CINTA DAN KEHIDUPAN UNGKAPANNYA DALAM AL
CINTA DAN KEHIDUPAN: UNGKAPANNYA DALAM AL-QURAN
Nazneen binti Ismail
Mohd Noorikhwan bin Sarbini
Pendahuluan
Menurut Lumbard (2003), karya sufi terawal membicarakan tentang cinta ialah Adab al-cIbadat
yang dikarang oleh Syaqiq al-Balkhi (m. 194/180). Antara lain ialah karya ahli sufi yang
mengungkapkan cinta kepada Allah SWT seperti al-Nuri (m. 295/927-8), Rabicat alc
Adawiyyah (m. 185/801), al-Bistami (m. 874) dan al-Syibli (m. 334). Ia diikuti oleh alQushayri (m. 465/1072) dalam karyanya al-Risalah al-Qushayriyyah, al-Sarraj (m. 378/988)
dalam kitab al-Luma c dan al-Kalabadhi (m. 380/990) dalam al-Ta carruf. Terdapat juga
sebilangan penulisan menghuraikan konsep cinta dalam Islam secara umum (Mahmud alSyarif 1983; Ghazi 2010; al-Jauziyyah 1997) di samping kajian bersifat cinta Islami dalam
konteks hubungan antara lelaki dan wanita (Umi Nadzrah 2012; Syaidatun Nazirah 2012).
Namun demikian, masalah timbul apabila konsep cinta disalah ertikan oleh masyarakat.
Chaton (2007) menyatakan salah faham konsep ini disebabkan oleh pengaruh media dalam
kehidupan. Kefahaman cinta dalam kalangan kanak-kanak hanya tertumpu kepada konteks
keinginan seksual dan hubungan antara jantina. Malah mereka mempunyai tanggapan yang
tidak realistik berhubung maksud cinta. Ini adalah kesan langsung daripada media yang kanakkanak menganggapnya sebagai pemberi maklumat yang sahih dan berautoriti. Tambahan pula,
dalam dunia hari ini mereka begitu terdedah dengan media baharu yang membawakan pelbagai
lambakan maklumat dan menjadikan kanak-kanak ini hanya bergantung kepada media dalam
memahami realiti kehidupan.
Ironinya, salah erti ini turut menjangkaui golongan remaja di mana mereka
beranggapan perbahasan cinta terhad kepada cinta berahi yang menjuru kepada hubungan
seksual. Sehinggakan ia menjadi faktor utama kepada gejala seks bebas dan keruntuhan moral
dalam kalangan mereka temasuklah pembunuhan. Ia menunjukkan bahawa salah faham
tentang cinta cenderung untuk membinasakan diri individu dan menimbulkan kekacauan dalam
masyarakat (Syaidatun, 2012). Malah, al-Daylami (m. 391 H) menyatakan cinta yang
berorientasikan hawa nafsu perlu dijinakkan atau dihindarkan sama sekali (Lumbard, 2003).
Selain itu, cinta yang mengharapkan balasan juga menyebabkan manusia berpandangan ia
adalah satu perkara yang tidak mungkin direalisasikan (Lynn Wilcox, 1995).
Dalam perbahasan ahli psikologi moden, cinta didefinisikan sebagai satu keadaan atau
proses jiwa yang bertindak balas kepada objek hidup. Justeru, dalam menjelaskan tentangnya,
ia akan diungkapkan dalam bentuk perhubungan pencinta dengan yang dicintai seperti
hubungan cinta antara ibubapa dan anak. Hasilnya, persoalan cinta dalam psikologi moden
hanya berkisar dari aspek pengkategorian sama ada ia cinta saudara, cinta romantik atau cinta
erotik. (Lynn, 1995).
Pengkaji berpandangan skop perbincangan cinta perlu diperluas dengan diberikan definisi yang
jelas. Ia bagi menjadikan kajian berkenaannya dapat diperkemas dan relevan dengan kajian
dalam psikologi yang lain. Sehubungan itu, kertas kerja ini bakal membahaskan persoalan
sekitar apakah maksud cinta? bagaimana ia diungkapkan dalam al-Quran? dan apakah
hubungan cinta dengan kehidupan?
Definisi Cinta
Cinta bererti perasaan sangat sayang atau terlalu mengingini akan sesuatu (Kamus Dewan,
2002). Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai love, passion, devotion, fondness (MerriamWebster, 2017), manakala dalam bahasa Arab disebut sebagai al-Hubb di samping ada istilah
yang pelbagai lagi (al-Jauziyyah, 1997). Kesemuanya merujuk kepada pengertian yang sama
iaitu keinginan yang bersangatan kerana rasa kasih dan cenderung hati kepada sesuatu. Ghazi
(2010) menyatakan kalimah al-Hubb berasal daripada al-Habb yang bermaksud benih. Ia
adalah gambaran sebutir biji benih yang jatuh ke tanah akan menumbuhkan pohon baru dan
cantik.
Gambaran ini menandakan bahawa cinta adalah sinonim dengan kecantikan seperti
yang didefinisikan oleh al-Ghazali sebagai satu bentuk kecenderungan kepada kecantikan
setelah terpesona dengannya. Namun begitu, oleh kerana cinta ialah perasaan maka tidak
mudah untuk menyatakan definisi yang tepat tentangnya. Oleh kerana itu, Abdul Qadir cIsa
(2008) berpandangan bahawa cinta hanya dapat dijelaskan melalui kesannya kepada seseorang.
Begitu juga apabila terdapat beza antara cinta sesama manusia dan hubungan cinta
dengan Allah SWT. Cinta terulung ini dijelaskan dengan dua bentuk iaitu cinta Allah SWT
kepada manusia dan cinta manusia kepada Allah SWT. Cinta Allah SWT kepada manusia ialah
dengan memberikan nikmat tanpa terkira. Secara khusus, cinta Allah SWT menjadikan
manusia hampir dengan-Nya melalui cara penyucian jiwa daripada noda dunia dan menyingkap
hijab sehingga mampu mengenal Tuhan dengan sebenar-benarnya. Manakala kecintaan
manusia kepada Allah SWT didefinisikan sebagai kecenderungan mereka kepada
kesempurnaan-Nya yang tidak dimiliki sedangkan mereka begitu memerlukannya (Ghazi,
2010).
Ini bermakna cinta merupakan satu perasaan yang dikurniakan Allah SWT dalam diri
setiap manusia. Perasaan ini boleh dikawal dan ditumpukan kepada perkara-perkara tertentu.
Cinta yang tertinggi ialah cinta kepada Allah SWT dan beroleh cinta daripada-Nya. Cinta
kepada Allah SWT ini menjadi paksi kepada dimensi cinta yang lain seperti cinta kepada
Rasulullah SAW, cinta ilmu, cinta kebaikan, cinta sesama manusia dan cinta kepada diri
sendiri. (Syaidatun, 2012) Untuk itu, ungkapan cinta dalam al-Quran perlu dikenal pasti supaya
kerangka dasar cinta dapat dinyatakan dan membentuk hubungan dengan dimensi cinta lain.
Bentuk-Bentuk Cinta Dalam Al-Quran
Al-Quran mengungkapkan cinta dengan pelbagai pendekatan dan istilah. Penulisan ini
tertumpu kepada kalimah al-Hubb dan yang terangkai daripadanya. Hasilnya, terdapat dua
bentuk cinta iaitu cinta Allah SWT dan cinta dunia. Oleh kerana cinta dapat dilihat melalui
kesannya maka berasaskan cinta manusia terbahagi kepada dua golongan. Ada sebahagian
menginginkan dunia dan sebahagian lagi menginginkan akhirat (Al-Qur’an, 3:152). Perbezaan
ini berhubung secara langsung dengan kecenderungan hati mereka. Jika berlebihan dalam
mencintai dunia maka hati tersebut akan terlalai daripada mencintai Allah SWT (al-Qur’an,
76:27; 89:20; 38:32), dan begitu juga sebaliknya.
Cinta dunia
Rasa cinta adalah fitrah dalam diri manusia. Sengaja Allah SWT menciptakannya sebagai salah
satu ciri khas bagi manusia. Cinta ini disifatkan sebagai kecenderungan hati kepada sesuatu
perkara. Lazimnya ia cenderung kepada perkara yang indah sama ada dapat dikesan dengan
pancaindera mahupun tidak. Firman Allah SWT dalam Surah Ali cImran ayat 14:
ك ك ب
ب
ب
܅
ُ ܆ ܅
ب ܅
ُز كيݚََل ܅
ُ
ٰ
قݖݜ ق
َتَمقݚَٱلنقسܛءقََ َوٱۡنقيََ َوٱلݐن ق݁ ق
َܜَٱلشݟو ٰ ق
ܛسَح
َܜَ َوٱلفقََ َِق
َيَٱلݙݐݜَܱ݁ة قَمقݚَٱ ه ق
ق
ب
ب
ب
ب
ب
ُ ُ ب ُ ب
ب
ب
܅
َوَٱۡ بي ق
َݔَٱل ُݙس ܅ݠمِقََ َوٱۡن ٰ قَݗَ َوٱۡ بܱ ق
َب
َٱَّعقݜܯ َهۥَحسݚَٱلمَܛ ق
َُ ثَذٰل قݑَمتٰ َُ݅ٱۡي ٰݠَة قَٱ ܆ نيܛََ َو
َ َ٤
Maksudnya:
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu:
wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatangbinatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah
tempat kembali yang baik (syurga).”
Nikmat ini disediakan untuk manusia agar ditadbir sebaiknya. Jika ia dijadikan
sebagai matlamat hidup dan cinta maka ia akan menghalang manusia daripada kebenaran.
Tetapi bagi yang memalingkan hati daripada terpaut dengannya, ia akan selamat dan dipandu
kepada kebenaran (al-Sulami, 2001). Kerana itu Ibn Kathir (2002) menjelaskan kebaikan atau
keburukan nikmat ini terletak kepada tujuan dan cara ia digunakan. Antaranya kecintaan
kepada wanita yang merupakan fitnah paling dahsyat pada asalnya, boleh berubah kepada
makruf jika tujuan cinta adalah untuk berkasih sayang dan beranak-pinak. Kerana itu Islam
tidak melarang perkahwinan antara lelaki dan wanita. Begitu juga anak-anak yang mendorong
kepada rasa bermegah-megah boleh berubah kepada makruf apabila ia diniatkan mengikuti
sunnah Rasulullah SAW yang menyeru untuk memperbanyakkan umat baginda SAW. Adapun
kecintaan kepada harta yang menyebabkan timbulnya rasa bakhil (al-Quran 102:8), takbur,
berlaku zalim terhadap orang fakir maka ia dicela berbanding apabila ia digunakan untuk
infak, memberi nafkah, menghubungkan silaturrahim dan jalan-jalan kebaikan.
Oleh itu, manusia yang menolak untuk tunduk kepada Allah SWT juga berpunca
daripada terpautnya hati mereka kepada kekufuran. Mereka disifatkan sebagai zalim kerana
mengambil sembahan selain daripada Allah SWT (al-Qur’an 2:165). Kecintaan ini mengatasi
segala-galanya sehingga saat mereka diperlihatkan azab di akhirat kelak. Pada ketika itu,
mereka akan mengakui kekuatan sebenar hanya milik Allah SWT (al-Zuhayli et al. 2008).
Kerana itu mereka sentiasa berada dalam kesesatan serta sentiasa berusaha menghalang orang
lain daripada kebenaran (a-Qur’an 14:3). Ini berpunca daripada kegagalan mereka meyakini
janji Allah SWT tentang kehidupan akhirat.
Cinta Allah SWT
Bertentangan dengan cinta dunia ialah cinta Allah SWT. Al-Sulami (2001)
menggambarkannya sebagai benih dalam hati yang tumbuh menghasilkan pohon yang indah.
Para rasul adalah model para pencinta Ilahi. Keunikan cinta ini ialah ia melibatkan dua alam
berbeza iaitu hamba yang dilitupi perkara jasmaniah dan Tuhan yang ghaib (Lynn, 1995).
Meskipun begitu, fahaman berkenaan hubungan cinta ini dianggap rumit pada sebahagian
pengkaji khususnya yang berpandangan bahawa cinta memerlukan dua pihak yang saling
memerlukan dan mempunyai persamaan ciri. Sedangkan Allah SWT tidak perlu kepada cinta
manusia apatah lagi memiliki persamaan ciri dengan mereka. Maka, para ulama seperti alBaqillani menjelaskan bahawa cinta Allah SWT kepada hamba-Nya adalah melalui kehendakNya (Suleyman 1999). Ini kerana perkara ini bukan mustahil seperti firman Allah SWT dalam
al-Baqarah ayat 165:
܅
ُ ك ْ ܆ ُ مك ك ܅
وَٱ قيݚََءامݜݠاَأشܯَحب ق
َۗܛَّق
Maksudnya:
Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.
Maka, para Mukmin itu sama sekali tidak akan mensyirikkan Allah SWT kerana
kecintaan mereka kepada-Nya dan kesempurnaan makrifat mereka kepada-Nya. Rasa cinta ini
menjadikan Mukmin hanya menumpukan ibadah kepada Allah SWT, berserah diri dan
meletakkan pergantungan hati dalam semua urusan kepada-Nya (Ibn Kathir, 2002). Malah,
ujian yang ditimpakan ke atas mereka dilihat sebagai satu bentuk nikmat hingga menguatkan
lagi rasa cinta dalam diri (al-Sulami, 2001).
Maksud cinta kepada Allah SWT ialah dengan mengenali dan merasa takut kepadaNya, hati menjadi sibuk dengan ingatan terhadap Allah SWT menjadikan diri sentiasa
berusaha menepati perintah dan menjauhi larangan kerana menginginkan reda-Nya. Kecintaan
kepada Allah SWT diperolehi dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan dari
segenap aspek termasuk percakapan, perbuatan dan adab baginda (al-Quran 3:31). Cinta
kepada Rasulullah SAW adalah jalan termudah untuk sampai kepada cinta Allah SWT. Rasa
cinta ini menghijab insan daripada tarikan duniawi serta pandangan manusia sekeliling.
Penilaian manusia tidak memberi apa-apa kesan kepada dirinya (al-Sulami, 2001). Malah,
mustahil bagi mereka yang mendakwa dirinya mencintai Rasulullah SAW tetapi enggan
menuruti syariat baginda. Ini menunjukkan keselarian antara cinta Allah SWT, cintakan
Rasulullah SAW dengan kepatuhan kepada syariat. Keseiringan ini merupakan wasilah untuk
seseorang dicintai Allah SWT dan rasul-Nya. Rasa cinta ini pula merupakan anugerah daripada
Allah SWT (al-Qur’an 49:7) sehingga menyebabkan orang Mukmin dapat merasai keindahan
iman dan membenci segala pelakuan dosa dan maksiat (Ibn Kathir 2002).
Menurut al-Sulami (2001), antara ciri-ciri orang yang mencintai Allah SWT ialah
kurang berkata-kata, banyak berfikir, kerap mengasingkan diri, tidak bersedih atas musibah
dan tidak bergembira atas nikmat malah tidak takut kepada manusia lain dan tidak pula
bergantung harap kepada mereka. Ini kerana, para pencinta Allah SWT ialah orang yang
memutuskan hubungan dengan perkara selain daripada-Nya. Rasa cinta ini kekal sama ada
dalam keadaan dia mendapat musibah mahupun nikmat. Firman Allah SWT dalam al-Ma’idah
ayat 54:
܅
ْ
ُ ب ܅ُ ب
ُ
܆
ُ
ُ
ب
ح ܆َبݠن َُݝ َۥَك
ٓ
َ َِيأ ܆يݟܛَٱ قيݚََءام ُݜݠاَمݚَي بܱت ܅ܯَمقݜك بݗَعݚَدقيݜ ق َݝقۦَفس بݠطَيܕ ق
ٱَّبقݐݠ لمَُقبݟݗَوي ق
ك
ُ
܅
ُ أذ ܅قلَِلَٱل ب ُݙ بܖ قمݜقيََأع ܅قܲةَلَٱلب ٰفܱيݚََيُجٰݟ
َ ََم ق ل
َ ِيݔَٱَّقَوَََܛفݠنَل بݠم
ب
َس
َِ
ون
ܯ
ٍ
ٍ
ق
ق
قق
ق ق
ك
ب ُ ܅ ب
܅
ٌ ٱَّو ٰ قس ٌَ݅عݖ ق
َُ َذٰل قݑَفَݔَٱَّقَيُܖ قيݝقَمݚَيشܛ ُءَۚو
٤َيݗ
Maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman, Barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya,
Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan
merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang
bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut
kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa
yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha mengetahui.”
Berdasarkan ayat ini, Allah SWT menyatakan orang yang mencintai Allah SWT adalah
mereka yang memiliki keimanan sempurna. Kerana mereka berjaya mendapat cinta Allah SWT
teragung. Keimanan mereka dizahirkan melalui sikap tawaduk apabila bersama dengan
Mukmin yang lain dan berkeras terhadap musuh. Sifat ini adalah seumpama sifat Rasulullah
SAW (al-Qur’an 48: 29). Selain itu, mereka juga tidak terhalang oleh suatu apa pun daripada
melakukan ketaatan kepada Allah SWT, berperang menentang musuh, menegakkan kebenaran,
menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran (Ibn Kathir, 2002), sentiasa berusaha
memelihara hati agar tidak lalai daripada mengingati Allah, mempertahankan diri daripada
nafsu agar tidak menghalangi ketaatan serta mempertahankan diri agar syaitan tidak
mengambil kesempatan atas diri (al-Sulami, 2001).
Kecintaan Allah SWT Kepada Manusia
Selain daripada al-Quran mengungkapkan bentuk cinta dalam diri manusia dan kesannya, alQuran juga menyatakan bagaimana hubungan cinta Allah SWT terhadap manusia. Kecintaan
Allah SWT kepada makhluk juga dapat diperhatikan di sebalik sifat-sifatNya seperti al-La tif
(Maha Lembut), al-Ra’uf (Maha Pengasih), al-Kar im (Maha Pemurah), al-Barr (Maha Baik)
dan lain-lain. Kecintaan Allah SWT terhadap makhluk juga dapat dilihat menerusi penciptaan
yang terhasil dengan penuh keindahan. Begitu juga sifat rahmah (belas kasih) yang ada padaNya menjadikan makhluk sentiasa mendapat perhatian dan keperluan sebaiknya (Ghazi, 2010).
Di samping cinta yang bersifat umum ini, al-Quran turut menerangkan kategori
manusia dari aspek darjah kecintaan Allah SWT kepada mereka. Terdapat dua kategori
manusia iaitu yang tidak dicintai Allah SWT dan mereka yang dicintai-Nya.
Ciri-Ciri Orang Yang Tidak Dicintai Allah SWT
Berdasarkan huraian di atas, jelas bahawa orang yang tidak mencintai Allah SWT adalah
mereka yang mencintai dunia. Cinta dunia ini didasari oleh kekufuran mereka kepada Allah
SWT. Sebagai balasan, mereka juga tidak mendapat cinta Allah SWT dan dibiarkan terus
berada dalam kesesatan.
i. Melampaui batas (20:39, 2:190, 7:55, 5:87). Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat
190:
ُ ܆ ب
܅ ܅
٠ََܜَٱل ُݙ بعت قܯيݚ
َ َإقن
ٱَََُّق
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT tidak menyukai orang yang melampaui batas
khususnya dalam peperangan. Mukmin dilarang daripada membunuh para wanita, kanakkanak, orang tua, para pendeta dan mereka yang tidak mendatangkan mudarat. Dalam
peperangan juga tidak boleh memotong pokok-pokok dan merosakkan bangunan tanpa sebab
atau sesuka hati. Jika perkara ini dilakukan maka ia mengundang murka Allah SWT (Ibn
Kathir, 2002). Selain itu, melampaui batas juga bermaksud mengharamkan perkara yang halal,
berlebih-lebihan dalam meminta atau berdoa kepada Allah SWT, berlebih-lebihan dalam
menahan diri daripada bekerja dan memperoleh sumber pendapatan yang halal sehingga
enggan untuk berusaha mendapatkan rezeki. Seseorang itu juga dianggap melampaui batas
dalam memohon sesuatu kepada Allah SWT juga tidak meletakkan bahawa diri layak untuk
mendapat sesuatu atas sebab amal ibadat yang dilakukannya (al-Sulami, 2001).
ii. Orang yang membuat kerosakan (al-Quran 2:205, 5:64, 28:77). Firman Allah dalam alBaqarah ayat 205:
ب
ب
܅
܅ُ ُ ܆ ب
ب
܅
ب
ب
ٰ
ٰ
٥ََٱَََُّقܜَٱلفسܛد
َ ݔ َۚ َو
َ ََِٱۡ ق
َ
ِذاَتݠ
َ سܯَفقيݟܛَو ُي بݟݖقݑَٱܱۡثََ َوٱلنس
َ
َس
ۡضَ قُِف ق
ق
Maksudnya:
Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerusakan
padanya, dan merusak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai
kebinasaan.
Kerosakan yang berlaku atas muka bumi adalah berpunca daripada manusia khususnya
golongan yang tidak beriman dengan Allah SWT. Sedangkan dalam memanfaatkan bumi,
manusia perlu kepada panduan daripada Allah SWT kerana hanya mereka memiliki daya
memilih sama ada untuk melakukan sesuatu atau tidak. Panduan ini bertujuan untuk
memastikan wujudnya keseimbangan dalam kehidupan. Kemusnahan akan berlaku apabila
manusia tidak mematuhi aturan ini dan bertindak sesuka hati. Dapat juga difahami daripada
ayat ini, kerosakan tidak terhad kepada tanam-tanaman dan binatang ternakan tetapi
merangkumi para wanita dan anak-anak. Kerana dengan merosakkan wanita, ia adalah punca
rosaknya generasi dan umat manusia (al-Syacrawi, 1991). Ini adalah juga peranan orang
munafik selain daripada kafir. Kerosakan kepada manusia adalah dengan erti kata usaha untuk
menggoncangkan iman orang-orang mukmin dan menimbulkan kekacauan dari segi perkataan
yang dusta, akidah yang rosak dan perbuatan yang keji (Ibn Kathir, 2002).
iii. Orang kafir dan pendosa (al-Quran 2:276, 3:32, 30:45, ). Firman Allah SWT dalam alBaqarah ayat 276:
܅ُ ُ ܆ ُ܅ ܅
٦َ ٍ ܛرَأ قي
ف
َ َو
ٍ ٱَََُّقܜََُك
Maksudnya:
dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.
Orang kafir dan pelaku dosa merangkumi mereka yang menghalalkan riba, yang
menyeru kepada peperangan dan mengingkari Allah SWT dan rasul-Nya. Al-Syacrawi (1991)
menjelaskan bahawa hikmah Allah SWT menggunakan sighah mubalaghah dalam ayat ini
adalah untuk menunjukkan impak yang besar atas kekufuran yang dilakukan. Golongan yang
dimaksudkan adalah mereka yang ingkar untuk mengakui hukum yang ditentukan Allah SWT
dan ingkar terhadap hukum-Nya. Setelah itu, dosa yang dilakukan pula akan merosakkan
masyarakat secara keseluruhannya. Mereka ini kufur dengan hati dan melakukan dosa dengan
perbuatan (Ibn Kathir, 2002).
iv. Orang zalim (al-Quran 3:57, 3:140, 42:40). Firman Allah SWT dalam Ali cImran ayat 57:
܅ُ ُ ܆ ܅
٧ََܜَٱل ٰݖ ق قݙي
َ َّٱ
َ َو
ََُق
Maksudnya:
dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.
Orang yang berlaku zalim ialah mereka yang mensyirikkan Allah SWT (al-Qur’an
31:13). Zalim bermaksud mengubah sesuatu perkara kepada perkara yang lain. Maka,
kezaliman yang paling besar ialah mengambil hak Allah SWT dan memberikannya kepada
yang lain. Dengan erti kata menyekutukan Allah SWT sedangkan hanya Dia yang berhak untuk
disembah (Ibn Kathir, 2002).
v. Orang yang sombong dan bangga diri (4:36, 31:18, 57:2, 16:23, 28:76 ). Firman Allah SWT
dalam al-Nisa’ ayat 36:
ُ
ُ ُب م
܅ ܅
َُق ܆
ً
٦َܜَمݚََنَُتܛََفܮݠرا
ََّٱ
َ َإقن
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan
diri.
Sikap sombong adalah termasuk dalam ciri ketuhanan dan tidak layak bagi seorang
hamba untuk memilikinya. Rasa kehambaan ini boleh diwujudkan dalam diri dengan kesedaran
akan kelemahan dan memperakui kehinaan diri. Di samping itu, tidak meletakkan
pergantungan kepada makhluk juga termasuk dalam ciri hamba (al-Sulami, 2001). Maka, orang
yang mempunyai rasa sombong adalah kerana merasa memiliki sesuatu yang lebih daripada
orang lain. Sedangkan ia adalah kurniaan Allah SWT kepadanya dan berlaku di bawah
kehendak-Nya.
vi. Orang yang berlaku khianat (4:107, 22:38, 7:58). Firman Allah SWT dalam al-Nisa’ ayat
107:
܅
ب
ُ
ً ܅
ُ ب
ُ
ُ ُ ب ܅ ܅
م
܆
٧َٱَََُّقܜَمݚََنَخݠانܛَأ قيݙܛ
َ َوَََتجٰ قܯظَع قݚَٱ قيݚَََتܛنݠنَأنفسݟ ۚݗَإقن
Maksudnya:
Dan janganlah kamu berdebat (untuk membela) orang-orang yang mengkhianati dirinya.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelimang
dosa.
Berlaku khianat ialah mengambil sesuatu yang bukan haknya. Maka, terdapat orang
yang melakukan khianat kepada orang lain demi kepentingan dirinya. Selain itu, ada juga
yang melakukan khianat kepada dirinya sendiri iaitu menuruti syahwat semata-mata. Ia kerana
dia melupakan balasan buruk yang dijanjikan Allah SWT untuk memenuhi kehendaknya.
Perbuatan khianat merupakan perkara yang dibuat-buat pada asalnya. Lalu apabila ia telah
sebati dalam diri maka ianya meninggalkan kesan buruk sehingga sukar untuk
menyingkirkannya lagi kerana dia telah sanggup untuk berkhianat dalam hal-hal yang utama.
Hasilnya, dia sentiasa hidup dalam dosa (Ibn Kathir, 2002) dan kufur nikmat (al-Qur’an
22:38). Orang sebegini tidak perlu untuk dibela kerana dia sendiri dengan sengaja membiarkan
dirinya melakukan khianat (al-Zuhayli, 2008).
vii. Ucapan buruk (4:148). Firman Allah SWT dalam al-Nisa’ ayat 148:
܅ ُ ܆ ܅ُ ب
ب ب ܅
ُ
܅
ً ٱَّسݙ
ٱۡ بݟَََܱب ܆
ُ
ً يعܛَعݖ ق
ك
ق
َّٱ
َ َ۞ََُقܜ
َ
ن
َ
َو
َ
َ
ظ
ݠ
ݐ
ٱل
َ
قݚ
م
َ
ء
َ
ݠ
ٱلس
٨َيݙܛ
َ
ݗ
ݖ
ݚَظ
َم
َ
إ
ق
ق
ۚ
ق ق
ق
Maksudnya:
Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh
orang yang dianiaya. Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
Ayat ini merupakan tegahan Allah SWT kepada Mukmin daripada mendengar dan
mengatakan ucapan yang buruk. Kerana ucapan yang buruk memberi kesan dalam merosakkan
generasi. Ia akan diulang dari satu zaman ke satu zaman (Ibn Kathir, 2002). Ini bermakna
ucapan berperanan dalam membentuk generasi hadapan. Meskipun dalam keadaan marah,
Allah SWT melarang menggunakan ucapan yang buruk seperti mencela orang, memaki,
menerangkan keburukan-keburukan orang lain, menyinggung perasaan seseorang, dan
sebagainya. Tetapi pengecualian diberi kepada orang yang dianiaya kerana tujuannya untuk
mengemukakan kepada hakim atau penguasa keburukan-keburukan orang yang
menganiayanya. Ini adalah supaya orang yang diambil haknya mendapat kembali miliknya.
i.
Orang yang berlebih-lebihan (6:141, 7:31). Firman Allah SWT dalam al-Ancam ayat
141:
ُ
ܜَٱل ب ُݙ ب
ُ وََت ُ بۡفُ ۚ كݠا َْإن܅
َُق ܆
َ
ݝ
َ
َ
ۥ
١ََۡفقي
ق ق
ق
Maksudnya:
dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang
berlebih-lebihan.
Berlebih-lebihan tidak hanya bermaksud menggunakan atau melakukan sesuatu secara
berlebihan sahaja tetapi juga merujuk kepada penggunaan atau pelakuan yang berkurangan
secara keterlaluan. Contohnya memberi semua hartanya kepada fakir miskin tanpa memenuhi
hak keluarga terlebih dahulu. Begitu juga apabila menggunakan harta untuk perkara yang
haram. Meskipun sedikit, ia tetap dianggap berebih-lebihan, kerana tiada keperluan untuk
dibelanjakan dengan cara yang salah (Ibn Kathir, 2002).
Kesemua ciri yang dinyatakan dalam al-Quran menggambarkan kekufuran menjadi
punca tidak dicintai Allah SWT. Ini kerana kekufuran adalah sifat zalim yang paling besar dan
boleh menyebabkan rosaknya keindahan jiwa ciptaan Allah SWT. Allah SWT tidak menyukai
perbuatan buruk yang mereka lakukan dan bukan merujuk kepada diri pelaku itu semata-mata
(Ghazi 2010).
Ciri-Ciri Orang Yang Dicintai Allah SWT
Ciri-ciri orang yang dicintai Allah SWT adalah bercanggah sama sekali dengan ciri-ciri mereka
yang dibenci-Nya. Maka, orang yang dicintai Allah SWT adalah mereka yang mempunyai
iman yang sempurna di sisi-Nya. Mereka mencintai Allah SWT dengan segenap jiwa dan raga,
maka Allah SWT juga cinta kepada mereka dan mengurniakan ketenangan dalam hidup.
i. Orang yang bertaubat dan menyucikan diri (2:222, 9:108). Firman Allah SWT dalam alBaqarah ayat 222:
Maksudnya:
ُ ܆ ب
ُ ܅ ܅
ܜَ ܅ ܅
ُق ܆
َ َّٱ
َ َإقن
ح
٢َܜَٱل ُݙت݁ ك قݟَ قܱيݚ
ٱتوٰبقيََوي ق
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang
mensucikan diri.
Termasuk dalam orang yang dicintai Allah SWT ialah kekal dalam taubat mereka serta
menyucikan diri daripada dosa zahir dan batin. Rasa taubat dalam diri menjadikan mereka
sentiasa berusaha mendampingkan diri kepada Allah SWT dalam setiap keadaan. Manakala
Sahl dalam al-Sulami (2001) menyatakan bahawa terdapat tiga bentuk penyucian diri iaitu
penyucian ilmu ke atas kekotoran jahil, penyucian zikir atas kelupaan dan penyucian taat atas
maksiat. Penyucian juga ditekankan kepada penyucian hati daripada tumpuan terhadap dunia,
wahm dan angan-angan yang merosakkan (al-Sulami, 2001). Ini bermaksud penyucian
merangkumi sisi zahir dan batin seorang manusia.
܅ ܅ ُ ܆ ب
܅
܅
ُ
ٰ لَم بݚَأ بو
َٰ ََبقع بݟ قܯ َه قۦَ َوٱ
٦ََٱَُّقܜَٱلݙتݐقي
َ َقَفܗقن
َٰ ب
ii. Orang yang bertaqwa (3:76, 9:4, 9:7). Firman Allah SWT dalam Ali cImran ayat 76:
Maksudnya:
(Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka
sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.
Al-Syacrawi (1991) menjelaskan janji yang dinyatakan di sini adalah janji untuk
mentauhidkan Allah SWT di sepanjang hayat seorang manusia. Maka, orang yang menepati
janjinya pasti akan menuruti segala yang diperintahkan Allah SWT dan menjauhi laranganNya. Hasilnya, dia akan beroleh taqwa dan cinta Allah SWT.
iii. Orang yang sabar (3:146). Firman Allah SWT dalam Ali cImran ayat 146:
Maksudnya:
Allah menyukai orang-orang yang sabar.
܅ُ ُ ܆ ܅
٦ََِيݚ
َ َو
ٱَُّقܜَٱلص ٰ قق
Sabar dalam banyak keadaan antaranya sabar ketika lemah, lesu, tidak berdaya tetapi
tetap teguh bersabar (al-Zuhayli et al. 2008). Dalam banyak keadaan, Allah SWT membiarkan
hamba-Nya terus diasak ujian kelelahan dan kepenatan sehingga ke satu tahap mereka tidak
mampu melakukan apa-apa melainkan hanya berserah kepada Allah SWT. Pada ketika itu,
Allah SWT memberikan jalan keluar kepada mereka kerana Mukmin sentiasa menyedari
bahawa Allah SWT sama sekali tidak melupakan hamba-Nya (al-Syacrawi 1991).
iv. Orang yang bertawakkal (Al-Quran 3:159) Firman Allah SWT dalam Ali cImran ayat 159:
܅ب
܅ ܅ ܅ ُ ܆ ب ك
٩َܜَٱل ُݙتݠ قَك قي
َ َفܗقذاَعܲ بمتَفتݠََلَٱَّۚقَإقن
ٱَُّق
Maksudnya:
kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
Tawakkal diertikan dengan melakukan usaha berhubung makhluk secara zahir dan
meletakkan pergantungan kepada Allah SWT di dalam hati. Selanjutnya bersyukur kepada
Allah SWT atas segala nikmat dan musibah (al-Sulami, 2001). Maka, ia adalah faedah daripada
iman apabila anggota berusaha dan hati bertawakkal kepada Allah SWT. Kerana Allah SWT
berkuasa untuk melakukan sesuatu tanpa sebab sedangkan manusia terikat dengan hukum
sebab musabab. Dengan menyedari perkara ini, manusia mengetahui kelemahan diri dan
kekuasaan Allah SWT (al-Syacrawi, 1991)
v. Orang yang adil (al-Quran 5:42, 49:9, 60:8). Firman Allah SWT dalam al-Ma’idah ayat 42:
ب
܅ ܅ ُ ܆ ب ب
ب
ُ ب
٢ََس ق݁ي
َ َطَإقن
َٱحكݗَب بيݜ ُݟݗََب قٱلݐق بس ق
َِنَحݓ بݙتَف
ܜَٱل ُݙݐ ق
ٱَُّق
Maksudnya:
dan jika kamu memutuskan perkara mereka, Maka putuskanlah (perkara itu) diantara
mereka dengan adil, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.
Adil yang dimaksudkan ialah seperti yang digariskan Allah SWT dan bukan adil dari
perspektif hawa nafsu. Adil yang diperintahkan ialah menentang kezaliman dan penindasan
sesama makhluk serta memberikan hak kepada yang berhak (al-Syacrawi, 1991) meskipun
yang meminta hak itu dari kalangan orang kafir (Ibn Kathir, 2002).
vi. Berperang di jalan Allah. Firman Allah SWT dalam al-Saff ayat 4:
܅ ܅ ُ ܆ ܅
ُ ٰ ُ
مك
܅
ٞ
ب
܅
ُ
ُ
ُ
ٞ
ب
ٰ
٤َََِسبقيݖ ق َݝقۦَصفܛَكأنݟݗَبݜيݚَمܱصݠص
َ َن
َ إق
ٱَُّقܜَٱ قيݚََي تقݖݠن ق
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang
teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.
Berperang dalam satu barisan teratur bermaksud tetap teguh dalam peperangan dan
bersama menuruti segala perintah Allah SWT khususnya solat (Ibn Kathir, 2002). Allah
SWT mencintai mereka yang berperang untuk meninggikan agama-Nya dalam keadaan
teratur dan tidak berpecah belah (al-Zuhayli et al. 2008).
ii.
Berbuat baik (al-Ihsan) (al-Qur’an 3:134; 5:13). Firman Allah SWT dalam Ali
Imran ayat 134:
c
܅
܅ ܅ك ب
ب
ب
܅ ܅ك
ُ ُ
܅
ب
َُّٱ
܅
ٰ
َ ܛس َ َو
َ ٱل ق
َ َ َِ َٱلۡاءقَ َ َوٱلَاءقَ َ َوٱل ق݄ قݙيَ َٱلغيَ݂ َ َوٱلعܛفقيَ َع قݚ
ٱ قيݚَ َيݜفقݐݠن ق
ُُ ܆ ب ب
٤ََسنقي
ق
ܜَٱل ُݙح ق
Maksudnya:
(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan
orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai
orang-orang yang berbuat kebajikan.
Al-Sulami (2001) menyatakan orang yang ihsan menafkahkan harta di jalan Allah SWT
dengan ikhlas tanpa mengharap balasan. Mereka juga tidak akan bakhil sama sekali dengan
nikmat yang diberikan. Amalan menafkahkan harta juga termasuk dalam cara taubat bagi orang
yang mahu membersihkan diri daripada dosa lalu. Selain itu, seorang yang ihsan tidak akan
berdendam dengan sesiapa. Maka, segala kesilapan dan kesalahan yang telah mereka lakukan
akan dimaafkan. Kedua-dua ini iaitu infak dan memaafkan termasuk dalam maksud ikhlas
kerana Allah SWT.
Daripada perbincangan ini, dapat disimpulkan bahawa cinta Allah SWT kepada
makhluk ada yang bersifat umum dan khusus. CInta umum meliputi semua makhlukNya dari
segi keteraturan, ketepatan dan kesempurnaan penciptaan. Manakala cinta yang khusus adalah
kepada Mukmin yang berusaha untuk mencintai Allah SWT dengan melakukan segala
perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya secara sepenuh hati tanpa berbelah bahagi.
Penutup
Sebagai kesimpulan, cinta berhubung secara langsung dengan kehidupan manusia dari sudut
pembentukan personaliti. Hasil daripada cetusan cinta ini ialah rasa kasih dan sentiasa ingin
berdamping dengan yang dicintai. Sehubungan itu, rasa cinta perlu kepada bimbingan dan ilmu
agar dapat disalurkan ke arah yang positif. Dengan erti kata lain, cinta adalah salah satu bentuk
motivasi dalam diri insan. Salah faham dalam memahami cinta akan mengakibatkan terlahirnya
tindakan yang memberi kesan buruk.
Berdasarkan ayat al-Quran, difahami bahawa cinta kepada Allah SWT menjadi
matlamat Mukmin sekali gus melahirkan tindakan positif sebaliknya cinta kepada dunia yang
menjadi matlamat orang tidak beriman menatijahkan tindakan negatif dalam segenap aspek.
Bagi menyuburkan cinta kepada Allah SWT ia perlu kepada pengorbanan dan istiqamah. Ia
dapat direalisasikan menerusi amal soleh seperti yang dinyatakan dalam al-Quran. Hasilnya,
ketenangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat bertemu dengan yang dicintai.
Rujukan
Abdul Qadir cIsa. (2008). Ha qa’iq cAn al-Ta sawwuf. Terj. Mustafa Husain at-Taib. T.p.
Al-Jauziyyah, Muhammad bin Abi Bakr. (1997). Taman orang-orang yang cinta dan rindu
(menurut al-Quran dan Sunnah). Terj. Kathur Suhardi. Batu Caves: ALBAZ
Publishing and Distribution Sdn. Bhd.
Al-Sulami, Abu cAbd al-Rahman bin al-Husayn. (2001). Haqa’iq al-Tafsir Tafsir al-Qur’an
al-cAziz. Tahqiq: Sayyid cImran. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
c
Al-Sya rawi, Muhammad Mutawalli. (1991). Tafsir al-Syacrawi. Matabic Akhbar al-Yawm.
Al-Zuhaily, Wahbah et al. (2008). al-Mausucah al-Qur’aniyyah al-Muyassarah. Cet.3. Dar alFikr: Damsyik.
Chaton, B. A. (2007). Sex, love and the media: Who is teaching what to children in the middle?
Disertasi Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan. Universiti La Verne.
Ghazi bin Muhammad. (2010). Love in the Holy Quran. USA: Kazi Publications Inc.
Ibn Kathir, Ismacil bin cUmar. (2002). Tafsir al-Qur’an al-cAzim. Dar Tayyibah.
Kamus Dewan. (2002). Ed. 3. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Lumbard, J. E. B. (2003). Ahmad al-Ghazali (d. 517/1123 or 520/1126) and the metaphysics
of love. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah Fakulti Pengajian Siswazah. Yale University.
Lynn Wilcox. (1995). Sufism and Psychology. Chicago: ABJAD Book Designers and Builders.
Mahmud bin al-Syarif. (1983). Al-Hubb fi al-Quran. Beirut: Dar Maktabah al-Hilal.
Merriam-Webster.
2017.
Love.
Dipetik
daripada
https://www.merriamwebster.com/thesaurus/love pada 23 Februari 2017.
Suleyman Derin. (1999). From Rabi`a to Ibn al-Färich Towards Some Paradigms of the Sufi
Conception of Love. Tesis Doktor Falsafah. Jabatan Pengajian Arab dan Timur Tengah.
Universiti Leeds.
Syaidatun Nazirah. (2012). Kefahaman Remaja Melayu Terhadap Konsep Cinta Dalam Islam
dan Hubungannya dengan Penikiran Rasional dan Akhlak Percintaan. Tesis Doktor
Falsafah. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.