GAGASAN ISLAMISASI ILMU DI MALAYSIA DAN

1

GAGASAN ISLAMISASI ILMU DI MALAYSIA DAN INDONESIA: ANALISA
TERHADAP IMPAKNYA.
Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim,
Prof. Madya Dr. Ruzman Md Noor,
Prof. Madya Dr. Mohd Kamil Abdul Majid &
Nor Adina Abdul Kadir
Abstrak
Untuk konteks zaman moden ini, gagasan Islamisasi ilmu dapat
dikatakan sebagai pemankin utama yang membuahkan pelbagai usaha
reformasi sistem pendidikan tinggi Islam di kalangan masyarakat
Islam. Sebagai masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran Islam,
umat Islam di Malaysia dan Indonesianesia memang terlibat secara di
dalam memperkembangkan gagasan Islamisasi ilmu ini. Berasaskan
kepada latar belakang ini, kertas kerja ini akan memberikan tumpuan
utama kepada wacana dan impak gagasan Islamisasi ilmu di Malaysia
dan Indonesia. Ianya dirangka khusus bakal mengandungi beberapa
bahagian yang utama; pertama, pengenalan kepada kajian yang
menyentuh isu jalinan intelektual-ukhuwah Islam antara Malaysia dan
Indonesianesia. Kedua, penjelasan tentang intipati asas gagasan

Islamisasi ilmu. Ketiga, impak gagasan Islamisasi ilmu di Malaysia
dan Indonesianesia. Impak ini akan dilihat kepada penubuhan NGO
tertentu, penerapan gagasan Islamisasi ilmu dalam institusi pendidikan
tinggi Islam dan penerusan idealism Islamisasi ilmu lanjutan.
Akhirnya, dalam bahagian keempat, kertas kerja ini akan disertakan
dengan kesimpulan yang merumus dan mencadangkan beberapa
saranan yang khusus.
Pengenalan
Secara mendasarnya, kita patut berpegang pada suatu pandangan yang mengatakan:
"jatuh dan bangunnya sesuatu tamadun manusia bergantung sepenuhnya dengan
kecanggihan teori ataupun pemikiran yang dihasilkan oleh seseorang pemikir
agung." Hasil pemikiran ini bukannya bersifat retorik kosong tetapi boleh
mencetuskan penerokaan dan tindakan dalam bentuk action-oriented (blueprint
lengkap) yang boleh dimanafaatkan oleh kalangan masyarakat.1 Contoh yang cukup
relevan adalah apa yang disumbangkan oleh Ibn Khaldun dan Ibn Rushd. Ibn khaldun
memang telah meninggalkan impak yang cukup besar kepada program pembangunan
masyarakat, seperti mana terkandung di dalam disiplin sosiologi. Ketokohannya ini
telah diakui oleh sebahagian besar daripada kalangan sarjana moden, termasuklah
sarjana barat sendiri. Ianya sering dikaitkan sebagai pengasas utama kepada ilmu
1


Rahimin Affandi Abd Rahim (2005), “Pemikiran Reformasi Melayu Semasa: Satu Analisis”,
Dalam Hashim Musa (Ed.), Bahasa Dan Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur: APMUM, h. 332265.

2

sosiologi yang mengkaji struktur sosial di dalam sesuatu masyarakat. 2 Bahkan, dalam
banyak hal ketokohannya telah disamakan dengan Ibn Rushd, yang membawa
paradigma pemikiran saintifik untuk ilmu S&T moden- yang mempengaruhi
perkembangan Renaisance (kesedaran baru berasaskan pembangunan ilmu saintifik)
di dalam masyarakat Barat.3 Berasaskan kepada aksiom ini, artikel ini akan cuba
menganalisis impak gagasan Islamisasi ilmu kepada masyarakat Islam di Malaysia
dan Indonesia. Lokasi rantau Alam Melayu ini dipilih memang mempunyai rasionaliti
yang khusus.
Intipati Asas Islamisasi Ilmu
Gagasan Islamisasi ilmu ini antara lainnya mempunyai beberapa intipati utama;
Pertama, ilmu yang dipakai dalam konteks dunia semasa yang rata-ratanya dipegang
oleh masyarakat dunia adalah hasil pemakaian world-view dan sistem epistemologi
sekularisme barat memang bertentangan dengan prinsip Islam yang wajib ditentang
oleh umat Islam. Kedua, ilmu barat dalam semua disiplin penuh dengan keburukan

yang mmberi kesan yang merosakkan sistem ekologi dan merosak jiwa manusia. Ia
akan membawa lebih banyak masalah kepada umat manusia. World-view Sekularisme
barat menolak agama sebagai neraca ilmu dan kebenaran di dalam kehidupan
manusia, sebaliknya agama dikatakan sebagai punca penderitaan umat manusia.4
Sebagai gantinya, manusia moden yang inginkan kemajuan perlu bergantung
sepenuhnya kepada akal manusia semata-mata.
Dalam konteks penguasaan ilmu pengetahuan, pergantungan kepada akal
manusia ini telah ditumpukan kepada dua aspek yang utama, (i) memahami hakikat,
kebenaran dan matlamat hidup manusia dan (ii) mempergunakan akal tanpa
bimbingan wahyu untuk tujuan pengurusan dan pembangunan hidup manusia. Dalam
aspek yang (i), perbincangan tentang elemen epistemologi (isu sumber, status dan
neraca penilaian sesuatu ilmu) ini telah melahirkan dua aliran, rationalisme; akal
sebagai sumber utama ilmu dan aliran empericisme; pengalaman sebagai sumber ilmu
dan kebenaran. Kedua-dua aliran ini pada dasarnya menolak semua elemen ketuhanan
dalam kehidupan manusia. Begitu juga dalam aspek ke (ii), proses pengurusan dan
pembangunan hidup manusia lebih bertumpu kepada matlamat memberikan kepuasan
kebendaan dan nafsu manusia.
Asas world-view sekularisme ini kemudiannya melahirkan falsafah
humanisme5– menumpukan semua urusan pembangunan kehidupan dunia ini tanpa
pertimbangan Ahkirat semata-mata untuk kepuasan diri dan nafsu manusia. Falsafah

ini kemudiannya telah melahirkan sejumlah besar paradigma disiplin keilmuan bagi
tujuan pengurusan dan pembangunan tamadun materialistik. Ianya terdiri; Pertama,
2

Maklumat lanjut boleh didapati dalam Saleh Faghizadeh (2004), Sosiologi Sosiologi, Terjemahan
Mohd Fauzi Yaacob, Kuala Lumpur : ITNMB.
3
Muhammad Iqbal (2004), Ibn Rusyd Dan Averroisme : Sebuah Pemberontakan Terhadap
Agama, Jakarta : Gaya Media Pratama; Hassan Ahmad (2006), Memperkasa Bangsa Melalui
Kekuatan Dalaman: Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal, Kuala Lumpur : Alaf 21, H. 250-258.
4
Idris Zakaria (1999), “ Intelek Eropah Dan Penentangan Terhadap Agama “, Dalam AlMaw’izah, Bil. 7, h. 15-21
5
Mohd Kamal Hassan (1996), Toward Actualizing Islamic Ethical And Educational Principles In
Malaysia, Kuala Lumpur : ABIM.

3

paradigma Logikal emperikal positivisme – bagi setiap kajian keilmuan dan dianggap
sebagai satu-satunya cara untuk mendapatkan ilmu yang paling tepat dan betul, yang

kononnya dibuat melalui kaedah yang cukup sistematik, teliti dan objektif. 6 Manakala
pengkajian yang berpandukan sumber wahyu akan dianggap sebagai tidak saintifik
dan tidak boleh dibuktikan secara emperikal (semua perkara yang boleh ditangani
secara lahiriah dengan pancaindera).7 Pendekatan ini pada dasarnya berpunca dari
sikap mereka yang menolak agama dan perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dilihat
dan ditangani dengan pancaindera.8
Kedua, pemakaian paradigma Materialistik-Mekanisme perlu dipakai
sepenuhnya dalam proses membangunkan aspek fizikal yang membabitkan alam
sekitar di dalam sesuatu masyarakat. Paradigma ini menganggap alam sebagai sumber
utama yang berupa material- mekanis semata-mata dan tidak mempunyai nilai
spiritual (nyawa) yang perlu bergantung kepada kuasa ketuhanan. Pandangan ini telah
melahirkan sifat sekularis dan individualistic yang lebih menjurus kepada
mementingkan kebajikan manusia berbanding dengan kebajikan alam. Hasilnya,
berasaskan kepada paradigma ini, dua penekanan telah diberikan; (i) Alam dan segala
isinya dianggap sebagai sumber utama yang bakal menambahkan kekayaan manusia
sekularis- yang perlu diperah hasilnya semaksimum mungkin dan (ii) Alam perlu
diteroka dan dikaji mengikut kerangka pemahaman saintifik -materalism-sekularisme
agar segala hukumnya yang bersifat praktikal boleh dikaji demi untuk kepentingan
manusia moden.
Intipati ketiga gagasan Islamisasi ilmu menetapkan bahawa sebelum ilmu barat

dapat diterima ianya perlu ditapis dan disaring menggunakan sistem epistemologi
Islam yang agak ketat. Mengikut Syed Naquibb al-Attas proses tapisan ini perlu
mengambilkira world-view, ontologi, epistemologi dan aksiologi yang terkandung
dalam ilmu Barat.
Impak Wacana Islamisasi Ilmu Di Malaysia Dan Indonesia.
Impak gagasan Islamisasi ilmu ini dapat dinilai dari segi penerimaan kalangan ilmuan
serta ianya dapat menjana pertumbuhan kesedaran dan kegiatan ilmu Islam yang lebih
meluas. Mengikut pengamatan semasa, kita dapat mengesan beberapa yang
membabitkan gagasan Islamisasi ilmu ini di Malaysia dan Indonesia, kesemuanya
secara jelas memperlihatkan bahawa gagasan ini bukan setakat menjadi bahan wacana
semata-mata, bahkan turut dilaksanakan intipatinya dalam kehidupan.
1. Persetujuan Terhadap Keburukan Proses Sekularisasi Yang Dibawa Oleh
Penjajahan Kuasa Barat
Kesemua sarjana Islam di kedua kawasan bersetuju bahawa proses penjajahan kuasa
barat (British dan Belanda) telah menyebabkan berlakunya proses sekularisasi dalam
6

Mohd Natsir Mahmud (1997), Orientalisme : Al-Quran Di Mata Barat ( Sebuah Studi
Evaluatif), Semarang, h. 10-12
7

Abdul Rahman Abdullah (2000), Wacana Falsafah Sejarah : Perspektif Barat Dan Timur, Kuala
Lumpur, h. 71-72.
8
Louay Safi (1998), Asas-Asas Ilmu Pengetahuan : Satu Kajian Perbandingan Kaedah-Kaedah
Penyelidikan Islam Dan Barat, Terj. Nur Hadi Ihsan, Kuala Lumpur, h. 190-199

4

semua aspek kehidupan masyarakat Islam, terpenting lagi fahaman ini telah meresap
dalam pemikiran masyarakat Islam. Ianya terdiri daripada; pertama; pengosongan
alam tabii dan akal insani daripada unsur ketuhanan – manusia bebas melakukan
sesuatu program pembangunan tanpa mempedulikan kuasa tuhan. Kedua, penafian
terhadap kekuasaan politik yang berdasarkan sumber agama. Ketiga, pengenalan
sistem penilaian nisbi/relatif terhadap agama; manusia bebas tentukan masa depannya
sendiri. Keempat, penurunan taraf ilmu agama, berbanding dengan ilmu bukan
agama–tumpuan lebih diberi kpd ilmu bukan agama yg kononnya boleh membawa
kemajuan.9
Bersamaan dengan hal ini, pelbagai kajian telah dilakukan oleh sarjana kedua
kawasan yang memperlihatkan kelemahan epistemologi barat yang berasaskan kepada
fahaman sekularisme. Pelbagai kajian telah dilakukan memperbetulkan pandangan

negatif yang dinisbahkan kepada ajaran Islam. Beberapa contoh boleh diberikan untuk
menunjukkan kajian yang menggunakan pendekatan ini, pertama, kajian yang
dilakukan oleh Mohd Aziz Mat Tom yang telah menolak tohmahan dan pendapat
William Roff yang memandang rendah sumbangan yang diberikan oleh majalah alImam yang diusahakan oleh Kaum Muda ke arah mewujudkan semangat nasionalisme
yang terawal di Tanah Melayu. Kajian Mohd Aziz Mat Tom ini telah mengubah
persepsi sejarah perjuangan Islam yang dominan di Tanah Melayu yang menegaskan
bahawa golongan anak didik penjajah yang terdiri dari pembesar Melayu merupakan
tokoh ulung yang memainkan peranan membangkitkan semangat nasionalisme di
Tanah Melayu. Sebaliknya, daripada pembentangan fakta dan tafsiran yang
menggunakan serangkaian rekod pihak British, beliau telah berjaya menunjukkan
bagaimana perjuangan awal kaum muda ini yang kemudiannya diikuti dengan
kebangkitan golongan ulamak Melayu telah menimbulkan pelbagai masalah kepada
pihak British, yang menyebabkan pihak British menguatkuasakan pelbagai bentuk
penindasan ke atas ulamak Islam.10
Contoh kedua boleh dirujuk kepada kajian yang dilakukan oleh Muhammad
Redzuan Othman telah menolak dakwaan William Roff yang menyatakan bahawa
perkembangan kemajuan moden di Tanah Melayu merangkumi sistem pendidikan,
celik huruf dan pengenalan sistem penerbitan buku dan majalah telah diperkenalkan
buat pertama kalinya di Tanah Melayu oleh pihak British. Sebaliknya, hasil kajian ini
mendapati perkembangan pemodenan sebenar telahpun kedapatan dengan begitu

meluas akibat dari hubungan intelektual yang wujud di antara rantau Alam Melayu
dengan Mekah, yang merupakan pusat pertemuan dan pendidikan ummah Islam
sedunia.11
Untuk contoh ketiga, kita boleh merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh
Jabal Bueben terhadap pandangan tiga orientalis barat, William Muir, D.S.
Margoliouth dan W.M. Montgomery Watt tentang peribadi dan perjuangan Rasulullah.
9

Mohd Hazim Shah Abdul Murad (2005), “Epistemology Colonial: Satu Analisis Ciri Dan
Kesannya”, DalamMohamad Daud Mohamad (Ed.), Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu,
DBP : Kuala Lumpur, h. 91-92.
10
Lihat Abdul Aziz Mat Tom (2000), Politik al-Imam, Kuala Lumpur: DBP.
11
Muhammad Redzuan Othman (1988), “The Role Of Makka-Educated Malays In The
Development Of Early Scholarship And Education In Malaya”, Dalam Jurnal Of Islamic Studies,
v. 9:2.

5


Kajian ini telah berjaya menjawab tohmahan ketiga-tiga sarjana ini yang menilai
perjuangan Rasulullah dari kaca mata mubaligh Kristian dan faham sekularisme yang
menolak sama sekali faktor wahyu di dalam kerangka tugas kerasulan Rasulullah.12
Memandangkan gagasan Islamisasi ilmu dibuat berasaskan kepada falsafah
tradisionalis, usaha mengangkat sifat kelestarian warisan tradisi Islam bagi keperluan
zaman telah dilakukan. Bagi golongan ini, warisan tradisi Islam silam merupakan
sumber kekuatan dan bukannya liabiliti kepada masyarakat Islam semasa. Atas dasar
ini, tren ini menekankan kajian terperinci perlu dibuat terhadap serangkaian tokoh dan
idealism yang dipegang oleh sarjana Islam silam. Beberapa contoh boleh diberikan;
1) Kajian terhadap karya ulamak Melayu-Islam perlu diperbanyakkan, sebagai
sumber asas untuk mengetahui tentang bagaimana sebagai contohnya bentuk
pengamalan undang-undang Islam di dalam institusi Melayu tradisi yang telah
dilaksanakan dalam konteks zaman silam. Ianya membabitkan karya seperti
Hukum kanun Melaka, batu bersurat di Terengganu dan pelbagai legal degist lain
di Malaysia. Kesemuanya merupakan karya perundangan terpenting yang pernah
dihasilkan oleh masyarakat Melayu Islam13yang kemudiannya telah ditiru oleh
negeri-negeri lain di Tanah Melayu.14 Tanpa maklumat ini, kita mungkin akan
gagal menjawab banyak tohmahan buruk yang dilontarkan oleh sesetengah sarjana
barat15 yang menyatakan bahawa bentuk pengamalan undang-undang Islam di
zaman tradisi ini adalah kucar kacir,16 tidak bertamadun17, bersifat terlalu

autoraksi18 dan tidak pernah dilaksanakan dalam masyarakat Melayu.19
2) Kajian tentang sumbangan ulamak Melayu-Islam perlu dibuat untuk mengetahui
tahap kesarjanaan ulama Melayu di dalam usaha mereka mengajar, menyusun dan
menerapkan ajaran Islam ke dalam masyarakat. Dalam soal ini, rata-rata sarjana
telah bersikap negatif terhadap pencapaian ulama Melayu yang dikatakan sebagai
jumud, 20 tidak menyumbangkan apa-apa sumbangan yang bermakna dalam
keilmuan Islam,21 terlalu terpengaruh dengan pendekatan Taqlid22dan terlalu
mengikut kehendak raja Melayu.23
12

Lihat Jabal Buaben (1996), The Image Of The Prophet Muhammad In The West, Leicester:
Islamic Foundation,
13
Abdul Kadir Muhammad (1996), Sejarah penulisan Hukum Islam di Malaysia, Kuala Lumpur:
DBP, h. 1-14.
14
Ismail Mat (1998), “Pengajian Syariah: Hubungannya dengan adat Arab dan keadaan di
Malaysia “, dalam Dinamisme Pengajian Syariah, Kuala Lumpur: Berita publication, h. 88-89.
15
Usaha untuk menjawab tuduhan buruk ini patut dijadikan tugas utama seseorang sarjana Islam.
Lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim (1980), "“Etika penyelidikan Islam: Satu Analisa" dalam
Jurnal Afkar, bil. 1, h. 190-192.
16
W. Roff (1980), The origins of Malay Nationalism, Kuala Lumpur: Oxford University press, h.
70-72.
17
R.O. Winstedt pernah mengatakan bahawa sistem undang-undang Melayu yang berasaskan
undang-undang Islam adalah zalim dan ketinggalan zaman. Lihat Abu Hassan Sham dan Mariyam
Salim (1995), Sastera Undang-Undang, Kuala Lumpur : DBP, h. xi-xxi.
18
R.O.Winstedt (1969), A History Of Classical Malay Literature, Kuala Lumpur, h. 170-173.
19
Moshe Yegar (1979), Islam And Islamic Institutions In British Malaya, Jerusalem, h. 123-125.
20
M.B. Hooker (1984), Islamic Law In Southeast Asia, Singapore : ISEAS, h. 36.
21
A.H. John (1984), “Islam in the Malay world”, dalam Islam In Asia, Jerusalem, v. 2, h. 138.
22
M.B. Hooker (1983), “The translation of Islam into South-East Asia”, dalam Islam In SouthEast Asia, Leiden, h. 9-11.
23
Patrick Sullivan (1982), Social Relations Of Dependence In A Malay State : Nineteenth Century

6

3) Kajian tentang kemampuan institusi pondok di dalam masyarakat Melayu silam
yang mampu bertindak sebagai benteng terakhir untuk mempertahankan kesucian
ajaran Islam itu sendiri, khususnya berhadapan dengan asakan fahaman
sekularisme British.24 Selain itu, input yang dilahirkan oleh IPT dalam bentuk
graduan boleh menjadi aset terpenting di dalam membawa kemajuan dan
pengembangan budaya kepada masyarakat.25 Atas dasar ini, aset ataupun modal
insan ini perlu sentiasa diperkasakan dengan ilmu pengetahuan yang bakal
memberikan kesan kepada aspek kognitif (elemen pemikiran), afektif (elemen
sikap) dan psikomotor (kemahiran). Maknanya, ketiga elemen ini perlu
dibangunkan potensinya yang kemudiannya perlu digabungkan dengan kemahiran
teknikal dan sosial (insaniah) yang sangat diperlukan oleh masyarakat. 26
Seterusnya, institusi pondok tradisi mampu menerapkan beberapa bentuk
kemahiran insaniah (suatu bentuk kemahiran yang cukup ketara dibincangkan
dalam sistem pendidikan semasa) dengan cukup sempurna kepada graduannya.
Sebagai contohnya, institusi pondok silam telah mampu menerapkan elemen
Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Menyelesaikan Masalah dan
Etika dan Moral Professionalisme kepada lulusannya. Dalam sistem pengajian
pondok, soal ilmu, amal (akhlak) dan disiplin amat dititikberatkan mengatasi soal
lain.27 Untuk jangka masa panjang, ia terbukti mampu melahirkan ulamak dan
individu Melayu yang celek akgama dan mampu menyelesaikan masalah yang
timbul dalam kehidupan peribadi dan bermayarakat mengikut persepktif Islam. 28
Kita dapat menyaksikan bagaimana usaha mulia ini akan mengambil masa yang
panjang dan ianya tidak dianggap sebagai masalah oleh pelajar pondok. Mereka
menyedari tentang kepentigan konsep Rehlah Ilmiah29 (termasuk beberapa ciri
budaya ilmu : sentiasa ingin belajar, bertindak mengikut perkiraan ilmu dan
menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi) Konsep ini menuntut
pelajar sentiasa berusaha keras di dalam menuntut ilmu di pelbagai tempat tempat
yang berbeza, bukan setakat untuk menimba ilmu bahkan pengalaman (seperti
menyaksikan sosiologi masyarakat yang berbeza). Hasilnya, pengamalan konsep
ini akan melahirkan ulamak Islam yang mantap dari segi ilmu, akhlak dan
pengalaman hidup yang kemudiannya mengikut epistemologi Islam bakal
melahirkan hikmah (kebijaksanaan).

Perak, Kuala Lumpur : Oxford University press, h. 76.
24
Rahimin Affandi Abd Rahim (1999) “The Malay-Muslim Legal Educational System During The
Colonial Periode”, Dalam The Journal Of Hamdard Islamicus, Pakistan, v. 22, h. 18-31.
25
Wan Mohd Nor Wan Daud (1998), The Educational Philosophy And Practice Of Syed
Muhammad Naquib Al-Attas; An Exposition Of The Original Concept Of Islamization, Kuala
Lumpur : ISTAC, h. 230
26
Nurcholish Madjid (2003), Islam Agama Kemanusiaan: Membangun Tradisi Dan Visi Baru
Islam Indonesia, Jakarta: Penerbit Paramadina, h. 215-222
27
Shafie Abu Bakar (1994), “Keilmuan Islam Dan Tradisi Pengajian Pondok”, dalam Budi
Kencana, Kuala Lumpur: DBP, h. 101-103
28
Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia, Kuala Lumpur:
DBP, , h. 202-204
29
Azyumardi Azra (1998), Esei-Esei Intelektual Muslim Dan Pendidikan Islam, Jakarta: LOGOS,
h. 89-90

7

Mengikut pandangan Islam, tidak semua perkara tradisi ataupun amalan lama
dianggap sebagai buruk dan out of date.30 Begitu juga halnya dengan penumpuan
matlamat dan komitmen yang kuat untuk berpegang dengan warisan tradisi Islam
yang murni tidak boleh dianggap sebagai tindakan yang taasub dan fanatik. 31 Keduadua perkara ini dalam kerangka barat telah dianggap sebagai buruk dan ketinggalan
zaman, yang menetapkan semua perkara elemen baru, perubahan dan usaha
meninggalkan amalan tradisi dianggap sebagai baik dan moden. Contoh terbaik boleh
dilihat dari dua perkembangan utama, (1) dalam budaya consumerism barat semasa,32
semangat dan personaliti orang muda akan diagung-agungkan, serta semua perkara
yang membabitkan usia tua akan dianggap sebagai buruk yang perlu dijauhkan; 33 (2)
sebarang tindakan yang tidak mempedulikan agama walaupun bertentangan dengan
nilai-nilai kemanusiaan sejati akan dianggap sebagai terbaik, meskipun tindakan ini
kemudiannya telah menyebabkan masyarakat barat dilanda dengan krisis kekeringan
jiwa sebagai akibat usaha penolakan agama.34
Terpenting sekali, walaupun kita perlu meniru elemen positif yang dimiliki oleh
IPT barat, khususnya dalam pembangunan pelbagai bentuk sains gunaan terkinitetapi kita juga perlu mempertahankan warisan tradisi Islam silam yang berdaya maju.
Hal ini penting memandangkan warisan silam ini merupakan asas jati diri
Kemelayuan yang wajib dipertahankan.
2. Penerapan Gagasan Islamisasi Ilmu Dalam Sistem Pendidikan Tinggi
Islam.
Di Malaysia, gagasan Islamisasi ilmu telah dijadikan falsafah dan asas utama
penubuhan UIAM, USIM dan kemudiannya diterap sama oleh beberapa IPT yang
menawarkan disiplin pengajian Islam. Di Indonesia, beberapa UIN juga dilihat
berusaha menerapkan falsafah Islamisasi ini dengan menggunapakai pelbagai teori
pendidikan yang berbeza, walaupun falsafahnya tetap sama; mengakui kelemahan
sistem pendidikan Islam dan keperluan melakukan Islamisasi ilmu. Ia dikesan
membawa Teori Integrasi Ilmu Agama Dan Umum, Teori Peta Laba-Laba, Teori
Jaringan Roda Dan Teori Menara Berkembar. Terpenting sekali, kita mendapati
sarjana Malaysia kurang memberikan penekanan kepada aspek falsafah yang bersifat
abstrak, tetapi lebih suka menerapkan aplikasi Islamisasi ilmu dalam kurikulum di
IPTA. Hal ini berbeza dengan realiti di Indonesia, mereka lebih suka menumpukan
perhatian kepada konsep dan falsafah Islamisasi ilmu, yang sayangnya soal aplikasi
kurang diberikan penekanan.

30

Wan Mohd Nor Wan Daud (2001), Pembangunan Di Malaysia: Ke Arah Suatu Kefahaman
Baru Yang Lebih Sempurna, Kuala Lumpur, h. 12-17.
31
Lihat Mohamad Noor Habibi Long (2005), “Ekstremisme: Satu perspektif”, dalam Jurnal
YADIM, bil. 5, h. 114-118.
32
Abdul Rahman Embong (2002), “Faktor Ideologi Politik Dan Budaya Dalam Penutupan Minda
Melayu Islam”, dalam Persidangan Isu Dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam,
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, pada 29-31 Januari 2002, h. 6-7.
33
Wan Mohd Nor Wan Daud, Pembangunan di Malaysia, h. 8-9.
34
Ali Maksum (2003), Tasawuf Sebagai Pembebasan Manusia Modern: Telaah Signifikansi
Konsep Tradisionalisme Islam Sayyed Hossein Nasr, Surabaya : Pustaka Pelajar, h. 70-87.

8

3. Penerusan Wacana Idealism Islamisasi Ilmu Lanjutan.
3.1 Penentangan Terhadap Pendekatan Ekstrimesim Dalam Pemahaman Agama
Islam.
Sarjana dari kedua kawasan bersepakat bahawa sebarang bentuk perjuangan yang
menggunakan kaedah ekstrimeism perlu ditentang kerana ianya bakala merosakkan
citra Islam itu sendiri. Walaupun apapun nama dan tren perjuangan, mereka sepakat
menolak elemen kekerasan yang melampau, yang boleh diperincikan sebagai;35
1) Extremisme; melampaui batas dan keseimbangan apabila mentafsir dan
melaksanakan sesuatu peraturan ataupun hukum secara ekstrem.
2) Chauvisnisme; taksub apabila menganggap fikiran atau kumpulan sendiri adalah
yang terbaik, manakala fikiran atau kumpulan lain tidak benar dan mesti ditolak.
3) Fanaticisme; tindakan membuta tuli (menghampiri psikosis) dalam mengikuti dan
melaksanakan sesuatu cara, pendapat dan pendekatan sendiri tanpa mempedulikan
bahkan menolak sekeras-kerasnya pendapat orang lain.
Memang terdapat serangkaian aktiviti dan pegangan melampau yang dijalankan
oleh penganut Islam semasa, antaranya;36 Amalan melampau telah bertanggungjawab
menyebabkan perpecahan dan pertumpahan darah sesama umat Islam yang cukup
dashyat sekali. Contohnya boleh dilihat daripada peritiswa kematian Imam Shafi’I
yang dipukul oleh penganut fanatic mazhab Maliki akibat perbezaan pendapat antara
keduanya dalam satu isu furu’iyyah yang kecil sahaja. Begitu juga halnya, dengan
pergaduhan antara pengikut mazhab Sunni dan Syiah di dalam isu-isu biasa yang
sepatutnya boleh diselesaikan melalui perbincangan ilmiah.
Selain itu, kes Pengeboman Bali. Dalam perbicaraan kes tersebut yang dibuat di
mahmakah Indonesia yang turut dihadiri oleh keluarga mangsa, tertuduh utama yang
bernama Amrozi telah tersenyum sinis dan mengatakan perkataan “go to hell with you
infidel “ kepada semua keluarga mangsa korban yang berada di dalam mahkamah
tersebut. Pihak media barat yang turut serta membuat liputan di dalam perbicaraan
tersebut telah mengambil kesempatan menjadikannya sebagai isu utama yang
menonjolkan bahawa Islam memang mengajar penganutnya bersikap zalim dan
biadap terhadap golongan bukan Islam. Seterusnya, Peristiwa 11 September yang
memusnahkan WTC dan Pentagon telah menyebabkan kuasa barat yang dipimpin
oleh Amerika Syarikat melakukan pencerobohan terhadap dua Negara umat Islam,
Aghanistan dan Iraq.
Selain itu, pengaruhi global salafi melampau yang didasarkan kepada mentaliti
perang Salib dan Neo-kolonialisme barat, khususnya terhadap kuasa barat dan
zionisme, yang wajib digunakan kaedah kekerasan untuk menangganinya. Lebih

35

Hashim Musa (2004), Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat,
Kuala Lumpur : Penerbit UM, h. 232.
36
Amir Santoso (2007), “ Radikalisme Dan Terorisme Di Indonesia “,Dalam (Edit) Mohd Izani
Mohd Zain, Demokrasi Dan Dunia Islam : Perspektif Teori Dan Praktik, Kuala Lumpur : Penerbit
UM h. 323-338; Haedar Nashir (2007), Gerakan Islam Syariat : Reproduksi Salafafiyah Ideologis
Di Indonesia, Jakarta : PSAP, h.167-168

9

buruk lagi, hal ini turut diperpanjangkan dengan faktur perbezaan mazhab dalam
Islam, seperti kes perbezaan antara dua mazhab terbesar dalam Islam, Sunni dan
Syiah – Kes Kumpulan al-Qaedah di bawah pimpinan Abu Mus’ab al-Zarkawi di
Iraq. Pembentukan sebuah pemerintahan Islam bukan sekadar suatu alternatif, tetapi
suatu kewajiban Syar’i berdasarkan perintah dan kehendak Allah. Kerana itu setiap
penganut Islam harus patuh dengan mematuhi kehendak Allah ini, khususnya
pemerintahannya yang dijalankan oleh golongan ini – Kes pemerintahan Taliban di
Aghanistan. Memandangkan legitimasi pemerintah Islam didasarkan kepada syariah
Allah, maka pemerintah yang tidak mematuhi syariah adalah tidak sah. Mana-mana
pemerintah dan individu Islam yang tidak mematuhi syariah Alah akan dianggap
bersalah dan kafir yang diperangi menggunakan konsep Jihad – Kes pembunuhan
Anwar Sadat oleh pengikut kumpulan Takfir wa al-Hijrah.
3.2. Mengamalkan sikap selektif dengan keilmuan barat.
Kita sering terperangkap dengan sikap melampau yang menolak kesemua perkara
yang datang daripada barat. Dalam soal keilmuan ini, sarjana dari kedua kawasan
mengakui memang terdapat beberapa elemen positif yang dimiliki oleh masyarakat
barat, khususnya yang membabitkan dunia ilmu. Bagi elemen yang positif pula, kita
dapat mengesan beberapa perkara yang boleh dijadikan input berguna untuk proses
berfikir bagi umat Islam. Ianya terdiri daripada37;
1) Teori dan formula pembangunan barat adalah cukup dinamik dan sentiasa
berubah.
2) Realiti masyarakat dan kepimpinan politik barat yang lebih telus dan demokratik.
(civil society).
3) Barat sentiasa melakukan proses reviewing terhadap semua konsep dan paradigma
silam yang diikuti dengan usaha penambahbaikian yang sepatutnya. Hal ini boleh
dilihat daripada usaha sarjana dan masyarakat mengkritik kelemahan paradigma
sekularisme silam – terbukti apabila mereka lebih mengamalkan sikap positif
dengan keperluaan agama dalam hidup manusia. Ianya turut disertakan dengan
usaha menitikberatkan dalam soal penjagaan sistem ekologi dunia.
4) Tahap kemajuan ekonomi masyarakat barat yang lebih maju, khususnya
membabitkan penguasaan dunia barat terhadap seluruh system di dunia, antara
lainnya kerana dunia barat memiliki kecanggihan ilmu pengetahuan dan
seterusnya mampu mendominasi semua elemen kehidupan dunia moden. 38 Dalam
soal ini, Hashim Musa menegaskan, Amerika Syarikat sebagai tamadun teras barat
kini mendahului negara-negara lain di dunia dalam pelbagai bidang kira-kira 20
tahun ke hadapan.
3.3 Usaha Memantapkan Pembinaan Disiplin Ilmu Baru.
Sebagai alternatif kepada konsep keilmuan barat yang sarat dengan fahaman
37

Maklumat lanjut boleh didapati dalam Abdul Rahman Embong (2003), Pembangunan Dan
Kesejahteraan: Agenda Kemanusiaan Abad Ke-21, Syarahan Perdana Jawatan Professor, Pada 26
September 2003, Bangi: Penerbit UKM.
38
Hashim Musa (2004), Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat,
Kuala Lumpur: Penerbit UM, h. 191-192.

10

sekularisme, falsafah Islamisasi ilmu telah diterapkan dalam bidang keilmuan sains
sosial (disiplin lingustik, saikologi, ekonomi, bahasa English, sosiologi dan sejarah).
Terbaru pendekatan ini telah dikesan dalam disiplin sains tulen ( perubatan, sains dan
teknologi, neurologi, dan kejuruteraan). Kita juga dapat mengesan kelahiran disiplin
baru seperti disiplin ekonomi pembangunan dan occidentalism. Dalam perkembangan
terbaru pihak ISDEV USM turut memperkenalkan kaedah analisis epistemologi
dalam bidang ekonomi dan pembangunan Islam. Mereka cuba menganalisa semua
teori dan pendekatan ekonomi barat mengikut neraca epistemologi Islam yang
berteraskan prinsip tauhid.
Terpenting sekali, pembentukan disiplin keilmuan baru ini dibuat berasaskan
perkiraan falsafah dan metodologi yang agak ketat. Sebagai contohnya, kita dapat
mengesan beberapa paradigma khusus yang dicadangkan untuk melahirkan disiplin
Occidentalism Islam. Ianya adalah hasil analisis-sentesis daripada paradigma yang
ditawarkan oleh Kuntowijoyo dan Syukri Salleh.39 Ianya terdiri daripada; pertama,
menjadikan sumber wahyu Islam (Quran dan Sunnah) dan prinsip Tauhid sebagai asas
utama kepada pembentukan disiplin Occidentalism. Ianya merupakan semacam teori
sosiologi Islam (Sosiosophologi) yang mengkaji persoalan hubungan antara
masyarakat barat dan bukan Islam.40
Kesimpulan.
Sebagai rumusan akhir, kita dapat menegaskan bahawa gagasan Islamisasi ilmu yang
pertama kalinya diusulkan oleh Syed Muhammad Naquidd al-Attas dan turut
diperkemaskan oleh Ismail Faruqi memang meninggalkan impak yang cukup
mendalam dalam masyarakat Islam di Malaysia dan Indonesia. Gagasan ini secara
terang-terangan merupakan penolakan sistem epistemologi barat yang ternyata banyak
menimbulkan kerosakan kepada umat manusia. Sebagai alternatifnya, gagasan ini
turut melahirkkan usaha memperkemaskan lagi sistem epistemologi Islam sendiri
berasaskan kepada warisan keilmuan Islam silam. Seperti mana diterangkan dengan
panjang lebar di dalam artikel ini, gagasan Islamisasi ilmu ini setakat melahirkan
kesedaran tajdid perlu dilakukan, bahkan turut menjana pemantapan keilmuaan Islam
bagi berhadapan dengan dominasi epistemologi barat.

39

Muhammad Syukri Salleh (2009), “ Melayu-Islam Dan Sumber Kekuatan Yang Diabaikan “,
Dalam (Edit) Kalthum Ibrahim, Dunia Melayu Dan Islam : Satu Wacana, Bangi : Penerbit UKM,
h. 3-26
40
Zainal Abidin ( 2003), Sosiosophologi : Sosiologi Islam Berbasis Hikmah, Bandung : Penerbit
Pustaka Setia, h. 59-67