PERSEKITARAN MAKRO DAN PERNIAGAAN seb

PERSEKITARAN MAKRO DAN PERNIAGAAN
1.0

PENGENALAN

Persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat
untuk jangka masa yang panjang dan ia merupakan unsur atau elemen yang
tidak boleh dikawal (Armstrong & Kotler, 2011). Memahami persekitaran makro
atau persekitaran luaran di dalam menguruskan sesuatu perniagaan atau
organisasi adalah sangat penting dan ia menentukan kejayaan serta
mempengaruhi keputusan dalam sesuatu perniagaan yang dijalankan.
Persekitaran makro adalah persekitaran yang diluar kawalan syarikat tetapi
syarikat perlu sentiasa mengawasinya kerana persekitaran ini boleh memberi
peluang dan ancaman kepada syarikat atau organisasi (Armstrong & Kotler,
2011). Ekoran daripada kesukaran usahawan-usahawan untuk mengawal
persekitaran yang ada, para usahawan perlulah bijak untuk menanganinya
dengan memahami elemen-elemen persekitaran makro tersebut. Di dalam dunia
perniagaan, terdapat empat elemen persekitaran makro yang terpaksa dan perlu
dihadapi oleh semua peniagaan iaitu elemen ekonomi, teknologi, kebudayaan
sosial serta politik dan undang-undang (Mily, 2011).
Bagi melihat kesan persekitaran makro terhadap sesebuah organisasi atau

syarikat, organisasi yang telah dipilih adalah Syarikat Boon Siew Sdn Bhd. Ini
kerana syarikat ini merupakan di antara syarikat yang terawal dan berkembang.
Syarikat Boon Siew Sdn Bhd sinonim dengan motosikal Honda yang diasaskan
oleh Mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew. Boon Siew Honda Sdn Bhd
merupakan sebuah syarikat Malaysia yang dilesenkan untuk memasang,
mengedar dan menjual model-model motosikal Honda di Malaysia. Beliau
merupakan usahawan yang berjaya dan bijak mengambil peluang di dalam
perniagaan pengedaran motosikal. Beliau menyedari kelebihan motosikal Honda
adalah ringan dan kecil berbanding motosikal yang dikeluarkan oleh Eropah.
Pada tahun 1958, Boon Siew melihat populariti motosikal Honda Cub Super di
mana pada waktu tersebut hanya diperkenalkan di Jepun dan beliau percaya ia
boleh mendapat sambutan di Malaysia. Pihak Honda Jepun, Honda Motor Co Ltd
telah melantik Boon Siew sebagai pengedar tunggal motosikal Honda di Malaysia
dan pada waktu tersebut, hanya 50 unit sahaja motosikal Honda telah diimport
ke Malaysia. Sebuah kilang telah dibina di Pulau Pinang untuk memasang Honda
Cub dan motosikal Honda yang dipasang di Malaysia telah dinamakan semula
sebagai Boon Siew Honda. Honda Cub menjadi motosikal yang paling laris di
Malaysia dan Boon Siew telah diikhtiraf sebagai orang pertama yang membawa
motosikal Honda Cub ke Asia Tenggara (Danny Tan, 2012).
Boon Siew Honda Sdn Bhd telah menjalankan usahasama antara Honda Co Ltd

dan Oriental Holdings Bhd yang mula beroperasi pada September 2008 dengan
matlamat mengukuhkan pengeluaran motosikal dan jualan di Malaysia serta
untuk mencapai kepuasan pelanggan yang lebih tinggi dan cekap. Pengeluaran
motosikal Honda iaitu syarikat Oriental Holdings Bhd telah memegang cawangan
bagi memasang dan mengedar motosikal Honda sejak tahun 1957 lagi. Sekarang

ini, anak syarikat Oriental, Kah Motor Co Sdn Bhd adalah bertindak sebagai
memasang Honda, sementara Boon Siew Honda Sdn Bhd mengedarkannya.
Produk yang dikeluarkan oleh Boon Siew Honda Sdn Bhd antaranya adalah
motorsikal jenama Wave Dash, CRF 250L, CBR1000RR, EX5 Dream, Future, Gold
Wing, Wave Dash SE, Wave 110, Wave 100, Icon dan CBR 250R. Ahli Lembaga
Pengarah Boon Siew Honda Sdn Bhd adalah dipengerusikan oleh Dato’ Loh
Cheng Yean. Oriental Holdings Bhd dan Honda Motor Co Ltd telah
mengembangkan dan mempromosi jualan motosikal di seluruh Malaysia,
Singapura dan Brunei (Danny Tan, 2012).

2.0

ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO


2.1
Elemen persekitaran makro ialah ekonomi. Persekitaran ekonomi
dapat dilihat melalui faktor-faktor yang mempengaruhi kuasa beli pengguna dan
corak perbelanjaan (Kotleret al, 2011). Pemasar harus mengawasi pola utama
pendapatan dan perubahan pola perbelanjaan pengguna. Sebarang perubahan
sama ada dalam bentuk positif dan negatif di dalam pembolehubah utama
ekonomi seperti kadar faedah, pola pendapatan, kos hidup, simpanan dan
pinjaman akan memberi kesan terhadap pasaran (Azianlin, 2007). Kuasa
membeli pengguna bergantung kepada harga, pendapatan semasa, kredit dan
tabungan. Contohnya, syarikat Honda Jepun iaitu Honda Motor Co Ltd telah
melantik Boon Siew Honda Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal motosikal Honda
di Malaysia kerana ia melihat Malaysia merupakan sebuah negara yang akan
berkembang dan mempunyai pasaran yang besar di Asia dan dunia (Danny Tan,
2012).
2.2
Elemen persekitaran makro ialah teknologi. Banyak teknologi baru
telah dicipta bagi menggantikan teknologi lama. Kadar perubahan teknologi
adalah cepat dan pantas pada masa kini. Melalui perubahan dan inovasi
teknologi ini, lebih banyak peluang dan pasaran baru dapat diwujudkan (Azianlin,
2007). Contohnya, Boon Siew Honda Sdn Bhd telah menggunakan pelbagai

alatan yang lebih canggih antaranya mesin berbanding sebelumnya. Kesannya
pelbagai produk baru telah dicipta serta menambah produk yang sedia ada
kepada yang lebih inovatif dan produktif kesan daripada perkembangan
teknologi. Antaranya produk motosikal Honda model Wave yang dilihat telah
diperbaharui daripada model Wave Dash kepada Wash Dash SE, Wave 110 dan
Wave 100 (Danny Tan, 2012).
2.3
Elemen persekitaran makro ialah kebudayaan sosial. Persekitaran ini
terdiri daripada institusi dan pengaruh lain yang mempengaruhi asas, persepsi,
keutamaan serta gelagat sesebuah masyarakat. Individu yang dibesarkan dalam
kelompok masyarakat membentuk nilai dan kepercayaan mereka berdasarkan
norma masyarakat tersebut. Kebudayaan sosial terdiri daripada dua aspek iaitu
aspek demografi dan aliran kebudayaan dalam masyarakat. Demografi berkait
rapat dengan data populasi seperti saiz, kepadatan lokasi, umur, jantina, bangsa,
pekerjaan, penghijrahan populasi dan statistik lain yang berkaitan dengan
populasi (Mily, 2011). Faktor statistik demografi mudah diperolehi kerana ia

adalah data pungutan kerajaan dan ia boleh digunakan sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Kajian serta pengawasan terhadap syarikat dalam
demografi penting kerana populasi membentuk pasaran (Azianlin, 2007).

Contohnya, dalam aspek demografi di mana Boon Siew Honda Sdn Bhd mula
beroperasi pada tahun 1958 di Pitt Street, Pulau Pinang kerana pada ketika itu,
bandar tersebut merupakan pusat tumpuan ekonomi dan ia juga merupakan
kawasan populasi penduduk yang tinggi (Mohammad Fikri, 2011).
2.4
Eleman persekitaran makro ialah politik dan undang-undang.
Persekitaran ini
merujuk kepada pelaksanaan dan penggubalan undang-undang oleh pihak
kawalan syarikat yang memberi pengaruh atau had di dalam firma atau individu
dalam masyarakat (Armstrong & Kotler, 2011). Undang-undang di dalam
persekitaran makro meliputi peraturan-peraturan yang diperuntukkan oleh pihak
kerajaan seperti reka bentuk produk dan menetapkan harga terhadap barang
kawalan, pengiklanan, upah dan persekitaran tempat kerja seperti rangka
undang-undang yang diwujudkan yang memerlukan syarikat memenuhi atau
mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Perniagaan juga dikawal oleh
undang-undang yang sedia ada seperti Undang-Undang Kontrak, UndangUndang Jualan Barang-Barang, Undang-unang Sewa Beli, Undang-Undang
Perkongsian, Undang-Undang Syarikat dan sebagainya. Syarikat tidak boleh
sesuka hati melakukan sesuatu perkara bagi tujuan membaiki dan mengekalkan
keadaan yang sedia ada (Azianlin, 2007). Contohnya Boon Siew Honda Sdn Bhd
telah menetapkan undang-undang syarikat melalui matlamatnya di mana

bertujuan untuk mengukuhkan pengeluaran motosikal dan jualan di Malaysia
serta untuk mencapai kepuasan pelanggan yang lebih tinggi dan cekap semasa
melakukan usahasama bersama Honda Co Ltd dan Oriental Holdings Bhd (Danny
Tan, 2012).

3.0

KESAN ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO KEPADA ORGANISASI

Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah ekonomi di mana
persekitaran ekonomi boleh mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan
pengguna. Faktor-faktor ekonomi adalah kebimbangan kepada firma pemasaran
kerana ia boleh mempengaruhi permintaan, kos, harga dan keuntungan.
Antaranya perubahan di dalam pendapatan iaitu apabila pendapatan meningkat,
kuasa beli juga akan meningkat (Girijasankar & Bhar, 2011). Contohnya, semasa
negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997, industri automobil
menghadapi kesukaran apabila unit jualan semakin menurun. Boon Siew Honda
Sdn Bhd turut menerima kesan krisis ini di mana penjualan syarikat merosot
daripada 78% unit menjunam kepada 25% unit sahaja bagi tahun tersebut
(Danny Tan, 2012).

3.1
Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah teknologi.
Teknologi merupakan tenaga yang paling dramatik yang memberi kesan kepada
usahawan atau syarikat (Kotler at el, 2011). Dengan menukarkan teknologi boleh

menjejaskan permintaan bagi produk dan perkhidmatan firma, proses
pengeluaran dan bahan-bahan mentah serta turut menjejaskan proses dalam
melaksanakan tugasan (Kotler et al, 2008). Menurut Yusof et al (2004)
mengatakan bahawa tindakan firma membawa masuk teknologi yang baru ke
dalam firma yang mempunyai teknologi yang lebih rendah, akan memberi kesan
kejutan kepada firma tersebut. Tindakan ini akan menyebabkan kesukaran
kepada firma untuk saling menyesuaikan diri terutamanya jika perubahan
bertentangan dengan polisi atau objektif sebenar firma. Perubahan ini
mengakibatkan pembaziran dari segi masa, pengangguran, tenaga, wang dan
juga sumber-sumber lain (Mily, 2011). Ia juga mengancam survival produk, firma
atau industri. Perubahan teknologi telah menyebabkan lebih banyak peluang dan
ancaman kepada pemasar. Ini kerana peningkatan dalam teknologi banyak
mempengaruhi dunia pemasaran. Contohnya,. Boon Siew Honda Sdn Bhd telah
meningkatkan dan mengembangkan penggunaan mesin seperti robot yang
diimport dari negara Jepun bagi tujuan mengeluarkan produk yang lebih bermutu

dan berinovatif. Namun, kesannnya menyebabkan berlaku pengurangan dalam
tenaga kerja yang membawa kepada masalah krisis pengangguran di dalam
negara (Danny Tan, 2012).
3.2
Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah
kebudayaan sosial sama ada melalui demografi atau kebudayaan. Elemen
persekitaran demografi boleh mempengaruhi pemasar dalam strategi
pemasaran meliputi jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan, produk yang
sesuai dikeluarkan dan sebagainya. Sekiranya strategi yang digunakan tidak
sesuai, ini akan merugikan syarikat. Melalui kebudayaan pula, institusi dan
kuasa-kuasa lain memberi kesan kepada nilai-nilai asas masyarakat, persepsi,
keutamaan dan tingkah laku (Kotler et al, 2011). Elemen persekitaran ini boleh
memberi ancaman dan peluang kepada organisasi terutama dari aspek
keperluan dan kehendak pelanggan. Contohnya, sikap prejudis masyarakat di
Malaysia pada ketika dahulu terhadap negara Jepun ekoran kejahatan dan
penyeksaan yang telah dilakukan oleh Jepun semasa memasuki dan menceroboh
Tanah Melayu. Kesannya dapat dilihat semasa awal penubuhan Boon Siew Honda
Sdn Bhd di mana mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat serta tidak
mendapat sokongan daripada ramai pihak. Ini kerana, ekoran daripada budaya
masyarakat pada waktu tersebut adalah prejudis kepada negara Matahari Terbit

iaitu Jepun (Danny Tan, 2012).
3.3
Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah politik dan
undang-undang. Politik dan undang-undang yang dibuat merupakan sebahagian
daripada persekitaran makro di mana setiap kumpulan yang berlainan akan
bersaing dengan tujuan untuk memperolehi perhatian dan sumber. Keadaan ini
berlaku kerana para usahawan atau majikan telah menggunakan kekuatan politik
yang mereka ada. Para usahawan perlu menerima dan mematuhi polisi, undangundang dan peraturan di mana perniagaan tersebut dijalankan. Usahawan
terpaksa menerima unsur-unsur politik dan undang-undang yang dibuat atau
telah di buat bagi tujuan pelaburan. Antaranya, ia merujuk kepada berlakunya
rasuah, ketidakstabilan dan keganasan di kawasan di mana perniagaan
dijalankan. Di kawasan yang risiko politik adalah tinggi, adalah sukar dan

mempunyai kos yang tinggi untuk usahawan membeli, melindungi dan mengatur
sumber yang menyebabkan berlakunya penambahan kos untuk pelaburan baru
(Kotler et al, 2011). Undang-undang penting yang dilihat yang boleh menjejaskan
perniagaan atau pelaburan termasuklah undang-undang dalam bidang
kepenggunaan, hubungan pekerja, alam sekitar dan amalan yang kompetitif.
Persekitaran ini boleh mempengaruhi sesebuah organisasi khususnya
mempengaruhi objektif organisasi, dasar, keputusan, sekatan undang-undang

dan juga undang-undang berkaitan cukai (Mily, 2011). Contohnya, melalui
undang-undang halangan perdagangan dan tariff yang dikenakan terhadap
perkhidmatan dan barangan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa.
Keadaan ini bukan sahaja menyekat, malah menghalang sumber aliran bebas
dari negara lain. Contohnya, selaku pelindung kepada industri tempatan seperti
industri automobil di Malaysia yang telah dikenakan sekatan perdagangan.
Keadaan ini turut memberi kesan kepada syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd
yang menjalankan eksport dan import barangan antarabangsa (Danny Tan,
2012).

4.0
CADANGAN UNTUK MENGURUSKAN ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN
MAKRO DALAM ORGANISASI
4.1
Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam
organisasi iaitu dalam aspek ekonomi. Organisasi atau syarikat perlu membuat
analisa dan kajian terhadap dasar ekonomi, sistem ekonomi dan persekitaran
ekonomi sama ada pada tahap tempatan, nasional dan global di mana operasi
dan perkhidmatan mereka dijalankan. Ini kerana persekitaran ekonomi
memainkan peranan penting di dalam kegagalan dan kejayaan sesebuah

organisasi atau syarikat. Syarikat perlu mengenalpasti tahap keadaan ekonomi
yang akan atau memberi lebih kesan kepada organisasi dan syarikat serta harus
meninjau, memantau, meramal dan mentafsir persekitaran ekonomi sama ada
diperingkat domestik atau dunia. Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji
suasana persekitaran semasa memulakan perniagaan tetapi juga semasa
perniagaan sedang berkembang (Azianlin, 2007). Persekitaran ekonomi
merangkumi semua produk dan penghasilan dalam perkhidmatan, pengedaran,
penjualan dan penggunaan. Syarikat atau organisasi perlu saling berhubungkait
antara satu sama lain (Cheng Soon, 2009). Contohnya, Boon Siew Honda Sdn
Bhd telah mengembangkan perniagaannya di pasaran antarabangsa seperti di
Brunei dan Singapura kerana syarikat ini telah melakukan kajian dan
pemantauan dengan melihat faktor ekonomi negara tersebut yang berkembang
dan maju. Keadaan ini memberi kesan ke atas peningkatan di dalam permintaan
dan boleh mengembangkan ekonomi syarikat (Danny Tan, 2012).
4.2
Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam
organisasi iaitu dalam aspek teknologi di mana, penggunaan teknologi baru yang
lebih konsisten dan efisen (Kotler et al, 2008). Syarikat perlu membuat
perubahan kecil terhadap reka bentuk, produk formulasi dan pengeluaran serta
bahan dan pengedaran. Melalui ini, penciptaan teknologi baru selalunya

mempunyai nilai ekonomi dan tiada saingan pada peringkat awal serta selalunya
dimonopoli oleh individu tersebut (Cheng Soon, 2009). Organisasi atau syarikat
juga perlu bijak mengawal dan memantau perubahan teknologi serta mengesan
penggunaan teknologi untuk membantu mengisi keperluan manusia. Ia
bertujuan agar produk yang lebih inovatif dapat dicipta dan diterima dipasaran
sasaran. Ia boleh mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti dalam
pengeluaran produk dan membawa kepada inovasi. Contohnya, kesan daripada
kemajuan teknologi turut memberi kesan kepada Boon Siew Honda Sdn Bhd
dalam pengeluaran produk-produk. Ekoran daripada perkembangan teknologi
menyebabkan syarikat dapat mengeluarkan produk yang lebih baik dan bermutu
tinggi mengikut peredaran masa dan permintaan berbanding pada awal
pengeluaran produknya. Pada awal penubuhan, Boon Siew Honda Sdn Bhd hanya
menghasilkan satu produk sahaja iaitu Honda Cub. Namun, setelah dikaji dan
wujudnya teknologi-tenologi yang moden serta kecanggihan peralatan mesin
yang ada, pelbagai model motosikal dapat dihasilkan (Cheng Soon, 2009).
Keadaan ini disebabkan kesan daripada perkembangan teknologi yang banyak
membantu dalam menghasilkan produk-produk yang lebih berkualiti.
4.3
Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam
organisasi iaitu dalam aspek kebudayaan sosial seperti aspek demografi dan
budaya. Dalam aspek demografi, organisasi atau para usahawan perlu menilai
perubahan demografi untuk mengenalpasti peluang perniagaan yang ada..
Sesebuah syarikat perlu membuat pemantauan dan penyelidikan sama ada
dalam aspek lokasi, saiz, kepadatan, bilangan penduduk, kelas sosial, dan
statistik lain berhubung populasi penduduk dalam sesebuah negara atau
kawasan. Ini kerana ia mempengaruhi perkembangan sesebuah syarikat atau
organisasi terutama dalam aspek jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan
atau produk yang sesuai dikeluarkan kerana populasi membentuk pasaran. Ini
dapat dilihat melalui populasi penduduk di mana meningkatnya populasi
menyebabkan kuasa beli akan menjadi semakin besar. Selain itu, ke semua
unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna, kuasa membeli
dan kapasiti syarikat . Ini menunjukkan para usahawan perlu melihat faktorfaktor demografi terlebih dahulu sebelum membuka atau memulakan operasi
dalam perniagaan mereka Dalam kebudayaan pula, usahawan perlu menilai dan
memantau pertukaran cara hidup masyarakat bagi tujuan untuk mengenalpasti
peluang perniagaan. Usahawan perlu meramal dan menilai perubahan yang
berlaku untuk memperolehi kejayaan dan keuntungan. Usahawan juga boleh
menggunakan informasi data yang ada dari sumber umum dan sendiri untuk
menilai perubahan ini (Kotler et al, 2008). Contohnya, pada awal penubuhan
syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd, Honda Cub telah dipasarkan setelah syarikat
membuat pemantauan dan kajian bahawa produk tersebut akan mendapat
sambutan yang luar biasa. Ini kerana, motisikal terebut boleh membawa banyak
muatan dan tahan lasak. Hasil daripada kajian yang telah dilakukan pada waktu
tersebut, syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd melihat kenderaan ini akan
dijadikan kenderaan untuk mengangkut muatan kepada masyarakat terutama
golongan petani serta ia juga murah berbanding motosikal lain. Syarikat telah
membuat pemantauan dan kajian terlebih dahulu tentang permintaan dan

kehendak masyarakat. Manakala, maintenance dan spare part juga murah dan
senang untuk ditunggangi (Cheng Soon, 2009).
4.4
Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam
organisasi iaitu dalam aspek politik dan undang-undang. Organisasi atau syarikat
perlu menilai dan mengawasi persekitaran politik sepenuhnya untuk
mengenalpasti ancaman dan peluang yang ada. Syarikat juga perlu mengawasi
apa yang sedang dan akan berlaku kerana ia akan memberi kesan, sama ada
secara langsung atau tidak langsung kepada syarikat. Ia juga bertujuan agar
tindakan yang dilakukan tidak mendatangkan sebarang masalah iaitu dengan
membuat perancangan produk dan program pemasaran syarikat. (Azianlin,
2007). Keadaan ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat di dalam syarikat
atau firma dan ia juga memberi peluang kepada usahawan untuk memulakan
dan mengembangkan perniagaan mereka. Menurut Hogan et al (1999),
memperbaiki pengurusan persekitaran undang-undang iaitu dengan cara
meningkatkan dan menetapkan peraturan, garis panduan dan dasar-dasar dalam
sesebuah syarikat atau firma yang wajib dipatuhi. Ini bertujuan mewujudkan
firma atau syarikat yang lebih berkembang dan maju (Kotler et al, 2011). Selain
itu, ia bertujuan mewujudkan atau mengenakan kawalan untuk menghadkan
keuntungan yang berlebihan serta menggalakkan penggunaan oleh pelanggan.
Selain itu juga, ia bertujuan untuk menggalakkan pelanggan atau pembekal
membayar kos penuh dan mengenakan kawalan untuk mencegah tingkah laku
yang jahat. Ia juga bertujuan untuk memantau dan menguruskan prestasi dan
kualiti bagi memastikan standard yang boleh diterima. Contohnya, melalui
elemen politik, semasa awal penubuhan syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd,
syarikat ini telah dilantik sebagai pengeluar tunggal Honda di Malaysia.
Kesannya tidak wujud persaingan di dalam pasaran ekonomi tempatan. Keadaan
ini baik untuk perkembangan ekonomi syarikat tersebut (Cheng Soon, 2009).

5.0

KESIMPULAN

Persekitaran merujuk kepada faktor yang memberi kesan positif atau negatif
kepada keupayaan syarikat atau organisasi untuk terus beroperasi dan
berkembang, di samping mengekalkan arusniaganya dengan pembeli dan
pengguna sasaran. Perubahan sentiasa berlaku dalam persekitaran sama ada
secara mendadak, perlahan atau tidak menentu. Keadaan ini mampu memberi
kesan yang mendalam dan mengejut kepada syarikat atau organisasi. Oleh itu,
apa yang dapat dirumuskan, organisasi berada di dalam satu persekitaran yang
luas. Dalam persekitaran ini, wujud kuasa-kuasa yang boleh dikawal dan tidak
boleh dikawal yang mana akan memberi peluang serta ancaman kepada
keupayaan syarikat atau organisasi untuk terus beroperasi. Apabila sesebuah
organisasi mula beroperasi, ia tidak berada dalam satu keadaan yang strategik
atau tidak berubah.
Untuk berjaya, sesebuah syarikat atau organisasi perlu mematuhi strategi
persekitaran syarikat atau organisasi serta di mana ia beroperasi atau dapat
membentuk semula syarikat atau organisasi tersebut dengan lebih baik melalui

pilihan strategi yang berkesan. Apa yang dapat dilihat, langkah yang perlu di
ambil untuk mengurus elemen ini ialah dengan membuat perancangan yang baik
di mana syarikat atau organisasi perlu memahami persekitaran makro terlebih
dahulu. Ini kerana, syarikat atau organisasi bukan sahaja perlu mengkaji suasana
persekitaran semasa memulakan operasi syarikat atau organisasi, tetapi syarikat
atau organisasi perlu juga mengkaji semasa operasi syarikat atau organisasi
sedang berkembang. Oleh itu, syarikat atau organisasi dilihat gagal apabila
strategi organisasi tidak sesuai dengan persekitaran di mana syarikat atau
organisasi beroperasi.
Dalam erti kata lain, syarikat atau organisasi boleh dipengaruhi oleh persekitaran
ini, namun, syarikat atau organisasi tidak boleh mempengaruhi persekitaran ini.
Sesebuah syarikat atau organisasi perlu mengetahui strategi perancangan yang
perlu diselaraskan agar syarikat atau organisasi boleh mendapatkan dan
mengekalkan syarikat tersebut terutama dalam aspek berdaya saing. Apa yang
dapat dilihat, persekitaran makro terdiri daripada kuasa-kuasa yang berada di
luar syarikat atau organisasi dan secara amnya ia tidak boleh diubah oleh
tindakan syarikat atau organisasi tersebut. Persekitaran ini dilihat berhubung
secara tidak langsung dengan syarikat atau organisasi.
Menurut McLaughlin dan Kaluzny (1999), persekitaran makro boleh
mempengaruhi syarikat atau firma di dalam perkhidmatan yang dilakukan.
Persekitaran makro dilihat banyak mempengaruhi strategi perkhidmatan di
dalam sesebuah syarikat atau firma dengan harapan usaha ini akan
meningkatkan hubungan antara firma, pengurus dan pelanggan dengan
memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pihak (Mohammad Fikri, 2011).
Kesimpulannya, setelah mengawasi serta mengetahui peranan dan pengaruh
persekitaran makro kepada syarikat, firma atau organisasi, terdapat kesan
secara langsung dan tidak langsung yang boleh memberikan peluang dan
ancaman untuk jangka waktu pendek atau panjang dan menjadikan syarikat atau
organisasi semakin kukuh atau sebaliknya bergantung kepada tindakan dan
pendekatan yang di ambil oleh organisasi. Oleh itu, syarikat atau organisasi
perlulah mengawasi sebarang perubahan yang berlaku di dalam elemen-elemen
tersebut agar tidak memberi kesan yang buruk kepada syarikat.