ISU MORAL DAN KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

TAJUK:ISU

KERUNTUHAN AKHLAK DAN MORAL DI KALANGAN

REMAJA

(SAMSENG JALANAN, BULI, SEKS BEBAS).

1.0 Pengenalan
Zaman beredar terlalu cepat.
Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak
perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju.
Bagi negara membangun seperti Malaysia perubahan-perubahan yang besar ini telah
memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian,
pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.
Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di
mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan
datang. Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan

dengan


masalah sosial yang melibatkan remaja.
Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah
sosial ini diutarakan.
Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial

tidak

seharusnya

merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan
pembangunan

secara

positif

yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni

kemanusiaan serta agama


2.0 Pengertian keruntuhan akhlak dan moral, remaja
Secara umumnya keruntuhan akhlak dan moral merangkumi pelbagai perlakuan
negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan
kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu
masyarakat ataupun negara.Secara

perundangan

tidak

terdapat

definisi

yang

khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda
1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam
lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanakkanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap
akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam

membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah
yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih
dalam alam persekolahan.Di antara tajuk yang dikupas di bawah keruntuhan
akhlak dan moral remaja pada masa ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu
samseng jalanan, isu buli dan juga isu seks bebas. Isu ini sudah menjadi isu yang
hangat diperkatakan di media-media masa dan media elektronik. Isu berkaitan remaja
ini juga perlu diberi penekanan kerana bangun dan jatuhnya sesebuah negara adalah
bergantung kepada bagaimana badan-badan kerajaan dan juga bukan kerajaan
memainkan peranan mereka dalam cara mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan
moral di kalangan remajaama.

3.0 Isu-isu Keruntuhan Akhlak Remaja
3.1 Isu Samseng Jalanan
Masalah kebejatan sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh penunggang
motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’
bukanlah merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala sebegini telah
wujud sekian lama di jalan-jalan raya di negara ini. Menurut kamus Dewan
Bahasa

dan


Pustaka,

rempit bermaksud

menyesah

atau

memukul

sesuatu

contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya
adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras
minyak di jalan raya (litar).'Samseng jalanan' akan menggantikan istilah Mat Rempit
bagi mengelak publisiti dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan. Ketua
Trafik

Pasukan


Bukit

Aman,

Datuk

Abdul

Aziz

Yusof

menyatakan bahawa

keputusan tersebut dicapai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada mesyuarat

pasukan itu di Pulau Pinang baru-baru ini. Beliau turut meminta pihak media dan
pengeluar filem agar tidak mengagung-agungkan golongan berkenaan dengan
memberi publisiti keterlaluan. Pihak Polis tidak mahu mempopularkan istilah Mat

Rempit kerana tidak mahu golongan itu mempunyai identiti sendiri dan bangga dengan
istilah tersebut. Penggunaan istilah dan penghasilan filem aktiviti Samseng Jalanan
pada pendapatnya dapat menggalakkan lagi kegiatan tidak bermoral di kalangan
belia negara ini.Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang
terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau
skuter.
Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula
boleh

jadi

merupakan

seorang

pelumba perempuan, atau teman wanita Mat

Rempit.Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai,
ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak
mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini,

taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit.
Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat
Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.Mereka
beraksi pada waktu senja, malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja.
Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai
berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh
sehingga ke Kuala Lumpur.Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak
di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan
yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit
Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah
mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.Menurut penulis Al-Islam (Erwanz,
2009) “Aksi-aksi yang ditunjukkan oleh mereka tidak ubah seperti aksi yang
ditayangkan

di dalam drama dan filem. Mengapa remaja kita memilih jalan ini?

Tidakkah mereka fikir, perbuatan mereka hanyalah sia-sia?” Trend menunjukkan
aksi menunggang motosikal di jalanraya dengan pelbagai bentuk gaya oleh
remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan
dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang


sukar dirawat. Ia bukan sahaja berleluasa di kawasan bandar, malah di kampung, aksi
mat rempit sentiasa mendapat perhatian murid sekolah rendah yang kemudian
mencuba aksi berbahaya dengan basikalnya. Antara aksi-aksi berbahaya yang
biasanya dilakukan oleh golongan mat rempit ini lalah:
•Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan.
•Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang.
•Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas.
•Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi superhero, Superman.
•Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di
selekoh.Remaja merempit untuk mencari keseronokan, kepuasan, kemasyhuran,
wang

dan

perempuan.

Kepuasan

dan


keseronokan

untuk melepaskan diri

sementara dari tekanan hidup. Mengecapi bentuk hiburan yang murah dengan hanya
berbekalkan

RM4

untuk

minyak

dan keberanian

untuk

beraksi.


Ada

yang

mendapat habuan lumayan berupa wang dan perempuan. Bukan semua berani mati
begitu tapi wang taruhan dikumpul dalam kalangan mereka, menyuburkan lagi gejala
ini. Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei 2008, sebanyak 3,182
penunggang motosikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas, dan 2,970
daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun. Kegilaan anak-anak muda ini
bukan

sahaja

berbahaya

tetapi menambahkan

lagi

kadar


kemalangan

dan

kematian penuggang motosikal dijalan raya. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM)
mendapati kes kematian di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng
motosikal di negara ini dalam tempoh tujuh tahun kian meningkat. Pada tahun 2005,
sebanyak 3,175 kematian dicatat bagi kelompok itu, berbanding 3,088 (2004), 3,166
(2003), 3,034 (2002), 2,972 (2001), 3,118 (2000) dan 2,960 (1999). Daripada Januari
2007 hingga Julai 2007, didapati bahawa sebanyak 242 tangkapan dilakukan, 200
daripadanya di sekitar Kuala Lumpur. Statistik keseluruhannya menunjukkan 2005
hingga Julai tahun ini (2008) sebanyak 1,557 pelumba haram berjaya ditangkap di
bawah Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.Kaum Melayu mendahului jumlah
tangkapan, iaitu 1,436 tangkapan, Cina (51 tangkapan), India (63 tangkapan) dan

kaum-kaum lain (tujuh tangkapan). Daripada statistik itu juga, mereka yang
bekerja sendiri paling ramai terlibat iaitu 269 orang, diikuti pengganggur 256 orang dan
pelajar 238 orang. Mereka yang bekerja sebagai buruh turut ditangkap seramai
186 orang, pekerja kilang 174 orang, penghantar surat 161 orang, mekanik 59 orang,
dan lain-lain 214 orang. Golongan mat rempit yang berumur lingkungan 16
hingga 20 tahun paling ramai ditangkap iaitu 913 orang, diikuti umur 21 hingga
25 tahun seramai 550 orang, 26 hingga 30 tahun seramai 63 orang, bawah 15 tahun
seramai 26 orang dan lebih 31 tahun seramai lima orang 3.2 Isu Buli
Apakah yang dikatakan pelakuan buli? Pelakuan buli merupakan satu fenomena
yang kompleks (Collins et al., 2004). Tingkah laku buli boleh ditunjukkan dalam
pelbagai

bentuk dan

cara

tanpa

mengira jantina. Terdapat pelbagai

definisi

tentang pelakuan buli diberikan oleh para sarjana. Definisi pelakuan buli ini pula
bergantung kepada budaya sesuatu masyarakat. Mungkin satu pelakuan itu dikatakan
pelakuan buli oleh satu masyarakat

dan

bagi

masyarakat

lain

ianya

bukan

pelakuan buli. Bagi masyarakat melayu, penggilan nama atau gelaran yang tidak
baik misalnya bukan satu pelakuan buli, sebaliknya sebagai pelakuan yang
bersifat gurauan. Definisi pelakuan buli yang paling banyak diterima pakai oleh para
sarjana ialah definisi pelakuan buli yang diberikan oleh Olweus (1993a)

yang

mengatakan pelakuan buli ialah tingkah laku agresif yang dilakukan secara
berulang

kali

terhadap

orang

lain

secara

individu

atau secara berkumpulan.

Pelakuan buli merupakan juga satu bentuk interaksi sosial dimana individu yang lebih
dominan

(pembuli)

akan

menunjukkan

tingkah

laku aggresif yang cenderung

menyebabkan ketidak selesaan kepada individu yang kurang dominan atau lemah
(mangsa buli). Menurut Rigby (1996) pula, tingkah laku buli ialah perbuatan menekan
atau menindas sama ada secara fizikal atau psikologi oleh seseorang yang lebih
berkuasa terhadap seseorang yang tidak berkuasa. Apa yang penting dalam
mendefinisikan pelakuan buli ialah wujudnya ketidak imbangan kuasa antara pembuli
dan mangsa buliMenurut Wikipedia, Buli bermaksud perbuatan mengasari orang
yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masingmasing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau
menghormati mereka yang kuat.

Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli

bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang
dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan
perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya,
perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan
orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan
kepada orang lain.
Pembuli
Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam.
•Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
•Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
•Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
•Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan
tidak mudah digertak.
Dibuli
Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah
rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
•Bertubuh kecil.
•Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
•Pelajar baru di sekolah.
Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya
adalah:
•Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku
pelajar.

•Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati
mereka.
•Mereka pernah menjadi mangsa buli.
•Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah
apabila membuat kesilapan.
•Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya
terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering
bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
•Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah
disiplin.
•Akibat perceraian ibu bapa.
•Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
•Sekadar mahu berseronok.
•Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu
cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
•Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap
dalam bahasa Inggeris.
•Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
•Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media
massa

dan

cetak

yang

memaparkan

aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang

ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolaholah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.

3.3 Isu Seks Bebas

Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh
terlepas dari digandingkan bersama. Perkara seperti ini sudah menjadi trend dan
jika ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan seks dikatakan kolot dan
jumud. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Pensylvania menunjukkan terdapat
lebih kurang 400,000 remaja dibawah umur di Amerika yang

berkerja

sebagai

pelacur, dan menurut The Washington Post yang bertarikh 11 Februari 2000
melaporkan

80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak atau

dikenali dengan istilah Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu Negara
Jepun. Dan baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan kajian seorang penyelidik
yang mengatakan bahawa boleh dikatakan 1 remaja wanita dalam 10 wanita
melakukan seks secara bebas. Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks,
dan jika ada cinta yang tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta.
MasyaAllah begitu bahaya dan dangkal pemikiran sebegini, dan menakutkan bagi
masyarakat Malaysia khususnya. Remaja kini beranggapan bahawa seks ini adalah
satu perkara yang enteng dan tidak perlu diperbesarkan. Memang nyatalah apa
yang dikatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Bukhari

dalam sahihnya “Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan Zina,

sutera bagi lelaki, minuman arak dan lagu-lagu yang melalaikan”. Zina adalah
perlakuan

seks

diantara

berlainan

jantina

tanpa

apa-apa

ikatan

yang

menghalalkannya, dan memang kini sudah berlambak dan menjadi barah dikalangan
remaja kita. Apa yang menyedihkan ialah tiada sesiapa yang peduli mengenai isu ini
dengan serius. Sedangkan zina ini amatlah dilarang dalam Islam, sesungguhnya
Zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan satu jalan yang buruk” (Al-Israk:32)
Memanglah kita katakan bahawa gelora seks ini adalah satu fitrah tapi kita perlu sedar
bahawa gelora seks ini perlu disalurkan berdasarkan petunjuk yang telah digariskan
Islam itu sendiri bukan berdasarkan hawa nafsu kita. Antara jalan yang paling tepat
untuk menyalurkan keinginan nafsu ini ialah dengan pernikahan.
Sabda Nabi Muhammad “Wahai pemuda, siapa di antara kalian sanggup untuk
bernikah maka nikahlah. Sesungguhnya dengan pernikahan, penglihatan akan
lebih

terpelihara dan kemaluan akan lebih terjaga.” (hadis Ibnu Mas’ud yang

diriwayatkan oleh Bukhari, muslim At-Tirmidzi, dan an-Nasai. Penyataan dalam

hadis tersebut

bermakna

berkemampuan

untuk

membiayai

pernikahan

dan

memberi nafkah (al-muntaqa min kitab at-tarhib wa targib, al-Qardhawi: 2/549 no
1095)Dan Nabi juga bersabda tentang adanya bentuk ibadah dalam perlakuan
seks yang halal diantara suami dan isteri iaitu “Dalam perhubungan badan
terdapat nilai sedekah”. Sahabat bertanya “Wahai RasulAllah, apakah jika salah
seorang diantara kami menyalurkan shawatnya akan mendapat pahala?”. Sabda
Nabi “Bukankah apabila hubungan itu dilakukan dalam bingkai haram ia berdosa?
Maka, jika dilakukan dalam bingkai halal ia akan mendapat pahala”.Antara komplikasi
atau kesan seks bebas menurut perubatan moden antaranya ialah penyakit
jangkitan seksual atau dikenali sebagai STD. STD bermaksud sexually transmitted
disease,dan penyakit ini kerap menjangkiti

individu

melalui

seks

bebas.

Lebih

kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikenal pasti
antaranya

ialah syphilis, gonorrhea, genital herpes,

genital wart,

trichomoniasis,

bacterial vaginosis, ifeksi cytomegalovirus, infeksi Chlamydia dan yang paling
berbahaya ialah AIDS.
11 malahan untuk mendekatinya pun Islam melarang sepertimana Allah berfirman
“Janganlah kamu mendekati kepada zina, Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13
juta manusia setahun dan majoritinya ialah kaum wanita (sumber perubatan islam
dan

bukti

sains moden).

Dan

kos

yang

diperlukan

bagi

merawat

mencegahnya menjangkau $10 Billion.
Antara komplilasi yang timbul melalui penyakit-penyakit ini ialah:
•mengandung diluar rahim atau dikenali sebagai ectopic pregnancy
•barah kemandulan
•sakit jantung
•infeksi dan sakit puanDan bagi bayi yang dilahirkan pula akan mengalami:
•penyakit radang paru-paru
•terencat akal

dan

•ganguan sistem saraf dan sakit mataMenurut

Institusi

Alahan

dan

Penyakit

Berjangkit Kebangsaan (NAID) Amerika, jumlah kes penyakit jangkitan seksual
semakin meningkat pada hari ini. Ini disebabkan ramai remaja terlibat dengan
hubungan seks tanpa perkahwinan disamping berleluasa seks bebas di dalam
masyarakat

4.0 Statistik Gejala Sosial Remaja
Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk.
Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan
kelompok ini juga banyak.Statistik pembabitan kanak-kanak dalam jenayah dari
Januari hingga Disember 2003 yang dilaporkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah,
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan kanak-kanak lelaki dan perempuan
Melayu di seluruh negara adalah yang paling ramai ditangkap iaitu seramai 3,617 orang
(3,541 lelaki dan 76 perempuan). Pembabitan mereka yang paling tinggi adalah
dalam kes jenayah harta benda iaitu mencuri kenderaan (Seksyen 379A) bagi
tempoh sepanjang tiga tahun terakhir (2001-2003). Statistik yang dikeluarkan oleh
Bahagian Perancangan dan Sistem Maklumat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
pula mencatatkan sehingga September 2003, seramai 113 pesalah kanak-kanak
menjalani cubaan akhlak berbanding 98 pada 2002 dan 95 pada 2001.Pesalah kanakkanak yang diperintahkan mahkamah supaya ditempatkan di sekolah akhlak
adalah 198 sehingga September 2003, berbanding 401 pada 2002 dan 317 pada
2001. Manakala kanak-kanak yang diperintahkan ditempatkan di Sekolah Henry
Gurney pula seramai 67 sehingga September 2003, berbanding 154 pada 2002
dan 147 pada 2001.
Selain pembabitan jenayah harta benda, samun bersenjata api dan penyalahgunaan
dadah juga mencetuskan kebimbangan. Seramai 91,447 penagih dadah dikesan di
seluruh

negara

antara

2001

hingga

Oktober 2003 dengan hampir 70 peratus

daripadanya Melayu. Statistik Agensi Dadah Kebangsaan menunjukkan 31,556 penagih
dikesan pada 2001, 31,893 (2002) dan 27,998 dalam tempoh Januari hingga

Oktober 2003.Kesan penyalahgunaan

dadah

di Malaysia kini

dirasai apabila

generasi muda tidak lagi mampu menyumbang tenaga untuk memajukan negara malah
menjadi golongan perosak. Timbul pertanyaan adakah mereka sanggup kehilangan
negara dan menjadi seperti China yang terbabit dalam Perang Candu (1840-42) serta
musnah akibat penyalahgunaan dadah. Pada 1838, China mencatatkan 12 juta
penagih candu yang memberi peluang kepada Barat untuk mengubah idea politik dan
struktur sosial negara itu. Bayangkan kuasa besar seperti China boleh ditawan mudah
hanya dengan menggunakan dadah dan apa pula nasib negara ini di tangan
generasi muda kita. Semua senario itu menjelaskan kepada kita betapa rapuhnya jiwa
remaja dan belia yang kita harapkan suatu hari nanti menggalas tanggungjawab
memimpin negara.

5.0 Punca Keruntuhan Akhlak
Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti isu keruntuhan ahklak di
kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat
dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
5.1 Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini,
mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara
baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam
kalangan remaja.Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk
mencuba

dan

melakukan

perkara-perkara

yang

yang

tidak

sepatutnya. Jika

perasaan ingin tahu dan ingin mencuba ke arah kebaikan seperti aktiviti membina
teknologi automotif yang baru dan berfaedah ini perlulah diberi

penekanan

yang

tinggi. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang
menimbulkan

masalah

apabila

mereka

tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang

sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga,

jiran

dan

sebagainya.

Jadi

perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan
tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.

5.2 Pengaruh Rakan Sebaya
Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik,
boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan,
akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkarayang buruk. Selain itu sikap
remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu
mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan
mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut
apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala
boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala
sosial.Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja.
Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa
diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani
masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan
mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan
yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di
rumah.
5.3 Pengaruh Media Massa
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam
kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media
massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program
dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja,
program-program

realiti televisyen,

serta

rancangan-rancangan

yang

bersifat

hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak
baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara
berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat
juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran
sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media ini
mudah diperolehi.
5.4 Sikap Keluarga

Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak
dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama.
Adanya

asas

agama

yang

teguh,

remaja

tidak

akan sewenang-wenangnya

terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat
penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan
sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling
penting ibu

bapa tahu

berperanan dan mengamalkan

masa

yang

berkualiti

dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi
dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak
remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih
mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan
dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa
hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik
ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan
penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak
dan ahli-ahli keluarga. Para ibu bapa juga perlu sentiasa memantau keadaan
anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan
anak-anak

bersendirian menentukan

jalan

hidup

mereka.

Anak-anak

perlu

dibimbing. Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka.
Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke
rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa
harus sentiasa berdoa agar anaperkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus
sedar

bahawa

doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-

anak.Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang
utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan
oleh

ibu

bapa

atau

penjaga.

Selain

itu, tekanan hidup,

sikap

mengejar

kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa
dan anak kurang kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara
satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan
remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Antara
punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan

adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran
yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana
rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga
mengawasi pendidikan

anak-anaknya

keruntuhan moral.Justeru,

sebagai

boleh

ibu

bapa

juga
dan

membawa

kepada

anggota

masyarakat

kancah
yang

bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang
aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan
kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masak-anak mereka
terhindar dari
6.0 Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja.
Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini.
Berikut beberapa saranan:
6.1 Peranan ibu bapa
Peranan Ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memerhatikan setiap gerak-geri
atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui
dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup
meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya
mengetahui

rakan-rakan

anak

mereka

dan sentiasa

memastikan

anak-anak

mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral
yang baik.Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa
seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian,
mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu
tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih
anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri
serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi
role model

kepada anak.
6.2 Pendekatan akademik
Pendekatan ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan
akademik dan separa akademik seperti kegiatanko-kurikulum di sekolah. Begitu juga
dengan perubahan-perubahan teknik-teknik

pengajaran

seperti

penggunaan

komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
6.3 Penguatkuasaan Undang-Undang
Mewujudkan

sistem

perundangan

di

sekolah.

Peruntukan

undang-undang

di

peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di
samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu
bapa

dalam pengawasan disiplin.Penguatkuasaan

undang-undang

oleh

pihak

berkuasa seperti polis amatlah berkesan sekiranya pemantauan dilakukan secara
berterusan. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir
sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil
kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.Langkah-langkah
pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat
sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja
mengatasi

masalah

kaunselor-kaunselor

mereka.
yang

Program

berkelayakan

ini

akan

lebih

bermakna sekiranya

dan berpengalaman

dilantik

dalam

memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
6.4 Peranan PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.
Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan
khasnya

bagi

pelajar-pelajar

guru

perlu

diadakan

yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima

teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi
umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”

7.0 Kesimpulan
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan
impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama
negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku
seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan
memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi
seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara
automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai
akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga,masyarakat, dan
negara.Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting:
ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah
keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah
yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya
gejala ini sukar diatasi.