SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI

KURSUS
AJ
21203
MALAYSIA 1900-1957
PELAJAR

SEJARAH

: FISABELLAH JOHN

NO. MATRIK: YA 2012-2076
PENSYARAH

: ENCIK EKO PRAYITNO JOKO

SEMESTER

: 1 SESI 2016/2017

SOALAN 3
Bincangkan sejarah pembentukan masyarakat

majmuk di Malaysia dan bagaimanakah Kerajaan
British mengurustadbir kaum Cina dan India
sebelum Perang Dunia Kedua.

2.0 PENGENALAN
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik
dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka
wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak
masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa
dan

keadaan,

seperti

yang

berlaku


terhadap

perubahan

struktur

politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak
begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan
Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama
sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah
berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
J.S.Furnivall

merupakan

orang

pertama

yang


mengemukakan

konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan
Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada
pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat
resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di
bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah
berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan
dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual
beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
Idea

Furnivall

mengenai

masyarakat

majmuk


telah

banyak

dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith
merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang
panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap
masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai
budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula,
masyarakat

majmuk

dikuasai

oleh

satu


kelompok

minoriti

yang

mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa
masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar

nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe
juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep
masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu
masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya
daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok
etnik.
Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai
unsur ketara dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan
dengan pendekatan fungsional yang mendakwa bahawa masyarakat
majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama. Oleh yang
demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori

masyarakat

majmuk

juga

datang

daripada

ahli

fungsional.

Walau

bagaimanapun, teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah satu
percubaan

untuk


membentuk

satu

teori

secara

umum

mengenai

hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik
ke dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu
syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras.Sebelum abad ke-18,
penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi
oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.
Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu,
terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak

menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini
adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur mAsyarakat
berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang
berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di
negara

asal

masing-masing

yang

bertanggungjawab

mencernakan

perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di
Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor
penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum

penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti

ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi
daripada luar terutamanya daripada China dan India.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina
daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh
dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar
berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke
Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh
orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui
sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan
buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari
semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana
ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah
Melayu.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan
bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh
masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke
Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan
juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke

Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba
Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa
kepelbagaian

atau

kemajmukkan

masyarakat

di

Malaysia

dan

mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada
India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari
Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri

yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu
yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya
berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika
itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris.
Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah
Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar
seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih
rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan
pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin),
Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang
berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga
berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan
Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon
kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari
kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah
yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20.
Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor
ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya
mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka
dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses
pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang.
Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza
fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik
yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei
1969.

Apabila

berkenaan

konflik

mengikut

berlaku
garisan

dalam
pemisah

masyarakat
ras,

majmuk,

konflik

garisan

kelas.

bukan

Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti
akan

menimbulkan

masalah

sosio-ekonomi

dan

politik

yang

lebih

membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk
pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh
negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis
Light

menduduki

Pulau

Pinang

pada

Ogos

1786,

menyebabkan

kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka
masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu

selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957.
Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia
kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak
mempunyai

signifikan

yang

besar

kepada

komposisi

dan

mobiliti

penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami
transformasi

kepada

masyarakat

heterogenios

Malaysia

yang

mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen
utamanya.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari
keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan
seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok
Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku
apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan,
maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti
kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan
penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, MelayuIndia, Melayu-Cina dan lain-lain.
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila
kemasukan

migran

daripada

luar.

Proses

ini

berterusan

sehingga

penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang
kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok
ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab
resam,

bahasa

dan

latar

berlakang

kebudayaan

yang

berlainan.

Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.

3.0 PEMERINTAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU
Secara rasminya kedatangan British di Tanah Melayu bermula pada
tahun 1786 setelah Francis Light menduduki Pulau Pinang dan perluasan
wilayah sehingga ke Seberang Perai berlaku dengan termeterainya
perjanjian pada tahun 1800. Kedatangan kuasa Eropah ke Tanah Melayu
dengan misi serampang tiga mata iaitu untuk mengembangkan agama

Kristian (gospel), mencari kekayaan (gold) dan mencapai kemegahan
(glory). Bagi memastikan kelangsungan penguasaan politik dan ekonomi,
pihak British telah melaksanakan

dasar “pecah dan perintah” dalam

pentadbiran. Peranan pentadbiran British dalam mewujudkan masyarakat
berbilang kaum dan dasar diskriminasi juga telah menyumbang kepada
berlakunya kepincangan perpaduan antara kaum terbesar di Tanah
Melayu iaitu kaum Melayu, Cina dan India.
Selain itu, kedatangan British turut menyebabkan masalah ekonomi
dalam

masyarakat

pluralisme

yang

berlaku

dengan

jelas

melalui

pentadbiran pecah dan perintah yang dilaksanakan dalam pekerjaan
harian penduduk pelbagai kaum di Tanah Melayu. Akibatnya, kedatangan
pihak British sesungguhnya hanya sekadar mengaut keuntungan di Tanah
Melayu dan manfaat yang seharusnya diperolehi kaum pribumi dinafikan
misalnya keuntungan pertanian, penguasaan tanah, hasil perlombongan,
kemudahan pendidikan dan infrastruktur perbandaran. Inilah manfaat
yang sepatutnya dinikmati penduduk pribumi tetapi dinafikan oleh
pihakcolonial Britis.

4.0 DASAR YANG DIJALANKAN DI TANAH MELAYU
Semasa

tempoh

penjajahan,

British

telah

membuat

dan

melaksanakan pelbagai dasar yang meliputi aspek sosial, ekonomi, dan

politik.Dalam melaksanakan dasar-dasar penjajahan, secara langsung
ataupun tidak langsung telah mengubah wajah asal Tanah Melayu. Justeru
itu, pada bahagian ini kami akan membincangkan dasar-dasar yang
dilaksanakan British sehingga mengubah sistem kehidupan masyarakat
Melayu. Hakikatnya, semua dasar yang dilaksanakan oleh British adalah
berasaskan dasar ‘pecah dan perintah’. Walaubagaimanapun, berbeza
dengan negara-negara lain, dasar pecah dan perintah yang dilakukan oleh
British di Tanah Melayu bukan melalui paksaan. Dasar ini dilakukan secara
berhati-hati

dan

perlahan-lahan

seolah-olah

ianya

berlaku

secara

semulajadi.
Sehubungan ini, dasar pecah dan perintah (Divide and Rule) yang
digagaskan oleh kerajaan British di Tanah Melayu telah menyebabkan
masyarakat

yang

terdiri

daripada

pelbagai

kaum

berpecah

dan

dimanipulasikan mengikut kepentingan British.Kaum-kaum utama yang
wujud pada masa itu yang terdiri daripada tiga rumpun utama iaitu
Melayu, Cina dan India dikelaskan mengikut jenis pekerjaan dan sistem
pendidikan

yang

berbeza-beza.Melalui

dasar

ini,

orang

melayu

ditempatkan di kawasan luar bandar yang kebanyakan mencari rezeki
dengan menjadi nelayan dan petani.Manakala kaum Cina pula menetap di
kawasan bandar dan menguasai segala aktiviti ekonomi serta melibatkan
diri dalam bidang perlombongan yang begitu mnguntungkan.Masyarakat
India pula tinggal dan bekerja di pinggir bandar di kawasan ladang-ladang
sebagai penggerak utama industri perladangan pada waktu itu.
Masyarakat petani berbangsa Melayu, peniaga Cina dan juga buruh
ladang berketurunan India pada ketika itu merasa curiga antara satu
sama lain serta tidak berkomunikasi secara langsung disebabkan oleh
taktik kotor yang diterapkan oleh British. Seterusnya, dasar ini telah
menyebabkan perpaduan dan perasaan saling ingin hidup bersama tidak
berlaku di Tanah Melayu. Secara keseluruhannya, pelaksanaan dasar
pecah dan perintah telah menjadi strategi yang paling berkesan dan
efektif

untuk

menghalang

kumpulan

kecil

di

TanahMelayu

untuk

berinteraksi secara natural sesama kaum pada ketika pemerintahan
British yang menjadi tonggak utama goyahnya perpaduan antara kaum.

5.0 PEMERINTAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU KEPADA
KAUM CINA DAN INDIA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia
sering

dikatakan

akibat

dasar

pecah

dan

perintah

oleh

penjajah

Inggeris.Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini iaitu
British sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat
sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap
penjajahan dan Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di
kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu
bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak
terjejas.Tindakan

membawa

masuk

pekerja

asing

adalah

bagi

mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.Akibat
daripada dasar pecah dan perintah mengakibatkan ketidakseimbangan
ekonomi

antara

kaum,

interaksi

sosial

yang

terpisah-pisah

dan

kemuncaknya telah berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
5.1 PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL DAN PETEMPATAN
Masyarakat tidak akan wujud tanpa kehidupan secara berkelompok.
Mustahil seseorang individu mampu menyediakan keperluan hidup tanpa
bergantung

pada

individu

lain.

Oleh

itu

kehidupan

berkelompok

membolehkan satu anggota masyarakat berinteraksi dengan anggota
yang lain dan bergantung hidup dengan anggota masyarakat yang
lain.Kesan

daripada

dasar

penjajahan

British

yang

pertamaiaitu

pemisahantempat tinggal dan penempatan. Pemisahan ini wujud akibat
daripada dasar ‘pecah dan perintah' yang diamalkan oleh penjajah British
pada masa tersebut.Pemisahan ini juga menyebabkan kaum Melayu,Cina
dan India tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap kerana
tinggal di wilayah yang berbeza.

Pada era ini pengenalan kaum didefinisikan mengikut tempat tinggal
dan kegiatan ekonominya iaitu kebanyakan kaum Melayu tinggal di
kawasan luar bandar dan bergiat dalam sektor pertanian.Sepanjang
tempoh

penjajahan

British

di

Tanah

Melayu,

pihak

British

selalu

menegaskan supaya kependudukan dan budaya hidup orang Melayu tidak
di ganggu. British berpendapat supaya orang Melayu di kekalkan di
kampung-kampung dan mengamalkan cara hidup bertani,bertukang atau
nelayan. Oleh itu, orang Melayu tidak di galakkan berhijrah ke kawasankawasan perlombongan, ladang atau ke bandar untuk bekerja dengan
British.
Lokasi kaum Melayu pada zaman pemerintahan ini tertumpuh di
negeri Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah dan Pahang. Manakala, kaum
Cina pula bergiat dalam ekonomi moden iaitu berpusat di bandar dan
kawasan yang pesat membangun terutamanya di negeri Pulau Pinang,
Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Kaum India pula
kebanyakannya tertumpu di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pulau
Pinang.Pola kependudukan ini secara tidak langsung telah memisahkan
kelompok-kelompok

etnik

ini

dan

menunjukkan

ketidakseimbangan

taburan antara etnik. hal ini telah merenggangkan perhubungan dan
interaksi serta memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme
dalam kalangan anggota setiap etnik di Tanah Melayu. Keadaan ini
seterusnya telah menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan
kejahilan dalam kalangan etnik terhadap golongan etnik yang lain.
5.2 PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI
Dariaspek ekonomi, dapat dilihat melalui kewujudan sistem ekonomi
dualisme. Sistem ekonomi dualisme merujuk kepada dua tumpuan
ekonomi yang berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis
etnik (Dipetik daripada Ekonomi Malaysia edisi kedua : Chamhuri Siwar
dan Surtahman Kastin Hasan, 1985).Dua bentuk eksploitasi ekonomi
utama yang dilakukan oleh penjajah ialah perlombongan dan perladangan
getah.Kajian

yang

di

buat

memperlihatkan

Melayu

ketika

awal

kemerdekaan agak mundur berbanding etnik Cina. Malah etnik India

dilihat agak mundur akibat Dasar Pecah Perintah yang diamalkan oleh
British pada ketika itu(Dipetik daripada Ekonomi Malaysia edisi kedua :
Chamhuri Siwar dan Surtahman Kastin Hasan, 1985). British juga telah
menyusun kawasan-kawasan yang tertentu untuk diusahakan oleh etniketnik tertentu di Tanah Melayu. Sebagai contoh, etnik melayu di berikan
kebebasan untuk melakukan apa sahaja mereka mahu dan mereka hanya
meneruskan ekonomi sara diri seperti bercucuk tanam, bersawah, ke
hutan, ke laut manakala golongan Melayu elite diberi peluang membantu
pentadbiran British.
Impak dari pemerintahan British kita tidak dapat menafikan bahawa
British mengambil langkah yang sangat berhati-hati dengan memisahkan
etnik ini dari bergaul antara satu sama lain. Maka tidak hairanlah
sehingga hari ini sentimen perkauman masih kuat dan jurang ekonomi
juga ketara antara tiga etnik utama ini.Tambahan pula, etnik di Sabah dan
Sarawak mengalami situasi yang hampir sama seperti mana etnik Melayu
di Semenanjung cuma perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak
masih tidak meluas kerana faktor geografi yang berbukit –bukau
menyukarkan pembangunan dilaksanakan.
Dalam hal ini, kadar kemiskinan juga turut bertambah disebabkan
sistem etnik ini.Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan
moden yang berasaskan perusahaan getah dan perlombongan bijih timah.
Sistem ekonomi ini berasaskan pasaran bandar dan diletakkan di bawah
kawalan British.Sistem ini banyak melibatkan kumpulan etnik Cina dan
India.Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana
komoditi

utamanya

ialah

penanaman

padi

dan

perikanan.Teknik

pengeluaran, pemasaran, dan tenaga kerja didominasi oleh etnik melayu
dengan berteraskan budaya Melayu luar bandar atau budaya Melayu
tradisional.Secara

tidak

langsung,

ekonomi

dualisme

ini

telah

melambangkan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di
Malaysia.kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang
pendapatan yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini

telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan wujud persaingan ekonimi
secara tidak sihat.
5.3 PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN
Pendidikan semasa zaman penjajahan British bertujuan untuk
menyekat peluang orang Melayu daripada mengembangkan bakat mereka
dan untuk memisahkan mereka daripada perkembangan sosio-ekonomi
negara.Pada keseluruhannya, pendidikan di zaman penjajahan British
ialah bersifat bebas atau laissez-faire kerana terdapat lima

jenis

pendidikan yang telah diwujudkan dan tidak mempunyai keseragaman,
iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam.
Sehubungan itu, terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu pendidikan
British rendah dan menengah dihadiri oleh kanak-kanak bangsawan
Melayu dan hartawan Cina dan India.Seterusnya, terdapat sekolah Melayu
peringkat rendah dibantu oleh British dengan matlamat menjadikan
mereka

sebagai

petani

yang

lebih

baik

daripada

ibu

bapa

mereka.Peringkat yang ketiga ialah wujudnya sekolah vernakular Cina dan
India yang berdasarkan negara asal masing-masing.Setiap jenis sekolah
tersebut mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum
yang berbeza.
Selain perbezaan dalam aliran pendidikan, kerencaman sistem
pendidikan juga dapat dilihat daripada sudut kurikulum, sukatan mata
pelajaran serta orientasi matlamatnya.Sehubungan itu, aliran pendidikan
Cina dan India, kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasinya
berkiblatkan negara asal mereka.Keadaan ini menyebabkan interaksi
sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama.
Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan
fahaman

kerana

negara

China

contohnya

mengamalkan

fahaman

komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China mempunyai unsurunsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang berteraskan
fahaman yang lain. Selain it, tidak terdapat satu bahasa penghantar yang
seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam

bahasa ibunda masing-masing sahaja.Ini telah menyebabkan timbulnya
pelbagai masalah yang telah menggugat perpaduan kaum.Ini telah
memberikan satu impak buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di
Malaysia.
Kewujudan sistem pendidikan dalam zaman Inggeris ini telah
mewujudkan

polarisasi

di

Tanah

Melayu.Penubuhan

sekolah-sekolah

vernakular yang berasaskan kepentingan kaum masing-masing ini telah
membawa pemisahan yang sangat ketara antara penduduk di Tanah
Melayu.Sistem pendidikan yang bersifat perkauman yang kuat ini
menyebabkan polarisasi di Tanah Melayu begitu ketara sekali.
5.4 FAHAMAN POLITIK BERBEZA
Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan
kumpulan

etnik

dan

setiap

parti

politik

akan

memperjuangkan

kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Politik perkauman ini boleh
menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat
perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa
mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti
bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi
dibangkitkan,

maka

tindakan

ini

tidak

akan

menyumbang

kearah

masyarakat yang bersatu padu.
Sehubungan itu, struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari
berbagai-bagai kaum telah melahirkan

banyak persatuan-persatuan

politik sosial dan ekonomi yang berasakan kaum masing-masing. Perkara
ini telah memeperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara satu sama
lain kerana persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan
kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum
yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman seringkali
mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum
hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum
dengan kaum yang lain.
5.5 PERBEZAAN KEPERCAYAAN DAN NILAI

Sejak zaman pemerintahan Britishsehingga tahun 1969 terdapat
pelbagai perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan dalam
masyarakat di Tanah melayu.Setiap kumpulan etnik mempertahankan
kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan
mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Hal
ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan kaum sendiri untuk
mendapatkan pekerjaan dan akhirnya akan mewujudkan polarisasi antara
etnik. Selain daripada itu, kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa
dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan
lagi

perasaan

kumpulan

etnik

masing-masing.

Cabaran

dari

segi

kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar jika
fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.
Sehubungan itu, perbezaan budaya dan agama merupakan salah
satu lagi punca berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum
Melayu sebahagan besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama
ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama
Hindu. Disamping itu, terdapat ramai juga yang beragama Kristian.Setiap
kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini menambah
lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia.
Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang
dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan
penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil
terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan
secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain.