PENERAPAN NILAI AKHLAK DALAM MENJANA PEM

SEMINAR PENDIDIKAN USULUDDIN KETIGA PERINGKAT SERANTAU

PENERAPAN NILAI AKHLAK DALAM MENJANA PEMBANGUNAN BELIA
Mohammad Muslihuddin Syah Haji Mustafa

ABSTRAK
Akhlak merupakan aset penting dalam Islam. Malah perutusan Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi
Wasallam juga antara lain bertujuan menyempurnakan akhlak mulia manusia. Oleh itu,
masyarakat kita terutama sekali golongan belia perlulah dididik, dibimbing dan diasuh dari
awal dengan pendidikan akhlak yang tersusun rapi untuk melahirkan generasi rabbani. Belia
adalah aset negara yang amat berharga. Masa depan negara terletak kepada keupayaan
serta peranan meraka dalam memastikan pembangunan negara sentiasa terjamin. Apatah
lagi dalam usaha kita untuk melestarikan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), menanai
konsep ‘Negara Zikir’ di samping mencapai Wawasan Brunei 2035. Sudah setentunya kita
memerlukan belia yang berakhlak mulia dan mempunyai jati diri yang teguh dalam
menongkah arus kehidupan pada zaman yang penuh pancaroba ini. Dalam kertas kerja ini,
penulis akan membincangkan penerapan nilai akhlak menurut persepktif Islam dan kesannya
terhadap pembangunan belia.

PENDAHULUAN
Akhlak merupakan tujuan utama pendidikan Islam. Malah, Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi

Wasallam diutus ke muka bumi dengan misi untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
Sebagaimana hadith Baginda Ṣallallahu cAlaihi Wasallam:

.‫إما بعثت لأمم صاح اأخاق‬
Maksudnya:
Sesungguhnya aku (Nabi) diutuskan untuk menyempurnakan (mengajar akhlak yang mulia)
(Imam A mad, Musnad A mad 18:8595)

Oleh itu, penanaman akhlak kepada anak-anak pada usia masih kecil dan diteruskan
sehingga ke usia belia amat penting bagi menyediakan mereka tugas menggalas
tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.
Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada daya pemikiran, bahkan juga boleh
dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan akhlak
atau moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak terlepas atau
terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang lain ataupun
benda lain iaitu adakah baik atau tidak segala tindakan tersebut. Jika baik jawapannya perkara

1

SEMINAR PENDIDIKAN USULUDDIN KETIGA PERINGKAT SERANTAU


itu akan dilakukan tetapi jika jahat perkara itu akan ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik.
Tetapi jika sebaliknya yang dilakukan itulah akhlak yang buruk.
AKHLAK DALAM ISLAM
Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi Wasallam membangunkan sahsiah umatnya dengan komponen
asas Islam, iaitu akidah, syariah, dan akhlak. Ini menunjukkan kedudukan akhlak amat
penting sebagai salah satu daripada tunjang Islam itu sendiri (Akram Dahaman & Amani
Dahaman 2009).
Perihal akhlak ini ada disebutkan dalam hadith Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi Wasallam:

.‫أفضل امؤمنن أحسنهم خلقا‬
Maksudnya:
Sebaik-baik orang yang beriman itu ialah mereka yang bagus akhlaknya (Abū Dawud, Sunan
Abū Dawud 12:4062).
Dalam hal ini, Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi Wasallam merupakan contoh teladan
yang baik di mana Baginda diakui mempunyai sifat-sifat yang sempunra serta akhlak yang
tinggi. Allah Sub ānahu Watacālā menerangkan kemuliaan akhlak Rasulullah melalui
firman-Nya:
.                   


Maksudnya:
Demi sesungguhnya! adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya
itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah
dan (balasan baik) hari akhirat. dan sesiapa Yang berpaling daripada mencontohi mereka,
(maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana Sesungguhnya Allah Dia lah Yang
Maha Kaya, lagi Maha Terpuji (al-Qur’an, al-Mumta anah 60:6).
Antara lain tujuan pembentukan akhlak itu ialah (Adab, Akhlak & Etika dalam Islam,
6 Januari 2014):
1) Berinteraksi dengan Allah Sub ānahu Watacālā melalui aqidah yang sempurna dan
ibadah yang sahih.
2) Berinteraksi dengan diri dan jiwa secara rasional, jelas dan benar serta memberi
komitmen yang mutlak terhadap manhaj Allah Sub ānahu Watacālā.

2

SEMINAR PENDIDIKAN USULUDDIN KETIGA PERINGKAT SERANTAU

3) Berinteraksi dengan Allah Sub ānahu Watacālā melalui perlaksanaan hak kepada
yang berhak berdasarkan kepertanggungjawaban akal dan syara’. Dengan itu, akhlak
Islam akan memberi keredhaan kepada jiwa manusia.

Abdullah al-Amin al-Na’miy (1994) turut mengulas tentang peranan agama dan
akhlak. Beliau menegaskan bahawa agama bermatlamatkan ke arah pembinaan akhlak yang
baik sama ada melalui perintah atau pun tegahannya. Setiap perlakuan yang terpuji
merupakan yang disuruh agama dan perlakuan keji pula merupakan yang dilarang oleh
agama.
Bersabit akhlak yang baik dan mulia ini, Yūsuf al-Qarḍ wī (1993) ada menyatakan
seperti berikut:
Akhlak mulia merupakan satu juzuk utama daripada pembentukan masyarakat Islam.
Terserlah daripada amalan mereka sifat adil, suka melakukan kebaikan, dan bersifat
kasihan belas kepada orang lain. Dia bercakap benar, amanah, sabar, menepati janji,
mulia dan menjaga maruah diri. Terserlah dalam interaksi mereka dengan orang lain
sifat rendah hati, pemurah, berani, enggan melakukan kejahatan dan suka berkorban.
Dia bersedia menghulurkan bantuan dengan kadar segera. Penampilannya bersih dan
bersikap sederhana dalam segala segi. Dia suka memaafkan orang lain, memberi
nasihat, boleh bekerjasama, membenci segala yang diharamkan Allah Sub ānahu
Wata cālā. Dia berupaya menundukkan nafsu syahwat dan sifat marah. Impiannya
ialah berusaha melakukan sebanyaknya pelbagai amal kebaikan, mengutamakan
orang lain berbanding diri sendiri, serta melakukan kebaikan kepada seluruh mahluk
Allah Sub ānahu Watacālā.
Azhar Ahmad (2006) pula menjelaskan bahawa akhlak merupakan sendi yang

mengikat perhubungan dalam sesebuah masyarakat bagi mewujudkan kestabilan, keamanan
dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu, pendidikan akhlak perlu ditekankan dalam
membangunkan insan yang bakal menerajui masyarakat dan negara agar tidak berlaku
kepincangan ketika kita mengejar kecemerlangan dalam kehidupan. Seterusnya, apa yang
lebih penting ialah berjaya mencapai apa yang dihasratkan dalam Islam iaitu kecemerlangan
duniawi dan ukhrawi.
Kepentingan akhlak ini turut disentuh oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di dalam titah Baginda
sempena Sambutan Maulud Nabi Mu ammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam pada 31 Mac
2007M yang antara lain berbunyi:
Apabila Brunei bersih dari segala bentuk akhlak yang tidak diingini, maka tidak syak
lagi, ia akan mengungguli imej yang indah lagi gemilang. Dan manakala ini berlaku,
ia juga akan mengungguli keteladanan seluruh jagat ini.

3

SEMINAR PENDIDIKAN USULUDDIN KETIGA PERINGKAT SERANTAU

AKHLAK DAN BELIA
Kita sudah pasti sering mendengar berbagai slogan yang berkaitan dengan belia.

Antaranya ialah Belia Tonggak Negara, Belia Harapan Bangsa dan Negara, Belia pelapis
bangsa, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara dan bermacam-macam lagi. Tidak
dapat dinafikan lagi, golongan belia adalah aset paling bernilai bagi mewarisi kepimpinan
dan pembangunan masa depan negara. Mereka merupakan barisan pelapis yang mempunyai
peranan dan tanggungjawab yang sangat besar. Berpotensi dalam mempengaruhi trend
mahupun sikap masyarakat dalam sesebuah negara. Jika barisan muda lesu dan tidak
bermaya, maka mundurlah sebuah bangsa.
Menurut Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar (2011),
Keruntuhan akhlak ini boleh mendatangkan kesan negatif kepada negara, masyarakat,
keluarga dan individu itu sendiri:
1. Kesan Kepada Negara
Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.
Pembangunan dan ekonomi negara akan terbantut.
Meningkatkan kadar jenayah.
2. Kepada Masyarakat
Masyarakat jadi porak peranda, berpecah belah.
3. Kepada Keluarga
Berlaku keruntuhan institusi keluarga.
Masa depan anak-anak terbiar, tiada tempat bermanja.
Terbit isu-isu sosial yang lain seperti dadah dan lain-lain.

4. Kepada Individu.
Dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat.
Kesan yang buruk pada diri individu.

Kepentingan para belia kepada pembangunan negara telah lama ditegaskan oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam melalui titah Baginda sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara
Brunei Darussalam 1987 yang antara lain berbunyi:
Beta ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada belia-belia di Negara
Brunei Darussalam pada amnya supaya tampik ke hadapan menyahut dan memikul
seruan-seruan dan aspirasi Kerajaan. Di dalam proses membangun bangsa, agama dan
negara ianya adalah juga bergantung kepada tenaga mental serta fizikal dan kesedaran
belia-belia di dalam negeri memikul tanggungjawab. Belia-belia adalah penggerak

4

SEMINAR PENDIDIKAN USULUDDIN KETIGA PERINGKAT SERANTAU

dan pendukung kepada semua dasar dan matlamat Kerajaan untuk membawa
bangsa dan negara ke arah keamanan, perpaduan, kemajuan dan kemakmuran hidup.

Menurut Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang
Haji Mohammad bin Haji Daud (2007), belia yang memiliki akhlak yang murni akan dapat
memikirkan perkara-perkara yang baik dan positif di samping bertindak berlandaskan akal
fikiran yang matang. Dengan memiliki nilai-nilai akhlak Islam juga akan menjadikan seorang
belia itu lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, jiran tetangga, kerjaya,
bangsa, agama dan negara. Belia yang positif ini juga akan dapat menyedari kepentingan
peranan mereka selaku aset negara dan bakal menerajui kepimpinan dan pentadbiran negara.
Para belia perlu ‘mesra’ dengan ugama dan budaya sihat sebagaimana titah Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam semasa Musabaqah Tilawah al-Qur’an Belia Asia Tenggara 2007:
Beta adalah menginginkan satu masyarakat belia yang konsisten kepada amalanamalan beragama, kepada budi pekerti yang mulia, serta sentiasa memahami akan
harga diri mereka selaku aset negara. Para belia perlu mesra dengan ugama dan kaya
dengan unsur-unsur budaya yang sihat.
CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI
Pada zaman yang penuh pancaroba, sudah setentunyalah berbagai cabaran dan faktor yang
boleh mengakibatkan rosaknya akhlak para belia. Antaranya ialah pengaruh media massa,
faktor dalam manusia, pengaruh rakan sebaya mahupun fahaman yang bertentangan.
Pengaruh globlasisasi
Kita sekarang sedang berdepan dengan era globlalisasi yang menimbulkan gaya kehidupan
yang semakin mencabar. Arus globalisasi memberi lebih ruang yang lebih terbuka kepada

kita untuk mendapat maklumat tanpa perlu disaring atau ditapis. Ia telah banyak
mempengaruhi cara hidup golongan belia dalam masyarakat yang berteraskan nilai-nilai
akhlak Islam dan adat resam ketimuran. Kesan negatif akibat dari globlalisasi ini
menimbulkan ancaman kepada budaya dan nilai sosial.
Pengaruh media massa dan media elektronik telah banyak menyumbang kepada
kemerosotan penghayatan nilai-nilai murni budaya tempatan dalam kalangan belia. Banyak
cara hidup yang dianggap tidak sesuai dan bercanggah dengan budaya kehidupan tempatan
sering dikaitkan dengan pengaruh globalisasi ke atas para belia (McQuail 2000).

5

SEMINAR PENDIDIKAN USULUDDIN KETIGA PERINGKAT SERANTAU

Faktor Dalaman Manusia
Faktor dalaman manusia juga boleh membawa kepada kerosakan akhlak. Menurut Abu
Urwah (2001) ,sifat-sifat negatif itu ialah:
1. Al-Ajz atau lemah jiwa
Orang yang berjiwa lemah tidak mempunyai cita-cita yang luhur serta tidak
mempunyai ketahanan dan semnagat perjuangan yang tinggi. Orang seperti ini mudah
mengikut telunjuk orang lain tanpa menilai sesuatu perkara itu. Agama Islam

menggesa umat manusia agar menjauhi sifat lemah jiwa ini.
2. Al-Ḥuzn atau dukacita
Al- uzn ialah perasaan dukacita dan keresahan yang berlarutan di dalam jiwa
manusia akibat mengenangkan kerugian, penderitaan atau pengalaman-pengalaman
pahit yang dialama pada masa yang lampau. Setiap orang akan merasa dukacita
terhadap musibah yang menimpanya. Walau bagaimanapun, sikap terlalu terbawabawa dengan rasa kesedihan dan dukacita sehingga melemahkan semangat merupakan
suatu sifat yang buruk. Sifat ini bertentangan dengan sifat insan yang sejati
sebagaimana firman Allah Sub ānahu Watacālā:
.        
Maksudnya:
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan
Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu),
padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai
kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman (al-Qur’an,
li cImr n 3:139).
3. Al-Khawf atau takut
Al-Khawf yang dituntut dalam Islam adalah khawf kepada Allah Sub ānahu
Wata cālā, sebagaimana firman-Nya:
.  
Maksudnya:

Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada
Ku (semata-mata) (al-Qur’an, al-Baqarah 2:150).

6

SEMINAR PENDIDIKAN USULUDDIN KETIGA PERINGKAT SERANTAU

Namun begitu, perasaan khawf selain kepada Allah Sub ānahu Watacālā adalah salah
satu faktor dalaman manusia yang boleh meruntuhkan akhlak manusia. Jika al- uzn
adalah perasaan dukacita terhadap perkara-perkara yang telah berlalu, al-Khawf pula
ialah perasaan takut terhadap perkara-perkara yang akan datang. Perasaan cemas
sebegini nyata sekali bertentang dengan tuntuan tawakal yang diseru oleh Allah
Sub ānahu Watacālā.
Pengaruh rakan sebaya
Rakan dan sahabat mempunyai pengaruh yang kuat terhadap akhlak manusia terutama sekali
golongan belia. Pergaulan dengan seseorang yang berakhlak baik dan berbudi pekerti akan
menjadikan jiwa seseorang itu cenderung kepada kebaikan. Manakala pergaulan dengan
sesorang yang berakhlak keji akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap kehidupan
manusia. Sesuai dengan firman Allah Sub ānahu Watacālā:
                
.              
Maksudnya:
Dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat Dengan orang-orang Yang beribadat
kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, Yang mengharapkan keredaan Allah
semata-mata; dan janganlah Engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya
kerana Engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah Engkau mematuhi orang
Yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di
Dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah
melampaui kebenaran.
Para belia berasa senang berkongsi pendapat dengan rakan sebaya berbanding anggota
keluarga. Komunikasi bersama rakan dianggap kurang tergendala kerana ‘ngam’ dan boleh
dikongsi bersama. Hubungan akrab ini jika salah hala tujunya sudah pasti membawa mereka
kepada budaya ‘baru’ dan ‘barat’ yang terperangkap dengan krisis nilai, sosial dan moral.
Ancaman fahaman yang bertentangan
Menurut Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang
Suhaili bin Haji Mohiddin (2013), berlandaskan kepada perlembagaan, dengan tegas
dinyatakan rakyat Brunei hendaklah berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Waljama’ah, ia
merupakan satu rahmat daripada Allah Sub ānahu Watacālā kepada negara dan rakyat.
Tanpa kita berpegang kepadanya, sudah setentunya keharmonian dan perpaduan masyarakat
Islam yang kita rasakan pada hari ini tidak dapat dikecapi.

7

SEMINAR PENDIDIKAN USULUDDIN KETIGA PERINGKAT SERANTAU

Fahaman-fahaman dan aliran-aliran yang tidak selari dengan Ahli Sunnah
Waljama’ah seperti Syiah, Wahabiyyah, Bahaiyyah telah dan sedang berlaku tanpa kita
sedari. Begitu juga dengan fahaman-fahaman seperti Sekularisme, Pluralisme dan
Liberalisme.
Kesemua fahaman ini sangat membahayakan aqidah masyarakat kita yang beraliran
Ahli Sunnah Waljama’ah dan boleh mengacau-bilaukan perpaduan umat Islam. Oleh itu,
sebagai langkah awal sebelum fahaman-fahaman seperti ini menular dan merebak, pihakpihak berkuasa perlu sentiasa peka dan berwaspada akan setiap gerak-geri dan percubaan
membawa masuk dan seterusnya mengembangkan fahaman tersebut untuk memesongkan
aqidah umat Islam. Langkah dan strategi yang berkesan bagi menghalang fahaman tersebut
daripada tersebar perlu diatur dengan teliti dan dilaksanakan kerana penyebaran fahaman ini
berlaku dengan halus dan pantas melalui buku-buku, majalah-majalah, internet, dan
sebagainya.
Perkara ini telahpun menjadi perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji
Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam. Sempena Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434, baginda antara lain bertitah
mengenai perkara ini:
Turut membimbangkan kita, medan bagi penyaluran ajaran atau fahaman
menyeleweng ini sangatlah luasnya. Ia tidak lagi terbatas setakat dari mulut ke mulut
atau dari satu individu kepada individu lain, tetapi sudah sangat canggih dan lengkap
melalui buku-buku, majalah-majalah, surat-surat khabar dan internet, seperti sahaja,
keadaan itu sudah tidak dapat dibendung lagi. Oleh itu, Beta mengingatkan, supaya
kita di Brunei tidak akan terbawa-bawa untuk mencedok sebarang pemikiran atau
fahaman yang menyalahi itu. Luruskanlah pendirian dan tetapkan iman kita, kepada
hanya, ugama yang dibawa oleh Nabi Mu ammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam
semata-mata, yang namanya “Islam”.
Kita orang Islam mestilah sebulat-bulatnya kepada Islam itu, kerana inilah yang
diperintahkan oleh Allah dan RasulNya, Sayyidina Mu ammad Ṣallallahu cAlaihi
Wasallam. Kita tidak boleh menambah-nambah atapun mengurangi apa-apa yang
telah diperintahkan itu. Kerana itu adalah sangat aneh, dan malah tidak dapat diterima
sama sekali, sebarang istilah, seperti “Islam Liberal”, “Pluralisme Ugama” dan lainlain lagi seumpamanya. Ini semua, tidak akan kena mengena dengan Brunei. Brunei
adalah Bumi Islam tulin, Insya Allah, pegangan ini akan terus kekal turun temurun,
sehingga ke akhir zaman.

8

SEMINAR PENDIDIKAN USULUDDIN KETIGA PERINGKAT SERANTAU

PENERAPAN AKHLAK ISLAM KEPADA BELIA
Akhlak pada umumnya dapat diterap, dibentuk dan diperbaiki, sesuai dengan firman Allah
Sub ānahu Watacālā:
.                 
Maksudnya:
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang
sesuai Dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang
membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya
berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih
(dengan iman dan amal kebajikan). Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan
dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran
maksiat) (al-Qur’an, al-Shams 91:7-10).
Menurut Imam al-Ghaz lī, akhlak yang paling utama dibahagikan kepada empat,
iaitu:
1. Al- ikmah atau kebijaksanaan dalam mengendalikan diri seseorang daripada hawa
nafsu. Hidupnya akan sentiasa terkawal dan memiliki motivasi yang kuat untuk
memperolehi kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup.
2. Al-cAdl atau jiwa yang dapat mencegah kemarahan dan hawa nafsu untuk mencapai
hikmah. Sifat ini dapat membimbing ke arah keselamatan, ketenteraman dan
kebahagiaan.
3. Al-Shaj cah atau keberanian, iaitu teguh hati dalam membela dan mempertahankan
kebenaran, tidak berundur apabila dicela, dan tidak meninggi diri apabila dipuji. Sifat
ini mampu membuatkan manusia tekun bekerja dengan penuh keikhlasan tanpa rasa
bosan atau malas.
4. Al-cIffah atau menjaga diri daripada perbuatan maksiat dan menjauhi diri dari
perbuatan tidak baik.
Ini bermaksud bahawa keluhuran budi pekerti berpunca dari kesederhanaan dalam
kekuatan akal fikiran, kesempurnaan kebijaksanaan, pertengahan dalam kekuatan marah, dan
keinginan syahwat dalam keadaan kedua-duanya patuh dan tunduk kepada pertimbangan akal
fikiran dan batasan syara’ (Sacīd bin Q sim 1995).

9

SEMINAR PENDIDIKAN USULUDDIN KETIGA PERINGKAT SERANTAU

Menurut cAbd Allah A mad Q dirī (1988), penerapan dan pembentukan akhlak Islam
itu bermula dengan tarbiah individu itu sendiri. Malah Kassim Ismail (1428H/2007)
menegaskan, akhlak itu hendaklah dihayati secara praktikal dalam kehidupan sehari-hari.
Dalam hal ini, penerapan akhlak itu perlu meliputi perkara-perkara berikut:
1. Meningkatkan ilmu pengetahuan
Seorang belia wajib menuntut dan terus menuntut ilmu pengetahuan. Ilmulah yang
membantu kita mengenali yang manakah akhlak mahmudah dan yang manakah
akhlak mazmumah. Tanpa ilmu tidak mungkin seseorang itu mengetahui akhlak
bagaimanakah yang dipuji dan akhlak bagaimanakah pula yang dikeji. Sebagaimana
firman Allah.
Dalam konteks ini, nilai akhlak dan ilmu pengetahuan itu memang tidak dapat
dipisahkan. Dengan ilmu pengetahuan, mereka beruapaya untuk membezakan antara
akhlak baik dan buruk, antara kaca dan permata, antara timur dan barat dan tidak
keterlaluan untuk dikatakan antara syurga dan neraka. Dalam usaha kita untuk
mendewasakan belia supaya lebih tabah dan cekal, lebih yakin menempuh masalahmasalah kehidupan dan lebih bijaksana dalam menentukan hala tujunya, penerapan
akhlak dan ilmu kepada harus mendapat kedudukan utama dalam maslahat
pembangunan belia. Bangsa yang menitikberatkan pendidikan dan akhlak adalah
bangsa yang mempunyai masa depan kerana ummah yang berilmu dan berakhlak
tidak sama dengan ummah yang tidak memiliknya. Ini adalah iktibar para belia yang
kurang bijaksana dan mudah terkeliru pilihan apabila berhadapan dengan nilai-nilai
budaya luaran iaitu mereka jahil dan kaku untuk memilih antara yang baik dan buruk.
2. Keazaman yang tinggi dan berlapang dada
Menanamkan nilai-nilai aklak berlandaskan keIslaman ke dalam diri memerlukan
keazaman yang tinggi. Melalui keazaman yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan
untuk benar-benar menghayati sifat-sifat yang mulia. Perkara ini berdasarkan kepada
hakikat bahawa akhlak mahmudah dan iman yang teguh merupakan dua perkara yang
tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, tugas pembinaan iman dan tugas pembentukan
akhlak yang mulia adalah dua tugas yang sentiasa bergerak seiring.
Seorang belia itu juga hendaklah sentiasa berlapang dada untuk mendengar
nasihat orang lain. Ada masanya seseorang itu tidak menyedari kekurangan di dalam
dirinya. Malah ada yang membalas balik dengan tengkingan. Kita sepatutnya merasa
syukur terhadap nasihat-nasihat yang bertujuan untuk memperbaiki diri kita dan
memperelokkan akhlak kita (Abd. Karim Zaidan 1993).
3. Bijal dalam pergaulan
Bergaul dengan orang-orang atau rakan-rakan yang berakhlak mulia merupakan di
antara cara yang berkesan untuk menyemai nilai akhlak. Ini kerana naluri manusia
terutama sekali golongan belia cepat meniru, terpengaruh dan terikut-ikut dengan
teman rapatnya. Bergaullah dengan insan yang baik budi pekertinya. Insya Allah, para

10

SEMINAR PENDIDIKAN USULUDDIN KETIGA PERINGKAT SERANTAU

belia akan terhindar dari gejala maksiat, negatif dan unsur-unsur yang menghuruharakan masyarakat keseluruhannya.
Secara ringkasnya, penerapan nilai-nilai akhlak sedikit sebanyak dapat memberi
implikasi yang besar kepada seorang belia, antaranya ialah:
1. Seorang belia itu akan bersikap terbuka, tidak jumud dan sempit fikirannya. Ia akan
menjadi seorang belia yang amanah, cekap dan berdisiplin. Ini adalah kerana apabila
nilai keIslaman telah sebati dengan jiwa seseorang hamba, maka sebarang
tindakannya akan berlandaskan kepada ketwaqwaan kepada Allah.
2. Nilai-nilai akhlak akan melahirkan belia yang mempunyai harga diri dan keyakinan
diri yang paling tinggi.
3. Melahirkan belia yang mempunyai rasa rendah diri dan tawadu’. Oleh itu, ia boleh
membentuk budaya kerja yang bercirikan semangat hormat menghormati, prihatin dan
bantu membantu antara satu sama lain.
4. Membina belia yang mempunyai tahap kesabaran, keazaman dan kesungguhan yang
tinggi. Apabila ia melakukan sesuatu yang berdasarkan lunas-lunas Islam, maka ia
pastu mendapat petunjuk daripada Allah Sub ānahu Watacālā.
5. Pegangan konsep akhlak dalam Islam akan menjadikan manusia itu orang yang
beriman, berani dan berdiri tegak dalam kebenaran. Ini akan menjadikan seorang belia
itu mengamalkan nilai-nilai yang murni, amanah dalam tanggungjawab dan rajin serta
cekap dalam menjalankan tugas.
6. Dengan nilai akhlak tersebut, sudah setentunya para belia akan memiliki keimanan
yang teguh, kedewasaan minda dan semangat patriotik yang tinggi. Secara tidak
langsung, mereka akan dapat berfikir, proaktif dan bukannya seorang belia yang pasif
terhadap mana-mana perlaksaan tugas dan tanggungjawab dalam pembangunan
negara.
PERANAN AGEN PENERAPAN AKLAK
Penerapan nilai akhlak kepada para belia dan seterusnya melahirkan generai pelapis negara
bukanlah tanggungjawab yang mudah. Malah ia memerlukan usaha yang berterusan dari
agen-agen yang berkaitan. Pihak-pihak atau agen-agen ini mempunyai peranan yang besar
dalam menjana pembangunan belia sekaligus membentuk modal insan.
Ibu Bapa
Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik para belia dengan nilai akhlak,
amalan yang baik begitu juga dengan unsur-unsur kemasyarakatan. Ibu bapa juga perlu

11

SEMINAR PENDIDIKAN USULUDDIN KETIGA PERINGKAT SERANTAU

memberi fokus kepada pembangunan belia yang produktif dan berguna kepada keluarga,
masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Sehubungan dengan itu, ibubapa tidak boleh mengambil sikap lepas tangan mengenai
pendidikan anak-anak serta menyerahkan seratus peratus tugas mendidik anak mereka kepada
pihak institusi pendidikan semata-mata. Sebaliknya ibu bapa perlu sentiasa peka dan
bertindak bijak dalam mendidik belia dengan akhlak yang sempurna dan memperlihatkan
teladan yang baik sebagai bakal pemimpin yang bertanggungjawab.
Perlu juga diingat, belia remaja dalam proses pertumbuhannya akan melalui ‘masa
terumbang-ambing (period of uncertainty). Pada saat inilah, belia yang memiliki asas yang
kukuh dan mantap akan mempunyai hala tuju yang cerah. Malah seandainya mereka tersilap
langkah atau tersesat jalan sekalipun, mereka pasti akan mudah kembali ke pangkal jalan.
Institusi Pendidikan
Institusi pendidikan merupakan tulang belakang negara dalam memastikan generasi akan
datang menjadi generasi yang akan berupaya mendokong aspirasi dan kesinambungan
keharmonian negara. Tidak syak lagi, institusi pendidikan hendaklah diurus dan ditadbir
dengan baik, efektif dan sistematik serta bertunjangkan dasar pendidikan negara yang telah
ditanai dan diolah selari dengan wawasan negara.
Institusi pendidikan mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi belia
dengan akhlak Islam.Antaranya ialah:
1. Menggandakan keberkesanan pentadbiran, pengajaran serta pembelajaran,
menambahkan produktivitinya dan meningkatkan kewibawaannya dalam kalangan
setiap warganya sama ada mereka itu tenaga akademik, tenaga sokongan mahupun
penuntut.
2. Memperbaiki suasana institusi pendidikan dan mendaulatkan elemen keIslaman di
dalam kampus pendidikan.
3. Mendidik para penuntut dengan nilai serta akhlak yang mulia seperti menghormati
peraturan, menjaga perasaan sesama insan, menjaga standard layanan dalam
berinteraksi, berkorban, “self criticism”, mengawal diri, menghargai ilmu,
menghormati pendidik dan sebagainya.
Pihak-pihak yang berkuasa
Tuntutan nilai-nilai akhlak tidak akan berjalan dengan lancar jika tidak berjalan seiring
dengan autoriti yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. Oleh itu, tanggungjawab pihak
yang berkuasa ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera pentadbiran yang dapat

12

SEMINAR PENDIDIKAN USULUDDIN KETIGA PERINGKAT SERANTAU

beoperasi untuk memastikan ketertiban serta penghayatan kaedah-kaedah akhlak dalam
masyarakat.
Alhamdulillah, di negara ini, elemen akhlak Islam dapat diterapkan oleh pihak
berkuasa melalui penguatkuasaan yang ketat dan bijaksana. Tiada lesen-lesen dan operasioperasi pusat maksiat seperti pusat perjudian, pusat karouke, kasino, disco dan sebagainya.
Malah baru-baru ini dikhabarkan, K-Box di premis perniagaan juga tidak lagi dibenarkan
beoperasi. Ia merupakan tindakan yang baik dan mengkagumkan, namun ia bukanlah tiket
untuk kita bermegah-megah, malah kita mesti terus mengekalkan tatasusila akhlak keISlama
dan keBruneian
Dalam konteks ini, kita masih dapat melihat secara realiti, sebahagian daripada kita
masih berjoging di waktu Maghrib, di padang pun masih nampak orang sedang bermain atau
baru berhenti bermain dan di Mall pun demikian juga, orang-orang masih berkeliaran. Boleh
sahaja mereka akan tertinggal bersembahyang maghrib.
Persoalan utama di sini ialah: Mengapa hal ini boleh terjadi? Kita ambil contoh,
permainan bolasepak di padang dan kompleks sukan. Seharusnya bahkan sewajibnya
permainan bolasepak berhenti sebelum waktu maghrib. Lebih molek lagi, kira-kira 10-15
minit sebelum maghrib bagi memberi jaminan mereka tidak ketinggalan bersembahyang
maghrib. Dalam hal ini, pihak-pihak yang berkepentingan boleh mengambil inisiatif untuk
menegur agar berhenti lebih awal atau pun menutup sementara padang dan kompleks sukan
sebelum maghrib
Menurut Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang
Suhaili bin Haji Mohiddin (2013), di sinilah pula, kepentingan Amar Macrūf Nahī Munkar.
Ini juga berkaitan dengan aqidah, iaitu memantapkan aqidah bahawa di akhirat ada balasan
baik dan ada balasan buruk. Jika disedari dan dihayati, tentu sembahyang Maghribnya tidak
tertinggal atau sanggup ditinggalkan. Apa maknanya kalau sembahyang tidak ditunaikan,
ertinya syariatnya juga perlu dibetulkan.
Jika hal ini tidak dibiarkan dan tidak dibendung, sudah pasti ia akan memberi imej
yang buruk kepada kita. Nilai akhlak akan tergugat dan terhakis. Lebih teruk, belia yang
diharapkan akan hanyut dibawa arus kemodenan yang mengasyikkan.
Selain itu, pihak-pihak yang berkiatan perlu terus melaksanakan ‘core business’
masing-masing yang menjurus kepada penerapan nilai akhlak dalam jiwa para belia. Program
Khidmat Bakti Negara, Program Belia Cinta Tanahair, Kursus Pusat Pembangunan Belia dan
sebagainya perlu terus diadakan, malah diperluaskan lagi skopnya. Secara tidak langsung,
kita terus berusaha untuk meningkatkan jati diri para belia supaya lebih cekal dan
bertanggungjawab dalam mengharungu cabaran-cabaran kehidupan yang kian mencengkam.

13

SEMINAR PENDIDIKAN USULUDDIN KETIGA PERINGKAT SERANTAU

KESIMPULAN
Penglibatan semua pihak adalah perlu bagi menerapkan nilai akhlak dalam menjana
pembangunan. Kita perlu sentiasa berganding bahu memikul tanggungjawab tersebut bukan
hanya menuding jari dan menyerahkannya kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Setiap
individu mempunyai peranan masing-masing dengan terlebih dahulu menyemai nilai-nilai
aqidah dan iman di dalam jiwa sebagai perisai dan benteng daripada panahan anasir-anasir
yang sentiasa ingin menjatuhkan kesucian agama Islam.
Sepatutnya ibu bapa dan guru atau tenaga akademik perlu bersatu-padu dalam
pendidikan akhlak. Gandingan pendidikan ibu bapa di rumah dan tenaga akademik di institusi
pendidikan pasti akan melahirkan anak yang mantap dan teguh, sama ada dalam hal iman,
fizikal, intelektual, emosi mahupun mentalnya. Ibu bapa juga perlu memperkasakan diri
dengan ilmu keibu-bapaan, kerana tugas mendidik belia bukan sekadar memberinya makan,
minum, pakaian, dan pelajaran, malah lebih dari itu. Pemerintah harus sentiasa mereformasi
sistem penguatkuasaan dengan menjulang tinggi matlamat pembentukan akhlak dan sahsiah
pelajar dalam setiap misi dan visinya. Golongan yang lebih berpengalaman pula harus
bertanggungjawab dalam mendidik generasi muda dengan memberi teguran, nasihat dan
bimbingan.

14

SEMINAR PENDIDIKAN USULUDDIN KETIGA PERINGKAT SERANTAU

RUJUKAN
al-Qur’an.
al- adīth al-Sharīf.
c

Abd Allah A mad Q dirī. 1988. Athar Tarbiyah Isl miyah fī Amn al-Mujtamac al-Isl mī.
Jeddah: D r al-Mujtamac.

Abd. Karim Zaidan. 1993. Dasar-Dasar Ilmu Dakwah. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.
Abdullah al-Amin al-Na’miy. 1994. Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun
dan Al-Qabisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Abu ‘Urwah. 2001. Sistem-Sistem Islam: Satu Analisis Perbandingan. t.tp.: Pustaka
Darussalam Sdn. Bhd.
Adab, Akhlak danEtika dalam Islam. 2014. http://www.freewebs.com/badli/Uniten/Bahan%2
0Ngajar/ISLB%20212/2%20ADAB,%20AKHLAK%20DAN%20ETIKA%20DALA
M%20ISLAM.pdf [7 Januari 2014].

Akram Dahaman @ Dahlan & Amani Dahaman @ Dahlan. 2009. Pembangunan Modal
Insan dalam Perspektif Islam: Keseimbangan Antara Originality dan Kontinuiti .
Seminar Pembangunan Modal Insan. Anjuran Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)
Kelantan, 23-24 Mac.
Azhar Ahmad. 2006. Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan
Penghayatan Akhlak Murid Sekolah Menengah di Sarawak. Tesis Phd. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Denis McQuail. 2000. McQuail's Mass Communication Theory. Sage Publications Ltd.
al-Ghaz lī, Abū
mid Mu ammed bin Mu ammad. 2003. I yā’ cUlūm al-Dīn. Q hirah:
Maktabah al-Ṣaf
Kassim Ismail. 1428H/2007. Penyerapan Nilai-Nilai Akhlak Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam Melalui Pendidikan. Seminar Sempena Maulud Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam. Anjuran Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal
Ehwal Ugama, 18-19 April.
Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji
Mohiddin. 2013. Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah Di Negara Brunei Darussalam:
Strategi Pengukuhan. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Kefahaman Ahli Sunnah
Waljama’ah. Anjuran Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah, KUPU
SB dengan kerjasama Pusat Da’wah Islamiah & Jabatan Hal Ehwal Syariah, 8-9
September.

15

SEMINAR PENDIDIKAN USULUDDIN KETIGA PERINGKAT SERANTAU

Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad
bin Haji Daud. 2007. Membentuk Belia yang Beriman untuk Menjadi Generasi yang
Cemerlang. Kertas kerja Seminar Motivasi Masyarakat Beraqidah. Anjuran Jabatan
Perdana Menteri, 25-26 Julai.
Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. 2011. Ucapan di Majlis
Penutup Bengkel Menjana Belia Cemerlang, 27 Januari.
Sacīd bin Q sim, Mu ammad Jam l al-Dīn bin Mu ammad. 1995. Mawciẓat al-Mu’minīn min
I yā’ cUlūm al-Dīn. Bayrūt: D r al-Kutub al-cIlmiyah
Titah sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 1987.
Titah sempena Sambutan Maulud Nabi Mu ammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam, 31 Mac
2007.
Titah semasa Musabaqah Tilawah al-Qur’an Belia Asia Tenggara 2007.
Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434.

16