Merungkai Makna Tarbiah dari sisi Pandan

MERUNGKAI TARBIAH DARI SISI PANDANG
INSANIYYAH DAN RABBANIYYAH
1

Ahmad Nabil Mohd Nor, Abdul Muhaimin Hamzah, Syaima Amatullah Hasanuddin, Asma’
Tajul Arifin
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik
dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
Ali I ra :
PENDAHULUAN
Tarbiah merupakan teras utama kepada kelangsungan sesebuah pergerakan Islam. Menurut
Hassan al-Banna (1938), matlamat pergerakan Ikhwan Muslimin itu merangkumi pembinaan
generasi daripada kalangan orang-orang yang berpegang dan beramal dengan ajaran Islam
yang sahih; generasi yang terbina ini akan mencorakkan umat keseluruhan dengan corak
Islam yang dipercayainya. Mustafa Masyhur pula telah memperihalkan kualiti tarbiah sebagai
kayu ukur ketulenan sesuatu pergerakan dan penentu masa depannya daripada sudut
kesinambungan, pertumbuhan, keserasian dan kesatuan ketumbukan ahli.
Menyedari hakikat kepaksian tarbiah, ia perlulah sentiasa menjadi agenda utama sesebuah
pergerakan Islam dalam kedua-dua lapangan amali dan teori. Teori merujuk kepada

perencanaan stragetik daripada penyusunan bahan fikrah, sistem sokongan dan sistem
penilaian serta melakukan semak-semula secara berkala kepada keberkesanan dan
kewajarannya dalam menghadapi cabaran semasa. Aspek amali pula ialah perlaksanaan
rencana tersebut dengan menggerakkan jentera berkaitan dan peruntukan kewangan. Oleh
itu, tarbiah merupakan tajuk yang sentiasa relevan untuk diwacanakan, untuk memasakkan
kefahaman sedia dan menimbulkan wajah-wajah baru dalam wacana tarbiah sebagai respon
kepada keperluan yang berubah.
Kertas kerja ini akan cuba untuk merungkaikan kefahaman tarbiah dengan harapan untuk
mencapai kepada suatu kefahaman bercakupan luas, menyeluruh dan tidak bersifat
exclusionary. Walaupun tidak akan mengetengahkan konsep-konsep baru melainkan sebuah
perumusan kepada kefahaman yang telah sedia berlegar, kertas kerja ini akan memberikan
penekanan kepada beberapa unsur penting dalam kefahaman tersebut yang sering culas
daripada pemerhatian banyak orang. Untuk mencapai tujuan ini, konsep tarbiah insaniyyah
akan cuba diposisikan sebagai salah satu elemen tarbiah rabbaniyyah yang lebih luas.
Seterusnya, sebuah tinjauan dan analisis ringkas kepada gerak kerja tarbiah bawah seliaan
Kelab IKRAM Jordan akan dilakukan sebelum membuat beberapa saranan penutup.

1

Dibentangkan pada Muktamar Kelab IKRAM Jordan, 28 April 2017, Dewan Salahuddin, Jordan

University of Science and Technology (JUST)

1

TINJAUAN KONSEP
Jika kata tarbiah diperiksa daripada segi bahasa Arabnya, didapati bahawa ia merupakan kata
terbitan daripada kata dasar rabba iaitu bertambah dan berkembang, justeru berkongsi akar
yang sama dengan kata riba yang membawa maksud bunga hutang; juga daripada perkataan
rabbu yang membawa pengertian membaikpulih dan memperelok sesuatu, justeru berkongsi
akar dengan kata al-Rab yang merujuk Allah swt sebagai Pencipta yang Memperelokkan
Ciptaan-Nya. Sekadar kilasan bahasa, dua pemeriksaan di atas memberikan suatu gambaran
makna kepada tarbiah untuk merujuk proses pengembangan yang elok lagi memperelokkan.
Membicarakan tarbiah dalam kerangka manusia, maka dapatlah perkataan ini diungkapkan
dalam bahasa Melayu kepada perbuatan mengasuh, mendidik, mengajar dan melatih.
Untuk meninjau konsep tarbiah, menurut Mohamed Hamed Eliwa (2014) tarbiah dapatlah
dirumuskan sebagai: pertambahan, peningkatan, penjagaan, perkembangan, pengislahan
dan pembinaan sedikit demi sedikit, dari satu keadaan kepada satu keadaan sehingga
sampai ke tahap lengkap serta sempurna. Beliau kemudiannya menerangkan bahawa batas
lengkap dan kesempurnaan itu merupakan usaha bagi merealisasika fir a Allah, …
tegakka lah aga a… . Takrif i i telah e peri ika sifat perlaksa aa tar iah de ga

menyenaraikan enam aspek seperti yang tertulis dan mengikat tujuan akhir tarbiah dengan
suatu kenyataan yang bersifat haraki. Tarbiah, justeru, dibingkaikan sebagai suatu projek yang
bertujuan untuk menggerakkan umat demi sebuah reformasi sosial (dan seterusnya politikal)
berteraskan cita-cita Islami. Meskipun merupakan sebuah takrif yang lengkap, ia tidak mampu
untuk keluar daripada lingkungan pergerakan Islam demi sebuah kefahaman yang lebih luas.
Bahkan, tidak berlaku penekanan kepada diri insan sebagai yang-ditarbiah dalam ungkapan
takrif yang ditawarkan. Natijahnya, takrif ini tidak menggambarkan keperluan manusia
kepada tarbiah melainkan cita-cita besar tarbiah itu sahaja.
Anis Matta, Ketua Bidang Kerjasama Internasional, Partai Keadilan Sejahtera (PKS) di
Indonesia pula menyatakan bahawa tarbiah ialah: seni mencipta ulang manusia itu, di atas
bentukan dasar di mana dia dilahirkan. Meskipun tidak memerincikan sifat-sifat
perlaksanaan tarbiah, pentakrifan yang dilakukan oleh Anis Matta ini menggarap sepenuhnya
insan sebagai yang-ditarbiah: tarbiah digambarkan mirip proses ulang cipta manusia
berdasarkan kepada fitrah. Takrif ini memberikan kejelasan tentang peri pentingnya tarbiah,
bukan hanya kerana cita-cita besarnya, tetapi kerana peranan besarnya kepada diri insan itu
sendiri yang akan dikembalikan daripada penyimpangan kepada asal. Penggunaan kata seni
juga merupakan suatu yang begitu tepat dan menggambarkan sifat tarbiah yang subjektif dan
perlu dipersonalisasikan menurut keperluan. Demikianpun, Anis tidak memperincikan fitrah
seperti apa yang dikehendakinya dan ini membuka peluang kepada kepelbagaian penafsiran
yang menghasilkan projek-projek tarbiah yang berbeza.

Seterusnya, meninjau daripada aspek lain, Mashitah Idris et al (2015) melihat bahawa
pembangunan modal insan ialah teras kepada pemikiran ketamadunan berikutan manusia
ialah agen terpenting kepada pembangunan dan tujuan akhir setiap pembangunan, keduaduanya sekali gus. Insan ini pula dicerakinkan menurut pembahagian al-Ghazali kepada dua
aspek material dan bukan-material. Aspek non-material ini diperhalusi lagi sebagai meliputi
qalb, ruh, nafs dan aql. Penekanan yang dilakukan oleh Mashitah Idris et al. pada dasarnya
kelihatan menarik kerana menggabungkan penumpuan takrif yang dianjurkan oleh Mohamed
2

Hamed Eliwa yang menekankan kepada cita-cita besar dan takrif daripada Anis Matta yang
lebih menekankan kepada diri insan itu sendiri. Tetapi, skema insan yang diambil daripada alGhazali itu tampak kurang jelas daripada aspek suluk atau perilaku sosial. Walaupun difahami
bahawa menurut kerangka pemikirannya, aspek suluk ini merupakan suatu natijah yang akan
melazimi keperibadian yang mapan, tetapi penekanan kepada pembinaannya itu merupakan
suatu yang perlu untuk diijelaskan bagi mengelakkan silap faham dan hilang fokus.
Kefahaman tentang perilaku sosial ini turut diungkapkan oleh Kuntowijoyo (2006) sebagai
etika profetik de ga
erujuk kepada Ali I ra ayat
. Ku to ijoyo e gete gahka
bahawa umat terbaik itu bukanlah suatu anugerah yang automatik melainkan dengan
aktivisme: ta u u a bil
a uf, ta hau a a al

u ka dan tu i u a billah.
Bagaimanapun, beliau cuba untuk melampaui kefahaman biasa dengan menterjemahkan
tiap-tiap frasa sebagai humanisasi, liberalisasi dan transedansi. Humanisasi sebagai suatu
kesedaran untuk melihat kepada tema-tema umum berkaitan insan seperti letak duduk
mereka dalam sistem ekonomi yang telah memperkecilkan potensi hanya sebagai sambungan
atau pengoperasi mesin-mesin, posisi mereka dalam kerangka kebudayaan, teknologi sebagai
ancaman kepada nilai-nilai manusiawi yang terkikis dan sebagainya. Liberalisasi pula ialah
sebuah pembebasan daripada belenggu-belenggu yang dikenalpasti itu hasil pemerhatian
yang telah dilakukan. Manakala Transedansi membawa dua pengertian: pertama, sebagai
tujuan akhir kepada etika profetik ini iaitu aspek pengabdian diri kepada Tuhan; dan
keduanya, sebagai suatu usaha intelektual untuk memahami teks-teks al-Quran dan asSunnah dan mencapai kepada satu kefahaman yang jitu yang melampaui (transcend) konteks
zaman dan tempat sehingga menjadi suatu kefahaman objektif yang sesuai diamalkan secara
sejagat.
RUMUSAN KONSEP
Daripada tinjauan dan beberapa kritikan yang telah diberikan, timbul keperluan untuk
disimpulkan secara tuntas tentang konsep tarbiah yang menjadi teras kepada kertas kerja ini.
Penawaran yang dilakukan ini bukanlah suatu konsep baru melainkan jalin kait daripada
kefahaman dan kekuatan tiap-tiap takrif. Kertas kerja ini mencadangkan agar tarbiah
diertikan sebagai suatu seni pembinaan potensi insan dan pengembaliannya kepada fitrah
serta proses pemeliharaan kedua-duanya yang berterusan. Takrif ini memberi penekanan

langsung kepada insan sebagai yang-ditarbiah yang difahami sebagai merangkumi tiga aspek
yang bersepadu iaitu aqli, wijdani dan suluki. Aql di sini perlulah difahami sebagai merujuk
konsep ilmu yang sebenar menurut prinsip-prinsip Islam; wijdani pula sebagai suatu
hubungan vertikal antara insan dan Tuhannya; dan suluki sebagai hubungan horizontal antara
insan dan makhluk Tuhan seluruhnya. Ketiga-tiga konsep ini meskipun diterangkan secara
berasingan dan membawa pengertian berbeza, pada hakikatnya merupakan suatu
ketunggalan yang merujuk kepada diri insan. Penekanan kepada suluki dan perilaku sosial
sebelum ini tidak boleh dipisahkan daripada konsep ilmu dan konsep ketundukan insan
kepada Penciptanya – perilaku sosial dalam kerangka Islam bukanlah suatu topeng atau
kepura-puraan tetapi terjemahan kepada aspek intelektual dan spiritualnya juga. Sebagai
contoh ringkas, Kedua-dua aspek ini terzahir dengan jelas dalam pemikiran fiqh al-awlawiyyat
dan fiqh al-maalat yang mana merupakan aktiviti intelektual yang diperoleh dan dipandu
daripada wahyu. Pengaplikasian kedua-dua fiqh ini tentunya akan menjadi satu garis panduan

3

suluk yang bukan sahaja berkesan tetapi merupakan pengabdian secara langsung kepada
Allah swt.
Frasa pe i aa pote si i sa ini juga membayangkan sebuah kerangka kefahaman tarbiah
yang luas sehingga merangkumi segenap aspek pendidikan, pengasuhan, pengajaran dan

latihan yang membina sifat-sifat manusiawi (humanisasi) dan membebaskan mereka
daripada belenggu-belenggu yang menyekat daripada pembinaan tersebut (liberalisasi).
Kedua-dua aspek ini dapatlah ditermakan sebagai tarbiah insaniyyah yang mengambil kira
setiap tindakan yang menepati ciri-ciri yang telah digariskan sebagai terangkum dalamnya.
Tarbiah insaniyyah walaupun dilihat bermain pada ranah-ranah fizikal dan psikososial, ia tidak
patut dilihat sebagai suatu yang di luar kerangka tarbiah islamiyyah berikutan apa yang telah
dibincangkan sebelum ini tentang perkaitannya sebagai unsur-unsur penting dalam etika
profetik. Bahkan, kertas kerja ini mencadangkan suatu kefahaman bahawa, tarbiah
insaniyyah itu merupakan sebahagian daripada tarbiah islamiyyah atau tarbiah rabbaniyyah
yang lebih luas. Ini merupakan suatu usaha untuk mengelakkan pandangan binary kita-lawanmereka. Begitu pun, ini tidak pula bermaksud identifikasi diri kita sebagai sama dan tidak
berbeza dengan yang lain, berikutan wujud beberapa perbezaan yang perlu dihargai sebagai
suatu jati diri yang unik.
Aspek persamaan dan perbezaan ini terasnya, dan ini merupakan suatu yang ironi, adalah
pada penafsiran kata fitrah. Menurut Syed Naquib al-Attas (1977) menerangkan perihal fitrah
sebagai: rencana yang membayangkan sifat tabii segala makhluk; dia adalah Cara Allah,
subha ahu wa Ta’ala, e jadika sesuatu, ya’ i: sunnat Allah dan segala sesuatu itu
dijadikan dengan sempurna yang menepati rencana yang telah dijadikan baginya, dan
masing-masing diletakkan pada tempatnya yang wajar. Kefahaman ini mencakupi makna
yang luas antaranya ialah kecenderungan-kecenderungan alamiah insan baik secara fisiologi,
psikologi mahupun secara intelektual. Ini menepati konsep-konsep umum yang disepakati

umat manusia kesemuanya seperti prinsip keadilan, progres dan sebagainya. Bagaimanapun,
atas dasar keimanan kita akhirnya perlu akur, seperti apa yang dilanjutkan oleh Syed Naquib
al-Attas, bahawa kehidupan beragama itu juga ialah fitrah berdasarkan kepada Az-Zariyat
51:56 dan bahawasanya fitrah itu ialah kembali mengingati Perjanjian Asali dan bertindak
menurut perjanjian tersebut sebagaimana yang diceritakan dalam Al-A raf 7:
. Di si i lah
bagaimana tarbiah rabbaniyyah berperanan, iaitu dengan melengkapkan perjalanan tarbiah
insaniyyah dengan aspek trasendasi.

4

TARBIAH INSANIYYAH
Hari ini, masyarakat muslim mengenali perkataan tar iah se agai se uah siste ya g
memperbaiki masyarakatnya. Ia adalah satu jalan mengajak seluruh umat Islam untuk
kembali menuju Tuhan yang Maha Esa. Apabila dikatakan tarbiah, ia seolah-seolah begitu
ekslusif hanya untuk masyarakat Muslim, dan ada juga sesetengah pihak yang menisbahkan
perkataa
tar iah ha ya u tuk i di idu-individu yang menyertai usrah dan liqo.
Sebagaimana yang telah kita bincangkan tentang definisi tarbiah sebelum ini, kita meyakini
bahawa tarbiah mempunyai maksud yang lebih luas dan mencakupi banyak aspek.

Tarbiah yang ingin kita fahami adalah merangkumi aspek pendidikan, pengasuhan,
pengajaran dan latihan yang membina sifat-sifat manusiawi (humanisasi) dan membebaskan
mereka daripada belenggu-belenggu yang menyekat daripada pembinaan tersebut
(liberalisasi). Sedikit petikan dari Risalah Pergerakan Pemuda Islam, Musthafa Muhammad
Thahan apabila menceritakan tentang karateristik tarbiah:
Tarbiah adalah aktivitas manusia yang memiliki titik tolak sendiri, dan mempunyai
kandungan kemasyarakatan. Ia adalah jalan hidup bahkan hidup itu sendiri. Tarbiah
sangat penting kerana ia dapat mengubah anak manusia dari hanya sekadar makhluk,
menjadi insan yang memiliki keperibadian berbeza.
Berikutan aspek-aspek yang dijaga dalam tarbiah, maka tarbiah bukan hanya layak untuk
kaum muslimin, malah segala proses yang memperbaiki asas perilaku manusia, dan
membangun modal insan merentasi sempadan jantina, bangsa dan agama terangkum dalam
pengertian tarbiah. Musthafa Muhammad Thahan kemudian menyambung tentang
keistimewaan tarbiah Islamiyyah, ciri pertama yang disusun dalam bukunya adalah Ta biah
Insaniyyah .
Ini adalah risalah sepanjang zaman, untuk setiap tempat, bersumber dari Allah
(rabbaniyyah), dan memiliki kandungan kemanusiaan. Ketika metod tarbiah lain
bertujuan mempersiapkan warganegara yang baik dan penuh dengan fanatisme,
maka tarbiah islamiyyah (dengan ciri tarbiah insaniyyahnya) menjamin terbentuknya
manusia yang baik dan mampu menjaga kemanusiaannya.

Ini bermakna, tarbiyah insaniyyah dalam makna kerangka umum, merupakan setiap perkara
yang mampu membentuk manusia yang baik dan mampu menjaga kemanusiaannya. Pun
begitu, definisi bagi muslim dan non- usli dala
e aha i iri a usia ya g aik
adalah berbeza mengikut kepercayaan masing-masing. Justeru tarbiah insaniyyah yang ingin
kita bincangkan adalah segala proses pembinaan manusia yang baik, tanpa mengira jantina,
bangsa dan agama yang menepati ciri-ciri yang telah digariskan oleh Islam.

5

Tarbiah

Muslim

Non-Muslim

Rajah 1.0
Rajah 1.0 menjelaskan bahawa konsep tarbiah yang membina potensi insan dan
mengembalikannya kepada fitrah serta proses pemeliharaan kedua-duanya yang berterusan
merupakan aktiviti yang telah pun dilaksanakan oleh muslim dan non-muslim. Baik yang

membina potensi manusia ke arah kebaikan yang menepati ajaran Islam seperti kerja-kerja
pemulihan kaki arak, atau yang tidak menepati ajaran Islam seperti membina potensi manusia
untuk menjadi penjenayah berkemahiran tinggi. Kawasan yang telah dilorekkan
menggambarkan aktiviti tarbiah Muslim dan sebahagian aktiviti tarbiah non-Muslim yang
tidak melanggar syariat yang mana kedua-duanya terangkum dalam kerangka tarbiah
insaniyyah. Keputusan akhir sama ada seseorang yang bukan islam itu akhirnya akan kembali
kepada islam ataupu tidak, terpulang kepada individu tersebut kerana ia adalah hak
kebebasan manusia.
Maka apakah hadaf tarbiah insaniyyah? Hadaf utama tarbiah insaniyyah bertujuan untuk
memperbaiki seramai mungkin manusia merentasi agama untuk menjalani kehidupan dengan
menepati nilai-nilai murni yang bertepatan dengan ajaran Islam.
Contoh mudah sebagaimana ketika Daulah Madinah terbentuk, kaum Yahudi yang berada di
dalam Madinah bebas untuk beragama dan menjalani kehidupan seperti biasa. Namun
Rasulullah menetapkan beberapa piagam, agar masyarakat Yahudi berakhlak seperti mana
yang digariskan oleh Islam.
Kaum Yahudi dari suku Bani Auf adalah satu bangsa bersama-sama kaum mukmin.
Kaum Yahudi bebas memeluk agama mereka dan kaum mukmin bebas dengan agama
mereka. Kecuali kalau ada orang yang menzalimi dan berbuat kejahatan maka dia dan
keluarganya sahajalah yang menerima akibat.
Piagam Madinah, Fiqh Sirah, Said Ramadhan Al-Buti
Begitulah Rasulullah yang bersikap adil dan meraikan perbezaan sesama manusia, namun
akhlak dan tanggungjawab setiap individu kepada yang lainnya adalah hak yang tidak boleh
diambil mudah. Hal ini penting bagi menjamin kesejahteraan dunia dengan merealisasikan
ciri-ciri Islam yang rahmah.
6

Bagaimana kita begitu yakin bahawa proses tarbiah terjadi dalam kalangan non-muslim yang
menepati ciri-ciri tarbiah?
KAJIAN KES 1
Kathleen Sciacca: Pelopor dalam perkembangan rawatan pemulihan, program dan servis yang
komprehensif untuk Penyakit Mental, Ketagihan Dadah dan Arak (MIDAA)(R), Dual Diagnosis
- Co-occurring Disorder.
Kathleen yakin, bagi mengubati pesakitnya, rawatan perlu dilaksanakan secara berperingkat.
Manusia tidak akan berubah jika tiada kemahuan. Bahkan beliau mengecam tindakan
sesetengah pusat rawatan yang menggagap setiap pesakitnya sudah berada pada tahap sedia
untuk dipulihkan, sedangkan pesakitnya tidak merasakan menagih dadah adalah satu
kesalahan. Kesannya, apabila perawat menyediakan pelan perubahan, pesakitnya
memberontak lantas dikategorikan sebagai pesakit gagal. Senario ini bukan sahaja memberi
kesan kepada perawat, malah kepada pesakit itu tersendiri hingga ia fobia untuk meneruskan
rawatan ke mana-mana pusat rawatan sekalipun. Maka 5 peringkat yang diyakini oleh
Kathleen:
1. Fasa Pra-Renungan
2. Fasa Renungan
3. Fasa Persediaan
4. Fasa Perlaksanaan plan perubahan
5. Fasa Pasca Perubahan
Dalam fasa perlaksanaan pelan perubahan, pesakit dikumpulkan dalam satu kumpulan
bersama beberapa pesakit lain dan diketuai oleh seorang perawat. Rawatan ini dikenali
se agai ‘a ata Berku pula . Pera at aka
e e ta gka fakta erkaita dadah,
pesakit akan memberi respon sebagai pengkritik kepada pembentangan berdasarkan
pengalaman masing-masing. Perbincangan seperti ini akan membawa kesan yang baik kepada
pesakit lantas akan bersama-sama berazam berubah kepada yang lebih baik.
Diakhir sesi rawatan, pesakit yang telah pulih akan disediakan fasiliti asas kehidupan, dan
dibina kemahiran untuk dia meneruskan kehidupan sebagai manusia biasa seperti mana ahli
masyarakat yang lain.
Begitulah, jika anda melihat kes ini, anda akan mendapati bahawa ia merupakan satu sistem
mengembalikan manusia kepada fitrah apabila Kathleen menyediakan fasa pra renungan,
renungan dan persediaan untuk memberi kesedaran kepada penagih dadah, bahawa
perbuatan menagih dadah bukanlah sesuatu yang baik untuk kehidupan seorang manusia.
Sistem pemulihan secara berperingkat fasa demi fasa juga adalah salah satu ciri tarbiah
sepertimana yang kita telah lalui. Dan akhirnya, ia dilengkapkan dengan membina potensi dan
kemahiran pesakit setelah ia pulih dari rawatan. Jelas jika kita kembali kepada definisi tarbiah,
dua komponen utama iaitu pengembalian kepada fitrah dan pembinaan potensi yang
berterusan telah dilaksanakan oleh Kathleen.

7

KAJIAN KES 2
Jack Bush; antara yang mengembangkan program rawatan "Thinking For A Change", Intitusi
Perubahan Kebangsaan dan antara penulis Cognitive Self Change: How offenders Experience
the World and What We Can Do About It (Wiley Blackwell, 2016)
Jack Bush telah bekerja untuk membantu memulihkan penjenayah, bermula dari penjenayah
gred sederhana, hingga penjenayah berisiko tinggi kanak-kanak dan dewasa. Beliau meyakini
bahawa punca salah laku penjenayah adalah gaya pemikiran mereka. Maka penyelesaian
utama bagi membantu penjenayah adalah dengan melaksanakan rawatan kognitif:
 Kami harus menghukum anda atas jenayah yang telah anda lakukan
 Kami menawarkan kepada anda peluang untuk berubah dan kembali hidup bersama
masyarakat
 Kami menghormati hak anda untuk membuat keputusan
Jack Bush (2016) melaporkan bahawa lawatannya ke Penjara Red Onion di Wise Country yang
dikatakan mempunyai fasiliti yang teruk dan pengawalan banduan secara berlebihan
sehingga didakwa di bawah Kementerian Keadilan. Namun penjara ini kini berada dalam
proses perubahan, dari budaya kawal dan hukum kepada kawal dan harapan. Setiap petugas
penjara diberi latihan untuk memberi rawatan kognitif. Banduan sedia maklum bahawa
hukuman mereka mempunyai peringkat
 Pengurungan ketat inidividu (Confinement Solitary)
 Penjara pengawalan longgar (beberapa individu dalam satu sel)
 Akhirnya kebanyakan dari mereka akan dibebaskan untuk kembali hidup besama
komuniti.
Kesannya kini Penjara Red Onion berjaya mengurangkan peratusan banduan yang dikenakan
hukuman pengurungan ketat individu sebanyak 68%. Bermakna banduan kini mampu
mengawal diri dengan hanya dikenakan hukuman kawalan longgar dan akhirnya bebas
menikmati kehidupan sebagaimana manusia biasa.
Bagaimana proses ini boleh dikatakan tarbiah? Apabila Jack Bush menyelesaikan masalah dari
akarnya, iaitu kesalahan cara berfikir. Bermula dari mengenal pasti masalah ini, proses bantufikir yang berterusan akan membantu penjenayah tersebut untuk terus mengubah sudut
pandang terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Bahkan proses memberi harapan
kepada pesalah untuk terus berusaha memperbaiki diri, dan bercita-cita untuk menjadi
manusia yang berguna untuk masyarakat.
Itu lah kepentingan tarbiah insaniyyah. Kita melihat setiap individu mempunyai harapan
untuk diubah dan dibantu tanpa mengira bangsa dan agama. Setiap individu ini merupakan
komponen penting untuk membina sebuah masyarakat yang harmoni, saling membantu dan
saling berkasih sayang. Anak-anak sudah tidak takut bermain di luar bersama kawan-kawan.
Setiap orang yang kurang upaya akan mendapat hak dan bantuan yang sepatutnya. Tidak ada
rasuah, pecah amanah dan apa sahaja permasalahan yang bercanggah dengan islam jika lebih
ramai masyarakat yang walaupun menganuti agama lain, tapi mampu berakhlak dan
menepati nilai-nilai murni yang kita harap-harapkan.

8

TARBIAH RABBANIYYAH SEBAGAI PELENGKAP TARBIAH INSANIYYAH
Seperti yang telah dirungkaikan pada bahagian sebelum

ini, tiada perbezaan ketara antara tarbiah insaniyyah
Tarbiyah
dengan tarbiah rabbaniyyah melainkan tarbiah
Insaniyyah
rabbaniyyah ialah pelengkap kepada tarbiah insaniyyah
dan tarbiah insaniyyah adalah sebahagian daripada tarbiah
rabbaniyyah. Tarbiah rabbaniyyah mempunyai matlamat
Tarbiyah Rabbaniyyah
akhir yang lebih jauh menjangkaui matlamat yang ingin
dicapai oleh tarbiah insaniyyah yang matlamatnya hanya
berkisar sekitar mengikis elemen-elemen tidak tabii pada
seseorang individu atau sesebuah masyarakat manakala
tarbiah rabbaniyyah mempunyai nilai pelengkap iaitu di Rajah 1 Pengkatian Grafik Antara Tarbiyah
samping proses penghakisan elemen tidak tabii, adanya Rabbaniyyah dan Tarbiyah Insaniyyah
proses pengembaliannya kepada Tuhan, sepertimana konsep fitrah yang telah dihuraikan
oleh Syed Naquib al-Attas.
Konsep yang dibawa oleh Syed Naquib al-Attas boleh dianalogikan secara mudahnya dengan
menisbahkan manusia sebagai robot ciptaan yang mempunyai matlamat penciptaan dan
fungsi yang spesifik – di sini boleh dikatakan sebagai berfungsi dengan fitrah – dan Tuhan
sebagai Penciptanya yang telah menyediakan manual – yakni al-Quran – untuk dijadikan
rujukan supaya ciptaanNya tidak tersimpang dari matlamat hidupnya. Seharusnya robot itu
berfungsi mengikut apa yang telah ditetapkan oleh penciptanya pada kadar serta tetapan
yang telah direncanakan untuk berfungsi dengan baik dan berkesan. Namun, sekiranya robot
itu lari menyimpang dari perencanaan penciptaannya dan berfungsi di luar matlamat
penciptaannya, maka akhirnya robot itu akan rosak dan tidak berfungsi dengan baik. Begitu
juga dengan manusia yang telah dicipta untuk menjadi seorang abid dan khalifah. Seandainya
manusia melanggar matlamat penciptaannya – yakni gagal menjadi seorang hamba yang
patuh kepada perintah Tuhannya atau menjadi seorang khalifah yang berusaha
memakmurkan dunia – maka ia akan menjadi cacat dan tidak mampu berfungsi dengan elok.
Itulah yang boleh dianalogikan sebagai fitrah dan cara untuk kembali kepada fitrah adalah
dengan tarbiah rabbaniyyah yang membawanya kembali kepada Penciptannya. Matlamat
akhir yang ingin dibawa tarbiah rabbaniyyah bertepatan dengan dua firman Allah s.w.t,
Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah
kepada-Ku.
QS. Adz-Dzariyaat [51]: 56
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada pa a Malaikat: “esu gguh ya Aku
he dak e jadika seo a g khalifah di uka bu i.
QS. Al-Baqarah [2]: 30

Menjadi seorang hamba bererti mengabdikan diri kepada Allah dengan mematuhi segala
perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Abid di sini merujuk pertalian langsung
antara hamba dan Penciptanya dan segala amalan yang dilakukan oleh seorang hamba hanya
dengan tujuan merapatkan dirinya kepada Allah. Perintah dan larangan yang telah digariskan
9

oleh Allah juga merangkumi proses tarbiah yang mendidik hambaNya untuk meninggalkan
kejahilan dan masuk ke dalam Islam secara berperingkat-peringkat. Akhir sekali, seseorang
hamba itu diseru untuk bersatu dengan Islam dan menjadikan Islam sebagai cara dan
pegangan hidupnya. Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
Orang-orang terpilih di zaman Jahiliah, juga terpilih di zaman Islam jika dia
memahami Islam.
(HR al-Bukhari dan Muslim)
Perubahan fasa hidup seseorang dari kejahilan kepada Islam bukan bererti ia perlu
membuang segala aspek dalam dirinya, segala kemahirannya dan kelebihannya, tetapi hanya
sekadar penyingkiran unsur-unsur jahiliyah yang telah meresap dalam dirinya sebelum itu.
Hebat dan gagahnya Umar al-Khattab r.a sebelum beliau memeluk Islam, begitu juga hebat
dan gagahnya beliau setelah memeluk Islam. Yang berubah dalam dirinya hanya
kefahamannya tentang agama dan kesucian hatinya. Ini yang disebut sebagai tarbiah
mengembalikan kita kepada fitrah.
Menjadi seorang khalifah pula bererti berperanan untuk memakmurkan dunia yang diberi
pinjam oleh Allah. Pengertian ini termasuk memastikan urusan pemeliharaan dunia dan
seluruh makhluk di dalamnya, berlaku baik serta bersikap adil. Secara dasarnya, menjadi
khalifah adalah menjadi seorang yang berlaku baik dengan seluruh makhluk di muka bumi ini,
termasuk manusia dan yang selainnya. Tugas khalifah ini boleh diberikan skop yang sangatsangat luas, bermula daripada sekecil-kecil perhubungan sosial antara sahabat atau perilaku
antara manusia dengan haiwan kepada pengurusan negara dan dunia dengan hadaf yang
sama iaitu mengimarahkan dunia dan mengekalkan keharmonian dan kesejetahteraannya.
Tarbiah rabbaniyyah menekankan kedua-dua aspek ikatan antara hamba dengan Tuhan dan
juga ikatan antara hamba dengan hamba.
Proses pengembalian kepada fitrah dan pembinaan potensi insan yang dianjurkan oleh
tarbiah rabbaniyyah ini lebih mendalam kesannya berbanding tarbiah insaniyyah dan mampu
mewujudkan integrasi antara aspek diri insan yang dikategorikan sebagai Aqli (akal), Wijdani
(hati), dan Suluki (perilaku). Penekanan konsep tarbiah rabbaniyyah yang mempunyai elemen
Islamiy ke atas aspek A li membentuk seorang individu yang sihat akalnya, mampu berfikir
dengan sejahtera, dan berpengetahuan luas. Ini akan membantu individu tersebut
memahami matlamat hidupnya yang sebelum ini telah dirungkaikan, iaitu untuk menjadi
seorang hamba yang taat dan khalifah yang memakmurkan dunia. Al-Quran berulang kali
mensarankan agar manusia berfikir dan bertafakur serta meluaskan ilmu pengetahuannya,
dari sudut agama mahupun seni dan sains. Pembentukan akal yang sejahtera akan menyisih
kejahilan yang berlegar dalam diri manusia di mana kejahilan ini adalah asbab kepada
kaburnya penglihatan manusia daripada mengenali Penciptanya.
Oleh yang demikian, akal atau pemikiran harmoni boleh dijadikan inisiatif kepada tarbiah
rabbaniyyah yang kemudian akan menyusur dan mengubah orentasi hati seseorang individu.
Setelah jelas matlamat hidupnya, individu tersebut akan lebih mudah memahami dan
menghayati kewujudannya di dunia serta penciptaan sekalian makhluk sekelilingnya. Maka
dari penghayatan itu akan lahir hati yang bersih dan sejahtera. Keluhuran dan kebersihan hati
boleh dimenifestasikan dengan kuatnya hubungannya dengan Allah sebagai Tuhan dan
10

Penciptanya. Inilah yang disebutkan sebagai hubungan vertical seseorang hamba dengan
Tuhannya. Inilah tahap keluhuran hati atau aspek wijdani yang ingin dicapai dalam tarbiah
rabbaniyyah.
Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah. Apabila segumpal
darah itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. Dan apabila segumpal
darah itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. Segumpal darah yang
aku maksudkan adalah hati
(HR Muslim, no. 1599)
Dari keluhuran yang mencakupi seluruh benak hati seseorang hamba, dalam keadaan ia
memahami akan matlamat kewujudannya dan kehendak Penciptanya, maka seharusnya
segala perilakunya dan segala tindak tanduknya selari dengan pemahaman dan keyakinan
hatinya. Setiap ungkapan yang dilontarkan lidahnya, setiap gerakan yang dilakukan oleh
tubuhnya merupakan menifestasi lahiriah daripada segala yang terkumpul dan terbina dalam
akal dan hatinya, tidak kira dalam keadaan ia bersendiri mahupun dalam perhubungan sosial
dengan manusia sekelilingnya. Perbezaan akhlak dan etika adalah contoh yang sangat-sangat
menepati perkaitan perilaku dan hati di mana akhlak adalah cermin kepada hati, baiknya hati
maka baiklah akhlak yang ditampilkan dan begitu juga sebaliknya. Manakala etika adalah
adab-adab yang telah ditetapkan majikan untuk dilakukan oleh pekerja, tidak kira samada
adab itu selari dengan keadaan hatinya atau tidak.
Pembinaan ketiga-tiga aspek insani ini amat penting kerana perkembangan potensi insan
memerlukan integrasi besar antara ketiga-tiganya untuk melahirkan insan yang sempurna
sifatnya. Dalam realiti, pembinaan fikrah, penghayatan jiwa, dan perilaku yang baik mesti
berjalan seiring agar insan yang dibina itu bukan sekadar tinggi ilmunya tanpa penghayatan
ilmu yang dituntutnya itu, kelihatan warak dan menjaga hubungan dengan Tuhan tanpa
mengendahkan hubungan horizontalnya dengan masyarakat sekeliling, atau sekadar baik
perilaku dan budi pekertinya namun pemikirannya tidak luas dan ilmunya tidak mendalam.
Yang demikian adalah contoh pembinaan insan yang tidak sempurna yang hanya
mengetengahkan pemerkasaan satu atau dua aspek insani sahaja.
Konsep tarbiah yang cuba diketengahkan tidak boleh lari dari empat unsur yang menjadi
tunjang kepada keberlangsungannya, iaitu murobbi (pendidik), mutarobbi (yang dididik),
manhaj (bahan yang digunakan), dan biah (suasana pembinaan). Murobbi akan memastikan
anak didiknya lalui tarbiah dengan baik dan memantau perkembangan tarbiyahnya supaya
selari dengan kehendak agama, manakala mutarobbi adalah output kepada proses ini yang
perkembangannya jelas tampak dari sudut perilakunya sesama manusia, cara berfikirnya,
serta amal-amalnya yang mendekatkan dirinya kepada Pencipta. Manhaj adalah alat yang
digunakan pendidik untuk mendidik anak didiknya dan biah adalah elemen luaran yang akan
memberi kesan yang besar dalam proses tarbiah yang berlangsung. Keempat-empat elemen
ini memainkan peranan besar dalam memastikan proses tarbiah berlaku secara baik dan
berterusan. Hal ini akan membawa kepada peningkatan kualiti individu dan bilangan individu
yang terkesan. Akhirnya, setiap individu di muka bumi akan menghayati kesan tarbiah yang
dibawa.

11

Firman Allah S.W.T,
Samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari
kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada
kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang
mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan
mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.
(QS. Al-Baqarah [2]: 151)
Ayat di atas telah menerangkan langkah-langkah tarbiyah setiap rasul yang telah diutuskan
untuk membimbing manusia termasuk Rasulullah S.A.W. Dalam proses tarbiah para sahabat,
Baginda telah menggunakan tiga langkah, iaitu pembacaan wahyu, penyucian diri, dan
pengajaran daripada wahyu itu sendiri yang telah terbukti amat berkesan dalam proses
tarbiah rabbaniyyah. Hal ini boleh dilihat dengan bagaimana dalam 13 tahun tarbiah yang
dilakukan oleh Rasulullah terhadap sahabat-sahabatnya mampu melahirkan manusiamanusia yang hebat keperibadian mereka dan tokoh-tokoh yang sangat agung jasa-jasa
mereka. Penelitian seerah nabawiyah dan sejarah Islam telah membuktikan keberkesanan
tarbiah rabbaniyyah yang bukan hanya terhenti dalam mengesani satu-satu individu, tetapi
setiap individu yang terkesan itu secara kolektif akan mengesani masyarakat dan terus
berkembang pesat dalam proses islah dan pembinaan justeru menghasilkan sebuah negara
Islam yang ideal. Seterusnya negara yang terhasil itu telah mengesani negara-negara
sekelilingnya sehingga setelah ratusan tahun berlalu, proses ini memacu umat Islam sehingga
mereka berjaya menyebarluaskan Islam hingga ke 2/3 dunia.
Setelah kita meyusuri konsep kedua-dua tarbiah insaniyyah dan tarbiah rabbaniyyah serta
implikasinya kepada individu dan manusia secara kolektif, seharusnya kita kembali wujudkan
hubung kait antara matlamat yang kita ingin capai dari tarbiyah yang kita sedang usahakan
dengan keadaan realiti semasa. Telah terbukti bahawa umat manusia dalam keadaan yang
tenat, tanpa Islam dan tanpa pembinaan potensi dan jati diri insani yang baik dan seimbang.
Maka seharusnya kita menyedari bahawa masih banyak yang perlu kita lakukan dalam
merealisasikan matlamat tarbiah rabbaniyyah yang sedang kita bawa. Sekali lagi ingin
ditekankan bahawa tarbiah bukan hanya satu konsep abstrak, malah tarbiah adalah satu
proses yang berterusan yang berlaku dalam setiap diri kita dan semua orang sekeliling kita.
Tegakkan Islam dalam diri kamu nescaya Islam akan tertegak di atas bumi kamu

12

REALITI TARBIAH DI JORDAN
Tinjaua Te ta g Kita i i telah dijala ka oleh pasuka kajian muktamar bermula pada hari
Rabu, 19 April 2017 tepat jam 12 pagi dan ditutup pada hari Selasa, 25 April 2017 pada pukul
5 petang. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapat gambaran secara kasar tentang
kualiti ahli yang melalui proses tarbiah dalam sistem yang dikelolai oleh Kelab IKRAM Jordan.
Borang dalam bentuk Google Form telah digunakan dalam proses mengumpul data kajian dan
disebarkan terhad kepada ahli Kelab IKRAM Jordan(KIJ) pada sesi semasa.2 Sepanjang tempoh
tersebut, seramai 109 ahli KIJ telah turut serta dalam tinjauan ini di mana ia merangkumi lebih
1/3 bilangan ahli KIJ. Secara umumnya, tinjauan ini dibahagikan kepada 9 bahagian: Kita dan
Al-Quran, Kita dan Solat, Kita dan Puasa, Kita dan Pembacaan, Kita dan Gajet, Kita dan Orang
Sekeliling, Kita dan Keluarga dan Kita dan Tarbiah. Berikut dilampirkan hasil daripada tinjauan
umum kepada kualiti ahli KIJ.
DAPATAN TINJAUAN

Skala 3
14%

12 muka
surat
dan ke
atas
12%

Skala 4 Skala 1
1%
4%

8-12
muka
surat
16%
Skala 5
59%

Skala 4
22%

4-7
muka
surat
27%

KEKERAPAN SOLAT RAWATIB PADA SETIAP
HARI

1
5%
2
19%

KEKERAPAN QIYAM/ MINGGU

Tidak terfikir
untuk bangun
4%

1 kali
21%

2 kali
9%

Lebih
dari 5
9%
5
5%

3
23%
4
17%

2

Sekuran
gnya 1-3
muka
surat
39%

BILANGAN MUKA SURAT AL-QURAN DIBACA
SETIAP HARI

SKALA BACAAN AL-QURAN

Masih
bermujahadah
22%

Jarang
membac
a alQuran
6%

Jarangjarang,
tapi ada
niat
45%

3 kali
dan ke
atas
10%
Setiap
hari…

Sesi pengajian universiti 2016/2017

13

Tidak
terfikir
untuk
melazim
i puasa
sunat
7%

Jarangjarang,
tapi
berniat
59%

Other
2%

Keduadua hari
9%

Lain-lain
6%

Salah
satu hari
23%

Ya
11%

Tidak
83%

PUASA HARI PUTIH

PUASA ISNIN DAN KHAMIS

KEBERGANTUNGAN KEPADA GAJET
Skala 5
11%

Skala 1
3%

Skala 2
8%

Lebih
dari 2
jam
41%

Skala 4
21%

TEMPOH WAKTU SETIAP KALI
MENGGUNAKAN GAJET
Kurang
dari 1
jam
19%

1 hingga
2 jam
40%

Skala 3
57%

SIMPTOM "GADGET ADDICTION"

Ya
28%

Mungki
n
32%

KEINGINAN UNTUK MENGAJAK
ORANG LAIN MERASAI TARBIAH
Belum yakin YANG DIPEROLEH
dengan
Tarbiah
12%

Lain-lain
3%

Tidak
terfikir
4%

Tidak
40%

Sudah
pasti
81%

14

PERANCANGAN PERIBADI UNTUK
ORANG TERDEKAT MENYERTAI/
MERASAI TARBIAH
Lain-lain
13%

Tidak
tahu
perlu
meranca
ng
24%

Belum,
rasa
belum
mampu
29%

Lain-lain
1%

Ya
49%
Sudah
pasti
63%

KEKERAPAN MENGULANG KAJI
PELAJARAN
Apabila
periksa
sudah
hampir
19%

Setiap
hari
39%

Setiap
minggu
32%

Setiap 3
hari
10%

PENDAPAT TENTANG AMALAN
MEMBACA
Lain-lain
1%

Kemesti
an
83%

MEMPUNYAI ORANG SPESIFIK
UNTUK DISANTUNI UNTUK TUJUAN
INI

Hobi
16%

Belum,
masih
merancang
21%

Sekadar
mendap
at tahu
secara
tidak
langsun
g di
media
sosial
80%

Tidak ambil tahu,
Membua
tidak minat
t inisatif
2%
sendiri
melalui
pelbagai
sumber
18%

KECAKNAAN DENGAN ISU SEMASA
KEKERAPAN MEMBACA BUKU LUAR
BIDANG/ BULAN

Tidak
minat
membaca
5%

Berniat,
tetapi
kekanga
n waktu
44%

Kurang
dari
separuh
buku…

Separuh
dan
lebih
16%

Lebih dari satu buah buku
6%

Sebuah
buku
8%

15

Susah KEKERAPAN LIQO
untuk Laindisusun,lain, 4.6
4.6
Dua
minggu
sekali,
5.5

KEPUASHATIAN TERHADAP LIQO
YANG DIHADIRI
Lain-lain
1%

Mungkin
17%
Tidak
2%

Setiap
minggu,
85.3
Ya
80%

HUBUNGAN DENGAN ORANG SEKELILING

120

80

4.6
9.2

8.3

100
40.4

45

26.6
47.7

60
40

44

43.1

53.2

15.6
0
1

10.1
1.8

29.4
20
0

11
0
Ibu bapa

Adik beradik
Skala 1

Skala 2

9.2

Saudara mara
Skala 3

Skala 4

Jiran tetangga
Skala 5

Berkenaan Liqo

Kesediaan memberi komitmen 4.6
Liqo mengubah diri 0.9
0

22.2

29.6

19.3

0

51.4
20

Skala 1

43.5

Skala 2

40
Skala 3

28.4
60
Skala 4

80

100

120

Skala 5

16

Berikut ialah kesimpulan dapatan tinjauan berdasarkan pilihan majoriti dan minoriti
responden:
Perkara
Kelancaran bacaan al-Quran
Tilawah al-Quran/ hari
Solat Jemaah/ hari
Solat rawatib/ hari
Qiyam/ minggu
Puasa Isnin dan Khamis
Puasa Hari Putih
Mengulang kaji pelajaran

Pilihan
Majoriti
Responden
Skala 5
1-3 muka surat
3 kali
3 kali
Jarang, tapi berniat
Jarang-jarang, tapi ada
niat
Tidak berpuasa
Setiap hari

Pilihan
Minoriti
Responden
Skala 1
Jarang-jarang membaca
1 kali
5 kali & 1 kali
Tidak terfikir
Tidak terfikir untuk puasa

Berpuasa
Setiap 3 hari akan ulang
kaji
Cakna isu semasa
Tidak, sekadar mendapat Tidak cakna kerana tidak
info tidak langsung dari minat isu semasa
media sosial
Pendapat
tentang
amalan Membaca
ialah Membaca ialah hobi
membaca
kemestian
Bilangan buku luar bidang yang Ada
berniat,
tetapi Tidak membaca kerana
dibaca/ bulan
kekangan waktu
tidak minat
Kebergantungan dengan gajet
Skala 3
Skala 1
Masa yang diperuntukkan setiap Lebih dari 2 jam
Kurang dari 1 jam
kali menggunakan gajet
Kegunaan gajet
Media sosial
Games
Merasai
simptom
gadget Ya (28.7%)
Tidak (39.8%)
addiction
Mungkin (31.5%)
Keinginan untuk mengajak orang Ya, sudah pasti
Tidak tahu keperluan
sekeliling turut sama merasai
untuk mengajak
tarbiah/ impaknya
Penyediaan diri ke arah mengajak Sudah
melakukan Masih
dalam
proses
orang sekeliling
persediaan
menyediakan diri
Adakah mempunyai target orang Ya
Masih
dalam
fasa
sekeliling yang spesifik
merancang
Keakraban dengan ibu bapa
Skala 5
Skala 3
Keakraban dengan adik beradik
Skala 4
Skala 1
Keakraban dengan saudara mara Skala 3
Skala 1
Keakraban dengan jiran tetangga Skala 3
Skala 5
Kekerapan liqo
Sekali seminggu
Liqo susah untuk disusun
Kesediaan memberi komitmen Skala 5
Skala 2
selain wasilah liqo
Sebab terus berada dalam Islah diri
tarbiah
Thabat
Keperluan diri
Penyucian diri
17

Hasil daripada dapatan tinjauan ini, pasukan kajian menyimpulkan dapatan dalam tiga kunci
utama:
1. Responden yang menjaga kualiti mutabaah amal dan interaksi dengan dunia luar
bukanlah komuniti minoriti dalam kalangan responden, namun bukan juga komuniti
majoriti.
2. Majoriti responden mempunyai mutabaah amal yang dikategorikan sebagai baik
tetapi sangat perlu melakukan usaha yang padu dan bersungguh-sungguh dalam
pembaikan diri menuju muwasofat (ciri-ciri) ideal seorang akh yang menyiapkan
dirinya untuk menjadi pendokong dakwah yang suci terutamanya aspek Rabbaniyyah
dalam diri.
3. Majoriti responden mempunyai kefahaman tentang kepentingan tarbiah dan
keperluan untuk menyebarkan kefahaman Islam yang sebenar kepada orang
sekeliling, tetapi manifestasi kefahaman ini ke dalam bentuk amal dilihat kurang
melihat kepada hasil tinjauan yang berkaitan dengan aspek Insaniyyah ahli.
Namun begitu, tidak dinafikan terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada kemungkinan
dapatan ini mempunyai sedikit ralat, kurang tepat dan tidak berjaya mengambarkan kualiti
penghasilan tarbiah ahli KIJ secara keseluruhan. Antaranya, tinjauan ini terlepas pandang
dalam menilai aspek disiplin ahli, kefahaman fikrah yang dibawa, serta ciri-ciri utama yang
lain sebagai seorang al-akh yang baik di jalan ini. Oleh itu, tim kajian mencadangkan kepada
pihak Kelab IKRAM Jordan untuk melakukan tinjauan lebih lanjut yang lebih terperinci
mengikut piawaian yang lebih sesuai untuk menghasilkan evaluasi yang lebih tepat untuk
manfaat Kelab IKRAM Jordan pada masa akan datang.
FAKTOR KELEMAHAN KUALITI TARBIAH AHLI
Selepas memperoleh dapatan tinjauan, pasukan kajian melakukan perbincangan terhadap
permasalahan tarbiah KIJ, akhirnya berpendapat bahawa antara punca-punca yang mungkin
menyumbang kepada kelemahan-kelemahan kualiti tarbiah ahli yang menyebabkan kualiti
ahli kita secara umumnya kurang memuaskan ialah faktor ahli tidak merasakan kepentingan
tarbiah dalam kehidupannya.
Faktor ini dapat dilihat kesannya secara terus dari tiga player di dalam sistem tarbiah Kelab
IKRAM Jordan; murobbi, ahli qiyadah, dan ahli. Apabila seorang murobbi tidak meletakkan
tarbiah sebagai satu agenda besar dalam kehidupannya, ia tidak mampu untuk merasakan
urgency untuk meningkatkan kualiti diri daripada sudut kemurobbian; baik dari segi
penyusunan strategi dan perancangan tarbiah untuk menjaga dan melahirkan mutarabbi
yang mempunyai kualiti lebih mapan daripada dirinya sendiri, mahupun melakukan inisiatif
untuk meningkatkan penguasaan manhaj tarbiah supaya dapat meningkatkan kefahaman
fikrah. Aktiviti muayashah juga kurang dilakukan kerana dilihat sebagai satu bentuk amal yang
tidak penting. Hasilnya, liqo yang sepatutnya berperanan sebagai satu institusi melahirkan
rijal ummah tidak berjaya dihasilkan meskipun dijalankan secara konsisten pada setiap
minggu kerana takungan murobbi yang kurang kompeten dalam mengembangkan potensi
diri.

18

Seterusnya, barisan Qiyadah juga tidak berjaya untuk melihat tugasan yang dilakukannya
sebagai satu amal yang sedang membantu ke arah mencapai kemenangan Islam yang Haq
apabila tidak merasakan tarbiah sebagai satu aspek penting dalam kehidupannya. Setiap
tugasan dirasakan sebagai satu tanggungjawab yang terpisah daripada kefahaman tarbiah
sehingga menyebabkan ruh tarbiah dan dakwah yang sepatutnya sentiasa wujud dalam setiap
penjuru kehidupan tidak mampu dilahirkan di dalam hatinya sendiri seterusnya tidak mampu
dibiaskan kepada para amilin yang lain yang sama-sama beramal jamaie. Rabtul Am juga tidak
berjaya dihasilkan kerana orang awam tidak dapat melihat sebarang tamayyuz antara aktiviti
yang dijalankan oleh badan tarbiah dan dakwah berbanding badan organisasi biasa.
Selain itu, kesan tidak merasakan kepentingan tarbiah juga dapat dilihat jelas dari prestasi ahli
sendiri. Apabila tarbiah tidak dijadikan satu prioriti dalam kehidupan, ahli tidak merasakan
kepentingan untuk menjaga dan meningkatkan mutabaah amal sedangkan ini ialah aspek
teras dalam menuju matlamat kehidupan sebagai seorang hamba Allah. Kesannya, ahli tidak
memiliki peribadi qudwah, tidak memiliki tamayyuz dengan orang awam yang pada akhirnya
menyebabkan Rabtul Am tidak berjaya diperoleh dan aktiviti tajmik menjadi perlahan.

19

PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, kertas kerja ini ingin menggariskan semula kefahaman tarbiah
menurut lensa tarbiah insaniyyah dan tarbiah rabbaniyyah; kedua-duanya saling berkaitan di
mana tarbiah rabbaniyyah perlulah difahami, bukan sebagai satu konsep asing yang terpisah
daripada tarbiah insaniyyah, tetapi sebagai penyempurnaan kepadanya. Seperti yang telah
dilakarkan dalam bentuk diagram Venn, tarbiah insaniyyah merupakan bulatan kecil dalam
sebuah bulatan yang lebih besar mewakili tarbiah rabbaniyyah.
Kefahaman ini memberikan beberapa implikasi. Antaranya, dengan memahami tarbiah dalam
kerangka ini, ia merupakan suatu unsur yang tidak dapat tidak perlu ada sebagai paksi kepada
kehidupan insan – baik kehidupan jasmaniah mahupun ruhaniah. Selain itu, tarbiah yang
difahami dalam kerangka yang luas ini akan mengelakkan pandangan sempit binari yang
elihat tar iah kita se agai er eza de ga tar iah ereka ; setiap tar iah dala erti kata
peningkatan potensi manusiawi serta pengembalian kepada fitrah adalah diterima.
Bagaimanapun, satu sistem tarbiah yang lebih holistik yang turut mencakupi aspek
transedansi, keruhanian dan pengabdian diri merupakan tarbiah yang sebenar-benar.
Rentetan daripada itu, difahami bahawa sebuah sistem tarbiah yang gagal melahirkan
manusia yang berfungsi dengan sempurna dalam ruang lingkup sosialnya serta tidak mampu
meningkatkan potensi-potensi manusiawi melainkan tertumpu kepada aspek keruhanian dan
pengabdian diri bukanlah tarbiah yang disarankan.
Seperti yang telah dihuraikan sebelum ini, ketiga-tiga aspek dalam pengertian tarbiah yang
telah dicadangkan hanya mampu disempurnakan melalui proses tarbiah rabbaniyyah.
Bahkan, tarbiah ini juga akan merangkumi tarbiah insaniyah untuk sebuah proses pengislahan
yang berterusan. Ini dapat difahami sebagai manifestasi rahmatan lil alamin atau etika
profetik, iaitu tujuan pengutusan Baginda saw. Perencanaan tarbiah yang tuntas akan
memposisikan Islam sebagai penyelesaian, pembimbing dan pentadbir alam.
Kertas kerja ini telah membuat tinjauan ringkas terhadap kualiti tarbiah ahli Kelab IKRAM
Jordan dengan dapatan yang kurang memuaskan seperti yang telah dibentangkan sebelum
ini. Jumlah responden yang melibihi 1/3 daripada bilangan ahli menggambarkan sebuah
kenyataan yang hampir tepat kepada realiti kelab ini. Justeru, kertas kerja ini menyarankan
agar sebuah pasukan kajian ad hoc ditubuhkan untuk menjalankan survei yang lebih terperinci
dan menyeluruh. Pasukan ini sebaiknya hendaklah terdiri daripada mahasiswa kedua-dua
aliran sains kesihatan dan pengajian Islam agar wujud sebuah integrasi metode kajian dan
sudut pandang. Kajian perlulah ditumpukan kepada analisis terperinci tentang kualiti tarbiah,
kesan dan cadangan pulih-baik.

20

RUJUKAN
1. Al-Quran al-Karim
2. Al-Attas, S. N. (1977). Islam Faham Agama dan Asas Akhlak. Kuala Lumpur: Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM)
3. Al-Banna, H. (1938). Risalah Ucapan Dasar Muktamar Kelima. Dalam Himpunan Risalah.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
4. Al-Buti, S. R. (1983). Fiqh Sirah. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar
5. Bush, J. (2016). To help a criminal go straight, help him change how he thinks. Dipetik
daripada
http://www.npr.org/sections/health-shots/2016/06/26/483091741/to-help-acriminal-go-straight-help-him-change-how-he-thinks
6. Eliwa, S. M. H. (2014). Tarbiah tanggungjawab semua. Muktamar Tarbawi 2014
Pertubuhan IKRAM Malaysia.
7. Kuntowijoyo (2006). Islam Sebagai Ilmu. Yogjakarta: Tiara Wacana
8. Mashitah Idris, Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, (2015). Pembangunan modal insan dan
penghayatan rukunegara dalam pembinaan negara yang aman.
9. Sciacca, K. (2016). Behavioral change models in addiction recovery. Diperitk daripada
http://addictionblog.org/treatment/behavioral-change-models-in-addiction-recovery/
10. Thahan, M. M. Risalah Pergerakan Pemuda Islam.

21