BML 3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MEL

BML 3043
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

CAROLINE AINE BINTI JOHARI JAMES (D20112055723)
KUMPULAN UPSI 08 (A131 PJJ) :
PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
SEK. REN., KOHORT 3
SEM 1, SESI 2013/2014

PENSYARAH
DR. NORUL HAIDA BINTI REDUZAN
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

ISI KANDUNGAN
PERKARA

HALAMAN

1.0

Huraian tiga cabang ilmu Linguistik.


1-6

2.0

Fonotek dan Fonologi.

7-11

-Definisi Dan Contoh-Contoh
-Matlamat Akhir Pengajian Fonetik dan Fonologi.

3.0

Huraian Bunyi Vokal Asli Dan Konsonan Asli Bahasa Melayu.

4.0 Huraian Sistem Ejaan Baharu Malaysia-Indonesia tahun 1972.

12-18


19-27

-Huraikan 18 pola Keselarasan Vokal Ejaan.
- Contoh-Contoh

7.0 BIBLIOGRAFI

28

1.
1.0 Pengenalan.
Kamus Dewan (2005:945) menyatakan linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. Oleh David
Crystal dalam bukunya. A Dictionary of Linguistics and Phonetics (1986:181), linguistik
merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (the scientific study of language). Istilah linguistik
berasal daripada perkataan Latin iaitu lingua yang membawa maksud 'bahasa'. Dalam bahasabahasa "Roman" (iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada bahasa Latin), masih ada katakata serupa dengan lingua Latin itu; iaitu langue dan langage dalam bahasa Perancis, dan
lingua dalam bahasa Itali. Seterusnya, bahasa Inggerís memungut kata daripada bahasa
Perancis ini menjadi language. Istilah 'linguistics' dalam bahasa Inggerís adalah berkaitan
dengan kata language tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah
berkaitan dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi
bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau "linguistik".

Ilmu linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yang
mengkaji dan menganalisa satu-satu bahasa tertentu seara empirikal dan onjektif,iaitu mengkaji
bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan,
sentiment atau falsafah. Ilmu linguistic digunakan untuk mengkaji bahasa Melayu. Mengkaji
bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu.
Iaitu bagaimana bahasa Melayau itu diucapkan. bagaimana bentuk bahasa Melayu itu, dan
bagaimana pula system bahasa itu. Mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-unyi
bahasa itu dihasilkan, system fonem, morfem, kata, frasa dan ayat yang berlainan bentuk dalam
bahasa Melayu.
Ferdinand de Saussure, seorang sarjana bangsa Siss dianggap sebagai pelopor linguistic
moden. Bukunya Cours de Linguistique Generale (1916) sangat terkenal dan dianggap
sebagai buku asas linguistic moden. Oleh sebab itu, beberapa istilah yang dipakai oleh de
Saussure diterima umum sebagai istilah rasmi, misalnya langage, langue dan parole (Prof. Dr.
J.W.M. Verhaar, 1983:1). Langage bererti bahasa pada umumnya, iaitu semua manusia di
dunia ini memppunyai bahasa. Langue bererti bahasa tertentu kepunyaan satu-satu kumplan
penutur tertentu, misalnya bahasa Indai , bahasa Cina, bahasa Perancis, bahasa Belanda,

2.
bahasa Jerman, bahasa Indonesia dan bahasa Melayu merupakan bahasa-bahasa atau
langue-langue tersendiri. Langue dianggap bahaa kepunyaan kumpulan atau masyarakat

bahasa tertentu dan parole pula merupakan pertuturan atau bentuk ucapan indiviu yang kerap
disebut sebagai idiolek.
Terdapat lapan cabang linguistik atau bidang pengajian yang berlainan.Iaitu:
(i)

Linguistik Deskriptif ( Descriptive Linguistics )

(ii)

Linguistik Historis ( Historical Linguistics )

(iii) Linguistik Komparatif ( Comprative Linguistics )
(iv) Sosiolinguistik ( Sociolinguistics )
(v)

Neurolinguistik ( Neurolinguistics )

(vi) Linguistik Am ( General Linguistics )
(vii) Linguistics Terapan ( Applied Linguistis )
(viii) Psikololinguistik ( Psycholinguistic )

2.0 Linguistik Deskriptif
Linguistik Deskriptif ialah satu cabang linguistic yang menghuraikan satu-satu bahasa
tertentu pada satu-satu masa tertentu. Misalnya, ilmu linguistic yang menghurai atau
menganalisa bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh masyarakat Melayu pada hari ini.
Linguistik Deskriptif akan menghuraikan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dituturkan dan
bagaimana system bahasa Melayu itu digunakan dalam bidang fonologi, morfologi, intaksisdan
segala aspek yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Linguistik Deskriptif hanya membuat huraian tentang satu-satu bahasa lain dan tidak pua
membuat perbandingan dengan bahasa-bahasa lain atau mengkaji daripada sudut sejarah
bahasa itu. Misalnya, Linguistik Deskritif akan menghuraikan bunyi-bunyi vokal, konsonan,
diftong, sistem suku kata, perkataan, frasa atau ayat bahasa Melayu dengan ciri-ciri dan system
dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis, Jepun atau untuk mengkaji sejarah perkembangan

3.
atau pertumbuhan bahasa Melayu, baik pada awal ataupun pada akhir satu-satu zaman itu.
Perkara ayang difokuskan dalam disiplin ini ialah menghuraikan bentuk dan sistem bahasa itu
secara objektif dan secara empirikal, iaitu seperti yang benar-benar wujud dalam bahasa itu.
Ilmu Lingistik Deskriptif ini boleh digunakan untuk mengkaji dan menghuraikan secara umum
sebarang bahasa di dalam dunia, contohnya bahasa Melayu, bahasa Iban, bahasa Kadazan,
bahasa Jawa, bahasa Tagalog mahupun bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Jepun,

bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Portugis, bahasa Itali dan lain-lain bahasa di dunia.
3.0 Sosiolinguistik juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik sosial ialah satu
cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Menurut Dell
Hymes (1966), Sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa daripada segi
hubungan antara latar(setting), peserta (participant), tajuk perbincangan, fungsi Sesutu
interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nili yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam
pertuturan terhadap sesama sendiri (Nik Safiah Karim, 1981:4) dan Fishman (1968) pula
menyatakan bahawa sosiolinguistik ialah bidang yng mengkaji ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri
fungsi variasi-variasin ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur
ini berinteraki, berubah dan mengubah satu sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa.
Dengan perkataan lain, Sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan perhatian
kepada bahasa konteks sosial dan kebudayaan. Manusia menggunakan bahasa sebagai alat
perhubungan untuk menyampaikan hasrat, buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan
hubungan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat.
Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakat untuk berhubung, mengenal orang yang
sedang bercakap dengan lebih mendalam. Bagaimana orang itu bercakap dan apa yang
dicakapkan itu akan memberikan tanda-tanda dan keterangn-keterangan tertentu tentang
dirinya. Bagaimana seseorang itu bercakap, cara ia menyebutkan perkataan, bunyi-bunyi
perkataan,bagaimana


ia

menyusun

frasa

dan

ayat-ayat

tertentu,

serta

jenis-jenis

perbendaharaan kata yang digunakan olehnya akan menunjukkan dari daerah mana dan
golongan mana ia berasal dan jenis pendidikan yang telah diterimanya. Daripada apa yang
dicakapkan, seseorang itu dapat menangkap sikap dan pendiriannya, pekerjaannya dan


4.
berbagai-bagai aspek latar belakangnya. Bidang-bidang seperti inilah yang tercakup oleh
disiplin Sosiolinguistik. Di samping itu, Sosiolinguistik juga turut mengkaji sistem ganti nama,
sistem panggilan dan item gelaran dalam sesebuah masyarakat dalam masyarakat Melayu
seperti penggunaan kata ganti nama, panggilan dan gelaran seprti “aku”, “patik”, “beta”,
“engkau”, “anda”, “Pak Cik”, “Mak Cik”, “Abang”, “Adik”, “Enik”, :Tuan”, :Puan”, “Dato”, “Tan Sri”,
“Puan Sri”, dan seumpamanya.
Sosiolinguistik lazimnya menumukan kajian pada aspek atau topik seperti yang berikut:
(i)

Bahasa rasmi

(ii)

Bahasa kebangsaan

(iii)

Pidgin


(iv) Kreol
(v)

Bilingualism

(vi) Multilingualism
(vii) Dialek)
(viii) Ideolek
(ix) Ragam bahasa
(x) Sikap terhadap bahasa
(xi) Sistem panggilan dalam masyarakat
(xii) Kesetiaan terhadap bahasa dan perancangan bahasa
4,0 Neurolinguistik
Neurolinguistik ialah cabang ilmu linguistic yang mengkaji hal-hal otak dan perkaitannya
dengan bahasa. Neuroliguistik menumukan kajian terhadap bagaimana bahasa itu diprosess di
dalam otak dari awal pemerolehan bahasa sampailah ke bahasa iut berkembang dalam
kehidupan manusia. Dengan perkataan lain, Neurolinguistik ingin mengetahui bagaimana otak
diorganisasi pada waktu mengelolakan aspek-aspek kemampuan bahasa dan perlakuan
bahasa begitu rumit.


5.
Neurolinguistik mempunyai hubungan yang erat dengan afasiologi kerana kedua-kedua
disiplin ini sama-sama mengkaji penyakit bertutur. Afasiologi mengkaji penyakit bertutur,
terutama untuk tujuan mengubatinya dan Neurolinguistik cenderung untuk mengetahui hakikat
hubungan antara otak dengan bahasa demi pengubatan penyakit bertutur. Neurolinguistik
banyak mendapat manfaat daripada kerjasama antara pikologi dengan linguistik dan afasiologi
pula mendapat manfaat daripada neurologi.
Neurologi mula-mula wujud dalam abad ke – 19, diwujudkan oleh P. Broca dan C. Wernicke.
Teori Neurolinguistik Wernicke merupakan teori yang pertama lahir daripada beberapa kes
kajian penyakit afasia.
Menurut ilmu neurolinguistik, otak manusia mempunyai dua bahagian, iaitu Medan Wernicke
korteks (hemisfera kiri korteks) dan Medan Broca korteks. Medan wernicke mengandungi
representasi ingatan perbendaharan bentuk kata yang berungsi mengamati dan menerim
ucapan. Kalimat-kalimat bahasa diimpan dan diproses di hemisfera kiri otak manusia. Kalimatkalimat difahami melalui Medan Wernicke belahan kiri (hemisfera kiri korteks) otak manusia.
Medan Broca korteks pula berfungsi melahirkan kalimat-kalimat. Medan Broca korteks
menukar kalimat-kalimat yang disimpan dalam Medan Wernicke korteks kepada bentuk bunyi,
Pakar kajian neurolinguistik, Damasi h, 1987 telah mengemukan penemuan terbaharu beliau
yang menunjukkan bahawa Medan Broca tidak sahaja berfungsi untuk melaksanakan
proses=proses sintaksis dan produksi fonologi tetapi juga proes-proses morfologi.
Menurut teori neurolinguitik klasik, hemisfera kanan berfungsi untuk komunikasi kebahasaan

yang penting. Hemisfera kanan mempunyai fungsi mengendalikan semua fonem segmental
(apek-aspek intonasi dan prosodi) dan tona uara, ekspresi muka dan gerak-geri badan waktu
bertutur dan makna perumpamaan serta ungkapan ideomatik juga. Oleh sebab itulah,
pemahaman kalimat-kalimat terganggu apabila hemifera kanan secara aktif terlibat dalam proes
kebahasaan pada waktu berkomunikasi (Mangantar Simanjuntak, 1991:143).
Kajian Neurolinguitik juga mendapati bahawa hemisfera kiri mengendalikan kata-kata yang
membawa makna-makna literal (tersurat) dalam kalimat-kalimat, sedangkan hemisfera kanan
bertanggungjawab mengendalikan makna-makna tersirat. Kedua-dua hemisfera bekerjasama

6.
pada waktu berkomunikasi untuk menjamin pemahaman dan penyampaian makna yang
sempurna.
Di samping itu, hemisfera kanan juga berfungsi untuk semua hal yang berkaitan dengan
pembentukan idea yang bukan bahasa seperti kebolehan konstruksi, proses kegiatan gestalt,
pengenalan muka dan garis gambar yang rumit, muzik dan lagu, ruang dan segala sesuatu
yang termasuk ke dalam apa yang dulunya terkenal dengan istilah bawah sedar. Implikasi
penemuan ini sangat penting pada bidang pendidikan, pengajaran bahasa, pengubatan
penyakit bertutur, permainan tenis, badminton, inovasi dan kekaryaan (Mangantar Simanjuntak,
1991: 142 -143).
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya ilmu linguistik ini adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik.
Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal
dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh
agak-agakan, ramalan, sentiment atau falsalfah. Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu
untuk mengkaji bahasa Melayu. Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud
dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu, misalnya, bagaimana bahasa Melayu diucapakan,
bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi
bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa dan ayat yang berlainan bentuk dalam
bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan secara objektif dan tidak boleh berdasarkan agak-agakan,
ramalan, sentiment atau falsafah dan hasil kajian itu pula boleh diuji kebenarannya.

7.
1.0 Pengenalan
Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik merupakan satu
bidang mengkaji bunyi bahasa dari segi menyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonetik
adalah bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa iaitu bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan
manusia dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu (Lufti Abas, 1971:3). Ringkasnya, fonetik
merupakan kajian mengenai bunyi-bunyi ujar. Sebagai limu, fonetik berusaha mencari kebenaran umum dan
memformulasikan hukum umum mengenai bunyi-bunyi itu dan pengucapannya. Manakala sebagai
kemahiran,fonetik menggunakan data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah untuk membuat kemungkinan
pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi sebutan itu (Samsuri, 1972:79).Menurut Kamus Linguistik (Harimurti
ɜridalaksana, 1984:51) mendefinisikan fonetiksebagai “ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan
penerimaan bunyi bahasa”.Manakala Marsono dalam bukunya, Fonetik (1986:1) menyatakan fonetik sebagai
“ilmu yangmenyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam
sesuatu bahasa”. ɜemudian Abdullah Hassan (1993:40) mendefisikan fonetik sebagai “fonetik mengkaji bunyi
bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya. Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur
dalam bentuk bunyi”. Mengikut ɜamus Dewan (2005:354) mendefinisikan “fonetik ialah ilmu bahasa yang
berkaitan dengan penyebutan kata dan lambangyang menunjukkan sebutannya”.
.
Manakala bidang fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Bunyi adalah kesan yang didengar oleh telinga yang berlaku apabila udara dari paru-paru
keluar melalui pita suara ke rongga tekak, kemudian terus keluar ke rongga mulut atau rongga
hidung. Semasa udara keluar melaluirongga tekak dan rongga mulut atau rongga hidung, udara
mungkin mengalami gangguanatau sekatan atau mungkin tidak. Udara yang keluar dalam
bentuk gelombang itu mengenai bahagian gegendang telinga maka terhasilnya bunyi. (Arbak
Othman, 1983:52). menyatakan Fonologi adalah bahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari mengenai
bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, seterusnya terbahagi kepada fonetik dan
fonemik. Sebenarnya, linguistik deskriptif menghuraikan struktur dan sistem bahasa yang bidang kajiannya
terbahagi kepada tiga bahagian besar iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis.

8.
2.0 Fonetik
Bidang yang mengkaji bunyi bahasa disebut fonetik. Ada bebarapa definisi, pengertian dan
pendapat mengenai fonetik.
(i).

Dalam buku The World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart, 1981:1566),

fonetik dikatakan “the body of speeh sounds of any one language,and their relation to one
another”.
(ii).

Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai

“ilmu yang menyeliiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa”.
Marsono dalam bukunya, Fonetik (1986:1) mendefinisikan fonetik sebagai “ilmu yang

(iii).

menyeleiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu sebagai pembeda makna dalam
sesuatu bahasa”.
(iv).

W. Bright (1992:194) dalam International Encyclopedia of Linguistiks menghuraikan

fonetik sebagai “the study of the physical characteristics of human speech sounds”.
(v).

Abdullah Hassan (1993:40) memberikan definisi fonetik sebagai “fonetik mengkaji bunyi

bahasa dari segi penyebutan, pendengaran aataau sifatnya ... Fonetik amnya ialah pengkajian
terhadap unsure-unsur dalam bentuk bunyi”.
(vi).

The Penguin Dictionary (2004:1046) menjelaskan fonetik sebagai ‘the study and

classification of speech sounds”.
(vii).

Menurut ɜamus Dewan 92005:3.54), “fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang

berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya”.
Berdasarkan pelbagai definisi dan pengertian ini dapatl dirumuskan baahawa fonetik ialah
bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyibunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan
yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Terdapat tiga aspek kalian yang
dilakukan iaitu, fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.Fonetik artikulasi mengkaji
bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarjn oleh alat-alat artikulasi. Fonetik akustik pula
mengkaji sifat bunyi itu seniri, iaitu bagainman gelombang udara dari paru-paru mengalami
perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita suara,

9.
lidah, bibbir dan sebagainya. Fonetik auditori pula merupakan kajian yang berkaitan dengan
pendengaran terhaap bunyi-bunyi yang dihasilkn supaya bunyi-bunyi itu data diperturunkan ke
dalam lambang-lambang yang tepat.
Mengikut Nor Hashimah Jalaluddin (1998:2) menyatakan pemerolehan bunyi bahasa dapat dikaji secara
saintifik iaitu kaedah bunyi bahasa dihasilkan ada penjelasan yangmelatarinya. Ilmu khusus yang mengkaji
penghasilan bunyi-bunyi bahasa ini disebut ilmu fonetik termasuk dalam bidang ilmu linguistik. Mengikut
urutan kajian ilmu linguistik, ilmu fonetik menjadi ilmu pertama dikaji yang diikuti oleh fonologi, morfologi,
sintaksis dan semantik. Fonetik merupakan ilmu yang mengkaji cara bunyi bahasa dihasilkan dan
memperlihatkan kaedahorgan seperti paru-paru, larings, farings, rongga mulut dan hidung turut membantu
menghasilkan bunyi bahasa.
3.0 Fonologi
Bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai system atau peraturan dikaji dalam bidang fonologi.
Antara definisi atau pengertian serta pandangan tentang fonologi adalah seperti yang berikut:
(i)

F. Parker (1974:112) memberikan pengertian fonologi sebagai “… suatu bidang yang

mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan”.
(ii).

Kamus linguistic (Harimurti Kridalaksana,1984:61) memberikan definisi fonologi sebagai

bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.
(iii).

Dalam Word Book of Dictionary (C.L.Barnhart & R.K. Barnart, 1981;1567), fonologi

didefinisikan sebagai “the systems of sounds used in a language’.
(iv).

Abdullah Hassan dalam bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia (1993:40)

menyatakan bahawa “onologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu”.
(v).

Menurut J.Clark dan C. Yallop (1995:5) “phonology is concerne with the organization of

speech ithin peific languages”.
(vi).

P. Roach dalam bukunya Phonetics, menjelaskan fonologi sebagai “the stuy pf the

distinctive sound units of a language, the patterns they form, and the rules which regulate their
use” (2001:111).
(vii).

Fonologi dalam The Penguin Dictionry (2004:1045) ditakrifkan sebagai “the study of the

sound systems of a language”.

10.
Fonologi dapat disimpulkan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa. Maksudnya
bidang fonologi menentukan system bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis
bunyi sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif (tidak
membezakan makna). Matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau
menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan
bagi sesuatu bahasa. Menurut Farid M. Onn (1988:102), fonologi merupakan suatu rangkaian aktiviti ilmiah
yang dapat dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama ialah mengamati lafaz,menetapkan fonemfonem atau saluran-saluran abstrak yang sesuai diperakukan untukmelambangkan cara melafazkan kata
secara sistematik dan menetapkan huruf-huruf fonetikuntuk melambangkan setiap fonem yang diperakukan. Ini
membolehkan kita melambangkankata-kata dalam tulisan fonemik. Akibat tulisan fonemik ini tidak boleh secara
langsungmemberitahu kita cara melafazkan kata tersebut maka fonologi perlu melanjutkan aktivitinya
keperingkat kedua. Peringkat ini memberikan panduan mengenai cara-cara melafazkan setiapfonem atau huruf
fonemik dalam pelbagai lingkungan. Mengikut panduan ini kita dapat melafazkan setiap kata dengan tepat.
4.0 Kesimpulan
Fonetik dan fonologi bahasa Melayu ialah bidang pengajian yang melibatkan pengkajian
terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Kajian
fonetik dan fonologi bahasa Melayu meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu
dihasilkan atau dituturkan, misalnya bagaimana bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong
dalam bahasa Melayu itu dihasilkan. Apakah alat-alat artikulasi yang terlibat dan daerah mana
pola alat artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalam bahasa
Melayu. Misalnya, bagaimanakah cara menghasilkan bunyi vokal hadapan, vokal belakang, dan
vokal tengah dalam bahasa Melayu. Bidang fonologi mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai
sistem atau peraturan (Abdul Hamid Mahmood, 2002:198). Menurut Abdullah Hassan dalam
bukunya,Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia (1993:40) menyatakan bahawa “fonologi
mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu”.Mengikut ɜamus Linguistik (Harimurti
Kridalaksana, 1984:61) mendefinisikan fonologi sebagai bidang dalam linguistik yangmenyelidiki bunyi-bunyi
bahasa mengikut fungsinya. Dalam bidang ini, juga turut dikaji pelbagai jenis bunyi konsonan dalam
bahasa Melayu seperti konsonan letupan, letupan geseran, sengau, separuh vokal dan

11.
seumpamanya. Bidang ini turut mengkaji jenis-jenis diftong seperti diftong au, aid dan oi dalam
bahasa Melayu (Abdul Hamid Mahmood, 2002:198).
Maksud fonetik dan fonologi bahasa Melayu merupakan bidang pengajian yang merangkumi pengkajian
tentang bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Kajian fonetik dan fonologi
bahasa Melayu mencakupi bidang kaedah bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dituturkan seperti cara
bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalam bahasa Melayu itu dihasilkan. Matlamat akhir bidang
fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf serta fonem-fonem tertentu yang
selanjutnya mewujudkan sistem ejaan untuk sesuatu bahasa seperti bahasa Melayu.

12.
1.0 Pengenalan
Untuk menghasilkan bunyi vokal atau konsonan kita mestilah mempunyai alat untuk bertutur.
Gambarajah di bawah menunjukkan alat pertuturan.
ALAT PERTUTURAN

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Bibir atas
Bibir bawah
Gigi atas
Gigi bawah
Gusi
Lelangit keras
Lelangit lembut
Anak tekak
Hujung lidah
Hadapan lidah

11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

Tengah lidah
Belakang lidah
Akar lidah
Epiglotis
Pita suara
Rongga tekak
Rongga Hidung
Rongga mulut
Rahang
Tenggorok

13.
2.0 Bunyi Vokal
Bunyi disebut vokal apabila tiada halangan pada alat artikulasi. Arus udara keluar terusmenerus tanpa sekatan. Halangan untuk bunyi vokal hanya pada pita suara sahaja. Halangan
yang hanya terjadi pada pita suara lazim disebut artikulasi (J.W.M. Verhaar, 1977:17) kerana
vokal dihasilkan dengan halangan pita suara maka pita suara bergetar. Glotis dalam keadaan
tertutup tetapi tidak rapat sekali. Dengan demkian, semua vokal adalah bunyi bersuara.Apabila
bunyi vokal dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga
mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan
kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar lebih jelas dan lebih panjang
daripada bunyi-bunyi konsonan.
Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan
vokal belakang. Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada vokal [a], [e], [i], [o], [u] dan [ə]. Kriteria yang
menentukan jenis-jenis vokal ialah lidah sama ada bahagian depan, tengah atau belakang lidah.
Seandainya bahagian depan lidah yang berfungsi maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal
depan; sekiranya bahagian tengah lidah yang berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi
vokal tengah dan seterusnya jika bahagian lidah yang berperanan dalam penghasilan bunyi itu, maka bunyi
vokal tersebut ialah vokal belakang.
Kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal itu boleh dirumuskan seperti di bawah:
(i) Bahagian lidah yang berfungsi sama ada bahagian depan, tengah atau belakang lidah.
(ii) Ketinggian lidah yang dinaikkan sama ada rendah, separuh rendah, tinggi dan separuh tinggi.
(iii) Situasi bibir sama ada bibir dibundarkan atau dihamparkan.
(iv) Pembukaan rahang sama ada sempit atau luas.
Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis iaitu vokal depan [a], [e], [i], vokal tengah [ə] dan vokal
belakang [o] dan [u]. seperti dalam rajah yang berikut::

14.

Jenis vokal

Lambang

Vokal Hadapan

[i]

Vokal hadapan sempit

[e]

Vokal hadapan separuh sempit

[ Ɛ]

Vokal hadapan separuh luas

[a]

Vokal hadapan luas

[ə]

Vokal tengah pendek

[3]

Vokal tengah panjang

[u]

Vokal belakang sempit

[o]

Vokal belakang separuh sempit

[ ‫]ﬤ‬

Vokal belakang separuh luas

Vokal Tengah

Vokal Belakang

Nama vokal

Jenis-jenis vokal Bahasa Melayu

Rajah dibawah menunjukkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya.

Kedudukan Vokal Bahasa Melayu

15.
Rajah kedudukan vokal bahasa Melayu di atas menunjukkan kedudukan lidah mengikut
bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah dan di
bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahgian tengah merupakan
bahagian tengah lidah. Garis-garis yang melintang itu pula merupakan garis yang menunjukkan
ketinggian lidah yang dinaikkan. Bagi membunyikan vocal [i] dan vocal [u] misalnya, lidah
dinaikkan setinggi mungkin sementara bagi membunyikan vocal [a], kedudukan lidah letknya
rendah sekali.
Berdasarkan rajah kedudukan vokal bahasa Melayu ini, maka vokal bahasa Melayu dapat
dirumuskan seperti yang berikut:
(i). Vokal hadapan:
[ i ] Vokal depan sempit.
Contoh dalam perkataan seperti [ibu], [ikan], [biru], [sila], [kita] dan[ubi].

Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [i]
Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47

[ e ] Vokal depan separuh sempit.
Contoh dalam perkataan seperti [ekor], [ela], [herot] dan[sate].

Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi[e]
Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47

16.
[ a ] Vokal depan luas.
Contoh dalam perkataan seperti [ayu], [aku], [batu], [lari], [bola] dan [baja].

Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi[a]
(Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47)
(iii). Vokal tengah:
[ ə ] Vokal tengah pendek.
Contoh dalam perkataan seperti [ ə mas], [l ə mas] dan [bəsar].Vokal belakang:

(iv) Vokal Belakang
[ u ] Vokal belakang sempit.
Contoh dalam perkataan ialah [ular], [unta], [ukur], [kuda], [adu] dan[satu].

[ o ] Vokal belakang separuh sempit.
Contoh dalam perkataan ialah [oleh], [obor], [olah], [boleh] dan [kota].

17.
Alat artikulasi lidah merupakan kriteria penting dalam pembahagian jenis vokal. Bahagian
hadapan lidah, misalnya berperanan menghasilkan bunyi vokal hadapan, iaitu vokal [i], [e] dan
[a]. Bahagian tengah lidah berfungsi menghasilkan vokal tengah. Begitu juga dengan bahagian
belakang lidah menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang iaitu [u], [o] dan [ɔ]. Perbezaan bunyi
antara vokal-vokal tersebut yang dihasilkan adalah terletak pada tinggi rendahnya bahagian
lidah itu diangkat atau diturunkan. Bahagian lidah itu boleh diangkat setinggi mungkin untuk
menghasilkan vokal tinggi [i] dan [u], kemudian jika diturunkan separuh tinggi terhasil pula
bunyi vokal separuh tinggi, iaitu vokal [e] dan [o]. Begitu juga sekiranya bahagian lidah itu
diturunkan separuh rendah akan menghasilkan vokal separuh rendah [c] dan [ɔ]’. Vokal tengah
pula dihasilkan apabila bahagian tengah lidah berperanan menghasilkan bunyi dengan cara
tengah lidah dinaikkan separuh tinggi.
3.0…Konsonan Asli Bahasa Melayu
Konsonan asli dalam bahasa Melayu adalah konsonan yang tersedia ada dalam bahasa
Melayu dan telah digunakan oleh penutur bahasa melayu tanpa perubahan. Yunus Maris dalam
bukunya The Malay Sound System (1980) telah menyenaraikan 9 bunyi vokal BM yang terdiri
daripada 6 fonem vokal standard /i, e, a, ə, u, o/ beserta 3 alofon [ , , ɔ] dan 27 fonem
konsonan (19 fonem konsonan asli dan 8 fonem konsonan pinjaman). Arbak Othman (1983)
dan Abdullah Hassan (2005) turut menyenaraikan fonem vokal standard BM adalah sebanyak 6
iaitu /i, e, a, ə, u, o/. Namun begitu, mereka berpendapat bahawa kelainan vokal yang diujarkan
oleh penutur sesetengah dialek telah berkurangan kepada 2 sahaja iaitu [ ]dan [ɔ].19 konsonan
asli, menurut Yunus Maris dalam bahasa Melayu terdiri daripada:
(i).

2 konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara [p,b]

(ii).

2 konsonn letupan gusi bersuara dan tidak bersuara [t,d]

(iii).

2 letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara [k,g]

(iv).

1 konsonan hentian glottis (ʔ)

(v).

2 konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara [č,ĵ]

(vi).

2 konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara [s] dan geseran
glottis bersuara [h]

(vii).

1 konsonan getaran bersuara [r]

(viii). 1 konsonan sisian bersuara [ǀ]

18.
(ix).

4 konsonan sengau bersuara [m,n,ɲ,ŋ]

(x).

2 konsonan separuh vokal bersuara, iaitu 1 sepruh vokal dua bibir bersuara [w] dan 1
separuh vokal lelangit keras bersuara [j]
Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah artikulasi tertentu seperti dua

bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis, rongga hidung dan lain-lain. Berikut
carta konsonan asli bahasa Melayu dan daerah aartikulasi dan cara penyebutannya.

Daerah
Cara
Sebutan
Letupan tak
bersuara
Letupan
bersuara
Letusan tak
bersuara
Letusaan
bersuara
Sengau

1
Dua
Bibir

2
Gusi

4
Lelangit
keras

5
Lelangit
lembut

6
Pita
suara
Ɂ

p

l

k

b

d

g
č
ǰ

m

ɲ

n

Geseran
tak
bersuara
Geseran
bersuara
Getaran

s

Sisian

l

Separuh
vokal

3
Gusi
Lelangit
Keras

ŋ

h
r

w

y/j

Carta Konsonan Asli Bahasa Melayu

19.
1.0 PENGENALAN POLA KESELARASAN HURUF VOKAL
Usaha untuk menyatukan sistem ejaan rumi bahasa Melayu antara Malaysia dengan
Indonesia telah dimulakan sejak tahun 1959. Persetujuan tentang sistem ini kemudiannya
ditandatangani pada tahun 1967. Perisytiharan tentang penyatuan tersebut telah dibuat
serentak di kedua-dua Negara pada 16 Ogos 1972. Di Malaysia, sistem ini dinamakan Sistem
Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.
Peraturan ejaan ini dibentuk agar pengguna bahasa menggunakan ejaan yang
seragam.Salah satu peraturan yang ditetapkan ialah Pola Keselarasan Huruf Vokal. Dalam pola
ini, huruf vokal bagi suku pertama dalam perkataan perlu selaras dengan huruf vokal bagi suku
kata kedua. Misalnya perkataan ‘boleh’, vokal ‘o’ dengan ‘e’ adalah selaras. ɛika perkataan itu
dieja ‘bolih’, ejaan tersebut adalah salah. ɛika perkataan yang mempunyai tiga suku kata atau
lebih, vokal bagi suku kata kedua terakhir mesti selaras dengan vokal dalam suku kata terakhir.
Inilah yang dikatakan prinsip Pola Keselarasan Huruf Vokal.
Terdapat tiga perkara yang perlu diingat apabila mengaitkan ejaan bagi sesuatu perkataan
itu dengan Pola Keselarasan Huruf Vokal. Tiga perkara tersebut ialah:

i.

perkataan tersebut mestilah kata asli atau kata jati bahasa Melayu,

ii.

hanya dua suku kata sahaja yang terlibat dengan sistem ini. Andainya sesuatu
perkataan itu mempunyai lebih daripada dua suku kata, hanya dua suku kata
terakhir yang diberikan perhatian,

iii.

suku kata terakhir mestilah suku kata tertutup, iaitu suku kata yang diakhir dengan
huruf konsonan.

20.
2.0. Pola Keselarasan Vokal
Pola Keselarasan Vokal Dalam Bentuk Jadual
Bil.
1.

Suku Kata
Praaakhir
a

Suku kata
Akhir Tertutup
a

Contoh
Pemakaian
arah, panas, kalah, halaman

2.

a

i

alih, gadis, habis

3.

a

u

4.

e pepet

a

5.

e pepet

i

6.

e pepet

u

7.

e taling

a

8.

e taling

e taling

Asuh,
batuk,halus,lembayung
emak,
telan,
kelam,tembelang.
Benih,
lebih,
betik,
sembelih.
Belum,
telur,
tempuh,
temenggung
enak,dewan,
tewas,belerang.
gelek, heret, leceh, selekoh

9.

e taling

o

Ingat,bilang, hilang, selinap

10.

i

a

Ingat,bilang, hilang, selinap

11.

i

i

Intip, pilih, sisih, belimbing.

12.

i

u

cium,riuh,tiup,seliuh

13.

o

a

olah,otak,borang,sekolah

14.

o

e taling

boleh,korek,oleh,coleteh

15.

o

o

botol,kotor,borong,kelompok

16.

u

a

ulat, ubat, tumpang, ketupat

17.

u

i

usik,pulih,tulis,gerusih

18.

u

u

tujuh,
tunduk,untuk.tengkujuh

21.
3.0 Contoh-Contoh Pola Keselarasan Vokal
(i).
Pola a -i
adik
agih
balik
carik
cacing
dalih
fakir
fasih
ganding
gasing
hadir
hamil
itik
jalin
kafif
lampir
masih
nasib
paling
(ii).
Pola a - u
aduh
asuh
bagus
batuk
cantum
dapur
datuk
gaduh
gatung
jalur
jantung
kampong
Karung
lambung
maklum
masuk
payung
pasung
rabun
sabun
santun

22.
(iii).
Pola e (pepet) - i
betik
celik
erdik
degil
detik
hening
jeling
jering
keping
kerling
lebih
lender
pelik
petir
sembelih
sempit
sengih
tempik
(iv).
Pola e (pepet) - u
beduk
beruk
betul
cekur
celur
celup
degup
gemuk
gerun
jenguk
jeruk
kebun
kepung
lesung
penuh
sentuh
serbuk
tenun
tepuk
tepung

23.
(v).
Pola e (taling) - e (taling)
belek
cetek
gelek
geleng
geletek
heret
jerepet
leceh
leper
(vi).
Pola e (taling) - o
becok
belok
bengkok
beok
cedok
ekor
elok
esok
gendong
herot
kecoh
kendong
lelong
pesong
serong
tekong
tengok
(vii).
pola e (taling) - a
aneka
becak (kotor)
berang
dewan
kecewa
lewat
rehat
reka
selesa
sewa
tewas

24.
(viii).
Pola i - i
bilik
bisik
bising
cicir
cicit
dikir
fikir
gilir
hilir
intip
milik
pilih
risik
rintih
silih
selisih
sirih
sisik
tilik
tindih
(ix)
Pola i - u
biduk
bingung
bisul
hibur
hidup
himpun
lindung
lingkung
nibung
periuk
rimbun
riuh
sibuk
tidur
timbul
timun

25.
(x).
Pola o - o
bodoh
bongkok
bohong
condong
golongan(kumpulan
kongkong
kotor
lombong
longgok
montok
moyok
nombor
polong
pondok
rokok
rombongan
(xi).
Pola o - a
bola
bongkar
boring
goda
hormat
korban
moga-moga
porak-peranda
perompak
roma
ronda
sekolah
sorak
tolak
tongkat
(xii).
Pola o - e
boleh
compeng
conteng
dompet
goring
korek
oleh
robek

26.
(xiii).
Pola u - i
buih
cubit
guling
kucing
kuih
mudik
pulih
putih
putik
runcing
runcit
suntik
usik
(xiv).
Pola u - u
burung
buruk
busung
cucuk
duduk
dukung
gulung
hujung
hulur
jujur
junjung
kubur
kucup
kulum
lumpuh
mundur
musuh
pujuk
pukul
runtuh
sulung
suntuk
tunjuk
untuk

27.
4.0. Pola kekecualian kepada Keselarasan Huruf Vokal
Selain pola-pola keselarasan huruf huruf vocal tersebut. Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa
Melayu juga menerima beberapa pola lain sebagai kekecualian kepada pola keselarasan huruf
vocal. Pola kekecualian ini digunakan untuk mengeja kata-kata pinjaman seperti kata-kata
daripad bahasa Nusantara atau bahasa Inggeris. Contohnya:
Bil.

Pola Vokal

Contoh kata
Bahasa Nusantara
Awet, aneh, kaget,pamer,raden

Contoh Kata
Bahasa Inggeris
cabaret,panel

1.

a - e taling

2.

a - o

atom,kontraktor

e - pepet – e taling

Colan, lakon,lancing,lapor,keratin,
perabut
gembleng

3.
4.

e pepet - o

Jempol,bendok

gabenor,interoom

5.

i - e taling

imlek

parlimen,simen,tiket

6.

i - o

Ijon,pilon

diftong, transistor

7.

u - e taling

Tulen,ulat

subjek,dokumen

8.

u - o

Bunglon,buron

kupon,konduktor,lelucon

9.

a - e pepet

pakem

teater

10.

e taling - i

hipotesis,objektif

11.

e taling - u

petroleum,spectrum

12.

e pepet - e pepet

Demdem,pepet

13.

i - e pepet

iseng

14.

o - i

hipokrit, fosil

15.

o - u

bonus, forum

16.

u - e

lumer

filem,artikel,partikel

skuter

28.

Bibliografi
1.

Linguistik, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (2007) oleh Abdul Hamid Mahmood dan
Nur Farah Lo Abdullah.

2.

Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu (2010) oleh Abdul Hamid Mahmood.

3.

studentsrepo.um.edu.my/2718/7/b4.pdf

4.

www.scribd.com/doc/139026207/BML-3043-Fonetik-Fonologi-Bahas - 1

5..

Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu (2010) oleh Abdul Hamid Mahmood.

6.

http://qcikgubm.blogspot.com/2011/08/sistem-fonologi-bahasa-melayu.html

7.

http://cikgunizaskkm.blogspot.com/2013/10/bunyi-bunyi-bahasa.html