POLISI DAN PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH ME

PENDAHULUAN
Jepun merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di bahagian timur benua
Asia. Jepun juga dikenali dengan nama ‘Nippon’ atau ‘Nihon’ yang bermaksud ‘tanah
matahari terbit’.1 Seluruh dunia maklum bahawa Jepun merupakan salah sebuah kuasa
besar di dunia. Hal ini demikian kerana perkembangan militerisme yang bertapak di
Jepun sejak sekian lama. Perkembangan militerisme di Jepun ini kemudiannya telah
mengheret negara tersebut ke dalam kancah perang Dunia Kedua yang berlangsung pada
tahun 1939 hingga 1945.2 Perkembangan dalam militerisme ini kemudiannya telah
membawa kepada dasar imperialisme Jepun. Sejak Jepun menang ke atas China dalam
Perang China-Jepun pada tahun 1894-1895 dan menang ke atas Rusia pada tahun 19041905, bibit-bibit imperialisme Jepun sudah mula dapat dikesan. Imperialisme ialah istilah
yang membawa maksud dasar perluasan kuasa sesebuah negara atau kuasa ke atas negara
lain demi kepentingan politik dan ekonomi.
Namun begitu, imperialisme dalam konteks Jepun pula membawa maksud negara
timur yang moden menentang imperialisme. Antara kawasan yang menjadi sasaran Jepun
dalam memperluaskan dasar imperialisme mereka termasuklah Asia Tenggara. Terdapat
banyak faktor mengapa Jepun menjalankan dasar imperialisme di Asia Tenggara.
Antaranya termasuklah kerana sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat, keinginan Jepun
membebaskan Asia Tenggara daripada penjajahan Barat, mendapatkan bahan mentah,
menguji kekuatan ketenteraanya dan beberapa lagi faktor lain. Tanah Melayu yang
sememangnya berada dalam kawasan lingkungan Asia Tenggara juga tidak ketinggalan
menjadi sasaran imperialisme Jepun. Hal ini dapat dilihat apabila Tanah Melayu terlibat

secara tidak langsung sebagai salah satu medan peperangan semasa berlakunya Perang
1 Edwin O. Reischauer, Japan, past and present, Tokyo: C.E. Tuttle, 1966, hlm. 15.
2 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (tumpuan di Negeri Kedah),
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 1.

1

Dunia Kedua.3 Tanah Melayu juga dilihat sebagai sebuah kawasan yang perlu diduduki
kerana membawa banyak kepentingan kepada Jepun. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
bermula apabila tentera Jepun mendarat di Selatan Thailand dan di Kelantan. Jepun
kemudiannya telah menawan Kuala Lumpur pada 11 Januari 1942 manakala Singapura
pula telah ditakluki pada 15 Februari 1942.4 Jepun mengambil masa kira-kira 70 hari
untuk menawan keseluruhan Tanah Melayu dan juga Singapura.
Sebaik sahaja Jepun berjaya menduduki Tanah Melayu, pihak Jepun telah
menjalankan corak pentadbiran mereka bagi memastikan kelicinan dalam pentadbiran.
Hal ini telah menyebabkan dasar pentadbiran di Tanah Melayu sebelumnya telah
mengalami perubahan yang besar lebih-lebih lagi apabila pihak Jepun menjalankan
beberapa dasar yang bertujuan untuk menjepunkan masyarakat di Tanah Melayu. Dasar
pentadbiran Jepun terhadap tanah jajahan barunya termasuk Tanah Melayu telah
diputuskan sejak 1941 dan ianya bersifat imperialistik serta bertujuan untuk menegakkan

hegemoni tentera.5
Dasar pentadbiran Jepun telah diputuskan dalam persidangan di antara Markas
Besar Am Kerajaan (Daihonei) dengan Konferensi Hubungan pada 20 November 1941
dan telah menetapkan beberapa perkara penting tentang pentadbiran tanah jajahan.
Menerusi dasar ini, Tanah Melayu diletakkan di bawah pimpinan Ketumbukan Ke-25
yang dipimpin oleh Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki mulai 15 Februari 1942
manakala Major Jeneral Manaki Takanobu pula diberi tanggungjawab untuk menjalankan
pentadbiran kerajaan tentera atau Gunseikan. Dalam pada itu, tugas memperincikan
pelaksanaan polisi di Tanah Melayu telah diberikan kepada Kolonel Watanaru Watanabe.
3 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (tumpuan di Negeri Kedah),
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 1.
4 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd., 1988, hlm. 193.
5 Azhar Bin Mad Aros, ‘Militerisme Jepun : Polisi Dan Pelaksanaannya di Tanah Melayu 1941-1945,’ Tesis
Ph.D, Jabatan Sejarah,Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009, hlm. 274.

2

Beliau dianggap sebagai perancang sebenar dasar pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dan
beliau turut memperkenalkan konsep yang dikenali sebagai The Watanabe Gunsei
Philisophy6 iaitu :

1. Misogi : satu peluang keemasan untuk penduduk memperbaiki diri selepas
sekian lama hidup bermewah dan lupa diri dengan British.
2. Mui ni kasu : menegah dari memberikan arahan dan panduan hidup yang
salah.
3. Ho sansho : makin ringkas arahan, peraturan dan undang-undang yang
diperkenalkan kerajaan maka makin mudah dan licinlah sesebuah pentadbiran.
Terdapat juga dasar-dasar lain yang menjadi tambahan kepada konsep Watanabe
Gunsei. Dasar-dasar ini berfungsi sebagai dasar tambahan dan penting untuk diterapkan.
Antara dasar-dasar tersebut termasuklah7 :
1.

Sasaran pemerintahan tentera Jepun : pemulihan ketertiban awam,
mempercepatkan penguasaan sumber penting untuk kepentingan pertahanan
nasional serta menjamin supaya kawasan yang ditakluki dapat berdikari dari
segi ekonomi dan memastikan kepentingan pembiayaan tenteranya dapat

ditanggung.
2. Status terakhir setiap wilayah yang diduduki dan masa depannya akan
ditentukan secara berasingan.
3. Dalam pelaksanaan pemerintahan tentera, organisasi pemerintahan yang sedia

ada akan dimanfaatkan sebanyak mungkin dengan menghormati struktur
organisasi tempatan dan kebiasaan peribumi.
4. Kehidupan penduduk peribumi akan dibina sedemikian rupa sehingga
mempercayai

keupayaan

pasukan

kemaharajaan

dan

tidak

akan

6 Ibid., hlm. 258.
7 Azhar Bin Mad Aros, ‘Militerisme Jepun : Polisi Dan Pelaksanaannya di Tanah Melayu 1941-1945,’ Tesis
Ph.D, Jabatan Sejarah,Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009, hlm. 259.


3

mengggalakkan perkembangan gerakan kemerdekaan dalam kalangan
masyarakat peribumi.
Dasar-dasar inilah yang kemudiannya telah membentuk asas pentadbiran Jepun di
Tanah Melayu. Pentadbiran di Tanah Melayu telah di bahagikan kepada beberapa
bahagian8 :
1. Pentadbiran Negeri-negeri Selat yang diperintah oleh Gabenor dari ibu pejabat
di Singapura dan nama Singapura telah ditukar kepada Syonan To iaitu Cahaya
Selatan.
2. Semenanjung Tanah Melayu diperintah oleh Presiden atau Gunseiki dan nama
Tanah Melayu ditukar kepada Malai Baru.
3. Sabah dan Sarawak diperintah oleh Ketua Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun
iaitu Leftenan Jeneral Marquis Toshinari Maeda.
Pada peringkat awal, pentadbiran Jepun di Tanah Melayu tidak begitu kompleks
kerana hanya terdapat empat jabatan sahaja yang terdiri daripada Jabatan Hal Ehwal
Awam, Kewangan, Harta Benda dan Perhubungan serta Majlis Mesyuarat. 9 Kemudian,
pada akhir tahun 1942, ianya menjadi semkain kompleks melalui penubuhan sebelas
jabatan, dua puluh lima bahagian jabatan dan beberapa biro. 10 Antara jabatan yang

dimaksudkan termasuklah Jabatan Hal Ehwal Am, Polis, Kawalan, Industri, Kehakiman,
Kewangan, Perhubungan, Kesihatan, Hal Ehwal Dalam Negeri, Propaganda dan
Akauntan. Pada bulan Mei 1943 apabila Mejar Jeneral Fujiwara menggantikan tempat
Kolonel Wataru Watanabe, beliau telah mengecilkan jumlah jabatan yang sedia ada
menjadi enam jabatan sahaja iaitu Jabatan Hal Ehwal Awam, Polis, Industri, Kewangan,

8 Ibid., hlm. 260.
9 Abdul Hamid Bin Moiden, ‘Pelaksanaan Dan Kesan Penerapan Peradaban Jepun Ke Atas Orang Melayu
Di Tanah Melayu 1942-1945,’ Disertasi Sarjana, Program Pengajian Peradaban, Fakulti Sastera dan Sains
Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2007, hlm. 97.
10 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (tumpuan di Negeri Kedah),
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 35.

4

Akauntan, Penyeliaan dan Propaganda.11 Pengecilan jumlah jabatan ini dibuat berikutan
menyedari bahawasanya timbul banyak kesulitan dalam pentadbiran yang sedia ada.
Dalam penulisan ini, polisi pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dapat dilihat
dengan lebih jelas melalui beberapa pembahagian yang akan dibincangkan seperti
struktur pentadbiran, ketenteraan dan polis, keadilan, institusi kesultanan, kedudukan

pemerintah tempatan dan kedudukan agama Islam. Kemudian juga akan dibincangkan
berkaitan dengan beberapa kesan perlaksanaan polisi pentadbiran Jepun di Tanah Melayu.
STRUKTUR PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada pentadbiran
peringkat pusat dan pentadbiran peringkat negeri. Pentadbiran peringkat pusat diketuai
oleh Samubucho atau Director General manakala bagi pentadbiran peringkat negeri pula
pihak Jepun telah menubuhkan kerajaan daerah atau negeri yang dikenali sebagai Seicho.
Setiap negeri akan mempunyai seorang Gabenor Jepun yang mentadbir. Gabenor akan
menerima arahan daripada ibu pejabat yang terletak di Singapura. Hal ini demikian
kerana untuk melicinkan lagi pentadbiran Jepun di Tanah Melayu. Kebanyakan Gabenor
yang dilantik terdiri daripada golongan birokrat yang berpengaruh di Kementerian Dalam
Negeri atau jeneral-jeneral yang telah bersara. 12 Seorang Gabenor juga bertanggungjawab
memegang tugas Ketua Eksekutif bagi menggantikan tugas sultan sebagai ketua negeri
dan tugas bekas Penasihat British. Gabenor turut berkuasa membatalkan undang-undang
dan berkuasa dalam pentadbiran kewangan kerajaan.
Di peringkat negeri, corak pemerintahan tradisional seperti pentadbiran peringkat
daerah, mukim dan kampung masih lagi dikekalkan oleh pihak Jepun. Di peringkat
11 Azhar Bin Mad Aros, ‘Militerisme Jepun : Polisi Dan Pelaksanaannya di Tanah Melayu 1941-1945,’
Tesis Ph.D, Jabatan Sejarah,Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009, hlm. 264.
12 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (tumpuan di Negeri Kedah),

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 39.

5

daerah misalnya, tugas pegawai daerah atau Guncho zaman Jepun tidak banyak berbeza
jika dibandingkan semasa zaman British. Manakala di peringkat mukim, kuasa masih lagi
diberikan kepada penghulu yang dibantu oleh ketua kampung serta panglima. Peranan
penghulu pada zaman Jepun juga adalah penting. Hal ini demikian kerana penghulu
bertanggungjawab mengawal keamanan dan ketenteraman mukimnya yang dikenali
sebagai Keisatsu Kyoryoku Dan, penyampai arahan Jepun kepada masyarakat serta
mengawal kegiatan pertanian di kawasannya. Peranan ketua kampung pula adalah
menjadi pembantu kepada penghulu dan mengetuai anak buahnya dalam melaksanakan
tugas-tugas yang diberikan kepada beliau.
Dalam pentadbiran Jepun, Singapura telah dijadikan oleh pihak Jepun sebagai
pusat pentadbiran tentera yang menggabungkan Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri
Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Sumatera. Selain itu,
Singapura turut dijadikan perbandaran khas yang mempunyai Datuk Bandar sendiri iaitu
Mayor yang dilantik oleh pihak Jepun. Pentadbiran di Singapura juga bertanggungjawab
terus kepada Maharaja Jepun di Tokyo. Pihak Jepun juga telah menukar nama Singapura
kepada Syonan To atau Cahaya Selatan. Nama Tanah Melayu juga ditukar kepada Malai

Baru manakala Sabah dan Sarawak pula dikenali dengan nama The Borneo Kita.13
Jepun juga turut melakukan perubahan drastik ke atas pentadbiran di Tanah
Melayu apabila menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Thailand. Sebuah
perjanjian telah dibuat di Bangkok pada 20 Ogos 1943 di antara Plaek Phibunsongkhram
iaitu Perdana Menteri Thailand dengan wakil Jepun iaitu Teiji Tsubokami bertujuan untuk
menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Thailand. 14 Penyerahan Negeri-negeri
13 Abdul Hamid Bin Moiden, ‘Pelaksanaan Dan Kesan Penerapan Peradaban Jepun Ke Atas Orang Melayu
Di Tanah Melayu 1942-1945,’ Disertasi Sarjana, Program Pengajian Peradaban, Fakulti Sastera dan Sains
Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2007, hlm. 93.
14 Rohinidevi a/p Paul Raj, ‘Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu 1941-1945 : Dari Perspektif Masyarakat
India,’ Latihan Ilmiah B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2002/2003, hlm. 14.

6

Melayu Utara yang terdiri daripada Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada
Thailand adalah berikutan kerana Thailand telah membantu Jepun semasa proses Jepun
menawan Tanah Melayu. Jepun juga memberikan alasan bahawa sebelum kedatangan
British, Negeri-negeri Melayu Utara dahulunya berada di bawah Thailand. Oleh yang
demikian pihak Jepun menghormati kedaulatan Thailand ke atas negeri-negeri tersebut.
KETENTERAAN DAN POLIS

Pada 1 Julai 1942 dasar pentadbiran Jepun terhadap bidang ketenteraan dan polis
memperlihatkan beberapa perubahan merangkumi aspek pangkat, pakaian seragam, dan
bidang tugas. Pangkat dalam keanggotaan polis misalnya telah ditetapkan mengikut
susunannya seperti Kesatchu Kyoku Cho (Ketua Pejabat Polis), Keibu (Inspektor), Keibu
Ho (Sub. Inspektor), Junsa Bucho (Sarjan Mejar), Junsa Kelas I (Sarjan dan Lans
Sarjan), Junsa Kelas II (Koperal dan Lans Koperal), Junsa Kelas III (mata-mata kelas I
dan II) dan Kyoshusei (rekrut).15 Bukan itu sahaja, pejabat polis juga telah diseragamkan
kepada tiga cawangan iaitu Keimu ka yang bertanggungjawab menjaga latihan polis, halehwal polis, disiplin, kewangan dan lain-lain, Hoan ka yang bertanggungjawab
menguruskan kenaikan pangkat, papan tanda, peraturan jalan raya, senjata api, letupan
dan mengawal kemudahan ekonomi manakala Toko ka pula berfungsi menjalankan
siasatan rahsia dalam perkara yang berkait dengan gerakan menentang pemerintahan
Jepun dan membuat huru-hara.
Organisasi sulit ketenteraan turut ditubuhkan bagi memastikan pentadbiran Jepun
berjalan lancar tanpa sebarang tentangan dan bagi memastikan propaganda mereka
sampai kepada segenap lapisan masyarakat. Organisasi-organisasi sulit ini disertai oleh
masyarakat tempatan di Tanah Melayu yang telah berjaya menerima elemen-elemen
15 Abdullah Zakaria Ghazali, Pentadbiran Tentera Jepun dan Thai di Terengganu 1942-1945, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1996, hlm. 29.

7


penjepunan yang diterapkan oleh pihak Jepun. Antara organisasi yang dimaksudkan
termasuklah Kempeitai, Tekikan dan Toko.16 Kempeitai adalah organisasi yang berfungsi
sebagai pengawal pergerakan masyarakat dan mengawasi propaganda-propaganda Jepun.
Selain itu Kempeitai turut bertanggungjawab menyiasat kegiatan politik, melantik ejen
perisik tempatan, menyeksa dan membunuh pihak yang dilihat anti kepada Jepun. 17
Kempeitai terbahagi kepada Polis Tentera Perisikan dan Polis Tentera Biasa serta
diletakkan di bawah kuasa Ketua Polis Tentera yang bertanggungjawab terus kepada
Menteri Perang. Tekikan ialah perisik tertinggi tentera Jepun yang menjalankan aktiviti
propaganda, sabotaj dan pembunuhan jika perlu bagi menegakkan kuasa Jepun di Tanah
Melayu dan kawasan serantaunya manakala Toko pula terdiri daripada pegawai-pegawai
tentera yang bertugas untuk merisik kegiatan anti-Jepun di seluruh Tanah Melayu.
UNDANG-UNDANG
Polisi pentadbiran Jepun di Tanah Melayu juga dapat dilihat menerusi
pengimplementasian undang-undang. Pihak Jepun telah melaksanakan undang-undang
ketenteraan ala Jepun bagi menjamin kedudukannya di Tanah Melayu. Jika sebelum ini
kuasa membuat undang-undang adalah di bawah tanggungjawab Majlis Mesyuarat Negeri
akan tetapi semasa pendudukan Jepun situasi ini telah berubah sama sekali. Majlis
Mesyuarat Negeri tidak lagi berkuasa membuat undang-undang seperti sebelum perang. 18
Majlis Mesyuarat Negeri digantikan dengan Majlis-majlis Penasihat yang mana ahlinya
terdiri daripada orang-orang Jepun dan orang-orang Melayu. Gabenor Jepun secara tidak
langsung dilantik menjadi pengerusi bagi majlis ini manakala timbalannya adalah sultan16 Azhar Bin Mad Aros, ‘Militerisme Jepun : Polisi Dan Pelaksanaannya di Tanah Melayu 1941-1945,’
Tesis Ph.D, Jabatan Sejarah,Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009, hlm. 273.
17 Rohinidevi a/p Paul Raj, ‘Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu 1941-1945 : Dari Perspektif Masyarakat
India,’ Latihan Ilmiah B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2002/2003, hlm. 15.
18 Abdul Hamid Bin Moiden, ‘Pelaksanaan Dan Kesan Penerapan Peradaban Jepun Ke Atas Orang Melayu
Di Tanah Melayu 1942-1945,’ Disertasi Sarjana, Program Pengajian Peradaban, Fakulti Sastera dan Sains
Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2007, hlm. 95.

8

sultan Melayu. Walaupun secara teorinya sultan adalah ketua bagi setiap negeri akan
tetapi kuasa sebenar terletak pada Gabenor Jepun kerana kuasa sultan adalah terhad.
Sultan hanya menjalankan kewajipannya sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat
Melayu sahaja.
Tidak hanya itu, pihak Jepun juga telah melakukan perubahan dalam sistem
kehakiman dan mengubah struktur mahkamah. Sebagai contoh di Terengganu, pihak
pentadbir Jepun telah membahagikan Mahkamah Terengganu kepada tiga jenis iaitu
terdiri daripada Mahkamah Kota Hoin (Mahkamah Besar), Mahkamah Ciho Hoin
(Mahkamah Jajahan) dan Mahkamah Kaikyo Hoin (Mahkamah Kadi). Mahkamah juga
mempunyai sistem pengurusan yang telah ditetapkan oleh pihak Jepun. Mahkamah Besar
atau Kota Hoin ditetapkan mempunyai dua orang hakim iaitu seorang berbangsa Jepun
dan seorang berbangsa Melayu. Fungsi mahkamah ini termasuklah mendengar kes-kes
rayuan daripada Mahkamah Jajahan atau Ciho Hain. Di Mahkamah Jajahan pula telah
ditetapkan bahawa harus ada dua orang hakim untuk mengendalikan kes-kes yang
melibatkan denda di bawah RM 1000.00 serta kes-kes jenayah dengan hukuman dua
tahun penjara.19 Bagi Mahkamah Kadi atau Kaikyo Hain, tiada sebarang perubahan dibuat
dan fungsinya hanyalah untuk membicarakan kes-kes yang ditetapkan di dalam
mahkamah itu sahaja. Setiap mahkamah juga ditetapkan supaya mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan seperti menaikkan bendera Jepun dan memakai cop seal masing-masing.
INSTITUSI KESULTANAN
Polisi pentadbiran Jepun di Tanah Melayu juga turut membabitkan institusi
kesultanan. Pada awalnya dasar pentadbiran Jepun terhadap institusi kesultanan di Tanah
Melayu adalah dikenali sebagai Doko-Shori Yoryo iaitu membawa maksud sebagai rakyat
19 Abdul Hamid Bin Moiden, ‘Pelaksanaan Dan Kesan Penerapan Peradaban Jepun Ke Atas Orang Melayu
Di Tanah Melayu 1942-1945,’ Disertasi Sarjana, Program Pengajian Peradaban, Fakulti Sastera dan Sains
Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2007, hlm. 99.

9

Maharaja Jepun. Dasar ini bererti Jepun tidak mengiktiraf kedudukan sultan dan sultansultan di Tanah Melayu perlu menyerahkan gelaran, negeri dan rakyatnya kepada
Maharaja Jepun melalui pemerintahan tentera yang dijalankan. 20 Namun begitu pihak
Jepun kemudiannya menyedari bahawasanya mereka memerlukan sultan untuk meraih
sokongan orang Melayu pada ketika itu. Hal ini demikian kerana bagi orang Melayu
sultan adalah ketua agama Islam, adat istiadat dan juga pemimpin politik mereka sejak
sekian lama.
Menyedari akan hal tersebut, pada bulan September 1942, satu pindaan terhadap
dasar ini telah dilakukan. Melalui pindaan ini, sultan telah diiktiraf sebagai ketua agama
Islam dan adat istiadat Melayu. Kemudian satu lagi persidangan telah diadakan pada 20
Januari 1943 di Singapura. Dalam persidangan ini beberapa pengumuman penting telah
dibuat untuk menjamin kedudukan sultan dan di antaranya ialah :
1) Pengiktirafan rasmi ke atas gelaran kemuliaan sultan
2) Pengesahan kedudukan dan darjat sebagai kuasa tertinggi dalam hal ehwal
agama Islam
3) Bayaran pencen dan saguhati kepada sultan disamakan seperti sebelum perang
4) Hak sultan untuk mendapatkan semula harta benda baginda
Menurut seorang penulis Jepun iaitu Yoji Akashi, beliau berpendapat bahawa jika
Jepun tidak memberikan layanan yang baik kepada sultan-sultan di Tanah Melayu maka
maharaja-maharaja di India tentu tidak akan menolong mereka semasa Jepun menyerang
British di India. Pendapat ini ada logiknya kerana kira-kira 50 orang maharaja di India
berasa takut kerana kedudukan mereka akan turut tergugat seperti mana kedudukan
sultan-sultan di Tanah Melayu.21 Bagi menarik sokongan sultan, pihak Jepun juga telah
menaikkan elaun bulanan sultan. Sebagai contoh pada tahun 1942, Sultan Selangor telah
20 Azhar Bin Mad Aros, ‘Militerisme Jepun : Polisi Dan Pelaksanaannya di Tanah Melayu 1941-1945,’
Tesis Ph.D, Jabatan Sejarah,Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009, hlm. 265.
21 Yoji Akashi, ‘Japanese Military Administration in Malaya’, kertas kerja dibentangkan di International
Conference on Asian History, Kuala Lumpur, 5-10 Ogos 1968, hlm. 95.

10

menerima sebanyak 1,000 Yen bagi bulan Mac dan 10,000 Yen pada bulan April.22 Pada
bulan Mei pula Sultan Selangor telah menerima sebanyak 15,000 Yen sebagai tambahan.
Tindakan ini dibuat tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memenangi hati sultan
supaya menyokong pendudukan mereka di Tanah Melayu.
Sultan-sultan di Tanah Melayu pada masa yang sama terpaksa bersikap pro-Jepun
kerana ingin menjaga kedudukan dan kuasa mereka. Sultan tiada pilihan lain melainkan
terpaksa berbaik-baik dengan Jepun bagi memastikan mereka terus berada di atas takhta.
Hal ini dapat dibuktikan melalui sultan yang pro-British sebelumnya telah beralih arah
kepada pro-Jepun. Sebagai contoh yang nyata ialah Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim
yang terkenal dengan sifat kebaratannya telah menunjukkan sikap anti-British.23 Dalam
masa yang sama juga pihak Jepun turut mengambil langkah drastik dengan
menyingkirkan sultan-sultan yang pro-British.
Antara sultan yang disingkirkan termasuklah Sultan Alam Shah dari Selangor
yang telah digantikan dengan Sultan Musauddin yang dilihat lebih pro kepada Jepun pada
=tahun 1941. Di Terengganu, Sultan Ali telah dilantik menjadi Sultan Terengganu pada
tahun 1942 manakala di Perlis pula Syed Putra yang telah dinamakan oleh Majlis
Mesyuarat negeri sebagai bakal raja Perlis juga telah disingkirkan. Beliau telah digantikan
dengan Syed Hamzah yang dianggap oleh Jepun berguna bagi kepentingan mereka.
KEDUDUKAN PEMERINTAH TEMPATAN
Dasar pemerintahan Jepun di Tanah Melayu juga turut melibatkan golongan
pemerintah tempatan yang sebahagiannya adalah golongan elit terutamanya golongan elit

22 Abdul Hamid Bin Moiden, ‘Pelaksanaan Dan Kesan Penerapan Peradaban Jepun Ke Atas Orang Melayu
Di Tanah Melayu 1942-1945,’ Disertasi Sarjana, Program Pengajian Peradaban, Fakulti Sastera dan Sains
Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2007, hlm. 133.
23 Azhar Bin Mad Aros, ‘Militerisme Jepun : Polisi Dan Pelaksanaannya di Tanah Melayu 1941-1945,’
Tesis Ph.D, Jabatan Sejarah,Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009, hlm. 267.

11

Melayu. Kebanyakan golongan elit Melayu ditugaskan sebagai pegawai daerah atau
Guncho di kawasan-kawasan tertentu. Namun begitu mereka terpaksa mengalami
kesulitan kerana pihak Jepun selalu campur tangan dalam urusan harian mereka. 24
Walaupun jawatan-jawatan seperti ketua jabatan serta pegawai di pejabat pentadbiran
disandang oleh golongan elit Melayu dan pegawai Melayu akan tetapi mereka hanyalah
pelaksana dasar sahaja. Mereka tidak berkuasa dalam menentukan sebarang dasar kerana
ianya adalah bidang kuasa untuk pegawai Jepun sahaja. Dengan itu dapat dikesan bahawa
peranan mereka dalam pentadbiran adalah semakin berkurang malah mereka juga
terpaksa mengambil langkah bekerjasama dengan Jepun untuk memastikan kedudukan
mereka sentiasa terjamin.
Pemerintah dan pegawai tempatan juga turut menghadapi pelbagai tekanan seperti
dipecat oleh pihak pemerintah Jepun. Hal ini akan dilakukan oleh Jepun sekiranya mereka
merasakan bahawa jumlah kakitangan sedia ada melebihi keperluan. Pegawai-pegawai
yang berkhidmat dengan Jepun juga tidak dibenarkan melanggar peraturan dan undangundang yang telah ditetapkan oleh pihak Jepun. Jika mereka ingkar, hukuman berat akan
menanti mereka. Setiap tugas yang diberikan oleh pihak Jepun juga mestilah dibuat
dengan cepat jika ingin terselamat dari hukuman. Disebabkan oleh pelbagai tekanan yang
dihadapi, ramai pegawai tempatan yang terpaksa menceburi sektor lain seperti pertanian,
perladangan dan juga perikanan.25 Selain itu, terdapat juga pegawai yang masih
berkhidmat dalam pentadbiran tentera Jepun akan tetapi mereka terpaksa menerima gaji
yang sedikit jumlahnya manakala pesara-pesara pula dirundung nasib malang apabila
sistem pencen dihapuskan oleh pihak Jepun.
KEDUDUKAN AGAMA ISLAM
24 Abdullah Zakaria Ghazali, Pentadbiran Tentera Jepun dan Thai di Terengganu 1942-1945, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1996, hlm. 24.
25 Azhar Bin Mad Aros, ‘Militerisme Jepun : Polisi Dan Pelaksanaannya di Tanah Melayu 1941-1945,’
Tesis Ph.D, Jabatan Sejarah,Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009, hlm. 269.

12

Agama Islam merupakan elemen yang sangat dekat serta tidak dapat dipisahkan
dengan penduduk di Tanah Melayu yang rata-ratanya adalah orang Melayu. Untuk
memenangi hati dan mendapatkan sokongan masyarakat di Tanah Melayu yang boleh
dikatakan majoritinya beragama Islam maka pihak Jepun telah menjalankan beberapa
dasar yang berkaitan dengan agama Islam di bawah pentadbirannya. Antara yang
dilakukan oleh pihak Jepun termasuklah memberi pengiktirafan kepada agama Islam.
Buktinya ialah sebuah persidangan yang dihadiri oleh wakil-wakil Islam dari Tanah
Melayu dan Sumatera telah diadakan pada 5 hingga 6 April 1943. Bukan itu sahaja, pihak
Jepun juga telah memberikan cuti sempena Hari Raya Puasa, Hari Raya Korban, Awal
Muharram, Mandi Safar kepada pegawai-pegawai tempatan termasuklah orang awam.
Pekerja-pekerja beragama Islam yang bekerja dengan Jepun juga dibenarkan
untuk pulang awal dari kerja iaitu pada pukul 2.00 petang ketika bulan Ramadhan. Tidak
hanya itu, bayaran bonus turut diberikan kepada mereka sebelum Hari Raya Puasa dan
kutipan zakat juga turut diatur semula semasa pemerintahan Jepun berlangsung di Tanah
Melayu.26 Satu tindakan menarik yang diambil oleh Jepun melalui dasar pemerintahannya
terhadap agama Islam termasuklah dengan menubuhkan Majlis Agama, akan tetapi Majlis
Agama ini ditubuhkan agak lewat. Sebagai contoh Majlis Agama di Selangor telah
ditubuhkan pada September 1943.27 Dengan penubuhan Majlis Agama ini, secara tidak
langsung organisasi undang-undang Islam serta pendidikan Islam telah diperbaharui.
Sultan kemudiannya telah dilantik menjadi ketua dalam majlis tersebut berikutan
kedudukannya yang menjadi simbol ketua agama Islam di setiap negeri.
PERSATUAN KEJIRANAN DAN ORGANISASI SEPARA TENTERA

26 Rohinidevi a/p Paul Raj, ‘Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu 1941-1945 : Dari Perspektif Masyarakat
India,’ Latihan Ilmiah B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2002/2003, hlm. 19.
27 Akashi, Yoji., ‘Japanese Military Administration in Malaya’, kertas kerja dibentangkan di International
Conference on Asian History, Kuala Lumpur, 5-10 Ogos 1968, hlm. 82.

13

Pada April 1942, pihak pentadbiran Jepun telah memperkenalkan Sistem
Pendaftaran Keluarga. Di bawah sistem ini pihak polis akan mengeluarkan sijil
pengenalan diri yang dikenali sebagai Ankyosyo. Sesiapa yang mempunyai sijil ini adalah
berhak untuk mendapatkan perlindungan polis dan ianya boleh digunakan untuk membeli
beras, gula dan garam.28 Bagi penduduk Cina dan India juga mereka mempunyai permit
masing-masing. Sebagai contoh di Singapura, orang Cina yang ingin memiliki permit
perlu mendapatkan jaminan pemilik kedai dan mendapatkan cop pengesahan dari
Persatuan Penduduk Cina serta polis. Permit bagi orang India pula terdiri daripada dua
jenis iaitu putih dan merah. Merah adalah bagi orang India yang bekerja sebagai buruh
manakala putih adalah bagi golongan celik (literate person) dan permit ini perlu
ditandatangani oleh India Independence League.
Pengawasan pihak Jepun terhadap masyarakat tempatan juga diperketatkan lagi
dengan penubuhan polis tambahan yang dipanggil sebagai Jikeidan yang diperkenalkan
pada September 1942.29 Anggota Jikeidan adalah terdiri daripada masyarakat tempatan
yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 45 tahun serta mempunyai tahap kesihatan
yang baik. Jikeidan yang mempunyai cawangan di seluruh bandar dan daerah
bertanggungjawab mengawal pergerakan orang ramai, menjaga ketenteraman awam serta
menjalankan kawalan terhadap kawasan kejiranan mereka. Mereka juga ditugaskan
supaya melaporkan tindak tanduk individu yang mencurigakan serta yang menunjukkan
ancaman terhadap pentadbiran Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun juga sentiasa
menyarankan agar masyarakat tempatan sentiasa bersatu padu dan bekerjasama bagi
menjamin keamanan kawasan masing-masing.

28 Paul H. Kratoska, The Japanese Occupation of Malaya : a social and economic history, London: Hurst
& Company, 1998, hlm. 79.
29 Ibid., hlm. 80.

14

Pada tahun 1943 pihak Jepun telah mewujudkan organisasi separa tentera di Tanah
Melayu. Contohnya Pembela Tanah Air (PETA) atau juga dikenali sebagai Giyugun telah
ditubuhkan pada bulan Disember dan berpangkalan di Johor Bahru. Selain itu Volunteer
Corps yang digelar Giyutai juga ditubuhkan. Giyutai merupakan organisasi separa tentera
dan separa petani yang mana anggotanya mestilah mempunyai sifat yang sangat
mencintai tanah air, berani serta bertanggungjawab.30 Selain itu, pihak Jepun juga turut
menubuhkan Railway Protection Corps atau Tetsudo Aigo Kumiai. Organisasi ini juga
adalah separa tentera yang mana disertai oleh penghulu, ketua kampung dan masyarakat
kampung yang tinggal berdekatan dengan landasan kereta api khususnya.31 Contohnya di
Perak, Perak Railway Protection Corp telah ditubuhkan pada bulan Oktober 1943. Di
Pahang pula, Road Protection Society telah ditubuhkan yang mana ahlinya terdiri
daripada pegawai-pegawai kerajaan dan masyarakat tempatan. Organisasi ini ditubuhkan
bertujuan untuk menjalankan pembaikan berskala kecil jika terdapat kerosakan pada
jalan-jalan utama dan mengawasi talian telekomunikasi.
KESIMPULAN
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari segi polisi dan pentadbiran telah
mendatangkan pelbagai kesan kepada penduduk di Tanah Melayu. Antara kesannya
termasuklah pengimplementasian undang-undang yang bercorak ketenteraan di Tanah
Melayu. Hal ini telah membawa kesengsaraan dalam kehidupan masyarakat kerana ianya
berbentuk keras dan tegas. Perkara inilah yang telah mendatangkan tekanan seterusnya
membawa kepada kesengsaraan dalam kalangan masyarakat tempatan di Tanah Melayu.
Melalui undang-undang ketenteraan yang diperkenalkan juga, pengaruh pemerintah
tempatan semakin lama semakin berkurang dan keadaan ini telah menyedarkan pemimpin
30 Paul H. Kratoska, The Japanese Occupation of Malaya : a social and economic history, London: Hurst
& Company, 1998, hlm. 84.
31 Ibid., hlm. 85.

15

tempatan bahawa mereka sebenarnya tidak boleh bergantung dan mempercayai Jepun
sepenuhnya dalam soal mempertahankan dan membangunkan tanah air sendiri.
Polisi dan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu juga telah menyebabkan
kemunculan

gerakan-gerakan penentangan politik dan ketenteraan yang menentang

Jepun secara lebih tersusun. Contohnya adalah seperti kewujudan Parti Komunis Malaya
(PKM) serta nasionalis Cina dan British. PKM bertindak menerusi Malayan People's Anti
Japanese Army (MPAJA) manakala golongan nasionalis Cina dari Parti Kuomintang
membentuk Overseas Chinese Anti Japanese Army (OCAJA). Pihak British juga turut
mengatur langkah dan menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam pasukan Force136
(Askar Melayu Setia) untuk menentang Jepun. Selain itu, lahir juga pertubuhan politik
yang berselindung di sebalik kegiatan ekonomi seperti Syarikat Kerjasama Am Saiburi
(SABERKAS) yang di tubuhkan bagi mencapai matlamat ekonomi politik dan sosial
orang Melayu di Kedah. Bukan itu sahaja, terdapat juga pertubuhan nasional seperti
Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Rakyat Indonesia
Semenanjung (KRIS) dan lain-lain. Kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu ini
khususnya adalah disebabkan oleh dasar Jepun yang menanamkan semangat anti-Barat.
Kesedaran politik inilah yang kemudiannya telah menyemai bibit-bibit nasionalisme
dalam kalangan orang Melayu untuk memperjuangkan nasib tanah air mereka daripada
terus dibelenggu penjajahan. Hasil daripada kesedaran politik ini dapat dilihat kesannya
selepas Tanah Melayu kembali di bawah kekuasaan British setelah Jepun menyerah kalah
pada tahun 1945. Pada ketika itu, pemimpin Melayu sudah mula mengorak langkah
menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada British secara lebih teratur. Konklusinya,
polisi pentadbiran Jepun di Tanah Melayu ternyata memperlihatkan unsur penjajahan
terhadap masyarakat tempatan. Melalui polisi dan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
juga masyarakat tempatan telah mula menyedari bahawasanya pendudukan Jepun di
16

Tanah Melayu adalah tidak lebih dari memenuhi kepentingan mereka sendiri sebagai
sebuah kuasa penjajah.

RUJUKAN
Abdul Hamid Bin Moiden, ‘Pelaksanaan Dan Kesan Penerapan Peradaban Jepun Ke Atas
Orang Melayu Di Tanah Melayu 1942-1945,’ Disertasi Sarjana, Program Pengajian
Peradaban, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2007.
Abdullah Zakaria Ghazali, Pentadbiran Tentera Jepun dan Thai di Terengganu 19421945, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1996.
Akashi, Yoji., ‘Japanese Military Administration in Malaya’, kertas kerja dibentangkan di
International Conference on Asian History, Kuala Lumpur, 5-10 Ogos 1968.
Azhar Bin Mad Aros, ‘Militerisme Jepun : Polisi Dan Pelaksanaannya di Tanah Melayu
1941-1945,’ Tesis Ph.D, Jabatan Sejarah,Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009.
Kratoska, Paul H., The Japanese Occupation of Malaya : a social and economic history,
London: Hurst & Company, 1998.
M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd., 1988.

17

McCoy, Alfred W., Southeast Asia Under Japanese Occupation, NewHaven: Yale
University Southeast Asia Studies, 1980.
Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (tumpuan di
Negeri Kedah), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.
Reischauer, Edwin O., Japan, past and present, Tokyo: C.E. Tuttle, 1966.
Rohinidevi a/p Paul Raj, ‘Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu 1941-1945 : Dari
Perspektif Masyarakat India,’ Latihan Ilmiah B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, 2002/2003.

18