ILMU KOLONIAL DAN SAINS BARAT DI TANAH M
1
ILMU KOLONIAL DAN SAINS BARAT DI TANAH MELAYU
ABSTRAK
Sebelum kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu, masyarakat Melayu telah pun
mempunyai tamadun ilmu yang tinggi. Namun begitu, pihak British melalui ilmu kolonial
telah berjaya melakukan penaklukan epistemologi ke atas daya fikir Melayu. Ia kemudiannya
berjaya menanamkan stigma pemikiran bahawa hanya British sahaja yang mampu membawa
perubahan tamadun sains terbaik untuk masyarakat Melayu. Atas dasar itu, kajian ini akan
membongkarkan kelemahan ilmu kolonial dalam isu sains. Ia akan dijawab menggunakan
epistemologi sains Melayu Islam sejak zaman awal sehinggalah zaman era kebangkitan Islam
sekitar tahun 1970an-1990an. Di zaman post kebangkitan Islam ini, pelbagai kesedaran sains
Islam yang dibawa oleh ASASI akan ditonjolkan.
Oleh,
Ab. Halim Ismail,
Rahimin Affandi Abd. Rahim,
Ahmad Farid Abdul Jalal,
Huzaimah ismail, Nor Adina Abd. Kadir &
Muhammad Ikhlas Rosele
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
2

Huzaimah Ismail, Nor Adina Abd. Kadir &
Muhammad Ikhlas Rosele
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Emel : [email protected]/[email protected]
1. Pengenalan
Secara fitrah, setiap manusia dari pelbagai bangsa apa sekalipun pasti akan mempunyai
keupayaan akal untuk membina budaya dan tamadun yang tersendiri. Di antara kemampuan
akal ini termasuklah kemampuan manusia berinteraksi dengan fenomena kemasyarakatan dan
alam semesta. Apa yang jelasnya, potensi berinteraksi dengan fenomena alam semesta inilah
yang menjadi asas kepada pengetahuan sains dalam catatan sejarah tamadun dunia. 1 Hal ini
ditegaskan sebagai: “kebolehan mencerap alam tabii dan menginduksikannya secara
rasional serta memancarkan idea dan konsep sains dalam bentuk dan bahasa sesuatu bangsa
itu terdapat pada semua manusia dan adalah sifat sejagat umat manusia.”2 Aksioma ini
dicetuskan berasaskan kemampuan akal manusia yang dianugerahkan Allah kepada setiap
manusia. Ianya terdiri daripada kemampuan akal manusia yang cukup tinggi, hinggakan
mengatasi kemampuan mahkluk Allah yang lain, termasuklah haiwan, malaikat dan syaitan
itu sendiri.3
Antara kemampuan akal manusia yang diterangkan oleh al-Quran terdiri dari (1) melihat
dan merenung sesuatu fenomena di alam ini. 4 Ianya termasuk kemampuan mengaitkan
hubungan antara sebab dengan akibat dan menyingkap pelbagai faktor lain yang
menyebabkan akibat tersebut; 5(2) mentafsir dan menganalisa sesuatu fenomena yang
ditanggap oleh pancaindera lain. Ianya termasuklah keupayaan untuk memahami hikmah
sesuatu perkara yang berlaku daripada peringkat teori yang bersifat abstrak dan mengubahnya
menjadi sesuatu yang praktikal untuk diamalkan, memperbaiki dan memperkembangkannya
untuk tujuan kehidupan.6 (3) merakam maklumat yang dilalui oleh proses (i) dan (ii) serta
mengingat semula apabila diperlukan untuk kegunaan menyelesaikan masalah 7; (4) membuat
andaian dan ramalan tentang apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Hal ini kelihatan
dengan penekanan yang diberikan oleh al-Quran terhadap subjek sejarah umat nabi-nabi
terdahulu,8 untuk diambil iktibar oleh umat Islam bagi merangka program perancangan masa
1
Abdul Rahman Abdullah (2010), Wacana Falsafah Sains : Sejarah Dan Pemikiran, Pulau Pinang : ISDEV
USM, h. 25-50; Fadzulullah Hj. Shuib (1995), Kecermelangan Ilmu Dalam Sejarah Dan Tamadun Islam, Kuala
Lumpur, h. 33
2
Ithnin Abdul Jalil (2001), “ Pemikiran Saintifik Orang Melayu Melalui Peribahasa “, dalam Yaacob Haron
Kosmologi Melayu(ed.), Kuala lumpur : APMUM, h. 453.
3
Abdul Mujib (1999), M. Ag, Fitrah Dan Keperibadian Islam : Sebuah Pendekatan Psikologis, Jakarta, h. 4955.
4
Quran 4:82; 47:22-24.
5
Quran 29:30; 16:78.
6
Quran 2:164.
7
Quran 3:190-191.
8
Quran 42:13.
3
hadapan dengan lebih baik dan terancang9dan (5) tafakur untuk tujuan muhasabah diri,
menambah pengetahuan dan meningkatkan tahap keimanan kepada Allah.10
Ilmu sains adalah bersifat universal yang wujud dalam setiap tamadun dunia. Ia sesuai
dengan sifat manusia berakal yang mampu menganalisa kejadian alam dan mengambil
manafaat ilmu bagi tujuan penambahbaikian hidup manusia. Dalam proses pembangunan
tamadun sains ini ia saling mempengaruhi dan tiru meniru antara satu sama lain. Atas dasar
itu, kita tidak boleh mendakwa tamadun sains sebagai insklusif tanpa ada kaitan dengan
tamadun sains lain. Proses difusi ini ditambah disertai dengan elemen sentesis akan
memperkaya dan memperkasakan sesuatu tamadun. Artikel ini akan melihat bagaimana
peranan dan impak ilmu kolonial British membawa pengetahuan sains di Malaysia.
2. Alam Melayu, Sains Dan Kolonialisasi
Dalam peta dunia, rantau Alam Melayu yang dikenali sebagai negeri Di Bawah Angin
agak penting kerana beberapa sebab utama;
Pertama, ia merupakan masyarakat maritim (tepi laut) yang terbuka dengan pengaruh
luar. Keterbukaan ini disertai dengan budaya ilmu telah menjadi syarat asas yang melahirkan
sesuatu tamadun dunia. Mengikut Ibn Khaldun, sifat manusia itu sangat bergantung kepada
pengaruh iklim yang berada di sekitar mereka. Atas dasar ini beliau menegaskan bahawa
manusia yang ditakdirkan mendiami kawasan iklim sederhana akan melahirkan manusia yang
berjiwa lembut, berbanding dengan penduduk kawasan iklim yang panas seperti Timur
tengah.11 Hal ini terbukti apabila Islam secara mudah telah diterima oleh manusia Alam
Melayu tanpa menumpahkan darah seperti mana yang berlaku di Timur Tengah, Afrika dan
Eropah.12
Bertepatan dengan teori ini, kita melihat hasil pengaruh iklim telah melahirkan watak
masyarakat Alam Melayu yang berbeza dengan kawasan lain. Kehidupan mereka terpengaruh
dengan alam dan laut. Ianya terdiri:
1. Mereka mempercayai kuasa tuhan yang menentukan untung nasib hidup mereka semasa
belayar di lautan yang luas. Kuasa ketuhanan ini diperlukan untuk meminta pertolongan
apabila terdesak termasuk juga untuk memberikan keyakinan dan ketenangan diri. 13 Lebih
tepat lagi, hal ini menyebabkan mereka mempercayai kewujudan dan bergantung kepada
kuasa tuhan yang menguasai sepenuhnya kehidupan manusia.
2. mereka menganggap laut sebagai tempat membekalkan rezeki kepada mereka. Atas dasar
itu hukum menjaga keseimbangan alam dan lautan mesti dijaga. Sebarang tindakan yang
merosakkan alam dan lautan sangat ditegah kerana ianya bakal menjejaskan kehidupan
mereka.14
3. Seorang yang tabah dan sabar menghadapi gelora lautan. Mereka mudah membantu orang
dalam kesusahan. Mereka selalu bersedia dengan sebarang hal yang bakal berlaku kerana
9
Abdul Halim el-Muhammady (2002), Tasawwur Islam : Huraian Konsep Dan Implikasi Dalam Kehidupan,
Kuala Lumpur, h. 95-107.
10
Quran 51:20-21.
11
Ibn Khaldun, Muqaddimah Al-‘Allamah Ibn Khaldun, Dar Al-Fikr, T.T., h. 82-95.
12
Lihat Rahimin Affandi Abdul Rahim (2003), “ Analisis Sejarah Dakwah Dan Jalinan Intelektuaal Rantau
Malaysia-Indonesia “, Dalam Zulkiple Abd. Ghani(ed.) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan
Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan, UKM Dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Bangi,
h. 47-74.
13
Haron Daud (2002), “ Pemikiran Melayu Tentang Alam Dan Hakikat Diri “, Dalam Ed. Oleh Syed
Muhammad Dawilah Al-Edrus Pemikiran Melayu Tentang Alam Dan Hakikat Diri : Kumpulan Kertas Kerja
Kolokium Bahasa Dan Pemikiran Melayu/Indonesia 11, Kuala Lumpur : DBP, h. 113-138
14
Zainal Kling (2000), “ Manusia Melayu, Alam Dan Tamadunnya “, Dalam Ed. Oleh Abdul Latiff Abu Bakar
Globalisme Dan Patriotisme Dalam Sastera Melayu : Kumpulan Kertas Kerja Hari Sastera 1995, Kuala
Lumpur : DBP, 2000, h. 294-304; Mujiyono Abdillah (2001), Agama Ramah Lingkungan : Perspektif AlQuran, Jakarta : Paramadina, 2001, h. 147-152.
4
perubahan cuaca dan monsun di laut.
4. Insan yang sanggup belajar dengan alam - laut sebagai guru yang mengajar dan
membentuk pemikiran mereka. Mereka perlu patuh dan akur dengan jadual perubahan
monsun setiap tahun. Pada waktu musim tengkujuh, kerja sebagai pelaut tidak akan
dilakukan dan menumpukan pada kerja lain. Untuk belayar meredah lautan mereka
memerlukan ilmu pelayaran dan tahu mengunakan bintang di langit sebagai pedoman
perjalanan.
5. Manusia yang mudah terbuka dengan pengaruh difusi asing yang datang daripada luar.15
6. manusia yang mementingkan elemen kesederhanaan di dalam proses berfikir dan
bertindak.16 Mereka mementingkan soal menjaga kerukunan hidup bermasyarakat dan
menentang keras sebarang elemen yang bersifat individualism. Ia dapat dirujuk sebagai
manusia yang mementingkan kerukunan hidup bermasyarakat (Egalitarian) yang cukup
tinggi.17 Hal ini dilakukan sesame sendiri, bahkan juga kepada masyarakat asing.18
Kedua, Alam Melayu memang mempunyai sejarah berinteraksi dengan pelbagai bangsa
asing. Antaranya bangsa Arab, Parsi, Cina dan Eropah. Ia termasuk juga dengan agama besar
dunia, seperti hindu, budhha, Islam dan kristian. Jadi, daripada aspek hubungan dan
pendedahan luar, masyarakat Alam Melayu amat dinamik sekali, yang menjadi tempat
pertemuan pelbagai budaya dan tamadun besar dunia. Proses ini berlaku dalam bentuk yang
adil dan timbal balik. Ia terdorong dengan sifat masyarakat Alam Melayu yang berbentuk
terbuka dengan pengaruh luar.
Ketiga, ia memiliki iklim, kesuburan biodiversiti tumbuhan dan sumber galian yang
banyak. Rantau Alam Melayu adalah pusat biodiversiti tumbuhan yang hebat. Ia mempunyai
komposisi kepelbagaian tumbuhan per unit kawasan antara yang paling padat di dunia.
Kedudukannya dalam kawasan tropika mempunyai ramuan iklim yang baik iaitu taburan
hujan dan panas yang hampir sekata setiap tahun. Hal ini menyumbang kepada pembentukan
tanah tanih yang subur dan sesuai untuk menampung pelbagai jenis tumbuhan. Tumbuhan
yang pelbagai ini menarik minat perkembangan fauna yang tinggi. Dilaporkan tidak kurang
dari 60,000 species tumbuhan, kira-kira 25% species tumbuhan di dunia berbanding Eropah
(5,000 species tumbuhan), Amerika utara (18,000 species tumbuhan) dan Afrika (30,000
species tumbuhan). Ia meliputi tumbuhan berbunga, palma, rumpur, rumpair, lumut, pokok
herba, pemanjat di darat dan kawasan paya air. Masyarakat Melayu memang telah lama
berinteraksi secara harmoni dengan semua tumbuhan di sekitar mereka.19
Atas dasar itu rantau Alam Melayu memang menjadi tumpuan bangsa Eropah, India ,Cina
dan Arab sepanjang sejarah. Ini didokong dengan realiti Alam Melayu yang memiliki sumber
galian dan rempah yang sangat diperlukan dunia pada masa itu.
3. Ilmu Kolonial Dan Konsep Sains Barat
Secara amnya, ilmu colonial adalah ilmu yang diusahakan oleh pihak colonial British
mengumpulkan serba serbi maklumat tentang masyarakat tanah jajahan bagi tujuan
pengawalan dan pemantauan yang sepatutnya. Ia berasaskan dasar dan epsitemologi
15
Abdul Rahman Abdullah (1999), Pemikiran Umat Islam Di Alam Melayu, Kuala Lumpur : DBP, h. 54-56.
Abdul Halim Othman Dan Md. Shuaib Che Din (1993), “ Sifat Kesederhanaan “, Dalam Psikologi Melayu,
Kuala Lumpur : DBP, h. 102-109.
17
Wan Abdul Halim Othman (1993), “ Hubungan Kekeluargaan Dalam Masyarakat Melayu “, Dalam Psikologi
Melayu, Kuala Lumpur : DBP, h. 61-101.
18
Idris Zakaria (2003),” Islam Dan Amalan Tolenrasi Di Alam Melayu “, Dalam (Edit) Zulkiple Abd Ghani,
Jaringan Dakwah Malaysia Indonesia, Bangi : Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan, UKM, h. 150-165
19
Abdul Manap Mahmud (2011), Kesedaran Etnobotani : Suatu Sorotan Tentang Peradaban Melayu Terhadap
Sains Tumbuhan, Dalam International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, 14-15
November 2011, Melaka, h. 766-778.
16
5
(falsafah, pendekatan, metodologi dan tafsiran) colonial British terhadap masyarakat Tanah
jajahan. Tujuannya untuk menguasai aspek politik dan pemikiran masyarakat Tanah jajahan.
Ia adalah sinonim dengan disiplin orientalism, iaitu ilmu yang mengkaji ruang fizikal dan
abstrak/pemikiran masyarakat bukan barat. Orientalis ialah sekelompok ilmuan mengkaji
Islam dari sudut pandang mereka. Mereka mengkaji ‘Timur’ secara budaya bahkan ideologi,
sebagai suatu bentuk wacana dengan dokongan institusi, kosa kata, keilmuan, imajinasi,
doktrin, bahkan birokrasi kolonial dan gaya kolonial.20 Mereka mendakwa kajian itu
dilakukan demi nilai ilmiah murni tanpa ada maksud dan tujuan yang lain. Namun begitu,
pandangan metodologi orientalis mengandung pelbagai bentuk konfrontasi terhadap
kebudayaan tertentu. Ia dikonstruk khusus untuk membezakan antara kedua masyarakat tadi
tanpa mengambikkira persetujuan masyarakat timur.
Menurut Abid al-Jabiri, dalam pendekatan orientalis ada dua aspek yang perlu dikaji.
Pertama, aspek yang berkaitan dengan hubungan antara orientalis dan imperialisme.
Biasanya, hal ini kelihatannya tersembunyi, khususnya dengan konflik antara Islam dan
Kristian pada abad pertengahan. Hasilnya daripada paparan konflik ini, mereka merendahrendahkan pemikiran Islam. Hal ini agak jelas apabila pemikiran umat Islam dikatakan
sebagai pemikiran bangsa Semit yang dianggap sangat mundur. 21 Kedua, aspek yang
berkaitan dengan situasi objektif, pensejarahan dan metodologi yang diaplikasikan oleh
orientalis. Pada masa orientalisme muncul, begitu pula pemikiran Eropah mengenal
gerakan intelektual yang bertujuan melakukan reviewing (ulang kaji) sejarah kebudayaan
Eropah. Dengan tersusunnya sejarah kebudayaan Eropah ini, mereka mendakwa tentang
keuniversalan metodologi sejarah Eropah ini dan menganggap sejarah lain tidak
mempunyai peranan yang signifikan.
Proses pembangunan ilmu kolonial di kawasan Tanah Jajahan seperti Tanah Melayu
memang menjadi polisi utama kuasa penjajah British di Britain. Di Britain, pada masa itu,
projek Enlightmen dan Renaisance (program menghidupkan falsafah positivisme sekularisme) memang berpengaruh dan diterima oleh kerajaan Britain dalam dasar negara. 22
Pejabat Tanah Jajahan di London telah menetapkan dasar agar ilmu colonial diwujudkan bagi
memastikan penjajahan dapat bertahan lama. Untuk itu, mereka memerlukan korpus ilmu
khusus untuk menjayakan program ini. Atas dasar itu mereka memerlukan pakar-pakar
orientalis untuk membangun ilmu colonial ini. Pakar ini akan memberikan panduan
bagaimana ilmu colonial boleh dibangunkan. Pihak pusat perlu menerima pakai cadangan
yang diberikan oleh pakar-pakar orientalis ini23. Antara mekanisme pembentukan sarjanapentadbir kolonial;
1. Memilih kader tertentu yang mampu menguasai bahasa dan budaya masyarakat tanah
jajahan. Mereka perlu diterapkan dengan falsafah Euro- Centric dan memandang rendah
bangsa bukan barat. Mereka dilarang mengambil sikap bersimpati dengan masyarakat
tanah jajahan.24
2. IPT di barat (British dan Belanda) ditugaskan melatih kader-kader ini tentang sejarah,
bahasa, budaya dan ilmu philologi bagi menjalankan misi mendapatkan maklumt tentang
masyarakat tanah jajahan.25
3. Calon yang terpilih ini perlu menjalankan misi mendapatkan sebanyak mungkin
maklumat tentang masyarakat Tanah Jajahan untuk tujuan pentadbiran masyarakat. 26
20
Edward W Said (1985), Orientalism, Middlesex: penguin Books, h. 2.
Ibid, h. 75.
22
Samuel Wee Tien Wang (1991), British Strategic Interests In The Straits Of Malacca 1786-1819, Tesis Sarjana
Untuk Simon Fraser University.
23
Kees Groeneboer (1999), Politik Bahasa Kolonial Di Asia, Wacana, v. 1, no 2, h. 201-220.
21
6
Contohnya, hal ini memang telah dikumpulkan oleh sejarahwan Portugis, 27 Belanda28 dan
British.29
4. kader yang bertugas di tanah jajahan diwajibkan menjalankan tugas hakiki mereka
bersama dengan usaha pengumpulan data melalui beberapa langkah;30
a. Menguasai bahasa pribumi untuk membolehkan proses komunikasi dan
menjalankan program law and order di dalam masyarakat.
b. Menjalankan survey ataupun kajian tinjauan bagi mengumpulkan maklumat
mengenai kehidupan sosial, alam sekitar, etnobatani dan segala perkara yang
berkait dengan masyarakat pribumi.
c. Mengumpul maklumat statistikal melalui kaedah banci yang kemudiannya
dikategorikan mengikut pembahagian yang khusus.
d. Menyimpan pelbagai bahan dan artifak yang dikutip dari survey and banci untuk
dipamerkan kepada kalangan yang berminat.
e. Mengasaskan suatu sistem pengintipan dan perisikan yang dianggap perlu bagi
menjamin keselamatan dan kestabilan politik pemerintahan kolonial
f. Membina suatu perpustakaan historigrafi yang dicopkan sebagai hak milik
pribumi yang kemudiannya dijadikan sebagai bahan utama pengajaran kepada
masyarakat.
g. Melakukan proses kajian philology terhadap koleksi historigrafi milik orang
Melayu yang kemudiannya diterbitkan dalam pelbagai bentuk penerbitan ilmiah
untuk tujuan rujukan pentadbir dan akademik.
5. Semua bahan mentah yang terkumpul ini dianalisa dan dijadikan sebagai asas untuk
memahami dan menguasai masyarakat tanah jajahan. Terpenting lagi, banyak dasar
British di Tanah Melayu dibuat berasaskan dapatan kajian daripada bahan mentah ini.
6. Pihak Pejabat Tanah Jajahan perlu menerimapakai nasihat yang dicadangkan oleh sarjanapentadbir kolonial. Contoh yang paling jelas dalam soal ini adalah dasar mewajibkan
penggunaan bahasa penjajah di sekolah masyarakat tanah jajahan. Hal ini telah dijalankan
mengikut cadangan yang dikemukakan oleh sarjana orientalis, di Tanah Melayu dan India
serta pihak Belanda di Indonesia.31
Di Tanah Melayu, Raffles dianggap sebagai tokoh utama yang mewajibkan langkahlangkah ini dilakukan sehingga melahirkan ilmu colonial.32Secara terang-terangan kita boleh
melihat bahawa ia dibuat demi kepentingan kuasa penjajah sepenuhnya tanpa mengambikkira
kebajikan masyarakat tanah jajahan.
Merujuk kepada ilmu sains colonial, ia adalah hasil usaha sarjana-pentabdir-saintis British
dalam mencatat, mengklasifikasi dan menerapkan paradigma sains barat dalam masyarakat
24
Sivachandralingam Sundara Raja (2015), The Early British Administrators In The Malay States, 1874-1909,
Jurnal Sejarah, v. 23, no 1,h. 32-39.
25
Sudibyo (2007), Kembali Ke Filologi : Filologi Indonesia Dan Tradisi Orientalisme, Humaniora, v. 19, h.
107-118.
26
Lim Peng Han (2008), Malay Schools And School Libraries In The Straits Settlements Under British Colonial
Rule Before The Second World War, 1876-1941, dalam Malaysian Journal of Library & Information Science,
Vol.13, no.1, July 2008: 1-15.
27
Boxer, C.R. (1965), Some Portuguese Sources For Indonesian Historiography, Dalam Soedjatmoko (Eds), An
Introduction To Indonesian Historiography, New Haven : Cornell University Press.
28
Ibid
29
Barlow, H.S.(1995), Swettenham, Kuala Lumpur : Southdene Bhd, h. 1-31.
30
Shamsul Amri Baharuddin (1999), Colonial Knowledge And The Construction Of Malay And Malayness:
Exploring The Literary Component. SARI: Journal Of The Malay World And Civilization 17: 3-17.
31

32
Natalie A. Mault (2005), Java As A Western Construct : An Examnination Of Sir Stamford Raffles's History Of
Java, Tesis Sarjana Untuk Louisiana State University.
7
Melayu. Ia bukan setakat menjadi rakaman sejarah silam bahkan berupakan garis panduan
tentang bagaimana kajian sains perlu dilakukan. Bersesuaian dengan kepentingan ekonomi
British di Tanah Melayu, ilmu sains colonial ini dibahagikan kepada dua bidang utama;
perubatan dan Botani. Kedua bidang ini turut menekankan diwujudkan agensi penyelidikan
yang khusus ;33
1. Perubatan – apa yang dihasilkan oleh pusat penyelidikan perubatan (The Institute Of
Medical Research) yang diasaskan pada tahun 1900. Ia membabitkan kajian tentang
penyakit tropika dan kaedah rawatan yang sepatutnya.
2. Botani – apa yang dihasilkan melalui The Botanical Garden dan The Rubber Research
Institute. Ia membabitkan kajian tentang jenis flora dan fauna, tanaman yang
diperkenalkan dan bagaimana teknologi untuk tanaman yang lebih baik.34
Dalam proses ini, pihak British memang mendapat bantuan dan terpengaruh dengan pakar
masyarakat Melayu sendiri. Contohnya, Gimlett dan Burkill (1930) telah merujuk manuscript
Inche Ismail apabila menerangkan tentang Etnobotani; ubatan dan penyakit tropika yang ada
di Alam Melayu. Kedua sarjana ini telah menerbitkan manuscript ini dalam bahasa Inggeris
berjudul; The Medicinal Book Of Malayan Medicine. Karya ini mengandungi 543 ramuan
perubatan tradisional, 230 jenis penyakit, 1262 tumbuhan dan 376 species tumbuhan ubatan.
Daripada 543 ramuan perubatan tradisional, 74 merawat penyakit demam (typoid dan
malaria), 44 penyakit perut, 44 penyakit kulit, 39 rawatan wanita, 31 rawatan pendarahan, 22
rawatan sakit badan, 20 rawatan mata, 20 rawatan rheumatism, 19 rawatan sembelit, 15
rawatan bisul, 13 rawatan gonorrhoea, 12 rawatan tenaga batin, 12 rawatan cacing dalam
perut, 10 rawatan tulang, 9 rawatan penyakit hati, 8 rawatan leucorrhoea, 7 rawatan dada, 7
rawatan dipteria, 7 rawatan pitam, 6 rawatan haemmorhoids, 4 rawatan leprosy, orthitis,
kegilaan dan muntah-muntah.35
Sarjana British juga telah memberikan tafsiran ekonomi kepada setiap tumbuhan yang
ditemui. Beberapa orang ahli Botani British telah dihantar ke tanah Melayu, seperti Isaac
Henry Burkhill, penolong curator Herbarium Royal Botanical Garden London 1897-1899),
H,N, Ridley (Pengarah Taman Botani Singapura 1888-1911), Richard Eric Holttum
(Pengarah Taman Botani Singapura 1926-1946). Hasilnya, mereka telah menghasilkan
beberapa manuscript utama seperti The Malay Material Medica (Ridley 1894), Tree Flora Of
Malaya (Ridley 1922), The Medical Book Of Malayan Medicine (Burkhill 1930), Malay
Village Medicine (Burkhill 1930), A Dictionary Of Economic Products Of Malay Peninsula
(Burkhill 1935), Wayside Tree Of Malaya (Corners 1952) dan Plant Life In Malaya ( Holttum
1954)36
Kesemua warisan ilmu sains kolonial ini diterimapakai di Malaysia selepas merdeka
dengan sedikit penambahbaikian. Ia telah diwacanakan dan dikaji oleh pengkaji Melayu
sehingga mencetuskan kesedaran sains Islam yang berwawasan world-view Malaysia.37
33
Mohd Hazim Shah (2007), Historicising Rationality: The Transmission of Rationality and Science to the
Malay States under British Rule, dalam Asian Journal of Social Science 35, h. 216–241
34
Maklumat lengkap tentang koleksi sains botani colonial boleh dilihat dalam Jeyamalar Kathirithamby-Wells
(2009), Peninsular Malaysia In The Context Of Natural History and Colonial Science, dalam New Zealand
Journal of Asian Studies 11, 1 (June 2009): 337-374.
35

36
Ibid.
37
Lihat contohnya, Sh. Mohd Saifuddeen Bin Sh. Mohd Salleh (2012), Tipologi Interaksi Antara Agama Dan
Sains: Satu Penilaian Dan Cadangan Menurut Perspektif Islami, Tesis Ph.D Untuk Fakulti Sains Universiti
Malaya Kuala Lumpur; Ezwan Arman (2008), Science And Technology Transfer Under Colonial
Administration: A Case Study Of Agricultural Policy And Development In British Malaya (1905-1957) Tesis
8
4. Warisan Sains Kolonial : Pengajaran Dan Manafaat
Kita selalu menggunakan pendekatan nastolgia dalam melihat sejarah silam. Kita sering
mengagungkan kehebatan sejarah silam dan mempersalahkan kuasa penjajah British di atas
kejatuhan tamadun Islam. Sepatutnya kita patut belajar daripada peristiwa sejarah dengan
mengambil apa yang baik sebagai tauladan, manakala keburukan sendiri dijadikan
sempadan.
Daripada pembentukan ilmu kolonial ini amnya dan ilmu sains khususnya beberapa
perkara boleh dipelajari;
1. Sifat Dinamik Pihak British Yang Mementingkan Ilmu Dalam Membina Tamadun.
Bertepatan dengan teori budaya ilmu yang dibawa oleh Wan Mohd Nor Wan Daud,
tamadun dunia yang agung dibangunkan atas dasar budaya ilmu akan menyebabkan ianya
bertahan lama. Merujuk khusus kepada penjajahan British di Tanah Melayu, projek
kolonialisasi dapat bertahan lama, di mana sesetengah hasilnya masih kekal hingga zaman
sekarang,38 semua berpunca daripada pengamalan budaya ilmu. Hal ini dapat dilihat daripada
usaha pihak colonial mengumpul, mengklasifikasi, mengkaji, mengulas dan menerapkan
dasar yang khusus untuk masyarakat Melayu daripada bahan ilmu atau maklumat yang
terkumpul ini.
1. Sebelum mereka menjajah, mereka mempelajari masyarakat Tanah Melayu secara
mendalam. Hasilnya mereka mengetahui aspek kekuatan dan kelemahan masyarakat
Melayu. Contohnya potensi perluasan perdagangan di kawasan Pantai timur Malaya
dibuat hasil usaha pedagang tempatan39 yang bertanggungjawab mengumpul maklumat
tentang negeri Melayu dan mempengaruhi kerajaan British di India untuk campurtangan
di Tanah Melayu. Antara maklumat ini; (i) Terengganu sebagai pelabuhan core 40 yang
maju - terkenal dengan bahan ekspot emas dan lada hitam. Terengganu telah menjadi
rebutan antara pihak British dengan belanda yang memandang ianya terletak dalam
kawasan dagang yang strategik; jalan dagang antara Tanah Melayu dengan china ataupun
tempat persinggahan jalan dagang antara kawasan timur dan barat. Dalam hal ini, kapten
Joseph Jackson menulis : Terengganu adalah negeri yang kaya dan maju dan mempunyai
pelbagai jenis barangan. Orang china mempunyai penempatan yang besar dan
menjalankan perdagangan yang giat disini;41(ii) pelabuhan Terengganu dan pahang
dikatakan bersifat kosmopolitan dengan pelbagai bangsa seperti China, Arab, parsi dan
sebagainya. Urus niaga berjalan dengan baik kerana pemerintahnya Sultan Mansur
menyedari kepentingan menjalinkan hubungan dagang dengan kuasa besar (China, India
dan Tanah Arab) pada masa itu. (iii) berlaku pertukaran barangan dagang antara
Terengganu dengan British. Ianya terdiri daripada emas, timah, lada hitam, beras, senjata
api dan candu.
Ph.D Untuk Fakulti Sains Universiti Malaya Kuala Lumpur.
38
Mohd. Noor Mat Yazid (2014), Colonial Policy And The Impact To The Politico-Economy Stability After
Independence: The Case Of Indonesia Under The Dutch And Malaysia Under The British, Review of History
and Political Science , December 2014, Vol. 2, No. 3 & 4, pp. 69-84
39
Mereka terdiri daripada pedagang British di Abab ke 18 seperti Alexander Hamilton, Thomas Forrest, Francis
Light dan kapten Joseph Jackson yang pernah ke Kuala Terengganu. Lihat Sivachandralingam Sundara Raja
(2001), " Sumbangan Pedagang Negeri (Country Traders) Dalam Penulisan Sejarah Malaysia ", dalam (edit)
Mohamed Redzuan Othman, Jendela Masa : Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato' Khoo Kay Kim, Kuala
Lumpur : Penerbit UM, h. 85-88
40
istilah core dimaksudkan sebagai kawasan yang menjadi tempat perdagangan, membekal keperluan yang
sesuai kepada pelaut, membekal makanan, air dan tempat menginap serta gudang simpanan barangan dan
pasar. Ahmad Jelani Hakim ((2006), Perdagangan Dan Pekapalan Melayu Di Selat Melaka,, h. 4.
41
Sivachandralingam Sundara Raja (2001), h. 86.
9
2. semasa penjajahan berjalan mereka tetap mempelajari dengan mengumpul semua
maklumat tentang masyarakat Melayu. Ia bukan dibuat secara kosong tapi lebih praktikal
(berdasarkan data yang lebih praktikal). Contohnya, sebelum mereka ingin
memperluaskan kuasa di Pahang, mereka bergantung kepada laporan lengkap tentang
masyarakat dan potensi ekonomi di Pahang demi memastikan pelaburan mereka
mendapat pulangan yang terbaik. Terdapat beberapa orang pentadbir-kolonial yang
terlibat mengkaji, melawat dan mencatat perkembangan yang berlaku di Pahang pada
abad 18. Antaranya adalah Abdullah Munsyi, W. Linehan, W.M. Davison, R.G. Cant, W.P.
Panton, J.B. Scrivener, Frank Swethnam, R.O. Winstedt dan Moshe Yegar. kita dapat
mengetahui bagaimana reality negeri Pahang daripada paparan para kolonialis ini. Antara
maklumat ini;42
i.
kekayaan hasil bumi dan potensi ekonomi negeri Pahang yang mempunyai banyak
galian berguna seperti bijih timah, besi dan emas. Pahang dikatakan memiliki hasil
hutan yang banyak dan masih belum ditebus guna sepenuhnya. Selain daripada orang
cina dan siam, bangsa eropah belum lagi datang untuk mengambil hasil potensi
Pahang. Secara terang-terangan mereka bimbang kedatangan bangsa eropah yang lain
ke Pahang yang bakal menganggu polisi monopoli mereka di Tanah Melayu.
ii.
Maklumat terperinci tentang muka bumi Pahang yang penuh dengan hutan, bukit
gunung ganang, hasil sungai yang kaya, tanah yang subur, alam fauna dan flora yang
sangat kaya untuk dipergunakan sepenuhnya.
3. mereka bergantung pada kajian tentang masalah ketidak seragaman pentadbiran British
di NMB sebelum memutuskan untuk melakukan penambahbaikian pentadbiran di
NMB.43
Merujuk khusus kepada proses pembangunan ilmu sains colonial yang menyentuh Alam
Melayu, beberapa manafaat boleh dipelajari. Antaranya;
1. Orang barat mempunyai sifat suka merantau dan mengumpul maklumat daripada sumber
bahan kawasan Alam Melayu, yang telah melahirkan koleksi dan korpus ilmu sains
berguna tentang masyarakat Alam Melayu. Sejarah perantauan ilmiah ini terbahagi
kepada beberapa zaman dengan tren world-view khusus. Pada abad 16 -18 M, pelayar
daripada Andalusia yang sampai ke Alam Melayu telah mencatat serba serbi tentang
masyarakat Alam Melayu. Hal ini terbukti dengan wujudnya tulisan awal tentang Alam
Melayu. Ia digambarkan sebagai kawasan yang subur dan penuh dengan galian berharga.
Selepas kejatuhan Andalusia dan berlakunya perkembangan falsafah Renaissance,
catatan awal ini diperolihi oleh bangsa portugis dan sepanyol yang melancarkan
pengembaraan dakwah dan perdagangan ke Alam Melayu. Hubungan bangsa Eropah
awal ini dengan masyarakat Alam Melayu adalah agak tegang dan tiada pertembungan
budaya dan intelektual positif yang berlaku.44
2. Selain daripada pengembara kolonial ini, terdapat juga sejumlah pengembara-saintis yang
merantau ke Alam Melayu.45 Ia termasuk bangsa Jerman, Austria, Perancis, Belanda dan
British. Penjelajah awal ini juga menjalankan espedisi ilmiah apabila mereka mencatat
dan membawa pulang sample-sample botani daripada Alam Melayu ke Eropah untuk
42
Mohd Samsudin (2010), Pahang Sekitar Abad Ke 18 Menurut Pandangan Pegawai-Pegawai British, Jebat, v.
37, h. 105-121
43
Sivachandralingam Sundara Raja (2009), Charles Alma Baker’s Uneasy Role In The Expansion Of The
Malayan Economy 1890s-1910s, dalam New Zealand Journal of Asian Studies 11, 1 (June 2009): 189-207
dan....(2015) The Eraly British Administrators In The Malay State : 1874-1909, Jurnal Sejarah , v. 23, no 1.
44
Hairudin Harun (2004), Retorik Sains Dan Teknologi Di Malaysia, DBP : Kuala Lumpur, h. 71-74.
45
paparan tentang bangsa Eropah yang merantau ke Alam Melayu sejak zaman awal boleh dilihat dalam Raja
Masittah Raja Ariffin (2013), Konsep Merantau Ke Alam Melayu : Serampang Banyak Mata, International
Journal Of The Malay World And Civilization, v. 1(2), h. 115-125.
10
dibuat kajian.46 Hasil penemuan awal ini mendapat sambutan yang memungkinkan
masyarakat Eropah mengetahui tentang kemakmuran Alam Melayu. Di zaman kemudian,
maklumat tentang bahasa, masyarakat, sumber alam dan agama masyarakat Alam
Melayu menjadi rujukan baku di kalangan sarjana dan polisi maker di Eropah.
Contohnya, kamus dan buku tata bahasa Melayu yang disusun oleh Marsden, W. (1812. A
Grammar of the Malayan Language) pada masa ini mendapat sambutan hangat di
Eropah, memandangkan bahasa Melayu telah linqua franca di Alam Melayu.47
3. Pada abad 19 -20 M, pelayar British yang kebetulannya terlibat dengan world-view
revolusi intelektual di Eropah telah mula menjajah dunia Alam Melayu. British dengan
tipu muslihat dan diplomasi berjaya menjajah ruang politik dan epistemlogi masyarakat
Melayu.
Program penjajahan politik ini berjalan lancar dengan adanya pengenalan sains dan
teknologi barat. Mengikut Mohd Hazim Shah yang mengulas teori George Basalla tentang
proses pemindahan teknologi barat ke Alam Melayu, menegaskan bahawa proses penaklukan
epistemologi sains barat di Tanah Melayu berlaku dalam beberapa langkah utama.48
1. Mewujudkan sekolah untuk golongan elit Melayu, Maktab Melayu Kuala Kangsar.
Mereka mengajar tentang world-view sains barat dalam soal-soal matlamat hidup, apa
yang penting, bagaimana pengurusan serta penyelesaian masalah dan terpenting sekali
mereka menolak semua world-view, cara hidup dan paradigma pemikiran Melayu.49
2. Pegawai British menyebarkan pemikiran saintifik barat dan mendedahkan kelemahan
mentaliti Melayu yang berpegang pada agama dan budaya hidup yang bertentangan
dengan nilai kemajuan barat. Dalam soal ini, Winstedt menegaskan bahawa Malaya
adalah seperti keadaan di Britain pada zaman sebelum muncul idea renaisance yang
percaya kepada tahyul dan agama yang tidak membawa kemajuan. Mereka juga
berpendapat bahawa penjajahan British adalah untuk membawa kemajuan bagi
masyarakat Melayu. Orang Melayu dianggap seperti kanak-kanak kecil yang perlu diajar
bagi memajukan diri mereka. Disamping itu juga, mereka mendedahkan kelemahan
sistem perubatan tradisional Melayu berbanding dengan perubatan British. Mereka
menganggap doktor British bukan setakat dapat menyembuhkan penyakit bahkan ingin
bawa kemajuan kepada orang Melayu.50
3. Penubuhan pusat penyelidikan tentang penyakit tropika, getah dan perhutanan. Melalui
pusat penyelidikan ini, pihak British secara langsung telah memperkenalkan konsep sains
dan paradigm penyelidikan barat. Hal ini telah memajukan program penyelidikan sains
moden yang terkini di Malaysia. 51 Walaupun diakui pengetahuan sarjana Melayu tradisi
memang ada canggih dalam isu perubatan ini52, tetapi perbincangan tentang kaedah
46

47
Hashim musa (2014), Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan
Ilmu, Sains dan Teknologi di Rantau Ini. International Journal of The Malay World and Civilization, 2 (2)
48

Malay States under British Rule, dalam Asian Journal of Social Science 35, op.cit.
49
Naoki, Soda. 2001. “Th e Malay World in Textbooks: Th e Transmission of Colonial Knowledge
in British Malaya”. Southeast Asian Studies, 39(2): 188–234.
50
Danielle Falconer (2015), British Implementation of Western Medicine in Malaysia and the Malaysian
Reaction, dalam The Forum Journal Of History, v. 7, h. 43-58.
51
Choon-Lee Chai (2008), Science and Modernity: Modern Medical Knowledge and Societal Rationalization in
Malaysia, tesis Ph.D untuk Department of Sociology University of Saskatchewan, khususnya dalam bab 4-6.
52
Mohd Koharuddin Mohd Balwi (2003), Ketamadunan Melayu Dan Sains: Satu Analisis Awal Ke Atas
Pencapaian Masyarakat Melayu Dalam Bidang Sains, Jurnal Teknologi, 39(E) Dis. 2003: 47–61
11
penyelidikan lanjutan bagi memajukan bidang perubatan ini menang agak langka sekali. 53
Hal ini memang boleh dimanafaatkan sepenuhnya oleh sarjana Melayu selepas merdeka.54
2. Pihak British Telah Melakukan Proses Preservasi Artifak Dan Manuskript Melayu.
Merujuk khusus pada manuskrip Islam, termasuk dalam bidang sains Melayu tradisi,
memang banyak sekali manuskript Islam telahpun rosak kerana tanpa penjagaan rapi.
Contohnya boleh dilihat kepada koleksi manuskript Tanah Abe di Aceh yang telah musnah
dan rosak teruk kerana faktor cuaca persekitaran. Iklim panas lembab menyebabkan berlaku
proses pereputan, di samping lahirnya anai-anai yang merosakkan manuskript ini. Hal ini
tidak akan berterusan andainya manuskript Islam ini diletakkan di bawah kelolaan
perpusatakan moden seperti Perpustakaan Nasional Indonesia, perpustakaan negara, British
muzuim, Public Office dan Leiden. Dalam perkembangan terkini, manuskript berharga ini
telah dijadikan dalam bentuk digital yang mampu dijaga dan diaseskan oleh semua lapisan
Masyarakat.
Atas dasar itu, usaha pihak kolonial seperti British dan belanda ini boleh dianggap
sebagai penyelamat kerana berjaya menyelamatkan bahan-bahan ini terus musnah. Pihak
colonial memang menghargai manuskrip Melayu dan menaruh perhatian terhadap
pengumpulan dan penyalinannya. Pihak Belanda di Indonesia sejak tahun 1819 telah
mewujudkan General Sekretariat bagi tujuan pengumpulan dan penyalinan ini. Malah orang
perseorangan daripada pihak British dan Belanda mempunyai inisiatif sendiri untuk tujuan
pengumpulan dan menyalinnya dengan bantuan jurutulis. Misalnya Raffles mempunyai
jurutulis khusus untuk tujuan ini. Hasil yang dikumpul ini dibawa pulang ke Eropah.55
3. Proses Pengumpulan Dan Pengklasifikasi Bahan Tentang Tanah Melayu
Proses pengumpulan dan pengklasifikasi bahan ini dalam bentuk record dan historigrafi
Tanah Melayu, termasuk dalam bidang sains Melayu tradisi memang dilakukan di British
Muzuim. Ia menjadi bahan kajian lanjutan oleh pengkaji barat dan Islam selepas merdeka.
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa teknik dan kaedah presivasi dan klasifikasi ini telah
dipelajari oleh masyarakat bekas tanah jajahan dengan barat.
Pusat kajian orientalis yang bernaung di bawah beberapa IPT terkenal di barat memang
cukup prolific sekali di dalam melahirkan kajian kritikal terhadap subjek Melayu dan Islam.
Ini kerana mereka memiliki ases kepada sumber historigrafi masyarakat Tanah jajahan seperti
mana terdapat di British Muzium dan Leiden.
Berasaskan kepada fakta ini, kita terpaksa menggunakan pendekatan yang lebih adil,
terbuka dan selektif di dalam menilai genre orientalisme khususnya yang berkaitan dengan
sejarah tamadun Islam di Alam Melayu. Maknanya, kaedah penilaian yang agak berbeza
perlu diambik, berbeza dengan pendekatan anti melulu terhadap dunia barat yang biasanya
dipakai oleh sarjana Islam semasa. Mengikut hemat penulis, paradigma ini memang
mempunyai justifikasinya dalam sejarah tamadun keilmuan Islam sendiri. Hal ini ditegaskan
dengan cukup tuntas oleh Wan Mohd Nor Wan Daud yang apabila meneliti tentang sikap
yang terlalu negatif terhadap genre orientalisme, telah menegaskan bahawa terdapat sejumlah
53
Siti Nor Azhani Mohd Tohar (2011), Acceptance Of Kuala Lumpur Malay’s Residents Towards Rukyah
(Incantation), Dalam Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 19 (2): 305 – 317.
54
Nurdeng Deuraseh (2011), Rukyah (Jampi) dalam Perubatan Tradisional Melayu sebagai Rawatan Penyakit,
Pencegahan, Pendinding Diri dan Harta: Kehebatan dan Sumbangan Ilmuwan Nusantara, dalam Prosiding
Nadwah Ulama Nusantara (Nun) Iv: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi
Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat
Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin © Jabatan
Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor,
h. 383-391.
55
Abu Hassan Sham (1995), “ Langkah-Langkah Memasyarakatkan Manuskrip Melayu “ Dalam Seminar
Antarabangsa Manuskrip Melayu Pada 3-4hb Oktober 1995, Kuala Lumpur : PNM, h. 3
12
besar dari sarjana Islam sendiri yang telah dijangkiti penyakit Westophobia, sikap takut dan
benci yang tidak rasional terhadap barat. Pada dasarnya, penyakit ini adalah serpihan
daripada penyakit akal, Xenophobia yang menyebabkan penghidapnya sentiasa takut kepada
unsur-unsur luar.56
5. Respon Sarjana Malaysia Terhadap Ilmu Sains Colonial.
Dewasa ini, perjuangan menegakkan usaha pelestarian Islam dalam masyarakat
dikatakan boleh dibuat melalui beberapa cara; terlibat dalam sistem pemerintahan,
pendidikan dan NGO. Sarjana Islam bersepakat bahawa peranan NGO Islam amat diperlukan
bagi memperjuangkan sesuatu gagasan tertentu.
Peranan NGO ini yang ditubuhkan atas tujuan tertentu dan dianggotai oleh sejumlah
besar pakar ilmu (Intellectual Circle) memang mmpunyai sejarah yang panjang dalam
memperkembangkan keilmuan Islam dalam pelbagai falsafah yang tersendiri. Di zaman
klasik, walaupun ianya bukan bernama NGO tetapi intipati utama perjuangan intellectual
circle ini memang menyamai konsep NGO di zaman moden ini.
Di Malaysia, gagasan Islamisasi ilmu telah melahirkan beberapa NGO khusus.
Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dan tersebarnya gelombang kebangkitan semula
Islam di tahun-tahun 1970-2000an, telah muncul intellectual circle saintis Melayu-Islam yang
bernaung di bawah ASASI. Kebanyakan mereka terdiri daripada kakitangan akademik
Melayu yang mendapat didikan daripada universiti di Barat, tetapi kuat terpengaruh dengan
idealism Islam.57
Kita boleh mengenalpasti beberapa peranan ASASI ini dalam memperjuangkan
konsep sains Islam. Antaranya;
Pertama, pendedahan tentang dasar negative yang dibawa oleh pihak colonial di
Tanah Melayu. Ianya terdiri dari;
1. Penjajah British telah menjalankan dasar penjajahan yang sangat buruk seperti tipu
muslihat, monopoli dan penindasan dalam mengembangkan kuasa di Alam Melayu. Hal
ini jauh berbeza dengan bentuk interaksi yang berlaku di antara pelbagai bangsa di Alam
Melayu sebelumnya. Bagi ASASI, era ini dianggap sebagai globalisasi gelombang kedua
berlaku dengan kedatangan pelbagai kuasa penjajah barat yang bersifat menindas
(contohnya pihak barat membahagikan dunia kepada dunia dan kawasan tanah jajahan,
wujudnya perniagaan hamba, rosaknya demografi penduduk pribumi dengan datangnya
bangsa imigran asing dan lahirnya ilmu orientalis yang sebar idea kelemahan bangsa
dijajah yang kekal sehingga pada masa sekarang.
2. Penjajah British berusaha menghapuskan potensi Islam daripada;
a. memperkenalkan konsep nation state berasaskan semangat asabiyah sempit
kepada sesuatu negeri dan kawasan yang tertentu mengantikan semangat
perpaduan ummah Islam.58 Dasar ini lebih merupakan usaha untuk memecah
belahkan perpaduan umat Melayu di rantau ini agar ianya tidak menjadi ancaman
kepada kuasa penjajah barat.59 Contohnya, penjajah British dan Belanda begitu
56
Kata pengantar Wan Mohd Nor Wan Daud di dalam buku Syed Muhammad Dawilah al-Edrus (1999),
Epistemologi Islam : Teori Ilmu Dalam Al-Quran, Kuala Lumpur : DBP, h. xv.
57
Mohamad Abu Bakar (2001), “Pengaruh Luar Dan Pengislaman Dalam Negeri : United Kingdom Dan Eire
Dalam Kebangkitan Semula Islam Di Malaysia”, dalam Mohammad Redzuan Othman (ed.), Jendela Masa :
Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato’ Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, h. 407410.
58
Abdul Rahman Embong (2000), Negara-Bangsa : Proses Dan Perbahasan, Bangi, h. 34-43.
59
Muhammad Abu Bakar (1990), “ Dari Pusat Ke Penggiran : Masa Kini Dan Masa Depan Pondok Di Malaysia
“,Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil 1, h. 17-18.
13
bimbangkan peranan institusi haji60 dan pendidikan Islam di timur tengah, yang
dimaklumi oleh mereka menjadi pengerak utama kepada jalinan ukhuwah Islam di
rantau Alam Melayu.
b. penerapan proses sekularisme di dalam masyarakat Melayu dan memperkenalkan
sistem pendidikan barat.61 Apa yang jelasnya kita boleh melihat bahawa sebab
utama berlakunya jalinan perpaduan umat Melayu Islam serantau di Alam Melayu
adalah kerana faktor Islam dan ilmu pengetahuan. Jadi, dalam soal ini, pihak
British secara halus cuba menghapuskan institusi pengajian Islam tradisional
berasaskan pengetahuan Islam dan tulisan jawi. 62 Kedua-duanya telah dijadikan
sasaran utama yang ditonjolkan kepada masyarakat Melayu sebagai ketinggalan
zaman, tidak mempunyai nilai-nilai komersial dan menyekat semangat intelektual
moden.63Sebagai gantinya, penjajah British telah memperkenalkan sistem
pensekolahan British berteraskan pemberian pengetahuan am yang amat terhad
64
dan bersifat perkauman untuk ketiga etnik kaum yang terdapat di Tanah
Melayu.65 Pihak British telah menerapkan di dalam mata pelajaran yang diajarkan
bahawa mereka sebagai hero, penyelamat kepada orang Melayu 66 dan ambassador
of civilization67 untuk masyarakat di Alam Melayu.
3. Dasar penjajah telah meninggalkan kesan epistemologi negatif yang kekal sehingga
selepas Malaysia merdeka. Kesan ini antaranya;
1. Seandainya kemajuan dan pembangunan mahu dilaksanakan, negara bekas Tanah
Jajahan(negara sedang membangun) perlu menjalankan sistem barat yang bernuansa
fahaman sekular dalam segenap segi kehidupan.68
2. Semua sistem yang bertentangan dengan pandangan alam barat seperti sistem
Melayu-Islam akan dianggap sebagai ketinggalan zaman dan hanya mementingkan
suatu etnik tertentu semata-mata.
3. memperkenalkan kerangka pemikiran sekularisme dalam pemikiran masyarakat
Melayu. Ianya terdiri daripada;
a. Pengosongan alam tabii dan akal insani daripada unsur ketuhanan – manusia
bebas melakukan sesuatu program pembangunan tanpa mempedulikan kuasa
tuhan.
b. Penafian terhadap kekuasaan politik yang berdasarkan sumber agama.
c. Pengenalan sistem penilaian nisbi/relatif terhadap agama; manusia bebas
menentukan masa depannya sendiri.
60
Syed Muhd Khairudin Al-Junied (2005), Western Images Of Meccan Pilgrims In The Dutch East Indies,
1800-1900, SARI, 23, h. 105-122.
61
Mehmet Ozay (2011), A Revisiting Cultural Transformation : Education System In Malaya During The
Colonial Era, World Journal Of Islamic History And Civilization, v. 1 (1), h. 37-48
62
Siddiq Fadhil (1995), “ Tulisan Jawi : Plestarian Dan Pendaulatannya Di Alam Melayu “, Seminar Tulisan
Jawi 1995, Kuala Lumpur, h. 6.
63

“, dalam Jurnal pendidikan Islam, v. 3, bil 1, h. 10-12.
64
Shamsul Amri Baharuddin (1983), “ Perancangan Pembangunan Negara Selepas Merdeka 1957-1975 :
Tinjauan Sejarah Perkembangan Sosio-Ekonomi Malaysia “, dalam Malaysia : Sejarah Dan Proses
Pembangunan, Kuala Lumpur, h. 337-339.
65
Abdul Shukor Ariffin dan Hasan haji Ali (1983), “ Pergolakan Dasar Ekonomi Negara Sebelum Dan Selepas
1969 “, dalam Malaysia : Sejarah Dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur, h. 307-308.
66
R.O. Winstedt (1934), “ A History of Perak “, dalam JMBRAS, 12(1), 1934, h. 73.
67
F. Swettenham (1893), About Perak, Singapore, h. 5 dan 9.
68
Mohd Hazim Shah Abdul Murad (2005), “ Epistemology Colonial : Satu Analisistem Cirri Dan Kesannya “,
Dalam (Edit) Mohamad Daud Mohamad, Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu, DBP : Kuala Lumpur,
h. 91-92
14
d. Penurunan taraf ilmu agama, berbanding dengan ilmu bukan agama – tumpuan
lebih diberi kepada ilmu bukan agama yang kononnya boleh membawa kemajuan.
e. Penakrifan konsep kebenaran yang keliru dan mengikut paradigma sekularisme.
Kedua, kritikan dibuat terhadap konsep sains Barat. Butiran kritikan ini merangkumi;
1. Masyarakat Melayu seolah-olah tertipu apabila menganggap sains Barat berfahaman
sekular yang berasaskan logico positivisme sebagai paling benar dan universal
pengunaannya. Sedangkan konsep sains Barat ini sebenarnya dikritik hebat oleh golongan
saintis Barat di Eropah sendiri.69
2. Sains Barat yang diagung-agungkan sebenarnya sains yang paling muda usianya
berbanding dengan ilmu sains yang berteraskan ciri tempatan dan ada hubungan dengan
tuhan.70 Di Alam Melayu sendiri sebelum kedatangan penjajah Barat telahpun ada
warisan sains melayu yang agak cemerlang (seperti meriam Melayu yang dilaporkan
lebih hebat daripada meriam Portugis, kapal Melayu lebih kukuh daripada kapal Eropah).
Memang ada manuskrip melayu yang mengandungi semua maklumat sains Melayu ini.71
Ketiga, Intellectual circle Melayu semasa seperti GAPENA dan ASASI secara kuat
memperjuangkan tentang kemampuan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmu untuk
pengembangan ilmu sains. Mereka secara terang-terangan mencabar dakwaan bahawa bahasa
Melayu tidak mampu digunakan untuk membangunkan pengetahuan bertaraf tinggi seperti
konsep sains Islam.
Keempat, ASASI memperjuangkan gagasan Pemeribumian sains Melayu-Islam.
Mengikut Osman Bakar, status negara Malaysia yang maju hanya akan dapat dicapai apabila
masyarakat Melayu membangunkan kaedah sainsnya sendiri, di mana sains Barat diterima
dan ditapis secara selektif dengan sains Melayu-Islam. Dengan cara ini, masyarakat Melayu
akan mempunyai kekuatan dari segi peralatan, bahkan juga pemikiran. 72 Sebelum kedatangan
kuasa penjajah, masyarakat Melayu telahpun mempunyai pengetahuan dari segi sains dan
teknologi. Antaranya dalam bidang astronomi, astrologi, kosmogeni, matematik, perubatan,
fizik dan sains hayat.
Shaharir Mohamad Zin menyebut ada 124 manuskrip dalam sains teknologi di Malaysia;
36 bidang sains hayat, 9 bidang astronomi, 70 bidang perubatan, 4 bidang sains fizik dan 5
bidang teknologi. Bahkan dalam sastera klasik seperti Malim Demam, Awang Sulung Merah
Muda dan sebagainya juga mempunyai maklumat sains dan teknologi.73
Gagasan Pemeribumian sains Melayu-Islam berasaskan kepada beberapa premis;
1. Pemikiran Melayu mampu menyumbang kepada kajian sains - berasaskan penggunaan
logik, memberikan takrif dan kaedah deduktif kepada pengubatan Melayu – hasil kajian
terhadap kitab al-Tibb Melayu.74
2. Memang telah wujud amalan sains Melayu dalam acuannya sendiri, terbukti dengan
wujudnya sains perubatan Melayu ( mss1292 ada mengemukakan 694 kaedah rawatan; 70
69
Mohd Hazim Shah Abdul Murad (2005), “Epistemology Colonial : Satu Analisis Cirri Dan Kesannya”, dalam
Mohamad Daud Mohamad (ed.), Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu, DBP : Kuala Lumpur, h. 91-94.
70
Abdul Rahman Abdullah (2010), Wacana Falsafah Sains : Sejarah Dan Pemikiran, Pulau Pinang : IESDEV
USM.
71
Shaharir Mohamad Zin (2003), “Sains Dan Teknologi Melayu Sebelum Penjajahan Eropah”, dalam Melayu :
Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, v. 1, bil. 2, h. 157-203.
72
Osman Bakar (1989), “Perkembangan Penting Dalam Pemikiran Sains Masa Kini : Satu Tinjauan Umum”,
dalam Osman Bakar (ed.), Islam Dan Pemikiran Sains Masa Kini, Kuala Lumpur : ASASI, h. 10.
73

74
Roziah Binti Sidek (2010), “Sains Peribumi Di Malaysia : Satu Kajian Mengenai Khazanah Lama Sains
Dalam Bentuk Manuskrip MSS1292 Kitab Tibb”, Tesis Ph.D Untuk APIUM dan Fakulti Sains UM, h. 189-195.
15
3.
4.
5.
6.
7.
kaedah rawatan kepala, 3 untuk muka,78 rawatan untuk mata, 17 untuk telinga, 15 untuk
hidung, 9 untuk mulut dan gig