ASCETICISME DALAM HINDUISME di (1)

ASCETICISME DALAM HINDUISME

Mohd Haidhar Kamarzaman
Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 43600 Bandar Baru Bangi. Tel: 013-2001920. E-mail:
mohd_haidhar@yahoo.com

PENDAHULUAN

Pada masa sekarang ini, amalan asceticism merupakan satu amalan yang biasa dilakukan
dalam semua jenis agama. Sekilas pandang, ianya hampir sama dalam semua aspek yang
ditekankan dalam setiap agama. Tetapi sebenarnya, hakikat asceticism ini adalah ianya
mempunyai perbezaan nilai yang tersendiri mengikut agama tersebut. Asceticism dalam
peringkat asasnya adalah satu kesedaran yang wujud dalam manusia untuk menolak segala
bentuk alam fizikal melalui penafian terhadap kehendak diri manusia untuk mencapai atau
meningkatkan semangat dalaman (spirituality). Bagi kebanyakan agama pula asceticism
merupakan mekanisma bagi seorang penganut agama untuk mencapai Tuhan atau Sesuatu
Yang Mutlak (Absolute Thing, Enlightment, Holiness, atau apa-apa sahaja istilah). Ada
sebahagian dari golongan yang mengamalkan asceticism dalam bentuk hanya sekadar
menafikan kehendak jasmani dengan bentuk-bentuk ritual dan penafian terhadap makanan,
minuman, pakaian dan lain-lain. Akan tetapi ada juga sebahagian kelompok yang

mengamalkan asceticism dalam bentuk yang lebih ekstrim iaitu dengan menyiksa serta
melakukan pengorbanan terhadap jasad mereka (Salamone, Frank A. (ed.) 2004: 35).

Kalimah asceticism adalah berasal dari perkataan Greek askēsis yang membawa
maksud Exercise, Training, Practice. Golongan atlit pada zaman Greek contohnya,
menyesuaikan diri mereka dalam satu bentuk latihan yang benar-benar sistematik untuk
mencapai matlamat yang diingininya atau untuk mencapai kekuatan fizikal. Akan tetapi ianya
ada sedikit perbezaan jika di aplikasikan perkataan ini dalam aspek falsafah, spiritual, dan
etika. Ianya bukan lagi hanya tertumpu dalam bentuk latihan jasmani sahaja, tetapi lebih
menjurus kepada rohani juga. Kehendak, keinginan, jiwa, minda dan sebagainya juga akan
memainkan peranan dalam usaha untuk mencapai matlamat yang telah digariskan (Eliade M.
(ed.) 1987: 441).

Asceticism juga membawa maksud penafian kehendak nafsu, penyiksaan terhadap
jasad, penghijrahan, diet yang khusus dan lain-lain. Dari sudut istilah pula ianya adalah satu
bentuk ritual dalam usaha mendaki untuk mencapai sesuatu yang transcendence dan juga
proses mengeluarkan diri dari hidup bermasyarakat melalui pengawalan jasmani yang
sistematik, dan spiritual, dengan tujuan untuk mencapai matlamat yang tertinggi dalam dunia
yang lain.
Mengenai asal-usul asceticism pula, asceticism mula ditemui di amalkan oleh

masyarakat primitif. Kebanyakan bentuk asceticism seperti menahan lapar, menahan
keinginan seks, pengasingan diri dan lain-lain sudah mula diamalkan sejak zaman primitif
lagi. Tujuan dilakukan bentuk-bentuk asceticism ini adalah untuk menghalang atau
mengeluarkan pengaruh kuasa jahat yang datang dalam masyarakat mereka.

Sebagai

contohnya, dalam kepercayaan masyarakat primitif, kuasa jahat boleh masuk ke dalam jasad
seseorang manusia ketika mereka makan, oleh itu untuk mengelakkan perkara tersebut
berlaku, seseorang menahan kelaparan dalam satu-satu tempoh atau mereka menahan diri dari
jenis-jenis makanan yang tertentu bagi mengurangkan cara kemasukan roh jahat tersebut.
Dikalangan masyarakat Amerika-India pula, mereka juga mengamalkan asceticism seperti
contohnya ada amalan tertentu yang mereka lakukan ketika sampai waktu baligh seseorang
dalam masyarakatnya. Ini adalah bagi membangkitkan atau meningkatkan ilham ketika tidur,
atau mencipta bayangan (vision) semangat penjaga kepada kanak-kanak yang baru baligh
tersebut. Sungguhpun begitu masih ada lagi pertikaian mengenai asal-usul asceticism di
zaman primitif sama ada ianya dikategorikan sebagai satu aspek asceticism atau pun tidak
(Eliade M. (ed.) 1987: 441).

Antara tujuan sebenar untuk asceticism ini, iaitu dengan cara meninggalkan rumah dan

hidup bersendirian, tidak berkahwin, menyeksa diri, dan lain-lain adalah bergantung kepada
ajaran sesuatu agama. Asceticism dalam Kristian bertujuan untuk meniru gaya hidup yang
diamalkan oleh Jesus sepanjang hidupnya. Asceticism dalam Hindu pula bertujuan untuk
mencapai matlamat spiritual iaitu membebaskan diri dari proses kelahiran semula. Kesemua
tujuan ini adalah berasaskan dari ajaran-ajaran yang telah digariskan dalam agama masingmasing dan bentuk-bentuk ritualnya juga berasaskan kepada ajaran masing-masing (Axel
Michaels & Barbara Harshav 2004: 315).

BENTUK-BENTUK ASAS ASCETICISM SECARA UMUM

Bentuk-bentuk asas asceticism yang secara umumnya wujud dalam setiap agama ada
beberapa perkara. Tetapi dalam setiap agama ianya mempunyai juga beberapa bentuk amalan
asceticism yang berbeza. Contohnya seperti Hindu mereka mengamalkan asceticism dalam
perayaan Thaipusam seperti menarik Kavadi (sejenis tempayan besar yang diisi sesuatu)
menggunakan dawai yang telah dicucuk pada hidung. Manakala dalam Buddha pula adalah
dengan bentuk yang mempunyai ciri khusus terhadap amalan asceticism dalam satu-satu
agama. Perkara yang paling asas dalam bentuk ritual asceticism yang boleh dikatakan wujud
dalam semua agama (yang mempunyai unsur Mistik) adalah pertamanya natural asceticism
dan yang keduanya spiritual asceticism. Bagi mereka yang mengamalkan ritual natural
asceticism ini, mereka hanya ingin meningkatkan kemampuan mental dan fizikal mereka
dengan tujuan yang tertentu dan bersifat peribadi. Sebagai contohnya Pythagoras iaitu seorang

ahli falsafah Greek berusaha untuk membebaskan diri mereka dari emosi dan kehendak.
Walaubagaimanapun usaha ini adalah lebih kecenderungannya menuju kepada pemikiran
falsafah dan bukannya menjurus kepada bentuk ritual yang cenderung kepada keagamaan.
Spiritual asceticism pula mempunyai perbezaan. Sebagai contohnya dalam agama Kristian,
kitab Bible memberikan contoh tentang Rechabites, satu kumpulan yahudi kuno yang
mengamalkan asceticism dengan cara bersumpah untuk berhenti dari pengambilan arak.
Dalam Buddha pula Siddharta Gautama mengamalkan Spiritual asceticism dalam bentuk
yang ekstrim sedikit, tetapi beliau mendukung metodologi jalan pertengahan untuk
meningkatkan keseimbangan dan keharmonian, sebagai contohnya beliau tidak makan dan
tidak minum serta menyeksa jasadnya dengan beberapa bentuk asceticism yang lain. Setelah
beliau mendapat pencahayaan beliau membentuk satu komuniti monastic yang yang dikenali
dengan nama Sangha. Banyak lagi contoh yang lain tentang dua bentuk asceticism ini seperti
mana yang diamalkan agama Buddha, Islam, Hindu dan lain-lain (Salamone, Frank A. (ed.)
2004: 35), antaranya:

1.

Menahan Lapar

Antara perkara yang biasa dalam bentuk-bentuk asceticism yang wujud adalah menanggung

keperitan menahan kelaparan (Fasting). Menahan lapar ini ditemui hampir dalam kesemua
agama yang mengamalkan asceticism dalam bentuk ini. Ianya termasuk menahan lapar,
dahaga, dan menafikan kemahuan diri (self-denial). Dalam sesetengah kes, maksud Fasting
yang hendak dibicarakan adalah mengelakkan diri dari makan dan minum, kekayaan dan
pengambilan alkohol atau arak. Sebagai contohnya Roman-Katolik menahan makan dalam

tempoh 40 hari dan tempoh ini dikenali sebagai Lent (pinjaman), dan amalan ini dilakukan
setiap tahun. Ianya melibatkan pengharaman terhadap makanan (sebahagian jenis makanan).
Dalam kebanyakan agama bentuk-bentuk ritual biasanya melibatkan pengharaman terhadap
makanan sepertimana yang dijelaskan di atas. Dalam bentuk ritual pula menahan lapar ini
pada asalnya adalah berbentuk yang membawa makna aktiviti keagamaan, akan tetapi dalam
dunia sekarang ianya sudah ditafsirkan dalam sekop yang luas yang membawa makna social
protest (Salamone, Frank A. (ed.) 2004: 37).

2.

Penafian Terhadap Seksualiti

Satu bentuk lain lagi yang biasa diamalkan dalam ritual asceticism adalah penafian terhadap
kehendak seks (celibacy). Ianya bergantung pada satu-satu agama, sebahagiannya menyuruh

hidup secara bersendirian ini dalam satu-satu tempoh yang lama dan ada sebahagiannya
dalam satu-satu tempoh yang sementara sahaja. Sebagai contohnya dalam agama hindu dan
Buddha, untuk mencapai salvation atau Union mereka mesti mengawal diri dari keinginan
melakukan seks dan dalam Hindu pula mereka diarahkan untuk tinggal dalam hutan seorang
diri tanpa teman. Sebaliknya sebahagian agama menggalakkan hanya dalam satu tempoh
tertentu. Dalam kepercayaan Hindu penafian terhadap seks ini adalah untuk memindahkan
tenaga seks ini kepada tenaga spiritual dan kerana itu mereka yang sedang dalam proses
menuntut ilmu agama mesti manefikan diri dari melakukan seks. Dalam sesetengah keadaan
pula, usaha untuk berada dalam situasi penafian seks ini boleh mencapai satu tahap yang lebih
ekstrim. Contohnya seorang ketua Kristian pernah memandulkan dirinya untuk memastikan
dirinya tidak mempunyai keinginan lagi untuk melakukan seks. Sebelum ini perlakuan
memandulkan diri dalam memastikan tiada keinginan seks dilakukan secara meluas
dikalangan pengikut pada abad ke 3 masehi. Tetapi pada abad-abad yang terkemudian, ianya
adalah satu perbuatan yang ditolak oleh golongan Kristian (Salamone, Frank A. (ed.) 2004:
37).

3.

Penyiksaan Diri (Self-Mutilation)


Pelakuan memandulkan diri seperti yang dijelaskan diatas juga boleh dikategorikan dalam
asceticism bentuk ini. Bagi gereja kristian pada abad pertengahan pula, sesetengah bentuk
asceticism yang diamalkan ialah dengan penyiksaan terhadap diri, dan dari bentuk asceticism
yang dilakukan ini lahir berbagai-bagai pemujaan pula yang telah dijadikan salah satu upacara

keagamaan. Gereja yang terawal dahulu, mereka menerima perbuatan merotan atau melibas
diri sebagai salah satu metodologi asceticism dengan tujuan untuk menebus dosa. Akan tetapi
ketika abad ke-14 satu kelompok yang suka melibas (mencambuk) diri mereka mula muncul.
Kumpulan ini mula melakukan pengembaraan ke Eropah dan berhenti di kawasan awam lalu
melibas-libas diri mereka sendiri (dengan tujuan untuk menebus dosa). Sungguhpun
perbuatan mereka ini ditentang keras oleh golongan sekular tetapi mereka tetap kekal. Antara
contoh bentuk asceticism dalam ritual yang lain adalah seperti ketika Ngan Kin Jeh (Festival
Vegetarian Cina) di Thailand. Mereka menebuk diri mereka dengan benda tajam seperti kapak
sehingga menembusi jasad mereka (Salamone, Frank A. (ed.) 2004: 38).

4.

Hidup Bersendirian Tanpa Bergaul Dengan Masyarakat (Solitary)

Bentuk ritual dalam asceticism juga boleh dipecahkan kepada 2 bentuk lagi iaitu amalan yang

dilakukan secara bersendirian (individual) ataupun dalam bentuk kelompok (group). Salah
satu bentuk yang biasa lagi dalam amalan asceticism adalah pengasingan diri dari dunia luar.
Malah ianya adalah termasuk dalam salah satu aspek asceticism yang sangat biasa dilakukan
dalam cara hidup para pengamal asceticism. Melalui pengasingan diri dari hubungan dengan
dunia luar ini (bertapa), mereka mampu untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam
mendalami agama. Contoh-contoh agama yang mengamalkannya adalah seperti Buddhism
dan Christian seperti St. Anthony. Kebiasaannya ketika pertapaan ini berlaku, mereka
diasingkan dalam sebuah bilik di gereja dan hidup sebagai seorang pertapa serta
mengamalkan bentuk-bentuk asceticism yang lain. Pengasingan dari hubunga dengan dunia
luar ini adalah dikategorikan juga sebagai salah satu bentuk tertinggi dalam asceticism dan
pengamalannya terhadap aspek keagamaan dalap kehidupannya adalah bersifat menyeluruh
dan berterusan. Dalam kata yang lain, gaya hidup bersendirian telah menjadi salah satu bentuk
ritual keagamaan yang berterusan sehingga ke hari ini (Salamone, Frank A. (ed.) 2004: 3536).

Bentuk-bentuk asceticism yang telah disebut di atas hanyalah sebahagian sahaja yang
lazimnya wujud dalam amalan masyarakat yang menganut fahaman masing-masing. Ianya
adalah beberapa bentuk yang sangat umum yang lazimnya terdapat dalam banyak agama
untuk mereka mencapai apa yang disebut sebagai Salvation (Eliade M. 1987: 442). Apa yang
hendak ditekankan dalam perbincangan ini adalah amalan asceticism yang berlaku dalam
masyarakat Hindu. Mereka mempunyai satu bentuk ajaran yang khusus yang terdapat dalam


Kitab Suci mereka tentang amalan asceticism bagi mencapai Moksha. Jika tidak dibuat
amalan asceticism ini dan tidak berusaha keras serta tidak mengorbankan diri mereka, maka
mereka selamanya tidak akan mencapai Moksha dan jiwa mereka akan sentiasa tidak bebas
dan proses re-incarnation (samsara) akan sentiasa berlaku (Axel Michaels & Barbara
Harshav 2004: 316).

ASCETICISM DALAM AGAMA HINDU

Spirit atau semangat asceticism, kehidupan asceticism, atau mekanisma asceticism sudah
terbukti tentang kewujudannya dalam kitab-kitab Hindu. Dalam beberapa bahagian dalam
Kitab Rig Veda, ianya juga banyak menerangkan berkenaan asceticism yang seharusnya
diamalkan oleh masyarakat Hindu. Sungguhpun begitu, penjelasan mengenai asceticism
dalam Veda bukanlah satu sumber utama dalam masalah asceticism, bahkan sumber utama
berkaitan perbincangan asceticism dalam Hindu banyak diambil dari kitab Upanishad.
Sungguhpun sebegitu, puisi-puisi yang terdapat dalam kitab Veda Hindu tidak juga
ditinggalkan yang mana di dalamnya juga menggambarkan bentuk-bentuk asceticism yang
begitu ekstrim. Contoh-contoh gambaran asceticism yang wujud dalam Kitab Veda adalah
(Mariasusai Dhavamony 1982: 375-376):


The long-haired supports the fire,
The poison-fluid, and heaven and earth,
He is the entire sky to look upon,
The long-haired is called the light.
The munis, clad with the wind,
Wear (garments) soiled, of yellow hue,
After the wind’s course they follow,
When once the gods have entered them.

Transpored with the ecstasy,
Of ascetics we mount the winds,
Ye, mortal men, are able now,
To see our bodies alone.

He flies through regions in the air,

Beholding all the various forms,
The ascetic, who was made a friend,
Of every God for the holy work


The steed of Vata, Vayu’s friend,
The muni, empelled by the gods,
In both the oceans hath his home,
In eastern and in western seas.

Trading the path of sylvan beast,
Gandharvas and Apsarasas,
The long-haired knows their thoughts,
Their sweet and most stimulting friend.

Vayu has agitated for him; for him,
He breaks things most hard to bend,
When he, the long-haired, has drunk,
With Rudra from the poison-cup.

Amalan-amalan asceticism lebih banyak diperlihatkan ajarannya dalam kitab
Upanishad. Dalam Upanishad ia mengajarkan bahawa jiwa manusia (atman) adalah salah satu
daripada bentuk yang terjadi daripada emanasi Brahma. Shankara 1 menegaskan bahawa
sebenarnya atman (jiwa manusia) dan Brahman (tuhan) adalah benda yang satu dan
kehidupan material ni hanyalah suatu bayangan sahaja (living religions 80). Atman dan
Brahman perlu disatukan (Moksha) bagi membebaskan diri dari proses kelahiran semula.
Dalam hal ini, atman perlu disedarkan bahawa ianya adalah Brahman. Dalam usaha untuk
membebaskan jiwa manusia (atman) dari kesengsaraan kelahiran semula, ianya adalah
melalui proses untuk menyedarkan atman bahawa ianya adalah Brahman, dan proses-proses
yang perlu dilalui oleh seorang manusia untuk mencapainya adalah dengan jalan asceticism
(Mariasusai Dhavamony 1982: 376). Dalam Hinduisme, jenis-jenis asceticism wujud dalam
berbagai-bagai bentuk dan jenisnya adalah banyak. Ianya termasuk

1

asceticism yang

seorang ahli falsafah hindu yang terkenal, beliau banyak menyusun semula ajaran-ajaran dalam kitab Hindu
Upanishad iaitu ketika sekitar abad ke lapan dan ke sembilan.

dinamakan sebagai saṃnyāsin, yogin (yoga), Hindi bābā, sādhu dan lain lain. Aspek
asceticism yang hendak dibincangkan pada kali ini adalah berkaitan yoga.

Sejak dari dahulu lagi masyarakat di benua India mengamalkan latihan disiplin
spirtual yang dibentuk untuk mengosongkan pemikiran dan mencari ketenangan serta untuk
mencapai kesedaran. Ianya adalah satu keinginan untuk mencapai keseimbangan, kesucian,
kebijaksanaan dan ketenangan yang tertinggi dalam minda, dan usaha ini dinamakan sebagai
sattvic. Keinginan-keinginan di atas adalah sama sekali berbeza dengan situasi yang
berlawanan dengannya iaitu minda yang aktif dan gelisah ataupun lesu dan suram. Latihan
untuk meningkatkan kualiti sattvic tadi dikenali atau lebih dikenali sebagai yoga (living
religious 80). Yoga adalah perkataan sanskrit yang membawa maksud ikatan atau dalam
inggerisnya disebut yoke (union). Yoga merupakan salah satu gambaran perwatakan milik
Tuhan India (Shiva) yang dilihat duduk secara bersilang kaki. Bagi mereka yang
mengamalkan asceticism dalam agama Hindu, mereka digelar sebagai Yogi (Hinnells, John
R. & Sharpe, Eric J. (ed.) 1972: 20).

Yoga mempunyai berbagai-bagai jenis pula dan sukar untuk menentukan mana
asalnya dari ajaran Hindu yang sebenar. Ianya berbeza mengikut mazhab-mazhab yang wujud
dalam Hindu dan bergantung juga pada aliran pemikiran asceticism dalam Hindu. Contohnya
amalan asceticism dalam saṃnyāsin, ianya melibatkan beberapa bentuk yoga seperti
Brahmachari, Grahastha, Vanapranastha dan Sannyasa (Wangu 1991: 108-110). Dalam
yoga juga begitu, ianya mempunyai berbagai-bagai bentuk dan jenis bergantung kepada
kehendak individu untuk mencapai union dari jenis yang mana dan jenis-jenis yoga ini pula
ada juga yang bersifat gabungan kombinasi antara satu yoga dengan yoga yang lain seperti
mantra-yoga, laya-yoga dan karma-yoga (Pott P. H. 1966: 3). Tetapi bentuk-bentuk yoga yang
diamalkan secara asasnya mempunyai empat jenis berdasarkan empat kehendak yang
diinginkan orang yang mengamalkan yoga.

1.

Raja Yoga

Bagi mereka yang suka bertafakur, mereka mengamalkan yoga jenis ini yang mana ia
menekankan metodologi penumpuan terhadap mental. Raja yoga adalah bertujuan untuk
mencapai kesedaran yang tinggi. Sebahagian sarjana berpendapat bahawa raja yoga
diperkenalkan suatu ketika dahulu iaitu ketika zaman Neolitik dan telah dipraktikkan dalam

budaya tamadun Lembah Indus lagi. Ketika tahun 200 ratus sebelum Masehi, seorang yogi
yang dikenali dengan nama Patanjali telah menggambarkan satu sistem untuk mencapai
kesedaran yang tinggi iaitu dengan melalui teknik Raja-Yoga.

Dalam Raja-yoga ini, Patanjali telah membezakan lapan metodologi seorang yogi iaitu
unsur moral (yama-niyama), penyesuaian fizikal (asana), kawalan pernafasan (pranayama),
kawalan deria (pratyahara), penumpuan (dharana), meditasi (dhyana), dan keasyikan dalam
suatu keadaan yang tenang (samadhi). Prinsip moral dan etika yang membentuk cabang yang
pertama dalam amalan seorang yogi adalah kebenaran, tidak melakukan kekerasan, tidak
mencuri, pengwalan nafsu, tidak mempunyai keinginan, kebersihan, bersifat puas hati
terhadap apa yang sudah ada (contentment), menghapuskan keghairahan, belajar sendiri dan
pembaktian diri pada tuhan.

Setelah itu raja yoga dimulai dengan asanas iaitu latihan dalam bentuk kedudukan
jasad yang betul supaya menyucikan jasad jasmani disertai dengan membangunkan
kemampuan minda untuk tujuan penumpuan. Aturan pernafasan juga digunakan dengan
tujuan untuk membetul dan menenangkan urat saraf dan meningkatkan kelengkapan dan
bekalan dari badan iaitu prana, atau tenaga hidup (life energy) yang bersifat tidak nampak
(invisible). Pernafasan merupakan kunci untuk pengawalan aliran tenaga hidup dan
penyerapan kehalusan aliran tenaga sekeliling kepada jasad fizikal. Caranya adalah dengan
melalui jalan chakras (series of chakras), atau dikenali dengan pusat tenaga halus atau tajam
(subtle energy centres), dalam tulang belakang. Kundalini pula adalah merujuk kepada satu
tenaga yang tersembunyi yang terletak pada asas tulang belakang. Kedudukannya melingkari
tulang belakang tersebut seolahnya seperti ular membelit sesuatu. Banyak bentuk-bentuk
latihan yoga dibangunkan semata-mata untuk membebaskan tenaga kundalini ini semata-mata
untuk mencapai pencerahan. Secara ideologinya bagi masyarakat Hindu, mereka percaya
bahawa pembukaan chakra (tenaga) yang tertinggi, membawa kita mencapai kebahagiaan
bersatu dengan Tuhan. Kemuncak chakra adalah digambarkan sebagai ribuan kelopak bunga
teratai yang berkilauan dengan cahaya (Claire, Thomas 2004: 37; Living religious 82)) .

Penambahan terhadap latihan yoga ini (latihan menggunakan tubuh dan pernafasan)
pula adalah diselitkan dengan idea yang lain iaitu latihan suara yang berkaitan dengan agama
mereka dan sebahagian bunyi-bunyian yang dikeluarkan adalah bunyi-bunyian yang dianggap
suci. Ianya dikatakan merupakan juga sebahagian dari kemahiran amalan yang dilakukan oleh

yogi kuno yang digelar sebagai mantras (sacred formulas). Ianya menjelaskan satu aspek
tentang ketuhanan dalam susunan kata-kata dan getaran suara yang dilakukan itu. Bunyi
mantras itu dipercayai adalah bertujuan membangkitkan The Reality dan bahasa yang
digunakan dalam formula mantra ini pula adalah bahasa Sanskrit. Ianya dianggap suatu
penciptaan semula terhadap susunan suara yang sebenar tentang objek, perbuatan, kualiti yang
mana ianya didengari oleh dewa-dewa dalam meditasi. Sebahagian getaran suara yang
dikatakan dijaga adalah suara tuhan yang tidak mampu didengari melalui gegendang telinga
kita yang biasa.

Teriakan dan suku kata sebutan suci yang diulang-ulang ini adalah dikatakan untuk
mengekalkan

minda

pemuja kepada kewujudan

Dewa Tanah.

Masyarakat

India

mengibaratkan minda manusia ini dengan belalai gajah yang mana ianya sentiasa bergerak
melibas ke sana dan kesini tanpa kerehatan dan ketenangan. Akan tetapi jika ianya diberi
sesuatu untuk dipegang pada belalainya, maka ianya akan tegak tanpa bergerak walau sedikit
pun seolahnya ia memberi penumpuan yang sangat tinggi dalam memegang benda tersebut.
Oleh itu tugas mantra adalah memberikan ketenangan pada minda suatu objek penumpuan,
secara tenang minda akan memberikan fokus yang tinggi dengan penumpuan terhadap satu
perkara sahaja. Jika mantra itu diberi penumpuan yang sangat tajam, maka mantra itu juga
mampu menjadikan seseorang itu merasakan kehadiran dewa dan mendapatkan restu darinya.

Selain itu juga, cara untuk mendapatkan penumpuan sepenuhnya dalam mendidik
minda yang bebas dari kecelaruan adalah dengan membuat penumpuan sepenuhnya terhadap
bentuk visual. Sebagai contoh terbaik yang biasa dilakukan yogi adalah melihat nyalaan api
dari sebatang lilin, melihat gambar wali-wali mereka atau guru, melihat symbol OM (tuhan),
atau digelar sebagai yantra. Yantra bermaksud melihat satu gambaran linear dengan simbolsimbol mutasi yang kompleks. Yantra yang besar juga direka dengan penuh warna-warni bagi
tujuan ritual berbentuk jampi-jampi terhadap satu-satu tuhan.

2.

Jnana Yoga

Jnana adalah perkataan sanskrit yang bermaksud kebijaksanaan atau pengetahuan. Jnana yoga
pula dikenali dengan yoga tentang kebijaksanaan (Yoga of Wisdom). Dalam kebanyakan yoga
yang diketahui, yoga jenis inilah yang memberikan tumpuan setinggi-tingginya terhadap
aktiviti mental. ‘Jnanin’ iaitu orang yang mempraktikkan Jnana yoga mencari union dengan

jalan membezakan kuasa mental untuk mencari perbezaan sesuatu yang nyata dalam sesuatu
yang tidak nyata, mencari diri yang terbatas dalam sesuatu unsur yang tidak terbatas iaitu
punca dan sumber bagi segala kewujudan (tuhan). Maka metodologi meditasi (pertapaan)
merupakan satu jalan yang sangat berpengaruh dalam pengamalan Jnana Yoga ini (Claire,
Thomas 2004: 35).

Bagi mereka yang menggunakan rasional akal maka Jnana yoga adalah amalan mereka.
Ianya adalah satu amalan yoga yang memerlukan kepada minda rasional. Jnana Yoga hanya
mengambil kekuatan minda yang rasional dan tidak berusaha untuk mencapai tahap yang
lebih dari itu melalui latihan kosentrasi (penumpuan). Melalui yoga jenis ini, kejahilan
diambil kira sebagai suatu punca kepada segala masalah yang wujud. Menurut mereka yang
berada dalam golongan ini, asas kejahilan adalah idea tentang diri kita sendiri sebagai seorang
yang telah dipecahkan dari The Absolute (tuhan). Satu persoalan yang sentiasa timbul
sehingga ke hari ini iaitu “Who am I?” atau “Siapa Aku?”. Pencari kepada jawapan ini iaitu
orang-orang hebat dari kalangan mereka menemui bahawa benda yang menyoal tentang
“Siapa Aku” adalah bukan jasad, atau bukan pancaindera, bukan minda, bukan anggota, tetapi
ianya sesuatu yang datang dari dalam (eternal) yang merangkumi keseluruhan anggota tadi.
Guru Ramana Maharshi menjelaskan:

Setelah menafikan segala yang disebut diatas dengan perkataan “bukan ini”,
“bukan ini”, dan “bukan ini”, dengan soalan-soalan yang diri kita ini sering
bertanya (contohnya: apakah tangan ini aku? Dijawab “bukan ini”, apakah minda
ini adalah aku? Dijawab “bukan ini”), maka idea tentang “Siapa Aku” akan
memusnahkan idea yang lain, dan umpama satu tongkat yang digunakan untuk
menggaul atau mengacau longgokan kayu api yang sedang membakar, tongkat itu
juga khirnya akan musnah, dan setelah itu baharulah akan terbit kesedaran diri
(Self-Realization).

Melalui jalan Jnana, seorang sālik (seeker) mesti membangunkan dan meningkatkan kebaikan
spiritual seperti ketenangan (calmness), pengekangan (restrain), penumpuan (cocentration),
keyakinan (faith) dan lain-lain. Kebijaksanaan yang tertinggi adalah pengetahuan spiritual
berbanding pengetahuan intelektual tentang diri sendiri. Menurut Swami Vivekananda
(seorang ahli misticisme Ramakrishna Paramahansa abad ke-19) pengtahuan spiritual adalah
satu-satunya perkara yang mampu memusnahkan kesengsaraan selama-lamanya, pengetahuan

selain dari pengetahuan spiritual, hanyalah memusnahkan kesengsaraan buat satu-satu masa
sahaja.

3.

Karma Yoga

Karma adalah beasal dari perkataan Sanskrit yang mebawa maksud perbuatan atau tindakan
(action) dan penyebab (cause).