PERANAN IBU BAPA PELAJAR DALAM KONTEKS
PERANAN IBU BAPA PELAJAR DALAM KONTEKS INTERAKSI BAGI
PENGEMBANGAN POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN SENI VISUAL: SATU KAJIAN
KES DI SMK SERI AMAN.
Zahidi bin Khamis
ABSTRAK
Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan salah satu mata pelajaran yang ditawarkan di setiap
sekolah di Malaysia. Mata pelajaran ini menjadi semakin penting memandangkan keperluannya
di dalam kehidupan dan permintaan tinggi dalam sektor pekerjaan. Kajian ini dijalankan bagi
melihat peranan ibu bapa dalam menyumbang ke arah perkembangan potensi anak-anak mereka
terutamanya dalam mata pelajaran PSV ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif kerana
kaedah ini sangat sesuai untuk menjawab persoalan-persoalan berbentuk bagaimana, mengapa
dan apakah. Kaedah ini lebih bersifat memahami, menjelaskan dan mendalami secara
kemanusiaan. Fokus kajian tertumpu kepada ibu bapa dan pelajar di sekolah SMK seri Aman.
Informan dipilih secara rawak sebanyak 20 buah keluarga. Bagi mendapatkan maklumat, data
diperoleh melalui teknik temu bual dan pemerhatian. Temu bual dijalankan secara semi-struktur
dan menggunakan teknik ‘three phase interview’. Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati
ibu bapa pelajar di SMK Seri Aman, memainkan peranan dalam memastikan perkembangan
potensi anak-anak mereka dalam mata pelajaran PSV ini. Selain itu, didapati juga pihak sekolah
dan masyarakat setempat juga berperanan dalam membantu meningkatkan potensi pelajar PSV
ini.
PENDAHULUAN
Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan salah satu mata pelajaran teras bagi peringkat Sekolah
Menengah Rendah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.17/1988) dan mata pelajaran pilihan bagi
peringkat Sekolah Menengah Atas (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1990). Melalui kedua-dua
surat pekeliling tersebut, semua pelajar peringkat Menengah Rendah wajib mempelajari mata
pelajaran PSV manakala peringkat Menengah Atas boleh membuat pilihan kerana mata pelajaran
pilihan ditawarkan adalah tertakluk kepada kemudahan-kemudahan yang ada, termasuklah guruguru.
Kenyataan Surat Pekeliling Ikhtisas di atas membawa maksud, semua pelajar akan
mempelajari mata pelajaran PSV di peringkat Menengah Rendah. PSV akan diajar dengan
peruntukan masa 2 waktu seminggu. Manakala bagi peringkat Menengah Atas masa yang
diperuntukkan ialah 3 waktu seminggu.
SMK Seri Aman adalah sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang terletak di dalam
kawasan Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah
luar bandar. Pelajar-pelajarnya datang daripada kawasan Gugusan Aping. Gugusan Aping
sebenarnya terdiri daripada dua buah rancangan FELDA iaitu Felda Bukit Aping Barat dan Felda
Bukit Aping Timur. Namun begitu, disebabkan sekolah ini terletak berhampiran dengan
Perkampungan Mawai. Maka pelajar dari perkampungan Mawai juga diterima bersekolah di
SMK Seri Aman. Keseluruhan pelajar sekolah ini berbangsa Melayu dan beragama Islam.
SMK Seri Aman dikategorikan sebagai sebuah sekolah gred B kerana jumlah pelajarnya
hanyalah seramai 652 orang sahaja. Bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) yang
terletak di bawah bidang Sains dan Kemanusiaan menerima agihan peruntukan sebanyak
RM5.00 bagi setiap orang murid.
Bagi memastikan keberkesanan mata pelajaran PSV ini, semua pihak yang berkaitan
dengan sekolah perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan hasrat murni
kerajaan ini mencapai matlamatnya. Antara pihak yang paling penting dalam memastikan potensi
pelajar ialah ibu bapa mereka sendiri. Menurut Wantzel (1998), institusi persekolahan dan
keluarga tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh wujud secara bersendirian. Ibu bapa perlu
bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan kejayaan akademik kerana kejayaan dan
perkembangan individu agak sukar dicapai tanpa kerjasama mereka.
PERNYATAAN MASALAH
Jika dilihat dari aspek kepentingan mata pelajaran PSV ini, dapatlah dilihat peranannya dalam
kehidupan seharian masyarakat di sini. Masyarakat di FELDA sebenarnya bukanlah terdiri
daripada golongan yang tidak tahu langsung tentang seni. Daripada pemerhatian yang dibuat
secara rambang, di dapati persekitaran dan dalaman rumah mereka terdapat elemen-elemen seni.
Namun begitu, masalah yang wujud daripada fenomena ini ialah peranan yang dimainkan oleh
ibu bapa bagi melihat kesinambungan ilmu dalam perkembangan potensi anak mereka bagi
pendidikan seni ini. Sehubungan itu, satu kajian dirasakan perlu bagi mengupas sejauh mana
penglibatan ibu bapa dalam membantu perkembangan potensi anak mereka dalam pelajaran
khususnya mata pelajaran PSV ini.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk:
1. Melihat sejauh mana keterlibatan ibu bapa dalam membantu peningkatan anak mereka
dalam PSV.
2. Mengenal pasti golongan ibu bapa yang faham akan kepentingan mata pelajaran ini.
3. Mencari punca yang menyebabkan ibu bapa begitu menggalakkan anak mereka
mempelajari PSV.
4. Mencari maklumat daripada ibu bapa yang memahami kepentingan mata pelajaran PSV
untuk masa depan.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
Johor, PPD Kota Tinggi, Pihak Pengurusan FELDA, ibu-ibu bapa, guru-guru dan pelajar.
Diharapkan nanti, ibu-ibu bapa pelajar akan lebih memahami dan mengenali mata pelajaran
PSV.
Kajian ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang mata
pelajaran PSV di samping menjelaskan kepada ibu bapa akan kepentingan PSV untuk kerjaya
anak-anak mereka. Memandangkan seni dan masyarakat tidak dapat dipisahkan, kajian ini
penting dalam usaha untuk menerangkan kepada ibu bapa fungsi PSV dalam kehidupan dan
masyarakat. Ini akan dapat menjadikan ibu bapa yang lebih terbuka dan sanggup
memperuntukkan sedikit masa serta kewangan untuk anak mereka. Pada masa yang sama, kajian
ini dapat melahirkan masyarakat yang celik seni di samping mendorong minat pelajar dalam
mempelajari mata pelajaran PSV.
MASALAH KAJIAN
Mata pelajaran ini merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu diajar kepada pelajar
menengah rendah dan menjadi mata pelajaran pilihan untuk menengah atas. Ibu bapa perlu diberi
pendedahan terhadap mata pelajaran ini agar mereka akan lebih memahami dan mengenali mata
pelajaran PSV ini.
Persepsi masyarakat di Malaysia terhadap seni terlalu rendah. Hal ini sedemikian kerana
mereka kurang faham dan tidak mahu memahami akan kepentingan seni dalam kehidupan
seharian mereka. Justeru itu, dengan adanya Kajian sebegini diharapkan satu perubahan yang
menggalakkan boleh berlaku. Perkara ini perlu diperbetulkan secepat mungkin kerana mata
pelajaran ini sebenarnya sangat penting terutamanya apabila ingin melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Hampir keseluruhan sektor ekonomi di negara kita memerlukan
kepakaran dalam bidang seni ini. Jelaslah di sini bahawa terdapat ratusan peluang pekerjaan di
dalam bidang seni yang menanti pelajar setelah tamat persekolahan mereka kelak.
PERSOALAN KAJIAN
Berikut adalah empat persoalan utama dalam kajian ini.
1. Bagaimanakah kondisi masyarakat di FELDA?
2. Bagaimanakah orientasi pendidikan yang diterima oleh ibu bapa?
3. Bagaimanakah ibu bapa memperuntukkan kewangan dan masa untuk mata pelajaran
PSV?
4. Bagaimanakah ibu bapa memahami seni dalam kehidupan seharian?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes.
Menurut Adam, Khan, Raeside dan White (2007), kaedah kualitatif menggunakan kaedah untuk
mendapatkan data dan analisis berhubung dengan mengkaji perhubungan sosial dan
menerangkan tentang pengalaman sebenar peserta kajian. Marican (2005) pula menerangkan,
kajian kualitatif berfokus pada konteks yang mana sesuatu itu berlaku. Dengan kata lain ia
merupakan satu proses atau bagimana sesuatu perkara itu berlaku dalam satu-satu latar belakang
yang hendak dikaji.
Instrumen Kajian
1.
Temubual
Temubual ini akan dijalankan setelah mendapat persetujuan bersama informan. Persetujuan
merangkumi tarikh, masa dan tempat. Penggunaan protokol temubual dapat membantu pengkaji
menyediakan struktur sesi temubual yang lebih tersusun disamping dapat mengekalkan tahap
fleksibiliti temubual tersebut (Patton dalam Rubin & Barbie 2000).
Colin Robson (2002) menyatakan temu bual merupakan satu kaedah pengumpulan data
yang melibatkan seorang penyelidik menyoal untuk mendapatkan jawapan-jawapan atau
tindakbalas yang diperlukan daripada reponden. Jenis temu bual bergantung jumlah peserta serta
kedalaman maklumat yang ingin diperoleh. Kedalaman (depth) dan kebebasan (freedom)
menjawab yang dibenarkan bagi seseorang responden semasa ditemu bual pula tertakluk kepada
reka bentuk temu bual serta soalan yang dikemukakan.
Weiss (1994) terdapat 3 jenis temubual. Temubual tidak berstruktur (bebas), temubual
separa struktur dan temubual berstruktur (standard).
Temubual berstruktur
Temubual Kuantitatif
Temubual semistruktur
Temubual tidak berstruktur
Temubual Kualitatif
Menurut Wallen dan Fraenkel (2001) pula, temubual terbahagi kepada empat jenis iaitu
berstruktur, semi struktur, tidak berstruktur dan berfokus ataupun retrospektif. Saya
menggunakan kaedah semi struktur dalam menjalankan kajian saya ini. Ronson (2002), temu
bual separa struktur menyatakan, soalan yang hendak diajukan kepada informan perlulah digubal
terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, urutan soalan, cara soalan diajukan dan bentuk soalan
boleh berubah-ubah. Ini semuanya bergantung kepada cara dan jawapan yang diberikan oleh
informan. Protokol temu bual termasuk susunan soalan, pemilihan dan penerangan soalan, juga
boleh berubah mengikut keperluan sewaktu temu bual dijalankan. Robson (2002) bentuk soalan
temu bual mestilah pendek, tidak mengandungi dwimakna, bebas, tidak berat sebelah dan
difahami informan.
Menurut Rubin dan Rubin (2005) temubual dalam kajian kualitatif merupakan perbualan
yang mana pengkaji akan memimpin perbualan yang menyeluruh dalam sesebuah perbincangan.
Pengkaji mengemukakan kedalaman dan ketelitian mengenai topik kajian dan diikuti dengan
jawapan yang diberikan oleh orang yang ditemubualkan dalam perbincangan tersebut.
Di samping protokol temubual, semasa sesi temubual pengkaji menyediakan juga
perakam audio bagi merakam sesi temu bual dengan informan. Pengkaji juga membuat catatan
umum isi perbualan informan semasa sesi temubual bagi mendapat gambaran secara umum
untuk mengajukan soalan-soalan seterusnya yang dapat mencungkil (probe) lebih banyak lagi
maklumat yang diperlukan.
2.
Pemerhatian
Pemerhatian merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah
penyelidikan. Melalui pemerhatian penyelidik mengamati tingkah laku informan berdasarkan
pemboleh ubah yang dikenal pasti. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam
mengumpul maklumat atau pengumpulan data. Dengan menggunakan pemerhatian penyelidik
boleh mengenal pasti dan mengamati sesuatu tingkah laku informan berpandukan pemboleh
ubah. Penyelidik berperanan sebagai pemerhati terhadap perubahan tingkah laku serta melihat
tingkah laku informan serta mencatat maklumat, sama ada dari jauh atau dekat.
Pemerhatian menurut Wallen dan Fraenkel (2001) ada kalanya persoalan dalam kajian
akan terjawab dengan baik melalui kaedah pemerhatian, terutamanya dalam melihat perilaku
manusia atau bagaimana sesuatu berlaku. Menurutnya lagi, pemerhatian boleh dibahagikan
kepada dua iaitu pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta. Saya akan
menggunakan kaedah pemerhatian turut serta kerana dalam pemerhatian ini saya akan lebih
bersikap terbuka dan memudahkan maklumat diperoleh. Manakala, informan yang ingin dikaji
akan merasa selesa dan dapat menunjukkan perlakuan seperti biasa.
Noraini Idris (2010) menjelaskan penyelidik memainkan peranan utama dalam
menggunakan kaedah pemerhatian. Hal ini kerana penyelidik merupakan instrumen utama
pengumpulan dan penganalisisan data, dan oleh itu perlu memainkan peranan yang sewajarnya
(bergantung kepada struktur pemerhatian yang digunakan), di samping menilai serta memberi
tafsiran makna perbuatan, perkataan dan pengalaman yang dilalui oleh peserta penyelidikan
berdasarkan pemerhatian yang dijalankan.
Pemerhatian saya dibantu oleh alat rakaman audio video atau kamera. Melalui rakaman
saya boleh melakukan pemerhatian berulang kali. Ini akan menunjukkan tingkah laku sebenar
informan. Maklumat yang diperoleh adalah lebih mempunyai kesahan. Maklumat yang lebih
tepat ini akan membantu memperoleh keputusan yang lebih baik.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana ibu bapa berperanan dalam membentuk potensi
pelajar. Kajian ini akan mengenal pasti peranan ibu bapa dari aspek kewangan, masa, peralatan
dan persekitaran. Awang Had Salleh (1985) menegaskan bahawa penyediaan generasi muda
dengan ilmu pendidikan dan seterusnya melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan bermotivasi
dengan dua cara iaitu melalui pendidikan tak formal dan melalui pendidikan formal.
Mengikut Hoffman, Paris dan Hall (1994), keluarga telah membentuk personaliti
seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku,
sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Kajian-kajian terdahulu di Malaysia dan di
barat telah menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan yang baik telah dikaitkan dengan
kesejahteraan hidup remaja dari aspek-aspek kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah laku seks,
dan pencapaian akademik (Fatanah, 1997).
Kewangan
Kewangan merupakan faktor utama dalam kehidupan seharian kita. Tidak terkecuali bagi
masyarakat di kawasan FELDA. Majoriti pendapatan perkapital keluarga sejumlah RM500.00
sebulan. Pendapatan ini datangnya daripada elaun sara hidup bagi menanti hasil daripada
Program Tanam Semula yang dilaksanakan oleh FELDA.
Mengenai peruntukan kewangan untuk mata pelajaran PSV ini, kesemua informan
menyatakan akan kesanggupan mereka dalam hal tersebut. Menurut Dunst & Deal (1994), “Nilai
keluarga merujuk kepada kebanggaan keluarga terhadap pencapaian ahlinya, komitmen untuk
bersama dalam keadaan susah mahupun senang, kepercayaan bahawa keluarga adalah lebih
penting daripada harta benda dan kesediaan untuk berkorban apa saja demi untuk keluarga.”
Faktor sosioekonomi
Kajian ini juga menjelaskan bahawa sosioekonomi keluarga juga mempengaruhi sikap pelajar
terhadap aspirasi, motivasi, konsep kendiri, dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum.
Daripada temu bual yang dibuat bersama Informan kedua, beliau tiada masalah dalam
memperuntukkan kewangan untuk pelajaran anak-anaknya. Latar belakang keluarga seperti
status ekonomi, pegangan agama, budaya keluarga, sikap ibu bapa terhadap nilai pendidikan
akan menjadi asas pembentukan identiti individu pelajar. Pendidikan pada peringkat awal yang
diperoleh di rumah serta sokongan dan dorongan keluarga akan menjadi asas kepada kejayaan
pelajar pada peringkat persekolahan seterusnya.
Masa
Anak-anak amat memerlukan perhatian daripada ibu bapa. Perhatian yang diberikan akan
membentuk peribadi mereka. Kurangnya perhatian daripada ibu bapa akan mengundang kepada
kejatuhan akhlak dan kemunduran dalam pelajaran. Bagi mengenal pasti peranan ibu bapa
terhadap mata pelajaran PSV ini, aspek memperuntukkan masa adalah salah satu elemen yang
penting untuk diperhatikan. Daripada temu bual yang dibuat, ibu bapa sanggup meluangkan
masa untuk memantau hasil kerja anak-anak mereka. Kenyataan yang diberikan oleh informan
dapat menerangkan mereka ada dan sanggup memperuntukkan masa untuk memantau sekali gus
memberi komen atas hasil kerja anak mereka. Selain itu mereka juga akan membantu sekadar
yang termampu mereka lakukan. Dapatan ini selari dengan Gardner dalam (Mohamad Daud,
1994), kanak-kanak yang hidup bersama ibu bapa akan memperoleh nilai kelas sosial yang
diamalkan oleh keluarga. Keluarga golongan kelas sosial bawahan selalunya besar, kurang
berkemampuan, dan ibu bapa kurang memberi perhatian individu kepada anak-anak. Ibu bapa ini
mempunyai harapan rendah terhadap anak-anak, berbual tentang topik yang terbatas, dan
mahukan anak-anak mengikut perintah mereka. Manakala keluarga daripada kelas sosial
menengah selalunya kecil, menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak, sentiasa bekerjasama,
dan berusaha untuk memastikan supaya anak-anak mereka mendapat pencapaian yang lebih
tinggi. Anak-anak mereka juga mempunyai sifat kendiri yang tinggi.
Peralatan dan kelengkapan
Peralatan dan kelengkapan pembelajaran memainkan peranan penting dalam mata pelajaran PSV
ini. Peralatan diperlukan dalam menjalankan aktiviti seni. Pihak sekolah sebenarnya telah
menyediakan beberapa peralatan untuk aktiviti seni seperti peralatan mewarna, peralatan
menghasilkan arca, peralatan membatik dan beberapa peralatan bantuan lain.
Namun begitu, peralatan ini hanya dibenarkan untuk kegunaan di sekolah sahaja. Pelajar
perlu menyediakan beberapa peralatan asas bagi membantu mereka dalam menghasilkan kerjakerja seni yang diberikan guru. Maklumat yang diperoleh mendapati ibu bapa begitu prihatin
dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka berusaha untuk menyediakan peralatan
tersebut seperti pensel, warna, berus warna dan peralatan bantuan lain. Usaha ini menunjukkan
satu inisiatif yang sangat menggalakkan dalam memartabatkan seni di sekolah.
Persekitaran Rumah
Persekitaran rumah dipengaruhi oleh tiga perkara iaitu landskap dan persekitaran, seni hiasan
dalaman dan kejiranan. Berikut adalah huraian tentang dapatan kajian:
1.
Landskap dan persekitaran
Seni landskap dan persekitaran merupakan tanggungjawab ke arah pengawalan alam sekitar.
Kaedah pengawalan ini perlu disusun dan dirancang. Suasana persekitaran akan lebih menarik
dan segar apabila adanya perancangan penanaman tumbuh-tumbuhan khususnya bunga-bungaan.
Perancangan ruang landskap persekitaran menitik beratkan aspek estetika dan fungsi
yang menggabungkan elemen alam semula jadi dan objek buatan manusia. Antaranya, pokokpokok, kolam, pokok bunga, perabot, arca dan bangunan. Kesesuaian pemilihan elemen ini
penting untuk merangka landskap. Landskap rumah-rumah informan mempunyai beberapa ciri
utama dalam landskap. Keluasan rumah informan hampir sama, kira-kira suku ekar keluasannya.
Informan sangat mengambil berat tentang landskap di sekeliling rumah mereka kerana
jawatankuasa rancangan FELDA ada mengadakan pertandingan rumah tercantik dan terbersih.
Pemantauan yang dilakukan oleh pihak FELDA dilaksanakan sepanjang masa. Oleh itu, mereka
sentiasa bersedia untuk dipantau.
Pengurusan landskap informan kebanyakan terdiri daripada tanaman pokok berbunga dan
tanaman pagaran. Mereka menanam pokok bunga-bungaan di tepi rumah secara berjajar. Pokokpokok bunga disusun berlapis dan digantung. Pokok yang tinggi diletakkan di bahagian belakang
manakala yang rendah di bahagian hadapan. Bagi pokok menjalar dan orkid, beliau
menggantungkannya. Begitu juga dengan informan tiga yang pokok-pokok bunga berwarna
merah ditanam di dalam pasu besar dan disusun sebaris di bahagian tepi rumah.
Kebanyakan landskap persekitaran rumah dilakukan sendiri oleh suami dan isteri.
Mereka akan menanam, mengurus serta menjaga pokok tersebut. Anak-anak agak kurang terlibat
sama kerana kekangan masa waktu persekolahan. Mereka menguruskan landskap mengikut cita
rasa mereka sendiri. Keinginan informan dalam menceriakan landskap rumah sangat tinggi.
Selain menanam bunga-bungaan, mereka juga meletakkan tempat-tempat isterihat dan tong
sampah yang diperbuat daripada simen (cementferro). Menurut informan, simenfero tersebut
ditempah daripada rakan-rakan yang mahir dalam bidang tersebut.
ii. Seni Hiasan Dalaman
Seni reka hiasan dalaman merupakan cabang seni yang memerlukan kemahiran asas seni reka.
Cantuman antara seni halus dan seni bina menghasilkan seni hiasan dalaman yang menarik.
Perancangan dan penyusunan untuk menghiasi ruang mementingkan aspek fungsi, cita rasa dan
tabiat individu. Kepentingan aspek ruang, perspektif, hubungan ruang dengan warna, aspek
ruang dengan bentuk dan hubungan ruang dengan persekitaran akan diberi keutamaan semasa
proses rekaan.
Keperluan perabot dan barangan hiasan bagi jenis ruang tentunya adalah berbeza.
Keperluan lain yang perlu diambil kira ialah dari segi pengudaraan, warna,pencahayaan dan
susunan perabot. Hal ini perlu bagi menjamin keselesaan dan keselamatan.
Susunan hiasan dalaman rumah informan kebanyakannya mengikut cita rasa sendiri.
Mereka kurang merujuk dari mana-mana sumber yang sesuai. Pada kebiasaannya mereka akan
meniru gaya hiasan rumah jiran mereka. Melalui pemerhatian, informan gemar menonjolkan
perhiasan rumah dengan warna yang agak terang dan garang. Sebagai contoh, mereka
kebanyakannya menggunakan permaidani berwarna merah berbunga sebagai alas di kawasan
ruang tamu.
Selain itu, langsir rumah informan dipilih mengikut cita rasa dan harga. Daripada
pemerhatian didapati mereka menggunakan langsir yang agak pusam warnanya. Melalui
perbualan yang dijalankan mereka menyatakan bahawa langsir akan ditukar dua tahun sekali
ketika hari raya. Selepas hari raya, mereka akan menukarkan dengan langsir yang lama semula.
Langsir baru itu akan digunakan sebagai basahan setelah ada penggantinya.
Dari segi pemilihan perabotnya pula, informan akan menggunakan perabot tersebut
sehinggalah rosak. Sekiranya ada kemampuan untuk membeli yang baru, perabot lama tersebut
akan diletakkan di ruang yang lain. Hal ini akan menyebabkan ruang di dalam rumah mereka
sempit dan pengaliran udara kurang lancar.
Walau bagaimanapun terdapat juga susunan hiasan dalaman rumah informan yang
menepati kehendak hiasan dalaman. Mereka menyusun perabot mengikut prinsip yang
disarankan. Daripada segi warnanya pula, informan berupaya mengimbangi gabungan warna
harmoni agar ruang kelihatan tenang dan cantik.
iii. Kejiranan
Masyarakat FELDA merupakan sekumpulan manusia yang hidup di dalam satu kawasan yang
agak luas. Bagi mengeratkan lagi tali silaturahim, mereka dibahagikan kepada beberapa
kelompok kawasan yang dipanggil blok. Sistem blok akan memudahkan urusan pengurusan dan
pemantauan daripada pihak FELDA. Kebiasaannya masyarakat di sini akan lebih akrab dengan
kelompok di blok mereka.
Jika dilihat jarak antara rumah di kawasan ini agak rapat. Mereka akan mudah untuk
berkomunikasi dan menjalankan aktiviti sosial. Menurut Teori Ekologi Manusia
(Bronfenbrenner, 1979) menjelaskan bahawa manusia tidak hidup dalam keadaan vakum yang
terpisah daripada sistem dan persekitaran luar. Konteks sistem luar keluarga seperti kejiranan,
persekitaran tempat kerja, peraturan dan undang-undang, adat resam dan tatasusila sesuatu
budaya mengikut konteks tempatan mempunyai pengaruh tersendiri dan mampu pula
dipengaruhi oleh keluarga. Daripada temu bual yang dijalankan, didapati informan banyak
mendapat idea dan maklumat daripada jiran mereka.
Di kalangan masyarakat Melayu, ungkapan yang biasa kita dengar ‘seperti aur dengan
tebing’, ‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni’. Di kalangan masyarakat Cina madah seperti
‘semua manusia adalah saudara ku, semua makhluk adalah sahabat ku’. Sementara di kalangan
masyarakat Jepun pula, ‘persaudaraan adalah perlindungan yang paling mahal’ (Aminah Hamim
& Gunawan Mahmood, 2001).
Hidup berjiran sedikit sebanyak telah mempengaruhi aspek kesenian informan dalam
menjalani kehidupan seharian mereka. Selain daripada terpengaruh dengan jiran, mereka juga
sebenarnya mempengaruhi jiran mereka. Peniruan dalam aspek kesenian berlaku apabila mereka
berbual dan melalui pemerhatian.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kajian yang saya laksanakan adalah untuk melihat sejauh manakah peranan ibu bapa pelajar
dalam konteks interaksi pendidikan bagi pengembangan potensi pelajar PSV di SMK Seri Aman.
Hasil daripada kajian yang dijalankan, saya dapati informan agak kurang jelas dengan mata
pelajaran PSV ini. Rata-rata mereka beranggapan PSV ini adalah satu mata pelajaran baru.
Setelah diberi sedikit panduan melalui temu bual, nyata sekali mereka masih lagi keliru dengan
kewujudan PSV ini. Namun begitu, pada hakikat yang sebenarnya, mereka mengenali mata
pelajaran Pendidikan Seni atau Seni Lukis. Jelaslah di sini bahawa perkataan ‘Visual’ yang
ditambah pada mata pelajaran PSV itu telah menyebabkan kekeliruan kepada informan. Begitu
juga halnya dengan isi kandungan mata pelajaran ini. Informan sebenarnya mengetahui beberapa
komponen yang terdapat di dalam sukatan mata pelajaran PSV ini tetapi mereka tidak pasti akan
kewujudannya di dalam kandungan sukatan. Informan masih lagi beranggapan pendidikan seni
yang diterima oleh anak-anak mereka sama dengan apa yang mereka peroleh sewaktu bersekolah
dahulu. Hal ini berlaku disebabkan kurangnya pendedahan terhadap perkara tersebut. Sekiranya
diberikan pendedahan tentang mata pelajaran PSV ini, saya percaya mereka akan dapat
memahaminya. Pendedahan boleh dilaksanakan di peringkat sekolah melalui taklimat khas
bersama ibu bapa. Saya merasakan penerangan ini sangat perlu bukan sahaja untuk mata
pelajaran PSV malahan untuk semua mata pelajaran yang diajarkan di sekolah.
Tambahan pula, maklum balas yang diperoleh daripada informan amat menggalakkan,
terutamanya dalam memberikan peruntukan kewangan dan masa. Mereka sanggup dan rela
mengorbankan masa dan kewangan untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dalam
pelajaran. Dari satu sudut yang lain, mereka sentiasa memastikan peralatan untuk mata pelajaran
PSV ini sentiasa mencukupi. Kesanggupan ini memberi satu andaian bahawa mereka sebenarnya
telah meletakkan satu tanggungjawab dalam memainkan peranan sebagai ibu bapa bagi
meningkatkan prestasi pendidikan anak-anak mereka.
Kesedaran ibu bapa terhadap pentingnya PSV ini dapat digambarkan melalui kehidupan
seharian mereka. Walaupun kehidupan mereka agak sederhana, namun keinginan untuk melihat
anak mereka berjaya sangatlah tinggi. Dalam kehidupan seharian, kita sebenarnya tidak dapat
lari dari seni. Melalui pengaturan landskap dan hiasan dalaman rumah-rumah informan, dapat
dilihat akan keinginan mereka menikmati kehidupan yang indah dan ceria. Namun, apa yang
membatasi keinginan mereka ialah pendidikan dan kewangan. Rata-rata mereka tidak
mempunyai pendidikan yang khusus untuk tujuan itu. Pengalaman dan pertukaran pendapat
sedikit sebanyak telah membantu mereka menghayati seni dari sudut yang berbeza. Tidak
hairanlah jika mereka hanya berupaya mengolah persekitaran rumah mengikut cita rasa sendiri.
Sekiranya mereka diberi bimbingan dan tunjuk ajar, saya percaya mereka akan dapat
mengaplikasikannya.
Dari sudut pentadbiran FELDA dan masyarakat setempat pula, mereka begitu
bekerjasama dalam mengangkat seni seiring dengan kemajuan teknologi. FELDA sendiri telah
memperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi membantu anak-anak peneroka dalam menaik
taraf pendidikan masyarakat di FELDA. Selain itu kemudahan-kemudahan pendidikan seperti
asrama dan latihan kemahiran juga disediakan. Persekitaran kawasan FELDA juga dirancang dan
dibangunkan dengan begitu teratur sekali. Prasarana yang disediakan sedikit sebanyak boleh
memberikan satu suasana yang selesa untuk pengembangan seni bagi masyarakat setempat
khasnya untuk para pelajar.
Peranan daripada semua pihak dirasakan perlu bagi memberi pemahaman kepada
masyarakat akan kepentingan seni amnya dan Pendidikan Seni Visual khasnya. Kesannya nanti,
akan wujudlah satu masyarakat yang celik seni dan dapat diturunkan dari generasi ke generasi.
Namun begitu, proses untuk melihat perkara ini menjadi realiti bukanlah satu perkara yang
mudah. Penggemblengan tenaga dari segenap lapisan akan menjadikan hal ini satu realiti kelak.
RUJUKAN
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.
Tanjong Malim: Quantum Books.
Aminah Hamim & Gunawan Mahmood (2001). Buku madah bestari cinta negara.
Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. Kuala Lumpur.
Atan Long (1988) Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Awang Had Salleh, (1985). Pendidikan Dalam Pemikiran Awang Had Salleh. Petaling
Jaya: Fajar Bakti.
Bennis, W. E. Benne & Chin R (1969). The planning of change. London: Holt, Rinehart &
Wilson..
Bolan R (1975). The management of educational change: Towards a conceptual
ramework. Dalam Harris A, Lawn M and Pre. Ott (eds). Curriculum Innovation
London: Croom Helm.
Buku Sumber Guru (2000). Pendidikan Seni Visual, Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Chiam, H. K. (1987). Adolescents and significant others: relationships and influences.
Paper presented at the Biennial Conference of the International Society for the
Study of Behavioral Development. Tokyo: Japan.
Dr. Lexy J. Moleong, M.A, (1991) Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung:
Penerbit PT Remaja Rosdakarya .
Ee Ah Meng (2003) Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Keterampilan Iktisas. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Fatanah Mohamed. (1997). Perkaitan antara pencapaian akademik dengan faktor
personaliti dan persekitaran keluarga di kalangan pelajar Maktab Rendah
Sains Mara. Disertasi Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bangi: Kuala Lumpur.
Franzoi, S. L. & M. H. Davis. (1985). Adolescents’ self disclosure and loneliness:
Private self-conciousness and parental influences. Journal of Personality and
Social Psychology 48(3): 768-780.
Graham, M. (1992). The effects of parent-adolescents communication on adolescents’
sexual behaviour. Paper presented at the annual convention of the American
Psychological Association. Washington, DC.
Hassan Mohd, Ghazali, (1999), Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan 5. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hoffman, L., S. Paris & E. Hall. (1994). Developmental Psychology Today. New
York: McGraw-Hill.
Hopkins, D., Bruce, J. and Calhoun, E. (1997). Models of learning-tools for teaching.
Buckingham: Open University Press.
Ibrahim Mamat (2001). Pengetua sekolah: Menangani isu dan cabaran kepimpinan.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Leong Yin Ching, Cheong Siew Yoong, Chew Sing Buan, Suradi Salim, T.Marimuthu,
Abdul Aziz Abdul Talib, AbdulRahman Abdul Rashid, dan Lily Chew SukMen. (1990). Factors Influencing the Academic Achievemen of Students in Malaysian
Schools. Executive Summary Presented to the Educational Planning and Research
Division, Ministry of Education.
Leung, J. P. & K. Leung. (1992). Life satisfaction, self concept, and relationship with
parents in adolescence. Journal of Youth and Adolescence 21(6): 653-665.
Lumsden, L.S. (1994). Student Motivation to Learn. ERIC Digest 92.
http://eric.uoregon.edu/publications/digests/digest092.html.
Mohamad Daud Hamzah. (1994). Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Johari Abd. Hamid, (2004) Falsafah dan Kritikan Seni. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nathan Knobler ( 1985), Dailog Seni Tampak (Zakaria Ali, Terjemah). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norazit Selat (1989) Konsep Asas Antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Omar Mohd. Hashim, (1990) Pendidikan, Persoalan Penyelesaian dan Harapan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rozumah Baharudin, Rumaya Juhari, Rojanah Kahar, Tan Jo-Pei. (2003) Keutuhan
Keluarga & Kesejahteraan Anak. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Salbiah Ismail (2001). Kepengetuaan dalam konteks sekolah bestari. Seminar
Kepengetuaan Kebangsaan Ke 2. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
Salehudin Hj. Sabar Mahadi Hj. Khalid Jabatan Pendidikan Islam & Moral Jurnal
Penyelidikan MPBL, Jilid 6, 2005.
Wentzel, K. R. (1998). Social relationship and motivation in middle schools: The role of
parents, teacher and peers. Journal of educational psychology, 90(2), 202-209.