Sejarah Politik Masyarakat Melayu Islam

Sejarah Politik Masyarakat Melayu Islam Patani di Selatan Thai Pasca Revolusi Thai 1932

oleh Hamdan Mohd. Salleh

Abstrak

Kertas Kerja ini mengkhusus kepada perbincangan kemunculan politik Islah di kalangan masyarakat Melayu Patani di Selatan Thai terutama era pasca revolusi 1932 dimana kesedaran berpolitik dalam tahap yang amat tinggi. Masyarakat Islam Patani melibatkan diri dalam kegiatan politik di pelbagai peringkat yang merangkumi pelbagai bentuk pertubuhan, persatuan demonstrasi dan tuntutan terhadap Kerajaan Thai. Ledakan ini turut dipengaruhi oleh kemunculan politik Islah. Tumpuan turut diberi kepada peranan yang dimainkan orang seorang ulama’ bernama Haji Sulong. Peranan yang beliau mainkan begitu besar hingga mampu menyatukan masyarakat dalam satu wadah sahsiah berteraskan Islam.

Latarbelakang Pembaharuan Islam di Nusantara

Tumpuan kebanyakkan kajian berkenaan dengan pemikiran Islah di Nusantara lebih banyak tertumpu di Malaysia dan Indonesia. Tidak banyak kajian dibuat berkenaan dengan perkembangannya di Selatan Thai. Gerakan pembaharuan yang berlaku di Nusantara dipengaruhi oleh dua aliran iaitu dari India dan Asia Barat. Aliran Asia Barat menampilkan fahaman Islah yang bersumberkan pemikiran tokoh-tokoh pembaharu atau tajdid seperti Ibnu Taymiyyah, Muhammad bin Abdul Wahab, Jamal al- Din al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Ridha. Manakala, aliran India lebih tertumpu sumber pemikiran Shah Waliullah al-Dahlawiyy. Walaubagaimanapun, aliran Asia Barat atau Timur Tengah ini lebih besar pengaruhnya kerana ia telah dikembangkan dengan gigih oleh graduan-graduan Timur Tengah terutama dari Mesir dan Makkah. Tokoh-tokoh yang terkenal adalah Syeikh Tahir Jalaluddin, Saiyid Syeikh al-Hadi dan Syaikh Abu Bakar al-Asha’ari.

Gerakan Islah ini telah berjaya memajukan daya fikir masyarakat Islam melalui konsep anjuran Ijtihad dan penolakan taqlid. Umat Islam diseru bersikap lebih kritis, meninjau semula pemahaman dan amalan agama serta kembali kepada asas al-Quran dan Sunnah Rasul. Jesteru itu, gerakan ini telah berjaya memberi satu nafas baru kepada bidang pendidikan umat Islam. Ini kenali sebagai Islah Dirasi yang mempelopori sistem persekolahan agama. Sistem sekolah agama ini terus menjadi satu alternatif kepada sistem pondok yang dilihat kurang bertenaga dalam menghadapi cabaran Ummah. Reformasi pendidikan dilakukan termasuk memperkenalkan satu sistem kurikulum yang menarik dan lebih pelbagai dan merangkumi matapelajaran agama dan akademik. Satu perkara yang menarik adalah penggalakkan pembelajaran bahas Inggeris , sesuatu yang selama ini ditentang oleh sistem pondok yang menganggap ia merupakan pelajaran orang kafir.

Selain itu, kesedaran turut diberi tentang kejatuhan dan kemerosotan Islam, sebab- musababnya serta saranan penyelesaiannya. Seruan-seruan ini telah mendorong orang Melayu untuk bergiat secara individu dan menubuhkan badan-badan kebajikan yang kemudiannya meningkat kepada tertubuhnya penubuhan badan-badan politik yang memperjuangkan kemerdekaan. Menjelang dekad pertama kurun ke 20. Gerakan reformasi Islam telah sampai ke Tanah Melayu. Gerakan ini dipelopori melalui gerakan oleh Muhammad Abduh dan Jamal al-Din al-Afghani.

Pada masa itu juga, ramai orang Melayu yang telah pergi ke luar negeri, terutamanya ke Timur Tengah untuk mempelajari agama Islam. Terdapat juga mereka yang keluar negeri untuk menunaikan fardhu haji. Perkembangan reformis di Timur Tengah itu telah memengaruhi kedua-dua Pada masa itu juga, ramai orang Melayu yang telah pergi ke luar negeri, terutamanya ke Timur Tengah untuk mempelajari agama Islam. Terdapat juga mereka yang keluar negeri untuk menunaikan fardhu haji. Perkembangan reformis di Timur Tengah itu telah memengaruhi kedua-dua

Perkembangan di Timur Tengah merupakan sumber ilham bagi pertumbuhan kesedaran yang semain meresapi masyarakat Melayu. Keadaan ini telah dipelopori oleh penuntut-penuntut Melayu yang telah pergi ke Timur Tengah seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Saiyid Syeikh al-Hadi dan Syeikh Muhammad Salim al-Kalali. Mereka berusaha menyatupadukan masyarakat Melayu berdasarkan identiti agama Islam.

Idea Pan-Islamisma ini telah mempengaruhi pemikiran pelajar-pelajar Melayu di Universiti al-Azhar, Mesir. Apabila mereka tamat pengajian dan kembali ke tanahair, golongan inilah yang memulakan gerakan Islah. Pemimpin-pemimpin utama ketika itu terdiri dari Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Mereka telah memulakan penerbitan majalah al-Manar serta menyebarkan ide-ide Muhammad Abduh menerusi akhbar al-Imam. 2

Al-Imam tampak mengikut langkah majalah al-Manar yang mendapat sumbangan lidah pengarang dari majalah al-Qurwatul al-Wusta terbitan Jamalussin al-Afghani di Paris. Al-Imam mengemukakan betapa pentingnya pendidkan, pelajaran dan ilmu pengetahuan dan dalam masa yang

sama menyeru umat Islam membuang budaya kolot dan fanatik 3 . Dalam masa yang sama ia turut menyeru umat Islam bersatu dan membangunkan kebudayaan Islam di seluruh alam.

‘Seruan Azhar’ dan ‘Pilihan Timoer’ turut diterbitkan dan majalah ‘Seruan Azhar’ tahun 1927 mendesak penduduk Tanah Melayu menjadi lebih berani dan tidak membiarkan Inggeris menentukan masa depan mereka. Satu tuntutan penduduk Tanah Melayu diberi kebebasan bercakap turut diminta dan menyeru supaya diadakan pemberontakkan jika ia tidak ditunaikan. Majalah ini nampak bebas kerana ia diterbitkan di luar yang jauh dari kawalan Inggeris. 4

“They dealt freely with forbidden topics of nationalism and politics of the Middle East 5 .” Syed Sheikh al-Hadi menerbitkan majalah al-Ikhwan di Pulau Pinang pada tahun 1925 yang

banyak memuatkan perjuangan Kaum Muda dalam isu agama dan sosial. Menerusi majalah inilah Sheikh Tahir Jalaluddin mengemukakan pendapat bahawa umat Islam di Tanah Melayu lemah dalam

pentadbiran agama hingga menyebabkan Inggeris begitu mudah mengambil kesempatan 6 . Beliau turut mengkritik pendidikan agama yang dikendalikan oleh tokoh-tokoh agama ketika itu yang dianggap ketinggalan zaman. Syed Sheikh al-Hadi turut memulakan gerakan Kaum Muda menerusi al-Imam tersebut. Matlamat utama ialah untuk memajukan orang-orang Melayu dan kembali kepada al-Quran dan Hadith. Kaum Muda juga ingin membebaskan Islam dari kepercayaan lama yang membantutkan kemajuan. Mereka menyeru orang Melayu menggunakan akal fikiran dalam amalan agama. Kemunduran ekonomi hanya boleh diperbaiki menerusi pengamalan Islam yang sebenar. Beliau pernah menegur oramg Melayu yang tidak menggunakan kesempatan kemajuan yang dibawa oleh

British untuk kepentingan diri 7 . Beliau menyatakan :

“The signs of prosperity and wealth have manifested themselves because of the fair rule of the British Government , which has attracted money from European nations; banks have been opened here

(Malaya) to serve the public; the foreigners have used them …. 8 ”

Sejarah Awal Perkembangan Politik Islam Di Patani

Semenjak kedatangan Islam, al-Quran telah menjadi asas pengajian yang dilalui oleh setiap anggota masyarakat Melayu Patani. Ia menjadi pemangkin kepada kemunculan guru-guru agama dan tuan- tuan guru yang mengajar al-Quran di seluruh pelusuk selatan Thai ini. Seterusnya sistem pondok

muncul dan menjadi institusi pendidikan terpenting di Patani. 9 Sistem yang diinstitusikan di Patani ini telah melahirkan para ulama terbilang di Nusantara seperti Ahmad bin Muhammad Zain al- Fatani, 10 Daud al-Fatani dan ramai lagi yang begitu masyhur hingga ke timur Tengah. 11 Mereka inilah yang meletakkan asas perkembangan ilmu dan kesarjanaan Islam. 12 Abdul Latif Hamidong menjelaskan :

“Cukup banyak ulama yang berasal dari Petani (sic) yang dikenali di Asia Tenggara dan banyak pula kitab agama yang mereka tulis baik bahasa Melayu mahupun dalam bahasa Arab….Ulama-ulama tersebut, bukan sahaja dikenali di rantau ini tetapi juga dikenali dan diakui kealimannya di negara Arab, sehingga sebahagian daripada mereka diberi kesempatan untuk mengajar di Masjidil Haram, Makkah” 13

Dari segi sejarah dan politik, konflik antara kerajaan Thai dan wilayah-wilayah selatan bermula seawal akhir kurun ke-16. Terdapat ahli akademik yang berpendapat yang konflik ini pada mulanya lebih berasaskan politik kebangsaan dan bukan berasaskan agama. 14 Namun kembalinya para penuntut dari Timur Tengah telah memperbaharui corak perjuangan dan pemikiran berunsurkan Islam.

Terdapat sejumlah besar masyarakat Melayu Patani yang bertaraf penduduk tetap di Arab Saudi terutama di Makkah dan Jeddah. Kebanyakkan daripada mereka mendapat status kewarganegaraan Arab Saudi. Walaubagaimanapun, hampir kesemua mereka masih mengekalkan tali persaudaraan dengan kaum keluarga di Malaysia dan Selatan Thai. 15

Idea politik Islam di Selatan Thai telah disemarakkan oleh ulama terkemuka Patani terutama Syeikh Wan Ahmad bin Ahmad Wan Muhammad Zain bin Wan Mustafa al-Malayuwi al-Fatani. 16 Ketokohan ulama Melayu ini terbukti apabila diberi amanah untuk memeriksa dan mengabsahkan buku-buku agama yang diterbitkan oleh syarikat penerbit terkemuka, Mustafa al-babi al-Halabi demi

untuk menjamin kesahihan dan kesempurnaan buku-buku tersebut. 17 Syeikh Ahmad turut diiktiraf oleh kerajaan Turki Uthamaniyah di mana beliau diberi tanggungjawab oleh sultan Abdul Hamid II bagi menyelia percetakan Melayu, al-Matbaan al-Miriyyah al-Kainah pada tahun 1884. Beliau juga merupakan seorang penulis yang politik dan telah menghasilkan 160 buah buku pelbagai bidang

dalam bahasa Melayu dan Arab. 18 Penulisan beliau bukan sahaja merangkumi ibadah asas, malah turut merangkumi perubatan, sejarah dan politik. 19

Beliau boleh dianggap tokoh pelopor Islam yang berteraskan pembaharuan. 20 Sebagai seorang ulama dan pejuang yang mengambil berat terhadap nasib bangsa Melayu, beliau merupakan seorang yang anti-penjajah dan menyokong kerajaan Turki Uthmaniyah yang bagi beliau merupakan

pemimpin umat Islam. 21 Beliau telah menentang rundingan Inggeris dan Thai di mana Kelantan akan ditadbir oleh Inggeris. Syeikh Wan Ahmad telah menadi orang tengah sewaktu satu usaha yang dijalankan untuk meletakkan Kelantan di bawah tadbiran Turki Uthmaniyah. 22 Syeikh Wan Ahmad turut bertanggungjawab membetulkan sebutan Patani dalam tulisan jawi iaitu menukarkan huruf (ت) kepada huruf (ط) sempena perkataan ‘watan’ atau tanahair. Hingga hari ini nama Patani ditulis sebagaI (ﻲﻧﺎﻄﻓ). 23

Dalam pada itu, masyarakat Melayu Patani yang datang ke Arab Saudi dan tidak tinggal secara tetap boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, golongan yang datang untuk melanjutkan pelajaran dan golongan yang datang untuk menunaikan fardhu haji. Graduan-graduan dari sekolah pondok dan mempunyai pelajaran asas dalam ilmu-ilmu Islam seperti tajwid, nahu, fiqah dan tasawwuf perlu melengkapkan pengajian mereka di Timur Tengah. 24

Para pelajar menyambung pelajaran mereka di pelbagai institusi dan universiti di Timur Tengah memilih untuk belajar di Makkah, Jeddah, Riyadh dan Kaherah. 25 Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan para pelajar Melayu Patani di Timur Tengah aktif berpolitik dan bersimpati dengan gerakan-gerakan pemisah di Selatan Thai. 26 Dalam kurun ke-19, pelajar Melayu Patani hampir kesemuanya memilih kota Makkah untuk menyambung pelajaran. Namun, menjelang 1920-an, terdapat pelajar yang memilih Universiti al-Azhar di Kaherah. 27

Seperti yang berlaku di Tanah Melayu, penentangan awal dimulakan oleh golongan diraja dan pembesar yang kehilangan hak tradisi mereka. 28 Perasaan cinta dan taat setia kepada tanahair serta ingin membebaskan daripada penjajahan disebut sebagai semangat kebangsaan. Kesedaran

Kebangsaan ini ialah kesedaran yang merentasi kampung, daerah dan negeri. Dalam konteks masyarakat Melayu Patani, mereka amat sedar bahawa mereka berada di belenggu penjajahan kerajaan Thai. Tentangan-tentangan berdarah gagal menghalau Thai dari wilayah Selatan. Orang Melayu menajdi semakin mundur dalam semua segi hingga memerlukan perlukanya reformasi berperingkat dari semua segi. Boleh dikatakan apabila pihak Thai memaksa Raja Patani menandatangani secara paksa pada tahun 1902, penentangan hebat kembali muncul sebagai kesinambuangan persejarahan silam. 29

Kesan Revolusi 1932 ini menyaksikan Islam muncul sebagai pemangkin dalam pembentukkan siyasi dan semangat kebangsaan orang Melayu Patani. Jika disorot pengaruh Islah di Selatan Thailand, kita perlu membandingkan dengan apa yang berlaku di Tanah Melayu umpamanya. Perubahan-perubahan social dan ekonomi akibat dari perluasan kuasa British di Tanah dalam kurun ke 19 dan awal kurun ke 20 telah mempengaruhi perkembangan politik orang Melayu secara keseluruhan dan sekaligus turut mempengaruhi orang Melayu di Selatan Thailand.

Perkembangan pemikiran politik di kalangan masyarakat Melayu Patani timbul serentak dengan kebangkitan tahap keagamaan dan perjuangan menetang penjajahan di Tanah Melayu dan Indonesia. Ia jelas dipengaruhi oleh perunahan yang disalurkan oleh masyarakat Islam di Timur Tengah. Pengaruh dari rantau ini telah memberi impak kepada pemikiran masyarakat Melayu yang mula sedar tentang kemunduran mereka dari sapek sosio-ekonomi berbanding dengan kaum-kaum lain. Penjajahan turut menjadi isu di mana diterapkan kepentingan Islam perlu dipertahankan

kedaulatannya. 30 Kesedaran ini selaras dengan kemunculan pemimpin-pemimpin berpendidikan Timur Tengah, Melayu dan Barat yang cuba menyatukan orang-orang Melayu dan mangusir penjajah. 31

Idea-idea politik Islam mula menular dalam asas pemikiran penuntut yang datang dari wilayah-wilayah Selatan. Sumber sejarah menerangkan bahawa perkembangan idea ini muncul sekitar tahun 1927 terutama di bahagian Selatan Atas. 32 Gerakan ini dikenali sebagai Pergerakan Sunnah atau Khana Mai yamg membawa maksud Kaum Muda. Ia dikatakan mula bertapak di Nakorn Sri Tammarat pada awal 1930-an dengan kedatangan Abdullah Amini diari Indonesia pada tahun

1927. 33 Beliau menjadikan Bandar Nakorn sebagai tapak penyebaran pengajian Islam yang berteraskan Sunnah. Gaya dan pendekatan beliau yang berbeza telah menarik perhatian penduduk tempatan. Namun, kehadiran beliau telah mendapat tentangan golongan ulama’ tradisional. Walaubagaimanapun, kedatangan Abdul Latif dan Ahmad Lutfi dari Indonesia telah mengukuhkan semula perjuangan beliau. 34

Sementara itu, gerakan Kaum Muda turut muncul di Pathalung. Ismail Ahmad al-Nadawa yang kembali dari India pada tahun 1935 telah membawa idea-idea dari sana. Beliau telah mengasaskan Madrasah Ansor Sunnah di daerah Pak Payun. Madrasah ini dikatakan anrara madrasah

yang pertama yang menggunakan pendekatana Sunnah. 35 Ia menyambung kesinambungan Madrasah al-Ma’arif al-Wataniah yang diasaskan oleh Haji Sulong. Pada tahun 1943, Madrasah al-Muwahidin telah ditubuhkan di Koadin. Ia telah menjadi tapak perjuangan pergerakan Islam di Nakorn Sri Tammarat. 36

Kecewa dengan usaha golongan nasionlis beraja zaman perang Dunia Kedua untuk mendaulatkan Patani, golongan ulama merasakan keperluan untuk campurtangan dalam perjuangan membebaskan Patani. Ini ditambah dengan terwartanaya Akta Agama Islam pada tahun 1945. Akta ini menberi pengiktirafan kepada golongan agama atau ulama sebagai pemimpin masyarakat Melayu Patani. Campurtangan kerajaan Thai dalam Akta Perundangan Islam 1946 telah menyemarakkan lagi penentangan terutama dengan kembalinya para ulama Patani yang menuntut di Makkah selepas Perang Dunia Kedua. 37

Walaupun gerakan politik Islam di Patani kurang dibincangkan dalam kajian-kajian ilmiah, perjuangan Haji Sulong yang dianggap sebagai tokoh perjuangan kemerdekaan Patani yang masyhur berteraskan idea ini. Ini banyak berkisar kepada faktor Timur Tengah. Para pelajar Patani yang Walaupun gerakan politik Islam di Patani kurang dibincangkan dalam kajian-kajian ilmiah, perjuangan Haji Sulong yang dianggap sebagai tokoh perjuangan kemerdekaan Patani yang masyhur berteraskan idea ini. Ini banyak berkisar kepada faktor Timur Tengah. Para pelajar Patani yang

menyaksikan Universiti al-Azhar semakin menjadi tumpuan. 38 System pendidikan ini membolehkan pembangunan pemikiran dalam politik dan agama terutama idea-idea Muhammad Abduh. 39 Apabila mereka pulang ke tanahair, mereka melihat satu keperluan untuk membangunkan umat Islam yang sedang dalam kemerosotan akibat kelemahan dalaman dan penjajahan. Kesinambungan ini berterusan sehingga 1970-an di mana para pelajar yang pulang dari Timur Tengah membawa bersama mereka pemikiran pembaharuan yang digelar ‘Khana Mai’. 40

Persoalan pemikiran mula muncul selepas Perang Dunia Kedua. Para ulama yang kembali ini nyata tidak berpengalaman berhadapan dengan para birokrat Thai. Era selepas peranga juga menyaksikan golongan diraja dilihat seolah-olah putus asa untuk meneruskan perjuangan. 41 Berdasarkan masalah ini, pemimpin yang dilantik perlu dari golongan ulama yang dihormati dan

mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Thai. Kriteria ini ada pada Haji Sulong. 42 Beliau bukan sahaja seorang tokoh yang disenangi oleh masyarakat Melayu, malah turut dihormati oleh golongan birokrat Thai tempatan.

Haji Sulong dilihat sebagai calon yang amat sesuai dalam mengetuai gerakan politik ini. Kemuncak sokongan masyarakat Melayu Patani terhadap beliau dapat dilihat apabila dilantik sebagai pengerusi Majlis Ugama Islam Wilayah Patani selepas terwartanya Akta Islam 1943. Jawatan tersebut merupakan jawatan yang tertinggi berkenaan hal-ehwal Islam di Selatan Thai.

Corak perjuangan Haji Sulong bertunjangkan pemikiran politik Islam yang sebenar. Kompromi terhad dengan pegawai-pegawai Thai umpamanya merupakan satu strategi politik yang baik. Ia dapat membantu survival sebuah masyarakat minoriti dalam berjuang mengekalkan identiti mereka dalam menghadapi cabaran kelompok majoriti. Begitu juga dengan penerimaan beliau atas permintaan ramai untuk mengambil alih jawatan Yang di-Pertua Majlis Agama yang sebenarnya membolehkan beliau mempunyai autoriti untuk memimpin dan sekaligus memperbaiki kondisi ummah.

Respon Masyarakat Patani Terhadap Perubahan Politik Thai

Kawalan penuh kerajaan Thai semakin nyata pada awal abad ke-20. Bermula tahun 1901, satu sistem penyusunan semula yang dinamakan Thesaphiban telah dilaksanakan di seluruh Thailand. Wilayah- wilayah Selatan telah diletakkan di bawah satu pentadbiran berpusat yang dikenali sebagai ‘Booriwen

Cad Huamung’ yang bermaksud Tujuh Wilayah Selatan’. 43 Raja-raja Patani telah bersetuju untuk melepaskan hak-hak tradisi mereka sebagai satu syarat untuk mengekalkan kedudukan mereka. Menerusi persetujuan ini, kerajaan Thai hanya akan melantik orang Thai sebagai raja sekiranya raja- raja Melayu tersebut meninggal dunia atau memilih untuk melepaskan jawatan mereka. Bermula 1902 kuasa politik masyarakat Melayu terhapus. Ini membolehkan pegawai-pegawai Thai membuat sesuka hati mereka. Pelbagai dasar yang dijalankan yang bertentangan dengan agama Islam telah dilaksanakan. 44

Pada tahun 1906, wilayah-wilayah Selatan telah disatukan menjadi wilayah yang dinamakan Monthon Pattani. Kemudian ia dipecahkan kepada beberapa daerah seperti Yala, Narathiwat, Patani dan Saiburi. Perjanjian Bangkok 1909 pula melengkapkan usaha kerajaan Thai menghapuskan kerajaan Melayu Patani. Dalam perjanjian tersebut, wilayah-wilayah Selatan yang selama ini menjadi

penghalang kepada hubungan Thai-Inggeris telah dikeluarkan dari isu berbangkit. 45 Ini jelas dalam kenyataan berikut:

“…the Pattani region which had been a major catalyst in beginning discussion for treaty arrangements, was remove from the discussion.” 46

Dengan termerterinya perjanjian tersebut, Patani bukan lagi sebuah kerajaan Melayu yang bersatu. Ia hanyalah sebahagian dari wilayah-wilayah Melayu di bawah pemerintahan kerajaan Thai. 47

Penentangan terhadap tindakan Thai pada awal abad ke-20 tidak begitu ketara dan mudah dipatahkan. Hanya Raja Pattani, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin dilihat mampu memberi tentangan yang ketara. Baginda yang kehilangan kuasa politiknya telah membuat beberapa tindakan yang dilihat mengengkari perintah Raja Thai. Baginda bertindak menulis surat kepada Sir Frank

Swettenham di Singapura pada tahun 1899 untuk meminta perlindungan British ke atas Patani. 48 Atas tindakan berani tersebut, baginda telah ditahan dan dihantar ke wilayah Pitsanulok di utara Bangkok. Di sana, baginda telah dikenakan hukuman penjara 10 tahun. Tengku Abdul Kadir hanya dibebaskan

setelah Frank Swettenham campurtangan. 49 Namun, beliau dipenjara semula pada tahun 1915 kerana disyaki terlibat aktif dalam politik Patani. Baginda dikenakan tahanan selama dua tahun. Apabila dibebaskan, baginda mengambil keputusan untuk mendapatkan perlindungan politik di Kelantan. 50 Di sana, perjuangan untuk membebaskan semula Patani tetap diteruskan. Baginda dikatakan meneruskan hubungan dengan masyarakat Melayu di Selatan. 51 Malah, baginda menjadi penggerak kepada gerakan penentangan yang dinamakan Nam Sai pada tahun 1922. 52

Selepas kemangkatan baginda pada tahun 1933 perjuangan tersebut disambung oleh putera bongsu baginda, Tengku Mahmood Mahyideen. 53 Tengku Mahmood meneruskan kerjasama politik dengan orang Melayu di Selatan terutama dengan golongan ulama. Dalam masa yang sama, beliau telah menjalankan pelbagai usaha dalam menarik perhatian dunia berkenaan kemelut yang dialami oleh masyarakat Melayu di Selatan Thailand.

Keadaan politik Thai mengalami perubahan pada 24 Jun 1932. 54 Revolusi yang dilancarkan oleh parti Khanarat telah menamatkan sistem kerajaan beraja mutlak Thailand. 55 Perlembagaan baru Thai yang berlandaskan konsep Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen diharapkan membawa sinar kepada masyarakat Melayu di Selatan. 56 Ini menyebabkan mereka menyambut baik revolusi tersebut dan bekerjasama dengan golongan yang menentang raja mutlak di Bangkok. Pada pandangan mereka, masyarakat Melayu akan diberi peluang untuk mendapatkan kembali hak-hak mereka terutama dalam hal-ehwal keagamaan, kebudayaan dan bahasa. Tengku Mahmood sendiri turut mengalukan perubahan ini. Beliau telah pergi ke Bangkok untuk bertemu dengan barisan kepimpinan baru Thai. Tengku Mahmood menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan baru sekiranya masyarakat Melayu Patani dibenar meneruskan kehidupan mereka menurut cara mereka sendiri.

Namun dari segi realiti, taraf pendidikan masyarakat Melayu yang rendah serta ekonomi yang lemah tidak memungkinkan mereka bersaing dalam sistem baru ini. Satu dilema yang timbul penyesuaian dalam asimilisasikan pendidikan, ekonomi dan politik. Hasilnya, berdasarkan pilihanraya umum pertama Thai pada tahun 1933, hanya seorang sahaja ahli parlimen wilayah dari kalangan orang Melayu. 57

Sedikit demi sedikit perlembagaan baru ini mula menampakkan kesinambungan penindasan orang-orang Thai. Ia menjadi bertambah buruk apabila Phibun Songram dilantik menjadi Perdana Menteri Thai pada tahun 1938. Phibun yang merupakan seorang tentera berjiwa nasionalis, telah cuba untuk ‘mengthaikan’ Thailand. Beliau telah menubuhkan kerajaan nasionalis pada bulan Disember 1938. Phibun percaya bahawa pembangunan nasional memerlukan sebuah kerajaan kuat, berdisiplin dan disokong oleh golongan tentera. 58

Frank Golay berpendapat bahawa Phibun telah memperkenalkan corak pentadbiran bersifat Fascist seperti yang diamalkan di Itali dan Jepun. 59 Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Phibun yang begitu menindas telah memberi kesan kepada masyarakat Melayu Patani. 60 Tindakan-tindakan telah dilaksanakan untuk mengasimilisasikan masyarakat Melayu Patani.

Dasar pelajaran yang diperkenalkan telah mewajibkan bahasa dan sejarah Thai diajar di sekolah-sekolah di sebelah Dasar pelajaran yang diperkenalkan telah mewajibkan bahasa dan sejarah Thai diajar di sekolah-sekolah di sebelah

Masalah yang menjadi punca utama penentangan adalah dasar kejam Phibun Songkram pada tahun 1939. Kerajaan telah melaksanakan dasar integrasi kebudayaan secara paksaan yang berlandaskan ‘nasionalime sempit’ ke atas masyarakat Melayu. 62 Dasar ultra-nasionalis ini digubal antara tahun 1939-1942. Jika dilihat dari sudut sosiologi, tindakan-tindakan berupa paksaan ini sebenarnya tidaklah menghairankan.

Sudah menjadi satu tradisi dalam masyarakat Thai mengamalkan amalan perbezaan darjat. Masyarakat Melayu Patani yang merupakan golongan minoriti dianggap sebagai golongan kelas kedua yang perlu taat dengan golongan kelas atasan. John Funston menegaskan perkara ini:

“Thai society emphasizes hierarchy … the concept of equality is unknown in Thai cultural tradition; all social relations are characterized by a superior-inferior aspect.” 63

Tindakan yang dilihat sebagai paling drastic dalam perlaksanaan secara diskriminasi ini adalah pembatalan perundangan Islam dalam hal-ehwal perkahwinan dan pusaka yang diganti dengan undang-undang sivil Thai. Pakaian Melayu turut diharamkan di mana mereka diwajibkan memakai

pakaian ala Barat seperti seluar panjang. 64 Orang Melayu juga digalakkan nama Thai. Keadaan begitu serius hingga ke satu peringkat ada pegawai Thai tempatan yang memaksa orang-orang Islam menyembah patung Buddha. 65 Adat-adat kecil turut dilarang. Sebagai contoh, amalan mengunyah sirih yang menjadi amalan turun temurun masyarakat Melayu telah diharamkan. 66 Ramai yang ditangkap dan didakwa atas kesalahan menentang kerajaan berdasarkan dasar Rattaniyom Bilangan

2. 67 Apabila Perang Dunia Kedua tercetus pada bulan Disember 1941, kerajaan Thai telah bekerjasama dengan Jepun dan pihak Berikat. 68 Sebagai balasan, Jepun telah memulangakn semual negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu sebagai satu ‘hadiah’. 69 Pentadbiran Thai turut dimulakan semula di negeri-negeri tersebut.Keadaan semakin mencengkam pada tahun 1944. Jawatan Qadhi telah dihapuskan. Undang-undang Islam berkenaan nikah cerai dan pembahagian harta turut dihapuskan sama sekali. 70

Masyarakat Melayu Patani merasakan identiti mereka tergugat. Kerajaan Phibun dilihat cuba menghapuskan bahasa, agama dan sosio-budaya mereka menerusi dasar asimilisasi paksa ini. Ini menyebabkan Tengku Abdul Yala Nasir 71 menulis surat kepada Perdana Menteri Thai di Bangkok. 72 Beliau mendakwa gabenor wilayah Patani telah dengan zalim memaksa perlaksanaan dasar asimilisasi ini. Perbuatan ini telah mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi dan penentangan keagamaan di kalangan masyarakat Melayu. Beliau mendesak Perdana Menteri mengadakan siasatan terhadap perkara tersebut. Selain itu, perubahan yang sewajarnya perlu dibuat ke atas dasar tersebut. Namun, tiada tindakan yang di buat oleh kerajaan pusat.

Perang Dunia Kedua yang tamat pada tahun 1945 telah menmbulkan impak yang besar pada rantau Asia Tenggara. Semangat kebangsaan mula bangkit. 73 Terdapat satu harapan di kalangan masyarakat Melayu bahawa Thailand akan dilayan sebagai pihak yang kalah dalam Perang Dunia Kedua kerana bersekongkol dengan pihak Berikat. Sikap kerajaan Thai bekerjasama dengan Jepun telah menimbulkan kemarahan kerajaan British. Perjanjian Damai yang ditandatangani antara pihak yang menang dan yang kalah akan membolehkan British menguasai keempat-empat wilayah selatan. 74 Pemimpin masyarakat Melayu mengambil kesempatan membuat hubungan baik dengan kerajaan British dengan harapan keempat-empat wilayah itu dimasukkan ke dalam British Malaya. 75

Namun segala tidak kesampaian apabila Phibun telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada bulan Julai 1944. Dalam kekecewaan itu, para pemimpin Melayu terpaksa mencari alternative baru. Justeru itu, Tengku Abdul Jalal untuk menghantar surat kepada Perdana Menteri yang baru, Khuang Aphaiwong. Beliau menekankan keperluan untuk membuat pindaan ke atas dasar yang dikuatkuasakan ke atas masyarakat Melayu bagi mengelakkan sebarang kekacauan berlaku di keempat-empat wilayah selatan tersebut. 76

Tengku Jalal turut menghantar satu petisyen dari 7 pemimpin Patani kepada Setiausaha Tanah Jajahan British. Petisyen ini menceritakan penderitaan rakyat Patani dan meminta pihak Bersekutu campurtangan membebaskan mereka dari cengkaman Thai. 77 Ini jelas diutarakan:

“help us in our desire, and release us from the hands of Siam.” 78 Namun, harapan menggunung ini terutama oleh Tengku Mahmood Muhyideen tidak

kesampaian. Walaubagaimanapun, perubahan mula terasa apabila Phibun kembali berkuasa di Bangkok pada tahun 1946. Beberapa keistimewaan yang dikecapi semasa zaman sebelum Phibun telah dikembalikan. Antaranya adalah undang-undang keluarga dan warisan. Ia tetap tidak memuaskan hati penduduk tempatan di mana mereka inginkan kuasa autonomi yang kukuh. 79

Justeru itu, masyarakat Melayu Patani telah menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai oleh tokoh-tokoh agama dalam mendesak kerajaan Thai memenuhi tuntutan-tuntutan mereka. Sebagai tindakbalas, kerajaan Thai telah menubuhkan satu suruhanjaya khas untuk menyiasat situasi sebenar yang berlaku di wilayah selatan. Tindakan tersebut tetap tidak dapat memuaskan hati penduduk tempatan yang masih mengenang kekejaman polisi Phibun.

Haki Sulong dan Madrasah al-Ma’arif al-Wataniah

Haji Sulong bimbang impak negatif yang dibawa menerusi Akta Pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan Thai sejak 1921. Ia bukan sahaja menggugat penggunaan bahasa Melayu, malah boleh

mempengaruhi fikiran pelajar Melayu yang belajar di sekolah-sekolah kerajaan. 80 Beliau mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah sekolah agama yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Beliau mahukan pelajar-pelajar didedahkan dengan ilmu-ilmu Islam yang sebenar. Ia merupakan sekolah agama yang pertama di Patani yang jelas membuktikan pembaharuan yang cuba dijalankan oleh Haji Sulong.

Dalam membina sekolah tersebut, masyarakat Melayu Patani menyokong penuh idea beliau. Mereka bukan sahaja menyumbang dalam bentuk kewangan, malah turut menyokong dari segi moral dan fizikal. 81 Hasil sumbangan kewangan orang ramai, Haji Sulong berjaya mendirikan sekolah tersebut dengan perbelanjaan sekitar 7200 baht. 82 Walaubagaimanapun, cadangan menamakan sekolah tersebut sebagai Sekolah Agama Derma telah ditolak permohonannya oleh kerajaan. 83 Akhirnya, ia diberi nama Madrasah al-Ma’arif al-Wataniah yang dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Thai, Manopakorn Nititada pada tahun 1933. 84

Madrasah ini melambangkan satu konsep pembaharuan yang cuba dibawa oelh Haji Sulong. Sebelum itu, masyarakat Melayu Patani hanya mengenalkan sistem pendidikan pondok sahaja. Konsep madrasah yang dibawa oleh Haji sulong agak berbeza. Ini dijelaskan oleh Ahmad Fathy al-Fatani:

“Ia adalah sebuah sekolah model baru yang bukan sahaja memiliki sukatan dan pelajaran dan sistem kelas, tetapi menjadi istimewa kerana ‘latihan perbarisan’ oleh para pelajar sekolah itu sangat kemas dan bersemangat.” 85

Apa yang menarik tenaga pengajarnya bukan sahaja terdiri dari guru-guru tempatan. Haji Sulong berjaya mendapatkan seorang guru dari Mesir bernama Abdul Murad. 86 Madrasah ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari kalangan orang Melayu Patani. Malah, ia turut mendapat bantuan kerajaan Thai menerusi sokongan Perdana Menteri Thai sendiri. 87 Ia telah berhasil meningkatkan kefahaman rakyat mengenai Islam yang sebenar hingga berjaya melahirkan mereka yang komited kepada kefahaman mereka. 88

Namun, madrasah ini hanya mampu bertahan selama dua hingga tiga tahun sahaja. Terdapat kemungkinan yang kerajaan Thai mula merasa sangsi dengan agenda madrasah ini. Latihan berkawad serta perkataan ‘wataniah’ yang bermaksud negara menimbulkan persoalan di kalangan pegawai Thai.

Para pemerhati berpendapat bahawa seolah-olah ada motif lain berdiri di belakang latihan perbarisan atau berkawad ini, apa lagi dengan mengingat adanya kalimah ‘al-wataniah’ (kebangsaan) pada nama

sekolah berkenaan.” 89 Penutupan madrasah membuatkan Haji Sulong mengalih aktiviti kepada mengajar kitab-kitab di masjid. Haji Sulong membawa satu stail baru dalam pengajaran di masjid. Ini dijelaskan oleh Nik Anuar Nik Mahmud:

“Huraian-huraian beliau dalam tafsir adalah sesuatu yang baru bagi masyarakat Patani yang biasa mendengar tafsiran cara Baidhawi dan cara lain sahaja. Tafsir beliau dikatakan sangat menarik, progresif dan berani sehingga menyebabkan orang ramai tertarik untuk menghadiri kuliah- kuliahnya.” 90

Selain melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan, Haji Sulong turut bergiat cergas dalam gerakan politik. Seperti corak pemikiran Muhammad Abduh, beliau berhubung dengan pemerintah. Kerana pengaruhnya yang begitu besar dalam masyarakat Melayu, pegawai Thai tempatan kerap

meminta nasihat dan sokongan dari beliau terutama dalam hal agama Islam. 91 Namun, dasar kerajaan yang tidak konsisten membuatkan beliau menyalahkan kerajaan Thai atas tindakan yamg menjejaskan kesucian Islam. Ini menyebabkan beliau menentang campurtangan Thai selepas itu.

Pertubuhan Bagi Mempertahankan Undang-undang Syariat Islam

Apabila keadaan politik di Selatan semakin bergolak, Haji Sulong menyedari betapa perlunya golongan ulama’ untuk bersatu. 92 Keadaan bertambah buruk apabila Phibun melaksanakan Dasar Rathaniyom. Justeru itu, satu pertubuhan yang dinamakan Heet al-Napadh al Lahkanal Shariah telah ditubuhkan. Ia membawa meksud ‘Pertubuhan bagi Mempertahankan Undang-undang Syariat Islam’.

Atas kesedaran bahawa identiti Islam dan budaya Melayu tergugat, Haji Sulong telah mengajak beberapa ulama terkemuka Patani untuk menganggotai pertubuhan ini. Secara khusus, ia bertujuan menggalakkan para ulama dan guru-guru agama bersatu dalam menghadapi cubaan asimilisasi kerajaan Thai yang dilihat mencabuli kesucian dan kemurnian Islam.

Antara para ulama yang menyertai pertubuhan ini adalah Haji Mat Pauh. To’ Bermin, 93 Haji Hassan Mak Enggol, 94 Haji Abdullah Masjid Embong, 95 Haji Abdullah Mesir, Haji Abdul Latif Perigi, Haji Ahmad Paluan, 96 Haji Ahmad Abdul Wahab al-Fusani 97 dan beberapa lagi ulama terkemuka. 98

Para ulama’ yang terlibat ini telah mengadakan satu persidangan untuk membincangkan penubuhan ini. Satu ijtima’ telah diadakan di Pondok Bendang Jelapang pada 27 Oktober 1943. 99 Hasilnya, para ulama’ bersetuju untuk melantik Haji Sulong, Haji Abdul Majid Embong dan To’ Bermin sebagai qadhi di Patani. 100 Perlantikan ini sebenarnya adalah tidak sah di sisi undang-undang dan tidak diakui oleh kerajaan Thai. Namun, orang Melayu tetap menerima Haji Sulong sebagai pemimpin agama tertinggi. 101 Pengaruh beliau begitu ketara hingga antara 1943-1947, tiada kes-kes agama yang dijalankan di mana-mana mahkamah kerajaan. 102

Hasilnya, Haji Sulong dapat menyatupadukan golonga ulama’ dan masyarakat. Mereka telah bersatu tenaga dalam menentang usaha-usaha kerajaan Thai yang mengancam amalan Islam dan identiti bangsa Melayu. Terdapat perubahan-perubahan dalam dasar Thai selepas Phibun terpaksa meletak jawatan. Umpamanya pada 3 Mei 1945 Perdana Menteri Thai yang baru, Dr. Pridi Banamyong telah menggubal perlembagaan Thai yang dikenali sebagai “Perlembagaan Pridi” yang dianggap lebih sempurna dan demokratik. 103 Isu berkenaan nasib orang Islam turut diambil perhatian. Beberapa akta telah digubal, ditambah dan diperbaiki bertujuan untuk mengambil hati masyarakat Islam di wilayah-wilayah Selatan yang telah menjadi satu masalah politik yang membimbangkan. 104

‘Perintah Diraja Berkenaan Naungan ke Atas Islam’ telah digubal sebaik sahaja Pridi menjadi Perdana Menteri. Peraturan ini menetapkan bahawa kegiatan agama di kalangan masyarakat Islam diberi perlindungan oleh Raja Thai dan diberi galakan oleh Raja sendiri sesuai dengan peranan beliau ‘Perintah Diraja Berkenaan Naungan ke Atas Islam’ telah digubal sebaik sahaja Pridi menjadi Perdana Menteri. Peraturan ini menetapkan bahawa kegiatan agama di kalangan masyarakat Islam diberi perlindungan oleh Raja Thai dan diberi galakan oleh Raja sendiri sesuai dengan peranan beliau

“Mukadimah akta itu dengan jelas menyatakan bahawa. Oleh kerana perlembagaan Kerajaan Siam memberikan kebebasan beragama kepada rakyat dengan Raja sebagai pelindung utama agama dan menimbangkan kenyataan bahawa setengah-setengah orang Siam menganut agama Islam, adalah wajar bahawa orang-orang Islam dibantu dan diberi pelindungan dalam hal ehwal agama mereka. Akta itu juga menyatakan bahawa sebuah institusi akan dibentuk untuk menjadi badan perantaraan di antara masyarakat Islam dengan kerajaan.” 107

Satu jawatan yang dinamakan Pejabat Chularajamontri telah diadakan. Penjawat jawatan Chularajamontri akan menjadikan pemimpin kerohanian bagi seluruh umat Islam di Thailand. 108 Beliau akan bertindak bagi pihak Raja Thai dan kerajaan Thai dalam semua perkara yang berkaitan dengan urusan agama masyarkat Islam di Thailand. 109 Akta ini berkehendakkan kerajaan Thai supaya membina institusi-institusi pendidikan Islam bagi kanak-kanak Islam yang ibu bapa mereka tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan. Akta ini turut membawa kepada tertubuhnya dua buah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Islam Pusat Thai di Bangkok dan Jawatankuasa Islam Wilayah di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam. 110 Ahli Jawatankuasa pula akan menasihati Menteri Dalam Negeri Thai mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam.

Dalam pada itu, kerajaan Thai telah mengizinkan penguatkuasaan berkaitan undang-undang Islam di Selatan berkenaan keluarga dan harta berkuasa dalam kes-kes guaman yang melibatkan pihak beragama Islam. 111 Perdana Menteri Thai berharap hubungan di antara kerajaan dengan orang-orang Melayu di empat wilayah di Selatan itu dapat dipulihkan apabila akta tersebut dilaksanakan selepas tamat Perang Dunia Kedua. 112

Tuntutan Tujuh Perkara

Era selepas perang merupakan kemuncak perjuangan Haji Sulong. Beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Patani, satu jawatan yang membolehkan beliau mewakili orang-orang Islam. Masyarakat Melayu telah menganggap beliau sebagai jurucakap dalam menyampaikan kehendak dan hasrat mereka kepada kerajaan. 113

Pada 1 April 1947, satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Melayu yang lain telah berlangsung di Patani.

Menerusi mesyuarat tersebut, mereka telah sebulat suara untuk mengemukakan satu memorandum tuntutan masyarakat Melayu. Ia akan dikemukakan menerusi satu rundingan dengan para pegawai Thai dalam satu rundingan yang akan diadakan dua hari kemudian. Para pemimpin ini juga telah bersetuju untuk melantik Tengku Mahmood Muhyideen, putera Sultan Patani yang terakhir sebagai ketua utama bagi keempat-empat wilayah Selatan. 114

Bertolak dari pertemuan ini, satu tuntutan yang digelar oleh Haji Sulong sebagai ‘Tuntutan Tujuh Perkara’ telah dihantar kepada Perdana Menteri Thai, Thamrong Nawasawad pada 3 April 1947. 115

Tuntutan Tujuh Perkara mengandungi tuntutan-tuntutan yang boleh diringkaskan seperti berikut: 116

Pertama, menggesa kerajaan Thai melantik seorang anak tempatan dari salah satu wilayah dalam empat wilayah (Patani, Yala, Narathiwat dan Satun) yang dipilih oleh rakyat setempat menerusi pilihanraya. Beliau mesti mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran wilayah-wilayah Islam yang empat.

Kedua, kutipan cukai dan hasil pendapatan dari keempat-empat wilayah berkenaan mestilah dilaburkan dan digunakan untuk pembangunan setempat.

Ketiga, kerajaan mesti mengadakan pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah sehingga ke darjah enam sebelum mempelajari bahasa Thai.

Keempat, pegawai-pegawai Thai yang mentadbir keempat-empat wilayah Islam ini mestilah terdiri dari 80% orang Melayu-Islam peranakan tempatan.

Kelima, bahasa Melayu bersama bahasa Thai dijadikan bahasa rasmi. Keenam, penubuhan Majlis Agama Islam Wilayah yang berkuasa penuh menyelaraskan

hukum Islam dengan syarak dan kebudayaan di keempat-empat wilayah dengan persetujuan dari pemegang kuasa dalam perkara pertama.

Ketujuh, kerajaan Thai mestilah mengasingkan mahkamah Syari’ah dengan Mahkamah Wilayah Kerajaan serta memberikan kuasa penuh kepada Qadhi membicarakan sesuatu kesalahan di Mahkamah Syari’ah.

Kerajaan Thai pada mulanya memandang serius tuntutan tersebut. Ini kerana pengaruh dan kedudukan Haji Sulong di wilayah-wilayah Selatan amat besar. 117 Tambahan pula tuntutan tersebut mencakupi pelbagai aspek seperti politik, pemerintahan, sosio-ekonomi dan pendidikan. Thamrong Nawasawad telah membawa ‘Tujuh Tuntutan Perkara’ ke mesyuarat cabinet Thai pada pertengahan Julai 1947. Ia telah ditolak oleh kerajaan Thai kerana berpendapat tuntutan ini akan menggugat kestabilan negara kerana sistem yang sedia ada telah sesuai dengan keadaan di Selatan. 118 Pihak kerajaan juga menganggap tuntutan ini tidak berasas sama sekali. 119 Kerajaan Thai bimbang golongan minority lain akan menuntut hak yang sama. 120 Dalam masa yang sama, satu rombongan seramai 55 orang dari Narathiwat telah mengemukakan 13 tuntutan yamg menyokong Tuntutan Tujuh Perkara ini. 121 Ini diringkaskan oleh A. Bengnara:

“… supaya diadakan siaran bahasa Melayu pada tiap-tiap hari dalam siaran radio kerajaan; supaya pejabat-pejabat kerajaan dalam 4 wilayah Selatan tutup atau cuti pada hari Jumaat dan hari-hari besar Islam; dan supaya memperbaharui sistem pelajaran.” 122

Walaupun kerajaan enggan melayan sebarang tuntutan, kabinet Thai tetap bersetuju memperkenalkan beberapa polisi baru di Selatan. 123 Antara perubahan dalam polisi baru kerajaan Thai; pegawai kerajaan yang dilantik mestilah boleh berbahasa Melayu, keutamaan dari segi pembangunan ekonomu dan infrastruktur, mewujudkan jawatan Dato’ Yutitham yang bertindak sebagai hakim serta kebenaran terhad pengajaran bahasa Melayu di sekolah dan siaran radio. 124

Namun tindakan Kerajaan Thai yang berdolak-dalik dan tidak konsisten amat mengecewakan Haji Sulong. Bagi beliau, tuntutan-tuntutan ini tidak melambangkan keinginan untuk memisahkan keempat-empat wilayah Selatan yang bermajoriti Islam dari negeri Thai. Tiada langsung unsur-unsur untuk memberontak yang kerap dipersepsikan oleh para pegawai Thai. Ia hanyalah sekadar satu keinginan untuk bekerjasama dan dalam masa yang sama mempertahankan hak-hak orang Melayu dari sudut kebudayaan dan kemurnian agama Islam.

Langkah-langkah untuk mengintegrasikan penduduk Islam dipandang sangsi oleh masyarakat Melayu Patani terutama apabila paksaan politik dan kekerasan tentera digunakan sejak awal lagi. Percubaan berulangkali untuk menangkis cengkaman kerajaan Thai telah dibuat dalam memperjuangkan nasib mereka. 125 Malangnya, para pemimpin yang mengetuai tuntutan ini telah dituduh mencuba untuk menanamkan sikap kebencian terhadap kerajaan Thai. 126 Malah, tindakan Haji Sulong selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Patani mengarahkan agar bayaran zakat dikutip dari setiap masjid telah dianggap cubaan untuk mengutip derma bagi aktiviti untuk mengancam keselamatan negara. 127

Peranan Besar Haji Sulong

Perjuangan Haji Sulong telah berjaya menyatukan semua golongan masyarakat. Bagi Haji Sulong, perjuangan berlandaskan Islam sebagai wadah lebih mudah diterima oleh masyarakat daripada perjuangan politik kebangsaan semata-mata. Kegigihan Haji Sulong begitu kental. Kerana itu, tidaklah menghairankan bagaimana beliau boleh terlibat secara aktif dalam politik Islam. Sebagai ulama yang progresif, adalah menjadi tanggunjawab beliau untuk menyebarkan Islam kepada masyarakat, mendidik mereka dalam memahami, menghayati dan mengamalkan syariat Islam yang sebenar. Ini sudah semestinya merangkumi semua aspek kehidupan termasuk dalam bidang politik ataupun sekurang-kurangnya peka dengan segala dasar yang dijalankan oleh kerajaan Thai terhadap mereka.

Perubahan yang dibuat oleh Haji Sulong ternyata dibuat secara sistematik dan berperingkat. Ini menunjukkan kepimpinan beliau yang penuh visi dan berkaliber. Bermula dengan perubahan di peringkat asas seperti penggunaan wang zakat di mana Haji Sulong begitu tegas dalam pendiriannya walaupun mendapat tentangan hebat dari golongan ulama tradisional. Masyarakat tempatan dapat menerima perubahan yang dibuat beliau. Ini diikuti dengan perubahan di dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan pengasas madrasah, satu konsep pendidikna yang merangkumi kedua-dua bidang agama dan akademik. Bagi beliau, untuk berjaya masyarakat perlu menguasai kedua-dua bidang tersebut. Beliau turut memperbaiki sistem pondok yang agak ketinggalan di Selatan. Metodologi pengajaran yang berbeza membuatkan para pelajar yang mengikuti sistem pengajaran beliau dapat memahami apa yang dipelajari. Jelas berlaku perubahan dari amalan hafalan kepada pemahaman jitu ilmu yang dipelajari.

Penglibatan Haji Sulong dalam politik yang dilihat apabila beliau menjemput Perdana Menteri Thai untuk merasmikan madrasah yang diasaskan beliau. Ini menunjukkan beliau seorang pemimpin politik yang berwawasan dan mempunyai rancangan strategic yang jitu. Kerjasam terhad dengan kerajaan Thai adalah perlu memandangkan masyarakat Malayu hanyalah golongan minority. Mereka perlukan bantuan dari kerajaan Thai yang membuat dasar. Tentangan tanpa ilmu dan rancangan yang tersusun tidak mampu membebaskan Patani. Ini telah terbukti sepanjang sejarah Kerajaan Melayu Patani di mana kondisi umat yang berpecah-belah dan ketandusan ilmu menjadi elemen utama kejatuhan kerajaan tersebut.

Penglibatan beliau dalam Majlis Agama Islam hingga dilantik menjadi Yang di-Pertua membuktikan semua golongan dalam masyarakat Melayu menerima kepimpinan beliau. Ini membolehkan beliau menuntut kembali hak-hak yang dirampas oleh kerajaan Thai. Tuntutan Tujuh Perkara yang diajukan kepada kerajaan Thai boleh dianggap sebagai tuntutan seluruh masyarakat Melayu di wilayah-wilayah Selatan yang bersatu di bawah kepimpinan Haji Sulong hingga ada yang memberi nama memorandum tersebut sebagai “Tujuh Tuntutan Haji Sulong”.

Reaksi terhadap penangkapan beliau pada tahun 1948 jelas satu bukti betapa masyarakat Melayu menyanjungi kepimpinan beliau. Betapa orang Melayu sanggup berkorban nyawa berdemonstrasi menuntut beliau dibebaskan menjadi satu yang begitu membimbangkan pihak berkuasa Thai. Malah GEMPAR ditubuhkan atas persetujuan beliau dan perlantikan Tengku Mahmood Mahyideen sebagai ketua bagi mengetuai perbincangan dengan kerajaan Thai memerlukan persetujaun bertulis dari beliau sebelum diajukan kepada barisan kepimpinan Melayu di Selatan.

Buku ‘Gugusan Cahaya Keselamatan’ merupakan satu khazanah Melayu yang amat penting dalam melihat perjuangan beliau. Ia merupakan satu catatan berwibawa berkenaan apa yang sebenarnya berlaku di Patani. Ia juga melambangkan pengorbanan seorang tokoh yang sanggup di penjarakan demi agama dan bangsa tercinta.

Haji Sulong juga merupakan seorang pemimpin yang suprasional. Pengaruh beliau menjangkau sempadan. Amat jelas kelihatan sokongan dari negeri-negeri Melayu. Pertemuan beliau Haji Sulong juga merupakan seorang pemimpin yang suprasional. Pengaruh beliau menjangkau sempadan. Amat jelas kelihatan sokongan dari negeri-negeri Melayu. Pertemuan beliau

Misteri kehilangan beliau pada tahun 1954 masih belum terjawab. Namun kematian beliau tidaklah sia-sia. Kerajaan Thai yang terasa kesan perjuangan beliau sentiasa berhati-hati dalam menangani wilayah-wilayah Selatan. Terdapat dasar-dasar yang memberi kelebihan kepada masyarakat Melayu terutama berkenaan agama dan budaya yang tidak dinikmati oleh golongan minority lain di Thailand. Umpamanya dalam bidang pendidikan. Sekolah agama atau madrasah tetap dibenarkan beroperasi. Hingga ke hari ini terdapat sebanyak 134 madrasah yang menampung seramai 87,562 pelajar dan 3,597 guru. Sekolah-sekolah agama turut dibenarkan mengendalikan pengajian Islam sebanyak 648 jam setahun. Ini bertujuan untuk menjaga hati masyarakat melayu agar tentangan sehebat Haji Sulong tidak lagi muncul.

Masyarakat Melayu Patani masih tercari-cari pemimpin seperti Haji Sulong. Mereka memerlukan pemimpin seperti Haji Sulong yang dapat menyatukan pelbagai golongan dan fahaman dalam satu saf yang sama dan berkongsi niat yang sama iaitu memperjuangkan politik berteraskan Islam. Haji Sulong telah dianggap sebagai ‘Bapa Gerakan Kemerdekaan Patani’ oleh gerakan-gerakan pembebasan Patani selepas itu. Beliau terus menjadi inspirasi dalam perjuangan membebaskan tanahair dan agama tercinta. ‘Gugusan Cahaya Keselamatan’ telah menjadi semacam peniup semangat. Sama ada secara aman atau sebaliknya, inspirasi dan idea beliau begitu dominan. Impak perjuangan beliau masih terasa hingga ke hari ini.

Kesimpulan

Idea pemulihan Kaum Muda yang berpendidikan Islam ini mempunyai kesan tersendiri dalam membangkitkan kesedaran petama orang Melayu mengenai kedudukan mereka dalam sebuah masyarakat yang sedang pesat membangun. Walaupun dikatakan tidak mempunyai organisasi yang tersusun, gerakan reformis Islam ini telah menjadi pemangkin, pencetus serta pelaksana awal dalam membangkitkan kesedaran politik umat Islam di Tanah Melayu.

Islam dan Politik tidak dapat dipisahkan dalam pemikiran politik orang Melayu hingga ke hari ini. Ini dapat dilihat menerusi senario politik masa kini yang masih bertunjangkan konsep Islam sebagai elemen penting dalam kepolitikan Melayu. Kita tidak dapat lari dari membincangkan konsep Islah dan Tajdid antara elemen utama dalam pembentukan pemikiran politik masyarakat Melayu. Jelaslah , Islam memainkan peranan besar dalam membentuk politik kita. Kemunculan pertubuhan Melayu seperti Persatuan Sahabat Pena (1934), Kesatuan Melayu Singapura (1926) dan Persaudaraan Sahabat Pena (1937) selepas era kaum Muda adalah satu kesinambungan peranan Islam kerana pertubuhan ini turut memperjuangkan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu.

Sesungguhnya dalam membentuk kesedaran politik masyarakat Melayu, dorongan pelbagai faktor dimulakan oleh Islam itu sendiri. Malah, Islam itu sendiri digunakan untuk menyatukan masyarakat sertu mengubah persepsi orang Melayu terhadap Islam sebagai satu agama yang menuntut umatnya mencari kemajuan. Dalam erti kata lain, Islam menerusi gerakan-gerakan yang ada telah meletakkan asas dalam gerakan menentang penjajah sebelum dan selepas perang Dunia Kedua.