ALAM SEKITAR DALAM AL QURAN DAN HADITH

ALAM SEKITAR DALAM AL-QURAN DAN HADITH
Oleh: Abdul Azib Hussain

1. Kemusnahan Alam Sekitar yang Disebabkan Perlakuan Manusia
Mengikut Gambaran al-Quran.

َ َ ‫اس َ ِم ُي ِذًلَِ َُْم َب َ ْع‬
َ ِ َّ‫َعِ َََر َامْ َف َسا ُدَ َ ِ َف َامْ َ ِّبَ َ َوامْ َب ْح َِر َ ِب َما َ َك َسبَتَْ َ َأًْ ِدي َامي‬
َ‫ض َ َّ ِاَّلي َ َ َِعوُوا َم َ َعوَِّ َُْم‬
َ‫ون‬
َ ‫َيَ ْرجِ ُع‬
Maksudnya: ”Telah jelas kerosakan di darat dan di laut
disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah
merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan
mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”.
Surah al-Rum (30): 41.
- Maksud [kerosakan di darat dan di laut kerana perbuatan tangan manusia]:
- Menurut Ibn al-Munzir dan Ibn Abi Hatim dari Ibn al-Abbas iaitu
kurang keberkatan disebabkan perbuatan hamba supaya mereka
bertaubat.1
- Menurut Ibn Munzir dari ‟Ikrimah dan ‟Atiyyah iaitu apabila

kekurangan hujan maka kuranglah menyelam (hasil tangkapan).2

1

Jalaluddin al-Suyuti (2003), al- Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma‟thur, j. 11, c. 1. Kaherah:

Markaz Hijr li al-Buhuth wa al-Dirasat al-„Arabiyyah al-Islamiyyah, h. 604.
2

Ibid., h. 604 – 605, Abi Ja‟far Muhammad Ibn Jarir al-Tabari (2001), Tafsir al-Tabari Jami‟ al

Bayan „An Ta‟wil al-Quran, j. 18. c. 1. Kaherah: Markaz Hijr li al-Buhuth wa al-Dirasat al„Arabiyyah al-Islamiyyah, h. 512.

- Menurut Ibn Abi Shaibah dan Ibn Jarir dari Hasan maksudnya Allah
membinasakan mereka disebabkan dosa mereka di daratan dan lautan
kerana perbuatan buruk mereka.3
- Allah menerangkan daratan dan lautan saling berkaitan dan keduaduanya adalah dimudahkan untuk manusia. Kerosakan yang timbul di
daratan bermaksud penyebaran kerosakannya juga akan menimpa di
lautan. Dan tidak berlaku kerosakan daratan dan lautan kecuali kerana
kerosakan yang dilakukan oleh manusia.4

- [Kerosakan di darat dan di laut...] seumpama kemarau, kelaparan,
kekurangan hasil pada tanaman, kekurangan untung di dalam
perniagaan, berlaku kematian kepada manusia dan binatang, banyak
kebakaran dan banjir, gementarnya pemburu dan penyelam (kembali
tanpa hasil), hilangnya keberkatan dari setiap sesuatu, sedikitnya
manfaat pada perkara umum dan banyaknya mudarat.5
- Maksud [supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat)
perbuatan mereka]:
- supaya Allah menimpakan mereka balasan setengah dari perbuatan dan
maksiat yang mereka lakukan.6

3

Jalaluddin al- Suyuti (2003), op. cit, h. 606, Abi Ja‟far Muhammad Ibn Jarir al-Tabari (2001), op.

cit, h. 511.
4

Ghalib Muhamad Raja al-Za‟arir (2003), al-Ma‟ fi al-Quran al-Karim, c. 1. Madinah al-


Munawwarah: Maktabah Dar al-Zaman li al-Nashr wa al-Tauzi‟, h. 155.
5

Abi al-Qasim Mahmud Ibn Umar al-Zamakhshari (1998), al-Kashhaf, j. 4, c. 1. Riyadh:

Maktabah al-„Abikan, h. 582.
6

Abi Ja‟far Muhammad Ibn Jarir al-Tabari (2001), op. cit, h. 513.

2.

Anasir Alam Sekitar dalam al-Quran:
2.1 Penciptaan Alam

َ‫ت َ َ َْت ِري َ ِفَ َامْ َب ْح َِر‬
َ ِ َّ ‫ل َام‬
َِ ْ ‫الف َانو َّ ْي َِل َ َواهَّنَّ َ َِار َ َوامْ ُف‬
َ ِ ‫ض َ َوا ْخ ِت‬
َ ِ ‫ات َ َوا َأل ْر‬

َِ ‫امس َم َاو‬
َّ َ ‫ّا ََّن َ ِفَ َ َخوْ َِق‬
َ َ َّ‫ِب َما ًَ َ ْي َف َُع َامي‬
َ َ ‫امس َما َِء َ ِم َْن َ َما ٍءَ َفَأَ ْح َيا َ ِب َِ َا َأل ْر‬
َ‫ث َ ِفهيَا‬
ََّ َ ‫ض َب َ ْعدََ َ َم ْوِتِ َا َ َوب‬
ُ َّ َ ‫اس َ َو َما َ َأىز ََل‬
َّ َ َ‫اّللَ َ ِم َن‬
َ ِ ‫َْص‬
َِّ ُ َ ‫ِم َْن‬
َ‫ت َ ِملَ ْوٍَم‬
ٍَ ‫ض َأل ٓ ََي‬
َ ِ ‫امس َما َِء َ َوا َأل ْر‬
ِ ْ ‫ك َدَاب ٍََّة َ َوث‬
َّ ‫ًف َ ّ ِامر ََيحَِ َ َو‬
َّ َ َ‫امس َحابَِ َامْ ُم َس َّخ َِر َب َ ْ َي‬
َ‫ون‬
َ ُ‫ً َ ْع ِلو‬
Maksudnya: ”Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,
silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut

membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah
turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu dia hidupkan
bumi sesudah mati (kering)nya dan dia sebarkan di bumi itu
segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang
dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tandatanda

(keesaan

dan

kebesaran

Allah)

bagi

kaum

yang


memikirkan.”
Surah al-Baqarah (2): 164.
- Maksud [apa yang berguna bagi manusia]:
- Iaitu pada pelayaran kapal itu memberi kemanfaatan manusia di
lautan.7

3.

Air sebagai sumber kehidupan:

َ‫ح‬
ََّ ُ َ‫َو َج َعوْيَاَ ِم ََنَامْ َما َِء‬
ْ َ َ‫ك‬
ّ ٍ َ َ‫َش ٍَء‬
7

Ibid., j. 3, c. 1, h. 11.

Maksudnya: ”Dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang
hidup.”

Surah al-Anbiya‟ (21): 30.
- Maksud [dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup]:
- Menurut Abi al-‟Aliyah iaitu mani lelaki.8
- Menurut Hasan dan Qatadah iaitu diciptakan segala sesuatu itu dari air,
ia sumber kehidupan bagi setiap sesuatu.9
- Iaitu Kami menghidupkan sesuatu dengan air yang diturunkan dari
langit.10
3.1 Kepentingan air:
3.1.1 Punca kehidupan (lihat surah al-Anbiya‟ (21): 30).
3.1.2 Pembentukan lembaga manusia daripada tanah.
Firman Allah SWT:

ٍَ‫ُ ََُوَ َّ ِاَّليَ َخوَلَ َُْكَ ِم ْنََ ِطي‬
Maksudnya: “Dialah yang menciptakan kamu dari tanah”.
Surah al-An‟am (6): 2.

َِ ‫َوبَدَ ََأَ َخوْ ََقَا ٕلو ْ َس‬
ٍََ ‫)َ ُ َّثََ َج َع ََلَو َ ْس َ ُلََ ِم ْنََ ُس‬7(ٍََ‫انَ ِم َْنَ ِطي‬
)8(ٍََ‫اللَ ِم ْنََ َما ٍءََ َمِِي‬
Maksudnya: ”Dan dimulakannya kejadian manusia berasal dari

tanah (lumpur). Kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu

8

Jalaluddin al- Suyuti (2003), op. cit, j. 10, h. 288.

9

Ibid., Abi Ja‟far Muhammad Ibn Jarir al-Tabari (2001), op. cit, j. 16, h. 260.

10

Ibid.

dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang
orang”.
Surah al-Sajdah (32): 7 - 8.
- Tanah tidak akan menjadi berlumpur kecuali apabila dicampur dengan
air.11
3.1.3 Asal kejadian bagi setiap penciptaan binatang.

Firman Allah SWT:

َ‫ي‬
َِ ْ َ‫ل َ ِر ْجو‬
َ َ َ ‫ش َع‬
َ ِ ‫ل َب َ ْط ِي َِ َ َو ِمَّنْ ُ َْم َ َم ْنَ ًَ َ ْم‬
َ َ َ ‫ش َع‬
َ ِ ‫ك َدَاب ٍََّة َ ِم َْن َ َما ٍَء َفَ ِمَّنْ ُ َْم َ َم ْنَ ًَ َ ْم‬
َُ َّ ‫َو‬
ََّ ُ َ ‫اّلل َ َخوَ ََق‬
َ َ َ‫شَع‬
َ ِ ‫َو ِمَّنْ ُ َْمَ َم َْنًَ َ ْم‬
ٍ ‫لَ َأ ْرب ََع‬
Maksudnya: ”Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang
bergerak itu dari air, maka sebahagian di antara mereka menjalar
atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua
kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki”.
3.1.4 Sumber untuk bersuci.
Firman Allah SWT:


ََ ‫َََيَ َأُّيه َاَ َّ ِاَّل‬
َُْ ُ‫امص َالَِةَفََا ْػ ِسوُواَ ُو ُجو‬
َ‫َكَ َو َأًْ ِديَ َُْكَا َلََامْ َم َرا ِف َِقَ َوا ْم َس ُحوا‬
َّ ََ‫ينَأ ٓ َمٌُواَا َذاَكُ ْم َُْتَا َل‬
ّ
ّ
ّ
ِ ‫ِب ُر ُء‬
‫يَ َوا َْنَ ُك ْي َُْتَ ُجٌُ ًباَفَ َّاطِ َُّروا‬
َِ ْ ‫وس َُْكَ َو َأ ْر ُجوَ َُْكَا َ َلَامْ َك ْع َب‬
ّ
ّ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu
hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil),
maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah
tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala
kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.

11


Ghalib Muhamad Raja al-Za‟arir (2003), op. cit, h. 27.

Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan
mandi wajib”.
Sabda Nabi SAW:
12

َ‫ه‬
َ‫الاميان‬
ََ ُِ‫امط‬
ِ ََ‫ورَص َْط ُر‬

Maksudnya: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”.
3.1.4 Menghidupkan tanah yang mati dan sumber minuman makhluk.
Firman Allah SWT:

ََّ ِ َ‫ي َ ِب َِ َب َ ْ َْلًَة َ َم ْيتًا َ َوو ُ ْس ِليَ َُ َ ِم َّما َ َخوَ ْلٌَا َ َأهْ َعا ًما َ َو َأَن‬
َ‫س‬
ََ ِ ‫) ِم ُي ْح‬88( ‫امس َما َِء َ َم ًاءَ َ َطِ ًُورا‬
َّ َ ‫َو َأىْ َزمْيَا َ ِم ََن‬
)89(َ‫َك ِث ًريا‬
Maksudnya: “Dan Kami menurunkan dari langit air yang bersih
suci. Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta
memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk
Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang
ramai”.
3.1.5 Perubatan.
Firman-Nya:

َّ َ ‫ن‬
ََ ِ ‫وب َا َْذ ََنَ دَى َ َرب َّ َُ َ َأ ِ ّنَ َ َم َّس‬
ََ ‫َو ْاذ ُك َْر َ َع ْبدَ َنََ َ َأً ه‬
َ‫ض‬
َ ْ ‫) َ ْار ُك‬84(َ ٍَ‫ان َ ِب ُي ْصبٍَ َ َوعَ َذاب‬
َُ ‫امض ْي َط‬
ّ
َ ِ ‫ِب ِر ْج‬
)84(َ‫اب‬
ٌَ ‫َش‬
َ َ ‫لََ َُ َذاَ ُم ْغت َ َس ٌَلَ ََب ِرٌَدَ َو‬
Maksudnya: “Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba kami Nabi Ayub
ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata:
"Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan (hasutannya
12

Abi al-Husin Muslim Ibn al-Hajjaj al-Qushairi al-Naisaburi (1998), Sahih Muslim, “Bab Fadhl

al-Wudhu‟”. no. hadith 223. Riyadh: Bait al-Afkar al-Dawliyyah li al-Nashr, h. 119.

semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)". (Maka
Kami

kabulkan

permohonannya

serta

Kami

perintahkan

kepadanya): "Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu". (Setelah dia
melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman
kepadanya): "Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum
(bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)".
Hadith Nabi SAW:

َ،‫َ ََكه َتَْ َا َذا َ ُأ ِثيَتَْ َ َِبمْ َم ْر َأَِة َكَدَْ َ ُ َُّحتَْ َثَدْ عُو َمََِا‬:‫اّللَ َ َعَّنْ ُ َما‬
ُ َّ َ َ‫ض‬
َ ِ ‫َأ ََّن َ َأ ْ َْس ََاء َ ِبًْتََ َ َأ ِ َب َبَ ْك ٍَر َ َر‬
ّ
ِ َّ َ ‫ول‬
َ‫للا َعَوَ ْي َِ َ ََو َس َََّّل‬
َِ ‫َأخ ََذ‬
َُ َ ‫ل‬
َ َّ ‫اّللَ َ َص‬
َُ ‫َ« َو ََك ََن َ َر ُس‬:َْ‫ َكَامَت‬،‫ َفَ َصبَّ ْت َُ َبَيَّْنَ َا َ َوب َ ْ َيَ َ َج ْيِبِ َا‬،‫ت َامل َ َاء‬
13 ِ ْ
‫ًَأِ ُم ُرَنَََ َأ َْنَه ْ َُب َدَُاَ َِبم َما َء‬
Maksudnya: “Bahawa Asma‟ Binti Abu Bakr r.a apabila
didatangkan wanita yang demam panas, beliau akan berdoa
kepadanya. Beliau mengambil air lalu menyapu air (pada badan)
di antara dadanya. Beliau berkata: „Adalah Rasulullah SAW
menyuruh kami menyejukkannya dengan air”.
3.1.6 Pusat tamadun dan pembangunan.
- Terpancarnya air zam zam (di Mekah) sehingga lahir bersamanya
kehidupan di wadi tersebut masih berterusan mengalirkan kehidupan
sehingga sekarang.14
- Kalaulah tiada sungai Nil yang besar tersebut nescaya tiadalah di
negara Mesir pembangunan yang pesat, kerana tanpanya Mesir
hanyalah padang pasir yang kering kontang.15
13

Abi „Abd Allah Muhammad Ibn Ismail al-Bukhari (1998), Sahih al-Bukhari, “Bab al-Humma

Min Faihi Jahannam”. no. hadith 5724. Riyadh: Bait al-Afkar al-Dawliyyah li al-Nashr, h. 1122.
14

Ghalib Muhamad Raja al-Za‟arir (2003), op. cit, h. 38.

15

Ibid., h. 40.

3.1.7 Sumber carian pendapatan:
Firman Allah SWT:

َ‫ُأ ِح ََّلَمَ َُْكَ َص ْيدََُامْ َب ْح َِرَ َو َط َعا ُم ََُ َمتَاعًاَمَ ُ ْكََ َو ِن َّوس َّي َار ِة‬
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan
makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu
(untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang
dalam pelayaran”.
Surah al-Maidah (5): 96.
3.2 Larangan al-Quran dan hadith berkaitan air:
3.2.1 Membazir:
Firman Allah SWT:

َّ َ‫امض َيا ِطيََِ َو ََك ََن‬
َّ َ‫ان‬
ََ ‫ا ََّنَامْ ُم َب ِّذ ِر‬
َُ ‫امض ْي َط‬
ََ ‫ينَ ََكهُواَاخ َْو‬
‫انَ ِم َ ِرب ّ ََِ َك ُف ًورا‬
ّ
ّ
Maksudnya: ”Sesungguhnya orang yang membazir16 itu adalah
saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar
kepada Tuhannya.”
(Surah al-Isra‟ (17): 27.
- Maksud [sesungguhnya orang yang membazir]:
- Menurut Ibn al-Munzir dan al-Bayhaqi dalam al-Sha‟bi, dari Ibn
‟Abbas: iaitu mereka yang membelanjakan harta bukan pada
kebenaran17 dan pada kemaksiatan.18
16

Membazir air juga termasuk dari larangan dan kemurkaan Allah berdasarkan kaedah

‫(َٕانَامعبة‬

)‫ بعمومَانوفظَلَخبصوصَامسبب‬- Lihat Imam Fakhr al-Din Muhammad Ibn Umar Ibn Husin al-Razi
(t.t), al-Mahsul fi Usul al-Fiqh, j. 3 dan 4. T.T.P: Muassasah al-Risalah, h. 57 dan 125.

- Orang Arab mengatakan setiap orang yang melazimi sunnah
sesuatu kaum dan mengikut urusan mereka dipanggil saudara
mereka.19
- Menurut Ibn Abi Hatim dari Wahab Ibn Munabbih, berkata:
Sebahagian dari pemborosan iaitu manusia memakai, makan dan
minum perkara yang bukan miliknya, dan apa yang melampaui
kecukupan adalah pembaziran.20
- Maksud [syaitan] secara umum:
- Setiap pelampauan yang derhaka dari kalangan jin, manusia dan
binatang adalah syaitan.21
Sabda Nabi SAW:

ََ‫ف َ ََي‬
َ ُ ‫امَّس‬
َُ َ ‫ل‬
َ َّ ‫ب َ َص‬
ََّ ِ َّ‫َأ ََّن َامي‬
َ َّ َ ‫َ"َ َما َُ ََذا‬:‫ َفَلَا ََل‬،ُ‫للا َعَوَ ْي َِ َ َو َس َََّّل َ َم َّرَ َب َِس ْع ٍَد َ َوُ ََُو ًَ َ َت َوضَّ أ‬
22

ََ ‫َ َوا َْنَ ُك ْي‬،‫َ"َه َ َع ْم‬:‫ف ؟َكَا ََل‬
َ ٌ ‫َس‬
" ‫تَعَ َ َلََنَ ْ ٍَرَ َج ٍَار‬
َ َ َ‫َ َأ ِ َفَامْ ُوضُ وَِء‬:‫َس ْعدُ ؟َ"َكَا ََل‬
ّ

Maksudnya: ”Bahawa Nabi SAW telah melalui Saad yang sedang
berwudhu‟, lalu Nabi SAW bersabda: Pembaziran apakah ini
wahai Saad?‟ Saad bertanya: ‟Adakah di dalam berwudhu‟ pun

17

Jalaluddin al- Suyuti (2003), op. cit, j. 9, h. 322.

18

Abi Ja‟far Muhammad Ibn Jarir al-Tabari (2001), op. cit, j. 14, h. 568, 569.

19

Ibid.

20

Jalaluddin al- Suyuti (2003), op. cit, j. 9, h. 322 - 323.

21

Ibn Manzur (t.t), Lisan al-„Arab, j. 4. Kaherah: Dar al-Ma‟arif, h. 2265.

22

Abi „Abd Allah Muhammad Ibn Yazid al-Qazwini (1998), Sunan Ibn Majah, “Bab Ma Ja‟a fi

al-Qasd fi al-Wudhu‟ wa Karahiyyati al-Ta‟adda fih”. no. hadith 425. Beirut: Dar al-Jil, h. 356,
Ahmad Ibn Hanbal (2008), Musnad al-Imam Ahmad Ibn Hanbal, no. hadith 7263. j. 3. Beirut: Dar
al-Kutub al-„Ilmiyyah, h. 689-690.

terdapat pembaziran?‟ Nabi menjawab: ”Ya, sekalipun engkau
berada di tepi sungai yang mengalir.”
- Sebab wurud hadith adalah jelas iaitu teguran Nabi terhadap
pemborosan dalam berwudhu‟ yang dilakukan oleh Saad Ibn Abi
Waqqas.
3.2.2 Membuang kotoran atau najis ke dalam air yang bertakung
kemudian menggunakannya:
Sabda Nabi SAW:
23

َ ِ ََّ‫ََلًَ َ ُبوم َ ََّنَ َأ َحدُ ُ ْكََ ِ َفَامْ َما َِءَال‬
َُ ٌْ‫َ ُ َّثًََ َ ْغت َ ِس َُلَ ِم‬،‫َ َّامرا ِك ِد‬/َ‫ائ‬

Maksudnya: ”Jangan seseorang dari kamu kencing dalam air
yang bertakung, kemudian mandi menggunakannya”.
- Larangan supaya tidak kencing di dalam air yang bertakung adalah
supaya tidak menajiskan air, dan larangan dari mandi menggunakannya
adalah supaya ia tidak merosakkan kesucian.24
- Imam al-Qurtubi berkata: Boleh dibawa [larangan tersebut] kepada
[hukum] haram secara mutlak mengikut kaedah sadd al-zari‟ah kerana
membawa kepada menajiskan air.25

23

Abi „Abd Allah Muhammad Ibn Ismail al-Bukhari (1998), op. cit, “Bab al-Bawl fi al-Ma‟ al-

Daim”. no. hadith 239. h. 68, Abi al-Husin Muslim Ibn al-Hajjaj al-Qushairi al-Naisaburi (1998),
op. cit, “Bab al-Nahyu „an al-Bawl fi al-Ma‟ al-Rakid”. no. hadith 282. h. 136, Abi „Abd alRahman Ahmad Ibn Shu‟aib Ibn „Ali al-Nasaie (t.t), Sunan al-Nasaie, “Bab al-Ma‟ al-Daim dan
Bab al-Nahyu „an al-Bawl fi al-Ma‟ al-Rakid wa al-„Ightisal Minhu”. no. hadith 58 dan 221.
Riyadh: Bait al-Afkar al-Dawliyyah li al-Nashr, h. 24 dan 40, Abi „Abd Allah Muhammad Ibn
Yazid al-Qazwini (1998) op. cit, “Bab al-Nahyu „an al-Bawl fi al-Ma‟ al-Rakid”. no. hadith 344.
h. 300, Ahmad Ibn Hanbal (2008), op. cit, no. hadith 8786. h. 357.
24

Ahmad Ibn „Ali Ibn Hajar al-„Asqalani (2001), Fath al-Bari, j. 1. c. 1. Riyadh: T.P, h. 414.

3.2.3 Mencegah sumber air untuk minuman binatang ternak:
Sabda Nabi SAW:
26

ُ َ َ ْ‫ََلًَُ ْميَ َُعَفَضْ َُلَامْ َما َِءَ ِم ُي ْميَ ََعَ ِب ََِام‬
َ‫َك‬

Maksudnya: “Janganlah dia (si pemilik sumber air) menghalang
limpahan air untuk menahan dari (haiwan ternakan) meragut di
padang rumput”.
- Maksud hadith [menurut tafsiran jumhur]:
- Terdapat rumput di sekitar perigi tersebut yang tidak boleh didapati
airnya di tempat lain, dan pengembala binatang ternakan tidak
boleh untuk mengembala ternakannya kecuali apabila boleh
memberi minum binatang tersebut dari perigi tadi supaya tidak
memudaratkan ia kerana dahaga selepas meragut. Lazimnya
halangan memberi minuman air binatang juga melarang ia dari
meragut (di kawasan tersebut). Oleh kerana itu, dikhususkan
memberi kepada mereka yang mempunyai binatang, dan termasuk
juga ternakan apabila ia hendak minum kerana jika menghalang ia
dari minum bermakna juga menghalang ia dari meragut di situ.27
- Gambaran [maksud hadith]:

25

Ibid., Muhyi al-Din Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi (1929), Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, j.

3. c. 1. Kaherah: al-Matba‟ah al-Misriyyah bi al-Azhar, h. 188.
26

Abi „Abd Allah Muhammad Ibn Ismail al-Bukhari (1998), op. cit, “Bab Man Qala Inna Sahib

al-Ma‟ Ahaqqu bi al-Ma‟”. no. hadith 2353 dan 2354. h. 442, Abi al-Husin Muslim Ibn al-Hajjaj
al-Qushairi al-Naisaburi (1998), op. cit, “Bab Tahrim Bay‟ Fadhli al-Ma‟ al-lazi Yakun bi al-Falat
Yahtaj Ilahi li Ra‟yi al-Kala‟ wa Tahrim Man‟i Bazlihi wa Tahrim Bai‟i Dirab al-Fahl”. no. hadith
1566.
27

Ahmad Ibn „Ali Ibn Hajar al-„Asqalani (2001), op. cit, j. 5. h. 40.

- Seorang manusia memiliki telaga di padang pasir, dan berdekatan
dengannya padang rumput awam tanpa pemilikan seseorang. Tidak
terdapat sumber air lain berdekatan padang rumput tersebut kecuali
hanya perigi itu sahaja. Apabila binatang meragut rumput maka ia
memerlukan air dari telaga tersebut, jika tidak ia mendapat mudarat
kerana dahaga selepas meragut. Jika tuan punya telaga menegah
binatang

dari

meminum

di

telaganya,

maka

dia

telah

menghalangnya dari meragut di padang tersebut.28

4.

Tanaman, buah-buahan dan sayuran sebagai sedekah.
Sabda Nabi SAW:

َ‫َا َّلََ ََك ََن‬،‫انَ َأ ْوَََبَ ِ مي َ ٌة‬
ٌَ ‫كَ ِمٌْ ََُ َط ْ ٌَريَ َأ ْوََاو ْ َس‬
َُ ُ ِ‫َفَيَأ‬،‫َ َأ ْوََيَ ْز َر َُعَ َز ْرعًا‬،‫سَػَ ْر ًسا‬
َ ُ ‫َماَ ِم ْنََ ُم ْس ٍَِّلًَ َ ْغ ِر‬
ّ
ّ
29 ٌ
‫ََُلَ ِب ََِ َصدَ كَ َة‬
Maksudnya: “Tidaklah seseorang Islam itu menanam tumbuhan
atau bercucuk tanaman lalu dimakan oleh burung atau manusia
mahupun binatang melainkan baginya adalah sebagai sedekah.”
- Sebab wurud hadith:

28

Musa Shahin al-Ashin (2002), Fath al-Mun‟im Sharh Sahih Muslim, j. 6. c. 1. Kaherah: Dar al-

Shuruq, h. 287, Muhyi al-Din Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi (1929), op. cit, j. 10. h. 228 - 229.
29

Abi „Abd Allah Muhammad Ibn Ismail al-Bukhari (1998), op. cit, “Bab Fadhli al-Zar‟I wa al-

Gharsi Iza Ukila Minh”. no. hadith 2320. h. 436, Abi al-Husin Muslim Ibn al-Hajjaj al-Qushairi
al-Naisaburi (1998), op. cit, “Bab Fadhli al-Gharsi wa al-Zar‟i”. no. hadith 1552 dan 1553. h. 635,
„Abd Allah Ibn „Abd al-Rahman al-Darimi al-Samarqandi (t.t), Sunan al-Darimi, “Bab fi Fadhli
al-Gharsi”. no. hadith 2610. j. 2. T.T.P: Qadimi Kutub Khanah, h. 348, Ahmad Ibn Hanbal (2008),
op. cit, no. hadith 12831. j. 5. h. 414, Abi „Isa Muhammad Ibn „Isa Ibn Saurah al-Tirmidzhi (t.t),
Jami‟ al-Tirmidzhi, “Bab Ma Zukira fi al-Muzara‟ah”. no. hadith 1382. Riyadh: Bait al-Afkar alDawliyyah, h. 243.

- Bahawa Nabi SAW masuk menemui Ummu Ma‟bad al-Ansariyyah
dalam kebun tamarnya, lalu Baginda bertanya: “Siapa yang
menanam pokok tamar ini? Adakah orang Islam atau orang kafir?”
Lalu dia (Ummu Ma‟bad) menjawab: “Bahkan orang Islam yang
menanamnya”. Lalu baginda bersabda: “Tidaklah seseorang Islam
itu menanam tumbuhan … [al-hadith]”.30
- Kaitan sedekah kepada semua benda hidup:
- Sabda Nabi SAW:

َ‫ش‬
َ ِ ‫َ«بَيٌَْ َما َ َر ُج ٌَل ًَ َ ْم‬:‫للا َعَوَ ْي َِ َ َو َس َََّّل َكَا ََل‬
َُ َ ‫ل‬
َ َّ ‫للا َ َص‬
َِ َ ‫ َ َأ ََّن َ َر ُسو ََل‬،َ‫َع َْن َ َأ ِ َب َُ َُريْ َرة‬
َ‫ب‬
ٌَ ‫ َ ُ َّثَ َخ ََر ََج َفَا َذا َ َ َْك‬،‫َش َب‬
ٍَ ‫ب َِط ِر‬
ِ َ َ‫ َفَ َ ََن ََل َ ِفهيَا َف‬،‫ َفَ َو َجدََ َب ْ ًِْئا‬،‫ًق َ ْاص َت ََّد َعَوَ ْي َِ َامْ َع َط ُش‬
ّ
َُ ِْ‫ًَو‬
َُ ُ ِ‫َث ًََأ‬
َ‫ش‬
َ ِ ‫ب َ ِم َنَ َامْ َع َط‬
ََ ‫ َفَلَا ََل َ َّامر ُج َُل َمَلَدَْ َبَوَ َغَ َُ ََذا َامْ َ َْك‬،‫امَّثى َ ِم ََن َامََْع َط ِش‬
َ َّ َ ‫ك‬
َ‫ّت َ َر ِ ََق‬
َ َّ ‫ َ ُ َّثَ َ َأ ْم َس َك َُ َ ِب ِفي َِ َ َح‬،‫ل َ ُخفَّ َُ َ َم ًاء‬
ََ َ ‫ِْئ َفَ َم‬
ََ ْ ‫ َفَ َ ََن ََل َامْب‬،‫ِمث َُْل َ َّ ِاَّلي َ ََك ََن َبَوَََغ َ ِم ِ ّن‬
َُ َ ‫ب َفَضَ َك ََر‬
ََ ‫فَ َسلَى َامْ َ َْك‬
َِ َ ‫َ َََي َ َر ُسَو ََل‬:‫للا َ َ ُلَ َفَغَ َف ََر َ َ ُلَ» َكَامُوا‬
ٍََِ‫للا َ َوا ََّن َمَيَا َ ِفَ َ َُ ِذ‬
ّ
31
ّ ُ ََ‫َ« ِف‬:‫ائَ َ َأل ْج ًرا؟َفَلَا ََل‬
»‫كََِ َك ِب ٍَدَ َر ْط َب ٍَةَ َأ ْج ٌَر‬
َِ ِ َ َ‫اهِْب‬
Maksudnya: “Ketika seorang lelaki berjalan di suatu jalan
dalam keadaan bersangatan dahaga lalu dia mendapati satu
perigi. Dia lalu turun ke dalamnya dan meminum airnya.
Kemudian apabila dia keluar (dari perigi tersebut) dia
melihat seekor anjing menjelirkan-jelirkan lidahnya dan
menjilat tanah kerana kehausan. Lelaki itu lalu berkata:
30

Dr. Tariq As‟ad Hilmi al-As‟ad (2001), „Ilmu Asbab Wurud al-Hadith, c. 1. Beirut: Dar Ibn

Hazm, h. 312.
31

Abi „Abd Allah Muhammad Ibn Ismail al-Bukhari (1998), op. cit, “Bab Rahmati al-Nas wa al-

Bahaim”. no. hadith 6009, 2466, 2363 dan 173. h. 1164, 464 - 465, 444 dan 57, Abi al-Husin
Muslim Ibn al-Hajjaj al-Qushairi al-Naisaburi (1998), op. cit, “Bab Fadhli Saqyi al-Bahaim alMuhtaramati wa It‟amiha”. no. hadith 2244 dan 2245. h. 923.

„Sungguh anjing ini telah merasai kehausan sebagaimana
yang aku rasa‟. Lalu dia turun ke dalam perigi tersebut,
mengisi kasutnya dengan air kemudian menggigit dengan
mulutnya dan mendaki keluar darinya (perigi). Lalu dia
memberi minum anjing tersebut. Maka Allah berterima kasih
(menerima amalannya) dan mengampuninya. Para sahabat
bertanya: „Wahai Rasulullah, apakah kita pada binatangbinatang seperti ini mendapat ganjaran pahala?‟ Baginda
lalu bersabda: „Pada setiap makhluk yang berhati basah
(masih hidup) ada ganjaran pahala”.
4.1 Galakan [sifat positif] bertanam walaupun hampir berlaku
kiamat:
Sabda Nabi SAW:
32

ٌ َ ‫َ َو ِ َفًَ َ ِد ٍََِفَ ِس‬،‫لَ َأ َح ِد َُُكَامْ ِل َيا َم ُة‬
ََ ‫يلََفَوْ َي ْغ ِر ْس‬
َ َ َ‫ا َْنَكَا َمتََْع‬
ّ

Maksudnya: ”Jika berhadapan seseorang kamu dengan hari
(hampir) kiamat sedangkan di tanganya masih terdapat biji benih,
maka hendaklah dia menanamnya”.

5.

Larangan merosakkan alam sekitar walaupun dalam peperangan dan
semasa ihram
Sabda Nabi SAW:

َ‫ َول َثلتووا َوميدا‬،‫ َول َثغريوا‬،‫ َل َثغدروا‬،‫اػزوا َبسم َللا َف َسبيل َللا َمن َكفر َبهلل‬
َ‫َولَِتدموا‬،‫َولَثلطعواَخنالَولَجشرة‬،‫َولَمٌعزلَبصومعة‬،‫َولَكبرياَفاهيا‬،‫ولَامر ٔأة‬
33

32

Ahmad Ibn Hanbal (2008), op. cit, no. hadith 13240. j. 5. h. 526.

‫بياء‬

Maksudnya: “Dengan nama Allah seranglah mereka yang kufur
kepada Allah, janganlah kamu khianati atau berubah pendirian,
jangan bunuh anak-anak kecil atau perempuan, atau orang tua,
atau orang yang bertapa di biara, jangan kamu tebang kurmakurma atau pokok-pokok dan jangan kamu robohkan bangunanbangunan (tempat kediaman)”.
5.1 Larangan-larangan semasa ihram berkaitan alam sekitar:
5.1.1

Memburu dan membunuh binatang daratan [kecuali jika
mendatangkan kemudaratan kepada jamaah haji seperti kala
jengking dan ular].

5.1.2

Mencabut, memotong, mematah dan mengerat dahan pokok
dan pohon yang ditanam hidup dan tumbuh di Tanah
Haram.34
***

A. Al-Qawaid al-Kulliyyah [Kaedah-kaedah Menyeluruh Mengikut Perspektif
Islam] terhadap Alam Sekitar:
1. Siasah al-Dunya35 bi al-Din )‫(س ياسةَالَهياََبلين‬
2. Ri‟ayah al-Masalih al-„Ibad )‫(رعاًةَمصاحلَامعباد‬

33

Lihat Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri (t.t), al-Rahiq al-Makhtum, Iskandariah: Dar Ibn

Khaldun, h. 309.
34

Al-Imam Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi (1994), Kitab al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-

„Umrah, c. 2. Beirut: Dar al-Bashair al-Islamiyyah, h. 478.
35

Abi al-Hasan „Ali Ibn Muhammad Ibn Habib al-Mawardi (1989), al-Ahkam al-Sultaniyyah wa

al-Wilayat al-Diniyyah, c. 1. Kuwait: Dar Ibn Qutaibah, h. 3.

3. Insaniyyah wa Ihsaniyyah li kulli Kauni al-Hayat

‫(إوساهيةَوٕاحساهيةَملكَكون‬

)‫احلياة‬
4. Tiada kerosakan dan kebinasaan )‫(لَرضرَولَرضار‬

B. Prinsip-prinsip Umum Syara‟ terhadap Alam Sekitar:
1. Kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.
- Sebagaimana dalam hadith; kebersihan sebahagian dari iman.
2. Kesederhanaan penggunaan sumber alam dan tidak melampaui batas
sehingga merosakkan alam sekitar.
3. Amanah dan pengurusan secara berhemah.
- Supaya

tidak

merosakkan

ekosistem

alam;

seperti

tidak

membazirkan penggunaan sumber air dan tenaga.
4. Penghormatan dan ihsan terhadap makhluk hidup yang lain.
- Seperti kisah perempuan yang dimasukkan ke dalam neraka kerana
tidak memberi makanan kepada kucing sehingga menyebabkannya
mati dan kisah lelaki yang memberi minum kepada anjing.
- Etika akhlak dalam berperang dan mengerjakan haji.
5. Galakan positif supaya mengimarahkan bumi.
- Setiap amalan yang dikerjakan mendapat ganjaran pahala.

C. Cabang-cabang Fiqh Berkaitan Alam Sekitar:
1. Al-Taharah (Bersuci)
1.1 Wudhu‟ dan mandi wajib:
- Kedua-duanya menggunakan air mutlak yang suci bersih.
1.2 Tayammum:
- Menggunakan debu tanah yang suci bersih apabila keuzuran atau
ketiadaan air.
1.3 Bersugi:
- Sunat bersugi.36 Siwak Rasulullah SAW adalah dari pokok kayu
arak.37
2. Al-Hajj (Haji)
- Jamaah haji yang melanggar larangan ihram seperti memburu
binatang dikenakan dam takhyir dan ta‟dil iaitu memilih dan
membuat nilaian di antara tiga perkara: 1. Menyembelih binatang
ternakan seumpama buruannya. 2. Mengganti nilaian dengan
memberi makan fakir miskin. 3. Berpuasa dengan dikeluarkan satu
cupak makanan sehari.38
- Manakala mereka yang memotong tanaman atau menebang pokok
dan seumpamanya di tanah haram; Pada pendapat yang azhar: Dam
pada pokok yang besar adalah seekor lembu, pada pokok yang kecil
36

Al-Imam Abi al-Mahasin „Abd al-Wahid Ibn Ismail al-Ruyani (2002), Bahr al-Mazhab fi Furu‟

Mazhab al-Imam al-Shafie, j. 1. c. 1. Beirut: Dar Ihya‟ al-Turath al-„Arabi, h. 78.
37

Abi al-Fadhl Shihab al-Din Ahmad Ibn „Ali Ibn Muhammad Ibn Hajr al-„Asqalani (1995),

Talkhis al-Habir fi Takhrij Ahadith al-Rafie al-Kabir, j. 1. c. 1. T.T: Muassasah al-Qurtubah, h.
108.
38

Al-Imam Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi (1994), op. cit.

adalah seekor kambing, dan pada pokok yang sangat kecil dikira
nilaiannya.39
3. Ihya‟ al-Mawat (Menghidupkan tanah yang mati)
- Menghidupkan tanah yang mati boleh menjadi sebab kepada
pemilikan hak tanah tersebut. Sabda Nabi SAW:
40

َ‫ِييَ َ ُل‬
َ َ َِ‫َم َْنَ َأ ْح َياَ َأ ْرضً اَ َم ِيّتَ ًَةَف‬

Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan tanah yang mati
maka tanah itu menjadi milikannya”.
4. Al-Zabh (Menyembelih binatang)
- Hendaklah berlaku ihsan terhadap binatang yang disembelih seperti
menggunakan

pisau

tajam41

yang

penyembelihan dengan segera.

dan

menyempurnakan

42

5. Al-Nahyu „An al-Qatli bi gyair al-Haq (Larangan membunuh hidupan
tanpa kebenaran syara‟)
- Sabda Nabi SAW:
39

Sham al-Din Muhammad Ibn al-Khatib al-Sharbini (1997), Mughni al-Muhtaj Ila Ma‟rifati

Ma‟ani Alfaz al-Minhaj, j. 1. c. 1. Beirut: Dar al-Ma‟rifah, h. 765.
40

Abi „Abd Allah Muhammad Ibn Ismail al-Bukhari (1998), op. cit, “Bab 15: Man Ahya Ardan

Mawatan”. h. 439, Abi „Abd Allah Malik Ibn Anas (1994), Muwattha‟ al-Imam Malik, “Bab Man
Ahya‟ al-Ard bi Izn al-Imam aw bi Ghair Iznih”. no. hadith 833 dan 834. c. 4. Kaherah: Wazarah
al-Awqaf al-Majlis al-A‟ala li al-Syuun al-Islamiyyah, h. 269, Abi „Isa Muhammad Ibn „Isa Ibn
Saurah al-Tirmidzhi (t.t), op. cit, “Bab Ma Zukira fi Ihya‟ Ard al-Mawat”. no. hadith 1378. h. 242,
Abi „Abd al-Rahman Ahmad Ibn Shu‟aib Ibn „Ali al-Nasaie (2001), Kitab al-Sunan al-Kubra,
“Kitab Ihya‟ al-Mawat: Man Ahya Ardan Maitatan Laisat li Ahad”. no. hadith 5729 dan 5730.
41

Sham al-Din Muhammad Ibn al-Khatib al-Sharbini (1997), op. cit, h. 364.

42

Muhammad Amin Ibn Abidin (t.t), Radd al-Muhtar „Ala Durr al-Mukhtar Sharh Tanwir al-

Absar, j. 9. Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, h. 438.

َ،»‫اّللَ َ َعَ َّزَ َ َو َج ََّل َ َعَّنْ َا‬
ُ َّ َ ‫ َا َّلَ َ َسأَ ََُل‬،‫َم َْن َكَتَ ََل َع ُْص ُف ًورا َفَ َما َفَ ْوكََِا َ ِبغ ْ ََِري َ َح ِلَِّا‬
ّ
ِ
ِ َّ َ ‫ِكي ََل َ َََي َ َر ُسو ََل‬
َ‫ َ َو َلَ ًَ َ ْل َط َُع َ َر ِأ َسَِا‬،‫َ«ً َ ْذ َ َُبَِا َفَ َيأ ُ َُكَِا‬:‫ َ َو َما َ َحلهَِا؟ َكَا ََل‬،‫اّلل‬
43
»‫يَ ْر ِميََبِ َا‬
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh burung kecil
atau burung lain yang lebih besar tanpa hak
[kebenaran syarak], melainkan Allah akan menyoal
terhadap

perbuatannya.

Lalu

Baginda

ditanya:

„Apakah haknya?‟ Baginda menjawab: „Haknya ialah
kamu menyembelihnya lalu memakannya. Dan jangan
kamu memotong kepalanya lalu melemparkannya”.

43

Abi „Abd al-Rahman Ahmad Ibn Shu‟aib Ibn „Ali al-Nasaie (t.t), op. cit, “Bab Man Qatala

„Usfuran bi Ghayr Haqqiha”. no. hadith 4445. h. 464.