Hubungan Antara Pengetahuan Kefahaman da

TAJUK

Tahap Pengetahuan, Kefahaman, dan Amalan Kaunselor-Kaunselor Pelatih Terhadap
Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998

Latifah binti Ibrahim
Muzalifah binti Azmi
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia

ABSTRAK

Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 diwujudkan bagi memastikan semua pihak
yang terbabit dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sentiasa peka dari pelbagai
aspek terutama dari sudut kebajikan dan keselamatan. Mempunyai ilmu, memahami dan
mengamalkan semua perkara yang terdapat dalam Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor
1998 bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Kesannya, kajian ini dijalankan bagi
mengenalpasti tahap pengetahuan, kefahaman dan amalan kaunselor pelatih di Universiti
Sains Malaysia terhadap Kod Etika Kaunseling dan Akta kaunselor 1998. Kajian ini juga
dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan antara faktor semester pengajian kaunselor pelatih
terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Kajian ini berbentuk kajian

kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada
kaunselor pelatih di Universiti Sains Malaysia. Seramai 60 orang bagi kaunselor pelatih yang
telah mengikuti Kursus Etika dan Perundangan Dalam Kaunseling dipilih menjadi sampel
bagi kajian samada di peringkat ijazah mahupun sarjana. Borang soal selidik tersebut
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A: Latar belakang responden, dan B: Etika
kaunseling. Kaedah statistik yang digunakan iaitu statistik deskriptif, statistik inferensi (Ujian
Oneway ANOVA). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kefahaman

kaunselor pelatih terhadap etika kaunseling di Universiti Sains Malaysia adalah tinggi.
Namun, tahap amalan bagi Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berada pada tahap
sederhana. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara faktor semester
pengajian dengan tahap pengetahuan, kefahaman, dan amalan kaunselor pelatih terhadap Kod
Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998.
Kata Kunci: Kod Etika Kaunselor, Akta Kaunselor 1998, kaunselor, pengetahuan,

kefahaman, amalan

PENGENALAN

Perkhidmatan kaunseling bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Perkhidmatan kaunseling

telah mula bertapak di Malaysia seawal tahun 40an lagi dengan terbitnya buku bertajuk ‘A
Guide to Careers in Malaya for Parents, Teachers, And Pupils ” pada tahun 1939 (Sapora

Sipon dan Hapshah Yusof, 2010). Menurut Abdul Halim Othman (2009) perkhidmatan
kaunseling telah mendapat tempat dalam masyarakat dan institusi di Malaysia dan sesuai
dengan perkembangannya, maka lebih banyak kajian dan penulisan berkaitan bidang
kaunseling terhasil. Antara perkara yang muncul hasil dari perkembangan bidang kaunseling
di Malaysia ini adalah Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Kod Etika Kaunselor
dan Akta Kaunselor 1998 diwujudkan bagi memberi garis panduan kepada semua kaunselor
dalam menjalankan tugas masing-masing berdasarkan kepada peraturan. Keadaan ini turut
disokong dengan pendapat Sapora Sipon dan Hapshah Yusof (2009) yang menyatakan
bahawa hubungan kaunseling yang diwujudkan merupakan interaksi mendalam yang
berbentuk dua hala (interaksi kaunselor dan klien). Dalam melaksanakan sesi kaunseling,
kaunselor perlu mempunyai prinsip-prinsip yang akan digunakan sepanjang sesi berlangsung
bagi mengelakkan berlaku kecederaan kepada klien.

Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 merupakan satu bentuk garis panduan
bagi menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor. Terdapat pelbagai kajian lepas berkaitan
Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Kajian ini meliputi semua aspek yang telah
digariskan dalam Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Umi Shamsiah Abu Bakar

(2007) telah mengkaji berkaitan Amalan Tingkahlaku Beretika Kaunselor Pelatih. Hasil
kajian Umi Shamsiah mendapati bahawa tiada perbezaan antara faktor demografi jantina
dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek menjaga kerahsiaan tetapi
terdapat perbezaan antara faktor demografi jantina dengan amalan tingkah laku beretika
kaunselor pelatih dari aspek tidak mengeksploitasi, melayan dengan hormat dan bertindak
dengan pemberitahuan persetujuan. Dapatan juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan
antara faktor demografi etnik dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari
aspek menjaga kerahsiaan, tidak mengeksploitasi, melayan dengan hormat dan bertindak
dengan pemberitahuan persetujuan. Nurul Hasyimah Mat Rani dan Wan Marzuki Wan Jaafar
(2013) pula menjalankan kajian berkaitan Amalan Etika Dalam Kalangan Kaunselor Di
Malaysia. Fokus kajian yang dijalankan oleh Nurul Hasyimah dan Wan Marzuki adalah
amalan etika, isu dan aduan etika, amalan etika dan tatalaku kaunselor dalam perkhidmatan
kaunseling di Malaysia.

Nurul Hasyimah Mat Rani (2006) turut menjalankan kajian kepada kaunselor pelatih
berkaitan tahap pengetahuan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor. Hasil kajian
yang diperolehi pengkaji mendapati tahap pengetahuan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika
Kaunselor adalah tinggi dan tidak terdapat perbezaan antara faktor demografi etnik dengan
tahap pengetahuan kaunselor pelatih terhadap etika kerahsiaan, etika persetujuan
pemberitahuan dan etika hubungan dua hala. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat

perbezaan antara faktor demografi tahun pengajian dengan etika kerahsiaan dan etika
persetujuan pemberitahuan tetapi terdapat perbezaan antara faktor demografi tahun pengajian
dengan tahap pengetahuan etika hubungan dua hala.

Kajian berkaitan hubungan antara kefahaman, kesedaran, dan amalan etika kerahsiaan
dalam kalangan kaunselor di Malaysia yang dijalankan oleh Mohd Bokhari, Syed Najmuddin,
dan Rosli Saadan (2012) pula menunjukkan bahawa kaunselor mempunyai kesedaran dan
amalan terhadap etika kerahsiaan, namun kefahaman legal dan kefahaman etika mereka
adalah di peringkat sederhana. Kesedaran dan amalan etika kerahsiaan kaunselor yang dikaji
menunjukkan bahawa mereka memahami komponen kesedaran dan amalan etika kerahsiaan
bukan secara mendalam iaitu hanya di peringkat permukaan (surface) sahaja. Kesedaran dan
amalan etika kerahsiaan hanya akan berfungsi dalam sesi kaunseling kerana iannya menjadi
keperluan asas hubungan terapeutik antara klien dengan kaunselor.

METOD KAJIAN
Peserta kajian

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang dilakukan berfokus kepada 60 orang
kaunselor pelatih yang masih mengikuti pengajian dalam bidang Kaunseling di Universiti
Sains Malaysia. Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan

rawak mudah di mana sampel yang dipilih adalah mewakili kumpulan yang dikaji secara
keseluruhannya (Gray dan Airasian, 2000 dalam Othman Mohamed, 2001). Oleh itu, seramai
60 orang kaunselor pelatih di USM dipilih sebagai subjek kajian supaya mereka dapat
memberikan maklumat berkaitan pengetahuan, kefahaman, dan amalan Kod Etika Kaunselor
dan Akta Kaunselor 1998.

Prosidur kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Inventori Kod Etika Kaunselor yang
dihasilkan oleh Nurul Hasyimah Mat Rani dan Wan Marzuki Wan Jaafar serta telah
mendapat kebenaran menggunakan instrumen daripada pihak yang berkenaan. Instrumen ini
juga telah mendapat pengesahan pakar (psikologi, kaunseling) bagi memperoleh kesahan
kandungan. Proses pengumpulan data dilaksanakan setelah semua prosedur bagi
menggunakan instumen ini diperolehi dan telah diedarkan kepada kaunselor pelatih yang
sedang dan telah mengikuti kursus Etika Kaunselor tanpa mengira semester. Pengumpulan
data kuantitatif dalam kajian ini adalah menggunakan soal selidik sepenuhnya.

Alat ujian kajian

Instrumen digunakan dalam kajian ini ialah Inventori Kod Etika Kaunselor bagi mengukur

tahap kefahaman, pengetahuan, dan amalan dalam kalangan kaunselor terhadap Kod Etika
Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini mempunyai
tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi hasil dari dapatan kajian sebelumnya.

Analisis kajian

Analisis yang digunakan bagi kajian ini adalah analisis deskriptif untuk mengenal pasti tahap
pengetahuan, kefahaman, dan amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan
Akta Kaunselor 1998. Analisis secara Oneway ANOVA digunakan dalam mendapatkan
keputusan perbezaan tahap pengetahuan, kefahaman, dan amalan kaunselor pelatih
berdasarkan kepada semester pengajian. Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi
19.0 digunakan bagi mendapatkan keputusan data hasil borang yang diedarkan sebelumnya.
Data yang diperolehi dinyatakan dalam bentuk jadual dan rajah seterusnya dijelaskan dengan
pernyataan bagi setiap jadual dan rajah yang diberikan.

KEPUTUSAN KAJIAN

Interpretasi skor min untuk menentukan tahap kefahaman, pengetahuan, dan amalan
kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 adalah seperti
Jadual 1 berikut:


Jadual 1: Interpretasi skor min
________________________________________________________
Skor min
Tahap
________________________________________________________
1.00-30.00
Rendah
31.00-60.00
Sederhana
61.00-100.00
Tinggi
________________________________________________________
i. Tahap Pengetahuan, Kefahaman, dan Amalan kaunselor Pelatih Terhadap Kod
Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998.

Berdasarkan Jadual 2, didapati bahawa secara keseluruhannya tahap pengetahuan
kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 adalah berada
pada tahap tinggi dengan skor min 53.56. Manakala, tahap kefahaman kaunselor pelatih
terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 mempunyai nilai purata skor

min sebanyak 53.37. Hasil analisis dari SPSS menunjukkan tahap skor min bagi aspek
amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 adalah
sederhana di mana hasil skor min adalah sebanyak 47.95.

Jadual 2: Skor min, dan sisihan piawai tahap pengetahuan, kefahaman, dan amalan
kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998

Min

Sisihan Piawai Tahap

Pengetahuan Kaunselor Pelatih

53.55

.79

Kefahaman Kaunselor Pelatih

53.37


.78

Amalan Kaunselor Pelatih

47.95

.70

Tinggi
Tinggi
Tinggi

ii. Tahap perbezaan Pengetahuan Kaunselor Pelatih Terhadap Kod Etika Kaunselor
dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan kepada semester

Hipotesis yang diuji dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min pengetahuan kaunselor
pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan tahap

semester.

Hasil analisis untuk menguji hipotesis adalah seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Analisis Ujian One way ANOVA dijalankan bagi menguji perbezaan antara skor
min pengetahuan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor
1998

berdasarkan

tahap

semester

Multiple Comparisons
Dependent Variable: pengetahuan
(I) semester (J) semester Mean Difference (I-J)
Std. Error
Sig.
pengajian

pengajian
sem 1

sem 2
-1.0250
sem 3
2.6250
sem 4
-2.0417
Others
1.0795
sem 2
sem 1
1.0250
sem 3
3.6500
sem 4
-1.0167
Others
2.1045
sem 3
sem 1
-2.6250
sem 2
-3.6500
sem 4
-4.6667
Others
-1.5455
sem 4
sem 1
2.0417
sem 2
1.0167
sem 3
4.6667
Others
3.1212
Others
sem 1
-1.0795
sem 2
-2.1045
sem 3
1.5455
sem 4
-3.1212
Based on observed means.
The error term is Mean Square (Error) = 37.912.

2.57577
2.81039
2.99189
2.86103
2.57577
2.24831
2.47144
2.31130
2.81039
2.24831
2.71510
2.57019
2.99189
2.47144
2.71510
2.76748
2.86103
2.31130
2.57019
2.76748

.997
.927
.976
.998
.997
.623
.997
.933
.927
.623
.570
.985
.976
.997
.570
.865
.998
.933
.985
.865

Scheffe
95% Confidence Interval
Lower Bound
Upper Bound
-9.2347
7.1847
-6.3325
11.5825
-11.5777
7.4943
-8.0394
10.1985
-7.1847
9.2347
-3.5160
10.8160
-8.8938
6.8605
-5.2622
9.4713
-11.5825
6.3325
-10.8160
3.5160
-13.3204
3.9871
-9.7374
6.6464
-7.4943
11.5777
-6.8605
8.8938
-3.9871
13.3204
-5.6995
11.9420
-10.1985
8.0394
-9.4713
5.2622
-6.6464
9.7374
-11.9420
5.6995

Levene’s
Test for
Equality
of
Variances
F

Pengetahu
an
kaunselor
pelatih

Equal
variances
assumed
Equal
variances not
assumed

Sig.

Independent Samples Test

t-test for Equality of Means

T

.231 .635 -.329

df

26

-.392 19.646

Sig.
Mean
Std. Error
(2Difference Difference
tailed)

95% Confidence
Interval of the
Difference
Lower
Upper

.745

-1.025

3.12

-7.4342

5.3842

.699

-1.025

2.61

-6.4885

4.4385

Daripada Jadual 3, didapati nilai bagi Levene’s Test, p = .64, di mana menunjukkan nilai p adalah lebih besar dari tahap signifikan 0.000
(p>0.05). Oleh kerana tahap signifikan lebih besar daripada 0.05, maka hipotesis nul gagal ditolak. Hal ini menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara skor min pengetahuan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan
semester.

iii. Tahap perbezaan Kefahaman Kaunselor Pelatih Terhadap Kod Etika Kaunselor
dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan kepada semester

Hipotesis yang diuji dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min kefahaman kaunselor
pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan tahap
semester.

Hasil analisis untuk menguji hipotesis adalah seperti dalam Jadual 4.

Jadual 4 : Analisis Ujian One way ANOVA dijalankan bagi menguji perbezaan antara
skor min kefahaman kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta
Kaunselor 1998 berdasarkan tahap semester.

Multiple Comparisons
Dependent Variable: kefahaman
(I) semester
pengajian
sem 1

(J) semester
Mean
pengajian
Difference (I-J)
sem 2
-2.6000
sem 3
1.5833
sem 4
-1.4722
Others
.8409
sem 2
sem 1
2.6000
sem 3
4.1833
sem 4
1.1278
Others
3.4409
sem 3
sem 1
-1.5833
sem 2
-4.1833
sem 4
-3.0556
Others
-.7424
sem 4
sem 1
1.4722
sem 2
-1.1278
sem 3
3.0556
Others
2.3131
Others
sem 1
-.8409
sem 2
-3.4409
sem 3
.7424
sem 4
-2.3131
Based on observed means.
The error term is Mean Square (Error) = 36.512.

Std. Error
2.52778
2.75803
2.93615
2.80773
2.52778
2.20643
2.42540
2.26824
2.75803
2.20643
2.66451
2.52230
2.93615
2.42540
2.66451
2.71592
2.80773
2.26824
2.52230
2.71592

Sig.
.900
.987
.993
.999
.900
.471
.994
.682
.987
.471
.857
.999
.993
.994
.857
.947
.999
.682
.999
.947

Scheffe
95% Confidence Interval
Lower Bound
Upper Bound
-10.6567
5.4567
-7.2073
10.3740
-10.8306
7.8861
-8.1081
9.7899
-5.4567
10.6567
-2.8492
11.2158
-6.6026
8.8582
-3.7886
10.6704
-10.3740
7.2073
-11.2158
2.8492
-11.5481
5.4370
-8.7817
7.2969
-7.8861
10.8306
-8.8582
6.6026
-5.4370
11.5481
-6.3433
10.9695
-9.7899
8.1081
-10.6704
3.7886
-7.2969
8.7817
-10.9695
6.3433

Levene’s
Test for
Equality
of
Variances
F

Kefahaman
kaunselor
pelatih

Equal
variances
assumed
Equal
variances not
assumed

Sig.

Independent Samples Test

t-test for Equality of Means

T

4.11 .053 -.823

Df

26

-1.242 23.620

Sig.
Mean
Std. Error
(2Difference Difference
tailed)

95% Confidence
Interval of the
Difference
Lower
Upper

.418

-2.600

3.16

-9.092

3.892

.226

-2.600

2.10

-6.923

1.723

Daripada Jadual 4, didapati nilai bagi Levene’s Test, p = .053, di mana menunjukkan nilai p adalah
lebih besar dari tahap signifikan 0.000 (p>0.05). Oleh kerana tahap signifikan lebih besar daripada
0.05, maka hipotesis nul gagal ditolak. Hal ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara skor min kefahaman kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta
Kaunselor 1998 berdasarkan semester pengajian.

iv. Tahap Perbezaan Amalan Kaunselor Pelatih Terhadap Kod Etika
Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan kepada semester

Hipotesis yang diuji dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min amalan
kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998
berdasarkan tahap semester.

Hasil analisis untuk menguji hipotesis adalah seperti dalam Jadual 5.

Jadual 5 : Analisis Ujian One way ANOVA dijalankan bagi menguji perbezaan
antara skor min amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan
Akta Kaunselor 1998 berdasarkan tahap semester.

Multiple Comparisons
Dependent Variable: amalan
(I) semester
pengajian
sem 1

(J) semester
Mean
pengajian
Difference (I-J)
sem 2
1.9500
sem 3
5.2500
sem 4
5.1389
Others
4.5227
sem 2
sem 1
-1.9500
sem 3
3.3000
sem 4
3.1889
Others
2.5727
sem 3
sem 1
-5.2500
sem 2
-3.3000
sem 4
-.1111
Others
-.7273
sem 4
sem 1
-5.1389
sem 2
-3.1889
sem 3
.1111
Others
-.6162
Others
sem 1
-4.5227
sem 2
-2.5727
sem 3
.7273
sem 4
.6162
Based on observed means.
The error term is Mean Square (Error) = 27.723.

Std. Error
2.20262
2.40326
2.55846
2.44656
2.20262
1.92261
2.11341
1.97647
2.40326
1.92261
2.32177
2.19785
2.55846
2.11341
2.32177
2.36656
2.44656
1.97647
2.19785
2.36656

Sig.
.939
.324
.411
.497
.939
.571
.686
.791
.324
.571
1.000
.999
.411
.686
1.000
.999
.497
.791
.999
.999

Scheffe
95% Confidence Interval
Lower Bound
Upper Bound
-5.0704
8.9704
-2.4099
12.9099
-3.0156
13.2934
-3.2752
12.3206
-8.9704
5.0704
-2.8279
9.4279
-3.5471
9.9249
-3.7268
8.8723
-12.9099
2.4099
-9.4279
2.8279
-7.5112
7.2890
-7.7324
6.2779
-13.2934
3.0156
-9.9249
3.5471
-7.2890
7.5112
-8.1591
6.9267
-12.3206
3.2752
-8.8723
3.7268
-6.2779
7.7324
-6.9267
8.1591

Levene’s
Test for
Equality
of
Variances
F

Amalan
kaunselor
pelatih

Equal
variances
assumed
Equal
variances not
assumed

Sig.

3.34 .07

Independent Samples Test

t-test for Equality of Means

Sig.
Mean
Std. Error
(2Difference Difference
tailed)

95% Confidence
Interval of the
Difference
Lower
Upper

T

Df

.847

26

.405

1.950

2.30

-2.783

6.683

1.118

24.65

.274

1.950

1.74

-1.643

5.543

Daripada Jadual 5, didapati nilai bagi Levene’s Test, p = .07, di mana menunjukkan nilai p adalah lebih
besar dari tahap signifikan 0.000 (p>0.05). Oleh kerana tahap signifikan lebih besar daripada 0.05, maka
hipotesis nul gagal ditolak. Hal ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min
amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan semester
pengajian.

PERBINCANGAN

Hasil kajian mendapati kaunselor mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang tinggi
terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Namun, mempunyai tahap amalan
yang sederhana terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Perbezaan yang
ketara ditunjukkan dari hasil dapatan kajian yang menunjukkan semakin tinggi tahap
pendidikan, semakin tinggi pengamalan Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 998.
Perkara ini membuktikan tahap amalan kaunselor terhadap Kod Etika Kaunselor akan
semakin baik apabila kaunselor mulai faham berkaitan tugas dan tanggungjawab sebenar
(Nor Junainah binti Mohd Isa, 2009)

Ujian Oneway ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
semester dan tahap pengetahuan dan kefahaman terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta
Kaunselor 1998 dan tidakbagi aspek amalan juga adalah tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara semester dengan tahap amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika
Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Dapatan ini adalah selaras dengan kajian-kajian yang
telah dijalankan oleh Nurul Hasyimah Mat Rani (2009) yang telah menguji tahap
pengetahuan, kefahaman, dan amalan bagi Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998
dan perbezaan berdasarkan tahun pengajian dan etnik.

Implikasi kajian

Kajian ini dapat mengembangkan ilmu pengetahuan kaunselor terhadap kepentingan
mengaplikasikan dan mengamalkan Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Hal ini
kerana fungsi Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 adalah sebagai penghadang
kepada kaunselor dan klien dari melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan
keburukan kepada mana- mana pihak.

Seterusnya, kajian ini juga mampu memberikan maklumat awal kepada pihak yang
terbabit seperti PERKAMA, Lembaga Kaunselor dan sebagainya berkaitan keperluan semasa
kaunselor. Semua permasalahan kaunselor dalam menggunakan Kod Etika Kaunselor dan
Akta Kaunselor 1998 boleh diketahui hasil dari kajian ini. Penambahbaikan dan pemantauan
boleh dilakukan oleh pihak terbabit bagi membantu golongan kaunselor ini.

Limitasi kajian

Kajian ini hanya berfokus kepada kaunselor pelatih yang masih bergelar pelajar di Universiti
Sains Malaysia. Sebahagian dari item instrumen berfungsi kepada kaunselor yang telah
berdaftar. Maka, keadaan ini secara tidak langsung turut mengganggu hasil dapatan kajian ini
terhadap aspek amalan. Sampel kajian juga masih kurang melaksanakan sesi di mana
sebahagian akta yang diperuntukkan dalam Kod Etika Kaunselor memberi fokus kepada
pelaksanaan sesi kaunseling seperti akta berkaitan etika kerahsiaan, persetujuan termaklum
dan sebagainya.

Memandangkan isu Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor ini adalah berfungsi di
dalam negara Malaysia, maka lebih banyak kajian lepas dalam negara diperolehi. Kajian dari
luar negara adalah

berkaitan kod etika negara tersebut dan adalah tidak mempunyai

persamaan dengan Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 yang digubal berdasarkan
keperluan masyarakat dan kaunselor di Malaysia. Oleh itu, penyelidik banyak merujuk
kepada kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari dalam negara.

KESIMPULAN
Sebagai seorang kaunselor yang bakal membantu semua pihak yang memerlukan bantuan dan
pertolongan, kaunselor perlu sentiasa mengamalkan perkara-perkara yang telah ditetapkan di
dalam Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Pengetahuan dan kefahaman
berkenaan Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 sahaja tidak mencukupi jika tidak
diamalkan dengan baik dan teliti. Dalam hal ini, disiplin diri seseorang kaunselor dalam
mengikuti semua saranan dan etika yang telah ditetapkan adalah sangat penting.

RUJUKAN
Abdul Halim Othman (2009). Kaunseling Untuk Kesejahteraan – Satu Kajian Kes Keperluan
Perkhidmatan Kaunseling Di Universiti Kebangsaan Malaysia . Jurnal Personalia
Pelajar Bil. 12 Jun 2009 (1-17)
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh,
Syed Salim, Md. Noor Saper (2009). Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling. PTS
Professional Publishing Sdn Bhd.
Mohamad Bokhari, Syed Najmuddin Syed Hassan, dan Rosli Saadan (2012). Hubungan
Antara Kefahaman, Kesedaran, Dan Amalan Etika Kerahsiaan Dalam Kalangan
Kaunselor Malaysia . Jurnal of Human Capital Development. ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 1
January-June 2012

Othman Mohamed (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan . Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Nor Junainad binti Mohd Isa (2009). Self Compassion Dalam Kalangan Kaunselor Pelatih
UPSI. Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbit. Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Nurul Hasyimah binti Mat Rani (2006). Tahap Pengetahuan Kaunselor Pelatih Terhadap
Etika Kaunseling. Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbit. Kota Samarahan:
Universiti Malaysia Sarawak.
Nurul Hasyimah Mat Rani dan Wan Marzuki Wan Jaafar (2013). Amalan Etika Dalam
Kalangan Kaunselor Di Malaysia. Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan
(GRUDEC 2013). Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Sipon dan Hapshah Yusof. (2010). Pengenalan kepada Profesion Kaunseling. Negeri
Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.
Umi Shamsiah binti Abu Bakar (2007). Amalan Tingkahlaku Beretika Kaunselor Pelatih .
Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbit. Kota Samarahan: Universiti Malaysia
Sarawak