
Responden
Frasa Kenyataan
A
•
•
•
•
•
•
Pendidikan sebagi asas
Bergantung sejauh mana pendidikan diterima
Selepas alam persekolahan, peranan diambil alih oleh institusi lain
Pendedahan kepada mata pelajaran yang asas
Menerapkan minat dalam bidang tertentu
Untuk mencapai kejayaan, pendidikan hendaklah dilakukan secara
berterasan sehingga peringkat tinggi
B
•
•
Langkah pertama kepada pekerjaan
Pendidikan perlu ada elemen-elemen bagi menghasilkan tenaga kerja
berkemahiran, inovatif dan berdisiplin
Pendidikan memberi pendedahan tentang apa yang ingin dilakukan
pasa masa depan
•
C
•
•
•
•
Mendedahkan tentang perkara asas kepada pelajar
Memberntuk sahsiah pelajar
Lebih kepada pembentukan tenaga kerja profesional
Tenaga kerja teknikal dihasilkan oleh institusi lain mengikut
pendidikan yang diperolehi
D
•
•
•
Peranan yang kritikal menyediakan tenaga kerja
rerlu ada pendidikan dan laiihan yaiif TeTfiVIn
Pendidikan hanya sebahagian daripada proses penyediaan tenaga
kerja dan ia mesti dipenuhi dengan latihan berbagai kemahiran
E
•
Alat untuk mendidik pelajar dari segi kecemerlangan akademik dan
akhlak
Di Malaysia unsur "Know Who bukan Know How" menyebabkan
terkadang pendidikan tidak diambil kira untuk memperolehi
pekerjaan
Perlunya pendidikan agama ditekankan dalam Sistem Pendidikan
•
•
Berdasarkan Jadual 4, pendidikan memainkan peranan sebagai agen untuk mendedahkan
kepada pelajar tentang perkara-perkara asas dalam kehidupan dan juga pembentukan
sahsiah pelajar. Melalui pendidikan juga pelajar mendapat pendedahan terhadap apa yang
mereka minat dan apa yang mereka ingin lakukan pada masa depan.
Walaupun terdapat sesetengah golongan yang mengamalkan sikap "Know Who
bukan Know How" dalam memperoleh pekerjaan, namun pendidikan merupakan satu
daripada proses untuk menghasilkan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara.
202

Hasil analisis temubual tema utama yang kedua ialah Implikasi dan Cadangan
Penambahbaikan Sistem Pendidikan. Analisis bagi tema utama ini dikategorikan pula
kepada dua subtema iaitu:
(A) Implikasi Sistem Pendidikan Yang Tidak Memenuhi Keperluan Tenaga Kerja
Negara
(B) Cadangan untuk Menambahbaikkan Sistem Pendidikan
Implikasi Sistem Pendidikan yang Tidak Memenuhi Keperluan Tenaga Kerja
Negara
Hasilan analisis bagi subtema ini menunjukkan Responden A menekankan kesan yang
paling jelas dari sistem pendidikan yang tidak dapat memenuhi keperluan negara ialah
kekurangan tenaga kerja. Sepertimana yang dijelaskan oleh Responden A, "Tenaga kerja
yang dimaksudkan di sini ialah yang berkemahiran ". Rentetan dari sini akan menyebabkan
negara terpaksa membawa masuk pekerja asing yang berkemahiran. Tambah beliau,"...
in return effect, dari import worker akan menyebabkan wang kita mengalir keluar dan ini
akan merugikan Negara". Walau bagaimanapun, Responden A melihat satu aspek positif
dari kemasukan tenaga kerja mahir dari luar negara ini iaitu pertukaran teknologi yang
akan menguntungkan negara.
Manakala Responden B telah menyenaraikan secara ringkas tentang implikasi yang
akan dihadapi dari sistem pendidikan yang tidak menepati keperluan tenaga kerja negara
iaitu:
1. Pembangunan negara yang lambat
2. Kualiti tenaga kerja akan merosot
3. Wawasan negara tidak akan tercapai; kalau tercapai pun akan lambat
4. Kekurangan tenaga kerja sebab sumber tenaga kerja adalah dari sekolah. Ini
adalah kerana untuk menjadi negara maju, negara mesti mempunyai tenaga
kerja profesional dan teknikal dalam jumlah yang besar.
Responden C pula menyatakan peningkatan pengangguran akan berlaku di mana
beliau menyatakan, "... it has a change effect". Pandangan beliau dapatlah dirumuskan
bahawa kesan sampingan daripada peningkatan kadar pengangguran ini ialah dalam
aspek ekonomi dan kestabilan negara. Di samping itu ia juga akan menjadi faktor kepada
peningkatan masalah sosial.
Responden D hanya menyatakakan tidak akan timbul persoalan sekiranya makna
pendidikan difahami secara tepat. Manakala Responden E pula menyatakan bahawa ia
merupakan satu spekulasi yang hanya boleh kita jangkakan apabila kita mengetahui apa
kehendak pemimpin pada masa tersebut. Responden E berkata, "No matter how beautiful
your plan, the geo-political society perlu diambilkira". Namun yang jelas sekali menurut
beliau ialah, penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman akan terus ketinggalan
dari arus perdana memandangkan kemudahan yang terhad bagi mendapatkan maklumat
tentang sesuatu perkara.

203
Jadual 5 memperlihatkan perbezaan pandangan pakar terhadap implikasi kepada
sistem pendidikan yang tidak dapat memenuhi keperluan tenaga kerja masa kini.
Jadual 5
Perbezaan Pandangan Pakar terhadap Rumusan Implikasi Sistem Pendidikan yang Tidak
Memenuhi Keperluan Tenaga Kerja
Responden
Frasa Kenyataan
A
•
•
•
•
Kekurangan tenaga kerja berkemahiran
Kemasukan tenaga kerja berkemahiran
Pengaliran wang negara keluar
Faedahnya ialah pertukaran teknologi dan kemahiran
B
•
•
•
•
•
Pembangunan tergendala
Kualiti tenaga kerja menurun
Wawasan negara lambat tercapai
Kekurangan tenaga kerja berkemahiran
Untuk jadi negara maju memerlukan ramai tenaga kerja teknikal dan
profesional
C
•
•
Pengangguran yang meningkat
Kesan sampingan dari aspek:
1. Ekonomi
2. Kestabilan Negara
3. Sosial
D
•
Tidak timbul jika makna pendidikan difahami secara tepat
E
•
•
•
la adalah spekulasi
Kita mesti mengetahui keadaan dalam negara
Mengetahui keadaan "geo-political society" sebelum membuat
jangkaan
Penduduk pedalaman akan terus ketinggalan
•
Berdasarkan kepada Jadual 5, didapati kekurangan tenaga kerja merupakan implikasi
yang paling jelas akibat daripada perjalanan sistem pendidikan yang tidak seiring dengan
keperluan negara. Bertitik tolak dari masalah inilah yang akan membawa masalah yang
lebih teruk lagi dari segi ekonomi, kestabilan negara dan juga sosial.
Cadangan untuk Menambahbaikkan Sistem Pendidikan
Responden A telah mencadangkan agar dalam sistem pendidikan kita perlu melihat
kepada pendidikan asas. Responden A telah mengatakan, "sebab banyak berlaku drop
out. Ini adalah kerana kita puny a infrastruktur belum bagus di luar bandar". Responden
A telah menekankan di samping kita mengambil berat tentang pendidikan tinggi, sistem
pendidikan perlu juga melihat kepada golongan yang tidak berkemampuan iaitu golongan
yang tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka. Beliau juga berkatabahawa,"... walaupun
orang kata, masa ni dah ramai yang literate, tetapi 'there are some people who might
204

be..literate in the minimum sense' sahaja, sekadar pandai membaca, sekadar pandai
menulis tetapi kemahiran lebih dari itu".
Respondent A mencadangkan sedemikian kerana sekiranya golongan ini diabaikan
ia akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara. Tambahan lagi, beliau juga
mencadangkan agar kerajaan memperbanyakkan sekolah-sekolah teknik bagi memenuhi
keperluan negara yang kekurangan pekerja berkemahiran.
Bagi Responden B pula cadangan beliau terhadap sistem pendidikan di negara
kita disenaraikan seperti berikut:
a) Sistem pendidikan kita jangan terlalu rigid. Dari semasa ke semasa ia
perlukan perubahan yang menjadikan ia peka dengan dunia yang bakal
dihadapi oleh pelajar pada masa depan. Macam sekarang ramai siswazah
yang menganggur, mesti ada "something wrong" dalam sistem pendidikan
kita.
b) Sistem pendidikan kita perlu dinamik, bergerak sejajar dengan apa yang
berlaku di dunia, kita boleh mengkaji sistem yang diguna pakai oleh negara
luar dan cuba disesuaikan dengan nilai dan budaya masyarakat kita. Kita
boleh mendapatkan expertise dalam bidang pendidikan dari negara maju
dan berusaha mencari elemen yang ada dalam sistem pendidikan negara
maju dapat menghasilkan pelajar yang proaktif, "enterprising", inovatifdan
berdaya saing.
c) Kita mempunyai sukatan atau syllabus yang baik, sesuai dengan apa yang
dikehendaki, topi kita mungkin perlu memperbaiki kelemahan perisiannya,
seperti penyampaian kepada pelajar dan dari aspek penilaian. Kita perlu
fikirkan adakah penilaian yang kita buat sesuai atau tidak, sebab sekarang ni
kita menekankan peperiksaan diakhirnya.
d) Mengubah sikap dan cara pemikiran pelbagai pihak yang terlibat dengan
pendidikan mesti berubah sejajar dengan perubahan.
e) Saiz kelas perlu dikecilkan. Kelas kita di Malaysia ni terlalu besar. Apa
salahnya kita membuat investment yang lebih banyak untuk pendidikan
dengan tujuan untuk menyediakan fizikal sekolah yang kondusif. Bila kita
merujuk kajian yang dibuat oleh United Nations pun, kebanyakan negara
maju membuat investment yang paling banyak untuk education berbanding
dengan bidang yang lain.
f) Memperbanyakkan kaunselor di sekolah juga penting. Bagi membantu pelajar
bukan setakat pelajar yang bermasalah disiplin malahan juga membantu
pelajar untuk melihat apa mereka nak lakukan di masa depan.
g) Disiplin perlu dititik berat. Ini adalah kerana pelajar yang tidak berdisiplin
akan masuk dalam pasaran kerja masa depan akan terjejas pembangunan
kualiti pekerja itu sendiri. Ia juga akan mendatangkan kerugian kepada
negara.
Manakala Responden C pula menyatakan kita sudah mempunyai satu sistem yang baik
dan menurut beliau, "I don't think we have to do another thing to our system". Namun
begitu, Responden C mencadangkan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja
dalam bidang kritikal, pengambilan calon dalam bidang berkenaan hendaklah ditambah.
Beliau juga meneadangkan supaya ada institusi lain yang menampung kekurangan ini.

205
Begitu juga, perlu wujud satu jaringan kerjasama antara Institusi Latihan Kemahiran
dengan sektor pendidikan secara menyeluruh.
Manakala Responden D pula telah mengutarakan pendapatnya iaitu, "Setakat
padapendidikan am tidakperlu diubah". Namun begitu, responden D telah menekankan
agar kepelbagaian pilihan kepada pelajar diwujudkan dalam bidang kemahiran pada
peringkat persekolahan dan pendidikan tinggi. Beliau juga menekankan tentang sikap,
disiplin, kesungguhan dan iradat pada sempadan penemuan, pembaharuan dan ciptaan
yang mutakhir.
Responden E pula berkata, "Sebarang perubahan yang dilakukan dalam sistem
pendidikan haruslah dilakukan kajian yang mendalam sebelum berlakunya perubahan".
Di samping itu Responden E juga mencadangkan sistem pendidikan kita agar memberi
penekanan kepada pelbagai sektor seperti pertanian, teknologi dan sebagainya. Beliau
juga mencadangkan agar sistem pendidikan kita memberi penekanan kepada usaha untuk
menghasilkan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara. Ini dapat dilihat melalui katakata beliau, "... yang penting, kita mesti produce manusia dari aspek knowledge, not
only in Malaysia, but can be in the international level". Selain daripada itu Responden
E mencadangkan agar pendidikan agama yang betul diterapkan ke dalam pelajar secara
total dalam sistem pendidikan kita.
Jadual 6 memperlihatkan perbezaan pandangan terhadap Cadangan
Penambahbaikan Sistem Pendidikan.
Jadual 6
Perbezaan Pandangan terhadagjCadangan Penambahbaikan Sistem Pendidikan
Responden
A
Frasa Kenyataan
•
•
•
•
B
•
•
•
•
•
•
•
•
Kembali kepada pendidikan asas
Atasi keciciran pelajar di kawasan luar bandar atau pedalaman
Bukan sekadar boleh membaca, menulis dan mengira tetapi kemahiran
teknikal juga
Tidak hanya fokus kepada golongan yang pandai sahaja tetapi juga
golongan yang tidak berkemampuan
Sistem pendidikan tidak terlalu rigid
Menganalisa sistem yang diguna pakai oleh negara maju
Memperbaiki dari segi software atau penyampaian bahan
Memperbaiki sistem dan cara penilaian
Mengecilkan saiz kelas dan membuat lebih pelaburan dalam bidang
pendidikan
Memperbanyakkan kaunselor
Ubah cara berfikir
Titikberatkan soal disiplin
206

Tidak ada cadangan kerana mempunyai sistem pendidikan yang
sudah baik
Menambah bilangan calon dalam bidang yang kekurangan tenaga
kerja
Kerjsama antara sistem pendidikan dan institusi latihan kemahiran
Pendidikan am tidak perlu diubah
Mempelbagaikan pilihan pelajar pada peringkat kemahiran dan
pendidikan tinggi
Latihan mencakupi segala ilmu pengetahuan dan kemahiran serta
orientasi sikap, disiplin, kesungguhan dan iradat pada penemuan,
pembaharuan dan ciptaan yang mutakhir
Sebarang perubahan perlu melalui kajian yang menyeluruh
Penekanan kepada semua bidang seperti pertanian, teknologi, dan
Iain-lain
Melahirkan manusia yang berpengetahuan yang boleh bersaing di
peringkat dalam negara mahupun antarabangsa
Berdasarkan Jadual 6 secara umumnya, kita sudah mempunyai satu sistem yang baik.
Namun demikian masih terdapat beberapa ruang yang boleh dibaiki dari peringkat
pendidikan yang paling asas hingga ke peringkat tinggi. Ini adalah penting bagi memastikan
apabila negara mencapai taraf negara maju, kita tidak lagi terlalu mengharapkan kepada
tenaga kerja berkemahiran dari luar bagi meneruskan kemajuan yang telah diasaskan oleh
pemimpin pada masa kini.
IMPLIKASI DAN CADANGAN
Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa dalam pendidikan yang dilaksanakan
di negara kita, pelajar tidak diberi pendedahan secara langsung terhadap apa yang bakal
dihadapi pada masa depan, di mana ia memberi kesan kepada kualiti pekerja apabila
kumpulan pelajar ini bekerja. Bagi mengatasi masalah ini, pelajar kita perlu diberi peluang
untuk melihat sendiri lapangan atau bidang tugas sesuatu pekerjaan yang berkaitan
dengan apa yang mereka pelajari sejak dari awal lagi, sebagai contoh melalui kajian yang
dilakukan di sektor-sektor yang berkaitan.
Penekanan yang lebih terhadap pencapaian akademik bagi pelajar akan mewujudkan
masalah disiplin. Senario ini memberi implikasi yang negatif terhadap pembentukan
tenaga kerja negara yang mempunyai disiplin dan memenuhi ciri-ciri penting pada masa
depan. Oleh itu, penekanan kepada soal disiplin dan akhlak amat perlu diberi perhatian.
Tanggungjawab ini bukan terletak di bahu pihak sekolah mahupun ibu bapa sahaja
tetapi juga semua pihak yang terlibat agar sama-sama menggembelingkan tenaga bagi
memulihkan masalah ini.
Merujuk kepada enrolmen pelajar kita pada hari ini, kita dapati keadaan berat
sebelah wujud antara pelajar aliran sastera dengan sains dan teknikal. Seandainya keadaan
ini berterusan ia akan merugikan negara dari segi tenaga kerja yang berkemahiran. Oleh
kerana itu, bidang pendidikan perlu mencari jalan bagi meningkat bilangan pelajar dalam
Jwnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya
207
bidang teknikal dan sains melalui pembinaan lebih banyak lagi sekolah-sekolah teknik
yang lengkap dengan keperluan dan peralatan yang boleh memantapkan bakat dan
kemahiran pelajar secara maksimum.
Bidang teknikal dan kemahiran amat diperlukan negara menjelang tahun 2020,
malangnya sistem pendidikan tidak dapat menyediakan latihan teknikal dan mengenal
pasti kemahiran yang betul-betul diperlukan oleh sektor pekerjaan khasnya sektor
swasta. Kerjasama antara sektor swasta dengan institusi-institusi pendidikan amat
perlu diperkukuhkan bagi memastikan kemahiran yang diberikan kepada pelajar adalah
sejajar dengan kehendak industri pekerjaan sama ada dalam bentuk latihan mahupun
kajian terhadap bentuk kemahiran yang perlu dimiliki oleh tenaga kerja. Ini adalah
untuk mengelakkan pembaziran dalam memberi latihan kemahiran yang tidak sesuai
dengan kehendak pekerjaan yang diperlukan oleh industri pembuatan mahupun sektor
perkhidmatan.
Pada masa depan, penggunaan teknologi komputer dalam perhubungan dan
komunikasi di dalam pelbagai sektor di negara ini akan meningkat. Namun demikian,
kita masih lagi kekurangan pakar-pakar dalam bidang tersebut contohnya, pakar dalam
kejuruteraan perisian. Bagi mengelakkan penggantungan berterusan kepada perisianperisian dan pakar dari luar negara, sektor pendidikan dan institusi-institusi latihan
Vokasional dan Kemahiran di negara juga perlu memberi penekanan kepada bidang kritikal
seperti ini. Ini akan membolehkan kita berdikari dalam membangun dan memajukan
negara kita tanpa banyak campur tangan dari pihak luar.
KESIMPULAN
Kajian ini berfokus kepada kemahiran yang diperlukan oleh tenaga kerja negara pada
tahun 2020. la bertujuan untuk mengenal pasti bentuk kemahiran yang diperlukan pada
tahun 2020 supaya kurikulum kita akan menjurus kepada penyediaan tenaga kerja yang
berkemahiran yang bertepatan dengan keperluan negara. Kajian ini perlu sebagai satu
cara untuk mengenal pasti kurikulum yang disediakan sejajar dengan kehendak tenaga
kerja pada tahun 2020 nanti. Daripada dapatan kajian yang diperoleh, adalah menjadi
tanggungjawab kita untuk memastikan setiap langkah yang kita ambil hari ini tidak akan
merugikan negara pada masa depan. Kurikulum dan sistem pendidikan amat penting
peranannya kerana tenaga kerja negara pada tahun 2020 adalah anak-anak kecil yang
berumur tujuh tahun pada masa kini yang akan meneruskan agenda negara sebagai negara
maju pada tahun 2020.
Kajian ini merupakan satu kajian bersifat terlalu umum dan terlalu kecil berbanding
dengan kajian yang dibuat oleh pihak lain seperti Unit Perancangan Ekonomi d