Pengurusan Sisa Pepejal BAB 2
BAB II
ULASAN KEPUSTAKAAN
2.1
PENDAHULUAN
Bab ini membincangkan pendefinisian konseptual secara menyeluruh khususnya
dalam aspek pengurusan sisa pepejal dan penjanaan sisa pepejal. Pendefinisian
konseptual ini merangkumi aspek perundangan dan bukan perundangan, bertujuan
untuk memperolehi definisi yang menyeluruh. Selain itu, ulasan kepustakaan juga
turut dirangkumkan dalam bab ini. Ulasan kepustakaan ini terdiri dari lima aspek iaitu
pengoperasian sisa pepejal, pemberi khidmat sisa pepejal, sikap masyarakat, impak
dari pengurusan sisa yang lemah dan langkah pengurusan sisa pepejal yang efisien.
Selain itu, kesan dalam pengurusan sisa yang lemah turut dibincangkan serta langkah
pengurusan sisa yang efisien.
2.2
DEFINISI KONSEPTUAL
Pengurusan sisa pepejal domestik secara konseptualnya merupakan pengurusan yang
melibatkan sisa pepejal yang dihasilkan oleh sektor domestik seperti isi rumah dan
taman. Penjanaan sisa pepejal mempunyai sumber yang pelbagai, sekaligus
memberikan kepelbagaian dalam penghasilan sisa. Untuk pemahaman yang lebih
lanjut, pendefinisian konseptual terhadap sisa pepejal domestik, pengurusan dan
penjanaan sisa dilaksanakan. Perkara ini bertujuan bagi mendedahkan pembaca
tentang pengetahuan dan konsep asas dalam pengurusan sisa pepejal.
15
2.2.1 Sisa pepejal domestik
Sisa pepejal domestik merupakan sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesebuah isi rumah
yang dikategorikan mengikut bahan yang dibuang iaitu kandungan sisa yang dibuang
dan potensi atau risiko yang dihasilkan oleh bahan yang dibuang. Berdasarkan kepada
Akta Perlindungan Alam Sekitar 1993 U.S.A (Environment Protection Act 1993)
menyatakan sisa pepejal itu sebagai;
…Any discarded, rejected, abandoned, unwanted or surplus
matter, whether or not intended for sale or for recycling,
reprocessing, recovery or purification by a separate
operation from that which produced the matter;…
Penyataan di atas bermakna bahawa sisa pepejal buangan adalah bahan atau
sesuatu benda yang dibuang dan tidak mempunyai apa-apa fungsi. Disebabkan sesuatu
bahan tersebut itu tidak digunakan semula, sama ada melalui kitar semula atau
penggunaan semula bahan yang dibuang akan dikategorikan sebagai bahan buangan.
Menurut Undang-Undang Malaysia Akta 672 Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan
Pembersihan Awam 2007, sisa pepejal merupakan apa-apa bahan sekerap atau benda
lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada
penggunaan apa-apa proses; apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana
sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak; atau apa-apa bahan lain yang
mengikut Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain dikehendaki oleh
pihak berkuasa supaya dilupuskan, namun tidak termasuk buangan terjadual
sebagaimana yang diperihalkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta
127). Sisa pepejal domestik juga dikenal pasti sebagai sisa pepejal yang dihasilkan
oleh isi rumah berdasarkan kepada aktiviti harian yang berlaku dalam sesebuah isi
rumah (EPA 2009) merangkumi sisa basah dan kering seperti plastik, kertas, tin, sisa
makanan dan sisa taman. Berdasarkan definisi ini, sisa domestik yang dihasilkan oleh
sesebuah isi rumah meliputi kertas, plastik, kaca, bahan logam, kayu dan bahan sisa
taman seperti daun kering, rumput dan sisa hijau yang lain.
16
2.2.2 Pengurusan sisa pepejal domestik
Pengasingan
Penyimpanan
Pemungutan
Pemindahan
Pengangkutan
Pemprosesan
Pengitaran Semula
Pengolahan Sisa
Pelupusan Sisa
Rajah 2.1 Komponen Pengurusan Sisa Pepejal
Sumber: PPSPPA 2013
Berdasarkan kepada rajah 2.1, komponen dalam pengurusan sisa pepejal tersebut,
menunjukkan komponen sepenuhnya dalam pengurusan sisa pepejal bermula dari isi
rumah sehingga ke pelupusan sisa pepejal. Ini bermakna pengurusan sisa pepejal
merupakan satu pengurusan yang melibatkan pengurusan sisa bermula dari
pengasingan, pengutipan dan akhirnya kepada pelupusan sampah di tapak pelupusan.
Secara konseptualnya, pengurusan sisa pepejal domestik di peringkat
perumahan bermula dari penghasilan sisa sehingga ke pengutipan sisa sahaja (Eco
Canada 2010). Sepanjang peringkat dalam pengurusan sisa pepejal di peringkat
perumahan tersebut, beberapa komponen turut berlaku sehingga membawa kepada
pembuangan dan pengutipan sisa tersebut. Perkara ini menunjukkan bahawa
pengurusan sisa pepejal di peringkat kawasan perumahan ini akan melibatkan
komponen pengasingan, penyimpanan dan pemungutan sahaja. Berdasarkan kepada
komponen ini, prospek dalam pengurusan yang dapat dikenalpasti adalah seperti
pengoperasian, pemberi perkhidmatan, dan masyarakat. Prospek dalam komponen ini
juga yang mempengaruhi keseluruhan aktiviti pengurusan sisa, kerana tanpa adanya
sumber penghasilan sisa maka tiadalah sisa yang akan diurus, dikutip dan akhirnya
dilupuskan. Pengurusan sisa pepejal yang efisien diperlihatkan dalam hierarki sisa
17
pepejal yang menekankan kepada pengurangan sisa sebelum sampai ke tapak
pelupusan.
Pencegahan dan
Pengurangan Sisa
Penggunaan Semula Sisa
Kitar Semula Sisa
Pemerolehan Semula Sisa
Pelupusan Sisa
Rajah 2.2 Hierarki Pengurusan Sisa Pepejal Semasa
Sumber: PPSPPA 2013
Rajah 2.2 menunjukkan keadaan pengurusan sisa pepejal yang dikenalpasti di
Malaysia buat masa sekarang. Hierarki tersebut jelas menunjukkan bahawa dalam
pengurusan sisa pepejal yang dijalankan dan pelupusan menjadi pilihan utama dalam
pengurusan ini. Manakala pengurangan sisa, guna semula sisa dan kitar semula sisa
merupakan langkah yang tidak begitu dilaksanakan dengan secukupnya. Berdasarkan
kepada hierarki tersebut, jelas menunjukkan bahawa tahap kesedaran penduduk di
Malaysia masih lagi berada di tahap yang rendah khususnya dalam pengurusan yang
bersifat hijau seperti kitar semula. Pelupusan sisa menjadi kaedah utama dalam
menguruskan sisa yang dihasilkan dan lebih mudah tanpa ada proses atau langkah
pengurusan yang kompleks.
Pengurusan sisa pepejal yang terbaik atau lebih efisien adalah pengurusan
yang lebih menekankan kepada pengurangan sisa dan mengurangkan pelupusan
(Sreenivasan et al. 2012). Melalui jadual 2.1 tersebut, jelas kelihatan bahawa
pengurangan, penggunaan semula dan kitar semula merupakan pengurusan sisa
pepejal yang paling disukai, kerana bersifat mencegah dan membaiki sisa tersebut.
18
Peringkat rawatan pula lebih kepada assimilasi dan memperbaiki sisa yang tidak dapat
diselamatkan sepenuhnya. Bahagian ini bertujuan untuk memperbaiki sisa dan
merawat sebelum dibuang ke tapak pelupusan atau dilepaskan ke persekitaran.
Jadual 2.1 Hierarki Sisa Pepejal Berdasarkan 3R, Rawatan dan Pelupusan
Matlamat
Atribut
Output
Pengurangan
Pencegahan
Paling Disukai
Pengunaan Semula
Memperbaiki, Pencegahan
Kitar Semula
Memperbaiki, Pencegahan
Rawatan
Assimilasi, Memperbaiki
Pelupusan
Assimilasi
Paling Tidak Disukai
Sumber: Sreenivasan et al. 2012
Berdasarkan kepada konsep tersebut, pengurusan sisa pepejal bermula dengan
penghasilan sisa dan diakhiri dengan pelupusan sisa. proses yang sama dan tidak akan
berubah melainkan proses yang berada di antaranya seperti konsep 3R ( Reduce,
Reuse, Recycle) yang menekankan kepada penggunaan dan pengurangan sisa yang
boleh lagi digunakan dan ditukar bentuk serta fungsi bagi mengurangkan jumlah sisa
yang terhasil yang dihantar ke bahagian pelupusan. Melalui konsep ini, penekanan
terhadap ciri yang sama iaitu pencegahan dan pengurangan sisa memastikan
penggunaan tapak pelupusan sisa berkurangan.
2.2.3 Penjanaan sisa
Peringkat penghasilan bermula pada masa sesuatu produk tidak mempunyai fungsi
dan dibuang oleh pengguna. Berbanding dalam penghasilan sisa industri, sisa
domestik khususnya dalam sisa pepejal perumahan mempunyai kepelbagaian dalam
penghasilan sisa. Penghasilan sisa isi rumah adalah pelbagai (Alam & Kafeel 2013)
dan merangkumi pelbagai jenis sisa yang dihasilkan oleh sesebuah isi rumah boleh
dilihat dalam bentuk sisa organik dan sisa bukan organik (Seow 2004). Sisa organik
merangkumi sisa taman, sisa makanan dan bangkai haiwan, manakala sisa bukan
organik pula merangkumi sisa seperti kertas, plastik, getah, kayu, kulit, logam,
19
besi/keluli, kaca/seramik, dan tekstil. Terdapat juga sisa yang boleh dijumpai dalam
bentuk bahan kimia atau bahan mudah meletup atau terbakar seperti kerosene, cat,
thinner , penyembur serangga dan ubat-ubatan. Melalui pengenalpastian sisa yang
terhasil ini, jelas menunjukkan bahawa penghasilan sisa di peringkat isi rumah adalah
pelbagai bentuk dan sifat.
Tidak juga dapat dinafikan bahawa dalam penghasilan sisa yang pelbagai,
jumlah penghasilan sisa juga turut dipengaruhi oleh sosioekonomi penduduk (Edema
et al. 2012). Sosioekonomi penduduk jelas menunjukkan terdapat perbezaan dalam
aspek mampu milik yang akhirnya mempengaruhi dalam penghasilan sisa tersebut.
Walaupun sisa makanan merupakan sisa yang seringkali ditemui dalam lapisan
golongan masyarakat, sisa seperti plastik dan kertas atau bahan seperti kayu dan
logam adalah berbeza mengikut status ekonomi penduduk. Bagi penduduk yang
tinggal dalam kawasan bandar, sisa kertas dan plastik merupakan sisa yang biasa
dihasilkan dalam sesebuah isi rumah, dan adakalanya jumlah tersebut melebihi jumlah
sisa makanan. Berbanding di kawasan luar bandar, sisa seperti kayu dan juga makanan
menjadi sisa utama yang dihasilkan oleh penduduk di kawasan luar bandar. Sisa
seperti plastik dan kertas menjadi sisa yang tidak begitu dihasilkan kerana akses untuk
mendapatkan sumber sedemikian dan juga status ekonomi menyukarkan mereka untuk
memperolehinya dalam jumlah yang besar.
Oleh yang demikian, penekanan terhadap jenis sisa dan jumlah penghasilan
sisa diambil kira sebagai salah satu aspek yang ingin dikaji dalam pengurusan sisa
pepejal di penempatan sementara telipok. Bukan itu sahaja, melalui pengenalpasti
jenis sisa dan jumlah sisa yang dihasilkan, langkah mengatasi permasalahan dalam
pengurusan sisa dapat dijalankan dengan baik sekali.
2.3
ULASAN KEPUSTAKAAN
Operasi pengurusan sisa pepejal merupakan operasi dibawah kuasa pemberi khidmat
pengurusan sisa pepejal. Sorotan kajian ini, merangkumi beberapa aspek pengkajian
yang akan dikategorikan bagi menunjukkan arah tujuan kajian serta permasalahan
20
yang ingin dikaji. Hal ini sangat penting bagi melihat kesignifikan kajian yang
dilaksanakan dengan keadaan yang pernah berlaku pada masa yang lepas. Melalui
sorotan kajian ini juga, aspek permasalahan dalam kategori yang sama juga
mempunyai sudut pandangan yang berbeza, sekaligus memberikan pandangan baru
dalam aspek yang sedang dikaji. Pengkategorian yang dilakukan ini berdasarkan
kepada operasi pengurusan sisa, pemberi khidmat pengurusan, sikap masyarakat,
impak pengurusan sisa yang lemah dan langkah mengatasi permasalahan yang
dihadapi.
2.4
OPERASI PENGURUSAN SISA
Dalam aspek pengurusan sisa pepejal khususnya dalam pengoperasian pengurusan
sisa ini, terdapat beberapa permasalahan yang dapat dilihat mempengaruhi kecekapan
pengoperasi pengurusan sisa tersebut. Permasalahan tersebut adalah kekerapan
pengutipan, prosedur pengurusan sisa dan tenaga kerja. Ketiga-tiga permasalahan ini
dapat menunjukkan sama ada operasi yang dilaksanakan itu cekap atau sebaliknya.
2.4.1 Kekerapan pengutipan
Kekerapan pengutipan merupakan masalah asas yang seringkali berlaku dalam operasi
pengurusan sisa pepejal. Kekerapan pengutipan sisa pepejal ini sangat penting
khususnya dalam memastikan pengutipan berlangsung seperti biasa dan mencegah
longgokan sampah dari terus bertambah. Kekerapan pengutipan sisa pepejal ini
menjadi salah satu kunci dalam menilai kecekapan peengurusan sisa pepejal dalam
sesuatu kawasan. Pengutipan sampah yang tidak kerap dan tidak konsisten akan
membawa kepada permasalahan yang teruk dan semestinya akan memberikan kesan
negatif kepada alam sekitar dan manusia itu sendiri (Issam et al. 2010). Bagi
memastikan longgokan sampah tidak bertimbun atau kawasan rumah sampah tersebut
dalam keadaan yang bersih, pengutipan sisa pepejal perlu kerap dan konsisten
mengikut jadual yang telah ditentukan atau yang telah dipersetujui (Nyakaana 2000)
bagi pengurusan sisa pepejal swasta.
21
Pengurusan yang sistematik dapat dilihat dalam kekerapan pengutipan dan
kawasan yang dikutip secara konsisten. Pengutipan yang dilaksanakan melibatkan
kawasan perumahan itu sekurang-kurangnya dua sehingga tiga kali seminggu. Namun
begitu, dalam kajian yang pernah dilaksanakan oleh Nyakaana (2000), pengutipan sisa
pepejal juga turut dipengaruhi oleh sosioekonomi masyarakat. Hal ini bermaksud
bahawa, kawasan perumahan golongan berpendapatan tinggi mempunyai kekerapan
pengutipan yang tinggi dan konsisten berbanding kawasan luar bandar (Chikobvu &
Makarati 2011). Perkara ini mungkin disebabkan oleh faktor yang lain seperti kos atau
kerjasama dalam sesetengah hal yang melibatkan pengoperasian pengurusan sisa
pepejal tersebut.
2.4.2 Prosedur pengurusan sisa
Prosedur pengurusan sisa pula menekankan kepada aspek prosedur pengendalian sisa
yang melibatkan penghantaran dan pembersihan kawasan pembuangan sisa tersebut
serta prosedur dalam pengutipan yang dilaksanakan. Apabila jumlah sisa yang dijana
semakin meningkat, proses pelupusan yang menggunakan kawasan yang terbuka akan
meningkat dan menyebabkan tapak pelupusan sedemikian tidak terurus (Mbeng et al.
2012). Perkara ini menunjukkan sistem pengurusan sisa pepejal yang dilaksanakan
akan menyebabkan sisa pepejal tidak akan dapat diuruskan dengan sebaiknya
(Alexander et al. 2012) yang menjadi salah satu petunjuk dalam ketidakcekapan
pengurusan sisa pepejal (Nyakaana 2000). Dalam aspek pembersihan, prosedur yang
cekap adalah prosedur yang membersihkan kawasan rumah sampah apabila kutipan
telah selesai dilaksanakan. Permasalahan wujud apabila kawasan sekitar rumah
sampah serta kemudahan yang disediakan seperti tong sampah tidak dijaga dengan
sebersihnya yang akan membawa kepada permasalahan seperti masalah bau dan
serangga (Issam et al. 2010). Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab
haruslah membersihkan rumah sampah serta tong sampah tersebut bagi memastikan
permasalahan dapat dikurangkan atau dapat dielakkan pada masa akan datang.
Prosedur pengutipan sisa juga merupakan prosedur yang mempunyai kaedah
yang efektif dalam pengutipan sisa pepejal. Pengutipan yang cekap dapat dilihat
22
apabila peralatan yang digunakan adalah peralatan yang berfungsi dengan baik dan
mampu membuat kutipan bersih pada waktu tersebut. Namun begitu, sekiranya
peralatan yang digunakan adalah jenis manual atau penggunaan tangan seperti
penyodok atau menggunakan tangan sendiri dalam membuat kutipan, ia tidak akan
dapat membuat pengutipan yang sepenuhnya dan efisien (Yeny & Yulinah 2012).
Penggunaan penyodok mampu membuatkan plastik sampah atau sisa yang dikutip
tidak dapat dikutip sepenuhnya dan adakalanya menyebabkan sisa pepejal tersebut
semakin berselerak atau bertabur. Kaedah sedemikian juga hanya mampu mengutip 70
peratus sisa yang diuruskan, selebihnya akan berlonggok dalam kawasan tersebut.
Selain dari itu juga, kenderaan yang digunakan dalam pengutipan
mempengaruhi kecekapan prosedur pengurusan sisa. Kenderaan yang digunakan
haruslah dalam keadaan yang baik dan berfungsi dengan sebaiknya. Bukan itu sahaja,
tempat penyimpanan dalam kenderaan pengutip sampah juga perlu dalam keadaan
yang baik dan sesuai. Kenderaan yang lusuh dan lama serta rosak menyebabkan
pengutipan sampah tidak dapat dijalankan dengan sebaiknya (Yeny & Yulinah 2012).
Malah, kenderaan yang tidak mempunyai penutup bagi menutup sisa pepejal, seperti
lori kecil yang bukan dibina sebagai lori sampah akan menyebabkan sisa pepejal yang
dikutip mudah dibawa oleh angin dan jatuh ke atas jalan (Mbeng et al. 2012).
Berdasarkan kepada perkara ini, keadaan kenderaan serta keadaan struktur kenderaan
yang digunakan haruslah bersesuaian dengan fungsi yang terlibat.
2.4.3 Tenaga kerja
Tenaga kerja yang tidak mencukupi dan tidak berkemahiran tidak akan mampu untuk
mencapai pengurusan sisa pepejal yang efektif atau prosedur pengendalian sisa
pepejal yang bagus. Tenaga kerja yang berpengalaman serta berpengetahuan
memberikan kesan yang sangat baik dalam pengurusan sisa pepejal. Perkara ini boleh
memberikan impak yang baik dalam pengurusan sisa pepejal setempat khususnya
dalam pengendalian peralatan dan pengetahuan tentang kesan yang berlaku sekiranya
pengurusan sisa pepejal tidak mencapai tahap yang optimum (Ukpong & Udofia
2011).
23
Kekurangan tenaga kerja dalam pengendalian sisa ini juga memberikan impak
yang agak mendalam dalam aspek pengurusan (Seow 2004). Kekurangan tenaga kerja
akan menyebabkan perjalanan dan perlaksanaan pengurusan sisa menjadi lambat dan
kecekapan dalam pengurusan tidak akan dapat dicapai sepenuhnya. Hal ini sekaligus
menyebabkan perkhidmatan yang terlibat tidak dapat digunakan dan diberikan dengan
sepenuhnya. Kekurangan tenaga kerja akan menyukarkan kekerapan pengutipan dan
kecekapan pengutipan sisa pepejal, malah perkara ini juga akan membawa kepada
pengutipan sisa pepejal yang tidak konsisten.
Bukan itu sahaja, status pekerja dalam pengurusan sisa pepejal, khususnya
mereka yang bekerja dalam bahagian operasi iaitu bahagian pengutipan juga
mempunyai kesan yang agak besar dalam pengutipan. Selain dari pekerja yang tidak
berpengalaman, pengurusan sisa menjadi kurang efektif apabila tenaga kerja yang
digunakan sentiasa berubah dan tidak tetap (Issam et al. 2010). Penglibatan saudara
atau kenalan sebagai ganti sekiranya pekerja tidak dapat menghadirkan diri
menunjukkan bahawa pengurusan yang diberikan adalah tidak cekap kerana pekerja
yang terlibat tidak mempunyai atau tidak diketahui akan status pekerjaannya.
Perubahan tenaga kerja walau hanya sementara memberikan kesan yang tidak baik
dalam pengurusan tersebut kerana menunjukkan tahap perkhidmatan yang tidak
konsisten.
2.5
PEMBERI KHIDMAT PENGURUSAN
Pemberi khidmat pengurusan melibatkan pihak pengurusan tersebut, peralatan yang
digunakan dan kos yang terlibat. Ketiga-tiga aspek ini memberikan keadaan yang agak
signifikan dalam menilai tahap kecekapan pemberi khidmat pengurusan tersebut. Hal
ini kerana, pemberi khidmat tersebut haruslah mempunyai pelan atau sistem
pengurusan yang baik bagi memastikan perjalanan tugas dalam keadaan yang lancar.
Bukan itu sahaja, peralatan yang dibekalkan juga menjadi peranan pemberi khidmat
dalam memastikan tugas yang dilaksanakan dapat diselesaikan dengan mudah dan
pantas. Kos pula memainkan peranan yang sangat penting kerana, kos yang terlibat ini
24
jugalah yang akan menanggung kos pengurusan, kos upah, kos kenderaan, kos
penyelenggaraan, kos kontigensi dan lain-lain lagi.
2.5.1 Pihak pengurusan
Pihak pengurusan merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan sisa
pepejal ini boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu kerajaan dan swasta.
Sebagaimana pengurusan sisa ini di bawah kuasa kerajaan tempatan, pemberian
konsesi kepada pihak swasta juga merupakan satu langkah yang baik dalam
memastikan pengurusan sisa pepejal berada dalam tahap yang terbaik (KPKT 2011).
Penswastaan yang dilaksanakan ini diharap menjadi pemacu transformasi ke arah
pengurusan sisa yang cemerlang. Suka untuk dimaklumkan bahawa, dalam
penswastaan yang dilaksanakan oleh kerajaan tempatan itu sendiri, kesan baik dan
buruk merupakan kesan yang tidak dapat dielakkan. Kesan yang baik seperti
pertambahan pihak yang menguruskan sisa pepejal ini menjadikan lebih banyak
kawasan yang terlibat dalam satu pengurusan yang sama. Perkara ini akan dapat
mengurangkan permasalahan dalam liputan pengutipan sisa dan akan dapat
mewujudkan kepelbagaian kaedah dalam pengurusan sisa pepejal.
Namun begitu, kesan yang kurang baik juga turut wujud seperti sistem yang
melibatkan pembayaran duit sampah yang tidak efisien (Issam et al. 2010).
Pembayaran duit sampah merupakan salah satu kaedah yang menanggung kos
pengurusan pihak swasta. Disebabkan tiada sistem yang efisien seperti rekod
pembayaran atau jadual pembayaran serta kekerapan pengutipan pembayaran, salah
faham mudah berlaku, dan akhirnya menyebabkan penduduk tidak begitu percaya
terhadap perkhidmatan yang diberikan. Ketidakpercayaan dan kesalahfahaman yang
berlaku menyebabkan penduduk mula tidak membayar dan membuang atau
melupuskan sisa pepejal menggunakan cara tersendiri. Kaedah pembayaran haruslah
mempunyai resit sebagai pembuktian pembayaran dan juga hari atau tarikh pengutipan
duit pembayaran perlu jelas dan tetap serta perlu diikuti secara konsisten. Kelemahan
pihak pengurusan juga dikenalpasti dalam kajian Seow (2004) yang menekankan
kepada perancangan dan pengurusan yang kurang cekap, kekurangan maklumat dan
25
liputan pungutan yang kurang mencukupi menyebabkan pihak pengurusan
mempunyai pengurusan sisa yang lemah.
Bukan itu sahaja, status ekonomi dalam sesetengah kawasan kajian juga
memainkan peranan yang agak penting seperti kawasan berprofil tinggi dan kawasan
pinggir bandar (Mbeng et al. 2012). Disebabkan perbezaan tersebut, pemberian
perkhidmatan dalam pengurusan sisa pepejal dilihat tidak seimbang. Pemberian
perkhidmatan yang tidak sekata membawa kepada permasalahan yang lain seperti
pengutipan sisa yang tidak konsisten dan juga masalah longgokan sisa pepejal.
Walaupun duit diperlukan dalam operasi (Nyakaana 2000), namun pemberian khidmat
juga perlu sekata dan konsisten. Perletakan kemudahan yang jauh dari penduduk
setempat menyebabkan mereka malas untuk membuang ke kawasan yang disediakan
yang akhirnya mendorong mereka untuk membakar atau membuang sisa pepejal di
kawasan bahu jalan dan juga ke dalam sistem saliran (Mbeng et al. 2012).
Selain itu, pengurusan sisa pepejal yang tidak cekap juga melibatkan konflik
pertindihan kuasa dalam pengurusan hal tersebut (Ukpong & Udofia 2011). Konflik
yang berlaku ini disebabkan oleh persempadanan pengurusan yang tidak jelas dan
menyebabkan tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam hal yang berlaku.
Disebabkan oleh konflik ini jugalah, sisa tidak dapat diuruskan dengan sebaiknya
kerana pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini tidak diketahuiakan status
pengurusan sisa pepejal.
2.5.2 Peralatan yang digunakan
Pengurusan sisa yang berkesan juga mengambil kira peralatan yang digunakan
khususnya kenderaan yang digunapakai dalam pengangkutan dan pengutipan sampah
dan juga penstoran sisa tersebut. Pengurusan sisa yang kurang efektif berlaku apabila
pengutipan tidak dapat dilaksanakan kerana terdapatnya kenderaan atau lori sampah
yang tidak berfungsi dengan sepenuhnya (Chikobvu & Makarati 2011). Disebabkan
oleh kekurangan atau ketiadaan kenderaan yang mempu beroperasi seperti biasa,
pengutipan sampah tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
26
Perkara ini juga disokong dalam kajian yang dijalankan oleh Ukpong dan Udofia
(2011), menyatakan bahawa pengurusan sisa yang kurang efektif juga disebabkan oleh
kekurangan kenderaan dalam pengutipan dan pelupusan sisa. Pengurusan sisa yang
tidak efisien juga disebabkan oleh penyelenggaran kenderaan sampah yang jarang
dilaksanakan dan menjadi salah satu faktor dalam menyebabkan kenderaan
pengangkut sampah tidak dapat berfungsi dengan baik (Seow 2004).
Sepertimana di negara-negara asia yang lain, penggunaan kenderaan lama atau
kenderaan pengutipan sampah yang lama memberikan kesan yang negatif kepada
pengurusan sisa (Yeny & Yulinah 2012). Permasalahan dalam kecekapan pengurusan
dipengaruhi oleh kenderaan yang digunakan, dan kenderaan yang lama dan lusuh
memberikan permasalahan dalam pengutipan sisa kerana tidak dapat menampung
kapasiti sisa serta operasi pengurusan menjadi lambat (Issam et al. 2010). Selain dari
kenderaan untuk mengutip sampah, peralatan penstoran iaitu tong sampah juga
merupakan indikator penting dalam pengurusan sisa yang efisien. Tanpa adanya
penstoran yang baik, permasalahan yang serius akan berlaku (Nyakaana 2000). Hal ini
kerana, sebelum pengutipan dilakukan, sisa pepejal perlu disimpan dalam keadaan
yang baik dan tidak merata-rata bagi mengelakkan permasalahan dalam kemudaratan
kesihatan penduduk sekitar dan pencemaran bau dari berlaku. Perkara ini hanya
berlaku sekiranya penggunaan penyimpanan itu tidak mencapai standard yang
diinginkan iaitu tertutup dan tidak bocor (Ukpong & Udofia 2011).
2.5.3 Kos yang terlibat
Kos juga merupakan indikator yang penting dalam keberlangsungan pengurusan sisa
dalam mana-mana kawasan. Kos ini perlu bagi pihak pengurusan untuk membayar
upah pekerja, penyelenggaraan kenderaan serta membayar tuan tanah bagi pelupusan
yang dilakukan di tanah persendirian. Dalam aspek kos ini juga, sistem pembayaran
duit sampah juga akan dinilai kerana kos pengurusan juga mengambil kira terhadap
pembayaran yang dilakukan oleh penduduk setempat sebagai pelanggan yang
menggunakan pengurusan sisa di dalam kawasan kajian ini. Permasalahan dalam kos
ini dapat dilihat apabila sistem pembayaran yang dilakukan ini tidaklah begitu
27
berkesan seperti dalam kajian yang dijalankan oleh Issam et al. (2010). Kos
pengurusan tidak dapat diperolehi dengan sebaiknya kerana ada yang tidak membayar
dan juga tiada rekod yang menyimpan pengguna yang telah membayar, menyebabkan
kecelaruan dan ketidakpercayaan kepada pemberi khidmat. Perkara ini menyebabkan
aliran tunai atau aliran kos pengurusan tidak berjalan dengan lancar menyebabkan
pemberian perkhidmatan dalam pengurusan sisa tergendala atau tertangguh (Chikobvu
& Makarati 2011).
Aliran kos atau tunai yang tidak berjalan dengan lancar menyebabkan kos
pengurusan tidak
dapat
ditanggung
oleh
pihak
pengurusan,
menyebabkan
perkhidmatan tidak berjalan dengan baik. Pihak pengurusan terpaksa menanggung
kerugian dalam perkara ini menyebabkan pengutipan sisa pepejal mempunyai
kekerapan yang jarang atau menangguh jadual pengutipan sisa (Alexander et al.
2012). Apabla penangguhan berlaku, maka pengutipan tidak dapat dijalankan secara
konsisten atau mengikut jadual yang ditetapkan menyebabkan sisa terkumpul dan
permasalahan yang lebih serius berlaku. Pembayaran yang tidak konsisten selalunya
di kawasan yang sangat jarang sekali pengutipan sisa dilakukan (Nyakaana 2000).
Melalui kos ini jugalah pihak pengurusan yang terlibat mampu untuk membuat
keputusan berkaitan dengan kewangan dan pengurusan sisa dengan lebih efektif
kerana adanya sumber yang membolehkan operasi sisa diteruskan seperti biasa (Alam
& Kafeel 2013). Perkara ini juga disokong dalam kajian yang dijalankan oleh Seow
(2004), iaitu sumber kewangan merupakan salah satu kekangan yang dihadapi dalam
pengurusan sisa kerana boleh dikatakan menjadi dorongan dan inisiatif dalam
mencapai pengurusan yang lebih baik.
2.6
SIKAP MASYARAKAT
Seterusnya dalam pengurusan sisa pepejal ini, masyarakat merupakan pelanggan yang
membayar dan menerima perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang ditawarkan.
Bagi menilai tahap keberkesanan pengurusan yang dilaksanakan sikap dan peranan
masyarakat juga perlu diambil kira. Golongan ini sebenarnya yang menjanakan sisa
pepejal dan juga memerlukan pengurusan sisa yang efektif bagi membolehkan
28
keselesaan hidup tercapai. Sikap masyarakat perlu dinilai dan dikenalpasti sama ada
masyarakat ini sanggup untuk membayar atau tidak terhadap perkhidmatan yang
diberikan dan juga keterbukaan atau penerimaan dalam pengadaptasian pengurusan
sisa yang dilaksanakan. Perkara ini penting bagi membolehkan pengoperasian dan
pengurusan sisa mencapai tahap yang optimum melalui respon yang diberikan oleh
masyarakat. Dalam erti kata lain, respon yang diberikan membolehkan operasi
pengurusan beradaptasi dan juga mempunyai kaedah pengurusan alternatif sekiranya
pengurusan yang dijalankan pada waktu semasa tidak disukai oleh penduduk
setempat.
2.6.1 Kesanggupan membayar
Aspek kesanggupan membayar pula melibatkan masyarakat yang sanggup membayar
bagi mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dalam hal yang berkaitan pengurusan
sisa pepejal. Kajian yang berkaitan dalam kesanggupan untuk membayar khususnya
terhadap pengurusan sisa pepejal jarang dibuat dalam satu kajian yang khusus tetapi
ada dilaksanakan sebagai salah satu komponen kecil dalam sesuatu kajian yang
berkaitan. Dalam kajian yang dijalankan, penduduk setempat sanggup membayar
perkhidmatan pengurusan sisa sekiranya mempunyai kaedah pengurusan yang baik
berbanding yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Persetujuan dalam membayar caj
lebih diberikan berada pada tahap yang memberansangkan sekiranya perkhidmatan
yang diberikan adalah pada tahap yang terbaik (Hasnah Ali et al. 2012). Hal ini
kerana, penduduk di kawasan tersebut menyedari akan kebaikan dalam memperolehi
pengurusan yang baik serta keselesaan hidup yang bebas dari permasalahan sampah
(Edema et al. 2012).
Kesanggupan membayar ini juga mempunyai nilai maksimum yang tersendiri.
Hal ini kerana, kos hidup masyarakat juga harus diambil kira bagi memastikan
kesejahteraan hidup dan dalam masa yang sama memastikan masyarakat mempunyai
keupayaan dalam membayar perkhidmatan yang ditawarkan. Pemberian perkhidmatan
yang sama oleh dua syarikat yang berbeza memberikan impak yang ketara sekiranya
caj yang diberikan adalah berlainan dan yang paling rendah adalah pilihan utama
29
penduduk kerana hal ini boleh dianggap masih dalam kemampuan masyarakat
tersebut.
2.6.2 Penerimaan dan adaptasi pengurusan sisa
Aspek penerimaan terhadap adaptasi pengurusan sisa ini merujuk kepada penerimaan
responden atau penduduk terhadap aplikasi pengurusan sisa semasa dan juga perkara
yang berkaitan yang membolehkan mereka terlibat sama dalam pengurusan ini.
Penerimaan ini juga menilai tindakan yang diberikan oleh mereka yang terlibat di
peringkat isi rumah dan juga peringkat perumahan. Terdapat dua sifat yang
bertentangan dalam perkara ini, iaitu golongan yang mengasingkan sisa kepada lima
bahagian iaitu kertas, plastik, kaca, logam dan sisa organik boleh kompos serta
masyarakat yang tidak mengasingkan sampah (Issam et al. 2010). Hal ini
menunjukkan bahawa terdapat juga segelintir masyarakat yang memahami
kepentingan pengasingan ini dibuat, manakala yang tidak mengasingkan sisa tersebut
berpendapat bahawa mereka tidak suka mengurus sisa. Terdapat juga yang takut
terhadap kesan seperti mendapat penyakit dan ada yang menyatakan bahawa mereka
tiada masa untuk berbuat sedemikian. Perkara ini menunjukkan perbezaan yang sangat
ketara di peringkat rumah.
Penerimaan juga dapat dilihat dalam sudut program yang dilaksanakan oleh
kerajaan tempatan (Mbeng et al. 2012) seperti program gotong-royong membersihkan
kawasan yang terlibat. Penerimaan sesuatu program dapat dinilai sekiranya ramai
yang mengikuti program tersebut. Namun begitu, terdapat juga faktor yang
menyebabkan program tidak begitu diterima dengan baik. Faktor tersebut adalah levi
yang dikenakan untuk teksi dan kenderaan awam serta persendirian sekiranya datang
ke dalam kawasan bandar (Mbeng et al. 2012). Pengimplementasian ini memberikan
kesan rantaian negatif yang menyebabkan ramai masyarakat tidak mengikuti program
tersebut kerana ada pihak yang mengambil kesempatan dalam perkara ini walaupun
tidak melalui atau memasuki bandar. Kesan dari perkara tersebut, program ini tidak
begitu berkesan sekali kerana levi yang dikenakan menyebabkan kurang masyarakat
yang menyertai program pembersihan ini.
30
Terdapat juga pengadaptasian masyarakat yang agak konvensional dalam
pengurusan sisa pepejal ini (Alexander et al. 2012). Pengurusan yang sangat lemah di
kawasan perumahan khususnya di kawasan perumahan golongan yang berpendapatan
rendah menunjukkan kecenderungan dalam pembakaran sampah. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa masyarakat di kawasan tersebut lebih menggemari kaedah
pembakaran sampah. Berbeza pula dengan kajian yang dijalankan di Harare,
Zimbabwe, masyarakat di kawasan tersebut mendapat gelaran ”Thrown-away
Society” yang bermaksud masyarakat yang suka membuang sampah (Chikobvu &
Makarati 2011). Masyarakat di kawasan ini gemar membuang sampah ke dalam
sistem saliran walaupun sedar akan perkara tersebut, mereka beranggapan bahawa
sampah yang dibuang itu akan dibawa pergi dari kawasan tempat tinggal mereka.
Namun begitu, sampah yang dibuang itu berlonggok dan menyebabkan sistem saliran
tersumbat dan akhirnya menyebabkan air bertakung dan membawa kepada
permasalahan yang lain seperti banjir kilat.
2.7
IMPAK DARI PENGURUSAN SISA YANG LEMAH
Pengenalpastian kesan yang berlaku hasil dari pengurusan sisa yang lemah perlu
diambil tahu. Hal ini kerana, bagi mendapatkan pengurusan yang efisien, kesan harus
dikenalpasti
supaya
langkah
pengurusan
alternatif
dapat
diketahui
bagi
meminimumkan impak yang terjadi. Oleh yang demikian, impak dari pengurusan sisa
yang lemah ini akan memperlihatkan impak terhadap dua perkara iaitu alam sekitar
dan manusia. Melalui dua aspek ini, kesan yang berlaku akan dapat diperincikan lagi
dan dikaitkan supaya sistem pengurusan sisa bersepadu dapat dihasilkan dalam
memastikan impak yang terhasil mempunyai impak yang minimum dalam aspek ini.
Dalam kajian tesis ini juga, penekanan kepada dua perkara ini adalah penting bagi
memperlihatkan perkaitan yang sewajarnya dengan pengurusan semasa dengan kesan
yang berlaku dalam kawasan kajian.
31
2.7.1 Impak terhadap alam sekitar
Impak terhadap alam sekitar ini berlaku kerana pengurusan dalam pengendalian sisa
khususnya dalam pengutipan dan penstoran berada di tahap yang lemah yang mana
akhirnya menyebabkan alam sekitar terjejas akibat kelemahan tersebut. Kelemahan
yang dimaksudkan ini dapat dilihat khususnya dalam aspek lokasi pembuangan
sampah tersebut. Kajian yang dijalankan oleh Nyakaana (2000) menunjukkan bahawa
pembuangan sampah di kawasan yang berdekatan dengan aliran sungai, kawasan
lembah dan juga kawasan paya memberikan kesan yang buruk kepada kawasan sekitar
tersebut. Perkara ini berlaku kerana terdapatnya cecair yang mengalir keluar dari sisa
tersebut dan mencemarkan kawasan sekitarnya (Alexander et al. 2012).
Selain itu, pembakaran terbuka juga merupakan kesan dari pengurusan sisa
yang lemah dan memberikan kesan yang semestinya membawa kepada pencemaran
udara. Sisa yang dibakar akan memberikan kesan toksik yang akhirnya menyebabkan
kawasan hijau di kawasan sekelilingnya mati dan layu, sekiranya terdapat sisa yang
dibakar adalah bersifat toksik. Berdasarkan kepada kesan yang berlaku, pengurusan
sisa yang lemah ini telah menyebabkan kawasan alam sekitar menerima kesan yang
buruk hasil dari pengurusan sisa yang lemah. Tindakan yang lebih aggresif diperlukan
dalam menangani permasalahan yang berlaku ini. Selain dari kesan kepada alam
sekitar, manusia juga turut menerima pelbagai kesan hasil dari pengurusan sisa yang
lemah ini.
2.7.2 Impak terhadap manusia
Impak terhadap manusia dapat dikenalpasti melibatkan keselesaan penduduk setempat
serta perkara yang berkaitan dengan haiwan atau serangga pembawa penyakit
(Nyakaana 2000). Kesan tersebut dapat dilihat apabila sisa yang dibuang tidak dikutip
menyebabkan pencemaran bau yang menggangu keselesaan penduduk. Bukan itu
sahaja, longgokan sampah tersebut menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa
penyakit, menyebabkan jumlah haiwan dan serangga ini meningkat sehingga mampu
beradaptasi dengan keadaan bandar (Alexander et al. 2012). Pembuangan sisa yang
32
tidak dikutip dan berlonggok menyebabkan kawasan tersebut menjadi tempat
pembiakan serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti nyamuk aedes, tikus dan
lipas dan akan menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan kerana pengurusan
dalam pembersihan yang sangat lemah di kawasan tersebut (Mbeng et al. 2012).
Bukan itu sahaja, bagi kawasan perumahan yang berdekatan dengan kawasan
pembuangan atau tapak pelupusan, kesan yang paling ketara dan selalu diterima oleh
penduduk adalah pencemaran bau. Dalam kajian yang dijalankan oleh Zaini Sakawi et
al. (2011), penduduk berpendapat bahawa pencemaran bau tersebut menyebabkan
kesan yang buruk kepada kesihatan penduduk. Keadaan ini memberikan kesan yang
agak negatif khususnya yang melibatkan sakit kepala ataupun pening. Pencemaran
bau ini juga bukan sahaja menyebabkan kesihatan merosot, tetapi aktiviti harian juga
terhad disebabkan ketidakselesaan bau yang terhasil dari perkara ini. Sama seperti
dalam kajian yang dijalankan oleh Van Harreveld (2003), pencemaran bau ini berlaku
kerana pengurusan yang sangat lemah dalam menangani permasalahan bau ini,
khususnya perkara yang berkaitan dengan sisa pepejal. Disebabkan pengurusan yang
lemah ini,
menyebabkan gangguan kepada keselesaan penduduk di kawasan
sekitarnya. Perkara ini terjadi kerana sisa yang diuruskan tersebut tidak dirawat dan
dibersihkan dengan sebaiknya serta tidak dilupuskan dengan sepenuhnya. Disebabkan
oleh itu, pencemaran bau tetap berlaku dan akan mengambil tempoh yang agak lama
untuk menangani permasalahan tersebut (Issam et al. 2010).
2.8
LANGKAH PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG EFISIEN
Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan terdapat dua jenis langkah yang
dicadangkan dan dikenalpasti dalam mana-mana permasalahan yang berkaitan dengan
pengurusan sisa pepejal. Dua langkah tersebut dikenalpasti sebagai langkah
perundangan dan langkah bukan perundangan. Langkah bukan perundangan merujuk
kepada langkah yang tidak melibatkan peraturan, akta atau apa-apa undang-undang
bertulis, tetapi melibatkan langkah seperti pendidikan, karnival, kejuruteraan dan lainlain. Langkah perundangan pula merupakan langkah yang melibatkan undang-undang
33
khususnya dalam aspek peraturan, akta dan piawaian perundangan yang tertentu yang
melibatkan pengurusan sisa pepejal.
2.8.1 Langkah bukan perundangan
Langkah bukan perundangan melibatkan kesedaran awam, pembiayaan, kepakaran,
peralatan dan kemudahan (Issam et al. 2010). Langkah tersebut merupakan langkah
yang agak signifikan dengan mengambil kira kawasan yang dikaji melibatkan
kawasan yang pelbagai dari kawasan perumahan sehinggalah ke kawasan kem
pelarian. Disebabkan keadaan persekitaran yang sedemikian, maka langkah yang
dikenalpasti adalah bersifat praktikal yang memerlukan langkah yang segera serta
bersifat teknikaliti. Terdapat juga langkah yang melibatkan kesedaran (kempen),
pendidikan, pembiayaan yang secukupnya dan penyediaan kemudahan yang baik
(Alexander et al. 2012; Mbeng et al. 2012).
Selain dari itu, terdapat juga langkah yang dikatakan menguntungkan pihak isi
rumah, iaitu melalui penjualan sisa sebagai bahan terpakai atau sebagai fungsi lain
(Junaidah Ahmad Kalana 2010). Penjualan fungsi lain melibatkan penjualan
komponen-komponen tertentu seperti barangan elektronik sama ada melibatkan skrin,
papan kekunci atau komponen yang masih berfungsi. Ini menunjukkan kaedah
langkah yang agak menggalakkan kerana penukaran sampah kepada wang atau
barangan bernilai merupakan langkah yang baik dalam mengurangkan pembuangan
sisa pepejal. Terdapat juga kaedah yang tertentu dalam mengurangkan sisa yang boleh
diguna semula dan diubahsuai akan fungsinya kepada benda yang boleh digunakan
secara harian. Sebagai contohnya tayar lama dijadikan sebagai selipar, tin aluminium
pula menjadi tempat pemegang lilin dan kertas lama atau surat khabar lama dijadikan
sebagai sampul surat (Chikobvu & Makarati 2011; Nyakaana 2000).
Selain dari langkah yang biasa dikenalpasti, terdapat juga kaedah yang agak
menarik namun agak kontroversi iaitu langkah penukaran sisa ke tenaga (Yeny &
Yulinah 2012). Pengurangan dalam permasalahan yang berkaitan dengan sisa pepejal,
penukaran sisa dari sisa kepada tenaga merupakan langkah yang terbaik untuk
34
dilaksanakan dalam negera-negera asia. Melihat kepada potensi penukaran sisa
tersebut dengan kadar penghasilan sisa serta keadaan kawasan pedalaman dan luar
bandar yang masih tidak mendapat bekalan elektrik, waste-to-energy merupakan
langkah yang terbaik. Bagi melaksanakan kaedah sedemikian, pembinaan insinerator
sangat diperlukan kerana melalui pembakaran sisa pepejal, barulah tenaga dapat
dihasilkan. Berdasarkan kepada Garis Panduan Perancangan Tapak Insinerator yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia,
insinerator yang berskala kecil merupakan kaedah yang terbaik. Pembinaan insinerator
ini tertakluk di bawah seksyen 34A, perkara 18 (a), Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974, yang menyatakan bahawa insinerator memberikan kesan yang agak buruk
kepada alam sekitar sekiranya tidak diselia dengan baik dan merupakan langkah
alternatif dan ingin dielakkan dengan melihat kepada skala pencemaran udara yang
boleh dihasilkan.
Berdasarkan kepada konteks perumahan, insinerator berskala kecil merupakan
kaedah yang terbaik dalam menyelesaikan permasalahan ini. Antara kriteria yang
diperlukan dalam membina insinerator ini adalah penghasilan sisa atau bahan bakar
(sisa) haruslah kurang dari 15 hingga 200 tan sehari, dengan keluasan 0.4 hingga 2
hektar. Kawasan pembinaan tersebut haruslah dari kawasan tanah berpamah dan
mempunyai jarak perhubungan yang sesuai dan mudah dihubungi. Penggunaan sistem
pemulihan haba atau ”Heat Recovery System” yang menjadi sistem dalam penukaran
haba hasil dari pembakaran kepada tenaga elektrik. Sisa yang terpilih sahaja yang
boleh dibakar dalam insinerator berskala kecil ini seperti sisa-sisa makanan, sisa
taman, sisa buangan binatang dan pertanian dan sisa kering. Zon penampan adalah
sejauh 10 meter dan boleh dijadikan sebagai kawasan rekreasi serta harus diwartakan
mengikut seksyen 62 di bawah Kanun Tanah Negara. Langkah ini walaupun kurang
dipersetujui oleh ramai ahli atau pegawai alam sekitar, kesan yang terhasil oleh
insinerator skala kecil ini sangat rendah. Malah juga bukan sahaja mengurangkan
masalah taburan sampah merata-rata, insinerator ini juga mampu membekalkan tenaga
elektrik kepada kawasan sekitarnya. Penghasilan 60 tan sisa, tenaga yang dapat
disimpan adalah diantara 65 581.395 kWh hingga 71 860.47 kWh, dengan anggaran
penghasilan kuasa elektrik sebanyak 2 500 kW hingga 3 000 kW (Kumar et al. 2010).
35
Hal ini juga menunjukkan bahawa penghasilan tenaga elektrik bagi setiap tan adalah
sebanyak 500 hingga 600 kWh. Sisa yang dihasilkan mampu digunakan sebagai salah
satu kaedah penghasilan tenaga elektrik dan mampu membekalkannya dengan jumlah
yang secukupnya. Penghasilan insinerator berskala kecil ini juga merupakan idea yang
bernas khususnya dalam mengurangkan sisa dan juga membekalkan elektrik pada
masa yang sama.
2.8.2 Langkah perundangan
Penekanan bahawa langkah tersebut haruslah melibatkan penilaian semula undangundang yang ditekankan bagi melihat keberkesanan tersebut (Alexander et al. 2012).
Pematuhan undang-undang juga haruslah diikuti dengan perlaksanaan penguatkuasaan
undang-undang yang tegas. Perkara ini dilihat sebagai salah satu elemen yang penting
dalam memastikan pengurusan dalam sisa pepejal dilaksanakan dengan efisien.
Menurut Seow (2004) langkah yang terbaik dalam pengurusan sisa pepejal dalam
aspek perundangan adalah melalui penilaian semula undang-undang dan peraturan
serta penswastaan dalam pengurusan tersebut. Ini akan memastikan organisasi yang
terlibat dapat disusun dan dikategorikan berdasarkan kepada kuasa dan skop tugas
yang diberikan. Selain itu, pengenalpastian dalam penambahbaikan pengurusan sisa
tersebut, pengawalseliaan dan perlaksanaan bagi kerangka undang-undang yang ada
haruslah dilaksanakan dan diperkuatkuasakan dengan tegas (Ukpong & Udofia 2011).
Perkara ini adalah penting dalam memastikan penduduk dan pihak yang terlibat
mengetahui akan garis panduan dan juga penalti yang akan dikenakan sekiranya tidak
mematuhi peraturan yang sedia ada.
2.9
JURANG PENYELIDIKAN
Perlaksanaan kajian ini melibatkan keseluruhan faktor yang mempengaruhi
pengurusan dan pengendalian sisa pepejal di peringkat isi rumah dan juga di peringkat
kawasan tempatan. Berbanding dengan kajian yang pernah dilakukan sebelum ini
seperti kajian lepas, ia hanya melibatkan sebahagian faktor dalam satu-satu kajian
seperti status sosioekonomi penduduk (Nyakaana 2000) dan pengurusan di peringkat
36
pengutipan sahaja (Yeny & Yulinah 2012). Berbanding dalam kajian ini, skop dari
penghasilan sehinggalah ke pengutipan di ambil kira dan diperlihatkan lagi perbezaan
pengurusan dan pengendalian sisa pepejal di peringkat isi rumah dan kawasan
perumahan. Perkara seperti penghasilan, penstoran, pembuangan dan prosedur
pengutipan diperincikan lagi dalam kajian ini berbanding kajian-kajian yang lepas
Selain itu, kajian ini juga menumpukan kepada peraturan yang telah ditetapkan
sebagai panduan pihak swasta dalam mengikuti perlaksanaan tersebut. Kajian yang
telah disorot tiada yang menyentuh tentang keberkesanan panduan dan pematuhan
peraturan atau garis panduan dalam pengurusan sisa (Seow 2004). Dalam kajian ini,
peraturan tersebut ditekankan dengan melihat kepada panduan yang ditetapkan oleh
JKKK dan juga DBKK. Hal ini jelas menunjukkan kajian ini mempunyai sudut
pandangan yang berbeza dengan kajian lepas yang pernah dilaksanakan. Dalam aspek
cadangan ini, kajian lepas dan semasa tidak mempunyai perbezaan yang sangat ketara
khususnya dalam perkara yang melibatkan perundangan dan bukan perundangan
secara umum.
2.10
KESIMPULAN
Pengurusan sisa pepejal yang berlaku di mana-mana kawasan juga melibatkan aspek
pengoperasian, pihak pengurusan, masyarakat dan juga kerajaan. merupakan elemen
yang asas dan biasa dilihat dalam mana-mana kajian. Yang membezakan antara kajian
yang pernah dilakukan adalah dalam aspek pengambilan dan pembahagian data, serta
kesan dan langkah yang diambil dalam mengatasi permasalahan yang berlaku. Selain
dari perkara tersebut, mempunyai corak yang sama. Namun begitu dalam kajian tesis
yang dijalankan ini, bukan sahaja melihat kepada norma biasa yang dapat dilihat
dalam pengurusan sisa pepejal. Perkara lain juga diambil kira seperti latar sosio
penduduk, demografi, geografi dan juga impak dan langkah yang bersesuaian
berdasarkan kepada kriteria yang dapat dikenalpasti. Oleh yang demikian, kajian tesis
ini diharapkan dapat membuka lembaran baru dalam aspek pengurusan sisa pepejal
yang dilaksanakan.