PENAWARAN PROGRAM PENDIDIKAN SEPANJANG H

PENAWARAN PROGRAM PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT DALAM PASARAN
YANG MENCABAR
Mohd Fairus Abu Hanifah, Kuppusamy Singaravelloo & Mohd Zaki Mohd Yaacob
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
fairus@um.edu.my, kuppusamy_s@um.edu.my, mzmy@um.edu.my
ABSTRAK
Sebagai salah satu pemain utama dalam penawaran program pembelajaran sepanjang hayat (PSH)
sejak tahun 1998, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) telah melalui
pelbagai cabaran dan halangan hingga kini. Seperti mana universiti awam (UA) lain, UMCCed
sebagai sebuah Pusat Tanggung jawab Akademik (PTj) Universiti Malaya (UM) menghadapi
pelbagai cabaran yang tidak dialami oleh penyedia PSH swasta. Kertas ini membentangkan
cabaran yang dihadapi oleh UMCCed dalam menawarkan program PSH terutama dalam tempoh
lima tahun kebelakang. Satu daripadanya adalah kekangan dasar Kementerian Pengajian Tinggi
bahawa UA (kecuali beberapa universiti) hanya boleh menawarkan program di peringkat diploma
eksekutif manakala mereka di sektor swasta mempunyai lebih ruang untuk memperluaskan
penawaran program diploma eksekutif. UMCCed yang beroperasi sepenuhnya berdasarkan model
perniagaan yang membantu menjana pendapatan kepada UM telah pun menghasilkan lebih
daripada 20 ribu graduan sehingga kini hanya boleh menawarkan program yang berakreditasi
sahaja berbanding penyedia PSH swasta. Pada masa ini terdapat lebih banyak penyedia program
PSH yang giat bersaing untuk mendapatkan bahagian dalam pasaran PSH. Ini adalah antara isuisu yang dibangkitkan dalam kertas ini selain mengetengahkan cabaran-cabaran yang mungkin
dihadapi dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Kaedah kajian melibatkan penilaian

pengalaman UMCCed yang dilihat daripada perspektif pembangunan perniagaan dan pengurusan
UMCCed. Kertas ini antara lain mencadangkan pembentukan rangkaian kerjasama yang lebih
terbuka di antara penyedia program PSH serta peningkatan kempen kesedaran kepentingan PSH di
kalangan masyarakat secara bersepadu oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan IPT.

Kata kunci: Persaingan, Cabaran, Pasaran, Kekangan dalam Penawaran
PENGENALAN

Ilmu pengetahuan merupakan aset utama individu yang dapat memperluaskan peluang untuk maju
dan cemerlang dalam bidang yang diceburi selain meningkatkan keupayaan untuk bersaing
khususnya dalam lanskap ekonomi negara dan dunia yang sentiasa berubah dan penuh cabaran.
Pemerolehan ilmu secara berterusan akan dapat memastikan seseorang individu itu sentiasa bersedia
untuk menangani perubahan-perubahan sama ada dari segi perkembangan teknologi, kemahiran,
kaedah kerja, polisi, prosedur dan sebagainya serta sentiasa bersedia untuk bersaing dengan
individu-individu lain yang sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan mereka dari semasa ke
semasa.
Menurut Gonzalez (dalam Siemens, 2005), kajian oleh American Society of Training and
Documentation (ASTD) mendapati kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan pada masa kini telah

menjadikan jangka hayat bagi sesuatu ilmu pengetahuan semakin pendek. Ia berkembang pada kadar

sekali ganda dalam tempoh 10 tahun dan penggandaan ini dijangka akan menjadi lebih pendek di
masa akan datang.
1

Justeru itu, kesedaran terhadap kepentingan meningkatkan pengetahuan secara berterusan
perlu wujud dalam diri setiap individu khususnya mereka yang sedang berada di alam pekerjaan. Ini
bagi memastikan pengetahuan dan kemahiran yang ada sentiasa relevan dengan kehendak dan
keperluan pasaran kerja semasa serta bagi menghadapi persaingan khususnya daripada generasi
muda yang kebanyakannya mempunyai kelayakan dan kemahiran yang lebih terkini. Berbekalkan
pengalaman bekerja sahaja mungkin tidak lagi memadai untuk bersaing dengan generasi muda ini.
Menyedari akan hakikat kepentingan pendidikan secara berterusan ini, Kerajaan Malaysia
telah mengambil pelbagai inisiatif khususnya dengan memartabatkan Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH) sebagai salah satu teras utama dalam Pelan Strategik Pembangunan Tinggi Negara
(PSPTN) yang telah dimulakan sejak tahun 2007. Sebagai kesinambungan, hala tuju dan
perancangan PSH telah dikaji semula dan ditambah baik ke arah pelaksanaan yang lebih berkesan,
dinamik dan berdaya tahan.
Menurut Ngo (2014), berdasarkan kepada Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun
2009, hanya 23 peratus sahaja daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia mempunyai pendidikan
tertiari berbanding dengan kadar purata bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan
Pembangunan (OECD), iaitu hampir 28 peratus dan mencecah 35 peratus di Singapura dan Finland.

Ini bermakna terdapat 73 peratus tenaga kerja Malaysia masih terangkum dalam kumpulan tidak
mahir dan separa mahir dengan kelayakan akademik tertinggi pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) sahaja.
Berbanding tahun 2009, peratusan tenaga kerja dengan pendidikan tertiarididapati telah
menunjukkan peningkatan kepada 26.2 peratus pada tahun 2014. Ini merupakan petunjuk positif atas
usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan pelbagai pihak dengan sokongan dan penyelarasan oleh
pelbagai agensi kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi serta Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA) yang telah mengambil inisiatif menyediakan peluang dan memperluaskan akses
bagi kemasukan pada peringkat pendidikan tinggi melalui Pengiktirafan Pengalaman dan
Pembelajaran Terdahulu (RPEL) dan Pengakreditasian Pengalaman Kerja Terdahulu (APEL).
Selaras dengan usaha kerajaan untuk membudayakan PSH di kalangan masyarakat,
Universiti Malaya (UM) telah mengambil inisiatif menubuhkan UMCCed pada tahun 1998
bertujuan membuka peluang kepada masyarakat umum khususnya warga bekerja meliputi pelbagai
peringkat usia khususnya di sektor swasta tetapi lama kelamaan didapati gunatenaga dalam sektor
awam pun turut berminat dalam program-program yang dianjurkan oleh UMCCed. Mereka
bertujuan meningkat serta menaiktaraf keupayaan dan kemahiran mereka melalui pelbagai program
PSH yang ditawarkan.
Walau pun begitu, masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan seperti mana yang telah
direncanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 khususnya bagi melahirkan modal insan
berkemahiran tinggi dengan sasaran 35% dalam usaha membawa Malaysia mencapai status negara

maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020.
2

Penawaran Program Diploma Eksekutif

Penawaran program-program PSH melalui UMCCed sejak tahun 1998 sememangnya bertujuan
memenuhi

hasrat

UM

untuk

menyalurkan

kepakaran

serta


memenuhi

komitmennya

memperkembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi membudayakan PSH di segenap lapisan
masyarakat.
Menurut Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011-2015), Malaysia
memerlukan 680,000 orang pekerja mahir pada peringkat diploma menjelang tahun 2020 meliputi
580,000 orang dengan kelayakan diploma TVET dan 100,000 orang daripada diploma akademik.
Tambahan daripada itu, unjuran peningkatan enrolmen yang lebih besar bagi pengajian pada
peringkat sijil dan diploma berbanding dengan ijazah pertama adalah untuk memperoleh nisbah
antara kedua-duanya pada kadar 2:1 iaitu bagi tujuan menyokong matlamat kerajaan menambah
bilangan pekerja separa mahir atau separa profesional atas pertimbangan kebolehpasaran serta
keperluan negara dan menggalakkan pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
Sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) akademik UM yang berautonomi, UMCCed
telah diberi mandat untuk menawarkan program di peringkat diploma, diploma eksekutif dan sijil
selain kursus-kursus pendek mengikut keperluan pasaran kerja. Sambutan baik masyarakat
khususnya warga bekerja terhadap program diploma eksekutif telah menyaksikan perkembangan
program ini dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan, perakaunan, pendidikan awal kanak-kanak
dan pengajian Islam.

Berdasarkan Kajian Pencapaian Graduan (2012-2015) Diploma Eksekutif UMCCed yang
dijalankan pada 2016, sememangnya program yang ditawarkan ini telah memberi banyak manfaat
khususnya dalam perkembangan kerjaya para graduan program PSH meliputi tawaran pekerjaan
yang lebih baik, kenaikan pangkat dan gaji selain melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi.
Program Diploma Eksekutif yang ditawarkan pada awalnya tanpa akreditasi telah melalui
fasa transformasi apabila MQA mengemukakan garis panduan akreditasi program Diploma
Eksekutif pada tahun 2010. Bermula tahun 2012, UMCCed telah memberhentikan penawaran
program-program tanpa akreditasi, dan secara berperingkat penawaran program yang berakreditasi
telah bermula pada pertengahan tahun 2013.

3

Rajah 1: Tahap Persetujuan Kesan Menamatkan Pengajian mengikut Jenis Program Diploma
Eksekutif (%)

Rajah 1: Manfaat Graduan Diploma Eksekutif
(2012-2015) (%)

74.3%


73.8%

70.1%
56.5%

53.7%
43.5%

25.7%

Bekerja dalam
bidang yang
berkaitan

46.3%
29.9%

26.2%


Mendapat tawaran
bekerja di institusi
lain

Ya

Mendapat
peningkatan gaji

Mendapat
kenaikan pangkat

Tidak

Melanjutkan
pengajian ke
peringkat yang
lebih tinggi

Sumber: Kajian Pencapaian Graduan Diploma Eksekutif UMCCed 2016.


PENYATAAN ISU

Kini pendidikan sepanjang hayat sudah menjadi satu keperluan dalam penghasilan tenaga kerja
negara yang mampu bersaing dalam era ekonomi global disamping melahirkan warganegara yang
berpengetahuan dan berinovasi. Dari itu setiap anggota masyarakat seharusnya menjadikan PSH itu
sebagai budaya hidup, bukan pilihan atau inisiatif sampingan sahaja, kalau mereka mahu kekal
kompetitif dalam persekitaran hidup yang baru. Kesedaran berhubung pembelajaran sepanjang hayat
telah wujud di Malaysia apabila kerajaan menggariskan untuk menjadi sebuah negara maju
menjelang 2020. Pada masa ini, peluang melanjutkan pengajian terbuka luas dalam pelbagai institusi
pendidikan. Di bawah pengelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, pelajar dewasa boleh
melanjutkan pengajian di universiti awam dan swasta, kolej universiti, universiti terbuka, politeknik,
kolej komuniti atau kolej swasta. Di samping itu, pelbagai agensi kerajaan dan kementerian turut
menawarkan pendidikan dan latihan kepada orang awam. Kementerian berkenaan ialah Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Belia dan Sukan,
Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kesihatan.
Organisasi-organisasi tersebut berlumba-lumba untuk menawarkan program-program yang
mampu memenuhi peranan dan tujuan kewujudannya. Bagi institusi pengajian tinggi pula mereka


4

berlumba-lumba untuk mendapatkan pelajar-pelajar dewasa ini kerana mereka ini adalah sumber
kewangan utama mereka. Ada yang mengamalkan pengambilan secara terbuka, mengiktiraf
pengalaman-pengalaman terdahulu dan ada juga yang mengenakan syarat ketat dalam memilih
pelajarnya.
UMCCed yang telah memulakan operasinya mulai 1998 telah mengendalikan programprogram PSH yang dapat memenuhi keperluan pasaran serta majikan. Namun begitu, UMCCed
turut menghadapi pelbagai cabaran dalam mendapatkan penyertaan yang lebih tinggi apabila ia
terpaksa berhadapan dengan syarat-syarat utama selain melalui proses kelulusan pembangunan
program yang panjang akibat ianya berfungsi sebagai sebuah PTj akademik di Universiti Malaya
yang juga merupakan sebuah Universiti Penyelidikan. Kesan daripada ini, pihak UMCCed terpaksa
beroperasi dengan mendepani pelbagai cabaran dan kekangan dalam pasaran yang terhad.

OBJEKTIF

Sasaran kajian ini adalah untuk:
(i)

mengkaji pembentukan program pendidikan sepanjang hayat dan pelaksanaanya di UA.


(ii)

meneliti halangan-halangan yang dihadapi oleh UA dalam menjayakan pelaksanaan
program ini.

(iii)

mencadangkan inisiatif untuk mengatasi kekangan yang dihadapi oleh UA dan bagaimana
ianya boleh diakses dengan lebih mudah.

ULASAN LITERATUR

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah, pembelajaran sepanjang umur, bermaksud aktiviti
pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat khususnya oleh orang dewasa.
Menurut Knapper dan Cropley (2000), idea asas PSH adalah di mana pembelajaran yang
disengajakan boleh dan perlu berlaku dalam tempoh hayat seseorang. PSH bukanlah satu idea
baharu, malah terma pendidikan sepanjang hayat ini telah lama wujud iaitu dalam penulisan Inggeris
sejak 75 tahun yang lalu. Bagi pengkaji, PSH adalah pendidikan yang diperolehi sama ada secara
formal atau tidak formal sepanjang kehidupan manusia. PSH dianggap bermanfaat kepada individu
kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja, pembaikan
sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan. Seperti dinyatakan oleh Lall (2011), manfaat
PSH antara lain adalah untuk membantu individu menyesuaikan diri dengan perubahan,
memperoleh manfaat kewangan melalui kenaikan pangkat dan gaji serta memperkaya dan
memenuhi keperluan hidup.
Pendidikan Sepanjang Hayat dari segi konsep merangkumi pengertian yang begitu luas.
Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program
5

meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompentensi sama ada secara formal di sekolah, pusat
latihan vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja.
Menurut Aspin (2001), antara pendekatan dalam pembentukan konsep PSH adalah untuk
mempromosikan kemahiran dan kempetensi yang diperlukan bagi tujuan meningkatkan keupayaan
dan prestasi dalam pekerjaan. Melalui konsep ini, PSH akan dapat melahirkan guna tenaga yang
berpendidikan dan berkemahiran tinggi yang akan menyumbang kepada ekonomi yang lebih maju
dan kompetitif.
Berbanding dengan Kesatuan Eropah, pelaksanaan PSH khususnya di negara membangun
sememangnya menghadapi cabaran untuk menarik penyertaan masyarakat. Yazici (2015)
menyenaraikan cabaran-cabaran yang dihadapi kebanyakan negara membangun antaranya sebagai
(a) keperluan peningkatan kesedaran awam yang lebih meluas, (b) penambah baikan dalam
penyelarasan dan tadbir urus PSH, (c) penambah baikan data PSH serta pengawasan dan penilaian,
(d) penambah baikan dalam panduan kerjaya, (e) Kerangka Kelayakan Kebangsaan untuk
menyokong PSH, (f) penambah baikan jaminan kualiti dalam penyampaian PSH, (g) keperluan
sistem untuk pengiktirafan pembelajaran terdahulu, (h) pembiayaan PSH yang efektif dan
mencukupi, dan (i) penambah baikan dalam menghubungkan pendidikan dengan pekerjaan.

METODOLOGI

Skop kajian ini merangkumi aspek kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh UMCCed dalam
menawarkan program PSH terutama dalam tempoh lima tahun ke belakang. Aspek yang dikaji
adalah pembentukan program dan menyiasat kesannya terhadap ekonomi dan guna tenaga di
Malaysia.
Analisis yang dibuat adalah berpandukan kepada data sekunder yang terdapat di UMCCed
untuk tempoh 2012 – 2015 serta menggunakan pengalaman pengarang dalam pelaksanaan programprogram PSH di UMCCed.

CABARAN DALAM PENAWARAN PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF

Terdapat pelbagai cabaran dalam penganjuran dan penawaran program diploma eksekutif,
khususnya oleh Universiti Awam (UA).

Persaingan Program Eksekutif
Kerancakan kempen oleh pihak kerajaan dalam mempromosi PSH khususnya sejak pelancaran
Pelan Strategik Pembangunan Tinggi Negara (PSPTN) pada tahun 2007 sebagai Teras keenam telah
menarik perhatian banyak IPT awam dan swasta untuk menawarkan pelbagai program PSH sama
ada berbentuk formal, bukan-formal dan informal. Program-program berbentuk formal khususnya
6

program akademik meliputi peringkat sijil sehingga sarjana yang ditawarkan terdiri daripada
program yang diakreditasi dan tanpa akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengikut
Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Kebanyakan program tanpa akreditasi ini diberi frasa
tambahan iaitu “eksekutif” atau pun “profesional” bergantung kepada peringkat pensijilan bagi
membezakan di antara program PSH ini dengan program arus perdana. Tidak ketinggalan adalah
program diploma eksekutif yang mula ditawarkan oleh UMCCed sejak tahun 1998 yang telah
mendapat sambutan yang sangat menggalakkan khususnya daripada warga bekerja sektor swasta.
Penerimaan positif terhadap program “eksekutif” atau “profesional” ini serta ketiadaan
standard atau garis panduan khusus bagi program eksekutif (kecuali diploma eksekutif) telah
menyebabkan sebahagian IPT menawarkan program peringkat sarjana muda dan sarjana dengan
nama “eksekutif” tanpa piawaian khusus. Terdapat program yang ditawarkan mengikut keperluan
untuk menarik lebih ramai penyertaan termasuklah tempoh masa yang singkat, yuran yang lebih
murah, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel serta kaedah penilaian yang tidak
membebankan. Menurut Barnett (2010), selain kredibiliti institusi yang menawarkan program dan
program yang ditawarkan, faktor-faktor khususnya tempoh pengajian serta kaedah pengajaran dan
pembelajaran merupakan pengaruh penting bagi golongan bekerja dalam membuat pilihan untuk
mengikuti sesuatu program pengajian.
Oleh kerana terdapat terlalu banyak IPT yang menawarkan program “eksekutif” ini dengan
pelbagai format dan kaedah yang berbeza, pihak MQA telah mengemukakan garis panduan
berhubung penawaran program Diploma Eksekutif pada tahun 2010. Ini bagi menetapkan standard
dan kualiti program diploma eksekutif ini supaya bersesuaian dengan kualiti program peringkat
diploma pada tahap 4 MQF. Sejajar dengan garis panduan yang dikeluarkan ini, UMCCed telah
memulakan langkah mendapatkan akreditasi bagi semua program diploma eksekutif secara
berperingkat dan menghentikan penawaran program tanpa akreditasi bermula pada tahun 2012.
Walau bagaimanapun, oleh kerana pihak MQA tidak mewajibkan supaya semua IPT
mendapatkan akreditasi bagi program diploma eksekutif yang ditawarkan maka terdapat IPT yang
masih lagi pada masa ini menawarkan program tanpa akreditasi dengan format lama. Ini adalah
disebabkan masih terdapat permintaan bagi program seumpama ini, khususnya dari majikan swasta.

Akreditasi dan Pengiktirafan
Peralihan penganjuran program diploma eksekutif daripada bentuk lama kepada yang diakreditasi
turut membawa cabaran-cabaran baharu yang terpaksa diharungikhususnya oleh UMCCed.
Antaranya adalah seperti berikut:
(a)

Tempoh Pengajian Minimum
Tempoh pengajian yang perlu dipastikan oleh institusi penawar adalah sekarang lebih lama
berbanding dengan program di bawah bukan akreditasi. Amnya program UMCCed yang
ditawarkan pada masa ini telah bertambah 12 bulan lagi menjadikannya kurang menarik
7

kepada golongan bekerja. Tempoh program baharu selama lebih sedikit dari dua tahun
dilihat terlalu lama oleh golongan bekerja.

(b)

Pembangunan dan Penawaran Program
Sesetengah program yang ditawarkan telah menjalani proses pembangunan kurikulum
program yang rapi melalui penubuhan pasukan pembangunan kurikulum program daripada
pakar-pakar yang sudi menyumbang masa dan tenaga. Cadangan jawatankuasa
pembangunan ini dikaji seterusnya oleh sekurang-kurangnya dua jawatankuasa lain yang
lebih tinggi di peringkat UMCCed dan seterusnya melalui unit-unit lain serta beberapa
jawatan kuasa di peringkat Universiti. Kelulusan Senat Universiti dan Lembaga Pengarah
Universiti (LPU) perlu diperolehi sebelum keputusan ini dimajukan ke MQA. Kelulusan
KPT perlu dipastikan sebelum program tersebut dapat diiklankan dan ditawarkan.
Selain itu, pasukan pembangunan kurikulum program perlu juga meneliti piawaian
kandungan program yang telah dibangunkan di peringkat MQA. Walau pun ini adalah
perkara yang wajar, tetapi sesetengahnya mengekang fleksibiliti dalam pembangunan
kurikulum yang lebih tersendiri di pihak pelaksana program. Umpamanya adalah keperluan
mematuhi syarat kursus institusi, di mana sesetengah keperluan berkaitan tidak dapat
dimanfaatkan oleh golongan pelajar bagi program yang dibangunkan.

(c)

Swa-Akreditasi, Penyenaraian MQR dan Pengiktirafan JPA
Pemberian status swa-akreditasi khususnya kepada UA sebenarnya amat baik kerana
Universiti berkenaan dapat melaksanakan proses akreditasi mengikut acuan MQA tetapi
memenuhi cita rasa keperluan universiti tersebut. Institusi pembangun program perlu juga
mematuhi keperluan syarat universiti bahawa penganjuran program adalah pada tahap
kualiti yang tinggi sesuai dengan imej universiti yang perlu sentiasa dijaga. Selain itu,
proses akreditasi ini juga dapat dilaksanakan lebih cepat berbanding dengan sekiranya
dokumentasi semua program ini diserahkan kepada MQA untuk diberi akreditasi sementara
dan seterusnya akreditasi penuh. Namun begitu, proses swa-akreditasi untuk akreditasi
sementara tidak dapat memastikan penyenaraian program yang dibangunkan tersebut dalam
senarai MQR sepertimana kelebihan yang terdapat di pihak institusi swasta. Institusi swasta
menyerahkan dokumentasi terus kepada MQA dan terus mendapat penyenaraian sementara
dalam MQR. Di pihak UMCCed, ramai pelajar yang berminat mempunyai kesangsian
terhadap program baharu yang dibangunkan kerana mereka mendapati program tersebut
tidak tersenarai dalam MQR. Ini menimbulkan keraguan dan kekangan yang tidak
munasabah bagi penganjur program PSH di UA. Ini turut dialami dalam proses akreditasi
penuh kerana ia mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk disenaraikan dalam MQR
selepas kelulusan Senat dan LPU. Ini turut menjadi masalah kepada pelajar dalam kohort
8

pertama program yang sentiasa menginginkan program mereka tersenarai sebelum mereka
tamat pengajian.
Proses ini seterusnya diikuti dengan keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan
oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang pada masa ini turut dikendalikan oleh Unit
Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam, di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Tinggi yang pada asalnya melihat program diploma eksekutif
sebagai tidak mematuhi syarat keperluan jam kredit untuk program diploma. Setelah
berusaha, kejayaan telah diperolehi oleh UMCCed apabila program diploma eksekutif yang
berakreditasi sebenarnya sudah mematuhi keperluan tersebut, dan mula tersenarai dan
diiktiraf khususnya untuk penjawat awam.

(d)

Yuran yang lebih tinggi
Penganjuran program yang diakreditasi sememangnya melibatkan kos yang lebih tinggi
hasil daripada keperluan untuk jam pertembungan serta bilangan jam kredit yang lebih
banyak daripada program bukan akreditasi sebelum ini. Perkara ini menyebabkan kenaikan
yuran yang lebih tinggi sehingga menyebabkan penurunan dalam bilangan pelajar yang
mendaftar untuk mengikuti program berakreditasi.

(e)

Kehendak Pasaran
Maklumbalas daripada kebanyakan majikan swasta menunjukkan bahawa mereka tidak
menetapkan keperluan kakitangan mereka untuk mengikuti hanya program diploma yang
berakreditasi. Antara sebab-sebab mereka adalah tempoh pengajian yang lebih lama yang
diikuti dengan yuran lebih tinggi yang perlu ditanggung oleh majikan untuk membiaya
pengajian mereka. Tambahan pula, majikan swasta melihat kurikulum yang disediakan dan
diluluskan oleh MQA tidak dapat diubahsuai mengikut keperluan majikan. Sebaliknya
proses untuk mewujudkan program diploma eksekutif baharu sesuai untuk industri tertentu
akan menelan masa kira-kira setahun untuk dibangunkan sebelum dapat ditawarkan. Ini
merupakan satu kekangan yang tidak dapat diatasi kerana program akademik anjuran UA
tidak dapat lari daripada diakreditasi. Ini merupakan satu titik tolak kepada kelebihan
institusi swasta yang dapat menyediakan program tanpa akreditasi yang dapat disesuaikan
mengikut acuan keperluan industri dan dapat ditawarkan segera.
Pasaran gunatenaga manusia juga melihat penganjuran program diploma (atau pun
diploma eksekutif) kurang menarik kerana mereka telah melihat adanya laluan-laluan terus
daripada SPM kepada ijazah pertama.

9

(f)

Pengiktirafan Keperluan Pengajian Diploma oleh Majikan
Tidak banyak majikan yang sanggup membiarkan kakitangan mereka belajar sambil bekerja
untuk satu tempoh yang lama. Ini kerana kakitangan tersebut terpaksa mematuhi syaratsyarat kehadiran dan komitmen kepada pengajian tersebut walhal mereka diperlukan
memberi komitmen dalam pekerjaan mereka. Majikan lebih rela melihat kakitangan mereka
menghadiri kursus pendek dan menjurus kepada keperluan organisasi masing-masing.
Terdapat juga para majikan yang khuatir bahawa kakitangan mereka akan berpindah atau
menerima tawaran kerja di tempat lain selepas menerima diploma.

(g)

Laluan ke Pendidikan Tinggi tanpa Keperluan Sijil SPM
Saluran-saluran kemasukan alternatif yang menyokong PSH seperti penggunaan APEL dan
juga saluran terus ke ijazah pertama sememangnya memberi kesan kepada penganjuran
program diploma eksekutif. Melalui saluran terus ke ijazah pertama, para pekerja di pasaran
tidak lagi melihat keperluan untuk diploma. Ini termasuk adanya saluran ke ijazah pertama
dari Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) melalui Open Entry dengan menduduki RPL.
Ini tidak menyokong penawaran program diploma eksekutif.

Penawaran Program Tanpa Akreditasi
Ketiadaan penguatkuasaan yang mewajibkan semua IPT untuk mendapatkan akreditasi MQA telah
menyebabkan wujudnya dua bentuk diploma eksekutif yang ditawarkan di pasaran iaitu yang
berakreditasi dan tanpa akreditasi. Program yang berakreditasi menghadapi kesukaran untuk
menyaingi program tanpa akreditasi khususnya daripada segi pengambilan pelajar kerana terikat
dengan syarat kemasukan yang ketat mengikut garis panduan yang ditetapkan khususnya keperluan
pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan dengan program yang ingin diikuti.
Kesan daripada akreditasi ini khususnya kepada UMCCed dapat dilihat dalam Rajah 1 iaitu
berdasarkan kepada trend ambilan pelajar selepas akreditasi yang semakin menurun di mana
terdapat program yang mengalami penurunan serius sehingga hampir 80 peratus selepas eksesais
akreditasi khususnya bagi program dalam bidang yang spesifik.
Syarat kemasukan yang ketat ini menyebabkan program yang berakreditasi ini kurang
berdaya saing berbanding program tanpa akreditasi yang tidak tertakluk kepada syarat kemasukan
ditetapkan MQA serta ditawarkan dengan jangkamasa pengajian lebih pendek. Permintaan bagi
program tanpa akreditasi ini tetap mendapat sambutan disebabkan terdapat para majikan sektor
swasta yang masih tidak mengguna pakai standard pensijilan MQA bagi tujuan perjawatan seperti
mana amalan oleh sektor awam.

10

Rajah 2: Perbandingan Respon Ambilan Diploma Eksekutif (2011, 2014)
700

600
500

400
300

200
100

0
Sumber
Manusia

Pengurusan Perniagaan Pendidikan Pentadbiran Kaunseling
Awal Kanak- Perakaunan
kanak
2011

Teknologi
Maklumat

2014

Rajah 3: Kadar Penurunan Respon (2011, 2014)

Sumber
Manusia

Pendidikan
Awal Kanak- Pentadbiran
Perakaunan Kaunseling
Pengurusan Perniagaan
kanak

Teknologi
Maklumat

0%
-10%
-20%

-32%

-30%

-40%

-40%
-50%

-62%

-60%
-70%

-77%

-67%
-78%

-73%

-80%
-90%

Sumber: Analisis Perbandingan Respon Diploma Eksekutif UMCCed 2011, 2014
Selain itu, para graduan program “eksekutif” ini juga turut berpeluang untuk melanjutkan
pengajian kerana terdapat banyak universiti luar negara yang bekerjasama dengan IPTS tempatan
menawarkan peluang lanjutan pengajian serta pemberian pengecualian kredit.

Kepelbagaian Kaedah Pembelajaran
Program Diploma Eksekutif di UMCCed sehingga kini masih dilaksanakan melalui kaedah
konvensional iaitu memerlukan masa pertembungan di antara pelajar dengan pensyarah mengikut
11

jam kuliah yang ditetapkan. Kelas yang dijalankan pada setiap hujung minggu memerlukan
komitmen daripada para pelajar untuk berkorban cuti hujung minggu mereka kecuali pada cuti
semester yang diperuntukkan.
Perkembangan pesat teknologi internet telah membuka laluan bagi memudahkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada golongan bekerja yang perlu mengurus masa secara
lebih terancang. Melalui teknologi internet, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif
meliputi Pengajian Jarak Jauh dan Terbuka (Open and Distance Learning, ODL), e-pembelajaran
dan pembelajaran bercampur telah dapat ditawarkan oleh penyedia program PSH melalui
pembangunan sistem pembelajaran dan pengurusan pelajar dengan kos yang berpatutan. Menurut
Noesgaard (2015), daripada 66 kajian berkaitan e-pembelajaran yang pernah dijalankan, hanya 10
peratus sahaja yang mengatakan kaedah pembelajaran secara e-pembelajaran sebagai tidak efektif
manakala 67 peratus mengatakan ianya efektif dan selebihnya separa efektif.
Melalui kaedah pembelajaran ini juga, golongan bekerja kini mempunyai pilihan untuk
tidak lagi terikat dengan komitmen untuk menghadiri kuliah pada setiap hujung minggu. Ini adalah
kerana kaedah pembelajaran yang lebih fleksibel ini hanya menghendaki kehadiran bersemuka yang
minimum pada setiap semester dan ada di antaranya tidak mewajibkan langsung kehadiran para
pelajar dalam sesi kuliah.
Berdasarkan keadaan ini, program diploma eksekutif khususnya yang ditawarkan oleh
UMCCed yang ditawarkan melalui kaedah konvensional mengalami kesukaran untuk menarik
penyertaan golongan bekerja dan mengurangkan daya saing program ini berbanding program yang
ditawarkan IPT lain dalam pasaran. Kaedah pembelajaran konvensional ini juga secara tidak
langsung menjadikan saiz pasaran hanya terhad kepada masyarakat yang bekerja atau tinggal
berhampiran dengan lokasi pusat pembelajaran sahaja serta tidak berpeluang untuk menawarkan
program kepada pasaran pelajar luar negara yang lebih besar.

Kesan Syarat Kemasukan
Beberapa kesan hasil daripada syarat-syarat kemasukan adalah:

(i)

Kemasukan Fleksibel

Pelancaran PSPTN pada 2007 telah menyaksikan kebanyakan UA mula berlumba-lumba
menawarkan program-program PSH pada pelbagai peringkat bagi tujuan penjanaan pendapatan
dalaman. Ini adalah kerana PSPTN mensasarkan pengurangan peruntukan dana kepada UA secara
berperingkat di mana UA perlu menjana pendapatan dalaman bagi tujuan pembiayaan belanja
mengurus dan pembangunan. Sasaran yang diletakkan bagi penjanaan pendapatan dalaman ini
adalah sebanyak 15 peratus pada tahun 2007 sehinggalah mencapai 40 peratus menjelang tahun
2020. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan pihak UA mengambil beberapa langkah

12

untuk menjana pendapatan sendiri khususnya bagi meningkatkan enrolmen pelajar PSH termasuklah
menurunkan syarat kelayakan masuk bagi program akademik yang ditawarkan.
UMCCed yang menawarkan program pada peringkat diploma eksekutif yang mensasarkan
kumpulan peserta dengan kelayakan minimum SPM turut mengalami kesan kemerosotan kerana
terpaksa bersaing dengan program di peringkat sarjana muda dan sarjana yang ditawarkan oleh
sebahagian IPT termasuk UA yang kini membuka laluan kemasukan kepada warga bekerja melalui
syarat kemasukan yang rendah dan fleksibel. Warga bekerja dengan kelayakan SPM kini
mempunyai pilihan untuk terus mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda tanpa perlu memiliki
kelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau diploma seperti mana yang ditetapkan bagi
kemasukan program sarjana muda arus perdana.
Menurut Mulvenon & Robinson (2014), kebanyakan institusi telah mengambil langkah
menurunkan standard kemasukan bagi tujuan meningkatkan enrolmen pelajar. Langkah ini pastinya
memberi kesan positif dan negatif kepada universiti. Kesan positif adalah pertambahan enrolmen
pelajar dan meningkatkan pendapatan tetapi kesan negatifnya adalah jauh lebih signifikan iaitu
penurunan bilangan pelajar yang dapat menamatkan pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan
(Graduation On Time, GOT) selain menjejaskan kedudukan (ranking) dan reputasi universiti.

(ii)

Kemasukan Terbuka (Open Entry)

Tambahan daripada itu, pengenalan kemasukan terbuka (open entry) oleh Kementerian Pengajian
Tinggi pada tahun 2006 kepada sebahagian universiti swasta seperti Open University Malaysia
(OUM), Wawasan Open University (WOU) dan Asia E-University (AeU) telah membuka ruang
kepada ramai golongan dewasa yang mempunyai pengalaman bekerja untuk mengikuti pengajian
terus sehingga ke peringkat sarjana.

(iii)

Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL)

Selain itu, pengenalan kemasukan melalui APEL oleh pihak KPT bermula tahun 2011 turut
memberi impak dua hala secara tidak langsung terhadap penyertaan program diploma eksekutif.
Menurut Garis Panduan Amalan Baik: APEL yang dikeluarkan oleh pihak KPT, APEL didefinisikan
sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian terhadap
pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu seperti ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap,
untuk menentukan tahap seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan,
bagi mengakses sesuatu program pengajian.
Pengenalan APEL pada satu sudut sememangnya memberi kesan positif untuk
menggalakkan penyertaan golongan bekerja dalam program PSH termasuklah diploma eksekutif.
Melalui APEL pemohon yang mempunyai kelayakan SPM tetapi tidak memenuhi bilangan kredit
yang diperlukan boleh memohon mengikuti program diploma eksekutif selepas memenuhi syarat
penilaian yang ditetapkan oleh pihak MQA. Walau bagaimanapun, penyertaan melalui APEL bagi
13

program diploma eksekutif ini masih lagi pada tahap yang rendah iaitu kurang 10 peratus daripada
keseluruhan permohonan yang diterima oleh UMCCed.
APEL, pada satu sudut yang lain pula pada masa yang sama memberi impak negatif kepada
pengambilan program diploma eksekutif kerana golongan bekerja kini mempunyai pilihan yang
pelbagai sama ada untuk memohon ke peringkat diploma eksekutif mahu pun peringkat yang lebih
tinggi dengan kelayakan akademik yang minimum dan pengalaman bekerja.

Persepsi Terhadap Program Eksekutif
Penawaran program diploma eksekutif oleh UMCCed sejak 1998 tercetus daripada permintaan
tinggi khususnya daripada golongan bekerja sektor swasta bagi tujuan pembangunan kerjaya.
Sebagai komponen sebuah UA, UMCCed tidak tertakluk kepada peruntukan dan keperluan
akreditasi yang pada masa tersebut dikawal selia oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Program
yang ditawarkan ini merupakan program yang bersifat spesifik bagi tujuan perkembangan kerjaya
dan bersifat terminal di mana tiada laluan yang disediakan untuk tujuan lanjutan pengajian.
Penubuhan MQA pada tahun 2007 bagi menggantikan fungsi LAN memperlihatkan
perluasan kawal selia akreditasi ini kepada semua IPT termasuk UA. Sehubungan itu timbul isu
keperluan akreditasi bagi program yang ditawarkan oleh UMCCed serta semua IPT yang
menawarkan diploma eksekutif ini dengan piawaian yang berbeza dan pelbagai. Hanya pada tahun
2010 MQA menyediakan garis panduan untuk akreditasi diploma eksekutif ini dan diletakkan
setaraf dengan program peringkat diploma pada tahap 4 MQF.
Disebabkan penawaran program diploma eksekutif ini telah melalui tempoh yang lama
tanpa akreditasi maka telah wujud persepsi di kalangan masyarakat serta para majikan bahawa
program dengan nama "eksekutif" ini adalah program yang tidak berakreditasi. Selain itu, terdapat
juga kekeliruan untuk menjelaskan perbezaan di antara diploma dan diploma eksekutif yang telah
menimbulkan persepsi bahawa program diploma eksekutif ini adalah kurang berkualiti berbanding
diploma. Berdasarkan ini, UMCCed menghadapi cabaran sengit untuk mengubah persepsi terhadap
program diploma eksekutif yang ditawarkan walau pun kebanyakan program telah pun memperoleh
akreditasi penuh MQA. Menurut Mcneal (2007, dalam Durmaz, 2011), persepsi mempunyai kesan
langsung terhadap tingkah laku pengguna. Persepsi pengguna ini adalah amat penting dalam
mempengaruhi tingkah laku mereka dalam membuat pembelian dan adalah amat penting bagi para
pemasar memahami persepsi pelanggan mereka dengan baik (Durmaz, 2011).
Keraguan serta kurang maklumat berhubung status akreditasi program-program diploma
eksekutif ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada kurangnya sambutan terhadap
program ini.

14

Peluang Melanjutkan Pengajian bagi Graduan Diploma Eksekutif
Walaupun bukan semua graduan Diploma Eksekutif berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke
peringkat seterusnya, namun terdapat sebahagian daripada mereka khususnya yang telah lama
mininggalkan alam persekolahan menjadikan program diploma sebagai platform persediaan
sebelum.ke peringkat ijazah pertama. Walau bagaimanapun, wujud kekangan untuk memenuhi
kehendak mereka, iaitu:
(i)

Mereka adalah golongan dewasa bekerja yang mempunyai komitmen terhadap
keluarga dan diri sendiri dengan tanggungan kewangan sehingga mereka amat bergantung
kepada keperluan untuk bekerja. Tanpa pekerjaan tersebut, struktur sosial diri dan keluarga
adalah terganggu. Ini bermaksud mereka tidak dapat melepaskan pekerjaan mereka sematamata untuk mengikuti pengajian sepenuh masa di universiti.

(ii)

Dalam zaman ini, kebanyakan pelajar ingin melanjutkan pengajian selepas
peringkat diploma eksekutif terus ke peringkat sarjana kerana wujudnya peluang-peluang
tersebut dalam pasaran.

(iii)

Terdapat pandangan dalam UA dan universiti swasta bahawa pengajian
diploma eksekutif adalah kurang berkualiti dan substandard khususnya hasil wujudnya
program tanpa akreditasi sedia ada oleh institusi swasta. Malah, persepsi negatif ini juga
menghalang pengambilan pelajar terbaik sekali pun ke arus pengajian sepenuh masa
(sekiranya ada permohonan). Proses untuk memulakan pengambilan pelajar diploma
eksekutif (berakreditasi) khususnya ke peringkat ijazah pertama di UA dijangka akan
menelan masa dan usaha sehingga persepsi negatif ini dapat dikikis sama sekali.

(iv)

Berdasarkan Standard Diploma Eksekutif oleh MQA (2013), walaupun
diploma eksekutif boleh digunakan sebagai kelayakan masuk ke peringkat ijazah pertama,
namun para pelajar tidak mendapat kelebihan untuk pindahan kredit sepert mana program
diploma.

Kekangan Individu
Selain persepsi pengguna yang masih kabur, keadaan ekonomi semasa dengan kos sara hidup yang
tinggi secara amnya turut menyumbang terhadap kurangnya penyertaan dalam program PSH seperti
mana dinyatakan oleh Barnett (2010) iaitu faktor kewangan adalah antara sebab utama mengapa
golongan bekerja tidak menyambung pengajian mereka.
Berhubung penyediaan dana untuk menyambung pengajian, pelajar diploma eksekutif yang
berakreditasi kini berupaya mendapat pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Negara (PTPTN). Walau pun begitu, terdapat syarat kelayakan yang mengekang sebahagian warga
kerja untuk mendapat kemudahan ini khususnya kelayakan umur di bawah 45 tahun selain kadar
pembiayaan yang tidak mencukupi. Kekangan pembiayaan PTPTN ini memberi kesan langsung
kepada penyertaan penjawat awam yang tidak mempunyai banyak pilihan selain daripada menunggu
15

peluang dan giliran mendapatkan pembiayaan majikan. Berbanding penjawat awam, pekerja sektor
swasta mempunyai sumber pembiayaan yang lain melalui pengeluaran simpanan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) atau pembiayaan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
bagi majikan yang membayar levi. Sungguh pun begitu, tidak semua dapat menggunakan kaedah
pembiayaan ini sepenuhnya kerana sebahagian simpanan Akaun 2 KWSP turut banyak digunakan
untuk tujuan lain khususnya pembelian rumah manakala pembiayaan PSMB adalah tertakluk kepada
pertimbangan majikan.
Menurut kaji selidik National Adult Learner Survey 2010 oleh Department for Business,
Innovation and Skills, United Kingdom, halangan utama golongan dewasa untuk terus belajar adalah
disebabkan faktor kos (58%), kekurangan masa (42%), pekerjaan (29%) dan keluarga (25%). Kaji
selidik ini juga mendapati mereka yang tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik kurang
berkeyakinan untuk menyambung pelajaran selain sukar mendapatkan program yang bersesuaian
dengan mereka. Selain itu, kaji selidik ini juga mendapati motivasi untuk belajar turut dipengaruhi
oleh faktor umur di mana golongan muda berumur 16 hingga 39 tahun menyambung pengajian bagi
tujuan meningkatkan prospek pekerjaan (kenaikan pangkat dan gaji) manakala golongan pekerja
yang lebih berumur bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan kepuasan kerja.
Menurut Tozser (2012), mereka yang tidak mengikuti program PSH adalah disebabkan
halangan-halangan yang terdiri daripada: a) halangan situasi; b) halangan institusi; c) halangan
personaliti; dan d) halangan maklumat. Halangan situasi timbul daripada keadaan kehidupan
seseorang seperti kekurangan masa kerana kerja dan/atau tanggungjawab keluarga. Halangan
institusi adalah amalan dan prosedur yang menghalang penyertaan seperti yuran atau penawaran
kursus yang terhad. Halangan personaliti pula merujuk kepada sikap dan kecenderungan terhadap
pembelajaran manakala halangan maklumat merujuk kepada kekurangan maklumat mengenai
program pendidikan dan latihan yang ditawarkan serta faedah program-program tersebut.

Perkembangan Teknologi Pemasaran
Perkembangan teknologi pada masa kini telah mengubah gaya hidup serta tingkah laku pengguna
khususnya cara mereka bertindak balas terhadap maklumat yang disampaikan. Menurut kajian
Yahoo Mindshare mengenai trend penggunaan telefon mudah alih di Malaysia mendapati 68 peratus
pengguna Malaysia masing-masing menggunakan peranti mudah alih untuk saling berhubungan dan
memenuhi tabiat waktu pagi; aktiviti masa lapang (66 peratus), memperoleh berita (63 peratus) dan
mendapatkan maklumat di mana sahaja (57 peratus) (Bernama, 2014).
Kesan teknologi khususnya dalam penggunaan telefon mudah alih dapat dilihat dalam
konteks pemasaran program UMCCed di mana respon terhadap pengiklanan melalui akhbar-akhbar
utama semakin menurun saban tahun. Berdasarkan analisis respon iklan yang diterima melalui
Sistem Pesanan Ringkas (SMS), tahun 2015 menyaksikan penurunan respon hampir 60 peratus
berbanding respon yang diterima pada tahun 2013. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama
16

jumlah purata pelawat laman web rasmi UMCCed meningkat sebanyak 150 peratus pada tahun 2015
berbanding tahun 2013.
Berdasarkan Kaji Selidik Respon Ambilan Diploma Eksekutif UMCCed yang diadakan
pada ambilan program tahun 2012 (Rajah 4), maklum balas responden menunjukkan sumber utama
bagaimana mereka mengetahui berkenaan penawaran program adalah daripada iklan akhbar iaitu
merangkumi 51 peratus. Walau bagaimanapun, iklan akhbar sebagai sumber maklumat telah
menurun kepada 25 peratus sahaja pada tahun 2015 iaitu penyusutan sebanyak 50 peratus. Menerusi
kaji selidik ini juga didapati sumber maklumat berasaskan internet meliputi iklan, enjin carian dan
media sosial telah meningkat daripada 18 peratus pada tahun 2012 kepada 35 peratus pada tahun
2015 iaitu lonjakan sebanyak 94 peratus.
Rajah 4: Perbandingan Medium Pemasaran

Sumber: Kaji Selidik Respon Ambilan (2012-2015) Diploma Eksekutif UMCCed
Menurut kaji selidik Google Consumer Barometer 2015, 96 peratus penduduk Malaysia kini
memiliki telefon mudah alih di mana 71 peratus daripadanya adalah telefon pintar. Tahap
penggunaan internet pula mencapai tahap 68 peratus populasi meliputi 20.6 juta pengguna aktif.
Daripada jumlah keseluruhan pengguna aktif ini, 18 juta adalah terdiri daripada pengguna internet
mudah alih. Dapatan kaji selidik ini juga menunjukkan pengguna media sosial aktif di Malaysia kini
telah mencapai 18 juta orang di mana 89 peratus daripadanya mengakses media sosial menggunakan
peranti mudah alih.
Perubahan tingkah laku pengguna daripada media tradisional kepada media berasaskan
teknologi internet khususnya laman sosial dan pelbagai aplikasi pengguna telefon pintar telah
menyebabkan para pengeluar produk atau perkhidmatan mempelbagaikan kaedah pemasaran
mereka. Kaedah pemasaran melalui media baharu ini merupakan tambahan kepada kaedah
pengiklanan tradisional sedia ada meliputi media cetak dan elektronik yang telah diamalkan sejak
sekian

lama.

Kepelbagaian

kaedah pemasaran ini

terpaksa

dilaksanakan bagi

tujuan
17

memaksimumkan impak pemasaran kerana para pengguna kini mempunyai akses kepada pelbagai
sumber untuk mendapatkan maklumat.
Tambahan pula, syarikat-syarikat serta individu yang terlibat dalam pembangunan perisian
pula semakin berlumba-lumba untuk membangunkan pelbagai aplikasi berasaskan telefon pintar
selain platform media sosial yang pelbagaian menjadikan pemasaran pada masa kini semakin
kompleks dan memerlukan kos yang tinggi.
Dalam keadaan pasaran yang sengit, para pengeluar produk atau perkhidmatan terpaksa
mengeluarkan kos yang tinggi bagi memenuhi setiap segmen media supaya sesuatu kempen
pemasaran dapat dilaksanakan dengan liputan yang maksima.

CADANGAN

Berikut diberikan beberapa cadangan, dan sesetengahnya adalah perkara dasar yang perlu diambil
tindakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Memperluaskan Pengembangan Program Diploma Eksekutif
Dengan adanya kekangan yang dihadapi dalam akses program diploma eksekutif oleh UA kepada
lebih ramai lagi peserta, maka penyedia program seperti UMCCed perlu meneliti pelaksanaan
program melalui pembelajaran secara e-pembelajaran (e-learning) serta pendidikan secara terbuka
dan jarak jauh (Open and Distance Learning (ODL).

Memperluas Promosi Program dan Kesedaran PSH
Kertas kajian oleh Maniam dan Kuppusamy (2016) telah menemui bahawa pelajar-pelajar yang
mengikuti program-program PSH sendiri tidak tahu tentang PSH. Mereka yang belum lagi terlibat
dalam PSH sudah pasti tidak memahami juga tentang PSH. Adalah dicadangkan Kementerian
Pendidikan Tinggi mempergiatkan lagi konsep PSH untuk meningkatkan lagi minat dan seterusnya
penyertaan dalam khususnya oleh golongan bekerja.

Melonggarkan Syarat Kemasukan yang lebih Fleksibel
Ramai ahli masyarakat sedia ada memasuki pasaran gunatenaga manusia serta-merta selepas
peperiksaan SPM dan ramai juga tidak mempunyai bilangan kredit yang diperlukan untuk
menyambung pengajian dalam program-program PSH, khususnya diploma eksekutif. Kemasukan ke
program diploma eksekutif seboleh-bolehnya perlu disokong walau pun tidak mempunyai sebarang
kredit untuk memberi peluang kepada golongan sedemikian meningkatkan kelayakan akademik
mereka yang akan turut dapat meningkatkan pendapatan mereka sejajar dengan rancangan kerajaan
ke arah negara berpendapatan tinggi.

18

Kelonggaran juga perlu dipertimbangkan khususnya keperluan pengalaman kerja yang
berkaitan sebagai syarat kemasukan kerana terdapat sebahagian golongan bekerja yang berhasrat
mengikuti pengajian bagi tujuan menukar kerjaya dalam bidang yang mereka minati. Keperluan
syarat kemasukan yang ditetapkan pada masa ini telah menyebabkan ramai pemohon tidak dapat
mengikuti pengajian disebabkan ketiadaan pengalaman yang berkaitan dengan program yang
dipohon.

Memperluas Pembiayaan Program
Pada masa ini, pelajar-pelajar yang mengikuti program diploma eksekutif ini berupayamendapat
pinjaman dari PTPTN selain mengeluarkan sebahagian simpanan mereka dalam akaun KWSP.
Untuk menjayakan Lonjakan Ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025)
(Pendidikan Tinggi), adalah penting bakal calon yang ingin terlibat disokong oleh dana dari tabung
khas yang disediakan seperti PSMB tetapi kali ini untuk kegunaan dan permohonan individu.
Tabung tersebut boleh disumbangkan oleh industri dalam konteks Tanggung jawab Sosial Korporat
(Corporate Social Responsibility). Tabung sedemikian berupaya membantu mereka yang baharu
sahaja memasuki pasaran gunatenaga yang tidak dapat dibantu oleh simpanan mereka di KWSP.

Mempercepatkan Proses Penyenaraian di MQR
Penganjuran program diploma eksekutif di bawah swa-akreditasi sewajarnya membawa manfaat
mudah kepada PTj di bawah universiti berkenaan. Namun, untuk menjayakan penganjuran program
diploma eksekutif oleh UA, adalah dicadangkan pihak MQR terus mendaftar program-program yang
berjaya diluluskan oleh Senat Universiti dan LPU, khususnya untuk Akreditasi Sementara. Dengan
penyenaraian terus melalui kepercayaan yang diberi kepada institusi yang diberi status swaakreditasi, maka sudah pasti calon-calon yang berminat untuk mengikuti program tersebut tidak
akan teragak-agak untuk mendaftar ke program berkenaan.

Memberikan Nilai Tambah Melalui Pemindahan Kredit
Bagi tujuan menggalakkan lagi penyertaan masyarakat di dalam program PSH, perlu wujud satu
kesinambungan di antara program-program yang ditawarkan khususnya berbentuk akademik.
Pemindahan kredit di antara program khususnya diploma eksekutif ke peringkat ijazah pertama akan
memberi nilai tambah kepada program PSH sedia ada serta menarik lebih ramai graduan diploma
eksekutif untuk melanjutkan pengajian mereka.

Melengkapkan Penyenaraian Program PSH dalam MQF
Pada masa ini, hanya terdapat program diploma eksekutif sahaja yang disenaraikan dibawah sektor
PSH dalam MQF. Pihak KPT dan MQA seharusnya mengambil langkah segera mewujudkan senarai
serta standard bagi kelayakan program akademik di peringkat tinggi yang lain dalam MQF di bawah
19

sektor PSH bagi tujuan menyediakan laluan pendidikan yang jelas bagi golongan bekerja mengikuti
program PSH.

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati bahawa penawaran program diploma eksekutif
sememangnya telah memberi kesan positif khususnya dalam pembangunan kerjaya golongan
bekerja selain peningkatan pengetahuan secara berterusan melalui lanjutan pengajian ke peringkat
lebih tinggi. Walau bagaimanapun, cabaran dan kekangan khususnya disebabkan persaingan oleh
institusi pembekal latihan, sumber kewangan terhad, ketidakseragaman dalam pemakaian standard
akreditasi selain perkembangan pesat teknologi dan kepelbagaian kaedah pembelajaran telah
memberi impak terhadap pendekatan pemasaran khususnya untuk menarik lebih ramai golongan
bekerja mengikuti program ini.
Kertas ini juga mendapati bahawa pengakreditasian program diploma eksekutif telah
memberi kesan negatif terhadap enrolmen pelajar disebabkan oleh syarat kemasukan yang ketat.
Bagi memastikan program PSH ini dapat terus berdaya saing, pihak MQA khususnya perlu melihat
semula serta mempertimbang untuk mengurangkan halangan serta memberi kelonggaran terhadap
syarat kemasukan khususnya bagi program berbentuk PSH yang lebih fleksibel. Ini adalah perlu
bagi memperluaskan lagi akses kepada program PSH ini tanpa meletakkan sekatan kepada manamana individu yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian selaras dengan hasrat kerajaan untuk
membudayakan PSH di kalangan masyarakat.
RUJUKAN
Aspin, D. & Chapman, J. (2001), “Lifelong learning: concepts, theories and values”, kertas
dibentangkan dalam The Standing Conference on the University Teaching and Research in the
Educati

Dokumen yang terkait

EFEKTIVITAS PENDIDIKAN KESEHATAN TENTANG PERTOLONGAN PERTAMA PADA KECELAKAAN (P3K) TERHADAP SIKAP MASYARAKAT DALAM PENANGANAN KORBAN KECELAKAAN LALU LINTAS (Studi Di Wilayah RT 05 RW 04 Kelurahan Sukun Kota Malang)

45 393 31

PENGEMBANGAN TARI SEMUT BERBASIS PENDIDIKAN KARAKTER DI SD MUHAMMADIYAH 8 DAU MALANG

57 502 20

STRATEGI PEMERINTAH DAERAH DALAM MEWUJUDKAN MALANG KOTA LAYAK ANAK (MAKOLA) MELALUI PENYEDIAAN FASILITAS PENDIDIKAN

73 431 39

PEMAKNAAN BERITA PERKEMBANGAN KOMODITI BERJANGKA PADA PROGRAM ACARA KABAR PASAR DI TV ONE (Analisis Resepsi Pada Karyawan PT Victory International Futures Malang)

18 209 45

AN ANALYSIS OF LANGUAGE CONTENT IN THE SYLLABUS FOR ESP COURSE USING ESP APPROACH THE SECRETARY AND MANAGEMENT PROGRAM BUSINESS TRAINING CENTER (BTC) JEMBER IN ACADEMIC YEAR OF 2000 2001

3 95 76

EFEKTIVITAS PENGAJARAN BAHASA INGGRIS MELALUI MEDIA LAGU BAGI SISWA PROGRAM EARLY LEARNERS DI EF ENGLISH FIRST NUSANTARA JEMBER

10 152 10

IMPLEMENTASI PROGRAM PENYEDIAAN AIR MINUM BERBASIS MASYARAKAT (Studi Deskriptif di Desa Tiris Kecamatan Tiris Kabupaten Probolinggo)

21 177 22

PROGRAM BK SAKETI 2 07 08

19 122 18

PENGARUH HASIL BELAJAR PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN TERHADAP TINGKAT APLIKASI NILAI KARAKTER SISWA KELAS XI DALAM LINGKUNGAN SEKOLAH DI SMA NEGERI 1 SEPUTIH BANYAK KABUPATEN LAMPUNG TENGAH TAHUN PELAJARAN 2012/2013

23 233 82

JUDUL INDONESIA: IMPLEMENTASI PENDIDIKAN INKLUSIF DI KOTA METRO\ JUDUL INGGRIS: IMPLEMENTATION OF INCLUSIVE EDUCATION IN METRO CITY

1 56 92