KAJIAN TAHAP PENGLIBATAN DAN PENGETAHUAN
TAHAP PENGLIBATAN DAN PENGETAHUAN MAHASISWA TERHADAP AKTIVITI
MEMBACA:KAJIAN DALAM KALANGAN MAHASISWA DIPLOMA KAUNSELING ISLAMI
SEMESTER 5 SESI OGOS 2017/2018
NURRULAINI BINTI AHMAD
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH MALAYSIA
2017
PENDAHULUAN
1.0 PENGENALAN
Dalam meniti arus kemajuan teknologi yang tiada sempadan pada hari ini,ilmu merupakan kayu ukur
atau merupakan penentu bagi kejayaan seseorang pada hari ini.Oleh itu,masyarakat pada hari ini
semakin berdaya saing bagi membuktikan kehebatan masing-masing.Seseorang itu akan dihormati
sekiranya dia berilmu dan berpengetahuan.Untuk itu,amalan membaca harus diterapkan dalam diri
manusia itu sejak kecil lagi.Islam sendiri sangat menitikberatkan tentang ilmu.Hal ini dikuatkan lagi
apabila ayat pertama yang diturunkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. ialah Ayat
Pertama Surah Al-Alaq yang bermaksud ”Bacalah”.Ini jelas membuktikan bahawa manusia
khususnya umat Islam sangat digalakkan untuk membaca kerana dengan membaca kita akan
menambahkan ilmu pengetahuan kita dan mengembangkan lagi dakwah Islam ke seluruh dunia dan
Islam semakin dihormati dan disegani oleh masyarakat di luar sana.
Syed Abu Bakar Syed Akil(1994) menyatakan bahawa membaca merupakan suatu proses untuk
mendapatkan ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda sama ada melalui bahan
bercetak ataupun media elektronik dan media sosial.Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu
pengetahuan hasil daripada aktiviti pembacaan akan menjana kehidupan manusia yang sentiasa
inginkan perubahan.Ilmu yang diperoleh akan merangsang minda dan naluri untuk menambahkan lagi
ilmu pengetahuan yang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya yang postif iaitu budaya membaca
dalam kalangan mahasiswa.Dengan lahirnya mahasiswa yang berilmu dan berwawsan,maka institusi
kemasyarakatan akan semakin sejahtera seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara dari
segenap aspek sama ada politik,ekonomi dan sosial.hal ini jelas mebuktikan negara kita juga mampu
maju dan berdaya saing dengan negara-negara maju yang lain.
1.1 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengetahui sejauh mana tahap penglibatan dan
pengetahuan mengenai aktiviti membaca dalam kalangan mahasiswa Diploma Kaunseling
Islami Semester 5 Sesi Ogos 2017/2018,Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia.Kajian ini
meliputi 5 aspek iaitu aspek diri sendiri iaitu dari segi sikap dan minat mahasiswa itu sendiri
terhadap aktiviti membaca,aspek rakan sebaya iaitu sejauh mana rakan-rakan mampu untuk
membantu mahasiswa dalam aktiviti membaca dan aspek keluarga iaitu bagaimana keluarga
memainkan perana dalam usaha untuk memupuk aktiviti membaca dalam diri mahasiswa
itu,aspek kemudahan iaitu bagaimana mahasiswa memanfaatkan kemudahan yang sedia ada
untuk aktiviti membaca serta aspek pemilihan bahan bacaan iaitu bagaimana jenis-jenis
bahan bacaan yang dipilih oleh pelajar itu mampu menarik minat pelajar dalam aktiviti
membaca.Kajian ini juga bertujuan untuk mencari tahu tahap kualiti bahan bacaan yang
sedia ada di pasaran pada masa kini.
100 orang responden terlibat dalam membantu penyelidik melaksanakan kajian ini.Sampel
kajian adalah terdiri daripada mahasiswa- mahasiswa Semester 5 Diploma Kaunseling
Islami.Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik.Analisis data dibuat secara
deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan,peratus dan min.Hasil kajian menunjukkan bahawa
tahap penglibatan dan pengetahuan mahasiswa dalam aktiviti membaca berada pada tahap
yang memuaskan.Bagi meningkatkan lagi tahap penglibatan dan pengetahuan mahasiswa
dalam aktiviti membaca,faktor- faktor dalam seperti diri sendiri,keluarga dan rakan sebaya
serta faktor-faktor luaran seperti kemudahan untuk membaca,perpustakaan dan jenis bahan
bacaan yang dipilih ini mampu mempengaruhi dan mendorong mahasiswa untuk membaca.
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Persoalan yang timbul daripada kajia ini adalah,sejauh manakah mahasiswa Diploma
Kaunseling Islami Semester 5,Universiti Sultan Azlan Shah ini melibatkan diri dalam aktiviti
membaca dan sejauh manakah pengetahuan mahasiswa ini tentang aktiviti
membaca?Mahasiswa- mahasiswa ini memainkan peranan penting bagi pembangunan dan
kemajuan negara kerana mereka merupakan aset terpenting bagi negara dan mereka yang
akan menentukan hala tuju negara ini.Oleh yang demikian,kajian ini akan mengupas tahap
penglibatan dan pengetahuan mahasiswa tentang aktiviti membaca dari segi faktor dalaman
iaitu diri,keluarga,rakan sebaya dan faktor luaran iaitu kemudahan untuk aktiviti
membaca,perpustakaan dan jenis bahan bacaan yang dipilih mahasiswa.
1.3 PERNYATAAN SOALAN KAJIAN
Pernyataan soalan kajian adalah seperti berikut :
i.
Sejauh manakah mahasiswa melibatkan diri mereka dalam aktiviti membaca?
ii.
Apakah yang mahasiswa faham dan tahu tentang aktiviti membaca?
iii. Sejauh manakah faktor-faktor dalaman dan luaran mempengaruhi serta memainkan
peranan bagi aktiviti membaca dalam kalangan mahasiswa?
iv. Apakah cadanagn yang boleh diberi bagi meningkatkan lagi kualiti bahan bacaan yang
sedia ada dan menambah baik kemudahan yang sedia ada?
v.
Apakah kaedah-kaedah yang mampu digunakan untuk menarik minat mahasiswa dengan
aktiviti membaca?
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti berikut :
I.
Mengkaji tahap penglibatan mahasiswa dalam aktiviti membaca .
II. Meninjau tahap pengetahuan dan kefahaman mahasiswa mengenai aktiviti membaca.
III. Untuk melihat sama ada faktor-faktor dalaman dan luaran memainkan peranan dan
mampu mempengaruhi mahasiswa dalam aktiviti membaca.
1.5 HIPOTESIS KAJIAN
Hipotetsis kajian adalah seperti berikut :
i.
Mahasiswa yang sering melibatkan diri mereka dalam aktiviti membaca akan menjadi
lebih cemerlang dari segenap aspek sama ada akademik ataupun dari segi prospek
kerjaya.
ii.
Mahasiswa yang berpengetahuan dalam aktiviti membaca akan mempunyai lebih banyak
maklumat,informasi ataupun ilmu pengetahuan yang tidak diketahuai oleh mahasiswa
yang lain.
iii. Terdapat hubungan di antara faktor-faktor dalaman dan luaran yang akan mempengaruhi
mahasiswa dalam aktiviti membaca.
1.6 SKOP KAJIAN
Skop kajian ini meliputi 5 aspek iaitu aspek diri sendiri iaitu dari segi sikap dan minat
mahasiswa itu sendiri terhadap aktiviti membaca,aspek rakan sebaya iaitu sejauh mana rakanrakan mampu untuk membantu mahasiswa dalam aktiviti membaca dan aspek keluarga iaitu
bagaimana keluarga memainkan peranan dalam usaha untuk memupuk aktiviti membaca
dalam diri mahasiswa itu,aspek kemudahan iaitu ialah bagaimana mahasiswa memanfaatkan
kemudahan yang sedia ada untuk aktiviti membaca serta aspek pemilihan bahan bacaan iaitu
bagaiman jenis-jenis bahan bacaan yang dipilih oleh pelajar itu mampu menarik minat pelajar
dalam aktiviti membaca dalam kalangan mahasiswa Diploma Kaunseling Islami Semester
5,Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia.
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
Terdapat beberapa kepentingan kajian iaitu :
I.
Mahasiswa dapat meningkatkan tahap penglibatan diri mereka dalam aktiviti membaca
berbanding sebelum ini.
II. Mahasiswa dapat menambahkan lagi kefahaman dan pengetahuan mereka tentang
aktiviti membaca.
III. Faktor-faktor dalaman dan luaran dapat memainkan peranan yang penting bagi
membantu dan mempengaruhi mahasiswa untuk mempuk minat bagi aktiviti membaca.
1.8 ULASAN KAJIAN LEPAS
Menurut Nurul Shahira Bte Salim (2013) dalam kajiannya iaitu Amalan Pembacaan Berkesan
Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia(UTHM),pembacaan yang berkesan ialah pembaca mampu membaca
bahan-bahan ilmiah dengan menggunakan pelbagai strategi yang sesuai dimana dapat
meningkatkan pemahaman pembaca dalam pembacaannya.Pembacaan yang berkesan ini juga
menekankan beberapa jenis pengaruh bacaan serta strategi membaca yang dapat membantu
mahasiswa dalam mencari penting dalam pembacaan mereka.Antaranya ialah membaca kilat
(skimming reading) , membaca pengimbas (scanning reading) , membaca cepat ( speed
reading) , SQ3R (survey-question-read-recite-review) , KWLH (knowledge-want-learnedhow) dan metakognisi
Menurut Yusuf Bin Boon dan Mohd Sahlan Bin Salamat pula dalam kajiannya,Budaya
Membaca Dalam Kalangan Pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan,
Program Khas Pensiswazahan Guru, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia,usaha sama antara kerajaan, organisasi swasta, dan masyarakat seluruhnya amat
penting dalam usaha untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar-pelajar selaku
pewaris masa depan Malaysia.Tiada gunanya jika kerap beresolusi,berbincang mencari
penyelesaian jika pengimlementasiannya tidak dijalankan secara sistematik dan meluas.
Akhirnya , menurut Manimaran A/P Palaniappen dalam kajiannya, Hubungan Faktor
Keluarga Terhadap Tabiat Dan Minat Membaca Dalam Kalangan Murid Tahap 2,Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil,faktor keluarga sangat memainkan peranan yang penting kerana
dengan didikan daripada ibu bapa maka anak-anak akan mula timbul minat untuk
membaca.Hal ini kerana,anak-anak sangat perlukan sokongan dan dorongan daripada ibu
bapa bagi membantu mereka melaksanakan sesuatu perkara.Dengan dorongan dan sokong
daripada ibu bapa,anak-anak akan lebih bersemangat untuk membaca.Ibu bapa pula boleh
menunjukkan sokongan dengan menyediakan sebuah perpustakaan mini di rumah,membawa
anak-anak ke festival- festival buku yang dianjurkan dan membelikan bahan bacaan yang
selari dan sesuai dengan usia anak-anak bagi memupuk minat mereka dengan aktiviti
membaca
1.9 KAEDAH PENYELIDIKAN
1.91 PERINGKAT PENGUMPALAN DATA
Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah menggunakan borang soal
selidik.Borang soal selidik ini akan diedarkan kepada reponden.Menurut Oppenheim (dalam
Mohammad Najib, 1999), kaedah memperolehi data melalui soal selidik mampu mengukur
konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan pandangan selain daripada keterangan latar
belakang. Kaedah ini dipilih kerana ia merupakan kaedah yang paling mudah dan murah serta
dapat menjimatkan masa.Selain itu, Jones(1996) menyatakan bahawa penggunaan soal
selidik sebagai kaedah kajian adalah lebih sesuai kerana ianya lebih mudah mendapat
kerjasama daripada responden serta kaedah soal selidik amat sesuai digunakan di dalam
kajian berbentuk tinjauan.
Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian seperti berikut :
Bahagian A : Maklumat peribadi dan latar belakang responden.
Bahagian B : Sikap pelajar terhadap membaca.
: Dorongan daripada keluarga, rakan sebaya dan kemudahan untuk aktiviti
membaca dan perpustakaan
: Jenis bahan bacaan yang dipilih oleh mahasiswa
Bagi Bahagian A, pengkaji menggunakan kaedah “multiple choice”. Manakala untuk
Bahagian B pula,pengkaji akan menggunakan Eskpresi Setuju dan Tidak Setuju .Kaedah ini
sesuai digunakan dalam kajian ini kerana menurut Wierman (1995), ia merupakan satu
inventori sikap yang melibatkan perasaan individu terhadap sesuatu idea, prosedur dan
institusi sosial. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan pengukur dan mengawal persoalan
yang dikemukakan selaras dengan persoalan kajian bagi mendapatkan keputusan bagi
menjawab persoalan kajian ini. Ekspresi ini meliputi empat nilai jawapan yang dikemukakan
dalam bentuk sangat setuju,setuju,tidak setuju dan sangat tidak setuju.
Responden yang menjawab sangat tidak setuju dan tidak setuju, diyakini berpendirian teguh
terhadap pernyataan manakala pernyataan tidak pasti diyakini tidak berpendirian teguh
terhadap kenyataan yang dikemukakan. Responden yang menjawab setuju dan sangat setuju
juga diyakini berpendirian teguh terhadap pernyataan yang dikemukakan.
1.10 KAEDAH ANALISIS DATA
Analisis data dibuat secara deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan,peratus dan
min.Penyelidik akan membahagian hasil kajian kepada dua iatu responden lelaki dan
responden wanita.Seterusnya,penyelidik akan menilai kekerapan penglibatan bagi aktiviti
membaca dalam kalangan responden lelaki dan wanita.Setelah itu,peratus akan dinilai bagi
aspek faktor dalaman iaitu diri sendiri,keluarga dan rakan sebaya serta faktor luaran iaitu
jenis bahan bacaan yang dipilih,kemudahan untuk aktiviti membaca dan
perpustakaan.Penyelidik akan menyenaraikan faktor terbesar bagi membantu mahasiswa
dalam aktiviti membaca.Seterusnya purata min pula akan dinilai bagi faktor dalaman dan
faktor luaran yang telah disebutkan.Akhirnya,keputusan bagi keseluruhan hasil dapatan
kajian akan dinilai oleh penyelidik.
1.11 SISTEMATIKA PENULISAN
Penyelidik telah membahgikan kajian ini kepada beberapa bab yang dimulai dengan bab satu
dan diakhiri dengan penutup.Ia adalah bagi memudah penyelidik membuat huraian dengan
lebih jelas.
Preliminari
Bahagian ini merupakan permulaan yang ,mengandungi
abstrak,dedikasi,penghargaan,daftar isi,senarai pendekdan panduan transliterasi.
BAB 1 : PENDAHULUAN
Di dalam bab ini,penyelidik telah mengkaji latar belakang yang menjadi masalah
kajian,pernyataan masalah bagi kajian ini,pernyataan soalan kajian yang boleh
digunakan,objektif kajian,hipotesis kajian,skop kajian ,ulasan kajian lepas bagi
memantapkan lagi kajian ini,kaedah kajian yang digunakan bagi melaksanakan kajian dan
kaedah analisis data bagi menilai keputusan dapatan kajian yang diperoleh dengan lebih
tepat.