Bab Lima Penemuan Kajian Bahagian 2 Te

5.10 Ujian Hipotesis Kesan Interaksi Persekitaran yang Ditanggap Ke atas Hubungan Orientasi Keusahawanan dengan Prestasi PKS Bumiputera

Ujian hipotesis kesan interaksi penyederhana ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi melibatkan ujian terhadap hipotesis H4a hingga hipotesis H18d yang telah dinyatakan semula seperti yang dicatatkan dalam bahagian 5.7. Pengujian ini dilakukan berdasarkan kesan interaksi penyederhana yang menunjukkan hubungan yang positif di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi yang terhasil dalam pemeriksaan post-hoc. Ujian ini dibentangkan berdasarkan urutan hipotesis kesan interaksi penyederhana ke atas hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi seperti berikut; pertama, kesan interaksi persekitaran membantu, kedua, kesan interaksi persekitaran bergolak, ketiga, kesan interaksi persekitaran persaingan, keempat, kesan interaksi kedinamikan pasaran, dan kelima, kesan interaksi persekitaran terbatas.

5.10.1 Kesan interaksi persekitaran membantu ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi

H4a, H4c, dan H4d adalah pernyataan hipotesis bahawa sikap autonomi, sikap proaktif dan sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi. Pekali beta untuk ketiga-tiga interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Penemuan ini gagal membuktikan PKS Bumiputera mengutamakan sikap autonomi, proaktif dan mengambil risiko untuk meningkatkan pulangan jualan dalam persekitaran membantu. Oleh sebab itu, H4a, H4c, dan H4d adalah tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H4b adalah sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = -0.48, p < .01), pemeriksaan post-hoc mendapati keluk persekitaran membantu yang tinggi dengan persekitaran membantu yang rendah menerangkan hubungan sikap inovatif dengan pulangan jualan secara bersilang (Cohen et al., 2003). Ini bermakna keluk persekitaran membantu yang tinggi dan keluk persekitaran membantu yang rendah menerangkan hubungan sikap inovatif dengan pulangan jualan secara bertentangan. Hubungan ini menunjukkan dalam persekitaran membantu yang tinggi, sikap inovatif PKS Bumiputera yang semakin tinggi menerangkan pulangan jualan yang semakin rendah. Sebaliknya PKS Bumiputera lebih cenderung untuk mengamalkan sikap inovatif dalam persekitaran membantu yang rendah untuk mencapai pulangan jualan yang semakin tinggi. Keluk persekitaran membantu yang tinggi menerangkan hubungan yang bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H2a4 tidak disokong.

Hipotesis H5a, H5b, dan H5d adalah pernyataan hipotesis mengenai sikap autonomi, sikap inovatif dan sikap mengambil risiko berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi. Pekali beta interaksi untuk ketiga-tiga pemboleh ubah menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Penemuan ini menunjukkan PKS Bumiputera gagal membuktikan keutamaan sikap autonomi, inovatif dan mengambil risiko sebagai berkaitan dengan pulangan harta dalam persekitaran membantu. Oleh sebab itu, H5a, H5b, dan H5d tidak disokong.

H5c ialah pernyataan hipotesis mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi. Pekali beta menunjukkan hubungan interaksi yang signifikan (Beta = 0.20, p < .05) dan pemeriksaan post-hoc menunjukkan persekitaran membantu yang tinggi dan rendah menerangkan hubungan sikap proaktif dengan pulangan harta secara bersilang (Cohen et al., 2003). Dalam persekitaran membantu yang tinggi, sikap proaktif PKS Bumiputera yang semakin tinggi menerangkan pulangan harta yang semakin rendah. Manakala dalam persekitaran membantu yang rendah, sikap proaktif PKS Bumiputera menerangkan pulangan harta yang semakin tinggi. Keluk persekitaran yang tinggi menunjukkan hubungan sikap proaktif dengan pulangan jualan yang bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H5c tidak disokong.

H6a adalah pernyataan bahawa sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = -.16, p < .05). Kedua-dua keluk persekitaran membantu menerangkan hubungan sikap autonomi dengan pulangan modal secara bersilang (Cohen, et al., 2003). Rajah 5.1 menunjukkan bahawa keluk persekitaran membantu yang tinggi menerangkan sikap autonomi PKS Bumiputera yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin tinggi. Manakala keluk persekitaran membantu yang rendah menerangkan sikap autonomi PKS Bumiputera yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin rendah. Penemuan ini selaras dengan hipotesis. Oleh sebab itu H6a disokong.

Rajah 5.1 Kesan interaksi persekitaran membantu ke atas hubungan sikap autonomi dengan pulangan modal.

H6b dan H6d menyatakan bahawa sikap inovatif dan mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. PKS Bumiputera gagal membuktikan kepentingan sikap inovatif dan mengambil risiko sebagai berkaitan dengan pulangan modal dalam persekitaran membantu. Oleh sebab itu, H6b dan H6d tidak disokong.

H6c merupakan penyataan hipotesis mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = 0.16, p < .05). Keluk persekitaran membantu yang tinggi dan rendah menerangkan hubungan sikap proaktif dengan pulangan modal adalah secara bersilang (Cohen et al., 2003). Dalam pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk membantu yang tinggi mempengaruhi sikap proaktif PKS Bumiputera yang semakin tinggi berkait dengan pulangan modal yang semakin rendah. Sebaliknya, dalam persekitaran membantu yang rendah, sikap proaktif PKS Bumiputera yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin tinggi. Keluk persekitaran membantu menerangkan hubungan sikap proaktif dengan pulangan modal yang bertentangan dengan hipotesis ini. Oleh sebab itu, H6c tidak disokong.

5.10.2 Interaksi persekitaran bergolak ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi

H7a, H7b, dan H7c adalah pernyataan bahawa sikap autonomi, sikap inovatif dan sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi. Ketiga-tiga pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Penemuan kajian gagal membuktikan PKS Bumiputera memberikan keutamaan terhadap sikap autonomi, inovatif dan proaktif sebagai berkaitan dengan pulangan jualan dalam persekitaran bergolak. Oleh sebab itu H7a, H7b, dan H7c tidak disokong.

H7d adalah pernyataan mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = .31, p < .01). Pemeriksaan post-hoc menghasilkan kesan interaksi persekitaran bergolak secara bersilang antara keluk persekitaran bergolak yang tinggi dan rendah. Keluk persekitaran bergolak yang tinggi memberi kesan kepada hubungan sikap mengambil risiko yang semakin tinggi berkait dengan pulangan jualan yang semakin tinggi. Manakala dalam persekitaran bergolak yang rendah sikap mengambil risiko yang semakin tinggi berkait dengan pulangan jualan yang semakin rendah. Rajah 5.2 menunjukkan bahawa dalam persekitaran bergolak yang tinggi, sikap mengambil risiko PKS Bumiputera berhubung dengan pulangan jualan yang semakin tinggi selaras dengan hipotesis. Oleh sebab itu H7d disokong.

Rajah 5.2 Kesan interaksi persekitaran bergolak ke atas hubungan sikap mengambil risiko dengan pulangan jualan.

H8a dan H8b adalah pernyataan hipotesis bahawa sikap autonomi dan inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi. Kedua-dua pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Keadaan ini membuktikan PKS Bumiputera gagal mengaitkan kepentingan sikap autonomi dan inovatif dengan pulangan harta dalam persekitaran bergolak. Oleh sebab itu H8a dan H8b tidak disokong.

H8c adalah pernyataan mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = -0.40, p < .01). Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk persekitaran bergolak yang tinggi dan rendah adalah secara bersilang. Keluk persekitaran bergolak yang tinggi menerangkan sikap proaktif PKS Bumiputera yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang semakin rendah. Manakala dalam persekitaran bergolak yang rendah sikap proaktif PKS Bumiputera berkait dengan pulangan harta yang semakin tinggi. Keluk persekitaran bergolak yang tinggi menerangkan hubungan sikap proaktif dengan pulangan harta bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu H8c tidak disokong.

H8d adalah pernyataan hipotesis bahawa sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = 0.26, p < .01). Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk persekitaran yang tinggi berkait dengan hubungan positif di antara sikap mengambil risiko PKS Bumiputera dengan pulangan harta yang tinggi. Manakala dalam persekitaran bergolak yang rendah sikap mengambil risiko yang semakin tinggi berkait dengan pulangan harta yang semakin tinggi juga, tetapi kedudukan keluk persekitaran bergolak yang rendah ini berada diparas lebih rendah berbanding dengan keluk persekitaran bergolak yang tinggi. Justeru kedua-dua keluk persekitaran bergolak tinggi dan rendah menerangkan hubungan sikap mengambil risiko dengan pulangan harta secara selari atau ordinal. Aiken dan West (1991) dan Cohen et al. (2003) menyarankan supaya tahap kecerunan setiap keluk diperhatikan atau diuji. Keluk yang lebih cerun menerangkan perbezaan yang lebih tinggi dalam nilai hubungan pemboleh ubah tidak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar berbanding keluk yang kurang cerun (Aiken & West, 1991). Keluk dalam Rajah 5.3 membuktikan kecerunan keluk persekitaran bergolak tinggi lebih cerun berbanding keluk persekitaran bergolak rendah. Oleh sebab itu H8d disokong.

Rajah 5.3 Interaksi persekitaran bergolak ke atas sikap mengambil risiko dengan pulangan harta.

H9a adalah pernyataan hipotesis mengenai sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = 0.17, p < .05). Pemeriksaan post-hoc menunjukkan kedua dua keluk persekitaran bergolak yang tinggi dan rendah menerangkan sikap autonomi PKS Bumiputera berhubung dengan pulangan modal yang semakin rendah. Kedua-dua keluk persekitaran bergolak yang tinggi dan rendah menunjukkan kesan interaksi yang selari (Aiken & West, 1991), masing-masing menerangkan pulangan modal yang semakin rendah. Persekitaran bergolak yang tinggi menerangkan sikap inovatif PKS Bumiputera berkaitan dengan pulangan modal yang bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H9a adalah tidak disokong.

H9b adalah penyataan hipotesis mengenai sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = .19, p < .05). Rajah 5.4 menunjukkan kedua-dua keluk persekitaran bergolak yang tinggi dan rendah berinteraksi secara selari (Aiken dan West, 1991). Walaupun kedua-dua keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah menerangkan hubungan sikap inovatif dengan pulangan modal yang tinggi, tetapi keluk persekitaran bergolak yang tinggi adalah lebih cerun menerangkan sikap inovatif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang lebih tinggi berbanding keluk persekitaran bergolak rendah. Dalam persekitaran bergolak yang tinggi, sikap inovatif PKS Bumiputera berkait dengan pulangan modal yang semakin meningkat maka hubungan tersebut sejajar dengan hipotesis. Oleh sebab itu H9b disokong.

Rajah 5.4 Kesan interaksi persekitaran bergolak ke atas hubungan sikap inovatif dengan pulangan modal.

H9c adalah pernyataan hipotesis mengenai sikap proaktif berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = -.70, p < .01). Pemeriksaan post-hoc yang menunjukkan keluk persekitaran bergolak yang bersilang. Persekitaran bergolak yang tinggi menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin rendah. Manakala keluk persekitaran bergolak yang rendah menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berkait dengan pulangan modal yang semakin tinggi. Persekitaran bergolak yang tinggi menerangkan hubungan yang bertentangan dengan hipotesis di antara sikap proaktif dengan pulangan modal, Oleh sebab itu H9c tidak disokong.

H9d adalah pernyataan hipotesis mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Penemuan ini menunjukkan PKS Bumiputera gagal membuktikan wujudnya hubungan sikap mengambil risiko dengan pulangan modal dalam persekitaran bergolak. Oleh sebab itu, H9d adalah tidak disokong.

5.10.3 Interaksi persekitaran persaingan ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi

H10a adalah pernyataan hipotesis mengenai sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = .23, p < .05). Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk persekitaran persaingan yang tinggi dan rendah berinteraksi secara selari (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran persaingan yang tinggi dan rendah menerangkan sikap autonomi yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang semakin rendah. Penemuan ini menunjukkan dalam persekitaran persaingan yang tinggi, sikap autonomi PKS Bumiputera mengurangkan pulangan jualannya bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu H10a tidak disokong.

H10b merupakan hipotesis mengenai sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = 0.48, p < .01). Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk persekitaran persaingan memberikan kesan interaksi ke atas hubungan sikap inovatif dengan pulangan jualan secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persaingan yang tinggi berkait dengan pulangan jualan yang semakin rendah apabila sikap inovatif PKS Bumiputera semakin tinggi. Manakala dalam persekitaran persaingan yang rendah sikap inovatif PKS Bumiputera yang semakin tinggi berkait dengan pulangan jualan yang semakin tinggi. Penemuan ini bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu H10b adalah tidak disokong.

H10c merupakan pernyataan bahawa sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = .21, p < .01). Pemeriksaan post-hoc dilakarkan dalam Rajah 5.5 menunjukkan keluk persekitaran persaingan berinteraksi secara bersilang. Persekitaran persaingan yang tinggi menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang semakin tinggi. Manakala dalam persekitaran yang rendah sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang semakin rendah. Dalam persekitaran persaingan yang tinggi sikap proaktif PKS Bumiputera menyokong sedikit peningkatan dalam pulangan jualannya selaras dengan hipotesis. Oleh sebab itu H10c adalah disokong.

Rajah 5.5 Kesan interaksi persekitaran persaingan ke atas hubungan sikap proaktif dengan pulangan jualan.

H10d adalah pernyataan mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = -0.38, p < .01). Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk persekitaran persaingan yang berinteraksi ke atas hubungan tersebut adalah secara bersilang (Aiken & West, 1991). Dalam persekitaran persaingan yang tinggi sikap mengambil risiko yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang semakin rendah. Manakala dalam persekitaran persaingan yang rendah sikap mengambil risiko berhubung dengan pulangan jualan yang semakin rendah. Penemuan ini menunjukkan kesan interaksi persekitaran persaingan yang tinggi menerangkan hubungan sikap mengambil risiko dengan pulangan jualan bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu H10d tidak disokong.

H11a merupakan pernyataan hipotesis sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = .26, p < .05). Sehubungan dengan itu, pemeriksaan post-hoc menunjukkan kedua-dua keluk persaingan berinteraksi ke atas hubungan tersebut secara bersilang (Aiken & West, 1991). Dalam persekitaran persaingan yang tinggi, sikap autonomi PKS Bumiputera berkait dengan pulangan harta yang semakin rendah. Manakala dalam persekitaran persaingan yang rendah sikap autonomi PKS Bumiputera berhubung dengan pulangan harta yang semakin tinggi. Penemuan ini menunjukkan keluk persekitaran yang tinggi menerangkan hubungan sikap autonomi dengan pulangan harta bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu H11a tidak disokong.

Pernyataan hipotesis sikap inovatif (H11b) dan sikap proaktif (H11c) yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang juga tinggi. Pekali beta kedua-dua interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Penemuan ini tidak dapat membuktikan wujudnya pengaruh persaingan ke atas hubungan di antara sikap proaktif dengan pulangan harta di kalangan PKS Bumiputera. Oleh sebab itu, H11b dan H11c adalah tidak disokong.

H11d merupakan hipotesis mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = -0.23, p < .05). Rajah 5.6 melakarkan pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk persaingan berinteraksi secara selari (Aiken & West, 1991). Kedua-dua keluk persekitaran persaingan yang tinggi dan rendah menerangkan sikap mengambil risiko yang semakin tinggi berkait dengan pulangan harta yang semakin tinggi. Justeru kedua-dua keluk menerangkan hubungan di antara sikap mengambil risiko dengan pulangan harta adalah secara selari, Aiken dan West (1991) mencadangkan supaya tahap kecerunan kedua-dua keluk diperiksa. Keluk yang lebih cerun menandakan perbezaan yang lebih jelas dalam menerangkan hubungan antara sikap mengambil risiko dengan pulangan harta. Keluk persekitaran persaingan yang tinggi menunjukkan tahap kecerunan yang lebih tinggi berbanding keluk persekitaran persaingan yang rendah. Dalam persekitaran persaingan yang tinggi, sikap mengambil risiko PKS Bumiputera berhubung dengan pulangan harta yang semakin tinggi melebihi dari pengaruh ke atas hubungan yang ditunjukkan oleh

Rajah 5.6 Kesan interaksi persekitaran persaingan ke atas hubungan sikap mengambil risiko dengan pulangan harta.

persekitaran persaingan yang rendah. Penemuan ini didapati selaras dengan hipotesis. Oleh sebab itu H11d adalah disokong.

H12a adalah hipotesis mengenai sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = .52, p < .01). Rajah 5.7 melakarkan pemeriksaan post-hoc yang menunjukkan keluk persekitaran persaingan berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persaingan yang tinggi menerangkan sikap autonomi yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin tinggi. Manakala keluk persekitaran persaingan yang rendah menerangkan hubungan sikap autonomi yang tinggi lebih berkaitan dengan pulangan modal yang semakin rendah. Persekitaran persaingan yang tinggi mempengaruhi sikap autonomi yang tinggi dikalangan PKS Bumiputera menerangkan pulangan modal yang semakin tinggi. Persekitaran persaingan yang tinggi menerangkan hubungan di antara sikap autonomi dengan pulangan modal selaras dengan hipotesis. Oleh sebab itu H12a disokong.

Rajah 5.7 Kesan interaksi persekitaran persaingan ke atas hubungan sikap autonomi dengan pulangan modal.

H12b dan H12c merupakan pernyataan hipotesis bahawa sikap inovatif dan sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi apabila persekitaran persaingan tinggi. Kedua-dua pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Penemuan ini gagal membuktikan interaksi persekitaran persaingan ke atas hubungan di antara sikap inovatif dan proaktif dengan pulangan modal di kalangan PKS Bumiputera. Oleh sebab itu H12b dan H12c tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H12d adalah mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi. Pekali beta interaksi ini didapati signifikan secara negatif (Beta = -.24, p < .05). Keadaan ini menunjukkan kesan persekitaran persaingan yang tinggi ke atas hubungan sikap mengambil risiko yang tinggi adalah berkaitan dengan pulangan modal yang rendah. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan kedua-dua keluk persekitaran persaingan berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran persaingan yang tinggi menerangkan sikap mengambil risiko yang semakin tinggi adalah berkaitan dengan pulangan modal yang semakin rendah. Manakala keluk persekitaran yang rendah menerangkan sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin tinggi di kalangan PKS Bumiputera. Persekitaran persaingan yang tinggi menerangkan hubungan di antara sikap mengambil risiko PKS Bumiputera dengan pulangan modal bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H12d tidak disokong.

5.10.4 Interaksi kedinamikan pasaran ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi

Pernyataan hipotesis H13a dan H13b adalah mengenai sikap autonomi dan sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Kedua-dua pekali beta interaksi tersebut menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Penemuan tidak dapat membuktikan wujudnya interaksi kedinamikan pasaran ke atas hubungan di antara sikap autonomi dan inovatif dengan pulangan jualan di kalangan PKS Bumiputera. Oleh sebab itu H13a dan H13b tidak disokong.

H13c merupakan hipotesis mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan secara negatif (Beta = -.30, p < .05). Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk kedinamikan pasaran yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk kedinamikan yang tinggi menerangkan bahawa sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang semakin rendah. Manakala dalam kedinamikan pasaran yang rendah sikap proaktif yang tinggi berkait dengan pulangan jualan yang semakin tinggi. Dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap proaktif menerangkan pulangan jualan bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H13c adalah tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H13d adalah mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = 0.43, p < .01). Rajah 5.8 melakarkan pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk kedinamikan pasaran yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk kedinamikan pasaran yang tinggi menerangkan pulangan jualan yang semakin tinggi apabila sikap mengambil risiko PKS Bumiputera semakin tinggi. Manakala dalam kedinamikan pasaran yang rendah sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang semakin rendah. Dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap mengambil risiko PKS Bumiputera meningkatkan pulangan jualannya selaras dengan hipotesis. Oleh sebab itu H13d disokong.

Rajah 5.8 Interaksi kedinamikan pasaran ke atas sikap proaktif dengan pulangan jualan.

Pernyataan hipotesis H14a adalah mengenai sikap autonomi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan secara negatif (Beta = -.70, p < .01). Keadaan ini menandakan sikap autonomi yang tinggi menerangkan pulangan harta yang rendah dalam kedinamikan pasaran. Pemeriksaan post-hoc mengesahkan keluk kedinamikan pasaran yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk kedinamikan yang tinggi menerangkan pulangan harta yang semakin rendah apabila sikap autonomi PKS Bumiputera tinggi. Manakala keluk kedinamikan pasaran yang rendah menerangkan sikap autonomi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi. Dalam kedinamikan yang tinggi sikap autonomi berhubung dengan pulangan harta yang bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H14a adalah tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H14b adalah mengenai sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif (Beta = 0.46, p < .01). Ini bererti dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap inovatif menerangkan pulangan harta yang tinggi. Rajah 5.9 melakarkan pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk kedinamikan pasaran yang tinggi dan rendah berinteraksi secara selari (Aiken & West, 1991). Walaupun kedua-dua keluk kedinamikan pasaran menerangkan pulangan harta yang semakin tinggi apabila tahap sikap inovatif tinggi, tetapi keluk kedinamikan pasaran yang tinggi menerangkan perubahan yang lebih besar dalam sikap inovatif berhubung dengan pulangan harta yang tinggi berbanding keluk kedinamikan pasaran yang rendah. Keluk kedinamikan pasaran yang tinggi juga lebih cerun berbanding keluk kedinamikan pasaran rendah. Keadaan ini menyebabkan sikap inovatif yang semakin tinggi meningkatkan pulangan harta dalam kedinamikan pasaran yang tinggi mengatasi peningkatan pulangan harta dalam kedinamikan pasaran yang rendah. Kedinamikan pasaran yang tinggi menunjukkan hubungan sikap inovatif dengan pulangan harta selaras dengan hipotesis. Oleh sebab itu H14b disokong.

Rajah 5.9 Kesan interaksi kedinamikan pasaran ke atas hubungan sikap inovatif dengan pulangan harta.

Pernyataan hipotesis H14c adalah mengenai sikap proaktif berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi apabila kedinamikan pasaran juga tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan negatif (Beta = -.33, p < .01). Ini bermakna dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap proaktif yang tinggi menerangkan pulangan harta yang rendah. Keluk kedinamikan pasaran yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk kedinamikan pasaran yang tinggi menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan harta yang semakin rendah. Manakala keluk persekitaran yang rendah menerangkan sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang semakin tinggi. Dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap proaktif berhubung dengan pulangan harta bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu H14c tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H14d adalah mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Hubungan ini menunjukkan kesan interaksi kedinamikan pasaran ke atas hubungan sikap mengambil risiko dengan pulangan harta tidak dapat dibuktikan oleh kajian ini. Keadaan ini juga berkaitan dengan tumpuan PKS Bumiputera terhadap kepentingan kedinamikan pasaran dan sikap mengambil risiko untuk meningkatkan prestasi adalah kurang berbanding dengan kepentingan terhadap pemboleh ubah lain. Oleh sebab itu, H14d tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H15a adalah mengenai sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan negatif (Beta = -.35, p < .01). Ini menandakan dalam kedinamikan pasaran yang tinggi, sikap autonomi yang tinggi berkait dengan pulangan modal yang semakin rendah. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan kedua-dua keluk kedinamikan yang berinteraksi secara selari (Aiken & West, 1991). Kedua-dua keluk kedinamikan pasaran membuktikan pulangan modal menjadi semakin rendah apabila sikap autonomi PKS Bumiputera adalah semakin tinggi. Dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap autonomi berhubung dengan pulangan modal secara bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H15a tidak disokong.

H15b merupakan pernyataan hipotesis bahawa sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif (Beta = .44, p < .01). Pekali beta interaksi menunjukkan dalam kedinamikan pasaran yang tinggi, semakin tinggi sikap inovatif PKS Bumiputera menjadikan pulangan modal juga semakin tinggi. Namun demikian pemeriksaan post-hoc seperti dalam Rajah 5.10 menunjukkan keluk kedinamikan pasaran yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk kedinamikan pasaran yang tinggi menerangkan pulangan modal yang semakin tinggi apabila sikap inovatif yang tinggi digunakan oleh PKS Bumiputera. Manakala keluk kedinamikan pasaran yang rendah menerangkan sikap inovatif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin rendah. Dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap inovatif berhubung dengan pulangan modal selaras dengan hipotesis. Oleh sebab itu H15b disokong.

Rajah 5.10 Kesan interaksi kedinamikan pasaran ke atas hubungan sikap inovatif dengan pulangan modal.

Pernyataan hipotesis H15c adalah mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan negatif (Beta = -.40, p < .01). Ini menandakan dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap proaktif yang semakin tinggi akan menjadikan pulangan modal semakin rendah. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan kedua-dua keluk kedinamikan pasaran berinteraksi secara bersilang (Aiken dan West, 1991). Keluk kedinamikan pasaran yang tinggi menerangkan pulangan modal yang semakin rendah apabila sikap proaktif semakin tinggi. Manakala keluk kedinamikan pasaran yang rendah menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin tinggi. Dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap proaktif berhubung dengan pulangan modal bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H15c adalah tidak disokong.

H15d merupakan hipotesis mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi apabila kedinamikan pasaran juga tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Penemuan kajian tidak dapat membuktikan PKS Bumiputera dipengaruhi kedinamikan pasaran dalam hubungan di antara sikap mengambil risiko dengan pulangan modal. Oleh sebab itu, H15d adalah tidak disokong.

5.10.5 Interaksi persekitaran terbatas ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi

Pernyataan hipotesis H16a, H16b, dan H16d adalah mengenai sikap autonomi, sikap inovatif dan sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi. Ketiga-tiga pekali beta interaksi persekitaran terbatas yang tinggi ke atas hubungan di antara setiap sikap autonomi, sikap inovatif dan sikap mengambil risiko yang tinggi dengan pulangan jualan yang tinggi menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Penemuan ini juga membuktikan interaksi persekitaran terbatas terhadap sikap autonomi, inovatif dan mengambil risiko untuk meningkatkan pulangan jualan. Oleh sebab itu, H16a, H16b, dan H16d tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H16c adalah mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan kesan interaksi persekitaran terbatas yang tinggi ke atas hubungan yang signifikan dan positif antara sikap proaktif yang tinggi dengan pulangan jualan yang tinggi (Beta = .22, p < .05). Pemeriksaan post-hoc yang dilakarkan dalam Rajah 5.11 menunjukkan keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang semakin tinggi. Manakala keluk persekitaran terbatas yang rendah menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang semakin rendah. Penemuan ini selaras dengan hipotesis kerana dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan peningkatan dalam pulangan jualan. Oleh sebab itu H16c disokong.

Rajah 5.11 Kesan interaksi persekitaran terbatas ke atas hubungan sikap proaktif dengan pulangan jualan.

Pernyataan hipotesis H17a adalah mengenai sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif (Beta = .18, p < .05). Pekali beta interaksi ini menandakan dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap autonomi yang tinggi berkait dengan pulangan harta yang tinggi. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan sikap autonomi PKS Bumiputera semakin tinggi berhubung dengan pulangan harta yang semakin rendah. Manakala keluk persekitaran terbatas yang rendah menerangkan sikap autonomi yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan harta yang semakin tinggi. Dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap autonomi berhubung dengan pulangan harta secara bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu H17a adalah tidak disokong.

H17b dan H17d merupakan hipotesis mengenai sikap inovatif dan sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi apabila persekitaran terbatas juga tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Keadaan ini menunjukkan kajian gagal mengaitkan sikap inovatif dan mengambil risiko untuk meningkatkan pulangan harta dalam persekitaran terbatas di kalangan PKS Bumiputera. Oleh sebab itu, H17b dan H17d adalah tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H17c adalah mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif (Beta = 0.30, p < .01). Pekali beta hubungan ini menandakan dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap proaktif yang semakin tinggi akan menjadikan pulangan harta yang semakin tinggi. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan kedua-dua keluk persekitaran terbatas berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Ini bermakna keluk persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan pulangan harta yang semakin rendah apabila sikap proaktif semakin tinggi. Manakala keluk persekitaran terbatas yang rendah menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan harta yang semakin tinggi. Dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap proaktif berhubung dengan pulangan harta yang bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H17c adalah tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H18a adalah mengenai sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi apabila persekitaran terbatas juga tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan negatif (Beta = .16, p < .05). Pekali beta ini menunjukkan dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap autonomi yang semakin tinggi akan menjadikan pulangan modal yang semakin rendah. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan kedua-dua keluk persekitaran terbatas berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan sikap autonomi yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin rendah. Manakala keluk persekitaran terbatas yang rendah menerangkan sikap autonomi yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin tinggi. Dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap autonomi berhubung dengan pulangan modal secara bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H18a adalah tidak disokong.

H18b adalah hipotesis yang menyatakan bahawa sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan negatif (Beta = -.40, p < .01). Pekali beta ini menunjukkan dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap inovatif yang semakin meningkat berhubung dengan pulangan modal yang semakin berkurangan. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan sikap inovatif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin rendah. Manakala keluk persekitaran terbatas yang rendah menerangkan sikap inovatif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin tinggi. Dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap inovatif PKS Bumiputera berhubung dengan pulangan modal secara bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H18b adalah tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H18c adalah mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif (Beta = .69, p < .01). Pekali beta terma interaksi ini menunjukkan bahawa dalam persekitaran terbatas yang tinggi, sikap proaktif yang semakin tinggi akan meningkatkan pulangan modal. Pemeriksaan post-hoc yang dilakarkan dalam Rajah 5.12 menghasilkan keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin tinggi. Manakala keluk persekitaran terbatas yang rendah menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin rendah. Dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap proaktif berhubung dengan pulangan modal selaras dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H18c disokong.

Rajah 5.12 Kesan interaksi persekitaran terbatas ke atas hubungan sikap proaktif dengan pulangan modal.

Pernyataan hipotesis H18d adalah berkaitan dengan sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan negatif (Beta = -0.21, p < .05). Pekali beta terma interaksi ini menunjukkan bahawa persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang rendah. Pemeriksaan post-hoc menunjukkkan keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah berinteraksi secara selari (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah menerangkan sikap mengambil risiko PKS Bumiputera yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin rendah. Penemuan ini menandakan dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap mengambil risiko berhubung dengan pulangan modal secara bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H18d tidak disokong.

5.11 Ringkasan Penemuan Kajian

Kajian ini berjaya mengutip data dari 210 PKS Bumiputera di kawasan utara Malaysia. Sebanyak 160 PKS Bumiputera digolongkan sebagai responden yang memberikan maklum balas awal dan 50 PKS Bumiputera digolongkan sebagai responden yang memberikan maklum balas lewat. Ujian bias maklum balas mendapati tiga pemboleh ubah yang menunjukkan perbezaan yang signifikan dan dikeluarkan dari analisis berikutnya untuk memastikan semua pemboleh ubah yang digunakan bebas dari sebarang ralat.

Ketepatan pengukuran dianalisa menggunakan analisis faktor terhadap pemboleh ubah orientasi keusahawanan menghasilkan empat faktor. Manakala persekitaran yang ditanggap menghasilkan lima faktor. Setiap faktor dilakukan analisis kebolehpercayaan dan keputusannya menunjukkan kebolehpercayaan Cronbach’s alpha melebihi .50 sesuai untuk analisis seterusnya.

Hipotesis dinyatakan semula apabila bilangan pemboleh ubah yang dianalisa berbeza dengan bilangan pemboleh ubah yang dicadangkan dalam kerangka penyelidikan. Sebanyak 72 hipotesis dinyatakan semula merangkumi 12 hipotesis hubungan langsung di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi dan 60 hipotesis hubungan interaksi persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi.

Untuk ujian hipotesis hubungan langsung, 3 hipotesis diterima, 9 hipotesis ditolak. Walaupun 6 hipotesis menunjukkan hubungan yang signifikan tetapi 3 darinya ditolak kerana pekali beta menunjukkan arah yang bertentangan dengan pernyataan hipotesis, dan 6 hipotesis lagi menunjukkan hubungan langsung yang gagal dibuktikan.

Dalam ujian hipotesis interaksi, sebanyak 60 hipotesis diuji. Sebanyak 33 pekali beta terma interaksi adalah signifikan, hanya 12 hipotesis diterima setelah dilakukan pemeriksaan post-hoc dengan membahagikan pemboleh ubah orientasi keusahawanan dan persekitaran yang ditanggap kepada dua sampel. Sebanyak 48 hipotesis ditolak, walaupun 33 hipotesis menunjukkan pekali beta yang signifikan. Jadual 5.14 meringkaskan keputusan ujian hipotesis seperti berikut:

Jadual 5.14

Ringkasan Keputusan Ujian Hipotesis

Pernyataan Hipotesis

Disokong/Tidak disokong

H1a: Sikap berautonomi berhubung secara positif dengan PJ

H1b: Sikap berinovatif berhubung secara positif dengan PJ

H1c: Sikap proaktif berhubung secara positif dengan PJ

H1d: Sikap mengambil risiko berhubung secara positif dgn PJ

H2a: Sikap berautonomi berhubung secara positif dengan PH

H2b: Sikap berinovatif berhubung secara positif dengan PH

H2c: Sikap proaktif berhubung secara positif dengan PH

H2d: Sikap mengambil risiko berhubung secara positif dgn PH

H3a: Sikap berautonomi berhubung secara positif dengan PM

H3b: Sikap berinovatif berhubung secara positif dengan PM

H3c: Sikap proaktif berhubung secara positif dengan PM

H3d: Sikap mengambil risiko berhubung secara positif dgn PM

H4a: Sikap berautonomi berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi

H4b: Sikap berinovatif berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi

H4c: Sikap proaktif berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi

H4d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi

H5a: Sikap berautonomi berhubung dengan PH yang tinggi

dalam persekitaran membantu juga tinggi

H5b: Sikap berinovatif berhubung dengan PH yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi

H5c: Sikap proaktif berhubung dengan PH yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi

H5d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PH yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi

H6a: Sikap berautonomi berhubung dengan PM yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi

H6b: Sikap berinovatif berhubung dengan PM yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi

H6c: Sikap proaktif berhubung dengan PM yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi

H6d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PM yang tinggi

dalam persekitaran membantu yang tinggi

H7a: Sikap berautonomi berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H7b: Sikap berinovatif berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H7c: Sikap proaktif berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H7d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam persekitaran bergolak yang tinggi

Tidak disokong

Disokong

Tidak disokong

Tidak disokong

Disokong

Disokong

Tidak disokong

Tidak disokong

Disokong

Tidak disokong

Tidak disokong

Tidak disokong

Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Disokong


Jadual 5.14... sambungan

Pernyataan Hipotesis

Disokong/Tidak disokong

H8a: Sikap berautonomi berhubung dengan PH yang tinggi

dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H8b: Sikap berinovatif berhubung dengan PH yang tinggi

dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H8c: Sikap proaktif berhubung dengan PH yang tinggi

dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H8d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PH yang tinggi

dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H9a: Sikap berautonomi berhubung dengan pulangan PM yang

tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H9b: Sikap berinovatif berhubung dengan PM yang tinggi

dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H9c: Sikap proaktif berhubung dengan PM yang tinggi

dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H9d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PM yang tinggi

dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H10a: Sikap berautonomi berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam persaingan yang tinggi

H10b: Sikap berinovatif berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H10c: Sikap proaktif berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam persaingan yang tinggi

H10d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam persaingan yang tinggi

H11a: Sikap berautonomi berhubung dengan PH yang tinggi

dalam persaingan yang tinggi

H11b: Sikap berinovatif berhubung dengan PH yang tinggi

dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H11c: Sikap proaktif berhubung dengan PH yang tinggi

dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H11d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PH yang tinggi

dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H12a: Sikap berautonomi berhubung dengan PM yang tinggi

dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H12b: Sikap berinovatif berhubung dengan PM yang tinggi

dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H12c: Sikap proaktif berhubung dengan PM yang tinggi

dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H12d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PM yang

tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H13a: Sikap berautonomi berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H13b: Sikap berinovatif berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam kedinamikan pasaran yang tinggi


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Disokong


Tidak disokong


Disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Disokong


Disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong



Jadual 5.14... sambungan

Pernyataan Hipotesis

Disokong/Tidak disokong

H13c: Sikap proaktif berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H13d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H14a: Sikap berautonomi berhubung dengan PH yang tinggi

dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H14b: Sikap berinovatif berhubung dengan PH yang tinggi

dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H14c: Sikap proaktif berhubung dengan PH yang tinggi

dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H14d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PH yang tinggi

dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H15a: Sikap berautonomi berhubung dengan PM yang tinggi

dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H15b: Sikap berinovatif berhubung dengan PM yang tinggi

dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H15c: Sikap proaktif berhubung dengan PM yang tinggi

dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H15d:Sikap mengambil risiko berhubung dengan PM yang tinggi

dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H16a: Sikap berautonomi berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H16b: Sikap berinovatif berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H16c: Sikap proaktif berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H16d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PJ yang tinggi

dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H17a: Sikap berautonomi berhubung dengan PH yang tinggi

dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H17b: Sikap berinovatif berhubung dengan PH yang tinggi

dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H17c: Sikap proaktif berhubung dengan PH yang tinggi

dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H17d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PH yang tinggi

dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H18a: Sikap berautonomi berhubung dengan PM yang tinggi

dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H18b: Sikap berinovatif berhubung dengan PM yang tinggi

dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H18c: Sikap proaktif berhubung dengan PM yang tinggi

dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H18d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PM yang

tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi

Tidak disokong


Disokong


Tidak disokong


Disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Tidak disokong


Disokong


Tidak disokong


Nota: PJ = Pulangan Jualan, PH = Pulangan Harta, PM = Pulangan Modal.