REKABENTUK MOTIVASI DI DALAM PERISIAN PE

REKABENTUK MOTIVASI DI DALAM PERISIAN PERMAINAN PEMBELAJARAN
JAWI BAGI KANAK-KANAK: PENGINTEGRASIAN DI ANTARA MODEL MOTIVASI
BARAT DAN ISLAM
Noor Azli bin Mohamed Masrop
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Faculty of Information Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Malaysia
noorazli@kuis.edu.my
Nor Azan Mat Zin
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Faculty of Information Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Malaysia
azan@ftsm.ukm.my
Abdul Halim Tamuri
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Malaysia
Abstrak
Motivasi adalah satu pemboleh ubah yang penting dan perlu diambil kira apabila membangun,

mengawasi dan menilai keberkesanan pengajaran di dalam perisian permainan komputer
pembelajaran. Faktor-faktor yang dapat meningkatkan motivasi pelajar mestilah diambil kira
ketika membangunkan perisian-perisian permainan ini. Walaubagaimanapun model-model
motivasi yang sedia ada untuk membina perisian pendidikan adalah lebih cenderung kepada
budaya/penulis barat. Oleh kerana itu kertas kerja ini akan membuat perbandingan beberapa
teori/model motivasi daripada penulis-penulis barat dan penulis timur (Islam) supaya lebih sesuai
untuk digunakan di dalam budaya melayu Islam/Malaysia untuk diterapkan di dalam pembinaan
perisian permainan pembelajaran Jawi yang akan digunakan oleh kanak-kanak. Daripada
perbandingan ini dicadangkan satu model rekabentuk motivasi bagi perisian pendidikan yang
lebih sesuai digunakan di dalam budaya masyarakat timur (Islam).
Keywords: educational games, motivation, motivational models, Jawi, Islamic motivational
models
1. Pengenalan
Motivasi adalah satu pemboleh ubah yang penting dan perlu diambil kira apabila
membangun, mengawasi dan menilai keberkesanan pengajaran di dalam perisian permainan
komputer pembelajaran (Bixler, 2006). Faktor-faktor yang dapat meningkatkan motivasi pelajar
mestilah diambil kira ketika membangunkan perisian-perisian multimedia ini (Huang, DiefesDux, Imbrie, Daku, & Kallimani, 2004). Walaubagaimanapun model-model motivasi yang sedia
4/26/2018 6:08:25 PM

1


ada adalah lebih cenderung kepada budaya barat. Menurut Bixler (2006) seorang penulis tidak
boleh menolak adanya kesan sikap barat terhadap motivasi. Apabila sesuatu penulisan banyak
menggunakan rujukan-rujukan dari penulis-penulis barat, penulisan tersebut akan lebih
cenderung (biased) untuk membincangkan konstruk motivasi yang lebih sesuai dengan budaya
barat (Bixler, 2006). Walaubagaimanapun ahli psikologi barat hanya membincangkan aspek
jasmaniah (tubuh badan) dan aspek nafsiah tetapi meninggalkan aspek rohaniah(2005). Menurut
Baharuddin (2005, hlm. 43) “Walaupun Psikologi Humanistik dan Tranpersonal telah mengakui
spiritual sebagai sebahagian dari elemen psikologi namun spirit yang dimaksudkan bukan seperti
yang dijelaskan dalam pandangan agama. Spirit yang dimaksudkan Transpersonal ialah neotik
iaitu inti terdalam dari kemanusiaan yang merupakan sumber makna hidup dan potensi diri dari
berbagai kemampuan dan sifat luhur manusia yang luar biasa yang selama ini diabaikan oleh ahli
psikologi”. Kelopongan teori-teori psikologi barat ini jelas terlihat apabila dasar-dasar/teori
pembelajaran dan motivasi yang telah digunakan di dalam Al Quran (lebih 14 abad/1400 yang
lalu) dalam pendidikan kerohanian bagi orang-orang mukmin hanya disedari/ditemui oleh ahli
psikologi akan kesignifikenannya di dalam proses belajar setelah kebelakangan ini, iaitu pada
awal-awal abad ke 20 Masehi ini (Najati, 2001). Sedangkan menurut (Mook Soon Sang, 2009)
sebelum abad ke 16 menurut pandangan barat (terutamanya institusi gereja) kanak-kanak
dipandang sebagai insan yang berdosa, dikuasai syaitan dan perlu dibersihkan dengan
menghalaunya daripada tubuh kanak-kanak melalui istiadat baptis.

Oleh kerana itu kertas kerja ini akan membuat perbandingan beberapa teori/model
motivasi daripada penulis-penulis barat dan kemudianya membincangkannya dari aspek
pandangan penulis timur (Islam) supaya lebih sesuai untuk digunakan di dalam budaya melayu
Islam/Malaysia untuk digunakan di dalam perisian permainan pembelajaran Jawi. Perbincangan
yang seterusnya akan membincangkan mengenai konsep motivasi dan beberapa teori/model
motivasi yang akan digunakan di dalam pembangunan perisian permainan pendidikan.
2. Definasi Motivasi
Motivasi mempunyai banyak definisi yang menjelaskan bidang ilmu yang sangat luas. Beberapa
buah buku boleh dan telah ditulis mengenai definisi dan aplikasinya di dalam persekitaran lain
pembelajaran dan persekitaran lain (Bixler, 2006). Menurut Ormrod (2006, hlm. 365)
“motivation is something that energizes, directs and sustains behavior; its gets students moving,
point them in a particular direction, and keeps them going. Crow dan Crow (1983) pula
menghuraikan motivasi sebagai sesuatu desakan yang menjadikan manusia mengubah sikap,
minat atau kegiatannya. Definisi yang digunakan di dalam kajian ini ialah: perangsang yang
membangkitkan dan mengekalkan keseronokan dan minat seseorang individu ke arah mencapai
sesuatu matlamat tertentu.
3. Jenis-Jenis Motivasi
Terdapat berbagai kategori jenis-jenis motivasi yang telah diberikan oleh ahli-ahli psikologi yang
berlainan. Di antara klasifikasi-klasifikasi tersebut adalah 1)fisiologi dan
psikologi; 2)motivasi asas (primary motives) dan motivasi yang dipelajari

(learned motives) dan 3)motivasi intrinsik dan motivasi intrinsik (Mook Soon
Sang, 2010). Tumpuan kajian ini memberikan fokus kepada motivasi intrinsik yang sesuai
digunakan di dalam pembinaan perisian permainan pembelajaran.
4/26/2018 6:08:25 PM

2

4. Teori Motivasi Menurut Perspektif Islam
Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang lalu telah
datang dengan teori-teori pendidikan (termasuk motivasi) yang komprehensif bersumber AlQuran dan As Sunnah (Muhanna, 1990). Menurut Baharuddin (2005) di antara perkara utama
yang membezakan di antara psikologi Islam dan Barat adalah persoalan tentang manusia.
Perbezaan pandangan tentang manusia di kalangan ahli Psikologi Barat sendiri telah melahirkan
berbagai-bagai teori yang berkembang di Barat. Psikologi Islami telah membangunkan teori dan
konsep tentang manusia bersumberkan kitab suci Al Quran yang menyeluruh meliputi
1)Jasmaniah (tubuh fizikal) 2)Nafsiah (Al-nafsu, al-‘aql dan al-qalb) dan 3)Ruhaniah. Manakala
Psikologi Barat hanya membincangkan aspek jasmaniah (tubuh badan) dan aspek nafsiah sahaja
dan aspek rohaniah tidak terjangkau di dalam psikologi Barat. Sebagai contohnya Psikologi
Fisiologi dan behaviorisme hanya membincangkan aspek jasmaniah ; Psikoanalisa Sigmund
Freud hanya membincangkan aspek nafsiah ; manakala teori Humanistik hanya membincangkan
aspek Jasmaniah dan Nafsiah sahaja (Baharuddin, 2005). Walaupun Psikologi Humanistik dan

Tranpersonal telah mengakui spiritual sebagai sebahagian dari elemen psikologi namun spirit
yang dimaksudkan bukan seperti yang dijelaskan dalam pandangan agama. Walaubagaimanapun
perbincangan lanjut perbezaan ini adalah di luar lingkup kertas kerja ini. Kertas kerja ini hanya
akan membincangkan prinsip-prinsip motivasi yang digunakan oleh Al Quran di dalam mendidik
umat Islam.
Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah mengandungi teori-teori
pendidikan dan psikologi (termasuk motivasi) yang komprehensif (Muhanna, 1990). Konsepkonsep motivasi ini telah lama diaplikasikan di dalam pendidikan di dalam dunia Islam dan para
sarjana Islam telah menulis mengenai mengenainya (psikologi manusia dan motivasi) secara
intensif walaupun istilah psikologi tidak wujud pada ketika itu (Haque, 2004). Menurut Haque
(2004) di dalam penulisan-penulisan sarjana Islam istilah nafs (self or soul) digunakan. Nafs
merangkumi topik yang luas iaitu qalb(hati), ruh, aql(intelek/kognitif) dan irada (kehendak).
Sebagai contohnya Al-Ghazali(2007) (1058-1111 masihi, 450-505 hijrah) telah mengemukakan
teori keperluan (fitrah) dan personaliti (Mook Soon Sang, 2009) jauh lebih awal dari teori yang
telah dikemukakan oleh Maslow(1970). Haque (2004) pula telah menyenaraikan sebahagian
tokoh sarjana Islam yang menyumbang di dalam bidang ini iaitu 1) Al Ash’ath Bin Qais Al-Kindi
(801–866), 2) Ali Ibn Sahl Rabban At-Tabari (838–870), 3) Abu Zaid Al-Balkhi (850–934), 3)
Abu Bakr Mohammad Ibn Zakariya Al-Razi (864–932), 4) Abu Nasr Mohammad Ibn Al-Farakh
(Al-Farabi) (870–950), 5) Abul Hasan Ali Abbas Al-majusi (D. 995), 6) Ikhwan Al-Safa: The
Bretheren of Purity (10th century A.D.), 7) Abu Ali Ahmad B. Muhammad B. Ya’kub Ibn
Miskawayh (941–1030), 8) Abu ‘Ali Al-Husayn B. ‘Abd Allah Ibn Sina (980–1037), 9) Abu

Hamid Muhammad Al-Ghazali (1058–1111), 10) Abu Bakr Mohammed Bin Yahya Al-Saigh Ibn
Bajjah (1095–1138), 11) Ibn Al-Ayn Zarbi (D. 1153), 12) Abu Bakar Muhammad Bin Abdul
Malik Ibn Tufayl (1110–1185), 13) Abu’l Walid Muhamad Bin Ahmad Ibn Rushd (1126–1198),
14) Fakhr Al-Din Muhammad Umar Al Razi (1149/50–1209) dan 15) Muhyid-Din Muhammad
Ibn Ali (Ibn Arabi) (1164–1240). Ali Ibn Sahl Rabban At-Tabari sebagai contohnya adalah
merupakan pelopor dalam bidang perkembangan kanak-kanak menerusi bukunya Firdaus Al
Hikmah. Abu Zaid al-Balkhi pula merupakan ahli psikologi kognitif dan perubatan yang pertama
yang telah berjaya membezakan dengan jelas di antara neuroses dan psychoses (Haque, 2004).
Ahli psikologi Muslim yang terkini juga telah membincangkan mengenai teori-teori motivasi
4/26/2018 6:08:25 PM

3

menurut perspektif Islam. Bahagian seterusnya akan membincangkan dengan lebih lajut teoriteori yang dikemukan oleh penyelidik-penyelidik Islam kini seperti Najati (2001, 2006), (Alizi &
Mohamad Zaki (2005), Alawneh (1999) dan Zaleha & Hassoubah (2008)

4.1

Najati (2001, 2006)- Motivasi dalam Al Quran dan hadith Nabi


Najati (2001) telah mengemukakan teori motivasi berdasarkan kaedah pendidikan yang telah
digunakan oleh Al Quran dan kaedah pendidikan yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W
(Najati, 2006). Najati telah membincangkan teori motivasi di dalam Al Quran dalam bentuk
1)motivasi fisiologi seperti motivasi menjaga kelangsungan hidup dan motivasi menjaga
keturunan, 2)Motivasi kejiwaan/spritual seperti motivasi kejiwaan, motivasi spritual, 3) Motivasi
tidak sedar 4)konflik di antara motivasi-motivasi 5)kaedah untuk mengawal motivasi dan
6)penyimpangan motivasi-motivasi. Najati (2001) juga telah membincangkan di antara kaedah
yang digunakan di dalam Al-Quran adalah untuk menimbulkan motivasi pembelajaran seperti:
i.
Menimbulkan Motivasi dengan Memberikan Harapan (targhib) dan Ancaman(tarhib).
Manusia cenderung melakukan perbuatan yang menyeronokkan dan menjauhi perbuatan
yang menyakitkan. Banyak eksperimen yang telah dilakukan oleh ahli psikologi moden
tentang perkara ini. Ayat-ayat targhib di dalam Al-Quran yang menerangkan tentang
kenikmatan syurga akan membangkitkan cita-cita umat Islam untuk mendapatkan
kenikmatan ini dan berpegang teguh pada takwa manakala ayat-ayat tarhib yang
menerangkan tentang siksa neraka akan membuatkan mereka menjauhi segala perbuatan
dosa. Penggunaan kedua-dua kaedah ini secara bersama adalah lebih berkesan berbanding
dengan hanya menggunakan salah satu kaedah sahaja.
ii.
Membangkitkan motivasi dengan kisah-kisah

Melalui cerita Al Quran memberi nasihat dan membimbing serta mendidik manusia
berbagai pelajaran dan hikmah. Menurut Najati (2001) kebiasaannya kisah di dalam Al
Quran dimulai dengan ringkasan cerita diikuti dengan penceritaan kisah secara mendalam.
Contohnya seperti kisah Ashabul Kahfi. Ada juga kisah yang dimulai dengan menyebut
akibat dan tujuan terlebih dahulu sebelum kisah diceritakan.
iii.
Memanfaatkan peristiwa-peristiwa penting
Peristiwa-peristiwa dan masalah-masalah merupakan salah satu faktor yang dapat
membangkitkan motivasi. Al Quran telah menceritakan peristiwa-peristiwa penting yang
dilalui oleh umat Islam terdahulu dan penyelesaian masalah yang telah diambil sebagai
panduan kepada umat kini. Kepentingan memanfaatkan peristiwa-peristiwa penting ini
juga boleh dilihat dari sebab-sebab turunnya ayat-ayat Al Quran (asbabunnuzul).
Kebanyakkan ayat Al Quran juga diturunkan bertepatan dengan peristiwa penting yang
berlaku pada ketika itu.
Menurut Najati motivasi adalah merupakan sebahagian daripada prinsip-prinsip pembelajaran
yang telah digunakan di dalam Al Quran dan Rasulullah di dalam mendidik umat Islam. Penulis
merasakan prinsip-prinsip yang selebihnya juga perlu di bincangkan di dalam kertas kerja ini
kerana ia berkait rapat dengan motivasi pembelajaran seseorang. Oleh yang demikian bahagian
yang seterusnya akan membincangkan prinsip-prinsip pembelajaran ini.


4/26/2018 6:08:25 PM

4

4.1.1.

Ganjaran (reward)

Najati (2006) juga telah membincangkan mengenai penghargaan/ganjaran (reward) di dalam
pembelajaran pendidikan. Bentuk-bentuk ganjaran yang digunakan oleh Al-Quran dan Rasulullah
tidak hanya berbentuk kebendaan tetapi juga di dalam bentuk abstrak seperi pujian, penghargaan
dan motivasi. Dari segi jangkamasa ganjaran pula, terdapat tiga bentuk yang digunakan oleh Al
Quran dan Rasulullah iaitu 1)pemberian ganjaran secara sertamerta contohnya Rasulullah SAW
telah memerintahkan agar bayaran upah pekerja hendaklah di bayar sebelum kering peluh
pekerja, 2)menangguhkan pemberian ganjaran dalam tempoh jangka panjang contohnya ganjaran
bagi orang yang berbuat kebaikan ialah syurga 3)pemberian ganjaran tanpa menetapkan batasan
masa yang jelas sebagai contohnya malam lailatur Qadar yang bersamaan dengan ganjaran seribu
bulan tidak dinyatakan masanya dengan jelas. Menurut Najati (2006) perkara ini dapat
merangsang motivasi umat Islam untuk beramal sepanjang bulan Ramadhan terutama sepuluh
malam yang terakhir.

4.1.2.

Pembahagian waktu belajar

Di antara prinsip-prinsip pembelajara yang digunakan oleh Al Quran ialah pembelajaran
hendaklah di selangi dengan waktu rehat (Najati, 2001, 2006). Perkara ini dapat dilihat apabila Al
Quran sendiri diturunkan dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Rasulullah sendiri mendidik dan
memberikan nasihat di dalam selang masa ini bagi mengelakkan para sahabat berasa jemu atau
bosan.
4.1.3.

Bertahap didalam mengubah tingkahlaku

Di dalam pendidik bangsa Arab yang sudah terkenal dengan tradisi buruk yang telah mengakar
umbi di dalam masyarakat mereka Rasulullah SAW telah menggunakan kaedah iaitu 1)kaedah
penanaman iaitu menamkan keimanan di dalam diri manusia 2)menggunakan kaedah bertahap
didalam pendidikan contohnya seperti pengharaman arak telah melalui tiga fasa iaitu larangan
menjauhinya, larangan bersolat ketika solat dan larangan secara mutlak.
4.1.4.


Pengulangan

Al Quran dan Rasulullah SAW menggunakan prinsip pengulangan ketika mendidik manusia.
Sebagai contohnya Rasulullah akan mengulangkan sehingga tiga kali sehingga para sahabat
benar-benar memahami ajaran yang disampaikan. Menurut Najati (2001) pengulangan kisahkisah di dalam Al Quran bukanlah pengulangan secara total melainkan hanya menyebut beberapa
peristiwa pada suatu kisah yang sesuai dengan kandungan surah itu. Apabila berlaku pengulangan
serangkai kisah, biasanya akan dikemukan sesuatu yang baru dan berlaku perubahan didalam
susunan ayat atau perbezaan pada cerita permualaan atau akhiran sesuai dengan tuntutan
ungkapan yang dimaksudkan di dalam kisah tersebut.
4.1.5.

Menarik perhatian

Al Quran telah menyentuh akan peri pentingnya memberikan perhatian kepada pendidikan yang
disampaikan. Beberapa kaedah juga telah digunakan Al Quran untuk menarik perhatian orang
4/26/2018 6:08:25 PM

5

yang membacanya sebagai contohnya dengan menggunakan perumpamaan-perumpamaan,
memulakan surah dengan huru-huruf hijaiyah seperti Alif Lam Mim, penggunaan sumpah di
permulaan ayat, susunan kata di dalam Al Quran berbeza dengan adanya i’jaz balaghah serta
alunan muzik yang dapat membangkitkan perasaan dan menarik perhatian.
4.1.6.

Berperanan aktif

Ajaran Islam meminta umatnya berperanan aktif dengan mengamalkan sendiri ilmu-ilmu yang
telah dipelajarinya. Terdapat banyak ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perlunya iman yang
diiringi dengan amal soleh.
4.2

Alizi & Mohamad Zaki (2005): teori motivasi Islam berteraskan jihad

Alizi & Mohamad Zaki (2005) telah membincangkan mengenai pandangan Islam tentang
konsep-konsep motivasi bermula dengan keperluaan asas yang diperlukan oleh manusia seperti
lapar, kehausan, seks, kuasa, pencapaian, penghargaan, kerohanian/agama, dan peranan keimanan
di dalam motivasi. Beberapa teori-teori motivasi juga telah dinilai berdasarkan pandangan Islam
seperti teori hiraki keperluan Maslow dibandingkan dengan Maqasid Shar`iyyah. Alizi &
Mohamad Zaki telah mengemukakan teori mengemukakan teori penggunaan prinsip-prinsip
motivasi Islami yang berteraskan Jihad (bersungguh-sungguh di dalam membuat sesuatu) dan
mengandungi elemen keimanan dan agama.
4.3

Alawneh (1999): model motivasi takwa

Teori motivasi yang lebih komprehensif telah dikemukan oleh Alawneh (1999). Alawneh telah
mengemukakan motivasi menurut paradigm Islam yang berasaskan kepada kefahaman manusia
tentang tujuan penciptaannya dan kemudiannya di kaitkan dengan konsep-konsep asas Islam
seperti takwa, iman, khalifah dan taubat dan kaitannya dengan jenis-jenis motivasi yang
berlainan. Alawneh juga telah mengemukakan satu model motivasi takwa.
4.4

Zaleha & Hassoubah (2008): model motivasi pembelajaran 4Ms

Zaleha & Hassoubah (2008) pula telah mengemukakan satu model motivasi pembelajaran 4Ms
+Triple S = GOALS. Di mana 4M adalah Muhasabah, Muraqabah, Mutabaah, Mujahadah dan
Triple S adalah Smart , Study, dan Strategies.
Bahagian yang seterusnya akan membincangkan mengenai teori-teori motivasi menurut penulispenulis barat yang akan diintegrasikan dengan teori motivasi menurut pandangan penulis Islam
seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
5. Teori-Teori Motivasi Menurut Penulis-Penulis Barat
Walaupun terdapat banyak teori-teori motivasi yang telah dikemukan oleh penulis-penulis dari
barat, tetapi kertas kerja ini hanya akan memberikan tumpuan terhadap teori-teori yang sesuai

4/26/2018 6:08:25 PM

6

digunakan di dalam pembinaan perisian permainan pendidikan. Di antara teori-teori yang akan
dibincangkan ialah teori motivasi FLOW, teori ARCS dan teori motivasi Malone.
5.1

Teori motivasi FLOW

Teori ini telah diperkenalkan oleh ahli psikologi yang bernama Csikszentmihalyi(1982). Flow telah

dihuraikan oleh Csikzentmihalyi (1990) sebagai “suatu keadaan dimana seseorang sangat suka
terlibat dengan sesuatu aktiviti sehinggakan tidak mengindahkan aktiviti lain. Pengalaman yang
dialami didalam aktiviti yang dijalankan ini sangat menyeronokkan sehingga seseorang itu
sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi untuk melakukannya.”. Csikszentmihalyi (1996) telah
menggariskan beberapa perkara yang perlu ada untuk menimbulkan pengalaman flow ini iaitu: i)matlamat
yang jelas, ii)maklumbalas yang serta merta, iii)tahap cabaran dan kemahiran yang seimbang dan
bersesuaian, iv)Penyerapan aksi dan kesedaran, v)Distractions are excluded from consciousness,
vi)tiada kerisauan tentang kegagalan, vii)menghilangkan kesedaran kendiri dan viii)aktiviti itu
sendiri menjadi ganjaran kepada pemain/pelajar.
5.2

Teori ARCS

Keller (1988) telah menghasilkan sebuah model motivasi yang yang digelar model ARCS
berasaskan teori Vroom's expectancy-value theory (Bixler, 2006). Menurut Alessi & Trollip
(2001) secara umumnya pandangan-pandangan Keller adalah berkaitan dengan cadangan supaya
perekabentuk berarahan mestilah mahir di dalam rekabentuk motivasi selain strategi pengajaran
dan rekabentuk permainan. Keller telah mengenalpasti empat faktor untuk meningkatkan
motivasi belajar iaitu: menarik perhatian (Attention), relevan (Relevance), keyakinan dan
kepuasan (Satisfaction).
5.3

Teori Motivasi Malone

Malone (1980), Malone & Lepper, (1983) telah cuba mengenalpasti sifat-sifat permainan
komputer yang mengoptimumkan kuasa motivasi dalamannya. Malone (1981) telah
mencadangkan teori motivasi intrinsik (yang datang dari dalam diri seseorang seperti
keseronokan) adalah lebih berguna kepada pembelajaran berbanding motivasi ektrinsik (seperti
markah peperiksaan). Di dalam kajian awalnya Malone (1981) telah mencadangkan tiga faktor
penggalak motivasi intrinsik iaitu cabaran, sifat ingin tahu (curiosity), dan fantasi. Di dalam
kajian yang selanjutnya Malone & Lepper (1987) telah menambah satu faktor lagi di dalam teori
ini iaitu kawalan pelajar (Alessi & Trollip, 2001).
6. Model Motivasi yang dicadangkan
Hasil perbandingan dan mengintegrasikan teori motivasi berdasarkan kaedah pendidikan
yang telah digunakan oleh Al Quran dan Nabi Muhamamad S.A.W sebagai mana yang telah
dikemukan oleh Najati (2001) dan Alizi & Mohamad Zaki (2005), teori Flow, teori ARCS dan
teori motivasi Malone kami mengemukakan satu model motivasi bagi pembangunan perisian
permainan pendidikan seperti Rajah 1.

4/26/2018 6:08:25 PM

7

Teori Pembelajaran
Pelajaran membaca Teori permainan/
awal jawi
rekabentuk permainan
Teori ID
Objektif
Pembelajaran

Budaya

Menarik
perhatian
Menimbulkan sifat
ingin tahu
Rasa boleh
mengawal keadaan

Fantasi & matlamat
permainan
Cabaran
Kebolehgunaan/
kebolehmainan
Keseronokan/
Motivasi

Memenuhi
Keperluan murid

Agama

bertahap
Maklumbalas positif
pengulangan

Pembahagian waktu
belajar
Berperanan
aktif

Cerita rakyat
(Azimat Awang
Miskin)

Penumpuan
perhatian

Peningkatan
prestasi

Rajah 1 : Model Motivasi MyJawiGame yang dicadangkan bagi pembinaan perisian permainan
pendidikan membaca awal jawi. Di adaptasi dari Noor Azli, Nor Azan, & Shamsul Bahri (2008)
Model ini mengandungi elemen-elemen yang dapat merangsang motivasi iaitu fantasi,
matlamat yang jelas, memenuhi keperluan pelajar, maklum balas positif, menimbulkan sifat ingin
tahu, menarik penumpuan/perhatian pemain, menimbulkan rasa boleh mengawal keadaan bag
pemain dan menimbulkan keyakinan diri pemain. Elemen-elemen ini perlu disesuaikan dengan
objektif pembelajaran dan jalan cerita(fantasi) yang digunakan dengan tidak meninggalkan
panduan-panduan yang terdapat di dalam teori rekabentuk berarahan(ID) dan teori pembelajaran.
Seterusnya apa yang diperbincangkan tadi perlulah selari dengan kehendak agama dan normanorma budaya tempatan.
7. Kesimpulan
Walaupun telah terdapat beberapa model motivasi yang telah digunakan di dalam
pembangunan perisian kursus dan perisian permainan tetapi model-model ini adalah lebih
cenderung kepada pandangan penulis-penulis dari barat. Kelompangan juga telah dilihat di dalam
teori-teori ini, di mana kebanyakkan ahli-ahli psikologi Barat hanya membincangkan motivasi
4/26/2018 6:08:25 PM

8

dalam aspek teori-teori motivasi barat hanya disekitar aspek jasmani, kognitif dan emosi tetapi
meninggalkan aspek rohani.
Kertas kerja ini telah membincangkan beberapa teori motivasi yang telah dikemukakan
oleh penulis Islam dan Barat . Tinjauan literatur yang dilakukan menunjukkan Islam telah lama
mengemukakan teori-teori motivasi di dalam mendidikan umat Islam walaupun dengan
menggunakan istilah yang berlainan.
Kajian ini mencadangkan satu model motivasi yang menggabungkan teori-teori motivasi
yang telah dikemukakan oleh penulis Barat dan Islam sebagai satu alternatif bagi mengisi
kelompangan yang terdapat di dalam teori-teori motivasi barat dan lebih sesuai untuk digunakan
di dalam budaya tempatan. Model motivasi ini dibina bagi tujuan untuk membangunan perisian
permainan pendidikan membaca awal jawi. Bagi kajian lanjutan, dicadangakan supaya perisian
permainan pendidikan yang telah menggunakan model motivasi ini diuji keberkesanan untuk
memotivasikan pelajar di dalam pembelajaran.
Rujukan

4/26/2018 6:08:25 PM

9