PAPAN CERITA PENGERTIAN KAEDAH DAN PROSE

Page |1

PAPAN CERITA: PENGERTIAN, KAEDAH DAN PROSES
Wan Hasmah Wan Teh
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia
hasmahwt@usm.my
Abstrak
Papan cerita atau Storyboarding adalah satu elemen penting dalam proses penceritaan filem,
animasi atau dalam bentuk multimedia lainnya. Secara ringkas, proses penyediaan papan cerita
adalah dari mencipta shot visual terbaik dengan melukiskan/mengilustrasi sesuatu babak secara
ringkas untuk mengekspresikan pemahaman mengenai pentas, penyuntingan kontinuiti dan
komposisi. Kertas kerja ini akan memperincikan sejarah, pengertian dan kepentingan serta
masalah yang dihadapi oleh krew atau mereka yang terlibat dengan proses penghasilan papan
cerita sebelum sesebuah filem/drama atau animasi atau multimedia. Secara tidak langsung kertas
kerja ini akan memberi gambaran umum kepada pembaca untuk memahami bagaimana cerita
bergambar disampaikan melalui teknik-teknik seperti gubahan visual, pencahayaan, penyusunan,
pergerakan kamera yang biasanya diguna pakai dalam sesebuah filem cerita.
Kata Kunci: Papan cerita, filem, animasi, lukis/ilustrasi, visual, kontinuiti, audiovisual,
pencahayaan, pergerakan kamera


PENGENALAN DAN DEFINISI
Each visual tells us a story, whether it is a message to buy something or
to entertain us. Visuals can make us feel happy, agitated, skeptical, and
influence our decisions. (Tumminello, 2005:1)

Pengertian ringkas yang diberikan oleh Wendy Tumminello mengenai ‘gambar’ adalah untuk
memudahkan kita memahami kepentingan dan fungsi gambar-gambar tersebut dalam kehidupan
kita. Sedar atau tidak sedar ‘gambar’ memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dan
setiap gambar mempunyai ceritanya yang tersendiri atau dalam kata lain, setiap gambar
memerihalkan kisah sama ada berbentuk mesej atau pemujukan atau bertujuan untuk
menghiburkan. Sebagai contoh yang paling mudah lihat gambar-gambar di bawah ini:

Page |2

Gambar 1: Membuktikan setiap gambar mempunyai cerita atau menceritakan sesuatu.

Menurut James O. Fraioli, papan cerita adalah visual lakaran sesuatu babak atau aksi
yang terdapat di dalam sebuah lakon layar atau cerita bertulis (2000:12). Ia hampir menyamai
buku komik yang menampilkan lakaran kartun bersama dengan dialogue ballon untuk
memerihalkan perasaan dan pengucapan watak kartun yang ada di dalamnya. Marcie Begleiter

memberi gambaran ringkas tentang papan cerita iaitu sebagai skrip visual yang membolehkan
pengarah menterjemahkan dialog dan aksi yang terdapat di dalam lakon layar ke bahasa imejan
(2001:3). Menurut beliau lagi, papan cerita amat diperlukan kerana dewasa ini penulis skrip lebih
menumpukan penulisan mereka kepada aksi dan memberi penekanan terhadap dialog tanpa
memperincikan sudut kamera, transisi visual dan hal-hal teknikal lainnya.
Begleiter menjelaskan bahawa “The words of the script may be poetic, but the storyboard
is a concrete realization of that poetry into space and time” (2001:3). Skrip dan papan cerita
saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain. Skrip adalah cerita dan dihuraikan
melalui dialog dan perlakuan watak - memerlukan papan cerita untuk melukiskan aksi dan
suasana persekitaran serta props yang ada dalam cerita tersebut. Manakala papan cerita adalah
lakaran cerita dengan segala unsur teknikal yang difahami daripada skrip.
Mudahnya, papan cerita adalah satu siri lakaran yang digunakan sebagai alat perancangan
untuk menggambarkan bagaimana aksi tentang sesuatu cerita. Sejarah awal kelahiran papan
cerita moden adalah bukan untuk filem tetapi dalam penghasilan sebuah animasi pendek kartun
sebagai contoh animasi pertama iaitu “Krazy Kat” dan “Bobby Bumps” oleh McCay yang
mengambil masa selama lima minit yang ditayangkan tanpa alur cerita. Kemudian diikuti dengan
animasi “Koko the Clown” oleh Max dan Dave Fleisher sekitar tahun 1920an hingga 1930an.
Seterusnya Walt Disney telah meniru dan mengadun gaya yang digunakan oleh Fleisher
dan McCay untuk menghasilkan animasi karton pendek bertajuk “Alice in Cartoonland” yang


Page |3

akhirnya berkembang dengan membuat kajian dan percubaan dari pelbagai aspek lain melibatkan
teknologi kamera dan masa. Sejarah mencatatkan pada tahun 1928, Walt Disney telah
mengeluarkan animasi bertajuk “Plane Crazy”, sebuah cerita karton Mickey Mouse pertama
yang dihasilkan dari cerita lakaran yang hampir menyamai sebuah komik. Menariknya, cerita
lakaran itu lengkap dengan sudut pandang kamera, bingkai dan aksi perwatakan.
Bermula dari kejayaan animasi kartun, pengarah filem mula membuat perancangan awal
bagi filem mereka dengan menggunakan papan cerita untuk memperincikan aksi watak dan
kesan-kesan khas yang bakal digunakan ke dalam cerita. Antara filem terbaik yang dihasilkan
dengan bantuan papan cerita adalah filem “Citizen Kane” (1941) yang memberi tumpuan kepada
pencahayaan dan sinematografi, filem “Gone with the Wind” (1939) yang dihasilkan dari
penciptaan ratusan lukisan yang mencakupi penyusunan, komposisi dan pergerakan kamera.
Pengarah filem yang benar-benar mengguna pakai papan cerita sehingga membuatkan
filem arahannya menjadi pemangkin kepada teknik-teknik baru di dalam industri filem adalah
Alfred Hitchcock. Filem arahannya seperti “Rear Window” (1954), “Vertigo” (1958) dan
“Psycho” (1960) adalah antara filem yang menggunakan papan cerita yang dilukiskannya sendiri
dibantu oleh Saul Bass, pereka terkenal yang menghasilkan rantaian babak “shower” yang
berbelit-belit serta menggunakan lebih 75 buah kamera yang disusun untuk mendapatkan shot
yang berbeza-beza dengan menggunakan teknik ‘fast cuts’/potongan cepat dan sudut dramatik

kamera. Babak shower adalah babak yang paling kuat sehingga banyak sarjana teori dan teknik
filem menjadikannya sebagai contoh atau bahan kajian di universiti mereka. Secara tidak
langsung babak ini membuktikan bahawa penggunaan papan cerita dalam menghasilkan
sesebuah filem adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan.

KEPENTINGAN
1) Menjimatkan masa dan kewangan. Sebelum proses penggambaran dijalankan, pengarah atau
pelukis untuk merancang di atas kertas tentang apa yang ingin ditonjolkan di dalam cerita
tersebut. Sekarang yang lebih popular di kalangan pengarah sebelum proses menggambar adalah
mencipta animasi iaitu papan cerita yang bergerak. Proses ini dilihat lebih berguna untuk
menampilkan gerakan terutama untuk rangkaian aksi yang kompleks dan special effects. Proses
ini membantu pengarah untuk mengenal pasti shot terbaik untuk sesuatu babak sebelum babak
itu dicipta.

Page |4

2) Selain itu, papan cerita membantu pengarah dalam menggambarkan masa, percubaan untuk
sudut pandang kamera, pergerakan, dan kesinambungan antara elemen lain yang terdapat di
dalam bingkai. Krew yang terlibat juga menggunakan papan cerita untuk menyusun, menghalang
dan menggubah shot ketika proses penyuntingan.

3) Selain itu, papan cerita adalah sesuatu yang penting dan ‘alat’ berguna untuk membantu
sesebuah produksi menjual idea mereka kepada pelanggan/pembeli atau sebagai kayu ukur untuk
menilai kempen-kempen sedia ada. Misalnya dalam proses mendapatkan tender dari sesebuah
syarikat TV atau syarikat produk berjenama untuk membuat drama atau iklan, seseorang pelukis
dari syarikat pengiklanan harus tampil dengan papan cerita yang menarik untuk memujuk
pelanggannya memberi tender tersebut kepada mereka. Dalam erti kata yang lain, sebelum
sesebuah iklan ditayangkan di TV untuk memujuk suri rumah tangga atau isi rumah membeli
sesuatu produk, pelukis sudah pun berjaya mendapat tender dari syarikat produk tersebut melalui
papan cerita yang disusunnya.

KAEDAH
Kita perlu tahu bahawa penceritaan visual berbeza konsep dengan papan cerita. Papan cerita
adalah aliran visual yang saling berhubungan dan penceritaan visual tidak memerlukan aliran
visual. Penceritaan visual boleh membangun cerita hanya berdasarkan satu bingkai visual
dibantu dengan elemen-elemen lain yang terdapat di dalam bingkai tersebut. Penceritaan visual
berkomunikasi dengan penonton atau khalayaknya tanpa memerlukan pergerakan seperti sebuah
lukisan abstrak yang menampilkan pelbagai sudut pandangan berbeza dari satu individu ke satu
individu lainnya.

Gambar 2: Penceritaan Visual


Page |5

Gambar 2 ini menampilkan seorang lelaki yang diserbu oleh sekumpulan remaja lelaki di
satu lorong menimbulkan pelbagai persoalan. Siapakah lelaki ini? Siapakah golongan remaja ini?
Di mana kejadian ini berlaku? Apa yang telah dilakukan oleh lelaki ini sehingga dia diserbu
sedemikian rupa? Adakah lelaki ini telah melakukan jenayah besar atau hanya menjadi mangsa
sekumpulan remaja nakal? Apakah yang bakal terjadi kepada lelaki ini jika tidak ada orang lain
yang datang menyelamatkannya? Imej yang ditampilkan dalam visual di atas menyampaikan
mesej melalui watak dan props, pencahayaan latar dan aksi yang ditonjolkan. Persoalan timbul
kerana watak dan aksi yang terdapat di dalam visual di atas disamarkan melalui pencahayaan
yang sebenarnya membantu menyampaikan cerita di sebalik gambar tersebut.
Berbeza dengan papan cerita yang menampilkan alur cerita untuk mengisahkan sebuah
cerita. Contoh yang paling mudah adalah mengisahkan riwayat hidup seseorang umpama sebuah
‘scrapbook’ atau autobiografi bergambar. Bermula dengan kisah mudanya – berkahwin mempunyai anak - tua – anak pula berkahwin – akhirnya semakin tua dan hidup bahagia bersama
keluarga besar dan cucu.

1

2


5

3

6

4

7

Gambar 3: Menampilkan rantaian kehidupan peribadi Amitabh Bachan, seorang pelakon hebat India.

Keberkesanan penyampai cerita adalah berdasarkan lakaran dan bagaimana cerita itu mampu
untuk menarik/ menangkap perhatian khalayak melalui teknik penceritaannya yang disokong
oleh faktor visual, lakonan, mise on scene/ props, pencahayaan, unsur bunyi, pergerakan kamera
dan lain-lain.

Page |6


Tummenillo menggunakan frasa “Show me. Don’t tell me” (2005:3) sebagai pembelajaran
asas menulis kandungan visual. Bagi beliau jika kita menceritakan cerita, kita perlu mengajak
khalayak untuk mencipta imaginasi berdasarkan cerita yang disampaikan. Keadaan ini berbeza
jika kita menunjukkan/ mempersembahkan/ melukiskan cerita itu untuk diperlihatkan kepada
penonton seolah-olah kita mencetak mesej ke dalam imej visual. Sebagai contoh dalam usaha
menampilkan cerita dalam bentuk lukisan, kita perlu menulis kandungan visual tentang imej
tersebut. Kita dapat menunjukkan aksi watak, keindahan lokasi dan perasaan/emosi watak
tersebut melalui lagu atau muzik.
Untuk memahami proses papan cerita, kita perlu mahir dengan bagaimana cerita itu
distrukturkan. Lazimnya kebanyakan cerita muncul dari idea dan tidak berstruktur. Idea itu hadir
dalam bentuk pecahan-pecahan imej yang tidak terikat. Sebagai contoh, imej gadis di tepi jalan,
imej lelaki segak memandu kereta mewah, imej polis dan hospital. Kita perlu menyusun imejimej ini untuk menjadikannya sebuah cerita yang berstruktur dan menurut Tummenillo sebuah
cerita yang baik memerlukan konflik. Cerita yang bakal kita susun harus mempunyai konflik
yang menarik untuk mengikat khalayak.
Pertama sekali kita perlu tahu elemen asas sesebuah cerita. Struktur asas cerita biasanya
terbahagi kepada tiga iaitu permulaan, pertengahan dan pengakhiran atau di dalam lakon layar
disebut sebagai act one, act two dan act three untuk menunjukkan struktur aliran sesebuah cerita.
Lihat contoh di bawah ini:

Gambar rajah 1: Struktur cerita untuk sebuah lakon layar - Act 1, Act 2 dan Act 3


Act 1 - Pengenalan mengenai watak perwatakan, lokasi dan konflik awal yang berlaku.
Contohnya kita menampilkan Sufi baru pulang dari membeli belah, sedang menunggu bas di tepi
jalan seorang diri. Dua lelaki bermotosikal sedang memerhati Sufi dari jauh sebelum meluru ke

Page |7

arahnya dan cuba merampas beg tangan yang tersangkut di bahu Sufi. Kejadian itu disaksikan
oleh Amran, lelaki segak yang sedang memandu kereta mewahnya untuk pulang ke rumah.
Act 2 - Sufi bergelut menarik beg tangan tersebut tetapi gagal dan terjatuh di pinggir jalan
dan mengalami kecederaan ringan. Sufi menjerit meminta tolong dan Amran tergesa-gesa
memberhentikan kereta lalu datang mendapatkan gadis itu. Amran cuba mengejar dan kebetulan
dua peragut tersebut menunggang motosikal mereka ke satu lorong kedai berdekatan.
Pergaduhan berlaku di antara Amran dan peragut. Sufi yang berjalan perlahan-lahan ke arah
lorong itu terdengar bunyi tembakan dan cuba untuk mempercepatkan langkahnya.
Act 3 – ketika Sufi dan beberapa orang lain yang berada berdekatan sampai di tempat
kejadian, mereka menemui Amran terbaring berlumuran darah sambil memegang beg tangan
Sufi. Dua peragut itu telah menembaknya dan melarikan diri. Amran dikejarkan ke hospital,
keadaannya amat kritikal. Sufi menanti dan berharap agar Amran, lelaki yang cuba menolongnya
itu selamat dari bahaya. Dua polis datang ke hospital dan bertemu Sufi lalu memberitahu mereka

telah menangkap dua peragut itu satu jam yang lalu. Kisah penangkapan itu diceritakan oleh
polis melalui teknik imbas kembali iaitu pihak polis menerima panggilan dari orang awam
mengenai kejadian ragut dan semua peristiwa yang berlaku di lorong tersebut terakam oleh
CCTV yang terpasang di kawasan itu. Sufi diminta untuk tampil ke Balai Polis memberi laporan,
dalam masa yang sama seorang doktor keluar dari bilik kecemasan dan memberitahu bahawa
Amran sudah melepasi fasa kritikal dan berada di dalam keadaan stabil. Sufi memanjatkan
kesyukuran.
Idea dan imej terpisah mengenai gadis di tepi jalan, lelaki segak berkereta mewah, polis
dan hospital distrukturkan menjadi sebuah cerita mengenai kes ragut yang membawa konflik
kepada situasi cemas di mana orang yang cuba menyelamatkan gadis tersebut hampir kehilangan
nyawa. Cerita berakhir dengan pihak polis berjaya menangkap dua peragut tersebut dan Amran
berada dalam keadaan stabil setelah dikejarkan ke hospital. Kita beri isu besar dan kaitkan
dengan hal semasa yang berlaku di dalam kehidupan seharian untuk menimbulkan konflik dan
bahaya peragut kepada orang yang diragut dan orang yang cuba mengejar peragut.
Seterusnya untuk menghasilkan sebuah papan cerita yang baik, kita juga perlu kenal
dengan teknik-teknik filem seperti shot, pencahayaan, kontinuiti dan lain-lain. Secara ringkasnya
kita perlu memilih shot terbaik, pencahayaan terbaik dan kontinuiti terbaik untuk memberi kesan

Page |8


berbeza kepada khalayak dan yang paling penting adalah untuk membuat khalayak faham
dengan cerita yang ditayangkan.
Shot
Satu unik asas dalam sebuah produksi cerita. Untuk lebih faham, setiap kali butang on kamera
dihidupkan untuk merakamkan sesuatu kemudian kamera itu dimatikan dengan menekan butang
off, kita sudah mengambil satu shot dari aksi tersebut. Satu babak adalah himpunan beberapa
shot aksi yang diambil dari satu lokasi/ latar, manakala sebuah lakon layar adalah terdiri daripada
rantaian yang menghimpunkan beberapa babak. Rantaian tersebut boleh sahaja bermula dari
dalam sebuah masjid dan bersambung ke tanah perkuburan yang berada di belakang masjid
tersebut.
Pengarah filem atau animasi bertanggungjawab untuk memastikan bagaimana rantaian itu
harus ditampilkan dan bagaimana aksi setiap watak di dalamnya berjaya memberi kesan pada
shot yang diambil. Kerja-kerja mendapatkan shot terbaik bukan suatu kerja yang menyenangkan
malah lebih merumitkan kerana mereka perlu mempertimbangkan banyak shot untuk
menghasilkan satu babak terbaik. Terdapat beberapa faktor yang akan diambil oleh pengarah
dalam membuat keputusan mengenai pemilihan shot.
Pengarah akan mengambil kira mood yang hadir dalam sesebuah shot dan posisi kamera
ketika merakamkan sesuatu aksi. Misalnya, high shot akan membuatkan khalayak/penonton
memandang rendah kepada watak tersebut dan low shot memberi mood mengangkat darjat
seseorang watak. Contoh lain, ketika satu babak menampilkan seorang kanak-kanak perempuan
menangis berguling-guling kerana kehilangan anak patung kesayangannya, kita perlu
menggunakan close-up shot untuk menunjukkan kesedihan yang dirasai watak itu. Seseorang
pengarah atau pelukis grafik biasanya akan terus membayangkan bingkai visual yang akan
ditampilkan setelah atau ketika mereka membaca skrip yang diberikan.
Ada tiga persoalan yang harus ditanyakan oleh seseorang pengarah atau pembikin papan
cerita atau pelajar yang akan membuat tugasan ini:
1) Bagaimana shot itu harus dibingkaikan?
2) Apakah sudut terbaik kamera dalam menampilkan mood?
3) Perlukah ada pergerakan kamera di dalam shot tersebut?

Page |9

Bingkai Kamera

Gambar rajah 2: Bingkai kamera berdasarkan ketinggian individu manusia dari kepala hingga kaki

Kebanyakan pengarah akan mula memilih shot bagi mendapatkan formula asas untuk merancang
sesuatu babak. Formula tersebut adalah seperti berikut:
i)

Menampilkan setting dengan long shot/shot panjang untuk menunjukkan watak dan
hubungannya dengan persekitaran

ii)

Bergerak masuk ke medium shot/ shot pertengahan untuk memperkenalkan interaksi
antara watak-watak. Semakin dekat shot yang diambil, semakin kuat mood yang hadir
dalam cerita tersebut

iii)

Memperuntukkan shot close-ups untuk memberi penekanan terhadap personality
watak utama

iv)

Kembali kepada long shot atau medium shot untuk mengorientasikan semula
penonton

Pencahayaan

P a g e | 10

Nothing in the frame is accidental. Every element has a purpose
and should be carefully considered when constructing a story. One
of the most important elements is the treatment of light.
(Tumminello, 2005:120)
Pencahayaan merupakan elemen penting untuk membangun cerita visual. Pencahayaan berupaya
mencipta kedalaman imej, menghalakan fokus perhatian, mencipta mood dalam sesuatu babak,
menentukan masa yang ada dalam shot/babak, serta menonjolkan objek dan watak-watak
tertentu. Berikut adalah ringkasan mengenai formula asas cahaya dalam sesebuah produksi:
i)

Key Light – sumber cahaya utama yang biasanya diambil dari cahaya matahari atau
boleh juga diambil dari cahaya bulan. Terdapat dua jenis key light iaitu high-key-light
yang biasanya digunakan dalam siri drama sitcom TV dan program berita, manakala
low-key-light biasanya digunakan dalam drama-drama serius, thriller, misteri,
pembunuhan dan cerita seram. Filem noir adalah filem yang paling banyak
menampilkan low-key-light.
Fill Light – cahaya bayang-bayang yang tercipta dari key light
Backlight – sumber cahaya yang berada di belakang objek

ii)
iii)

Kontinuiti
Adalah salah satu elemen terakhir dalam proses penyuntingan sebelum sesebuah filem itu
ditayangkan. Pelukis papan cerita perlu memahami proses penyuntingan terutama penyuntingan
kontinuiti/ penyambungan untuk mencipta alur cerita yang baik dari permulaan cerita ke
pengakhiran cerita tersebut. Kontinuiti melibatkan proses peralihan visual dari satu sisi ke satu
sisi visual lain yang disebut juga sebagai transisi.
1) Transisi
Merupakan alatan naratif untuk menghubungkan bersama dua shot yang berbeza yang boleh
mengubah masa, tempat, lokasi atau watak. Antara jenis-jenis transisi adalah seperti berikut:




Dissolves –teknik pemindahan gambar dengan cara superimposed antara gambar 1 dengan
gambar 2. Teknik ini digunakan untuk menghaluskan proses pemindahan gambar sesuai dengan
watak dan keperluan cerita/program. Lazimnya, teknik ini digunakan pada gambar-gambar yang
menunjukkan keindahan, kecantikan, kepedihan, dan tragedi. Dissolve berlaku apabila gambar 1
yang lambat-lambat memudar dan menghilang, muncul dengan rangkaian gambar 2 yang bermula
dengan pudar yang makin jelas.
Cuts – teknik yang banyak digunakan ke dalam hampir 90 peratus filem untuk memindah dan
menghubungkan satu shot dengan shot yang lain. Kebanyakan penonton tidak menyedari teknik
ini apabila setiap babak atau shot ditampilkan melalui sudut dan bingkai yang berbeza. Sebagai
contoh shot besar ke shot kecil iaitu wide shot sedang menunjukkan sebuah bangunan pentadbiran

P a g e | 11







yang besar dari sudut kamera yang diambil dari bawah, kemudian dipotong kepada full shot
visual pintu pejabat. Teknik cuts sangat berkesan untuk memendekkan masa.
Fades – teknik untuk menyampaikan sesuatu yang telah lepas dan teknik ini tidak digunakan
untuk menampilkan masa sekarang. Fades ada 2 jenis iaitu Fade In - pengambilan gambar yang
bermula dengan gambar-gambar yang gelap dan lambat laun menjadi terang seperti normal, Fade
Out - pengambilan gambar yang bermula dengan gambar-gambar terang dan lambat laun menjadi
gelap. Teknik ini biasanya digunakan untuk memisahkan antara satu babak ke satu babak lain atau
untuk menampilkan lokasi berbeza.
Wipes – teknik yang hampir sama dengan Cut, pemindahan dari satu shot ke satu shot lain tetapi
menggunakan cara menolak visual 1 keluar dengan visual 2. Teknik ini sangat popular sekitar
tahun 1930an dan 1940an.
Jump Cuts – teknik ini bertentangan dengan kontinuiti shot dengan mengubah shot secara tibatiba bertujuan untuk mengganggu aksi alur cerita. Jump cuts boleh dicapai di antara shot dengan
memelihara latar/lokasi dan secara tiba-tiba mengubah posisi watak tersebut dengan pergerakan
kamera.

PROSES PENYEDIAAN PAPAN CERITA

Gambar rajah 3: Tingkat proses atau cara kerja papan cerita

1. Baca dan faham skrip/bahan/idea yang ingin dikerjakan sebelum berjumpa dengan
pengarah filem (Guru). Buat persediaan yang baik dan bersedia dengan soalan-soalan
yang bakal ditanyakan seperti:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Apa matlamat/mesej/moral ingin dicapai oleh cerita tersebut?
Apa personaliti watak utama?
Apa mood keseluruhan cerita tersebut?
Apa mood setiap babak?
Apakah warna yang dipilih untuk mendominasi setiap babak? Kenapa?
Perwatakan seperti apa yang bakal ditonjolkan dalam setiap babak
Apakah aksi yang ada dalam setiap babak dan tujuannya?
Apa yang cuba kamu tonjolkan kepada penonton? Penonton akan mendapat kesan yang
seperti apa setelah melihat cerita tersebut?

2. Cipta thumbnail/lakaran atau ambil nota ketika berjumpa pengarah/penyelia/guru
terutama dalam hal-hal bagaimana untuk menampilkan/mempersembahkan cerita itu.
3. Lakukan kajian lanjut untuk mendapat lebih banyak bahan dan idea tentang cerita dalam
usaha mendapat hasil yang lebih cemerlang.

P a g e | 12

4. Cipta lakaran kasar imej, pergerakan kamera, dan bingkai cerita. Lakaran itu harus cukup
lengkap untuk membuatkan pengarah/penyelia faham apa yang terjadi dalam cerita
tersebut.
5. Pengarah/penyelia akan review dan membuat perubahan pada bahagian-bahagian yang
dirasakan perlu.
6. Sebagai pelukis papan cerita, kita harus bertoleransi dengan perubahan-perubahan yang
dilakukan dan hal ini mungkin terjadi beberapa kali sehingga pengarah/penyelia berpuas
hati dan mencapai tujuan produser.
7. Setelah itu, lakaran kasar tadi sedia untuk diselesaikan. Lukisan harus lebih kemas
berserta dengan perkataan yang ditulis atau ditaip.
8. Hantar pada pengarah/penyelia untuk pengesahan.

KESIMPULAN
Proses atau cara kerja menghasilkan sebuah papan cerita adalah satu proses yang mencabar
minda dan daya kreativiti seseorang pelukis atau pelajar. Usaha untuk menghasilkan pelajar yang
mahir menggunakan media baru sebagai satu cabang untuk melestarikan sastera adalah satu
usaha yang harus dipuji dan penghargaan tersebut patut diberi kepada guru-guru yang terlibat
dalam memastikan target yang dikehendaki itu tercapai. Papan cerita bukan sahaja dapat melatih
pelajar sastera untuk berkreatif tetapi juga bekerja dalam satu kumpulan melakukan
perbincangan dan mencari maklumat tambahan untuk mendapat penilaian yang cemerlang, sekali
gus mencapai tujuan untuk mengekalkan minat pelajar terhadap subjek sastera.

BIBLIOGRAFI
Begleiter, Marcie, (2001). From Word to Image: Storyboarding and the Filmmaking Process.
Michael Wiese: USA

P a g e | 13

Fraioli, James O., (2000). Storyboarding: A Crash Course in Profesional Storyboarding.
McNaughton &Gunn: USA
Tumminello, Wendy, (2005). Exploring Storyboarding: An In Depth Guide to the Art and
Techniques of Contemporary Storyboarding. Thomson Delmar Learning: Canada