TUAN TABAL DAN WARISNYA YANG MENJADI ULA

TUAN TABAL DAN WARISNYA YANG MENJADI ULAMA TERKENAL

Nama sebenarnya ialah Haji Abdus Shamad bin Muhammad Saleh Tabal alFathani al-Kalantani. Beliau digelar Tabal kerana mengambil nama tempat beliau
berasal iaitu Tabal[1]. Tentang tahun beliau dilahirkan, Nik Abdul Aziz bin Haji Nik
Hassan dalam buku Sejarah Perkembangan Ulama Kelantan menyebut bahawa
Tuan Tabal lahir pada tahun 1840 Masihi.[2] Hamdan Hassan dalam bukunya
Tarekat Ahmadiyah di Malaysia Suatu Analisa Fakta Secara Ilmiah terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka pada tahun 1990 juga menggunakan tahun yang sama.[3]
Namun almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir berasa ragu dengan tahun
tersebut berdasarkan kepada tahun kitab-kitab yang ditulis olehnya. Katanya,
Tulisan terawal Tuan Tabal ialah Munabbihul Ghafilin yang beliau selesaikan
dalam tahun 1285 Hijrah yang jika dijadikan tahun Masihi lebih kurang tahun
1868 Masihi, bererti ketika itu Tuan Tabal baru berusia 28 tahun. Kitab yang
tersebut itu walaupun nipis sahaja, namun mencorakkan falsafah mistik
peringkat tinggi, yang menurut tradisi ulama dunia Melayu, ilmu tasawuf
semacam itu tidak pernah ditulis oleh orang-orang yang berumur 28 tahun.
Walaupun mereka menguasai ilmu tasawuf, namun mereka lebih suka menulis
ilmu-ilmu yang bercorak zahir saja. Oleh sebab hal-hal yang tersebut di atas
tahun 1840 Masihi itu perlu penyelidikan lebih lanjut.[4] Mohammad Redzuan
dalam tulisannya pula menyebut bahawa Tuan Tabal dilahirkan pada tahun 1819.
[5]

Setelah memperoleh ilmu di Patani, Tuan Tabal melanjutkan pelajarannya ke
Makkah. Tuan Tabal menerima Tariqat Ahmadiyah daripada Sidi Syeikh Ibrahim
ar-Rasyidi bersama-sama dengan Syeikh Wan Ali Kutan dan Syeikh Ahmad alFathani. Sidi Syeikh Ibrahim ar-Rasyidi adalah murid kepada Sidi Ahmad Idris

yang dinisbahkan namanya kepada Tariqat Ahmadiyah itu. Kata almarhum alUstaz Haji Wan Mohd Saghir, oleh sebab Tuan Tabal pulang ke Kelantan
sedangkan Syeikh Wan Ali Kutan dan Syeikh Ahmad al-Fathani tetap tinggal di
Makkah, maka dipercayai Tuan Tabal adalah orang pertama menyebarkan tariqat
tersebut di Kelantan dan sekitarnya, atau tempat-tempat lain di Nusantara.[6]
Seperti yang dinyatakan oleh almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir, karya
Tuan Tabal yang dapat dikesan ialah 8 buah iaitu,
1. Munabbihul Ghafilin. Kitab ini diselesaikan pada hari Sabtu, 2 Muharam 1285
Hijrah/ 1868 Masihi. Kandungannya membicarakan tasawuf yang merupakan
petikan daripada kitab Ihya Ulumuddin dan Masyariqul Anwar.
2. Jalalul Qulub bi Zikrillah. Kitab ini diselesaikan pada waktu Zuhur, hari Rabu,
18 Muharam 1287 Hijrah/1870 Masihi. Kandungannya juga mengenai tasawuf.
Cetakan pertama oleh Majlis Ugama Islam Kelantan, 29 Zulhijjah 1254 Hijrah/
1935 Masihi. Cetakan yang kedua, Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu,
Kelantan. Kitab ini diberi kata pendahuluan oleh Tuan Guru Haji Nik Daud bin
Ahmad Jambu, di Bukit Rahmah Tanah Merah, Kelantan.
3. Kifayatul `Awam fima Yajibu `alaihim min Umuril Islam. Kitab ini diselesaikan

pada 14 Safar 1295 Hijrah/1878 Masihi.
4. Mun-yatu Ahlil Auwab fi Bayanit Taubah. Kitab ini pernah diterbit oleh Mustafa
Press, Kota Bharu (tanpa tahun).
5. Bab Harap, dicetak oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu pada 1359
Hijrah/ 1940 Masihi.
6. Bidayatu Ta'limil `Awam fi Tarafi min Arkanil Islam. Kitab ini diselesaikan tanpa
menyebut tarikh. Pernah dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah, Makkah, 1323
Hijrah/1906 Masihi. Cetakan kelima oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu.

7. Manhatul Qaribil Mujib wa Mughnir Raghibin fit Taqrib. Kitab ini diselesaikan
pada Jumaat, 10 Zulhijjah 1300 Hijrah/1882 Masihi. Kandungan kitab ini ialah
usuluddin, fikah dan tasawuf. Tetapi yang terpenting ialah fikah. Cetakan yang
kedua oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, 1354 Hijrah/ 1935 Masihi. Kitab
ini adalah karya Tuan Tabal yang paling tebal iaitu setebal 327 halaman.
8. Mun-yatul Muridin fi Ba'dhi Ausafi Saiyidil Mursalin. Kitab ini pernah diterbitkan
oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, 1345 Hijrah/1926 Masihi.[7]
Tuan Tabal meninggal dunia pada tahun 1891.[8] Menurut tulisan Dr Abdul
Rahman Abdullah, setelah beliau meninggal, penyebaran tariqat Ahmadiyah
telah dilakukan oleh anak-anaknya, Haji Wan Musa dan Haji Wan Abdullah.[9]
Haji Wan Musa mengajar tariqat tersebut secara terbuka di Jalan Merbau

manakala Haji Wan Abdullah mengajar tariqat tersebut di surau Tuan Tabal,
Lorong Tok Semian.[10] Selepas Haji Wan Musa meninggal dunia, Tariqat
Ahmadiyah di kawasan Kota Bharu kemudiannya dipimpin oleh anak Haji Wan
Abdullah iaitu Haji Abdul Rahman.[11] Haji Abdul Rahman dikatakan ada
mengarang beberapa buah kitab.[12]
Anak-anak Tuan Tabal yang menjadi ulama terkenal ialah Haji Wan Muhammad,
Haji Wan Musa dan Haji Wan Abdullah. Anak sulung Tuan Tabal ialah Haji Wan
Muhammad bin Tuan Tabal al-Kalantani, lahir di Kota Bharu, Kelantan, pada
malam Jumaat, 5 Rejab 1287 H/1 Oktober 1870 M. Beliau meninggal dunia pada
malam Rabu, 27 Rabiulawal 1339 H/8 Disember 1920 M juga di Kota Bharu. Haji
Wan Muhammad mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri. Kemudian
beliau dibawa oleh ayahnya ke Makkah pada tahun 1294 ketika usianya baru 7
tahun untuk menimba ilmu. Haji Wan Muhammad dikenali sebagai ulama yang
kuat mengamalkan tariqat. Antara ijazah tariqat yang diterimanya ialah tariqat
Syathariyah dan Qadiriyah-Naqsyabandiyah. Dalam salinan naskhah Thariqat

Syathariyah, ada disebut bahawa beliau, Al-Haji Muhammad bin Abdus Shamad
Kelantan ditalqin atau dibai’ah oleh Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman alFathani[13]. Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani ditalqin atau
dibaiah oleh Syeikh ‘Ali bin Ishaq al-Fathani. Syeikh ‘Ali bin Ishaq al-Fathani
ditalqin atau dibai’ah oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Dan seterusnya

kepada

yang

lebih

ke

atas.

Tentang

tariqat

Qadiriyah-Maqsyabandiyah,

almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir menyebut seperti berikut,
Aada pun pada bahagian Thariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah, Haji Muhammad
bin Abdus Shamad Kelantan tidak menyebut nama gurunya, melainkan langsung
saja menyebut salasilah mulai dari Syeikh Ahmad Khathib Sambas, tulisannya,

“Adapun salasilah dua tarekat ini, maka terhimpun pada Salasilah Qadiriyah, iaitu
Syeikh Ahmad Khathib bin al-Marhum Abdul Ghaffar al-Jawi Sambas. Ia
mengambil daripada Saiyid Syamsuddin ...”, dan seterusnya hingga ke atas.
Kemungkinan Haji Muhammad bin Abdus Shamad Kelantan sempat menerima
tarekat itu langsung kepada Syeikh Ahmad Khathib Sambas, kerana ulama
Sambas tersebut adalah seangkatan dengan Syeikh Abdul Qadir bin Abdur
Rahman al-Fathani.[14]
Haji Wan Muhammad Kelantan juga beramal dengan Tariqat Ahmadiyah
Idrisiyah[15] yang berasal daripada Syeikh Ahmad bin Idris dan tariqat Syaziliyah
berdasarkan

Hizib

al-Bahr

yang

diamalkannya

yang


salasilah

sanadnya

bersambungan hingga kepada Rasulullah saw. Di Makkah, Haji Wan Muhammad
Kelantan belajar kepada ulama-ulama Melayu yang sangat iaitu Syeikh Nik Mat
Kecik al-Fathani[16], Syeikh Wan Ali Kutan[17] dan Syeikh Ahmad al-Fathani[18].
Dari Syeikh Wan Ali Kutanlah, beliau menerima ijazah Hizib al-Bahr yang
sanadnya bersambung hinggalah yang pertama mengamalkannya, iaitu Syeikh
Abi Hasan asy-Syazili.

Menurut almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir, Haji Wan Muhammad dilantik
menjadi mufti selepas adiknya iaitu Haji Wan Musa. Haji Wan Muhammad dilantik
pada 22 Syawal 1334 H/21 Ogos 1916 M sedangkan adiknya pada 10 Rejab 1327
H/27 Julai 1909 M. Sebelum dilantik menjadi Mufti Kelantan, Haji Wan Muhammad
bin Tuan Tabal pernah dilantik oleh Sultan Mansur menjadi Imam Masjid Kota
Bharu pada 15 Jamadilakhir 1314 H. Pada 30 Muharam 1334 H/7 Disember 1915
M Haji Wan Muhammad bin Tuan Tabal dilantik MENJADI AHLI Majlis Ugama Islam
dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Setelah itu dilantik pula menjadi Hakim

Mahkamah Syariah Kota Bharu, pada 26 Safar 1334 H/2 Januari 1916 M.
Beberapa bulan selepas tarikh tersebut barulah beliau dilantik menjadi Mufti
Kelantan. Selain pelantikan-pelantikan yang tersebut Haji Wan Muhammad juga
pernah dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama Kelantan pada 27 Mei 1918 M.
Dilantik pula menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan oleh Sutan
Muhammad IV, pada 27 September 1919 M.[19]
Anak Tuan Tabal yang berikutnya ialah Haji Wan Musa. Beliau lahir pada tahun
1291H bersamaan dengan 1874M. Beliau meninggal dunia pada hari Sabtu, 24
Zulkaedah 1357H bersamaan dengan 14 Januari 1939M. Haji Wan Musa adalah
seorang ulama yang sangat gemar mendalami ilmu pengetahuan. Diriwayatkan
bahawa beliau memiliki pelbagai jenis kitab ilmu pengetahuan. Dikatakan
bahawa Haji Wan Musa selalu menabung wangnya untuk menambah jumlah
kitab yang dimilikinya. Diriwayatkan bahawa Haji Wan Musa adalah seorang yang
sangat berpegang teguh dan beramal dengan Tariqat Ahmadiyah. Seperti yang
disebut oleh almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir, dizaman Haji Wan Musa,
pendapatnya pernah mencetuskan kontrversi tentang beberapa masalah hukum.
[20] Antaranya ialah seperti lafaz Ushalli, masalah jilatan anjing, talqin, dan lainlain. Kata almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir, khusus mengenai yang
tersebut ini Haji Wan Musa ditentang oleh hampir keseluruhan ulama Kelantan

termasuk Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman al-Fathani yang

ketika itu sebagai Syeikh al-Islam Selangor. Sanggahan Tengku Mahmud Zuhdi alFathani terhadap Haji Wan Musa ditulis dalam kitab Tazkiyatul Anzhar wa
Tashfiyatul Afkar (selesai ditulis pada 17 Muharam 1339H/30 September 1920M).
[21] Walaubagaimanapun, Haji Wan Musa tetap berpegang kepada Mazhab
Syafi’i malah mempertahankannya. Sebagai contoh tentang hukum zakat fitrah
dan wakaf, Haji Wan Musa tetap berpegang seperti ulama-ulama Syafi’iyah yang
lain yang berpendapat bahawa zakat fitrah mestilah segera dibahagikan kepada
yang berhak menerimanya, tidak boleh digunakan untuk pembangunan walau
untuk membina masjid sekali pun. Sesuatu yang dinamakan ‘wakaf’ tidak boleh
diperjual belikan walau dengan alasan apa pun juga.[22] Haji Wan Musa berjaya
melahirkan ramai ulama dan pendakwah yang disegani. Dengan mengadakan
halaqat pengajian kitab di suraunya di Jalan Merbau, Kota Bharu, beliau berjaya
melahirkan ramai ulama berkaliber seperti Hj. Saad Kangkong, Pak Su Wan Adam
Kg. Laut, Hj. Mohd. Zain Meranti, Hj. Nik Mat Alim Pulau Melaka, Hj. Abdul
Mannan Sumatera, Hj. Abdul Wahid Melaka, Hj.Ahmad Perak dan Hj. Ayyub
Kemboja.
Seorang lagi anak Tuan Tabal yang menjadi ulama besar seperti yang disebut
sebelum ini ialah Wan Abdullah. Haji Wan Abdullah bin Tuan Tabal lahir pada
1293 H/1877M, wafat Jamadilawal 1345 H/Disember 1926M. Beliau mendapat
pendidikan awal daripada ayahnya sendiri, Tuan Tabal, di Kota Bharu Kelantan
dan kemudian melanjutkan pelajarannya ke Makkah bersama abangnya, Wan

Musa. Kedua adik beradik menadah kitab kepada dua ulama yang sangat
terkenal pada waktu itu iaitu Syeikh Wan Ali Kutan dan Syeikh Wan Ahmad bin
Muhammad Zain al-Fathani. Diriwayatkan bahawa Haji Wan Abdullah pernah
menjadi khatib di Masjid Muhammadi sekitar dua tahun iaitu antara tahun 1916
hingga 1918 M. Beliau juga pernah menjadi Ahli Majlis Agama Islam Kelantan.

Diriwayatkan juga bahawa Haji Wan Abdullah berpegang kukuh kepada fiqh
Mazhab Syafie. Selain ahli dalam fiqh Mazhab Syafie, beliau juga berpengalaman
luas dalam ilmu usuluddin dimana beliau mengikut Mazhab Ahli Sunah wal
Jamaah aliran Imam Abu Hasan al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Haji
Wan Abdullah mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang ilmu
tasawuf. Beliau dikatakan mengamalkan Tarigat Ahmadiyah sama seperti yang
diamalkan oleh ayah beliau Tuan Tabal dan kedua-dua abangnya Mufti Haji Wan
Muhammad dan Mufti Haji Wan Musa. Dari segi penulisan, Haji Wan Abdullah
banyak menghasilkan penulisan tentang khutbah. Hasil penulisannya itu
kemudiannya dikumpulkan oleh anak muridnya yang bernama Ismail bin Kecik
bin Haji Awang Abu bin Haji Mahmudi al-Kalantani dan diberi judul judul Majmu'
Khuthab al-Juma' al-Malayuwiyah li Tafhim man La Ya'rif al-'Arabiyah. Ismail bin
Kecik Mahmudi al-Kalantani selesai menghimpun dan menyunting karya Haji Wan
Abdullah yang tersebut pada hari Ahad, 5 Rabiulakhir 1343 H. Antara isi

kandungan

kitab

ini

ialah

seperti

hukum-hukum

yang

tertakluk

dalam

persekitaran khutbah, syarat-syaratnya, perkara-perkara sunat di hari Jumaat
dan teks khutbah. Seperti yang dinukil oleh almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd

Saghir, ada beberapa perkara yang menjadikan kitab ini sangat istimewa.
Antaranya ialah seperti hukum berkata-kata ketika khatib membaca khutbah.
Katanya, “Dan makruh berkata-kata pada tatkala khatib membaca khutbah pada
Mazhab Imam kita Syafie. Ada pun pada mazhab imam yang lain haram berkatakata pada ketika itu.” (Rujuk kitab Majmu' Khuthab di halaman 14).[23] Tentang
perkara sunat pula, almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir memetik isi kitab
tersebut

dengan

katanya,

“Dan

sunat

memakai

serban,

kerana

hadis

bahawasanya Allah s.w.t. dan segala Malaikat-Nya selawat sekalian atas yang
memakai serban hari Jumaat. Dan sunat memakai serban bagi sekalian
sembahyang. Dan tersebut pada hadis satu sembahyang dengan memakai

serban afdal daripada dua puluh lima sembahyang dengan tiada memakai
serban ...” (Rujuk kitab Majmu' Khuthab di halaman. 16).[24] Dalam teks khutbah
pula, Haji Wan Abdullah ada menyebut tentang kelebihan zikir pada hari raya.
Seperti yang dipetik oleh almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir didalam kitab
tersebut, “Tersebut di dalam hadis, Barang siapa berkata Subhanallah wa bi
hamdih pada hari raya, 300 kali, dan dihadiahkan pahalanya kepada segala
orang yang mati daripada segala orang yang Islam, nescaya masuklah pada tiaptiap kubur mereka itu 1,000 cahaya. Dan Allah s.w.t menjadikan orang yang
menghadiahnya pada kuburnya 1,000 cahaya, apabila ia mati.” (Rujuk kitab
Majmu' Khuthab di halaman 83).[25]
[1] Satu wilayah didalam negara Thailand.
[2] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Tuan Tabal - Penyebar Thariqat Ahmadiyah
pertama di Nusantara. Utusan Malaysia. Terbit pada 4 Oktober 2004. Boleh rujuk
disini,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2004&dt=1004&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&
arc=hive
[3] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Tuan Tabal - Penyebar Thariqat Ahmadiyah
pertama di Nusantara. Utusan Malaysia. Terbit pada 4 Oktober 2004. Boleh rujuk
disini,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2004&dt=1004&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&
arc=hive
[4] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Tuan Tabal - Penyebar Thariqat Ahmadiyah
pertama di Nusantara. Utusan Malaysia. Terbit pada 4 Oktober 2004. Boleh rujuk
disini,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2004&dt=1004&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&
arc=hive

[5] Mohammad Redzuan Othman. 1998. The Role of Makka-educated in the
development of Early Islamic Scholarship and Education in Malaya. Journal of
Islamic Studies 9:2. Hlm 150.
[6] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Tuan Tabal - Penyebar Thariqat Ahmadiyah
pertama di Nusantara. Utusan Malaysia. Terbit pada 4 Oktober 2004. Boleh rujuk
disini,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2004&dt=1004&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&
arc=hive
[7] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Tuan Tabal - Penyebar Thariqat Ahmadiyah
pertama di Nusantara. Utusan Malaysia. Terbit pada 4 Oktober 2004. Boleh rujuk
disini,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2004&dt=1004&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&
arc=hive
[8] Abdul Rahman Abdullah. 1997. Pemikiran Islam di Malaysia: sejarah dan
aliran. Gema Insani Press. Jakarta. Hlm 55
[9] Abdul Rahman Abdullah. 1997. Pemikiran Islam di Malaysia: sejarah dan
aliran. Gema Insani Press. Jakarta. Hlm 56
[10] Abdul Rahman Abdullah. 1997. Pemikiran Islam di Malaysia: sejarah dan
aliran. Gema Insani Press. Jakarta. Hlm 56
[11] Abdul Rahman Abdullah. 1997. Pemikiran Islam di Malaysia: sejarah dan
aliran. Gema Insani Press. Jakarta. Hlm 56
[12] Abdul Rahman Abdullah. 1997. Pemikiran Islam di Malaysia: sejarah dan
aliran. Gema Insani Press. Jakarta. Hlm 56

[13] Haji Wan Muhammad menerima Thariqat Syathariyah dalam tahun 1294 H
ketika beliau bersama-sama ayahnya, Tuan Tabal, menziarahi Syeikh Abdul Qadir
bin Abdur Rahman al-Fathani yang dikatakan sebagai “Khalifah Pada Syeikh Daud
bin Abdullah al-Fathani”. Ulama lain yang menerima talqin dan baiah dari ulama
besar ini ialah Syeikh Wan Ali Kutan, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani dan Syeikh
Ahmad al-Fathani
[14] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2006. Haji Wan Muhammad Al-Kalantani Mufti
Kelantan yang ke-IV. Utusan Malaysia. Terbit pada 3 April 2006. Boleh rujuk disini,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=0403&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&
arc=hive
[15] Syeikh Wan Ali Kutan dan Syeikh Ahmad al-Fathani juga beramal dengan
Tarekat Ahmadiyah Idrisiyah
[16] Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani berbiras dengan Syeikh Wan Ali Kutan,
kerana terjadi perkahwinan dua orang anak antara kedua-duanya
[17] Syeikh Wan Ali Kutan adalah ayah saudaranya, iaitu adik kepada ibunya
Wan Kaltsum
[18] Syeikh Ahmad al-Fathani pula adalah anak saudara isteri Syeikh Wan Ali
Kutan. Isteri Syeikh Ahmad al-Fathani pula adalah anak saudara kepada Syeikh
Nik Mat Kecik al-Fathani
[19] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2006. Haji Wan Muhammad Al-Kalantani Mufti
Kelantan yang ke-IV. Utusan Malaysia. Terbit pada 3 April 2006. Boleh rujuk disini,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=0403&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&
arc=hive

[20] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2006. Haji Wan Musa Tuan Tabal pernah
mengundang perdebatan hebat. Utusan Malaysia. Terbit pada 6 November 2006.
Boleh

rujuk

disini,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2006&dt=1106&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&
arc=hive
[21] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2006. Haji Wan Musa Tuan Tabal pernah
mengundang perdebatan hebat. Utusan Malaysia. Terbit pada 6 November 2006.
Boleh

rujuk

disini,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2006&dt=1106&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&
arc=hive
[22] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2006. Haji Wan Musa Tuan Tabal pernah
mengundang perdebatan hebat. Utusan Malaysia. Terbit pada 6 November 2006.
Boleh

rujuk

disini,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2006&dt=1106&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&
arc=hive
[23] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2006. Wan Abdullah Tuan Tabal khatib Kelantan.
Utusan

Malaysia.

Terbit

pada

30

Oktober

2006.

Boleh

rujuk

disini,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=1030&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm&
arc=hive
[24] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2006. Wan Abdullah Tuan Tabal khatib Kelantan.
Utusan

Malaysia.

Terbit

pada

30

Oktober

2006.

Boleh

rujuk

disini,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=1030&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm&
arc=hive

[25] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2006. Wan Abdullah Tuan Tabal khatib Kelantan.
Utusan

Malaysia.

Terbit

pada

30

Oktober

2006.

Boleh

rujuk

disini,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=1030&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm&
arc=hive
Sumber
http://ikantongkol09-tokoh.blogspot.com/2009/07/tuan-tabal-danwarisnya-yang-menjadi.html