GAYA PERSONALITI GAYA PEMBELAJARAN STRAT

GAYA PERSONALITI, GAYA PEMBELAJARAN, STRATEGI PEMBELAJARAN DAN PENCAPAIAN
DALAM SUBJEK EKONOMI
Rosmawati Mamat
Kolej Matrikulasi Kedah
Abstrak:
Kajian ini melihat perbezaan gaya personaliti, gaya pembelajaran, strategi pembelajaran dan hubungan
dengan pencapaian pelajar dalam subjek ekonomi di kolej Matrikulasi Kedah. Sampel kajian terdiri
daripada 154 orang pelajar jurusan perakaunan. Data kajian diperolehi daripada markah Ujian
Pertengahan Semester 1 (UPS 1) dan borang soal selidik yang diadaptasi dari Myers Brigg Type
Indicator (MBTI) untuk mengukur gaya personaliti dan gaya pembelajaran dan Learning and Study
Strategies Inventory (LASSI) untuk mengukur strategi pembelajaran. Kebolehpercayaan soal selidik
adalah 0.6. Hasil kajian mendapati pelajar perempuan introvert menunjukkan prestasi yang lebih baik
dalam subjek ekonomi berbanding pelajar-pelajar lain. Hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan
personaliti yang signifikan antara kaum dimana pelajar Bumiputera lebih ramai yang bersifat ekstrovert
dan Bukan Bumiputera bersifat Introvert. Dari segi strategi pembelajaran, didapati strategi ujian
menunjukkan hubungan positif yang signifikan dengan pencapaian pelajar dimana pelajar cemerlang
didapati mempunyai strategi ujian yang lebih baik berbanding pelajar lemah. Hasil kajian juga mendapati
terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi sikap dan pemilihan isi utama bagi pelajar Bumiputera
dan Bukan Bumiputera.
PENGENALAN
Pendidikan ekonomi membantu pelajar membina pengetahuan kritikal dan kemahiran yang diperlukan

dalam usaha membuat keputusan yang bijak bagi membantu pembentukan polisi ekonomi sesebuah
Negara (Schug, 1982). Pendidikan ekonomi berlandaskan kepada asas sebenar ekonomi iaitu masalah
sumber yang terhad dan kehendak yang tidak terhad sehingga menyebabkan manusia terpaksa
membuat pilihan. Walaubagaimanapun, berdasarkan keadaan realiti pendidikan ekonomi semasa,
kebanyakan pelajar masih lagi teragak-agak untuk belajar ekonomi. Antara alasan yang diberikan adalah
untuk belajar ekonomi, seseorang itu memerlukan kemampuan dari segi pemikiran abstrak dan aplikasi.
Pelajar juga perlu mempunyai keupayaan untuk menyatakan idea-idea yang kompleks secara logik dan
lancar (Johnston & James, 2000). Untuk memahami ekonomi, seseorang pelajar perlu membuat
pemerhatian kepada aspek-aspek spesifik berkaitan dengan perlakuan manusia dan peristiwa. Ia
merupakan proses untuk mendapatkan maklumat, membina model konsepsual dan menggunakan model
tersebut untuk menilai dan menganalisa situasi-situasi dan alternatif yang berbeza (Zeigert, 2000).
Secara umumnya, kebanyakan pelajar hanya memandang ekonomi sebagai subjek yang susah.
Dalam usaha untuk memahami variasi dalam pencapaian pelajar, banyak kajian telah dijalankan bagi
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek ekonomi, khususnya
faktor personaliti, gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran. Namun begitu, kebanyakan kajian
tertumpu di negara-negara maju yang berlainan dari segi budaya dan cara hidup masyarakatnya.
Mengikut Hayes dan Allinson (1988), Hofstede (1997) dan Pratt (1991), budaya sesebuah negara
merupakan salah satu agen sosialisasi yang sangat berkuasa dan mempunyai impak yang besar dalam
pembangunan gaya pembelajaran. Oleh itu, satu kajian khusus perlu dilakukan bagi memahami
pengaruh faktor-faktor tersebut khususnya di peringkat Matrikulasi.

Pelajar matrikulasi perakaunan terdiri daripada pelajar Bumiputera dan Bukan Bumiputera yang
dipilih berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kumpulan pelajar ini merupakan kumpulan
pelajar pilihan yang telah memenuhi syarat minimum kelayakan yang telah ditetapkan. Namun begitu,
masih terdapat variasi yang tinggi dari segi pencapaian akademik semasa pengajian di Kolej Matrikulasi.
Analisis keputusan peperiksaan menunjukkan terdapat ramai pelajar yang gagal mencapai tahap
pencapaian yang memuaskan terutamanya pelajar Bumiputera. Sehubungan dengan itu, punca sebenar
mengapa ada pelajar yang berjaya dan ada pelajar yang tidak berjaya perlu dikaji dan dianalisis.
Penyelidik akan cuba mengkaji pengaruh gaya personaliti, gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran
ke atas pencapaian pelajar. Isu pencapaian pelajar merupakan isu yang perlu diberi perhatian khususnya
di Negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum seperti Malaysia. Kajian ini juga cuba
mengenalpasti perbezaan dalam faktor-faktor tersebut jika dikaji dari aspek kaum dan jantina. Memahami

1

bagaimana personaliti yang berbeza mendapat dan memproses maklumat, gaya pembelajaran dan
strategi yang berbeza yang digunakan oleh pelajar dan hubungannya dengan pencapaian, akan
membantu ke arah penggunaan kaedah pengajaran yang lebih berkesan dan memberi manafaat kepada
semua pelajar ekonomi. Federico (2000) menyatakan bahawa dengan memahami gaya pelajar,
seseorang pendidik dapat mempertingkatkan perancangan, penghasilan, dan menerapkan pengalaman
pendidikan, seterusnya mereka akan menjadi lebih selari dengan keinginan pelajar, dalam usaha untuk

meningkatkan pembelajaran mereka, pengekalan dan penerimaan.
OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan perbincangan di atas, objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk mengenalpasti dan
menerangkan hubungan antara gaya personaliti, gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran dengan
pencapaian pelajar dalam subjek ekonomi. Hasil dari kajian ini akan dapat digunakan untuk
mempelbagaikan teknik pengajaran di dalam kelas dan dapat memberi maklumat kepada tenaga
pengajar untuk lebih memahami tentang peranan gaya personaliti seseorang pelajar dalam pengajaran
dan pembelajaran. Tenaga pengajar juga dapat menerapkan kepada pelajar tentang strategi-strategi
tertentu untuk meningkatkan pencapaian mereka.
SOROTAN LITERATUR
Subjek ekonomi adalah suatu subjek yang abstrak dan lebih kepada pengiraan berbanding dengan
bidang lain. Berdasarkan pengalaman penyelidik, subjek ekonomi akan membangkitkan perasaan takut
dan bimbang dikalangan pelajar. Ketakutan ini mungkin akan menimbulkan kesan positif kerana ini akan
membuatkan pelajar lebih berusaha. Tetapi jika kebimbangan itu berlebihan, ianya akan memberikan
kesan negatif kepada pencapaian pelajar. Kajian tentang pencapaian pelajar dalam subjek ekonomi telah
menghasilkan beberapa penemuan. Antaranya, pencapaian pelajar didapati mempunyai hubungan yang
positif dengan pencapaian lepas, pencapaian dalam subjek matematik, sikap dan usaha pelajar.
Ahli psikologi pendidikan telah lama mengakui bahawa orang yang berbeza akan belajar secara
berbeza dan jenis personaliti memainkan peranan penting dalam menentukan cara yang paling baik bagi
seseorang itu belajar. Borg dan Shapiro (1996) dan Zeigert (2000) mendapati bahawa gaya personaliti

memainkan peranan penting dalam pencapaian pelajar dalam subjek ekonomi. Kajian mereka mendapati
pelajar introvert (I) mempunyai prestasi yang baik dalam ekonomi daripada pelajar ekstravert (E).
Keadaan ini berlaku kerana perbezaan gaya pembelajaran pelajar introvert dan ektrovert. Menurut
Keirsey dan Bates, pelajar ekstrovert belajar dengan baik dalam situasi yang dipenuhi dengan tindakan
dan percakapan (action and talk). Mereka suka belajar fakta dan teori-teori yang berhubungan dengan
pengalaman mereka sendiri, dan dapat belajar dengan baik melalui perbincangan kumpulan dan projekprojek kooperatif. Pelajar introvert lebih senyap dan kurang aktif dalam kelas. Mereka suka pembelajaran
yang berpusatkan guru, pengajaran berbentuk kuliah dan aktiviti secara bersendirian seperti membaca
dan membuat refleksi. Perbezaan ini menjadi punca kenapa pelajar introvert lebih berjaya dalam subjek
ekonomi kerana kebanyakan kelas ekonomi adalah berdasarkan kuliah, berpusatkan guru dan
memerlukan pelajar membaca dan belajar secara bersendirian. Pelajar ’thinking’ (T) didapati mengatasi
pelajar ’feeling’ (F), dan Intuitive (N) lebih baik dari pelajar ’sensing’ (S). Dari segi jantina, pelajar introvert
perempuan mempunyai pencapaian dalam subjek ekonomi peringkat tinggi yang lebih baik berbanding
semua pelajar ekstrovert bagi kedua-dua jantina. Sebaliknya, secara statistik pelajar lelaki introvert tidak
menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar ekstrovert bagi kedua-dua jantina. Keadaan
ini menunjukkan bahawa pencapaian yang cemerlang pelajar introvert adalah disebabkan oleh pelajar
perempuan dalam sampel. Pelajar lelaki dianggap lebih bersifat pemikir (thinker-T) dari pelajar
perempuan, dan pelajar perempuan lebih bersifat mengikut perasaan (feelers-F) berbanding pelajar
lelaki, keputusan ini mempunyai implikasi terhadap perbandingan pencapaian antara pelajar lelaki dan
perempuan dalam subjek ekonomi.
Kajian Borg dan Shapiro (1996) mendapati pelajar yang mempunyai kombinasi pembawaan KeirseyBates sensing/judging (SJ) yang berkait rapat dengan ciri-ciri pelajar bergantung (dependent learner)

dalam gaya pembelajaran Grasha-- Reichmann adalah lebih berjaya dalam subjek ekonomi berbanding
lain-lain kombinasi Keirsey-Bates seperti sensing/perceiving (SP) (collaborative learners),
intuitive/thinking (NT) (independent learners), atau intuitive/feeling (NF) (collaborative learners). Keadaan
ini berlaku kerana pelajar SJ lebih suka kepada kelas yang berasaskan kuliah dan berpusatkan guru.
Merujuk kepada faktor kaum, Borg dan Shapiro mendapati bahawa African Americans tidak menunjukkan
prestasi yang rendah dari pelajar bukan kulit hitam (nonblacks) dalam subjek ekonomi. Mereka

2

menunjukkan prestasi yang sama dengan kebanyakan pelajar dari kaum-kaum lain, tetapi mereka kurang
mampu untuk menjadi pelajar cemerlang (nonblack SJs dan NTs) dan mengatasi pelajar-pelajar lain.
Kajian yang dilakukan oleh Borg dan Shapiro (1996) juga mendapati dari 16 jenis personaliti dalam MBTI,
jenis personaliti ENTP, ESTP dan ENFP menunjukkan prestasi paling lemah dalam subjek ekonomi
berbanding ISTJ.
Teori pembelajaran mencadangkan pelajar akan menunjukkan pencapaian yang baik dalam kelas
apabila gaya pembelajaran mereka adalah sama dengan gaya pengajaran pensyarah, dan kedua-dua
gaya ini adalah berkait dengan gaya personaliti. Borg dan Shapiro (1996) dan Ziegert (2000) dalam
kajiannya memasukkan pembolehubah yang mengukur sejauhmana persamaan personaliti pelajar dan
pensyarah mempengaruhi pencapaian pelajar.Hasil kajian mendapati bahawa persamaan pembolehubah
personaliti akan menghasilkan kesan positif ke atas pencapaian pelajar dalam subjek ekonomi, manakala

Zeigert mendapati tidak ada kesan yang signifikan samada positif atau negatif.
Bersamaan dengan karya dalam gaya pembelajaran, karya dalam strategi pembelajaran juga
meninjau perbezaan cara pembelajaran (Pintrich & Johnson, 1990; Cross & Steadman, 1996); Weinstein
& Meyer, 1991). Berdasarkan anggapan tentang kestabilan dan kurang kawalan individu, karya dalam
gaya pembelajaran mencadangkan bahawa berkemungkinan susah untuk pelajar mengubah gaya
pembelajaran (Pintrich & Johnson, 1990). Bagaimanapun karya dalam strategi pembelajaran
menganggap motivasi pelajar dan penggunaan strategi pembelajaran boleh dikawal oleh pelajar dan
berubah melalui pengajaran. Mengikut Cross dan Steadman (1996), strategi pembelajaran kognitif
merupakan kemahiran dari segi perangai (behavioral skills) yang boleh pelajar gunakan untuk
meningkatkan kefahaman, mengintegrasi, dan mengekalkan maklumat baru.
Chun-Shih dan Gamon (2002) mencadangkan supaya pendidik membantu pelajar dalam memahami
dan menguasai strategi pembelajaran yang berbeza untuk menjadikan mereka pelajar yang berjaya.
Sebagai tambahan, pendidik perlu menyediakan pelajar dengan peluang-peluang dalam penggunaan
pelbagai strategi pembelajaran untuk memastikan kefahaman pelajar, mengintegrasi, dan mengekalkan
konsep-konsep kursus.
Strategi pembelajaran merupakan penunjuk yang penting untuk membezakan pencapaian pelajar di
peringkat Matrikulasi. Pelajar cemerlang selalunya mempunyai skor yang tinggi dan positif terhadap
beberapa strategi belajar berbanding pelajar lemah. Mereka biasanya lebih bermotivasi, berdisiplin, dan
lebih bersedia untuk berkerja keras (Yip & Chung, 2002). Pelajar yang berjaya menunjukkan kemahiran
belajar yang baik iaitu mempunyai sikap yang positif, tahap kerisauan yang rendah, boleh memberi

tumpuan dan memproses maklumat dengan baik. Pelajar tersebut juga mempunyai motivasi yang tinggi
dan menggunakan matlamat diri sebagai panduan. Apabila mengulangkaji, pelajar tesebut tidak
mempunyai masalah untuk menentukan isi utama melalui penggunaan bahan bantu belajar untuk ujian
kendiri. Pelajar tersebut juga mempunyai pengurusan masa yang baik iaitu tidak belajar disaat-saat akhir
sebelum peperiksaan dan menggunakan strategi menghadapi ujian dalam peperiksaan. Kemahirankemahiran yang tersebut adalah suatu keperluan untuk pencapaian yang baik bagi seseorang pelajar.
KERANGKA KONSEP
Jenis personaliti, gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran memainkan peranan penting dalam
pendidikan untuk mengenali diri dan kekuatan seseorang individu dalam pembelajaran, serta menjadi
rangsangan bagi perkembangan dalam pembelajaran. Menurut Boon dan Ragbir Kaur (1998), setiap
pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri yang ditentukan pula oleh personaliti diri yang
berbeza. Menurut Lee (1998), personaliti seseorang dan perbezaan individu amat mempengaruhi gaya
pembelajaran. Manakala perbezaan yang dinyatakan dalam konteks ini bukan berkaitan dengan
kecerdasan. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar akan mempengaruhi pencapaian pelajar
dan gaya pembelajaran yang berbeza akan menghasilkan pencapaian yang berbeza (Matthews, 1996).
Karya-karya yang berkenaan dengan gaya pembelajaran menyatakan bahawa cara pelajar melihat,
mengurus dan bertindakbalas terhadap situasi-situasi pembelajaran yang berbeza dianggap sebagai
stabil dan di luar kawalan. Bagaimanapun, karya-karya tentang strategi pembelajaran menganggap
bahawa penggunaan strategi pembelajaran boleh dikawal oleh pelajar dan berubah melalui pengajaran
(Curry, 1990; Garger & Guild, 1984; Pintrich & Johnson, 1990). Berdasarkan pernyataan ini maka
penyelidik merumuskan bahawa gaya pembelajaran yang sesuai dengan sesuatu subjek akan

meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut. Namun begitu, bagi pelajar yang tidak
mempunyai gaya personaliti dan gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan sesuatu subjek masih
boleh meningkatkan pencapaian mereka dengan cara penggunaan strategi pembelajaran yang betul.

3

Oleh itu, kajian ini cuba untuk mengenalpasti gaya personaliti dan gaya pembelajaran yang mempunyai
hubungan positif dengan pencapaian pelajar dalam subjek ekonomi. Disamping itu, strategi pembelajaran
yang sesuai dan berkesan juga akan dikenalpasti untuk meningkatkan pencapaian pelajar.
Berdasarkan kerangka teori yang dibincangkan, penyelidik membentuk kerangka kajian seperti Rajah
1 di bawah. Gaya personaliti akan mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang pelajar dan ia adalah
stabil dan sukar diubah dan seterusnya gaya pembelajaran akan menentukan pencapaian seseorang
pelajar. Namun begitu, penggunaan strategi pembelajaran yang bersesuaian akan dapat meningkatkan
pencapaian seseorang pelajar biarpun gaya pembelajaran yang digunakan tidak bersesuaian dengan
sifat sesuatu subjek.






Gaya personaliti
Gaya pembelajaran
Strategi pembelajaran

Pencapaian Pelajar
Rajah 1

KAEDAH KAJIAN
Populasi kajian ini terdiri daripada 172 orang pelajar jurusan perakaunan di Kolej Matrikulasi Kedah
(KMK). Disebabkan saiz populasi yang agak kecil, maka soal selidik diedarkan kepada semua pelajar.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen soal selidik dalam mendapatkan data kajian daripada
responden. Satu set borang soal selidik digunapakai bagi mendapatkan maklumat yang merangkumi
soalan-soalan berkaitan dengan objektif kajian. Soalan-soalan yang terkandung dalam soal selidik ini
dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A direkabentuk untuk mengetahui strategi pembelajaran
respondan. Bahagian B pula mengandungi soalan yang berkaitan dengan penentuan ciri-ciri personaliti
pelajar. Berdasarkan jawapan pelajar menggunakan kaedah MBTI, penyelidik akan dapat mengenalpasti
personaliti pelajar dan seterusnya gaya pembelajaran melalui empat pembawaan Keirsey Bates. Selain
daripada itu, maklumat pelajar seperti kaum, jantina, markah Ujian Pertengahan Semester 1 (UPS1),
sekolah asal dan merit diperoleh dari Matrix Information System (MIS) KMK.
Ukuran Pembolehubah

a. Pencapaian Pelajar
Markah subjek ekonomi dalam UPS 1 yang telah dijalankan pada 24 Julai 2007 digunakan untuk
mengukur pencapaian pelajar. Markah UPS akan memberikan pemberat sebanyak 10% dari keseluruhan
markah bagi subjek ekonomi. Markah UPS1 dipilih kerana kajian ini adalah merupakan kajian di peringkat
awal dan peperiksaan akhir masih belum dijalankan ke atas sampel kajian ini. Untuk menjalankan ujian
lanjut ke atas pelajar, dua kumpulan pelajar dibentuk berdasarkan pencapaian dalam UPS menggunakan
”ujian kluster” iaitu pelajar lemah (min=7.12) dan pelajar cemerlang (min=8.94).
b. Gaya Personaliti
Penentuan ciri-ciri personaliti dilakukan dengan menggunakan soal selidik yang dikemukakan oleh Myres
dan Briggs melalui Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Responden hanya perlu memilih satu daripada
dua jawapan iaitu “a” atau “b”. Respondan akan mengisi jawapan dalam borang jawapan yang disediakan
dan skor bagi setiap kategori akan dikira secara manual. Kaedah MBTI digunakan kerana ia merupakan
kaedah popular yang banyak digunakan bagi mengkaji kesan personaliti terhadap pencapaian pelajar
(Borg & Shapiro, 1996; Zeigert, 2000) termasuk subjek ekonomi. Kaedah MBTI digunakan untuk
mengenalpasti empat keutamaan iaitu:
1. Bagaimana seseorang berurusan – Extrovert (E) atau Introvert (I).
2. Bagaimana seseorang melihat informasi dan data – Sensing (S) atau Intuition (N).
3. Bagaimana seseorang membuat keputusan – Thinking (T) atau Feeling (F).
4. Cara pengurusan hidup seseorang – Judging (J) atau Perceiving (P).
Gabungan keempat-empat keutamaan personaliti ini pula akan membentuk salah satu daripada 16 jenis

personaliti berikut:

4

Gabungan 4 jenis perwatakan
Jenis personaliti
Extrovert Intuitive Feeling Perceiving (ENFP)
Pengilham
Introvert Intuitive Feeling Perceiving (INFP)
Idealis
Introvert Sensing Thinking Judging (ISTJ)
Penyempurna tugas
Introvert Sensing Feeling Perceiving (ISFP)
Artis
Extrovert Sensing Thinking Perceiving (ESTP)
Pelaku
Extrovert Intuitive Thinking Perceiving (ENTP)
Penyokong wawasan
Extrovert Intuitive Thinking Judging (ENTJ)
Eksekutif
Introvert Intuition Feeling Judging (INFJ)
Pelindung
Extrovert Sensing Feeling Perceiving (ESFP)
Pelaksana
Introvert Sensing Thinking Perceiving (ISTP)
Mekanik
Introvert Intuitive Thinking Judging (INTJ)
Saintis
Extrovert Sensing Thinking Judging (ESTJ)
Penjaga
Extrovert Intuitive Feeling Judging (ENFJ)
Pemberi
Introvert Sensing Feeling Judging (ISFJ)
Pengasuh
Extrovert Sensing Feeling Judging (ESFJ)
Pemberi perlindungan
Introvert Intuitive Thinking Perceiving (INTP)
Pemikir
Sumber: http://www.personalitypathways.com/type_inventory.html
c. Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran pelajar diukur melalui Keirsey dan Bates Temperament Sorter iaitu berdasarkan 16
jenis personaliti MBTI di atas. Gabungan jenis personaliti dalam MBTI akan menghasilkan jenis
pembawaan seseorang pelajar. Pembawaan ini akan mempengaruhi gaya pembelajaran berasaskan
personaliti. Daripada 16 jenis personaliti yang dihasilkan mengikut MBTI, gaya pembelajaran Keirsey
Bates dapat dibina (secara manual) iaitu gaya pembelajaran berasaskan empat pembawaan berikut:
1.
2.
3.
4.

Pembawaan SJ (Guardian ): ISFJ, ESFJ, ISTJ , ESTJ
Pembawaan SP (Artisan): ISTP, ESTP, ISFP , ESFP
Pembawaan NF (Idealist): INFJ, ENFJ, INFP, ENFP
Pembawaan NT (Rationalist): INTP, ENTP, INTJ , ENTJ

Pelajar SJ belajar secara sistematik. Pelajar–pelajar pembawaan ini boleh mengikuti sistem pendidikan
sedia ada. Aktiviti yang digemari lebih kepada sesuatu yang berstruktur dan terarah. Suka menghafal dan
melakukan kerja secara terperinci. Sebagai guru pendekatan yang sesuai bagi pembawaan SJ ialah
menjalankan aktiviti menggunakan komputer dengan bahan perisian berbentuk tutorial diikuti dengan
latihtubi dan ujian online. Menggunakan strategi pembelajaran aktif samaada individu atau kumpulan.
Pelajar SP mudah bosan akan suatu sistem pembelajaran yang sama atau rutin. Pelajar ini
memerlukan input sensori, aksi dan penglibatan yang berterusan. Mereka tidak berminat kepada arahan,
penerangan yang panjang lebar dan “chalk and talk”. Oleh itu pembelajaran mereka sesuai dilakukan
secara penyelesaian masalah. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara pengalaman dimana
guru hanya bertindak sebagai fasilitator.
Pelajar NF merupakan pelajar bermotivasi tinggi, sentiasa menganggap dengan belajar akan
membantu kehidupan mereka. Pelajar ini mempunyai sikap suka membantu dan mempunyai empati yang
tinggi. Oleh itu pembelajaran koperatif sangat sesuai untuk mereka. Terdapat 5 elemen yang
menyebabkan ia sesuai bagi pelajar jenis NF iaitu dalam pembelajaran kumpulan koperatif, pelajar
bertanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran
kumpulan. Pelajar perlu melakukan tugasan bersama dengan berkongsi sumber, tolong menolong,
memberi dorongan dan mengiktirafkan kejayaan yang diperolehi antara satu sama lain
Pelajar NT suka berdikari,berkeinginan tinggi untuk belajar, mudah mahir dalam bidang-bidang yang
dipilih, tetapi tidak berminat dengan pembelajaran yang berbentuk diarah. Pelajar NT sukakan kebebasan
belajar dan meneroka sesuatu yang baru. Pelajar NT merupakan pelajar yang pintar. Pembelajaran
berbentuk penerokaan adalah sesuai bagi pelajar NT. Pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir
kritis dan kreatif akan menambahkan keupayaan berfikir pelajar-pelajar jenis ini.
Individu yang mempunyai pembawaan SJ berkait rapat dengan ciri-ciri pelajar bergantung
(dependent learner), pembawaan NT berkait rapat dengan pelajar tidak bergantung (independent

5

learners), pembawaan NF dan SP berada dalam kategori pelajar kolaboratif (collaborative learners)
dalam gaya pembelajaran Grasha–Reichmann (Borg dan Shapiro, 1996).
d. Strategi Pembelajaran
Pembolehubah yang digunakan untuk mengukur strategi pembelajaran diadaptasi dari Learning and
Study Strategies Inventory atau LASSI (Weinstein et al., 1998). LASSI mengandungi 10 dimensi dan
setiap dimensi terdiri daripada 8 item penilaian. Bagi tujuan kajian ini, hanya 4 item sahaja digunakan
untuk mengukur setiap dimensi. Setiap item bagi pembolehubah-pembolehubah usaha pelajar dan
strategi pembelajaran diukur menggunakan skala-4 iaitu: 1 = Sangat tidak setuju; 2 = Tidak Setuju; 3 =
Setuju; dan 4 = Sangat setuju. Sepuluh dimensi LASSI adalah seperti berikut:
1. Kebimbangan – perasaan bimbang tentang persekolahan dan ujian walaupun telah membuat
persediaan yang baik.
2. Sikap – minat dan sikap terhadap persekolahan; keinginan untuk melakukan tugasan akademik.
3. Penumpuan – kemampuan untuk memberi perhatian, tumpuan, dan memikirkan tentang bahan
pembelajaran, dan tidak mudah terganggu.
4. Pemprosesan maklumat – penggunaan perkataan dan huraian secara imaginasi; strategi menyusun
dan mengaitkan maklumat; kemahiran untuk memahami, memberi sebab; dan menggunakan lojik.
5. Motivasi – keinginan dan kemahuan untuk berkerja keras; tahap motivasi dan insentif untuk
persekolahan; ketekunan dan disiplin diri.
6. Penjadualan (pengurusan masa) – pengurusan masa yang baik ke atas tugasan akademik.
7. Pemilihan idea utama – kemampuan untuk mencari dan memahami isi-isi penting dan idea utama
dalam bahan kursus dan memberi penumpuan kepadanya semasa belajar.
8. Ujian kendiri – ulangkaji bahan kursus secara berterusan; pengujian tahap pemahaman; persediaan
untuk pelajaran.
9. Bahan bantu belajar – penggunaan pelbagai bahan bantu dan teknik untuk menyokong
pembelajaran; penggunaan kata kunci; contoh dan diagram untuk membantu pembelajaran.
10. Strategi Ujian – pengetahuan tentang pelbagai jenis ujian dan tahap persediaan yang diperlukan.
LASSI mengandungi 10-skala, 80-item penilaian tentang kesedaran pelajar mengenai strategi belajar dan
penggunaannya yang berkait rapat dengan komponen dalam pembelajaran strategik iaitu kemahiran,
keinginan, dan peraturan diri (self-regulation).
a. Komponen Kemahiran dalam pembelajaran Strategik :
Skala LASSI yang berkaitan dengan komponen kemahiran adalah ‘Pemprosesan Maklumat’, ‘Memilih isi
utama’ dan ‘Strategi ujian’. Skala-skala ini menilai strategi pembelajaran pelajar, kemahiran dan proses
pemikiran yang berkaitan dengan mengenalpasti, mendapat (acquiring) dan membina makna untuk
maklumat baru yang penting, idea dan prosedur-prosedur, dan bagaimana mereka membuat persediaan
dan memperlihatkan maklumat baru mereka dalam ujian-ujian atau lain-lain prosedur penilaian.
b. Komponen Kesediaan (Will) Dalam Pembelajaran Strategik:
Skala LASSI yang berkait dengan komponen kesediaan dalam pembelajaran strategik adalah: sikap
(Attitude), motivasi (Motivation) dan kebimbangan (Anxiety). Skala-skala ini mengukur keterbukaan
pelajar (students' receptivity) untuk mempelajari maklumat baru, sikap mereka dan minat di kolej,
ketekunan, disiplin diri, dan kesediaan untuk menerapkan usaha yang diperlukan untuk menyempurnakan
keperluan akademik dan tahap kerisauan mereka terhadap pencapaian pembelajaran.
c. Komponen Peraturan Diri (Self-regulation) Dalam Pembelajaran Strategik:
Skala LASSI yang berkait dengan komponen peraturan diri dalam pembelajaran strategik adalah:
Tumpuan (Concentration); Pengurusan Masa (Time Management); Ujian Kendiri (Self-Testing) dan Bahan
Bantu Belajar (Study Aids). Skala-skala ini mengukur bagaimana pelajar mengurus, atau mengatur diri
dan mengawal, keseluruhan proses pembelajaran melalui penggunaan masa secara berkesan, memberi
tumpuan dan mengekalkannya sepanjang masa, membuat pengujian untuk melihat samada mereka telah
mencapai kehendak pembelajaran dalam kelas, tugasan atau ujian, dan menggunakan sokongan belajar
seperti sesi ulangkaji, tutor atau ciri-ciri tertentu dalam buku teks.

6

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini akan dipersembahkan mengikut beberapa dapatan kajian iaitu latarbelakang
respondan, gaya personaliti, gaya pembelajaran, strategi pembelajaran dan hubungan pembolehubahpembolehubah tersebut dengan pencapaian pelajar dalam subjek ekonomi.
Latar belakang respondan
Soal selidik telah diedarkan kepada 174 responden dan hasil kutipan data menunjukkan seramai 154
orang telah mengembalikan semula borang soal selidik yang diberikan.

Jadual 1: Taburan Respondan
lelaki
race

Total

nonbumi
bumi

Count
Count
Count
% of
Total

Jantina
perempuan

Total

8

36

44

31
39

79
115

110
154

25.3%

74.7%

100.0%

Berdasarkan jadual 1, bilangan pelajar Bumiputera adalah yang paling ramai iaitu seramai 110
(71%) orang iaitu 79 orang pelajar perempuan dan 31 orang pelajar lelaki. Selebihnya seramai 44 (29%)
orang adalah pelajar Bukan Bumiputera yang terdiri dari 36 orang pelajar perempuan dan 8 orang pelajar
lelaki.
Jadual 2 : Taburan Kekerapan Pelajar Mengikut Kelayakan Masuk
Jantina

Race
non-bumi
bumi
0
6

Total
Count
6
% within
.0%
100.0%
100.0%
meritcode
merit
Count
8
18
26
sederhana
% within
30.8%
69.2%
100.0%
(81-90)
meritcode
merit tinggi
Count
0
7
7
(91-100)
% within
.0%
100.0%
100.0%
meritcode
Perempuan
Meritcode
merit rendah
Count
0
29
29
% within
.0%
100.0%
100.0%
meritcode
merit
Count
36
39
75
sederhana
% within
48.0%
52.0%
100.0%
meritcode
merit tinggi
Count
0
10
10
% within
.0%
100.0%
100.0%
meritcode
Jadual 2 menunjukkan taburan pelajar mengikut merit (kelayakan masuk), didapati 35 (%) orang
pelajar berada dalam kategori merit rendah (70-80). Kesemuanya adalah dari kalangan pelajar
Bumiputera iaitu 6 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan. Kategori merit sederhana (81-90)
terdiri dari 101 (%) orang pelajar iaitu 44 orang pelajar Non- Bumiputera dan 57 orang pelajar
Bumiputera. Dari 44 orang pelajar Non- Bumiputera merit sederhana, terdapat 8 orang pelajar lelaki dan
36 orang pelajar perempuan. Bagi pelajar Bumiputera, merit sederhana mengandungi 18 orang pelajar
lelaki dan 39 orang pelajar perempuan. Kategori merit tinggi (91-100) hanya mengandungi pelajar
Bumiputera seramai 17 (%) orang iaitu 7 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan.
Lelaki

Meritcode

merit rendah
(70-80)

7

Dimensi Gaya Personaliti
Jadual 3 di bawah menunjukkan dari seramai 110 orang pelajar
Bumiputera, 71 orang (64.5%)
mempunyai personaliti ekstrovert dan 39 orang (35.5%) mempunyai personaliti introvert. Bagi pelajar
Bukan Bumiputera, daripada seramai 44 orang pelajar, 20 pelajar (45.5%) dalam kategori ekstrovert dan
24 orang ( 54.5%) dalam kategori introvert. Secara keseluruhan, 91 orang pelajar (59%) dalam kategori
ekstrovert dan 63 orang (41%) dalam kategori introvert. Bagi dimensi SN, didapati dari seramai 110 orang
pelajar Bumiputera, 100 orang (91.0%) mempunyai personaliti sensing dan 10 orang (9.0%) mempunyai
personaliti intuition. Bagi pelajar Bukan Bumiputera, daripada seramai 44 orang pelajar, 37 pelajar
(84.0%) dalam kategori sensing dan 7 orang ( 16.0%) dalam kategori intuition. Secara keseluruhan, 137
orang pelajar (89%) dalam kategori sensing dan 17 orang (11.0%) dalam kategori intuition. Bagi dimensi
TF, didapati dari seramai 110 orang pelajar
Bumiputera, 66 orang (60.0%) mempunyai personaliti
thinking dan 44 orang (40.0%) mempunyai personality feeling. Bagi pelajar Bukan Bumiputera, daripada
seramai 44 orang pelajar, 18 orang pelajar (40.1%) dalam kategori thinking dan 26 orang ( 59.1%)
dalam kategori feeling. Secara keseluruhan, 84 orang pelajar (55.0%) dalam kategori thinking dan 70
orang (45.0%) dalam kategori feeling. Bagi dimensi JP pula, didapati dari seramai 110 orang pelajar
Bumiputera, 99 orang (90.0%) mempunyai personaliti judjing dan 11 orang (10.0%) mempunyai
personaliti perceiving. Bagi pelajar Bukan Bumiputera, daripada seramai 44 orang pelajar, 41 orang
pelajar (93.2%) dalam kategori judging dan 3 orang ( 6.8%) dalam kategori perceiving. Secara
keseluruhan, 140 orang pelajar (91.0%) dalam kategori judging dan 14 orang (9.0%) dalam kategori
perceiving.

Jadual 3: Taburan respondan Mengikut Dimensi Personaliti
Kaum
EI
SN
TF
JP

Ekstrovert
Introvert
Sensing
Intuition
Thinking
Feeling
Judging
Perceiving

Bukan Bumiputera
20
24
37
7
18
26
41
3

Jumlah
Bumiputera
71
39
100
10
66
44
99
11

91
63
137
17
84
70
140
14

Berdasarkan jadual 4, didapati gaya personaliti yang paling tinggi adalah ESTJ, ESFJ, ISTJ dan ISFJ.
Bagi kategori ESTJ terdapat seramai 49 orang pelajar yang terdiri dari 7orang pelajar Bukan Bumiputera
(14.3%) dan 42 orang pelajar Bumiputera (85.7%). Kategori ESFJ mengandingi seramai 30 orang
pelajar, Bumiputera 21 orang (70%) dan Bukan Bumiputera 9 orang (30%). Kategori ISTJ seramai 27
orang dengan 10 orang (37%) Bukan Bumiputera dan 17 orang Bumiputera (63%). Kategori ISFJ,
mengandungi 24 orang pelajar, 10 orang (41.7%) pelajar Bukan Bumiputera dan 14 orang (58.3%)
pelajar Bumiputera.
Jadual 4: Taburan 16 Jenis Personaliti MBTI
Kaum
Jumlah
Bukan Bumiputera
Bumiputera
ENFP
0
3
3
INFP
1
0
1
ISTJ
10
17
27
ISFP
0
1
1
ESTP
0
1
1
ENTP
1
0
1
INFJ
3
2
5
ESFP
1
2
3

8

ISTP
INTJ
ESTJ
ENFJ
ISFJ
ESFJ
INTP
Jumlah

0
0
7
2
10
9
0

2
2
42
1
14
21
2

2
2
49
3
24
30
2
154

Jadual 5 menunjukkan majoriti pelajar berada dalam kategori SJ iaitu seramai 130 orang iaitu terdiri dari
94 orang (72.3%) pelajar Bumiputera dan 36 orang (27.7%) pelajar Bukan Bumiputera.

SP
SJ
NF
NT
Total

Jadual 5: Gaya pembelajaran Berasaskan Personaliti
Race
Bukan Bumiputera
Bumiputera
1
6
36
94
6
6
1
4
44
110

Total
7
130
12
5
154

Perbezaan Personaliti dan Pencapaian

Jadual 4: Perbezaan Personaliti dan Pencapaian
EI

Ekstrovert
Introvert
SN
Sensing
Intuition
TF
Thinking
Feeling
JP
Judging
Perceiving
signifikan pada 0.01

Min
7.8308
8.3175
8.0146
8.1529
7.9393
8.1386
8.0407
7.9214

Signifikan
0.009*
0.637
0.280
0.709

Ujian T menunjukkan hanya dimensi Ekstrovert/Introvert yang menunjukkan perbezaan yang
signifikan dengan pencapaian (sig= 0.009). Pelajar introvert didapati mempunyai pencapaian yang lebih
baik (mean=8.32) berbanding pelajar ekstrovert (mean=7.83). Ujian ke atas jantina dan kaum untuk
dimensi EI mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar Bumiputera
dan Bukan Bumiputera dan dari segi jantina perbezaan yang signifikan (0.005) hanya wujud bagi pelajar
perempuan. Pelajar perempuan introvert didapati mempunyai pencapaian yang lebih baik (min=8.32)
berbanding pelajar perempuan ekstrovert (min=7.71). bagi pelajar lelaki, walaupun tidak ada perbezaan
dalam pencapaian, nilai min pelajar introvert lelaki lebih tinggi (8.32) berbanding pelajar eksrovert (8.25).
Kesimpulannya, pelajar introvert yang mempunyai pencapaian yang baik itu adalah diwakili oleh pelajar
perempuan. Seterusnya ujian ANOVA digunakan untuk menguji perbezaan pencapaian pelajar
berdasarkan 16 jenis personaliti dalam MBTI. Hasil dari ujian yang dilakukan, tidak terdapat perbezaan
yang signifikan dalam pencapaian bagi semua jenis personalliti.

9

Perbezaan Gaya Pembelajaran dan Pencapaian
Ujian ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian bagi semua gaya
pembelajaran (SJ,SP, NT dan NF) sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual.
Sum of
Squares
Between
Groups
Within Groups
Total

Mean
Square

df

F

.665

3

.222

196.858
197.523

150
153

1.312

.169

Sig.
.917

Hubungan strategi pembelajaran dengan pencapaian
Analisis korelasi mendapati hanya satu dimensi yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan
pencapaian iaitu dimensi strategi ujian (0.003) dan dari Ujian T, didapati tidak ada perbezaan bagi jantina
dan kaum untuk dimensi ini.

Jadual 5 : Strategi dan Pencapaian
Strategi
Sig
Bimbang
.068
Sikap
.698
Tumpuan
.776
Proses
.776
Proses
.241
Kendiri
.840
IsiUtama
.598
Bantu
.506
UrusMasa
.094
Strategi Ujian
.003*
Motivasi
.488
* Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).
Ujian juga dibuat untuk melihat hubungan pencapaian dengan setiap komponen pembelajaran strategik
(will, skill dan self regulated) sebagaimana yang ditunjukkan melalui jadual 6 di bawah.
Jadual 6: Hubungan komponen pembelajaran strategik dan pencapaian
UPS1
Skill
UPS1
1.00
0.170*
Skill
1.00
Will
Self
* Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).
** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Will
0.083
0.441**
1.00

Self
0.019
0.637**
0.560**
1.00

Dimensi skill (kemahiran belajar) menunjukkan hubungan yang signifikan (sig = 0.03) dengan
pencapaian pelajar. Pelajar yang mempunyai kemahiran belajar seperti memproses maklumat, memilih isi
utama dan strategi ujian mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar yang tidak mepunyai
kemahiran tersebut.
Perbezaan personaliti mengikut kaum

10

Ujian Khi kuasa dua yang dilakukan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi jenis
personalti (16 jenis personaliti dalam MBTI) mengikut kaum. Beitu juga bagi dimensi ektrovert/introvert
(EI) (0.03) dan dimensi thinking/feeling (TF) (0.03). Bagi pelajar Non Bumi, bilangan introvert adalah lebih
ramai iaitu 24 orang (54.5%) berbanding ekstrovert 20 orang (45.5%). Bagi dimensi TF, pelajar feeling
seramai 26 orang (59.1%) adalah ramai berbanding dengan pelajar thinking 18 orang (40.9%). Manakala
bagi pelajar Bumiputera, bilangan ekstrovert adalah lebih ramai iaitu 91 orang (59.1%) berbanding
introvert seramai 63 orang (40.9%). Bagi dimensi TF, pelajar thinking adalah lebih ramai iaitu 66 orang
(60.0%) berbanding feeling seramai 44 orang (40%).
Perbezaan strategi mengikut kaum
Dapatan berdasarkan ujian-T dalam jadual 7 menunjukkan terdapat dua dimensi strategi pembelajaran
yang mempunyai perbezaan yang signifikan mengikut kaum iaitu dimensi sikap (0.02) dan isi utama
(0.03). Bagi dimensi sikap, didapati pelajar Bumiputera mempunyai min yang lebih tinggi (3.25)
berbanding pelajar Bukan- Bumiputera (3.09). Bila ujian dibuat keatas setiap item dalam dimensi
tersebut, didapati pelajar Bukan-Bumiputera lebih bersikap tak kisah jika dapat gred yang rendah dan
gagal masuk universiti berbanding pelajar
Bumiputera. Bagi dimensi pemilihan isi utama, pelajar
Bumiputera didapati mempunyai min yang lebih tingg (2.55) berbanding dengan min pelajar NonBumiputera (2.37). Ujian ke atas setiap item dalam dimensi pemilihan isi utama menunjukkan pelajar
Non- Bumiputera lebih menghadapi masalah dalam mengenalpasti maklumat-maklumat penting semasa
mengulangkaji pelajaran dan perbincangan dalam kelas berbanding pelajar Bumiputera.

Jadual 7: Perbandingan Strategi Pembelajaran Mengikut Kaum
Strategi
Bimbang
*Sikap
Tumpuan
Proses
Kendiri
*IsiUtama
Bantu
UrusMasa
Strategi
Motivasi
* Signifikan pada 0.05.

Min
Bukan Bumiputera
1.9302
3.0966
2.5170
2.9773
2.6250
2.3693
3.0341
2.6534
2.6395
3.2500

Bumiputera
1.9748
3.2546
2.5849
2.9432
2.6168
2.5482
3.0440
2.5069
2.5705
3.1568

Perbezaan Strategi Mengikut Jantina
Jadual 8 menunjukkan perbezaan strategi mengikut jantina. Berdasarkan ujian T, didapati perbezaan
yang signifikan antara jantina wujud bagi dimensi bimbang (sig=0.00) dan sikap (sig=0.04). Bagi dimensi
bimbang, pelajar lelaki mempunyai tahap kebimbangan yang lebih rendah berbanding dengan pelajar
perempuan. Ujian ke atas setiap item dalam dimensi tersebut menunjukkan pelajar perempuan
mempunyai kebimbangan yang lebih tinggi ke atas kesemua item. Item-item tersebut adalah, rasa tidak
bersemangat jika mendapat gred yang rendah, merasa panik bila menduduki peperiksaan yang penting,
rasa bimbang dan keliru jika tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dan kerisauan mendapat gred
yang rendah menganggu tumpuan pembelajaran.

Jadual 8 :

Perbandingan Strategi Pembelajaran Mengikut Jantina
Min

Strategi Pembelajaran

Lelaki

Perempuan

11

*Bimbang
*Sikap
Tumpuan
Proses
Kendiri
IsiUtama
Bantu
UrusMasa
Strategi
Motivasi

2.2949
3.0987
2.6351
2.9744
2.6090
2.6218
2.9145
2.4671
2.6859
3.2179

1.8473
3.2457
2.5420
2.9457
2.6228
2.4539
3.0833
2.5768
2.5570
3.1717

Signifikan pada 0.05
Perbezaan personaliti mengikut jantina
Ujian Khi kuasa dua yang dilakukan menunjukkan tidak terdapat perbezaan/hubungan yang signifikan
dari segi jantina dengan personaliti, samada dari segi 16 jenis personaliti dalam MBTI ataupun mengikut
dimensi.
Perbincangan dan kesimpulan
Berdasarkan kepada dapatan kajian didapati pelajar introvert perempuan mempunyai pencapaian yang
lebih baik dalam subjek ekonomi barbanding dengan pelajar-pelajar lain. Namun begitu, ujian keatas
kaum dan pelajar lelaki menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelajar ektrovert dan
introvert. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Borg dan Shapiro (1996)
dan Zeigert (2000). Dari segi 16 jenis personaliti dan pembawaan yang menentukan gaya pembelajaran
berdasarkan personaliti, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian antara
pelajar. Dapatan ini adalah bercanggah dengan dapatan yang diperolehi oleh Borg dan Shapiro (1996)
dan Zeigert (2000) yang menyatakan pelajar pembawaan SJ mempunyai pencapaian yang lebih baik
dalam subjek ekonomi dan daripada 16 jenis personalti, jenis ENTP,ESTP dan ENFP mempunyai
prestasi yang lemah berbanding ISTJ. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan oleh budaya dan
kaedah pengajaran yang berbeza.
Dapatan kajian juga menunjukkan hanya satu dimensi strategi pembelajaran yang mempunyai
hubungan yang signifikan dengan pencapaian iaitu strategi ujian. Pelajar berprestasi baik di dapati
mempunyai strategi ujian yang lebih baik berbanding pelajar lemah. Untuk dimensi ini, didapati tidak ada
perbezaan dalam strategi ujian mengikut kaum. Walaupun strategi-strategi pembelajaran yang lain tidak
menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian, tetapi didapati pelajar cemerlang
mempunyai strategi pembelajaran yang lebih baik berbanding pelajar lemah berdasarkan nilai min yang
lebih tinggi bagi setiap dimensi.
Seterusnya ujian dilakukan untuk mengenalpasti perbezaan personaliti antara kaum dan jantina.
Didapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi personaliti antara kaum. Perbezaan yang signifikan juga
wujud bagi dimensi ekstrovert dan introvert (EI) dan dimensi thinking dan feeling (TF). Pelajar Bukan
Bumiputera di dapati lebih ramai bersifat introvert berbanding pelajar Bumiputera yang lebih ramai
bersifat ekstrovert. Dapatan ini mungkin akan memberikan implikasi ke atas pencapaian pelajar mengikut
kaum kerana dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaaan yang signifikan dalam
pencapaian pelajar introvert dan ekstrovert. Dari segi jantina, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan samaada dari segi 16 jenis personaliti berdasarkan MBTI ataupun dimensi.
Objektif kajian yang seterusnya adalah untuk mengenalpasti perbezaan dalam strategi pembelajaran
mengikut kaum. Didapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar Bumiputera dan Bukan
Bumiputera dalam dimensi sikap dan pemilihan isi utama. Pelajar Bumiputera mempunyai sikap yang
lebih positif dan strategi pemilihan isi utama yang lebih baik berbanding pelajar Bukan Bumiputera. Dari
segi jantina, didapati terdapat perbezaan dari segi tahap kebimbangan dan sikap. Pelajar perempuan
mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi tetapi bersikap lebih positif berbanding pelajar lelaki.
Bedasarkan dapatan kajian, dicadangkan supaya setiap pelajar diuji personaltinya supaya
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dapat digunakan untuk meningkatkan tahap
penerimaan pelajar. Tenaga pengajar juga meati memberi pendedahan dan penekanan kepada aspek-

12

aspek strategi pembelajaran kepada pelajar contohnya teknik pembelajaran yang betul dan juga
pengurusan masa.
Akhir sekali, daripada kajian ini tertakluk kepada beberapa limitasi berikut: Pertama, penentuan gaya
personaliti dan gaya pembelajaran pelajar diperolehi berdasarkan kepada satu instrumen sahaja iaitu
Keirsey Bates Temperament Sorter yang akan menentukan gaya personaliti dan gaya pembelajaran
mengikut Myers Briggs Types Indicator (MBTI). Kedua, penentuan strategi pembelajaran dibuat
berdasarkan satu instrumen sahaja iaitu LASSI (Learning and Study Strategies Inventory). Ketiga, Kajian
ini hanya dilakukan ke atas pelajar matrikulasi jurusan perakaunan Kolej Matrikulasi Kedah sahaja.
Keempat, pencapaian pelajar hanya diukur melalui markah Ujian Pertengahan Semester (UPS) yang
memberikan markah sebanyak 10% sahaja kepada keseluruhan markah ekonomi di peringkat
matrikulasi. Sehubungan dengan itu, rumusan kepada dapatan kajian ini perlulah diinterpretasi dengan
mengambilkira limitasi-limitasi yang dinyatakan.
SENARAI RUJUKAN
Borg, O., & Shapiro, S (1996). Personality type and student performance in principles of economics.
Journal of Economics Education
Curry, 1990: Curry, L. Learning styles in secondary schools: A review of instruments and implications for
their use, 1990, (ERIC No. D 317 283).
Garger and Guild 1984: Garger, S. & Guild, P. “Learning styles: The crucial differences”, in Curriculum
Review, 1984, 23(1), 9-12.
Keirsey, D., and M.Bates. 1984. Please understand me: Character and temperament types. 5th ed Del
Mar, Calif.: Promotheus Nemesis.
Myers, I. 1975. Manual : Myers-Briggs type indicator. Palo Alto, Calif.: Consulting Psychologists Press.
Pintrich and Johnson, 1990: Pintrich, P. R., & Johnson, G. R. “Assessing and improving students’ learning
strategies”, in The changing face of college teaching, New Directions for Teaching and Learning,
1990, (No. 42, p. 83-92). San Francisco, CA: Jossey-Bass Publishers.
Weinstein and Meyer, 1991: Weinstein, C. E. & Meyer, D. K. “Cognitive learning strategies and college
teaching”, in R. J. Menges and M. D. Svinicki (Eds.), College teaching: from theory to practice, New
directions for teaching and learning, 1991, (No 45, pp.15-26) San Francisco, CA: Jossey-Bass
Publishers.
Yip, M.C.W., & Chung, O.L.L. (2002). Relation of study strategies to the academic performance of Hong
Kong University students. Psychological Report, 90, pp 338-340.
Zeigert, A. (2000). The role of personality temperament and student learning in principles of economics:
Further evidence. Journal of Economic Education.

13

Dokumen yang terkait

PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF

2 5 46

STUDI PERBANDINGAN HASIL BELAJAR DAN KETERAMPILAN PROSES SAINS DITINJAU DARI PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN BERBASIS TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI

6 77 70

PERBANDINGAN HASIL BELAJAR FISIKA SISWA ANTARA MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE THINK PAIR SHARE (TPS) DENGAN MODEL PEMBELAJARAN PROBLEM BASED LEARNING (PBL)

11 75 34

ANALISIS HASIL BELAJAR FISIKA SISWA SMP DITINJAU DARI SKILL ARGUMENTASI ILMIAH SISWA PADA PEMBELAJARAN EKSPERIMEN DI LABORATORIUM NYATA DAN MAYA

4 85 57

PERBANDINGAN HASIL BELAJAR FISIKA SISWA ANTARA MODEL PEMBELAJARAN PROBLEM BASED LEARNING(PBL) DAN MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE GROUP INVESTIGATION (GI)

6 62 67

MENINGKATAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN TEMATIK DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA REALIA DI KELAS III SD NEGERI I MATARAM KECAMATAN GADINGREJO KABUPATEN TANGGAMUS TAHUN PELAJARAN 2011/2012

21 126 83

PENGARUH KEMAMPUAN AWAL MATEMATIKADAN MOTIFBERPRESTASI TERHADAP PEMAHAMAN KONSEP MATEMATIS SISWA DALAM PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

8 74 14

PENGGUNAAN BAHAN AJAR LEAFLET DENGAN MODEL PEMBELAJARAN THINK PAIR SHARE (TPS) TERHADAP AKTIVITAS DAN HASIL BELAJAR SISWA PADA MATERI POKOK SISTEM GERAK MANUSIA (Studi Quasi Eksperimen pada Siswa Kelas XI IPA1 SMA Negeri 1 Bukit Kemuning Semester Ganjil T

47 275 59

GAYA KEPEMIMPINAN KEPALA DESA KUBULIKU JAYA KECAMATAN BATU TULIS KABUPATEN LAMPUNG BARAT DALAM PELAKSANAAN PEMERINTAHAN DESA

13 91 69

PENINGKATAN HASIL BELAJAR TEMA MAKANANKU SEHAT DAN BERGIZI MENGGUNAKAN MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE THINK-PAIR-SHARE PADA SISWA KELAS IV SDN 2 LABUHAN RATU BANDAR LAMPUNG

3 72 62