EMOSI DAN STRESS DI TEMPAT KERJA

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
EMOSI DAN STRESS DI TEMPAT KERJA
1

Liley Afzani Saidi 2Norsuraya Hassan & 3Nur Azmina Paslan
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia

Abstrak : Artikel ini menerangkan secara terperinci mengenai aspek hubungan antara emosi
dan stress yang berlaku di tempat kerja yang mana ianya mempengaruhi perkembangan
individu bagi produktiviti kerja. Selain itu, ianya juga memfokuskan kepada beberapa aspek
penting seperti konsep sifat kepada pembentukan stress (nature of stress), kaitan antara punca
stress dengan bentuk personaliti yang ada pada seseorang individu iaitu dengan menekankan
kepada bentuk personaliti A yang mempunyai kaitan khusus dalam penyumbang kepada
tekanan dan ketidakstabilan emosi di tempat kerja. Selain itu juga, aspek seperti penilaian
kompetensi turut dibicangkan bagi melihat apakah punca-punca kepada stress dan apakah
impak stress dan emosi kepada kesihatan dan prestasi pekerjaan. Kegagalan mengawal emosi
dan stress juga mampu membentuk situasi burnout yang akhirnya akan memberi impak
kepada diri individu. Oleh itu artikel ini secara khususnya membincangkan pelbagai aspek
yang khusus bagi mengenalpasti akibat ketidakstabilan emosi dan stress di tempat kerja
mampu memberi kesan psikologi dan psikososial kepada individu dalam kehidupan seharian.

Kata Kunci : Ketidakstabilan Emosi, Stress, Nature of Stress, Personaliti, Burnout & Punca
Stress

1.0 DEFINISI KONSEP STRESS DAN EMOSI
Perkataan stres ini mungkin membawa makna yng berbeza dalam pelbagai peringkat
atau konteks pengetahuan umum. Jika dinilai dari beberapa pandangan, kepelbagaian definisi
stres ini terjadi kerana wujud akibat daripada pelbagai perspektif pandangan yang berbeza
daripada beberapa bidang. Secara jelasnya konsep stres ini membawa kepada dua definisi
konsep yang asas iaitu daripada bidang perubatan iaitu klinikal atau dari bidang sosial sains.
Definisi stres asalnya adalah bermula daripada perkataan “eustres” yang membawa maksud
dapat menyesuaikan diri atau stres yang membina manakan perkataan “distres” membawa
1

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
maksud tidak dapat menyesuaikan diri ataupun merosakan diri. Oleh itu, berdasarkan kepada
dua jenis definisi yang diberikan maka stres dapat didefinisikan kepada stres mampu
terbahagi kepada 2 aspek yang masing-masing memberi kesan atau impak kepada fisiologi
manusia (Harussani Zakaria, 2004).
Menurut Hatta Sidi & Mohamad Hatta Shahrom (2002) telah menjelaskan bahawa
stres pada umumnya ditakrifkan sebagai tindakbalas minda dan fizikal yang terhasil daripada

permintaam ataupun cabaran mengikut keadaan dan tempat. Oleh itu, maka tidak hairanlah
bahawa konsep stres melibatkan perasaan yang berbentuk subjektif iaitu pada awalnya
mampu diterima dengan baik tetapi lama-kelamaan ianya mampu menjadi penyakit dan
emncetuskan perubahan dalam interaksi dengan alam sekitar. Namun dalam konteks ini,
penumpuan diberikan kepada stres kerja yang mana kebiasaannya adalah sesuatu yang
menjadi kebiasaan dan merupakan masalah utama di tempat kerja.
Menurut Don & John (2009) menyatakan bahawa terdapat pelbagai kajian yang
dilakukan yang berkait dengan stres di tempat kerja & ketidakstabilan emosi yang dilaporkan
dan antaranya adalah:
i.

65% daripada pekerja menyatakan stres di tempat kerja menyebabkan kesan
kepada fizikal dan kebolehan psikologikal dan lebih daripada 10% menyatakan
bahawa stres di tempat kerja akan memberikan kesan yang besar dalam diri
individu.

ii.

25% menyatakan bahawa kerjaya individu adalah penyebab utama stres mereka
dalam kehidupan.


iii.

Stres di tempat kerja adalah berkaitan kuat dengan masalah kesihatan berbanding
masalah lain iaitu masalah kewangan dan juga masalah keluarga.
Oleh itu, dalam menangani stres di tempat kerja dan ketidakstabilan emosi maka

peranan dan tanggungjawab majikan di tempat kerja dilihat sangat penting bagi membantu
pekerja dalam mengurangkan stres.
1.1 SIFAT PEMBENTUKAN STRES
Merujuk kepada konsep stres yang umum yang telah dibincangkan pada bahagian
sebelum ini, menurut Delaney (2007) menyatakan bahawa stres adalah merujuk kepada suatu
2

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
perasaan kebimbangan, dan tekanan fizikal yang akan berlaku apabila permintaan kepada
individu melebihi kemampuan individu tersebut. Oleh itu dalam bahagian ini, perbincangan
mengenai konsep stres yang bersifat positif dan nagetif akan dibicangkan dengan lebih lanjut.
Secara umumnya terdapat dua jenis stres iaitu “distress” yang juga dikenali sebagai nagetif
stres dan juga stres yang berbentuk positif. Menurut Yerkes & Dodson (1908) telah

menerangkan mengenai aspek konsep Eustress dan Distress bagi diaplikasikan dalam
runaglingkup kerjaya dan situasi di tempat kerja. Berdasarkan gambarajah 1.0 ianya adalah
satu model daripada Yerkes & Dodson dalam artikel beliau mengenai hubungan dan kekuatan
stimulus dalam perubahan sikap seseorang individu.
Baik

Rendah

Prestasi Maksimum

Eustress

Distress

Kes
akit
an

Prest
as i

Prestasi Lemah
Rendah

Lemah

Prestasi Lema

Sederhana

Tinggi

Gambarajah 1.0
Berdasarkan kepada model tersebut , maka terdapat penanda aras dalam setiap
pembahagian tahap stres iaitu stres yang berbentuk positif dan juga yang berbentuk nagetif.
Dalam situasi perkerjaan, juga, konsep ini digunakan bagi menerangkan mengenai aspek
prestasi pekerja dan juga beban atau kesakitan yang dialami oleh pekerja dalam situasi di
tempat kerja.
1.2 KONSEP TINDAKBALAS “FIGHT- OR-FLIGHT”
Terdapat pelbagai jenis tindakbalas atau respons yang akan mempengaruhi individu
apabila berhadapan dengan stres dalam kehidupan mereka. Menurut Anthony Yeo (1996)

3

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
menyatakan bahawa asal usul stres berpunca kepada tiga aspek iaitu peristiwa dalam
kehiduapan, keadaan dan juga persekitaran seseorang. Membincangkan konsp ini, ianya
haruslah memahami kepada konsep stresor atau dikenali sebagai punca kepada stres. Sebelum
seseorang individu mengalami masalah stres, individu tersebut akan mengalami stresor iaitu
keadaan-keadaan yang menyebabkan terjadinya stres dan dianggap merbahaya kepada
kesejahteraan individu (Hatta Sidi, 2003).
Dalam konteks ini ianya juga berkait rapat dengan definisi atau istilah yang digunakan
iaitu fight-or-flight. Untuk memahami konsep ini ianya adalah tindakbalas yang akan
membantu individu berfikir mengenai peranan emosi dalam kehidupan seharian. Kebanyakan
daripada kita pada hari ini lebih mengfokuskan kepada aspek logikal, pemikiran semulajadi
dan mengabaikan aspek pembentukan emosi daripada seseorang individu. Maka pembentukan
emosi tersebut hasil daripada rangsangan neuron dalam badan individu semasa stres dan
ianya berubah dan dapat dikesan melalui cara pernafasan dan degupan jantung individu. Maka
rangsang tersebut akan memberikan kesan secara tidak langsung kepada individu yang
mengalami stres. Maka istilah yang lebih tepat megenai konsep fight-or-flight yang diberikan
oleh Olson (2006) adalah merujuk kepada perubahan biochemical dan badan yang
menunjukan reaksi semulajadi akibat daripada persekitaran stresor.

Pada kebiasaannya tindakbalas fight-or flight juga merujuk kepada respons
psikologikal apabila sesuatu emosi yang kuat menguasai diri seseorang individu. Terdapat
banyak kajian-kajian khusus yang secara konsep ini antara adalah menurut Gerhard Vossel
(1987), menyatakan peristiwa kehidupan berbeza akan membawa konsep stres yang berbeza
dan ianya merujuk kepada reaksi spontan. Menurut Hans Selye (2007) , beliau adalah individu
pertama yang menggunakan istilah stres dalam menerangkan biologi tubuh badan yang
memberi tindak balas dalam mekanisme tertentu yang mana menurut Selye stres adalah
tindakbalas yang tidak spesifik kepada tubuh badan. Walau bagaimanapun, menurut Cooper
(2005) menyatakan bahawa tubuh badan mempunyai limitasi untuk bertindakbalas dengan
stresor dan ini yang berlaku di situasi tempat kerja yang mempunyai senario yang pelbagai,
permintaan daripada pelbagai jenis individu dan apabila terdapat bnyak stresor untuk jangka
masa yang panjang maka individu tidak dapat bertahan untuk mengawal sebarang lagi
tekanan yang ada.

4

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
Oleh itu, dalam konsep stres di tempat kerja merupakan sesuatu yang tidak boleh
dipisahkan kepada individu yang terlibat secara lansung dalam dunia kerjaya. Menurut Brief,
Schuler & Van Sell (1981) menyatakan bahawa stres di tempat kerja merupakan tindakbalas

individu terhadap perkara-perkara yang berlaku dalam persekitaran kerja, iaitu situasi yang
mengecam individu tersebut dan individu tersebut tidak mampu untuk menyesuaikan diri
dalam keadaan persekitran kerja tersebut. Walau bagaimanapun terdapat beberapa aspek yang
dilihat turut mempengaruhi konsep stres dalam kerjaya pada hari ini. Terdapat beberapa faktor
yang sebenarnya mempengaruhi individu untuk mengalami tekanan.
Berdasarkan kepada konsep yang diterangkan oleh Hellriegel & Slocum (2009)
menyatakan bahawa pengalaman lepas akan dipengaruhi oleh persepsi serta sokongan sosial
yang pernah terjadi kepada seseorang individu. Maka kitaran tersebut akan turut dipengaruhi
oleh sumber lain iatu tekanan atau stres daaripada aspek persekitaran dan akhirnya akan
menghasilkan stres kepada seseorang individu. Namun konsep yang lebih mudah ditunjukan
oleh satu konsep yang dipanggil Sindrom Penyesuaian Umum (General Adaptation
Syndrome-GAS) yang pada kebiasaaannya menerangkan penyebab kepada stres. Berdasarkan
kepada gambarajah 2.0 menerangkan bahawa terdapat tiga tahap yang diperkatakan oleh H.
Selye (1956) iaitu peringkat pertama amaran, peringkat kedua adalah penentangan dan
peringkat ketiga adalah keletihan.

Peringakat 1:
AMARAN

Peringakat 3:

KELETIHAN

Peringakat 2:
PENENTANGAN

Gambarajah 1.0
5

Tahap normal
penentangan terhadap
ransangan persekitaran

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
(Sindrom Penyesuaian Umum)
Menurut peringkat dalam model ini, pada fasa pertama iaitu amaran (alarm stage),
individu akanmengenalpasti dan menyedari ancaman yang wujud daripada penyebab stres.
Maka dalam fasa ini persepsi akan menghantar mesej ke otak dan memberi kesan biomekanikal yang akhirnya membawa kesan kepada pernafasan dan juga jantung. Pada
peringkat ini juga badan akan mula memberi tindakbalas dan jika tidak dapat dikawal maka
akan berlaku proses kedua dalam model ini iaitu penentangan. Pada fasa kedua iaitu
penentangan (resisitance stage) iaitu jika individu tidak dapat mengawal tekanan yang

dihadapi maka perasaan tertekan akan mula dirasai. Peringkat penentangan masih lagi akan
berlaku pada tahap hormon dilindungi oleh kelenjar pituitari dan korteks adrenal (Zafir,
2010). Pada peringkat ini juga jika pendedehan kepada stres masih berlaku maka individu
akan mengalami tahap keletihan akibat daripada simptom fisiologi yang berterusan dan ianya
akan terus berulang dan boleh membahayakan diri individu jika gagal mengatasi stres yang
ada.
2.0 PERBEZAAN PERSONALITI DAN STRES
Terdapat pelbagai jenis personaliti yang berkait secara langsung dengan situasi stres
dan ini termasuklah berkaitan keyakinan kendiri dan kemampuan mengawal diri. Personaliti
secara umumnya boleh memberi kesan bagaimana individu menerima dan menunjukan riaksi
kepada sesuatu situasi yang berlaku seperti stresor. Seperti contohnya, individu yang
mempunyai keyakinan kendiri yang rendah akan memilih pekerjaan yang diyakini bahawa
ianya mampu dibawa oleh dirinya berbanding individu yang mempunyai kawalan kendiri
yang baik mampu menerima cabaran dalam pemberian tugas yang diberikan. Keadaan ini
menunjukan bahawa individu yang mempunayi keyakinan kendiri yang tinggi mempunyai
tahap kepercayaan yang tinggi terhadap kemampuan yang dimiliki olehnya. Oleh itu dalam
bahagian ini, ianya akan membincangkan secara lebih terperinci mengenai personaliti yang
menyumbang kepada tahap stres kepada individu.
2.1 PERSONALITI JENIS A
Jenis personaliti A merujuk kepada individu yang terlibat dalam usaha atau cita-cita

yang ingin dicapainya lebih daripada kebiasaan berbanding dengan jenis personaliti B yang
merujuk kepada individu yang lebih mudah, relaks, sabar, pendengar yang baik dan
6

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
mempunyai jangka masa yang panjang untuk melihat sesuatu aspek (Hellriegel, 2009).
Berikut adalah beberapa karekteristik personaliti A iaitu:
i.
Tindakbalas yang cepat mengenai ketetapan masa
ii. Lebih bersifat extrem dalam persaingan dan ianya lebih bersifat permusuhan
iii. Lebih memikirkan sesuatu berbanding memikirkan seseorang
Menurut kajian yang dilakukan oleh Turnipseed (1993) menyatakan bahawa mereka
yang mempunyai personaliti A mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapai masalah
janting. Pada kebiasaanya, individu A selalu bersikap seperti bercakap dengan laju dan tidak
puas dengan apa yang mereka miliki. Mereka yang memiliki personaliti ini cenderung untuk
berdebat pada sesuatu perkara dan akan menjawab persoalan yang diajukan sebelum persolan
tersebut habis diajukan. Oleh itu, ada kajian yang menyokong seperti kajian yang dilakukan
oleh Clarke (2003) mengenai tahap tekanan di dalam organisasi mengaitkan bahawa
personaliti A akan menunjukkan seseorang individu berada dalam keadaan marah,
bermusuhan, agresif serta tingkahlaku dalam kehidupan mereka akan cenderung untuk berada
dalam keadaan tertekan.
Selain itu, menurut kajian yang di lakukan oleh Janice (1995), beliau mengkaji antara
jenis personaliti iaitu personaliti jenis A dan jenis B, persepsi stres dan serta psikologi yang
baik. Kajian ini melibatkan 143 orang daripada perbankan, kewangan dan syarikat insurans di
Singapura bagi mengetahui tahap stres individu tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah soal
selidik bagi mengumpulkan maklumat dan data. Berdasarkan kajian ini dapat ditaktifkan
bahawa individu yang mempunyai personaliti jenis A lebih terdedah kepada tahap stres yang
tinggi. Walau bagaimanapun, individu personaliti jenis A terjejas kesihatan mereka akibat dari
tahap stres yang tinggi. Walaubagaimana pun menurut kajian yang dilakukan oleh Irwan
(2005) yang mengkaji hubungan personaliti dengan stres telah mendapati bahawa faktor yang
mungkin dipengaruhi oleh personaliti seperti faktor keterbukaan, lokus kawalan, pengawalan
diri dan Machiavellisme. Hasil dapatan yang menggunakan kaedah ujian statistik korelasi
Spearman telah mendapati bahawa hubungan personaliti dengan stres adalah sangat lemah.
2.2 PERSONALITI TAHAN LASAK (THE HARDY PERSONALITY)
Individu yang mampu menangani kesan negatif stres terhadap kesihatan didapati
mempunyai personaliti tahan lasak. Personaliti tahan lasak adalah seseorang yang mempunyai
ciri-ciri seperti mempunyai rasa komitmen, bertindak balas terhadap setiap kesukaran dengan
menanggap ianya merupakan cabaran dan peluang, dan menganggap bahawa seseorang
7

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
mempunyai kawalan ke atas kehidupannya sendiri (Fisher, 2007). Personaliti tahan lasak juga
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
-

mempunyai kawalan diri sendiri (personal control) terhadap peristiwa-peristiwa dalam

-

kehidupan mereka;
kecenderungan untuk mengaitkan tingkah laku sendiri dengan faktor-faktor dalaman

-

berbanding dengan faktor-faktor luaran
komitmen yang tinggi dalam kerja-kerja dan hubungan peribadi mereka; tidak

-

mengasingkan diri mereka apabila sesuatu menjadi sukar; dan
berkeupayaan untuk melihat perubahan yang tidak dijangka atau ancaman yang
berpotensi sebagai cabaran dan peluang untuk pertumbuhan.
Tahap ketahanan yang tinggi mengurangkan kesan negatif dalam keadaan-keadaan

tekanan. Ianya mengurangkan tekanan dengan mengubah cara di mana seseorang melihat
penyebab tekanan tersebut. Konsep personaliti yang tahan lasak memberikan pandangan yang
berguna dalam peranan perbezaan individu dalam tindak balas kepada tekanan. Seorang
individu yang mempunyai tahap ketahanan yang rendah menganggap banyak peristiwa atau
situasi yang memberi tekanan; manakala seorang individu yang mempunyai tahap ketahanan
yang tinggi pula menganggap kurang peristiwa atau keadaan yang boleh menyebabkan
tekanan.
Seseorang dengan tahap ketahanan yang tinggi tidak mudah terpengaruh dengan
situasi yang mencabar atau sukar. Sebaliknya, berhadapan dengan tekanan tersebut,
personaliti tahan lasak cuba mengatasi permasalahannya atau memberi maklum balas secara
membina dengan cuba untuk mencari penyelesaian untuk mengawal atau mempengaruhi
peristiwa dan situasi. Respon tingkah laku ini biasanya mengurangkan reaksi tekanan,
peningkatan tekanan darah secara sederhana, dan mengurangkan kebarangkalian kesan
kesihatan yang buruk. Kecekapan diri melibatkan keupayaan untuk menilai kekuatan sendiri
dan

kelemahan,

menetapkan

dan

mencapai

matlamat

profesional

dan

peribadi,

menyeimbangkan kerja dan kehidupan peribadi, dan melibatkan diri dalam pembelajaran baru
dan perubahan dalam kemahiran, tingkah laku, dan sikap.
3.0 PUNCA-PUNCA UTAMA STRES

3.1 PUNCA-PUNCA TEKANAN BERKAITAN PEKERJAAN
8

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
Pekerja biasanya berhadapan dengan stres samada berkaitan dengan kehidupan
mereka ataupun dunia pekerjaan itu sendiri. Oleh itu, memahami interaksi antara kedua-dua
punca tekanan ini adalah amat penting. Punca-punca tekanan yang berkaitan dengan
pekerjaan terdapat dalam pelbagai bentuk. Gmbarajah 3.0 menunjukkan rangka kerja
bagaimana faktor-faktor dalaman individu itu sendiri mempengaruhi pekerja dalam
mengalami tekanan.

Penyebab stres
berkaitan pekerjaan
Beban Kerja

Keadaan Pekerjaan

Dipengaruhi oleh diri
pekerja sendiri

Konflik dan
Kesamaran Peranan

Persepsi-persepsi

Pembangunan
Kerjaya

Pengalamanpengalaman lepas
Stres yang dialami
oleh pekerja

Perhubungan
Interpersonal

Sokongan Sosial

Kekerasan di Tempat
Kerja

Perbezaan Individu

Konflik diantara
Peranan Kerja dan
Kehidupan

Gambarajah 3.0
Terdapat tujuh penyebab utama tekanan yang berkaitan dengan kerja, ini termasuklah;
i.

Beban Kerja
9

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
Untuk sesetengah pekerja, mempunyai terlampau banyak kerja untuk dilakukan dan
tidak mempunyai cukup waktu atau sumber untuk melakukannya menjadi penyebab
utama stres. Beban peranan (role overload) muncul apabila tuntutan kerja melebihi
kapasiti seorang pengurus atau pekerja untuk memenuhi kesemua tuntutan tersebut dengan
secukupnya. Sesetengan pekerja mungkin akan berterusan dalam keadaan tersebut. Kajian
mendapati bahawa beban kerja atau “ terpaksa bekerja dengan kuat” merupakan punca
utama stres (Brinson & Benoit, 1999).
Mempunyai kerja yang terlalu sedikit juga adakalanya boleh mendatangkan stres.
Pengurus kadangkala cuba untuk melakukan kerja-kerja pekerja bawahan mereka, ataupun
micromanage, apabila pekerjaan mereka sendiri tidak cukup mencabar. Micromanage ini
mungkin mengurangkan tekanan pengurus tersebut yang disebabkan oleh kebosanan yang
dialami, tetapi ia juga mungkin meningkatkan tekanan para pekerja pebawahan kerana
orang atasan sentiasa mememerhatikan mereka atau mengkritik keputusan mereka.
ii.

Keadaan Pekerjaan
Keadaan kerja yang kurang baik juga merupakan salah satu penyebab tekanan di
tempat kerja. Ini termasuklah suhu yang melampau, bunyi bising yang kuat, terlalu banyak
atau terlalu sedikit pencahayaan, radiasi, dan pencemaran udara disekeliling pekerja
tersebut. Keperluan perjalanan luar stesen yang terlalu kerap atau perlu berulang alik
dalam jarak jauh dari rumah ke tempat kerja merupakan antara aspek lain pekerjaan yang
mendatangkan stres kepada pekerja. Kesemua keadaan persekitaran pekerjaan, perjalanan
yang terlalu kerap, dan mengambil masa yang lama ini akan menyebabkan peningkatan
stres dan penurunan prestasi pekerja itu sendiri.
Dalam mengambil kira perkembangan teknologi itu sendiri, ianya sememangnya
memberikan pelbagai manfaat kepada masyarakat secara amnya, namun tidak kurang
dalam keadaan tertentu, ianya mungkin akan mendatangkan tekanan kepada seseorang
individu. Dalam konteks kerja, kebanyakan pekerja-pekerja menerima e-mail, teks mesej,
panggilan telefon, dan mesej pesanan suara dalam jumlah yang banyak. Dengan bantuan
teknologi juga beberapa pekerjaan mungkin boleh mendatangkan kedua-dua fleksibiliti
yang maksimum dan tekanan yang maksimum. Ianya sememangnya mudah untuk
melaksanakan kerja-kerja bila-bila masa dan dimana sahaja dengan bantuan teknologi

10

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
(Spitberg & Cupach, 2007). Namun bagi sesetengah pekerja, ini menjadikan mereka agak
sukar untuk meletakkan sempadan mental antara kerja dan rumah.
iii.

Konflik dan Kesamaran Peranan
Konflik dan kesamaran peranan ini juga merupakan punca kepada stres berkaitan
pekerjaan. Konflik peranan merujuk kepada jangkaan yang berbeza tentang sesuatu atau
tuntutan yang berlebihan ke atas seseorang di tempat kerja. Kesamaran peranan pula
berlaku apabila seseorang pekerja tidak pasti mengenai tugas-tugas dan tanggungjawab
yang diberikan. Konflik peranan dan kesamaran peranan ini banyak berlaku pada pekerja,
manakala konflik jangkaan yang bercanggah pula berlaku kepada pengurus.
Tanggungjawab bagi tingkah laku orang lain dan kekurangan peluang untuk turut serta
dalam membuat keputusan yang penting melibatkan kerja adalah aspek lain dalam
peranan pekerja yang boleh memberi tekanan (Marshak, 2007).

iv.

Peningkatan Kerjaya
Penyebab tekanan yang utama berkaitan dengan perancangan dan peningkatan
kerjaya adalah melibatkan keselamatan kerja, kenaikan pangkat, perpindahan, dan peluang
peningkatan kerjaya. Seorang pekerja boleh merasa tertekan disebabkan underpromotion
(kegagalan untuk maju secepat yang dikehendaki) atau overpromotion (promosi kepada
pekerjaan yang melebihi kecekapan individu). Penyusunan semula (reorganizatios) dan
pengurangan pekerja (downsizings) boleh mengancam kerjaya dan merupakan punca
tekanan yang serius. Pengurangan tenaga kerja merupakan satu usaha untuk menjimatkan
wang, meningkatkan kecekapan dan juga untuk keuntungan (Keil et. al, 2007). Apabila
sesuatu pekerjaan, pasukan, jabatan, atau keseluruhan organisasi disusun semula, pekerja
sering mempunyai pelbagai masalah berkaitan kerjaya cth; Bolehkah saya melaksanakan
tugas dengan cekap dalam keadaan yang baru? Bolehkah saya memajukan syarikat?
Adakah tugas baru saya selamat?. Biasanya pekerja akan merasa tertekan terhadap
perkara-perkara ini.

v.

Perhubungan Interpersonal
Sesuatu pasukan dan kumpulan mempunyai kesan atau impak yang besar terhadap
tingkah laku pekerja. Hubungan kerja dan interaksi yang baik dengan rakan sebaya, orang
bawahan, dan pegawai atasan adalah aspek-aspek penting kepada organisasi dalam
11

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
membantu pekerja mencapai matlamat peribadi dan organisasi. Apabila berlaku hubungan
yang tidak baik, ianya boleh menjadi punca tekanan. Dalam satu tinjauan kebangsaan
baru-baru ini, 90 peratus daripada responden berkata mereka telah berhadapan dengan
ketidaksopanan di tempat kerja. Daripada jumlah ini, sebanyak 50 peratus kehilangan
masa bekerja disebabkan kebimbangan mengenai kejadian tersebut, dan 50 peratus lagi
mempertimbangkan untuk bertukar kerja untuk mengelakkan berulangnya perkara
tersebut (Vigoda-Gadur & Drory, 2006). Ketidaksopanan merujuk kepada kekasaran dan
kekurangan pekerja mengambil berat terhadap satu sama lain. Ia termasuk pelanggaran
norma kerja untuk saling menghormati (Beamer & varner, 2008).
Tahap tingkah laku politik yang tinggi, atau "politik pejabat", juga boleh
mewujudkan tekanan terhadap pengurus dan pekerja. Sifat perhubungan dengan orang lain
boleh mempengaruhi bagaimana pekerja bertindak balas terhadap penyebab stres yang
lain. Dalam erti kata lain, hubungan interpersonal boleh menjadi sebagai sama ada punca
tekanan ataupun sokongan sosial yang membantu pekerja menghadapi tekanan.

vi.

Kekerasan di Tempat Kerja
Kekerasan di tempat kerja ini termasuklah buli, gangguan seksual, keganasan di
tempat kerja (cth; mencederakan, menendang, membaling objek, menggigit, memukul,
meludah mengancam), dan pencerobohan terhadap organisasi itu sendiri (cth; kecurian
peralatan/ bekalan/ wang, merosakkan atau memusnahkan peralatan atau kemudahan
tempat kerja). Ini semua boleh mendatangkan stres kepada pekerja.

vii.

Konflik di antara Peranan Kerja dan Kehidupan
Seseorang mungkin mempunyai banyak peranan dalam kehidupannya (cth; pekerja,
ahli keluarga, sukarelawan, dan sebagainya). Hanya satu daripada peranan ini dikaitkan
dengan kerja (walaupun sesetengah individu boleh memegang lebih daripada satu tugas
dalam satu masa) (Eckert, 2005). Peranan ini boleh mendatangkan konflik tuntutan dan
boleh menjadi punca tekanan. Tambahan pula, kerja biasanya hanya memenuhi matlamat
dan keperluan sesetengah orang sahaja.

12

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
Matlamat dan keperluan lain mungkin bercanggah dengan matlamat kerjaya, yang
mana ianya boleh menjadi sumber tambahan kepada tekanan. Sebagai contoh, keinginan
peribadi pekerja untuk menghabiskan masa atau mempunyai lebih banyak masa lapang
dengan keluarga mereka mungkin bercanggah dengan waktu tambahan yang diperlukan
untuk mereka berusaha untuk memajukan kerjaya mereka. Pasangan yang mempunyai
dwi-kerjaya yang mana mempunyai anak telah membawa kepada konflik peranan kerja
dan keluarga. Sebagai contoh, apabila anak-anak sakit, siapakah yang akan mengambil
tanggungjawab utama untuk membawa mereka berjumpa doktor atau tinggal di rumah
dengan mereka?

3.2 PUNCA-PUNCA STRES BERKAITAN KEHIDUPAN
Sumber utama stres bagi kebanyakan pekerja jelas merupakan tekanan diantara
tuntutan kerja dan keluarga (Gudykusnt, 2005). Gambarajah 4 menunjukkan, kedua-dua
tekanan kerja dan keluarga yang boleh menyumbang kepada stres kerja-keluarga kerana
tekanan di satu kawasan boleh mengurangkan kemampuan seseorang untuk menghadapi
tekanan dalam kawasan lain. Tekanan yang tidak bersesuaian mencetuskan stres, yang,
seterusnya membawa kepada konflik kerja-keluarga. Konflik-konflik ini mungkin
mendatangkan rasa tidak puas hati, kekecewaan, dan kemurungan.
Penyebab stres dalam kehidupan adalah ketegangan, kebimbangan. dan konflik yang
berpunca daripada tekanan dan tuntutan dalam kehidupan peribadi seseorang. Individu perlu
menghadapi pelbagai tekanan hidup; mereka berhadapan dengan tekanan ini dengan cara yang
berbeza disebabkan personaliti, umur, jantina, pengalaman, dan ciri-ciri lain. Walau
bagaimanapun, tekanan hidup yang memberi kesan kepada hampir semua orang adalah yang
disebabkan oleh perubahan yang ketara dalam hidup seperti perkahwinan, perceraian,
kematian ahli keluarga, dan sebagainya. Setiap orang mempunyai kapasiti yang terhad untuk
bertindak balas kepada tekanan tersebut. Perubahan yang terlalu banyak dan terlalu cepat
boleh meletihkan keupayaan badan untuk bertindak balas dan menyebabkan kesan-kesan
negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental seseorang.

Tekanan Kerja vs
Tekanan Keluarga

13

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016

Mewujudkan Stres
Kerja dan Keluarga
terhadap Pekerja

Membawa kepada
Konflik KerjaKeluarga

Mencetuskan
Kemungkinan:
 Ketidakpuasan hati
 Kekecewaan
 Kemurugan
 Lain-lain

Gambarajah 4.0
Aliran Tekanan Kerja-Keluarga, Stres dan Konflik

4.0 KESAN STRES
Stres di tempat kerja memberikan kesan kepada kesihatan individu dan sesebuah
organisasi. Kesan tekanan tersebut dapat dilihat daripada aspek fizikal, emosi dan tingkah
laku. Kesan stres kepada fizikal individu termasuklah peningkatan tekanan darah, serangan
jantung, berpeluh, kesukaran bernafas dan kesukaran untuk bernafas manakala kesan stress
kepada emosi termasuklah kemarahan, kebimbangan, kemurungan, penghargaan kendiri yang
rendah, ketidakupayaan untuk memberikan perhatian dan membuat keputusan, gemuruh dan
tiada kepuasan dalam bekerja. Kesan stress kepada tingkah laku termasuklah prestasi kerja
yang lemah, ponteng kerja, penyalahgunaan bahan seperti pengambilan minuman beralkohol
dan kesukaran untuk berkomunikasi.
14

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
4.1 KESAN KEPADA KESIHATAN
Masalah kesihatan yang disebabkan oleh stres termasuklah sakit tulang belakang, sakit
kepala, sakit perut, masalah pencernaan dan masalah mental. Penyakit yang disebabkan stres
menjadi beban kepada individu dan sesebuah organisasi. Kemurungan yang berpunca
daripada stress boleh menjejaskan tahap kesihatan individu. (Zafir dan Fazilah, 2006). Kajian
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menunjukkan empat penyebab utama masalah kesihatan
mental iaitu kemurungan selain daripada penyakit jantung yang boleh menjejaskan kos
pengurusan sesebuah industri. (Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2006).
Kementerian Kesihatan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga
turut melaporkan bahawa stress di tempat kerja adalah penyumbang kepada peningkatan
masalah kesihatan mental di Malaysia. Masalah kesihatan yang kronik ini berlaku dikaitkan
dengan tekanan darah yang meningkat akibat daripada dinding arteri yang sempit disebabkan
terhalang dengan kolestrol dalam darah sehingga menyukarkan darah melalui arteri yang
menjadi semakin sempit dan akhirnya menyebabkan tekanan darah menjadi semakin tinggi.
(Rollinson D, 2005). Apabila individu mengalami stress, tekanan darah akan meningkat dan
menurun dengan tidak stabil.
Stres di tempat kerja mempunyai kaitan dengan penyakit jantung dan seterusnya
menjadi penyebab kepada masalah kesihatan yang lain seperti ketegangan mata, telinga
berdengung, batuk yang teruk, sakit dada, masalah perut dan sakit kepala. (Y-Cheng, 2001).
Masalah kesihatan ini boleh memberikan kesan kepada sesebuah organisasi seperti
ketidakhadiran, penurunan prestasi kerja, kemalangan di tempat kerja dan juga pengambilan
dadah dan alkohol.
4.2 KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
Stress yang dialami oleh seseorang pekerja akan membawa kepada peningkatan untuk
mengalami kecederaan dan kemalangan di tempat kerja. Malah keadaan ini telah terbukti
berlaku di negara-negara yang sedang membangun. Situasi pekerjaan pada masa hadapan
memerlukan pekerja untuk bekerja dan berdiri dalam tempoh masa yang lama khususnya
dalam industri perkilangan yang melibatkan syif bekerja sehingga lupa kepada penjagaan
kesihatan akhirnya akan menyebabkan stress semakin kronik.
15

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016

Berdasarkan laporan dari tahun 1999 sehingga 2003 bagi sektor perkilangan yang
mencatatkan jumlah kemalangan yang tertinggi berbanding sektor lain. Stres dalam kalangan
pekerja dapat dilihat apabila pekerja mengalami kurang daya ketahanan terhadap penyakit,
menganggu tidur serta menghilangkan daya tumpuan. Stres yang berpanjangan akan
menyebabkan pekerja cenderung untuk melakukan kesilapan dan kecuaian yang membawa
kepada kemalangan, kecederaan, kualiti kerja yang rendah dan menjejaskan produktiviti
sesebuah organisasi.
4.3 KESAN KEPADA KOS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA
Stres yang berpanjangan akan meningkatkan kos keselamatan dan kesihatan pekerja
secara keseluruhannya. Keadaan ini memberi kesan kepada produktiviti sesebuah organisasi.
Tuntutan berhubung dengan kecederaan dan kesakitam disebabkan stres di tempat kerja telah
meningkat sebanyak 33 % di United Kingdom. Malah stres di tempat kerja telah
menyebabkan kehilangan 13.4 juta hari dalam setahun akibat ketidakhadiran ke tempat kerja
yang membawa kepada kerugian terhadap ekonomi sebanyak sebanyak 3.8 billion di Great
Britain.
Di Amerika Syarikat pula, hamper sejuta pekerja tidak hadir bekerja dalam mana-mana
hari akibat stress di tempat kerja lantas menyumbang kepada peningkatan aduan pampasan
bekerja, kos penjagaan kesihatan, kecacatan, ketidakhadiran dan pengurangan produktiviti. Di
Amerika Syarikat, stress di tempat kerja menyumbang kepada 90% gangguan kesihatan yang
melibatkan seramai 60 juta sehingga 120 juta pekerja di seluruh dunia berisiko menghadapi
kecederaan di tempat kerja.
4.4 KESAN KEPADA GANGGUAN TRAUMA KUMULATIF (CTD)
Stres di tempat kerja boleh menyebabkan berlakunya gangguan trauma kumulatif.
Gangguan ini berlaku tanpa mengira jenis pekerjaan dan mendorong kepada berlakunya
ketidakhadiran ke tempat kerja, tuntutan pampasan dan kos penjagaan kesihatan. Simptom
gangguan ini terjadi apabila seseorang pekerja merasakan pergelangan tangan menjadi kebas
kerana perjalanan darah ke saraf anggota tubuh badan terganggu. Gangguan ini juga boleh
berlaku disebabkan persekitaran tempat kerja yang tidak selesa, kedudukan tubuh badan yang
teruk, kedudukan kerusi yang tidak betul dan masa rehat yang tidak mencukupi.
16

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
4.5 KESAN KEPADA PRESTASI KERJA
Stres di tempat kerja menyebabkan seseorang pekerja tidak dapat menunjukkan prestasi
kerja yang terbaik. Prestasi kerja semakin merosot Malah seseorang pekerja menghadapi
masalah ketidahadiran ke tempat kerja disebabkan bosan dengan kerja yang sedikit atau
tertekan dengan bebanan tugas yang berat selain daripada mengalami kecederaan disebabkan
tidak dapat fokus kepada kerja yang dilakukan.
Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada diri sendiri tetapi turut memberi kesan
kepada sesebuah organisasi dan seterusnya kepada negara. Pekerja yang mengalami
kecederaan disebabkan stress, boleh menjejaskan prestasi kerja dan memberi kesan kepada
produktiviti organisasi. Oleh yang demikian, masalah ini seharusnya tidak diabaikan oleh
sesebuah organisasi kerana ia menyebabkan sumber manusia sesebuah negara kehilangan
daya saing. Pekerja yang mempunyai masalah kerja akan menjejaskan prestasi kerja yang
akan mendorong kepada kegagalan menggunakan sepenuh kreativiti dan melakukan pekerjaan
dengan kadar yang minimum.
Malah seseorang pekerja cenderung untuk mengalami kecederaan dan kemalangan di
tempat kerja kerana tidak dapat fokus terhadap pekerjaan yang dilakukan. Keadaan ini akan
menjejaskan organisasi dan akhirnya memberi kesan buruk kepada produktiviti negara.
Sewajarnya seorang majikan perlu peka tentang tekanan yang dihadapi oleh pekerja dengan
memberikan semangat untuk meningkatkan prestasi kerja adalah sangat penting. Keadaan ini
dapat dilihat apabila semakin tinggi tahap tekanan yang dihadapi oleh pekerja maka semakin
rendah produktiviti prestasi pekerja dalam sesebuah organisasi.
4.6 KESAN KEPADA KEHIDUPAN SOSIAL
Stres di tempat kerja juga memberi kesan kepada kehidupan sosial seseorang pekerja.
Keadaan ini dapat dilihat apabila stress memberikan kesan kronik seperti penyakit mental,
kemurungan, cepat marah dan tidak suka bergaul. Malah stress yang berpanjangan boleh
menyebabkan pekerja membawa masalah kebimbangan tersebut ke rumah sehingga boleh
menganggu psikologi dan hubungan sosial mereka. Stres di tempat kerja bukan sahaja
memberikan kesan kepada organisasi tetapi turut memberikan kesan kepada kehidupan
peribadi.
17

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016

4.7 KESAN KEPADA STRES KERJA YANG MELAMPAU
Stres kerja yang melampau adalah disebabkan kesan bekerja dalam keadaan stres yang
tidak dapat dielakkan. Keadaan ini membawa kepada ketidakpuasan dalam bekerja. Simptom
yang dialami disebabkan stress kerja yang melampau adalah dapat dilihat dengan keletihan
emosi yang dialami seperti keletihan yang kronik, sinis, negative dan marah terhadap orang
lain. Selain itu, mengalami perasaan kurang keyakinan diri seperti hilang minat dan motivasi
untuk meningkatkan prestasi kerja, ketidaupayaan untuk memberi tumpuan dan menjadi
pelupa.
Kebarangkalian yang tinggi berlakunya stres melampau adalah daripada golongan
individu yang mempunyai intensiti tinggi dalam hubungan interpersonal. Hubungan
interpersonal ini membawa kepada keletihan emosi. Risiko stres kerja yang melampau
cenderung dihadapi oleh golongan pekerja social, jururawat, polis dan guru. Malah turut
dirasai oleh pemilik perusahaan dan pengurus yang memberikan stres untuk mengurangkan
kos, meningkatkan keuntungan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
pelanggan.
Individu yang bekerja dibawah stres, persaingan, konflik, masalah kewangan, kesunyian
dan lain-lain menghasilkan sesuatu yang tidak memenuhi target yang ditetapkan, beban kerja
yang melampau, lemah dalam membuat keputusan dan kurang kawalan diri. Keadaan ini
membawa kepada tekanan, keletihan, kekecewaan dan tidak berdaya.
5.0 PENGURUSAN STRES
5.1 GARIS PANDUAN INDIVIDU
Tujuan garis panduan ini adalah untuk mengawal faktor-faktor yang membawa
kepada stres dan mendorong individu supaya dapat bertahan dan dapat menyesuaikan
diri dengan sebarang bentuk tekanan. (Norlida & Rohayu, 2013)
5.1.1

MELAKSANAKAN TEKNIK PENGURUSAN MASA YANG
TETAP

18

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
Individu perlu melakukan senarai aktiviti seharian yang perlu
dilakukan, mengutamakan perkara penting yang perlu dilakukan, merancang
aktiviti dan tahu kemampuan dan produktiviti diri dalam melakukan aktiviti.
5.1.2

MENINGKATKAN AKTIVITI FIZIKAL
Individu boleh melakukan aktiviti senaman, aerobik, berjalan, bersukan,

berenang dan berbasikal sebagai aktiviti harian. Aktiviti fizikal ini dapat
membantu meningkatkan kemampuan jantung untuk berfungsi dengan baik dan
memberikan terapi kepada minda daripada tekanan kerja. Malah aktiviti ini
dapat memberikan kesegaran kepada minda dan tubuh badan.
5.1.3

MELAKUKAN AKTIVITI RELAKSASI
Aktiviti seperti meditasi, yoga dan tai chi mampu untuk memberikan

ketenangan pada tubuh badan dan minda seseorang individu. Meditasi mampu
untuk mengeluarkan diri individu daripada kehidupan yang stress dan
memberikan ketenangan pada minda. AKtiviti relaksasi selama 15 minit hingga
30 minit setiap hari mampu untuk mengurangkan stress yang dihadapi oleh
seseorang individu.

5.1.4

MENGEMBANGKAN HUBUNGAN SOSIAL
Hubungan sosial termasuklah rakan, keluarga dan rakan sekerja.

Seseorang individu memerlukan teman untuk berbual dan berkongsi masalah
untuk mengurangkan stress yang dihadapi. Berbual dan berkongsi masalah
dapat meringankan beban yang ditanggung oleh seseorang seterusnya dapat
mengurangkan tahap stress yang dihadapi.
Selain itu, pengambilan makanan yang berkhasiat, gaya hidup yang sihat, rehat
yang secukupnya serta menjaga diri sendiri penting bagi menghindari daripada stres.
Malah seseorang individu perlu mengurangkan kecenderungan untuk mencari
kesempurnaan dalam setiap yang dilakukan. Seseorang individu juga perlu
19

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
menyeimbangkan antara kerjaya dan kehidupan peribadi kerana diri sendiri juga
memerlukan rehat dan bergembira.
5.2 GARIS PANDUAN ORGANISASI
5.2.1

PEMILIHAN KAKITANGAN YANG BERSESUAI DAN
PENGGANTIAN KERJA
Bahagian pengurusan bagi sesebuah organisasi perlu memilih individu

yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Hal ini adalah supaya individu
tersebut mampu untuk menangani stress yang dihadapi dan mampu untuk
bekerja tanpa dalam pengaruh stress.
5.2.2

MENYEDIAKAN LATIHAN
Seseorang pekerja menghadapi stress di tempat kerja adalah disebabkan

mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi
terhadap tugasan yang dilakukan. Latihan perlu disediakan untuk memberi
pengetahuan terhadap pekerja dengan kemahiran yang diperlukan untuk
mengurangkan tahap stres pekerja.
5.2.3

MENETAPKAN MATLAMAT YANG REALISTIK
Seseorang pekerja mampu untuk memberikan prestasi yang baik

terhadap sesebuah organisasi apabila mempunyai matlamat yang realistik untuk
bekerja dengan produktif dan memberikan keuntungan kepada sesebuah
organisasi.
5.2.4

MENINGKATKAN PENGLIBATAN PEKERJA
Langkah ini boleh dilakukan dengan memberikan kepercayaan dan

tanggungjawab kepada pekerja untuk menguruskan kerja mereka bagi
mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh pekerja. Malah pekerja lebih
bebas dalam membuat keputusan terhadap tugasan mereka berbanding
bergantung kepada rakan sekerja yang lain.
5.2.5

MENINGKATKAN KOMUNIKASI
20

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
Kemahiran komunikasi yang lemah menyebabkan individu dalam
sesebuah organisasi mudah menghadapi stress di tempat kerja di mana pekerja
tidak jelas tugasan yang perlu dilakukan disebabkan kurang maklumat
diberikan. Oleh yang demikian, komunikasi mampu memberikan maklumat
yang tepat kepada pekerja.
5.2.6

MENYEDIAKAN CUTI SABATIKAL PEKERJA
Cuti sabatikal perlu diberikan kepada pekerja untuk membolehkan

pekerja berehat dan melancong disamping mengikuti projek peribadi.
Contohnya dapat dilihat apabila pekerja dalam university awam ditawarkan
cuti sabatikal selama tiga tahun dengan berbayar untuk memberikan fokus
kepada pelajaran. Keadaan ini membolehkan pekerja memberikan sepenuh
tumpuan kepada pelajaran.
5.2.7

PROGRAM KESIHATAN KORPORAT
Program kesihatan diwujudkan untuk membantu pekerja mengamalkan

gaya hidup yang sihat yang akan memberikan kesan positif terhadap kebaikan
sesebuah organisasi. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan
pekerja yang menghadapi penyakit yang kronik disebabkan stres di tempat
kerja.
6.0 KESIMPULAN
Stress di tempat kerja yang berlebihan boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan
seseorang individu yang berpunca daripada gangguan psikologi dan fisiologi. Gangguan yang
berpanjangan akan menjejaskan produktiviti seseorang individu dalam sesebuah organisasi
dan negara. Masalah berkaitan emosi dan stres di tempat kerja perlu diberi perhatian oleh
semua pihak demi memastikan tidak memberikan impak yang negatif kepada pekerja,
keluarga, organisasi dan negara.
RUJUKAN
1. Fisher, A. (2007). America’s Most Admired Companies. Fortune, 88-94.

21

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
2. Beamer, L., & Varner, I. (2008). International Communication in the Global
Workplace 4th ed. New York: McGrew-Hill.
3. Brinson, S. L., & Benoit, W. L. (1999). The Tarnishing Star. Mangement
Communication Quarterly, 12, 483-510.
4. Dorner, D., & Pfeifer, E. (1993). Strategic thinking and stress. Ergonomics, 36(11),
1345–1360
5. Eckert, G. (2005). Intercultural Communication. Mason, OH: Thomsons/ SouthWestern.
6. Gudykunst, W. B. (2005). Theorizing about Intercultural Communication. Thousand
Oaks, CA: Sage.
7. Harussani Zakaria. 2004. Stress Mengikut Pandangan Islam. Stress management
seminar papers - a Survey by the Islamic perspective, IKIM, Kuala Lumpur. 18-19
May, 2004
8. Hatta Sidi & Mohamed Hatta Shaharom (2002). Mengurus Stres : Pendekatan Yang
Praktikal. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka
9. Keil, M., Im, G. P., & Mahring, M. (2007). Reporting Bad News On Software
Projects: The Effects of Culturally Constituted Views of Fee-saving. Information
System Journal, 17,

59-87.

10. Marshak, R. J. (2007). Covert Process at Work: Managing The Five Hidden
Dimensions of Organizational Change. San Fransisco: Berrett-Koehler.
11. Matterson, M.T. & Ivanchevich, J.M. (1989). Controlling Work Stress: Effective
Human Resource and Management Strategies. San Francisco: Jossey-Bass Publishers
12. Norlida Kamaludin & Rohayu Mohd Hussein. (2013). Organizational Behaviour,
Oxford Fajar Sdn.Bhd, 212-223.
13. Selye, H. (2007). Stress Without Distress. United State of America : Penguin Group.
14. Selye, H. 1976. The Stress of Life. Review Edition: New York: McGraw-Hill Book Co
15. Slavin,L.A., Rainer,K.L., McCreary. M.L., & Gow&,K.K. (1991)Toward a
Multicultural Model of the Stress Process. Journal of Counseling & Development. 70.
156-162
16. Slocum, D.H. (2009). Organization Bahavior. Canada: South- Western.

22

Emosi & Stres Di Tempat Kerja 2016
17. Spitberg, B. H., & Cupach, W. R. (2007). The Dark Side of Interpersonal
Communication. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
18. Thompson, L. A., Williams, K. L., L'Esperance, P. R., & Cornelius, J. (2001). Context
dependent memory under stressful conditions: The case of skydiving. Human Factors,
43, 611–619.
19. Vigoda-Gadur, F., & Drory, A. (2006). Handbook of Organizational Politics. North
Hampton, MA: Edward Elgar Publishing.

23