KONSEP MASYARAKAT DAN BUDAYA MENURUT ISL

ISI KANDUNGAN
1. PENDAHULUAN

2

2. DEFINISI MASYARAKAT
- MASYARAKAT MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

3
4

- MASYARAKAT MENGGIKUT PERSPEKTIF BARAT

3. DEFINISI BUDAYA
BUDAYA MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
- BUDAYA MENGIKUT PERSPEKTIF BARAT
-

4. HUBUNGAN MASYARAKAT DAN BUDAYA
- KESEPADUAN SOSIAL MELALUI SOSIALISASI,


7
9
11
13
14
16

DIFUSI, AMILASI DAN AKULTURASI
- PROSES PERUBAHAN MASYARAKAT DAN BUDAYA

20

5. KESIMPULAN

24

6. RUJUKAN

25


KONSEP MASYARAKAT DAN BUDAYA MENURUT ISLAM
DAN BARAT
PENDAHULUAN

1

Zaman sekarang tidak lagi merupakan zaman kemajuan kebudayaan material dan kemajuan ilmu
pengetahuan, melampaui kemajuan-kemajuan yang dicapai orang pada zaman-zaman terdahulu.
Sebagaimana diketahui, kebudayaan Barat itu berkembang setelah terjadi kontak antara dunia
Barat dengan kebudayaan Islam melalui perguruan-perguruan tinggi Islam di Andalusia dan
negeri-negeri muslim lainnya. Kebudayaan Barat adalah asas materialis yang tertentu saja
kosong dari kerohanian agama. Begitu pula pengaruhnya terhadap individu-individu serta
masyarakat.

Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang mempunyai kepelbagaian adat resam dan
budaya. Pada masa yang sama, masyarakat negara ini turut memilik beberapa anutan agama yang
berbeza di antara satu sama lain. Kepelbagaian ini menuntut suatu toleransi yang tinggi di antara
semua kaum bagi membolehkan mereka hidup aman damai serta saling bekerjasama. Kefahaman
terhadap setiap agama, etnik dan budaya akan menjadi pemangkin ke arah pembinaan sebuah
negara yang harmoni dan makmur. Justeru, konsep-konsep asas dalam hubungan antara kaum

dan agama perlu dihayati dengan sebaiknya dalam sebuah masyarakat berbilang kaum seperti
Malaysia .

DEFINISI MASYARAKAT

Masyarakat sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan
cara tertentu. Masyarakat juga merujuk kepada golongan manusia yang tinggal di kota dan terdiri
2

daripada beberapa bangsa, kumpulan etnik atau suku dan sebagainya. Bermasyarakat pula
merupakan kesatuan dan kesepaduan sesebuah masyarakat yang menggabungkan diri untuk
hidup bersama dalam sebuah unit sosial. Jika diamati fitrah makhluk oleh Allah SWT, diciptakan
manusia dengan pelbagai keistimewaan, rupa, warna kulit dan juga bahasa.
Justeru apakah kepentingan masyarakat kepada manusia? Bagi menjawab persoalan tersebut
terdapat beberapa konsep masyarakat yang digariskan untuk memenuhi fitrah semula jadi
penciptaan Allah SWT terhadap manusia, iaitu :i.
ii.
iii.

Masyarakat penting kepada manusia bagi meneruskan kehidupan.

Manusia perlu memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain.
Memupuk kerjasama sesama masyarakat melalui kelebihan dan kekurangan masingmasing.

Maka jelaslah kepentingan masyarakat terhadap kehidupan manusia yang selari dengan fitrah
penciptaan Allah SWT terhadap makhluknya. Bagi memahami lebih jelas tentang konsep
masyarakat, terdapat beberapa ciri-ciri utama bagi masyarakat, iaitu: berkelompok, berbudaya,
berinteraksi, mempunyai kepimpinan serta mempunyai aturan sosial.

MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Masyarakat Islam umumnya tertegak atas aqidah dan pemikiran tertentu yang melahirkan sistem
kehidupan yang keseluruhannya berprinsipkan agama Islam yang sempurna, iaitu berpandukan
3

al-Quran, al-Hadis dan para ulamak. Sistem yang menyeluruh ini meliputi politik Islam,
ekonomi, akhlak, pendidikan, kebudayaan, hiburan, dan sebagainya. Namun begitu, kesemua
sistem hidup ini perlulah bermatlamatkan ke arah penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah
SWT.
Syed Qutb (1984) dalam penulisannya menggariskan bahawa penyerahan diri sepenuhnya
kepada Allah adalah pengabdian yang tidak kepada sesama hamba Allah, malah berusaha

memandu manusia supaya patuh kepada Allah SWT dalam urusan peraturan hidup dan
pemerintahan serta nilai-nilai dan kebudayaan. Umumnya inilah tujuan pengutusan Nabi
Muhammad SAW, iaitu untuk mengubah system dan cara hidup masyarakat jahiliyyah di
Makkah, firman Allah SWT :
“Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam” (al-Anbiya, 21: 107).
Demikianlah, sebab dan munasabab pengutusan Nabi Muhammad SAW sebagaimana
pengutusan Rasul sebagai baginda, iaitu bertujuan membawa manusia patuh kepada kekuasaan
dan pemerintahan Allah. Sebagai makhluk ciptaan Allah SWT, manusia juga tidak terkecuali
daripada peraturan ini, iaitu dengan cara tunduk dan patuh kepada peraturan Allah SWT dan
bukan kepada peraturan manusia. Ini kerana kewujudan, keperluan, hidup, mati, sihat dan juga
sakit manusia kesemuanya berdasarkan kehendak Allah. Justeru itu, masyarakat manusia perlu
kembali kepada ajaran agama islam dalam segenap hal yang bersangkutan dengan urusan
kehidupan mereka dan hendaklah menjadikan syariat Allah SWT sebagai panduan utama.
Penyerahan dan kepatuhan ini berasaskan dua ucapan penyaksian, la illaha illaallah yang
bermaksud tiada Tuhan selain Allah. Pengakuan terhadap Allah SWT ini adalah pengakuan
4

bahawa Allah SWT sebagai Tuhan yang Maha Kuasa dan berkuasa mutlak atas pemerintahanNya. Masyarakat manusia perlulah merujuk kepada sumber yang menyampaikan agama islam,
iaitu Rasulullah SAW. Maka, kepatuhan kepada Allah SWT ini adalah melalui pengutusan

Baginda yang bertujuan untuk memperbaiki cara hidup masyarakat jahiliyyah dan masyarakat
manusia menerusi saluran ibadat seterusnya membawa kepada aspek lain seperti akhlak, sistem
politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
Bagi mengukuhkan sistem hidup berprinsipkan Islam ini, masyarakat manusia umumnya
memerlukan kepada organisasi yang mantap dalam menerajui kehidupan sebagaimana yang
digariskan oleh Allah SWT. Organisasi ini perlulah terpisah dan berbeza dengan unsur-unsur
amalan yang dilaksanakan oleh masyarakat jahiliyyah. Justeru itu, pelantikan pemimpin yang
berpegang teguh kepada Islam amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat
Islam keseluruhannya. Kesemua pemimpin perlulah meneladani sifat kepemimpinan Nabi
Muhammad SAW dan para sahabat bagi memperkasakan institusi masyarakat yang berteraskan
kepada Islam sebagai cara hidup dalam segenap aspek. Ringkasnya, Islam bukanlah teori
kehidupan semata-mata, akan tetapi setiap individu masyarakat perlulah mengaplikasikannya
seharian bagi menghasilkan sistem hidup yang aman selari dengan kehendak Allah SWT.
Hasil daripada penghayatan tersebut, pembinaan organisasi bagi ummat Islam tidak hanya
tertumpu kepada ciri atau aspek luaran seperti perkauman, negeri, warna kulit, bahasa, daerah
dan sempadan semata, akan tetapi akan melahirkan masyarakat Islam yang terbuka untuk semua
bangsa, semua golongan, warna kulit, bahasa dan lain-lain perbezaan antara satu wilayah dengan
wilayah lain. Kesemua perbezaan ini tidak menjadi penghalang ke arah membina masyarakat

5


Islam yang unggul seterusnya membawa kepada pembinaan tamadun Islam yang gah
sebagaimana wujudnya tamadun Islam semasa zaman Rasulullah dan para sahabat.
Jelasnya masyarakat Islam ialah mereka yang berkumpul berdasarkan hubungan persamaan,
hubungan kasih sayang, persaudaraan dengan melihat jauh ke hadapan, iaitu untuk mencapai satu
matlamat sahaja. Masyarakat Islam memberi apa sahaja yang dapat diberikan tanpa
menghilangkan ciri-ciri kebangsaan masing-masing. Mereka ini memberi sumbangan tenaga dan
pengalaman peribadi untuk membina masyarakat yang satu berdasarkan persamaan hak,
disatupadukan dengan tali Allah yang menonjolkan kemanusiaan mereka (Syed Qutb, 1984).
Masyarakat Islam tertegak atas landasan aqidah yang satu iaitu berbalik kepada Pencipta
Sekalian Alam, Allah SWT. Masyarakat Islam umumnya sentiasa bergerak bersama dalam
segenap aspek kehidupan sama ada politik, ekonomi, perundangan, pendidikan dan lain-lain.
Kesemua aspek kehidupan ini dilalui atas dasar persaudaraan sesama Islam.

MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF BARAT

6

Masyarakat menurut perspektif barat berbeza berbanding masyarakat yang digariskan dalam
Islam. Masyarakat Barat tidak terbina atas dasar persaudaraan atau tali kemanusiaan, tidak juga

dibina berdasarkan sesuatu nilai yang tinggi berbentuk aqidah. Ini kerana masyarakat barat
dibahagikan mengikut beberapa perkumpulan berdasarkan perbezaan darjat dan kelas, iaitu kelas
bangsawan dan kelas hamba abdi. Sebagai contoh masyarakat manusia yang masyhur dalam
sejarah ialah masyarakat Empayar Romawi yang mengumpulkan pelbagai jenis manusia
daripada pelbagai bangsa dan warna kulit serta bahasa pertuturan. Seluruh kawasan takluk
empayar tersebut, pembahagian kelas juga wujud berdasarkan kesucian dan keagungan darah
Romawi di satu pihak sementara satu pihak lain ialah kehinaan darah bukan Romawi.
Pembahagian sebeginilah yang tidak dapat menandingi keunggulan dan kejayaan yang dicapai
oleh tamadun Islam.

Selepas Empayar Romawi runtuh, antara masyarakat yang terbina sebagaimana model empayar
tersebut adalah Empayar Inggeris. Pembinaan empayar ini tidak ubah seperti Empayar Romawi
yang bertujuan memeras dan menindas, tertegak atas ketuanan bangsa Inggeris, memeras serta
menindas masyarakat bawah taklukannya. Begitu juga empayar Eropah lain seperti Sepanyol,
Perancis dan Portugis. Kesemua empayar ini melaksanakan sistem cara hidup yang sama taraf
dan nilainya berdasarkan pemerasan, penindasan dan kezaliman.
Sebagaimana Empayar Romawi, masyarakat Komunisme turut mendirikan perkumpulan dan
masyarakat manusia bermodel seumpamanya, akan tetapi melangkau kepada unsur-unsur
kebangsaan dan warna kulit, tanahair dan bangsa yang sedikit berbeza tanpa berteraskan
kemanusiaan berlandaskan pertentangan kelas. Walaubagaimanapun masyarakat ciptaan

Komunisme ini merupakan masyarakat yang setanding dengan masyarakat ciptaan Romawi

7

berdasarkan ciri-ciri yang satu, iaitu berdasarkan taraf kaum bangsawan dan hamba. (Syed Qutb
1984).

Jelasnya masyarakat menurut perspektif Barat adalah kelompok manusia yang dikategorikan
mengikut kelas-kelas tertentu seperti golongan atasan dan bahawan, bahkan turut
mendiskriminasi antara satu sama lain berdasarkan ciri-ciri perkauman seperti warna kulit,
bahasa dan wilayah.

DEFINISI BUDAYA
8

Budaya yang ditafsirkan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian.
Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian antropologi adalah suatu jalinan yang kompleks.
Perlakuan manusia yang dipelajari adalah menjadi asas kepada perkembangan budaya. Definisi
budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjana-sarjana antropologi budaya.
A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah

digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan.
Dalam bahasa Melayu “budaya” itu berasal daripada perkataan “budi”, iaitu kata Sanskrit yang
bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal
fikiran. Dalam perkataan lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian “daya” dan
“budi” yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia.
Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada
kebudayaan. Adakala budaya itu didapati sama maksudnya dengan peradaban, tetapi peradaban
itu adalah sebahagian daripada budaya.
Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat besar dan ada
unsur kecil. Unsur-unsur budaya itu dapat dikelasifikasikan kepada beberapa bahagian yang
penting bagi memudahkan perbincangan akademik. Sebenarnya unsur-unsur itu saling berkaitan
antara satu sama lain. Dan selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri. Antara unsurunsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya universal yang dapat
dibahagikan kepada budaya peralatan bagi keperluan hidup manusia, sistem ekonomi, sistem
sosial, bahasa, kesenian dan mainan, ilmu pengetahuan dan agama serta magis. Dalam unsurunsur budaya besar itu terdapat pula bahagian-bahagian yang lebih kecil. Dalam berbagai-bagai
unsur budaya itu terdapat pula aktiviti-aktivitinya yang tersendiri yang dapat dikatakan aktiviti

9

budaya . Segala aktiviti budaya itu terbahagi pula kepada jalinan-jalinan yang lebih kecil yang
kita namakan “trait complexes” dan kemudian boleh dipecah-pecahkan kepada bahagianbahagian yang lebih kecil. Daripada traits ini terdapat pula pecahan yang lebih kecil yang

dinamakan unsur atau “items”.
Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan masyarakat. Perlakuan
manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam,
kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai
proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya. Sesuatu sistem itu
merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan.
Dalam penyelidikan antropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi memahami
perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu harus
mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu.

10

BUDAYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Budaya dalam bahasa Arab ialah al-Thaqafah yang merujuk kepada perspektif yang bukan
berbentuk material seperti idea, pemikiran, adab, tingkah laku dan sebagainya. Manakala bagi
sesuatu yang merujuk kepada bentuk material di istilahkan sebagai al-Hadarah, iaitu tamadun. Ia
termasuk teknologi, peralatan dan sebagainya yang berhubung kait dengan hasil berbentuk
material. Budaya menurut perspektif Islam berdasarkan pandangan Malik Bennabi ialah
himpunan sifat-sifat akhlak dan nilai-nilai sosial yang mengesani individu sejak kelahirannya
dan secara tidak disedari menjadi tali yang mengikat tingkah laku individu dengan sistem hidup
masyarakat di mana ia tinggal.

Selain itu sarjana Islam menggunakan peranan akal yang bersumberkan wahyu sama ada alQuran mahupun al-Sunnah sebagai rujukan. Dalam usaha menghasilkan sesuatu budaya yang
sesuai dengan agama, masyarakat Islam mencipta budaya hasil daripada interaksi antara alam
ciptaan Khaliq, iaitu Pencipta yang berpaksikan keluhuran akal fikiran, serta bersumberkan
wahyu bagi memenuhi keperluan harian. Proses ini melibatkan kebijaksanaan dan rasional akal
dalam mengambil kira unsur alam fizikal mahu pun alam ghaib. Interaksi inilah yang
menghasilkan elemen-elemen yang membentuk kebudayaan seperti kesenian, ilmu pengetahuan,
sistem ekonomi, undang-undang, politik dan sebagainya.

Sarjana Islam melihat budaya dengan merujuk kepada agama Islam yang berasaskan wahyu
daripada Pencipta dan bukannya ciptaan manusia hasil daripada pengalaman yang dilalui.
Bahkan budaya dan Islam tidak dapat dipisahkan sebagai bidang keagamaan dan duniawi. Islam
menitikberatkan beberapa nilai utama sebagai cara hidup bagi masyarakat Islam. Antara nilai
11

utama tersebut ialah tauhid. Tauhid merupakan sumber inspirasi penting bagi menggerakkan
tenaga masyarakat Islam secara bersepadu. Kebudayaan yang berpaksikan tauhid sebagai sistem
yang memandu mampu menjadikan sesebuah masyarakat mempunyai nilai dan kebudayaan yang
tinggi.

Selain itu, akhlak juga merupakan elemen penting dalam pembinaan sesuatu kebudayaan, apatah
lagi bagi masyarakat Islam khususnya. Ini kerana Islam amat mementingkan keharmonian dan
kehormatan sejagat sesama manusia. Nilai-nilai akhlak yang baik dan sempurna perlu sentiasa
dipraktikkan secara berterusan sebagai asas kepada kesempurnaan masyarakat Islam.

Kebudayaan Islam boleh juga diambilkira berdasarkan nilai ʻuruf masyarakat setempat. Terdapat
peribahasa Melayu yang berbunyi agama dijunjung, adat dikendong, di mana menunjukkan
bahawa sesuatu budaya boleh tertakluk kepada cara hidup masyarakat setempat. Namun begitu,
nilai ʻuruf ini tidaklah mampu mengatasi nilai agama. Ini bermakna, sekiranya berlaku
pertembungan antara cara hidup masyarakat setempat dengan nilai-nilai agama, maka nilai
agama Islam akan dipegang dan nilai ʻuruf terpaksa ditinggalkan.

12

BUDAYA MENURUT PERSPEKTIF BARAT

Sarjana Barat Alfred Louis Kroeber dan Clyde Kluckhonh melakukan analisa terhadap konsep
budaya dalam karangan Culture; a Critical Review of Concept and Definitions. Berdasarkan
kajian yang dilakukan, terdapat 164 definisi budaya yang berbeza-beza dikumpul. Kedua-dua
sarjana ini merumuskan kebudayaan sebagai pola perlakuan yang dipelajari dan disampaikan
melalui simbol dan artifak, iaitu bahasa dan kesenian untuk menyampaikan tujuan, idea tradisi
serta nilai sesebuah masyarakat. Kebudayaan juga diinterpretasikan sebagai sifat-sifat tertentu
sesuatu kelompok manusia, bahkan kedua-dua sarjana ini turut merumuskan kebudayaan kepada
beberapa kategori besar mengikut disiplin masing-masing, iaitu:
i.

Ahli sosiologi mendefinisikan kebudayaan sebagai keseluruhan kegiatan adat, kesenian,
ilmu dan lain-lain yang dimiliki oleh manusia sebagai subjek masyarakat.

ii.

Ahli falsafah mendefinisikan kebudayaan sebagai pembinaan nilai dan realisasi cita-cita.

iii.

Ahli sejarah mendefinisikan kebudayaan sebagai warisan sosial atau tradisi.

iv.

Ahli etnologi melihat kebudayaan atas hasil artifak kesenian.

Justeru kebudayaan Barat dilihat sebagai budaya yang kabur berasaskan syirik serta berlawanan
dengan tauhid. Kebudayaan Barat umumnya berlandaskan tiga ciri utama, iaitu falsafah dan
bukannya agama, falsafah tersebut pula tidak mementingkan aspek nilai serta kebenaran hakikat
dan berdasarkan pandangan hidup tragik yang menerima pengalaman sebagai satu kepercayaan
mutlak yang mempengaruhi peranan manusia dalam dunia.

13

HUBUNGAN MASYARAKAT DAN BUDAYA
Sesebuah masyarakat fitrahnya mempunyai cara hidup atau budaya sendiri. Pandangan ini
disokong Shamsul Amri (2012) yang menyatakan bahawa budaya sesebuah masyarakat terbentuk
daripada hubungan rapat sesama anggotanya sejak masyarakat itu wujud. Contoh yang
diketengahkan beliau ialah masyarakat Melayu kampung kawasan luar bandar Malaysia wujud
berpuluh abad lamanya, iaitu sejak sebelum kedatangan kebudayaan asing sama ada dari China,
India, Tanah Arab atau Eropah. Manakala masyarakat luar bandar paling baru dibentuk pada
tahun 1956 melalui perkampungan Federal Land Develompent Authority (FELDA) atau
Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan.
Shamsul Amri (2012) menyatakan dalam penulisannya bahawa sarjana sains sosial dan
kemanusiaan menegaskan bahawa kebudayaan tidak wujud tanpa masyarakat. Kenyataan ini
berasaskan fakta sejagat bahawa manusia sebagai anggota masyarakat bertanggungjawab
mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya, dan menyampaikan daripada satu
generasi kepada generasi seterusnya. Pastinya proses penyampaian ini melibatkan dua generasi,
iaitu generasi yang menurunkan budaya dan generasi yang menerima budaya.
Berdasarkan fitrah kemasyarakatan tersebut, generasi yang menyampaikan budaya bagi sesebuah
masyarakat akan mengubahsuai sesuatu budaya mengikut keadaan persekitaran sosial dan fizikal
semasa mereka. Begitu juga dengan generasi seterusnya sehinggalah budaya ini secara terus
menerus diperturun, diubah suai dan dilestarikan sepanjang zaman seterusnya menjadi asas
pembinaan sesebuah tamadun besar seperti peradaban di Mesir, negara China, India dan wilayah-

14

wilayah lain. Melalui kenyataan tersebut, dapat disimpulkan bahawa sesebuah masyarakat tidak
dapat tidak, pasti mempunyai budaya atau cara hidup tersendiri.
Jelaslah kaitan rapat antara masyarakat dan budaya, di mana masyarakat sememangnya yang
mencipta sesebuah budaya sebagai cara hidup bagi menjamin kesepaduan dan kerjasama antara
sesama anggota. Kesepaduan yang wujud melalui jaringan erat dalam kalangan anggota secara
bersemuka melahirkan pola hubungan sosial yang berulang sifatnya bagi sesebuah masyarakat,
seperti aktiviti gotong-royong, meraikan rumah terbuka secara bersama, menyambut kedatangan
pemimpin yang berkunjung, menghadiri majlis perkahwinan, membantu antara satu sama lain
sekiranya ditimpa musibah, menziarahi jiran yang sakit atau meninggal dunia, dan sebagainya.
Kesepaduan inilah yang lahir daripada kekerapan aktiviti dalam pergaulan sesama masyarakat
sehingga membawa kepada wujudnya sebuah unit sosial (Shamsul, 2012). Kesepaduan sesebuah
masyarakat lazimnya membawa kepada kebersamaan cara hidup mengikut keadaan persekitaran.

15

KESEPADUAN SOSIAL MELALUI SOSIALISASI, DIFUSI, ASIMILASI DAN
AKULTURASI
Dalam proses ini kita perlu memahami sosialisasi, enkulturasi, evolusi, inovasi, difusi, assimilasi
dan akulturasi. Dalam penyelidikan sosio-budaya persoalan ini hendaklah dilihat dalam konteks
perubahannya.
Proses sosialisasi
Proses penyesuaian individu dalam budayanya untuk mempelajari,tentang perkara baik secara
formal mahupun tidak formal bagi memahami masyarakat sekitarnya. Seorang itu mengalami
proses sosialis sejak lahir sehingga seorang itu meninggal dunia. Seorang itu mempelajari nilai
dan peraturan-peraturan hidup dalam masyarakatnya. Proses pembudayaan yang disebut
enkulturasi, ialah penyesuaian dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Konflik sosial selalu
terdapat dalam proses sosialisasi itu, sehingga adakalanya melahirkan individu yang
menyeleweng. Aspek penyelewengan dalam budaya ini adalah suatu fenomena yang terdapat
dalam semua budaya.
Difusi
Difusi bermakna proses penyebaran unsur-unsur budaya daripada seorang individu kepada
seorang individu lain, atau dari satu masyarakat kepada satu masyarakat lain. Proses penyebaran
unsur-unsur budaya dalam masyarkat yang sama disebut difusi dalam masyarakat yang sama
(intra-society diffusion) dan proses difusi antara masyarakat itu ialah “inter-society diffusion”.
Intra-society diffusion selalunya merupakan penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya baru
yang ditemui dari proses inovasi dan penciptaan. Dalam antropologi proses difusi budaya itu
16

dimaksudkan penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya daripada satu masyarakat kepada
satu masyarakat lain.
Proses ini berlaku mungkin secara dibawa oleh orang-orang yang berpindah, iaitu proses migrasi,
terutama dalam zaman pra-sejarah yang sentiasa berlaku migrasi kelompok-kelompok tertentu.
Difusi budaya boleh berlaku kerana kedatangan individu-individu dari luar, seperti pengembara,
pedagang, pelaut dan sebagainya. Misalnya, dalam perkembangan unsur-unsur budaya Hindu ke
kawasan ini. Difusi juga boleh berlaku dengan pertembungan kelompok penduduk tempatan
dengan kelompok jiran dengan berbagai-bagai cara pertemuan. Cara pertama ialah hubungan
dalam bentuk daripada masing-masing budaya itu hampir tidak berubah yang disebut sebagai
symbiotic.Kini proses difusi tersangat cepat berlaku kerana terdapat berbagai-bagai kemudahan
sistem komunikasi yang tersebar luas, seperti radio, tv dan filem.
Asimilasi
Proses ini berlaku dalam kelompok-kelompok yang budaya berbeza, mereka saling bergaul
antara satu sama lain, dalam masa yang lama sehingga budaya-budaya dari kelompok-kelompok
itu berubah saling menyesuaikan menjadi satu. Dalam komuniti Cina dan Siam di Kelantan
mengalami proses asimilasi dengan budaya orang Melayu. Proses ini berlaku apabila terdapat
pergaulan secara intensif dan luas dalam jangka masa yang lama. Kelompok-kelompok itu mesti
mempunyai sikap tolenrasi dan simpati antara satu sama lain. Antara penghalang dalam proses
ini ialah bila terdapat perasaan superioriti pada individu dalam budaya tertentu terhadap budaya
yang dihadapinya, dan sifat takut kepada kekuatan budaya lain.

17

Akulturasi
Proses akulturasi berlaku bila budaya tempatan bertembung dengan budaya asing, dan kemudian
berlaku proses penerimaan budaya asing sesuai dengan kehendak-kehendak tempatan sehingga
tidak menghilangkan identiti budaya sendiri. Proses ini berlaku kepada budaya Melayu sejak
dahulu kala, melampaui batas-batas tempatan. Proses ini berlaku oleh kerana adanya migrasi,
pertembungan secara individu dengan budaya asing. Penerimaan unsur-unsur budaya asing itu
tidak pula bertentangan dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Proses ini amat pesat
berlaku apabila berlaku campur tangan kolonial Barat di negara-negara yang mundur. Bersama
dengan penyebaran agama-agama besar di dunia ini juga bermakna penyebaran budaya melalui
proses akulturasi ini berlaku secara leluasa. Pertembungan budaya-budaya Afrika, Asia, Oceania,
Amerika Utara dengan Ero-Amerika menjadikan proses akulturasi itu pesat sekali berlaku dalam
abad ke-20.
Dalam pengajian anthropologi budaya, tumpuan kepada penyelidikan proses akulturasi ini
semakin diminati dan berkembang luas. Berbagai-bagai method dan pendekatan penyelidikan
tentang ini telah dilakukan oleh sarjana-sarjana. Dalam penyelidikan ini memerlukan
pengetahuan yang luas kerana ia melibatkan usaha perbandingan antara satu budaya dengan satu
budaya lain.
Unsur-unsur budaya asing yang mudah diterima ialah yang bercorak atau bersifat konkrit, seperti
budaya kebendaan (material culture), dan unsur-unsur budaya yang mempunyai fungsi atau
kegunaannya yang tinggi kepada budaya yang menerima. Sesuatu unsur budaya yang diterima
itu adalah yang mudah disesuaikan dengan keadaan masyarakat yang menerima. Unsur-unsur
yang tidak sesuai dan dianggap sukar adalah lambat diterima.
18

Unsur-unsur budaya yang sukar diganti ialah unsur-unsur budaya yang sudah meluas dalam
masyarakat dan diamalkan secara turun temurun, seperti sistem kekerabatan. Kedua, unsur-unsur
budaya yang dialami dalam proses sosialisasi pada peringkat awal juga sukar digantikan, seperti
makanan. Makanan itu adalah sukar diubah. Ketiga, unsur yang melibatkan agama dan
kepercayaan juga adalah sukar diganti dan diubah. Begitu juga ritual yang berkaitan dengan hal
ini.
Individu yang dikatakan “moden”, “maju” dan “progresif” lebih mudah menerima unsur-unsur
budaya asing berbanding dengan individu “kolot” atau “kampungan”. Pendidikan juga menjadi
ukuran dalam menentukan mudah atau tidak seorang individu itu menerima unsur-unsur budaya
asing. Faktor lain ialah umur, iaitu antara golongan tua dan golongan muda. Golongan muda itu
mudah menerima unsur-unsur budaya asing berbanding dengan golongan tua yang lebih kuat
pegangan kepada tradisi.

19

PROSES PERUBAHAN MASYARAKAT DAN BUDAYA
Perubahan berlaku kerana budaya itu dinamik, iaitu berlaku perubahan dari masa ke semasa.
Perubahan itu adakalanya terjadi dalam jangka masa yang lama dan adakalanya berbentuk
reformasi atau revolusi.
Evolusi budaya ialah suatu proses perubahan masyarakat dan budaya yang mengambil masa
yang lama. Perubahan yang berlaku itu lebih bersendirian, iaitu tidak ada tekanan dari luar.
Konsep perubahan budaya pula merupakan perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang
lebih pendek dan mungkin hasil dari pertembungan dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari
luar. Perubahan budaya itu terjadi secara asimilasi dan alkuturasi.
Inovasi ialah proses perubahan budaya yang besar tetapi terjadi dalam jangka masa yang tidak
begitu lama. Penemuan baru disebarkan kepada masyarakat, dan budaya itu diterima serta
dipelajari dan akhirnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat.

Konflik dan ketegangan
Peringkat perubahan selalu dikatakan tahap krisis, iaitu transisi antara golongan yang kuat ikatan
kepada tradisi dengan golongan muda yang inginkan perubahan. Konflik sosial muncul dan
perdebatan atau ketegangan sosial ini kerap berlaku dalam masyarakat. Golongan-golongan itu
menentukan dasar dan prinsip masing-masing. Antaranya golongan tua dengan golongan muda,
golongan berpelajaran dengan golongan kurang pelajaran, nasionalisme dengan liberalisme,
golongan maju, moden dengan golongan kolot, golongan urban dengan golongan kampung.

20

Konflik dan ketegangan sosial ini jelas sekali apabila berlaku tekanan budaya dengan pesatnya
penerimaan unsur-unsur budaya asing. Dengan ini juga menyebabkan timbul golongan-golongan
penentang. Golongan yang selalu terlibat ialah pertubuhan keagamaan yang berusaha
mempertahankan tradisi. Adakala golongan agama ini melarikan diri daripada masyarakat yang
dianggap menghadapi kacau bilau. Inilah yang menimbulkan gerakan-gerakan cults, messianic
movements, nativistic movements dan sebagainya. Gerakan-gerakan ini berusaha
mempertahankan indentiti sendiri.
Ethnologi
Bidang ethnologi menjadi persoalan etnografi yang memberikan huraian tentang sesuatu budaya
dalam konteks masyarakatnya. Pendekatan dalam bidang ini ialah melihat kepada segala aspek
yang menjadi unsur budaya universal. Ini termasuklah unsur-unsur:
1. Budaya kebendaan (Material Culture) dan teknologi.
2. Sistem ekonomi.
3. Sistem social.
4. Bahasa
5. Kesenian
6. Sistem pengetahuan
7. Sistem kepercayaan.

21

Dari abad ke-19 lagi penulisan ethnografi menumpukan perhatian serius kepada persoalan
teknologi. Pemerhatian pada masa itu lebih merupakan secara luaran sahaja. Dalam bidang ini
termasuk berbagai-bagai bahagian teknologi, seperti pakaian, rumah, alat senjata dan sebagainya.
Teknologi dalam masyarakat sederhana dapat dilakukan secara terperinci, tetapi dalam
masyarakat kompleks teknologi itu tersangat kompleks. Perbincangannya lebih merupakan satu
deskripsi secara luaran sahaja, tidak melibatkan tentang fungsi sosialnya. Deskripsi secara
terperinci itu penting dilakukan sebagai asas dalam membuat perbandingan tentang penyebaran
hasil budaya itu dari satu budaya kepada satu budaya lain. Kemudian dalam tahun-tahun 20-an
dan 30-an penulisan tentang teknologi seperti dulu semakin berkurang dalam hasil-hasil
ethnografi. Sistem teknologi atau budaya benda itu sendiri adalah luas sekali bidangnya. Oleh itu
para pengkaji membahagikan kepada kategori-kategori tertentu yang lebih kecil, seperti alat-alat
pengeluaran, senjata, makanan, pakaian, perhiasan, rumah, dan sebagainya.
Sistem ekonomi
Eknomi sara diri termasuk teknik dan alat-alat yang terdapat dalam masyarakat peringkat ini,
terutama dalam masyarakat primitif. Sebenarnya usaha menghubungkan sistem ekonomi secara
sederhana itu telah lama dilakukan, malah dapat dikesan sejak abad ke-4 lagi.
Dalam sistem ini juga para pengkaji menghubungkan dengan teori evolusi dalam pertumbuhan
usaha cari makan dari satu peringkat kepada satu peringkat perkembangan manusia yang lebih
tinggi. Cara hidup pertanian meletakkan pertanian secara usaha paling atas.Terdapat banyak
kritikan tentang evolusi dalam mata pencarian ini, iaitu tingkat-tingkat ekonomi. Sistem ekonomi
juga tidak terlepas dari sistem-sistem lain dalam masyarakat.

22

Sistem sosial
Pada peringkat permulaan, usaha pengkaji menggunakan teori evolusi dalam menerangkan
perubahan sistem sosial. Antara yang terkenal ialah Morgan, L.H. yang mengkaji sistem kinship
dalam berbagai-bagai budaya dan menerangkan proses evolusi dalam sistem ini. Beliau tertarik
dengan terminologi yang digunakan dalam sistem ini antara berbagai-bagai budaya yang menjadi
tumpuannya.

23

KESIMPULAN

Kesimpulannya, budaya atau kebudayaan sesuatu masyarakat adalah penting sebagai identiti atau
alat yang menjadi titik tolak pengenalan sesuatu kaum, negara, mahupun sesuatu bangsa. Namun
begitu, dalam melahirkan sesuatu budaya baru, masyarakat Islam khususnya perlulah mengambil
kira pelbagai aspek sebagaimana yang dibincangkan bagi mengekalkan keharmonian dan
keamanan setempat di samping menyatu padukan antara sesama masyarakat. Masyarakat Islam
perlulah peka terhadap perkembangan semasa yang sentiasa memerlukan kepada perubahan.
Justeru itu, peranan dalam mengekalkan budaya yang selari dengan kehendak agama Islam
bukan sahaja terletak pada generasi tertentu, akan tetapi menjadi tanggungjawab bagi setiap
anggota dalam sesebuah masyarakat.

24

RUJUKAN

Sumber dari buku :


Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Syed Qutb. (1984). Petunjuk Sepanjang Jalan. Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd.



Dr. Mushthafa As-Siba’I, ( 1987 ). Kebangkitan kebudayaan Islam : Penerbitan Media
Da’wah



Prof.A.Hasjmy, (1975). Sejarah Kebudayaa Islam: Penerbitan NV Bulan Bintang, Jakarta



Mohd. Yusoff Hj. Othman (2009). Sains, Masyarakat dan agama : Perpustakaan Negara
Malaysia



Prof. Dr. Ahmad Shalaby (1970). Sejarah dan Kebudayaan Islam : Pustaka Nasional Pte
Ltd Singapura.



Shamsul Amri Baharuddin (2012) Modul hubungan etnik : Perpustakaan Negara
Malaysia

Sumber dari internet :


https://prezi.com/npkibzyvdipx/konsep-masyarakat-majmuk-menurut-islam/

25



https://prezi.com/ils3qnmtmv9q/untitled-prezi/



https://janganmales.wordpress.com/2013/05/09masyarakat-dalam-pandangan-islam/

26