ISU NATRAH KAJIAN DALAM KALANGAN WARGA F





SEMESTER 2 2012/2013
KUMPULAN

ISU NATRAH
‘KAJIAN DALAM KALANGAN WARGA FAKULTI SASTERA
DAN SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYA’
NAMA PENSYARAH:
CIK GAN KA HUI
SUBJEK:
GXEX1411 HUBUNGAN ETNIK
AHLI KUMPULAN:
1. SYED MOHAMAD DANIEL BIN SYED MOHAMED

IIS120038

2. MUHAMMAD ASQALANI BIN HAMIZI


IIS120015

3. MUHAMMAD HAIKAL BIN ZULKIFLI

IIS120016

4. MUHAMMAD FITRI BIN YAHAYA

IER120012

5. MUHAMMAD NABIL BIN ISMAIL

IEE120011

6. NURUL ATIQAH BINTI ZULKIFLI

IIS120027

7. NURUL FARAH AINA BINTI MD FAUZI


IIS120028

8. NUR IZZATI BINTI ABDULLAH SUKI

IIS120024

9. NOR MAZNI BINTI ZULKEFLI

IIS120019

10. SITI NAEIMAH BINTI HASNUDIN

IIS120036





ISI KANDUNGAN
1.


Pengenalan ….. 1
1.1

Latar Belakang Natrah ….. 1

1.2

Isu Natrah ….. 3

1.3

Rusuhan Natrah ….. 5

2.

Objektif Kajian ..... 8

3.


Kaedah Kajian ….. 9

4.

5.0

3.1

Sorotan Literatur ….. 9

3.2

Kajian Lapangan ….. 9

Penemuan Dan Perbincangan ….. 11
4.1

Demografi ….. 11

4.2


Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Natrah ….. 13

4.3

Sudut Pandang Responden Terhadap Konflik Natrah ….. 17

Rumusan, Cadangan dan Penutup ….. 21
5.1

Cadangan ….. 21

5.2

Penutup ….. 23

6.0

Rujukan ….. 24


7.0

Lampiran ….. 30

Pengenalan

1.

Isu Natrah, merupakan isu polemik yang pernah mengemparkan Tanah
Melayu suatu ketika dahulu. Atas kesedaran tersebut, kumpulan kami berasa
terpanggil untuk terus mengupas dan mengkaji isu tersebut secara umum, bagi
memenuhi Tugasan Berkumpulan bagi subjek Hubungan Etnik, GXEX1411 pada kali
ini. Walaupun isu tersebut telah lama berlaku, namun kupasan demi kupasan, serta
perbincangan yang mendalam masih berlansung sehingga ke hari ini. Oleh yang
demikian, kami telah berjaya mendapatkan pelbagai sumber-sumber ilmiah dan
akademik berkenaan dengan isu tersebut. Antara rujukan yang dijumpai ialah karya
agung Natrah, atau lebih dikenali dengan sumber biografi Natrah karangan Fatini
Yaacob, buku-buku ilmiah, serta artikel jurnal daripada sumber internet. Isu Natrah
yang kini diketengahkan dalam kajian kami, secara khususnya bertujuan untuk
mengkaji perspektif serta tahap kecaknaan warga intelek Universiti Malaya sendiri

terhadap isu ini, memandangkan isu ini merupakan salah suatu pemangkin kepada
semangat kebersatuan dalam kalangan penduduk Tanah Melayu suatu ketika
dahulu. Bagi mendapatkan hasil yang lebih konsisten dan sistematik, kami
bersepakat untuk menjalankan kajian dalam kalangan Warga Fakulti Sastera dan
Sains Sosial di Universiti Malaya sahaja.

1.

Latar belakang Natrah

Natrah Maarof atau Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan
Belanda. Tanggal 24 Mac 1937 Natrah dilahirkan di Tjimahi, Bandung di Tanah

!1

Jawa, Indonesia1

dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina

Hertogh2 .


Ayahnya Adrianus Petrus Hertogh adalah seorang tentera Belanda yang
berkhidmat di Pulau Jawa manakala ibunya bernama Adeline Hertogh adalah
seorang warga Indonesia berketurunan Belanda yang dibesarkan di Tanah
Jawa, Indonesia. Ibubapa Maria beragama kristian (Roman Katolik) dan telah
mengkristiankan Maria pada 10 April 19373.

Detik Disember 1942, Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara oleh
Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu ialah 5 tahun. Ibunya Adeline
dan neneknya Nor Louise telah menyerahkan Bertha dan Benny ( adik
Natrah ) kepada Che Aminah ketika ayahnya ditangkap oleh Jepun. Menurut
Che Aminah, Natrah telah diberikan kepadanya bagi meringankan beban
keluarga Natrah yang hidup dalam kedhaifan ketika itu. Namun, kenyataan
tersebut bercanggah dengan kenyataan Adeline di mahkamah. Menurut
Adeline, Che Aminah hanya merancang untuk menjaga Natrah untuk tiga hari
sahaja. Pada hari ketiga, Adeline telah pergi untuk menjemput Natrah pulang
setelah mendapati bahawa Che Aminah tidak menghantarnya semula. Namun,
Adeline telah ditahan oleh tentera Jepun semasa dalam perjalanan ke
kediaman Che Aminah. Usaha menjemput Natrah masih diteruskan apabila
Adeline meminta bantuan ibunya, Nor Louise. Menurut Nor Louise, Che


1

Fatini Yaacob, Natrah In The Name Of Love, halaman 2

2http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz2KG4MY3PI
3

!2

Ramlah Adam, Gerakan Radikalisme di Malaysia(1938-1965),halaman 329

Aminah telah meminta kebenaran untuk menjaga Natrah selama dua hari lagi.
Mulai saat itu, Adeline mendakwa bahawa keluarganya terus terputus
hubungan dengan Che Aminah, sehinggalah dikesan semula pada 1949 di
Kemaman, Terengganu.4
Che Aminah membawa Bertha balik ke Kampung Banggol, Kemaman,
Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap

membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah. Maria Hertogh
diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
1.2 Isu Natrah

Setelah ibu bapa Natrah di bebaskan, mereka mencari anak meraka dan
akhirnya di temui di Kemaman, Terengganu pada bulan September 1949.
Pada 22 April 1950, Pemangku Konsul Belanda di Singapura, telah mendapat
perintah daripada Mahkamah Tinggi Singapura untuk menyerahkan Natrah
pada Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura5.

Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan
terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim. Kemudian hak
penjagaan kembali semula kepada Che Aminah setelah beliau menang kes
perbicaraan yang pertama. Setelah beberapa hari dibebaskan, Natrah
dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa
angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road,

4

Fatini Yaacob, Natrah In The Name of Love, halaman 8


5

Ramlah Adam, Gerakan Radikalisme di Malaysia(1938-1965),halaman 330

!3

Singapura. Pada ketika itu Natrah berumur 13 tahun dan layak untuk
berkahwin menurut hukum agama Islam manakala Mansor berumur 22 tahun.

Pada waktu yang sama, kekacauan timbul di Netherland, Belanda, apabila
masyarakat mendengar tentang perkahwinan ini6 . Sarjan Hertogh pada ketika
itu digesa untuk menuntut semula Natrah sambil dibantu oleh Kerajaan
Belanda. Menurut catatan Fatini Yaacob, masyarakat Belanda ketika itu tidak
berpuas hati terhadap agama Islam yang dianuti Natrah kerana semangat
perkauman dan etnosentrisme yang tebal terhadap agama Kristian. Mereka
tegar untuk memisahkan kasih sayang antara Che Aminah dan Natrah,
asalkan Natrah dikristiankan semula. Natrah ditempatkan di Jabatan Kebajikan
Masyarakat sementara menunggu kes tersebut disebut semula.

Apabila sebutan kes dilakukan semula, Ketua Hakim mengeluarkan
perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan
perkahwinan dan hak penjagaan Natrah. Mengikut undang-undang Belanda ,
seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan
kehidupannya. Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Singapura pada ketika itu
tekad menggunakan Undang-undang Belanda, sedangkan Natrah sudah layak
untuk berkahwin pada usia tersebut jika berlandaskan kepada hukum Islam,
memandangkan dia sudah mencapai tahap akil baligh7 .

Dengan keputusan itu, Natrah telah dihantar oleh ibunya ke Catholic
Convent of the Good Shepherd. Sementara penangguhan keputusan

6

Fatini Yaacob, Natrah In The Name Of Love, halaman 39-50

7

Ramlah Adam, Gerakan Radikalisme di Malaysia(1938-1965),halaman 333

!4

mahkamah, pihak media Inggeris terus menjalankan provokasi yang
mengatakan Natrah gembira berada disana sedangkan akhbar tempatan
menyiarkan kesedihan Natrah kerana terpaksa berada di sana tanpa
kerelaannya8 .

Beberapa kes rayuan telah dibuat oleh peguam bela Che Aminah, tetapi
ditolak oleh mahkamah. Pada Disember 1950, Natrah berangkat ke Belanda
dan tinggal bersama keluarga asalnya. Sekali lagi kes rayuan Che Aminah
ditolak dan dengan itu, Natrah kekal tinggal di Belanda dan menjadi seorang
kristian semula.

1.3 Rusuhan Natrah.

Terdapat beberapa faktor dominan yang menyebabkan berlakunya
rusuhan besar pada ketika ini. Pertama, pihak media Inggeris yang
menyebarkan provokasi tentang kesanggupan dan kegembiraan Natrah
berlutut di hadapan patung Jesus Christ semasa dia berada di Catholic
Convent. Walaubagaimana pun, laporan tersebut berbeza daripada akhbar
tempatan seperti Utusan Melayu dan Warta Malaya yang melaporkan
sebaliknya. Natrah nyata bersedih, murung dan menangis ketika wartawan
Melayu tersebut membuat liputan. Natrah turut bertanyakan khabar Che
Aminah .

Selain itu, penentangan orang Melayu-Islam terhadap kes Natrah telah
mula membuak sejak Mahkamah Tinggi Singapura memutuskan bapa asal

8

!5

Fatini Yakoob, Natrah In The Name Of Love, halaman 123-126

Natrah, Adrianus Petrus Hertogh sebagai penjaga mutlak Natrah.
Penentangan tersebut berlaku kerana masyarakat Melayu-Islam ketika itu
berasa tercabar jika Natrah dikristiankan9. Pihak British dengan ini telah
menolak perundangan islam sebagai sistem kepercayaan, lantas turut
menolak perundangan orang Melayu-Islam 10. Pada hemat mereka, faktor
sensitive inilah yang mengecewakan mereka dan patut dibantah dengan
sekeras-kerasnya.

Rusuhan ini juga turut melibatkan pelbagai pihak termasuk kaum Cina dan
juga India. Pelbagai parti atau persatuan turut sama cenderung untuk
membantu dalam perkara ini. Antaranya,Parti Kebangsaan Melayu Malaya
Singapura (PKMM), Parti Islam Se-malaya (PAS), Parti Melayu Semenanjung
(PMS) serta United Malay Nation Organisation (UMNO) walaupun secara
tidak langsung. Persatuan ini memberi bantuan daripada pelbagai segi
terutamanya kewangan untuk menanggung kos perbicaraan mahkamah.

Antara individu-individu yang terlibat membantah perkara ini adalah, Dr.
Burhanuddin Helmi , Taha Kalu, Karim Ghani, Mohd Mustaza dan Haron
Mohd Amin. Karim Ghani merupakan tokoh yang memainkan peranan besar
dalam mempertahankan Natrah11.

9 , Ramlah Adam,
11 Syed

11

!6

Gerakan Radikalisme di Malaysia(1938-1965),halaman 335-344

Muhd Khairudin Aljunied, the Maria Hertogh Controversy and its aftermath. Halaman 63

Fatini Yaacob, Natrah In The Name Of Love, halaman 75

Kes Natrah ini telah menzahirkan pelbagai reaksi antarabangsa, sama
ada daripada golongan islam yang berteraskan nasionalisme ataupun
komunis. Lebih-lebih lagi apabila pihak British telah mengambil tindakan
dayus dengan menahan semua pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan
Rusuhan Natrah tersebut. Pemimpin dan penyokong radikal di Indonesia juga
tidak ketinggalan membantah penangkapan tersebut. Mereka dikatakan
bersatu atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan terhadap nasib yang
menimpa keluarga Che Aminah dan Natrah.

Rusuhan Natrah berlaku pada 11 september 1950, pada pukul 12.15
tengah hari, kumpulan orang Islam seramai 1000 orang telah menyerbu ke
hadapan mahkamah tanpa mempedulikan sekatan polis yang mengawal pada
keika itu. Kemudian rusuhan kedua tercetus pula dikawasan Masjid Sultan
dan beberapa tempat lain di sekitar Singapura.

Seramai 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera ketika bertempur
dengan tentera dan polis British. Warga British yang berada di Singapura
telah diserang. Bangunan dan kereta berhampiran padang dekat mahkamah
telah dibakar12. Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2
hari 2 malam.

12

!7

Ramlah Adam, Gerakan Radikalisme di Malaysia(1938-1965),halaman 346-349

2.0

Objektif Kajian

Beberapa tujuan serta objektif penyelidikan telah kami tetapkan bagi mencapai hasil akhir
yang menepati tajuk asal kajian ini. Secara holistiknya, kami telah menekankan hasil
perolehan yang berkenaan dengan pendapat mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menuntut
di Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya berhubung dengan isu Natrah dalam
persekitaran kampus itu sendiri. Berikut merupakan objektif-objektif yang telah digariskan.

2.1

Mengenal pasti tahap pengetahuan Warga Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya terhadap Isu Natrah.

2.2

Mengumpulkan fakta-fakta ilmiah berkaitan Isu Natrah.

2.3

Mengenal pasti punca-punca tercetusnya Isu Natrah daripada perspektif Warga
Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

2.4

Meraih sudut pandang akademik daripada aspek pemikiran Warga Fakulti
Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya berkenaan isu tersebut.

!8

3.0

Kaedah Kajian

Dalam proses memperoleh maklumat dan data, beberapa cara dan kaedah spesifik telah kami
ketengahkan bagi menjanjikan hasil dapatan yang menepati kehendak kajian. Berikut
merupakan kaedah kajian yang telah kami jalankan.
3.1 Sorotan literatur
3.1.1 Kajian perpustakaan
Kami telah membuat kajian di perpustakaan, iaitu dengan mencari dan
memilih bahan bacaan yang sesuai dalam membincangkan serta membahas isu
Natrah. Pemilihan dibuat berdasarkan tahap releven sesebuah karya penulisan
dalam mengetengahkan pendapat serta pandangan dalam perkara ini. Selain itu
juga, kajian yang berdasarkan bahan penulisan ini kebanyakkannya menyediakan
maklumat berkaitan dengan terminologi dan sejarah lampau dan masa kini yang
berkaitan.
3.2 Kajian lapangan
Kaedah ini lebih menjurus kepada tahap pengetahuan kami dan penilaian yang
dilakukan berdasarkan respon daripada responden yang telah diperolehi.
Pembahagiannya adalah seperti berikut:
3.2.1 Konseptulasi
A. Persepsi, iaitu tanggapan atau pemerhatian awal responden terhadap isu
Natrah.
B. Penyesuaian, iaitu kesediaan responden dalam memahami cara pemikiran bagi
komuniti lain dan juga kesediaan responden untuk menjawab soalan-soalan
mengenai isu Natrah.

!9

C. Interaksi, iaitu wujudnya jalinan perhubungan mereka dengan isu Natrah
D. Pengetahuan, iaitu sejauh mana responden mengetahui isu Natrah ini dan
pandangan mereka tentang isu ini dalam kalangan warga universiti Malaya.
3.2.2 Kawasan kajian
Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya Kuala Lumpur.
3.2.3 Tempoh kajian
4 minggu bermula 8 April hingga 29 April 2013.
3.2.4 Kaedah soal selidik
Borang soal selidik atas talian.
3.2.5 Kaedah temu bual
Menemu bual pensyarah Jabatan Sejarah Fakulti Sastera Dan Sains Sosial
Universiti Malaya.
3.2.6 Sasaran responden
Meliputi semua peringkat umur mahasiswa Fakulti Sastera Dan Sains Sosial
Universiti Malaya.

!10

4.0

Penemuan dan Perbincangan
4.1 Demografi
4.1.1 Bangsa
14

11

7

4

0
Melayu

!

Cina

India

Lain-lain

Dapatan kajian menunjukkan bilangan responden daripada bangsa
Melayu adalah seramai 14 orang, responden daripada bangsa Cina pula
ialah 4 orang, diikuti dengan bangsa India seramai seorang sahaja
manakala responden bagi bangsa selain Melayu, India dan Cina pula ialah
sebanyak 2 orang.
4.1.2 Agama
14
11

7
4
0
Islam

!

Buddha

Hindu

Lain-lain

Graf menunjukkan jumlah responden yang beragama Islam seramai 14
orang manakala responden beragama Buddha adalah seramai 4 orang.

!11

Agama Hindu dan

responden yang menganut agama selain Islam,

Buddha dan Hindu pula masing-masing mencatatkan seorang responden
sahaja.
4.1.3 Taraf Pendidikan Responden
13
10
7
3
0
Prasiswazah

!

Pascasiswazah

Responden daripada kalangan pelajar prasiswazah adalah seramai 16
orang manakala responden daripada kalangan pelajar pascasiswazah
pula ialah seramai 4 orang sahaja.
4.1.4 Jabatan di Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Jadual 1: Jumlah responden di setiap jabatan di Fakulti Sastera dan Sains Sosial

JABATAN

BILANGAN

Asia Timur

2

Sejarah

8

Antropologi & Sosiologi

6

Hubungan Antarabangsa & Strategik

1

Pengajian Media

1

Geografi

1

Pentadbiran & Keadilan Sosial

1

!12

Responden terdiri daripada para pelajar di jabatan yang berlainan.
Jabatan Asia Timur mencatatkan jumlah responden sebanyak 2 orang,
Jabatan Sejarah seramai 8 orang manakala Jabatan Antropologi dan
Sosiologi seramai 6 orang. Jabatan Hubungan Antarabangsa dan
Strategik, Jabatan Pengajian Media, Jabatan Geografi dan Jabatan
Pentadbiran dan Keadilan Sosial masing-masing mencatatkan seorang
responden sahaja.
4.2 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Fakta-fakta yang Berkaitan
dengan Isu Natrah
4.2.1 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Natrah

15%
10%

Tidak Tahu
Tidak Pasti
Tahu

75%

Dapatan kajian mendapati bahawa 75% daripada responden mengetahui
dan pernah mendengar tentang Isu Natrah manakala 15% responden lagi
tidak mengetahui dan tidak pernah mendengar mengenai isu tersebut.
10% lagi mencatatkan jumlah responden yang tidak pasti sama ada
pernah mendengar tentang isu tersebut ataupun tidak pernah. Secara

!13

keseluruhannya, sebahagian besar warga Fakulti Sastera dan Sains
Sosial mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap isu tersebut,
namun, masih terdapat segelintir daripada mereka yang masih tidak
mengetahuinya.
4.2.2 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Latar belakang Natrah

20%
40%

Tidak Tahu
Tidak Pasti
Tahu

40%

Dapatan kajian mencatatkan hanya 20% daripada responden yang
mengetahui tentang latar belakang Natrah secara umum, manakala 40%
daripada responden tidak pasti mengenainya serta 40% lagi tidak tahu
mengenai latar belakang umum Natrah. Hasil kajian ini membuktikan
tahap pengetahuan warga Fakulti Sastera dan Sains Sosial terhadap latar
belakang Natrah adalah sangat minimum.

!14

4.2.3 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Punca-punca Pencetusan
Isu Natrah

30%
40%

Tidak Tahu
Tidak Pasti
Tahu

30%

Dapatan soal selidik menunjukkan hanya 30% responden yang
mengetahui punca-punca pencetusan isu polemik ini suatu ketika dahulu,
manakala 40% lagi tidak tahu mengenai punca-puncanya. Selebihnya,
iaitu sebanyak 40% lagi juga tidak pasti akan punca berlakunya isu
tersebut. Antara punca-punca tercetusnya isu tersebut termasuklah isu
perebutan hak penjagaan Natrah oleh keluarga kandungnya dengan ibu
angkatnya, Che Aminah Mohamad, serta isu agama yang dianuti Natrah.
Isu agama tersebut telah menimbulkan amarah dalam kalangan penduduk
Tanah Melayu yang beragama Islam apabila keluarga kandung Natrah
telah mengkristiankan Natrah sedangkan Natrah dibesarkan dalam
persekitaran dan ajaran agama Islam.

!15

4.2.4 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Tindakan atau Usaha
yang Diambil dalam Isu Natrah

23%
49%

Tidak Tahu
Tidak Pasti
Tahu

28%

Majoriti responden mengetahui tindakan mahupun usaha yang diambil
oleh pelbagai pihak bagi menyelamatkan Natrah daripada diambil oleh
keluarga angkatnya. Carta menunjukkan 49% reponden mengetahui
tindakan atau usaha-usaha tersebut, manakala 28% lagi tidak pasti
mengenainya dan 23% pula tidak mengetahui tindakan yang telah diambil.
Che Aminah misalnya, telah mengambil tindakan mengahwinkan Mansor
Adabi dengan Natrah supaya Natrah kekal di Tanah Melayu. Selain itu,
suatu rusuhan atau perarakan tunjuk perasaan oleh penduduk Tanah
Melayu telah berlangsung bagi menunjukkan tindakan serta respon
penduduk terhadap isu keluarga kandung Natrah yang telah
mengkristiankan Natrah atau telah memurtadkannya.

!16

4.3 Sudut Pandang Responden Terhadap Konflik Natrah
4.3.1 Kewajaran Tindakan Che Aminah (ibu angkat Natrah)

45%
55%
Wajar
Tidak Pasti
Tidak Wajar

Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu angkat yang
mahu mempertahankan akidah anak angkatnya, Che Aminah telah
melakukan pelbagai perkara. Tindakan awalnya, dengan bersetuju untuk
menjaga dan mendidik bertukar kepada suatu bentuk tindakan dalam
memastikan Natrah tidak terlepas dan terdedah kepada bahaya
penukaran akidah. Beliau telah mengahwinkan

Natrah dengan mansor

Adabi, kekasih Natrah sendiri dan juga membawanya ke Singapura
sebagai satu inisiatif lain dalam mempertahankan hak penjagaannya.
Berdasarkan kajian, seramai 45% daripada responden menyetujui
tindakan tersebut manakala 55% daripadanya menyatakan ketidakpastian
mereka. Tiada responden yang berpendapat bahawa tindakan Che
Aminah adalah tidak wajar.

!17

4.3.2 Kewajaran Tindakan Keluarga Kandung Natrah

5%

35%

Wajar
Tidak Pasti
Tidak Wajar

60%

Setelah masalah selesai, keluarga kandung Natrah bertindak untuk
mengambil kembali hak penjagaan anak mereka. Oleh itu, berdasarkan
perkara ini, kewajaran dalam memindahkan hak penjagaan Natrah
daripada Che Aminah kepada keluarga kandungnya telah diperdebatkan.
Rentetan daripada itu, Natrah yang dibesarkan sebagai seorang Muslim
juga telah ditukar agamanya kepada Kristian berdasarkan agama keluarga
kandungnya.
Sebahagian besar daripada responden, 63% daripada mereka tidak
menyatakan kepastian dalam perkara ini. Manakala 37% yang lain
bersetuju, dan merasakan ada kewajaran dalam tindakan tersebut,
mungkin disebabkan faktor keluarga kandung yang memainkan peranan
besar dalam menentukan hala tuju anak mereka. Hanya 5% yang
berpendapat bahawa tindakan-tindakan tersebut adalah tidak wajar.

!18

4.3.3 Nilai Sensitiviti dalam Isu Natrah

45%
55%
Wajar
Tidak Pasti
Tidak Wajar

Kami telah menggariskan beberapa perkara yang menyentuh nilai
sensitiviti dalam isu Natrah kepada para responden. Antaranya adalah
demonstrasi bantahan daripada pelbagai etnik dalam memperjuangan
sesuatu terutamanya melibatkan hak dan nilai kemanusiaan, perbicaraan
yang tidak berat sebelah dengan melibatkan isu perkauman dan juga
kewajaran dalam mempertahankan pegangan agama masing-masing
merentasi etnik meskipun proses itu melibatkan pengorbanan. Selain itu,
isu yang berkait langsung dengan hal Natrah adalah kewajaran dalam
membahaskannya dengan mengaitkan proses sosialisasi di Malaysia, juga
mempolitikkan isu kemanusiaan untuk menjamin keberkesanan sesuatu
perjuangan.
45% daripada responden menyatakan bahawa wajar untuk perkaraperkara tersebut digiatkan memandangkan isu sensitiviti tidak boleh
dipandang remeh. Manakala 55% menyatakan ketidak pastian mereka,
mungkin bergantung kepada isu itu sendiri, sama ada releven atau tidak
dan juga bentuk masyarakat itu sendiri. Tiada responden menyatakan
tidak wajar.

!19

4.3.4 Kesan daripada Konflik Natrah

35%

65%
Wajar
Tidak Pasti
Tidak Wajar

Jika diamati dan dikaji dengan mendalam, terdapat kesan-kesan yang
signifikan berdasarkan konflik antara dua pihak ini. Paling ketara adalah
rusuhan yang berlaku melibatkan rakyat Tanah Melayu ketika itu, yakni
daripada pelbagai latar belakang serta kaum demi memperjuangkan hak
kemanusiaan secara umumnya, juga mempertahankan akidah seorang
gadis secara khasnya. Pada perbicaraan kali pertama, kemenangan telah
berpihak kepada Che Aminah. Namun begitu, perbicaraan kali kedua
berpihak kepada keluarga kandung Natrah, sekaligus mencetuskan
kekecohan. Akhirnya, atas faktor kekecewaan, Natrah telah membelakangi
kedua-dua agama, yakni Islam dan Kristian.
Berdasarkan dapatan, kewajaran kesan-kesan ini mengambil tempat
rentetan daripada segala yang berlaku sejak mula telah dipersetujui oleh
35% daripada responden kami. Seterusnya 65%, yakni sebahagian besar
daripada mereka tidak pasti secara relevennya tentang perkara-perkara
yang berlaku. Tiada responden yang memberi respon tidak wajar.

!20

5.0

Rumusan, Cadangan dan Penutup

Secara keseluruhannya, responden daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial
mempunyai pengetahuan secara sederhana terhadap isu Natrah. Kebanyakkan
daripada mereka mengetahui isu tersebut secara kasar, dan hanya beberapa sahaja
dalam kalangan mereka yang benar-benar mendalami isu tersebut. Oleh itu,
mungkin agak sukar bagi mereka untuk mengaitkan dan mengamati hubungan
antara Natrah serta masyarakat Tanah Melayu, keluarga Che Aminah secara
khususnya dengan isu-isu yang timbul setelah itu. Nilai sensitiviti mereka terhadap
peristiwa-peristiwa besar hasil daripada kisah ini juga bukanlah secara maksimum,
kerana berdasarkan kaji selidik, ketidakpastian responden lebih mendominasi
penilaian mereka terhadap isu tersebut. Pada pandangan kami, pendedahan yang
lebih berfokus dan agresif perlulah ditingkatkan dalam usaha menambahkan
pengetahuan umum terhadap isu polemik ini kerana sebagaimana yang telah
dinyatakan di atas, isu ini telah berjaya membentuk sosialisasi dalam kalangan
penduduk Tanah Melayu pada waktu tersebut. Namun begitu, sebilangan kecil
daripada responden telah memberi respon yang positif, menunjukkan masih terdapat
golongan yang cakna terhadap isu ini. Beberapa langkah mungkin boleh diambil
bagi memupuk nilai ingin tahu dan menerapkan pengetahuan mengenai isu ini
dalam diri setiap individu masyarakat.
5.1 Cadangan
Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan serta rumusan yang telah
dibuat, pengkaji ingin membuat beberapa cadangan yang boleh
dipertimbangkan supaya masyarakat sedar akan kepentingan isu Natrah ini.
Pendekatan-pendekatan yang baik dan boleh diterima masyarakat perlulah
dilaksanakan. Antara cadangan yang ingin dikemukakan adalah:

!21

A. Menerapkan isu Natrah di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di
institusi pendidikan tidak kira sama ada di peringkat sekolah menengah
mahupun di peringkat universiti.

Isu ini juga boleh dimasukkan di dalam

silibus subjek Sejarah atau Pengajian Am.
B. Isu ini juga boleh dihebahkan dengan pelbagai cara dan bentuk mengikut
kreativiti dan peluang setiap individu. Antaranya :
i. Forum/ Dialog/Perbincangan
ii. Kempen
iii. Media massa/Teater/Filem
C. Untuk mengelakkan isu ini daripada berulang kembali pada masa akan
datang, pihak berkuasa haruslah menggubal sebuah peruntukan
perlembagaan negara yang kukuh tanpa membelakangkan undang-undang
Islam itu sendiri. Selain itu, pemimpin negara juga berperanan dalam
mengawal aktiviti-aktiviti rakyat dan membendung pengaruh media massa
yang boleh membawa kepada tercetusnya kontroversi.

D. Bukan sahaja pemimpin negara seorang yang harus bertanggungjawab
malah, rakyat yang berbilang kaum juga merupakan tulang belakang kepada
perlembagaan negara. Usaha tidak boleh hanya tertumpu kepada usaha topdown sahaja malah diselangi dengan inisiatif bottom-up dalam kalangan
rakyat. Rakyat haruslah mempunyai skap bertoleransi dalam segala perkara
dengan mengambil kira dan menghormati pandangan masyarakat yang

!22

berbilang kaum dan berkongsi idea serta pengalaman kepada setiap
masyarakat. Dengan adanya sikap toleransi ini, maka setiap rakyat mampu
mengelak pertelingkahan dan konflik samada konflik agama, atau etnik.

E. Selain itu, rakyat yang berbilang kaum yang tinggal di Malaysia ini haruslah
bersatu dalam banyak perkara. Perpaduan kaum haruslah dilaksanakan dan
perpaduan kaum dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan
pelbagai kaum seperti gotong-royong, majlis perayaan dan sebagainya.
5.2 Penutup
Dalam isu ini, pengkaji telah membuat rumusan berdasarkan dapatan kajian yang
telah dikaji dan juga rumusan secara keseluruhan. Selain itu, pengkaji turut
mengemukakan beberapa cadangan yang berkaitan dengan kajian yang telah
dijalankan dan beberapa cadangan tambahan untuk tujuan kajian lanjutan.

!23

6.0 Rujukan
Adam, R. (2004). Gerakan Radikalisme di Malaysia ( 1938 - 1965 ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Aljunied, S. M. (2009). Colonialism, Violence and Muslims in Southeast Asia : The Maria Hertogh
Controversy and its aftermath. New York: Routledge Taylor and Francis Group.
Boestamam, A. (1972). Putera Setia Melayu Raya. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Kejora.
Christern, M. (1999, Januari 22). Een Rel In Singapore. Retrieved Mei 2, 2013, from NRC
Webpagina's: http://retro.nrc.nl/W2/Nieuws/1999/01/22/Rtv/02.html
Mahmud, Z. (2009, Julai 12). Fenomena Natrah dalam Psikologi Bangsa. Retrieved Mei 2, 2013,
from Utusan Online: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz2KG4MY3PI
Yaacob, F. (2011). Natrah In The Name of Love. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

!24

7.0 Lampiran

!25

Tuan/Puan/Cik,
Isu Natrah: Kajian Dalam Kalangan Warga Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya
Kami merupakan pelajar tahun pertama Universiti Malaya yang menjalankan kajian bagi
Subjek Hubungan Etnik, berkenaan dengan isu polemik yang pernah berlaku di Negara
kita pada masa dahulu, namun masih dibahaskan dan dibincangkan sehingga ke hari
ini. Isu yang melibatkan akidah seorang gadis Belanda yang dikenali sebagai Natrah ini,
telah diperhalusi dan dikaji oleh banyak pihak. Oleh itu, kami ingin meraih sudut
pandang daripada warga Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya yang mungkin
mempunyai pendapat mahupun perspektif sendiri bedasarkan kepada pengalaman,
pengetahuan dan penyelidikan masing-masing terhadap isu ini.
Kerjasama daripada pihak anda amatlah kami hargai.

Bahagian A: Demografi
1. Jantina
Lelaki
Perempuan
2. Umur
< 20 tahun

21 - 30 tahun

31 - 40 tahun

> 50 tahun

3. Bangsa
Melayu

Cina

India

Lain-lain

4. Agama
Islam

Buddha

Hindu

Lain-lain

5. Jawatan
Pensyarah
Pelajar Prasiswazah
Pelajar Pascasiswazah

6. Jabatan, sila nyatakan : _________________________

41 - 50 tahun

7. Nyatakan tahun pengajian/tahap pengajian anda (diisi oleh PELAJAR sahaja):
Tahun 1
Semester Khas

Tahun 2

Tahun 3

Sarjana

Tahun 4

Doktor Falsafah

Bahagian B: Tahap Pengetahuan
Sila nilai tahap pengetahuan anda terhadap fakta-fakta berikut.
Bil

Kenyataan

8

Saya mengetahui dan pernah mendengar tentang isu
Natrah / Maria Huberdina Hertogh sebelum ini.

9

Nama Belanda bagi Natrah ialah Maria Huberdina
Herthogh dan dikenali sebagai Bertha.

10

Natrah merupakan anak ketiga kepada pasangan
Belanda, Sarjan Adrianus Pertus Hertogh bersama
Adeline Hertogh.

11

Tentera Jepun tidak menerima kehadiran orang kulit
putih ke Tanah Melayu menyebabkan keberadaan
Natrah di sini menggugat keselamatannya.

12

Bapa Natrah telah dipenjarakan, manakala keluarga
Natrah yang lain menetap bersama di kediaman nenek
Natrah, Nor Louise, dalam keadaan yang daif serta
serba kekurangan.

13

Che Aminah yang juga merupakan kawan baik Nor
Louise ketika itu bersimpati dengan nasib keluarga
tersebut lalu membekalkan keperluan asas seperti
makanan kepada keluarga tersebut.

14

Ibu bapa kandung Natrah menyerahkan tanggungjawab
penjagaan Natrah kepada Che Aminah sejak berumur 6
tahun.

15

Sarjan Adrianus Pertus Hertogh telah membuat
tuntutan bagi hak penjagaan Natrah setelah dibebaskan
dari penjara.

16

Natrah hidup bahagia bersama keluarga angkatnya.

Tidak
tahu

Tidak
pasti

Tahu

17

Kehidupan Natrah bersama keluarga angkatnya yang
bahagia menyebabkan dirinya tidak sanggup untuk
kembali ke pangkuan ibu bapa kandungnya.

18

Natrah ditempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat
sementara menunggu keputusan mahkamah
berkenaan hak penjagaan Natrah.

19

Mansor Adabi berasal daripada keluarga yang disegani
dan terkenal di Tanah Melayu dan beliau juga
merupakan seorang guru pelatih semasa berkahwin
dengan Natrah.

20

Rasa cinta Natrah kepada Mansor Adabi dan Che
Aminah menyebabkan dia berasa sayang dan berat
hati untuk meninggalkan Tanah Melayu.

21

Perkahwinan Natrah dengan Mansor Adabi merupakan
antara faktor kemenangan hak penjagaan berpihak
kepada Sarjan Hertogh kerana perkahwinan tersebut
dikatakan tidak sah berdasarkan Perlembagaan
Belanda.

22

Che Aminah bertindak dengan berpindah ke Singapura
untuk memperjuangkan hak penjagaan Natrah.

23

Rusuhan rakyat (Rusuhan Natrah) yang mendapat
perhatian daripada seluruh pelosok Tanah Melayu pada
ketika itu menunjukkan sensitiviti mereka terhadap
perkara yang melibatkan akidah seseorang.

24

Masyarakat Tanah Melayu keseluruhannya bergabung
tanpa mengira etnik dan kaum atas nama kemanusiaan
dalam demonstrasi memperjuangkan hak penjagaan
Natrah.

25

Che Aminah Mohamad diwakili oleh seorang peguam,
Encik Ahmad Ibrahim daripada Syarikat S. C. Goho &
Co.

26

Perlembagaan Belanda bertentangan dengan Prinsip
Syariah Islam yang membenarkan seorang perempuan
yang sudah mencapai usia akil baligh untuk berkahwin,
berlainan dengan Perlembagaan Belanda yang hanya
membenarkan perkahwinan bagi perempuan yang
berumur 18 tahun ke atas.

27

Natrah diletakkan bawah jagaan paderi perempuan di
Convent sebelum bertolak balik ke negara asalnya. Di
sini, dia telah dibimbing berkenaan dengan ajaran
Kristian dan dipaksa berlutut di hadapan patung Jesus
Christ.

28

Walaupun telah berpisah daripada keluarga angkatnya,
Natrah masih berhubung dengan Mansor Adabi selama
tiga tahun melalui utusan surat. Perhubungan tersebut
berakhir setelah Mansor berkahwin kali kedua.

Bahagian C: Isu Sensitiviti
Sila tandakan pandangan anda berkenaan situasi berikut.
Bil

Kenyataan

1

Che Aminah wajar menerima tanggungjawab untuk
menjaga Natrah daripada awal.

2

Che Aminah wajar mengahwinkan Natrah dengan
Mansor Adabi bagi menyelesaikan masalah

3

Che Aminah wajar membawa Natrah berpindah ke
Singapura, bertujuan untuk memperjuangkan hak
penjagaan gadis tersebut.

4

Parti politik di Tanah Melayu ketika itu menggunakan
isu Natrah sebagai salah satu alat dalam mencapai
kemerdekaan negara.

5

Rusuhan yang berlaku bersesuaian dengan isu yang
diketengahkan, yakni perjuangan menjaga akidah.

6

Rakyat dari pelbagai latar belakang serta kaum
bergabung dalam memperjuangkan hak kemanusiaan.

7

Kesilapan Natrah dalam membelakangi Islam pada
akhirnya tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada
beliau berdasarkan tekanan yang telah dihadapi oleh
Natrah.

Tidak
wajar

Tidak
pasti

Wajar

8

Ibu bapa kandungnya wajar mendapat hak penjagaan
Natrah kerana Natrah berumur kurang daripada 18
tahun.

9

Ibu Bapanya wajar menukar agama Natrah walaupun
dia telah dibesarkan dalam agama Islam sejak kecil.

10

Perbicaraan pertama memang wajar dimenangi oleh
Che Aminah.

11

Perbicaraan kedua yang akhirnya dimenangi oleh ibu
bapa kandung Natrah wajar diputuskan oleh
mahkamah di Tanah Melayu, bukan Mahkamah Tinggi
Singapura,

12

Golongan pelbagai etnik wajar mengadakan rusuhan/
demonstrasi jika ingin memperjuangkan sesuatu
terutamanya dalam menuntut hak dan
mempertahankan isu kemanusiaan.

13

Isu Natrah tidak wajar dibincangkan dan dibahaskan
kerana bakal memecah belahkan proses sosialisasi di
Malaysia.

14

Kemenangan perbicaraan di mahkamah tidak wajar
mengambil kira aspek warna kulit dan etnik.

15

Setiap agama dan etnik wajar mempertahankan
pegangan masing-masing walaupun terpaksa
mengorbankan masa, wang ringgit mahupun nyawa.

16

Raja-raja Melayu wajar mengambil tindakan dengan
mencampur tangan isu tersebut kerana isu ini
berkaitan dengan pegangan aqidah agama Islam.

17

Isu kemanusiaan dan hak wajar dipolitikkan kerana
platform politik mampu menjamin keberkesanan dalam
sesuatu perjuangan.

Part 4 : Cadangan
1. Pada pendapat anda, apakah langkah yang wajar diambil dalam menerapkan
pengetahuan dan pemahaman dalam isu ini dalam kalangan masyarakat majmuk di
Malaysia?

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________
2. Pada pandangan anda, bagaimankah caranya untuk mengelakkan isu ini daripada
berulang kembali pada masa akan datang?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
_____________________________________________________________