SYARAT YANG MEMPERMUDAHKAN PENGGUNAAN KO (3)
BAB II SOROTAN LITERATUR
Penerapan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu perubahan atau inovasi dalam sistem pendidikan di negara ini. Inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh individu atau sesuatu unit (Rogers, 2003). Tahap penggunaan inovasi teknologi seperti komputer bergantung kepada beberapa faktor.
Bab ini akan mengupas aspek-aspek berkaitan dengan pelaksanaan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah, pola dan kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, halangan-halangan yang dihadapi, pembolehubah berkait, serta model-model perubahan dalam inovasi.
Kepentingan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berpotensi untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan keberkesanan pengajaran malah juga membantu membangunkan profesionalisme guru (Krichner & Selinger, 2003). Penggunaan komputer juga memberi lebih autonomi dan
Terdapat banyak kajian lepas di dalam negara yang memfokus kepada kepentingan penggunaan komputer dalam meningkatkan minat, sikap dan motivasi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, Halimah Badioze Zaman (1996) mendapati penggunaan komputer multimedia di sekolah dapat meningkatkan pembelajaran akademik dengan dua cara. Pertama, ia membolehkan pelajar memperolehi maklumat tertentu dan melatih kemahiran semasa melakukan praktikal. Kedua, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memperkayakan kurikulum di mana komputer dapat mengelakkan perasaan bosan terhadap pengajaran secara tradisional.
Selain meningkatkan prestasi pembelajaran, penggunaan komputer turut membantu menarik minat dan motivasi pelajar. Kajian Hasimah Mohamad (1994) berhubung dengan pengajaran berbantukan komputer (CAI) untuk pengajaran literasi komputer di sekolah menengah mendapati reaksi pelajar yang amat menggalakkan. Dapatan kajian menunjukkan lebih 90% daripada pelajar berpendapat bahawa pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer meningkatkan motivasi pelajar terhadap komputer serta keberkesanan pembelajaran. Ismail Jaafar (1997) menjalankan kajian berkaitan penggunaan komputer dalam pembelajaran Matematik dalam kalangan 262 pelajar di empat buah sekolah menengah di Johor. Dapatan kajiannya menunjukkan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah membantu meningkatkan pencapaian Selain meningkatkan prestasi pembelajaran, penggunaan komputer turut membantu menarik minat dan motivasi pelajar. Kajian Hasimah Mohamad (1994) berhubung dengan pengajaran berbantukan komputer (CAI) untuk pengajaran literasi komputer di sekolah menengah mendapati reaksi pelajar yang amat menggalakkan. Dapatan kajian menunjukkan lebih 90% daripada pelajar berpendapat bahawa pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer meningkatkan motivasi pelajar terhadap komputer serta keberkesanan pembelajaran. Ismail Jaafar (1997) menjalankan kajian berkaitan penggunaan komputer dalam pembelajaran Matematik dalam kalangan 262 pelajar di empat buah sekolah menengah di Johor. Dapatan kajiannya menunjukkan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah membantu meningkatkan pencapaian
Di Amerika Syarikat, Funkhouser (2002) telah menjalankan kajian untuk mengkaji kesan penggunaan perisian komputer berkaitan geometri terhadap pencapaian pelajar sekolah tinggi dalam tajuk terbabit. Hasil kajian menunjukkan pelajar yang menerima pengajaran berbantukan komputer mendapat pencapaian yang lebih baik bagi topik tersebut berbanding pelajar yang mempelajari tajuk yang sama secara tradisional. Pelajar juga menunjukkan sikap yang positif terhadap mata pelajaran Matematik setelah mengikuti pengajaran berbantukan komputer.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, Bushro Ali (2001) telah menjalankan kajian terhadap 105 orang pelajar sekolah rendah. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran Bahasa Inggeris berbantukan komputer adalah lebih baik berbanding pelajar yang melalui kaedah pengajaran tradisional.
Inggeris telah meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.
Dalam konteks mata pelajaran Fizik pula, Nor Liya Ismail (2003) telah menjalankan kajian untuk melihat kesan penggunaan perisian helaian hamparan elektronik terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Dapatan menunjukkan pelajar yang melalui kaedah pengajaran menggunakan perisian hamparan elektronik menghasilkan pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran berbentuk tradisional. Dapatan ini menyokong dapatan kajian Hamzah Mohd Jusin (2002) yang telah menjalankan kajian yang serupa melibatkan pelajar tingkatan empat. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar bagi ujian pra (M = 28.5) dengan ujian pos (M = 32.3). Ini membuktikan pengajaran berbantukan komputer mampu meningkatkan pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran terbabit.
Dapatan kajian yang dibentangkan membuktikan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu langkah penting untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar dengan lebih berkesan. Keberkesanan komputer dalam membantu meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bukanlah terhad kepada subjek-subjek yang dinyatakan di atas sahaja, malah ianya Dapatan kajian yang dibentangkan membuktikan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu langkah penting untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar dengan lebih berkesan. Keberkesanan komputer dalam membantu meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bukanlah terhad kepada subjek-subjek yang dinyatakan di atas sahaja, malah ianya
Kebaikan dan faedah yang boleh didapati daripada penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran sememangnya jelas dilihat daripada dapatan kajian lalu. Sejajar dengan kepercayaan tersebut, peruntukan yang besar daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah disalurkan ke sekolah-sekolah demi untuk meningkatkan kemudahan dan peralatan komputer dan memangkin penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru-guru untuk merealisasikan hasrat pihak kementerian dengan menggunakan kemudahan tersebut pada tahap yang maksimum secara terancang dan berkesan.
Namun demikian, dapatan yang dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik dalam kajian lepas menunjukkan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah di negara ini masih berada di tahap yang sederhana atau rendah (Abdul Malek Kassim, 2002; Azizan Muhammad, 2001; Nadarajan, 2002; Rabaishah Harun , 1999; Rohaya Hassan, 2003;
Rosnah Alias, 2003). Dengan ertikata lain, kekerapan penggunaan komputer dalam kalangan guru masih belum mencapai tahap kekerapan yang diharapkan.
komputer dalam kalangan guru diukur dalam bentuk frekuensi atau kekerapan guru menggunakan komputer sama ada untuk pengurusan atau untuk pengajaran. Hasil sorotan juga memperlihatkan klasifikasi yang berbeza yang digunakan oleh penyelidik terdahulu dalam mengukur aspek penggunaan komputer dalam kalangan guru. Ada yang membahagikan penggunaan komputer kepada kegunaan pengurusan dan pengajaran, dan sebagainya. Kupasan tentang aspek penggunaan komputer dalam kalangan guru dibuat dalam perenggan-perenggan seterusnya.
Pengukuran Tahap Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru
Sebagaimana dinyatakan, terdapat variasi dalam pembahagian atau klasifikasi penggunaan komputer dalam kalangan guru oleh penyelidik- penyelidik yang lepas untuk mengukur aspek penggunaan komputer oleh guru-guru.
Nadarajan (2002) misalnya menggunakan 10 item untuk mengukur tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah menengah di Selangor. Antara aspek yang diukur adalah (a) penggunaan komputer untuk membuat bahan pengajaran, (b) penyediaan gambarajah menggunakan helaian hamparan elektronik, (c) penggunaan pemprosesan perkataan untuk menyediakan tugasan serta (d) penggunaan mel elektronik. Dapatan beliau menunjukkan penggunaan tertinggi adalah bagi Nadarajan (2002) misalnya menggunakan 10 item untuk mengukur tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah menengah di Selangor. Antara aspek yang diukur adalah (a) penggunaan komputer untuk membuat bahan pengajaran, (b) penyediaan gambarajah menggunakan helaian hamparan elektronik, (c) penggunaan pemprosesan perkataan untuk menyediakan tugasan serta (d) penggunaan mel elektronik. Dapatan beliau menunjukkan penggunaan tertinggi adalah bagi
Rosnah Alias (2003) dalam mengukur tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru sejarah sekolah menengah telah membahagikan kepada lima jenis penggunaan iaitu untuk (a) aktiviti pengajaran, (b) menyediakan bahan pengajaran, (c) perkeranian, (d) mel elektronik dan (e) melayari laman web. Dapatan beliau menunjukkan kekerapan penggunaan komputer yang paling tinggi adalah untuk tujuan perkeranian iaitu sebanyak 70.2%. Manakala sebanyak 61.7% untuk melayari Internet, 55.3% untuk menyediakan bahan pengajaran, 37.2% untuk mel elektronik dan hanya 11.7% untuk aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.
Klasifikasi penggunaan komputer dalam kajian Nor Aziah Ahmad (1999) pula terdiri daripada penggunaan komputer untuk tujuan (a) pemprosesan perkataan, (b) pengurusan, (c) pengaturcaraan, (d) permainan dan (e) alat bantu mengajar. Beliau mengkaji penggunaan komputer dalam kalangan guru Sains di daerah Hulu Langat. Dapatan kajian beliau menunjukkan guru-guru paling kerap menggunakan komputer untuk tujuan pemprosesan perkataan (88.9%), diikuti pengurusan (44.4%), alat bantu mengajar (35.6%), permainan (13.3%) dan pengaturcaraan (8.9%).
Kajian Noriza Suhadi (1999) memberi fokus terhadap tahap penggunaan
penggunaan komputer kepada penggunaan aplikasi (a) pemprosesan perkataan, (b) helaian hamparan elektronik, (c) pangkalan data, (d) perisian persembahan dan (e) pemprograman. Dapatan menunjukkan bahawa seramai 50% daripada responden menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan untuk menghasilkan bahan pengajaran mereka. 5% daripada responden menggunakan Helaian Hamparan Elektronik, 3% menggunakan Pangkalan Data, 2% menggunakan Perisian Persembahan dan hanya 1% menggunakan pemprograman manakala 20% lagi tidak menggunakan apa-apa aplikasi komputer untuk menghasilkan bahan pengajaran mereka.
Miller (1997) telah menjalankan kajian ke atas 282 orang guru vokasional untuk mengukur penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Item-item dalam soal selidik yang digunakan dibahagikan kepada : (a) perisian produktiviti, (b) aplikasi grafik, (c) teknologi interaktif, (d) sumber telekomunikasi dan (e) pengajaran berbantukan komputer (PBK). Dapatan menunjukkan penggunaan tertinggi adalah bagi perisian pemprosesan perkataan (50.8%). Penggunaan perisian grafik, perisian persembahan, mel elektronik, dan pangkalan data pula mencatatkan penggunaan yang sederhana (min antara 2.0 dan 3.0). Penggunaan paling rendah adalah untuk penggunaan internet, simulasi, tutorial, latih tubi dan multimedia (Min antara 1.5 hingga 2.0).
aspek penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah luas dan banyak corak penggunaannya. Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang membuat klasifikasi yang terlalu ringkas serta tidak mencakupi setiap aspek penggunaan sebenar komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan item yang digunakan menyebabkan dapatan kajian tidak dapat menghasilkan gambaran yang lengkap dan menyeluruh tentang penggunaan sebenar komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru.
Oleh itu, penyelidik telah merujuk kepada klasifikasi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang dikemukakan oleh Newby et al. (2000) yang lebih menyeluruh dan mencakupi pelbagai aspek penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Penerangan tentang klasifikasi tersebut diterangkan dalam sub topik berikut.
Klasifikasi Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Newby et al. (2000) telah membahagikan fungsi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran kepada beberapa kategori utama iaitu (a) komputer sebagai ’alat’, (b) komputer sebagai ’guru’, dan (c) komputer sebagai ’pelajar’.
Komputer Sebagai ’Alat’
Penggunaan komputer sebagai ’alat’ merujuk kepada penggunaan komputer sebagai alat untuk membantu guru menguruskan pengajarannya (Newby et al., 2000). Antara perisian yang boleh digunakan adalah pemprosesan perkataan, alat grafik, perisian persembahan, program pengurusan pangkalan data dan helaian hamparan elektronik.
Pemprosesan Perkataan
Pemprosesan perkataan merupakan aplikasi yang paling meluas digunakan dalam penggunaan komputer (Maddux, Johnson & Willis, 1997; Miller, 1997; Nadarajan, 2002; Noriza Suhadi, 1999; Rosnah Alias, 2003). Melalui aplikasi ini guru boleh menyediakan rancangan pengajaran, bahan bercetak, membina soalan peperiksaan dan pelbagai tujuan yang lain (Newby et al., 2000). Aplikasi ini begitu popular kerana ia mudah dihasilkan dan diubahsuai (Maddux et al., 1997).
Grafik merujuk kepada apa jua yang berkaitan dengan carta, graf, lukisan, gambar animasi atau fotografi (Newby et al., 2000). Antara pakej grafik yang popular adalah seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, dan Microsoft PhotoDraw 2000.
peralatan grafik yang sering digunakan adalah seperti Bussiness Graphic dan Graphic Calculator yang digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik (Newby et al., 2000). Perisian lain yang boleh digunakan adalah seperti AutoCAD dan PowerCADD yang membolehkan guru menghasilkan lukisan kejuruteraan seperti reka bentuk sesuatu mesin, susun atur bangunan dan sebagainya. Manakala Adobe PageMaker, Ventura Publisher antara perisian boleh digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan bercetak seperti majalah. Dalam konteks pengajaran, guru boleh menghasilkan lembaran bercetak atau bahan grafik untuk tatapan atau rujukan pelajar.
Perisian Persembahan
Perisian Persembahan merupakan alternatif terbaik kepada tayangan slaid atau projektor Overhead. Perisian Persembahan adalah mudah untuk dibina, diubahsuai dan dipersembahkan (Newby et al., 2000) kerana penghasilannya tidak memerlukan proses yang rumit sebagaimana dalam penghasilan slaid. Antara pakej persembahan yang popular adalah Microsoft PowerPoint, Adobe Persuasion, Flash MX, dan Lotus Freelance Graphics. Guru boleh menggunakan Perisian Persembahan ini sebagai bahan sokongan pengajaran dan penerangan sesuatu topik, menyediakan nota bergambar atau bahan-bahan lain untuk pelajar.
Pangkalan Data Komputer dan Pengurusan Pangkalan Data
Pangkalan Data merupakan sumber di mana koleksi maklumat dikumpulkan. Ciri kelebihan Pangkalan Data Komputer ialah kemudahan untuk mengakses yang fleksibel (seperti menaip tajuk, subjek, nama pengarang atau kata kunci untuk mencari sesuatu bahan berkaitan), serta kemudahan pencarian maklumat yang banyak (Newby et al., 2000). Program yang popular untuk tujuan ini adalah seperti Microsoft Access dan FileMaker Pro. Guru boleh menggunakan pakej ini untuk membangunkan data maklumat pelajar, menyimpan rekod bahan pengajaran, atau mengumpulkan soalan-soalan peperiksaan lepas untuk kegunaan akan datang.
Helaian Hamparan Elektronik
Tujuan asas Helaian Hamparan Elektronik adalah sebagai alat pengiraan. Perisian Helaian Hamparan Elektronik yang popular adalah seperti Microsoft Excel, dan Lotus 1-2-3. Guru boleh mengambil manfaat daripada perisian sebegini untuk membantu mereka menghasilkan rekod kemajuan dan prestasi pelajar serta menyimpan rekod tersebut secara sistematik (Newby et al., 2000).
Telekomunikasi Komputer dan Internet
Perkembangan teknologi komputer kini menyebabkan kita berada di dalam dunia yang luas tanpa sempadan. Maklumat dapat diakses Perkembangan teknologi komputer kini menyebabkan kita berada di dalam dunia yang luas tanpa sempadan. Maklumat dapat diakses
Antara aplikasi dalam telekomunikasi komputer dan internet seperti mel elektronik, pencarian maklumat serta penerbitan maklumat. Guru boleh mengambil manfaat daripada kemudahan ini dengan menggunakan mel elektronik untuk berhubung dengan guru-guru lain dan bertukar-tukar cadangan serta bahan pengajaran di samping mencari maklumat terkini di laman web.
Komputer Sebagai Guru
Dalam kategori ini, komputer berperanan menyampaikan pengajaran kepada pelajar, sekaligus menyediakan aktiviti pembelajaran contohnya kuiz yang melibatkan interaksi dengan pelajar (Newby et al., 2000). Kelebihan utama penggunaan komputer sebagai guru ialah ciri interaktivitinya yang tidak ada di dalam bahan bercetak. Penggunaan komputer sebagai ’guru’ memerlukan pelajar memberikan respon yang aktif dan menghasilkan pembelajaran yang bersifat individu (Kulik & Kulik, 1991).
Instruction), Pengajaran Berbantukan Komputer (Computer-assisted Instruction) atau Pembelajaran Berbantukan Komputer (Computer-assisted Learning). Terdapat beberapa aplikasi perisian dalam kategori pengajaran berasaskan komputer iaitu : (a) tutorial, (b) latih tubi, (c) simulasi, (d) realiti maya, (e) permainan dan (f) penyelesaian masalah.
Tutorial
Dalam aplikasi ini, komputer menyampaikan maklumat pengajaran, latihan dan seterusnya memberi maklumbalas kepada jawapan pelajar di samping mengemukakan aktiviti pemulihan untuk pelajar (Sharp, 2005). Pelajar yang menggunakan aplikasi tutorial ini akan belajar mengikut kadar kemampuan sendiri serta berpeluang berinteraksi dengan komputer.
Latih tubi
Kaedah latih tubi digunakan untuk pengukuhan pengajaran dan memastikan kemahiran atau konsep dapat disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar. Kebiasaannya kaedah ini dilaksanakan setelah pengajaran bagi topik tersebut dilaksanakan (Forcier & Descy, 2005). Antara manfaat penggunaan komputer untuk latih tubi adalah ciri-ciri interaktiviti yang membolehkan pelajar menerima dan memberi respon kepada komputer. Menurut Sharp (2005), terdapat sedikit perbezaan di antara aplikasi tutorial dengan latih Kaedah latih tubi digunakan untuk pengukuhan pengajaran dan memastikan kemahiran atau konsep dapat disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar. Kebiasaannya kaedah ini dilaksanakan setelah pengajaran bagi topik tersebut dilaksanakan (Forcier & Descy, 2005). Antara manfaat penggunaan komputer untuk latih tubi adalah ciri-ciri interaktiviti yang membolehkan pelajar menerima dan memberi respon kepada komputer. Menurut Sharp (2005), terdapat sedikit perbezaan di antara aplikasi tutorial dengan latih
Simulasi
Simulasi merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan murah tetapi boleh memberi pengalaman kepada pelajar dalam perkara yang berbahaya untuk dilakukan secara realiti (Maddux et al., 1997). Kaedah simulasi mampu menggalakkan pemindahan pengetahuan dengan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dalam satu atmosfera yang melibatkan sosialisi dan kerjasama. Kajian yang dijalankan Sharifuddin dan Kasiran Buang (1994) mendapati penggunaan simulasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ke atas pelajar tingkatan empat di Sekolah menengah Skudai Johor telah memberi kesan terhadap pemahaman pelajar dalam subjek Sains. Riley (1990) yang mengkaji kesan penggunaan simulasi komputer dalam pengajaran topik hidrologi juga telah mendapati penggunaan simulasi tersebut telah meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep-konsep yang sukar.
Realiti Maya
Realiti maya merupakan teknologi yang menghasilkan ilusi di mana pengguna berpeluang untuk berinteraksi dalam persekitaran yang
’hidup’ sehingga pengguna akan merasakan seperti benar-benar berada di alam tersebut (Forcier & Descy, 2005). Kajian oleh Jensen, Daasch, Seipel, Olbrich, Von Voight dan Nejell (2004) tentang kesan penggunaan perisian realiti maya dalam pengajaran sains mendapati para pelajar menunjukkan pencapaian yang lebih baik dalam mata pelajaran tersebut. Mereka mengatakan penggunaan perisian realiti maya dapat menyelesaikan masalah pembelajaran khususnya berkaitan konsep yang sukar diterima oleh pelajar.
Permainan
Permainan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang boleh digunakan sebagai alat pengajaran (Amory, 2001). Kaedah permainan ini boleh diaplikasikan bersama dengan kaedah latih tubi, simulasi atau penyelesaian masalah. Foko dan Amory (2004) telah menjalankan kajian untuk melihat kesan penggunaan perisian permainan bagi tajuk fotosintesis dan respirasi dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Afrika Selatan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan perisian permainan telah meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains serta membantu mereka memahami konsep fotosintesis dan respirasi dengan lebih mendalam.
Penyelesaian Masalah
Melalui aplikasi penyelesaian masalah, pelajar berpeluang menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Perisian jenis ini menekankan aspek pemikiran kritis, logik dan menyatakan sebab musabab (Forcier & Descy, 2005). Pakar konstruktivis percaya bahawa penggunaan perisian penyelesaian masalah dapat membantu pelajar menggunakan maklumat yang diberi untuk menyelesaikan masalah dalam situasi sebenar. Forcier dan Descy juga berpendapat kaedah ini dapat meningkatkan motivasi dan kemahiran pelajar mengaplikasi maklumat dan membuat penyelidikan.
Komputer Sebagai Pelajar
Dalam konteks komputer sebagai pelajar, Taylor (1980) menyifatkan pengguna (guru atau pelajar) bertukar peranan dengan komputer. Dalam aplikasi ini komputer tidak lagi menyampaikan maklumat kepada pengguna, sebaliknya pengguna ’mengajar’ komputer untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Untuk mencapai aplikasi ini, pengguna perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran bagaimana untuk berkomunikasi dengan komputer dalam bahasa yang difahami oleh komputer tersebut bagi membolehkannya menghasilkan tugasan (Newby et al., 2000). Kemahiran ini juga memerlukan pemikiran logik serta kemahiran menyelesaikan masalah.
Secara kesimpulannya, pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru untuk mengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru
boleh memilih sama ada untuk menggunakan komputer sebagai ’alat’, ’guru’ atau ’pelajar’ selagi mana kaedah tersebut mampu mencapai objektif pengajaran yang diharapkan.
Selaras dengan harapan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan yang disalurkan di sekolah-sekolah, teknologi komputer seharusnya digunakan sepenuhnya oleh guru-guru. Namun demikian, masih terdapat kekangan yang dihadapi oleh para guru dalam penggunaan komputer khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Sub-topik seterusnya membincangkan faktor-faktor yang menghalang penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah.
Faktor-Faktor Yang Menghalang Penggunaan Komputer Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran
Dengan adanya bekalan kemudahan dan peralatan komputer oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di sekolah-sekolah, peluang untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terbuka luas kepada guru-guru sekolah kini. Melalui latihan yang dijalankan, guru-guru turut diberikan pendedahan tentang kepentingan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran serta cara bagaimana menggunakannya Dengan adanya bekalan kemudahan dan peralatan komputer oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di sekolah-sekolah, peluang untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terbuka luas kepada guru-guru sekolah kini. Melalui latihan yang dijalankan, guru-guru turut diberikan pendedahan tentang kepentingan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran serta cara bagaimana menggunakannya
Kurang Kemudahan Sumber Dan Akses Kepada Teknologi
Zuraidan Saidon (1998) yang mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan teknologi maklumat di sekolah menengah mendapati faktor utama dalam kekangan yang wujud adalah masalah kekurangan sumber dan akses kepada teknologi. Sheingold dan Hadley (1990) juga mendapati isu tentang kemudahan akses kepada teknologi adalah antara halangan utama terhadap penggunaan teknologi dalam kalangan guru. Kekurangan dari segi kelengkapan komputer atau makmal di sekolah menyebabkan guru-guru tidak dapat menggunakan komputer untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka (Mohammed Tajuddin Sidek, 2000; Norin Mustaffa, 2004; Abdul Malek, 2002). Kesukaran untuk mengakses sumber juga menjadi faktor guru-guru kurang berminat untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Hajar (2004) menyatakan kewujudan sumber yang diperlukan di sekolah sahaja tidak cukup untuk menjamin penggunaan yang tekal dalam kalangan guru jika sekiranya kemudahan tersebut sukar untuk diakses. Menurut beliau, untuk meningkatkan kekerapan penggunaan inovasi, sumber tersebut mestilah boleh diakses dengan mudah seperti jarak yang dekat dengan makmal komputer, kemudahan komputer di dalam kelas dan sebagainya.
Kekurangan Masa
Aspek lain yang menjadi halangan penggunaan komputer dalam kalangan guru adalah masa (Becker, 1991; Cuban, 1993; Marcinkiewicz, 1995). Guru-guru memerlukan masa untuk memahami, mengguna dan menguruskan teknologi dengan berkesan (Ely, 1990a). Kajian lepas menunjukkan guru masih berhadapan dengan kekangan masa sama ada untuk mempelajari (Mohammed Hasrori Kasiman, 2005) dan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (Abdul Malek Kassim, 2002; Rosnah Alias, 2003; Rohaya Hassan, 2003; Woo Tai Kwan, 2003). Stallard (1998) menyebut bahawa masa merupakan faktor utama yang menghalang guru-guru dari menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, guru-guru keberatan untuk menggunakan komputer dalam pengajaran kerana penggunaannya kadangkala mengurangkan masa pembelajaran terutama apabila wujud masalah teknikal.
Dari sudut kesediaan para guru pula, Beasley dan Suttan (1993) mencadangkan masa minimum untuk menghilangkan rasa kebimbangan terhadap komputer adalah dengan mengikuti latihan selama 30 jam serta latihan atau amalan selama sekurang-kurangnya tiga hingga enam tahun bagi membolehkan guru membiasakan diri dengan penggunaan komputer.
Kurang Pengalaman Dalam Penggunaan Komputer Kurang Pengalaman Dalam Penggunaan Komputer
Kurang Latihan Dan Kemahiran
Kunci utama untuk menggalakkan penggunaan teknologi adalah dengan membekalkan guru dengan kefahaman tentang cara menggunakan komputer dengan berkesan dalam bilik darjah (Marcinkiewicz, 1994). Namun demikian, kurangnya peruntukan dan tenaga mahir menyebabkan tidak semua guru yang berminat untuk mengikuti latihan diberi peluang untuk menghadiri latihan (Woo, 2003). Tan Juan Ngoh (1999) menyatakan kurangnya kefahaman guru tentang peranan komputer dan cara mengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran menyumbang kepada rendahnya tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kurang Sokongan
Sokongan yang cukup adalah perlu untuk menjamin kesinambungan penggunaan teknologi (Becker, 1991). Sokongan daripada pentadbir
Namun, sokongan ini masih berkurangan (Abdul Malek Kassim, 2002; Tan Juan Ngoh,1999). Tan Juan Ngoh juga mengatakan kurangnya sokongan yang diterima dari pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia menyebabkan guru hilang komitmen dan semangat untuk meneruskan penggunaan inovasi teknologi. Oleh itu pemantauan dari masa ke semasa adalah perlu untuk memastikan guru-guru kekal dengan kesungguhan untuk melaksanakan perubahan. Ini selaras dengan pendapat Fullan (2001) yang mengatakan setiap inovasi yang diperkenalkan haruslah diikuti dengan sokongan yang merangkumi aspek sumber, pengetahuan, sokongan moral dan motivasi untuk menjamin pelaksanaan yang berterusan.
Sikap Guru
Terdapat kajian yang menunjukkan wujudnya perkaitan antara sikap guru terhadap teknologi dengan penggunaannya. Sheingold & Hadley (1990) menyatakan guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah mereka yang mempunyai sikap positif terhadap komputer. Ini kerana sikap guru terhadap teknologi adalah dipengaruhi persepsi mereka terhadap keberkesanan penggunaan komputer terhadap pengajaran dan pembelajaran. Sikap berperanan mempengaruhi tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah (Abdul Malek, 2002). Guru-guru yang bersikap positif terhadap komputer adalah lebih tinggi tahap penggunaannya berbanding guru-guru yang lebih bersikap negatif.
Berdasarkan perbincangan di atas, terdapat pelbagai jenis faktor yang mengekang tahap penggunaan inovasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Faktor-faktor yang disebut bukan sahaja berkait dengan faktor-faktor kemahiran guru sahaja tetapi mempunyai kaitan
dengan pembolehubah lain. Perenggan seterusnya membincangkan
kajian tentang beberapa pembolehubah lain iaitu pengalaman, jenis sekolah, lokasi sekolah dan bidang pengajaran dengan tahap kekerapan penggunaan komputer.
beberapa
dapatan
Perbezaan Tahap Penggunaan Komputer Berdasarkan Bidang Pengajaran
Sebagaimana yang diterangkan dalam definisi operasional, bidang pengajaran merujuk kepada empat kategori atau bidang yang terdapat di sekolah-sekolah di negara ini. Bidang tersebut adalah Bidang Kemanusiaan, Bahasa, Sains dan Teknikal.
Kajian oleh Abdul Malek Kassim (2002) mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan guru yang mengajar bidang Teknikal berbanding guru dari bidang Kemanusiaan.
Walau bagaimanapun tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru bidang Kemanusiaan adalah lebih tinggi berbanding bidang Teknikal. Beliau mengatakan keadaan ini timbul disebabkan faktor keinginan dan komitmen yang lebih untuk menguasai bidang komputer dalam kalangan responden yang mengajar aliran Kemanusiaan. Ini kerana golongan ini jarang Walau bagaimanapun tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru bidang Kemanusiaan adalah lebih tinggi berbanding bidang Teknikal. Beliau mengatakan keadaan ini timbul disebabkan faktor keinginan dan komitmen yang lebih untuk menguasai bidang komputer dalam kalangan responden yang mengajar aliran Kemanusiaan. Ini kerana golongan ini jarang
Dapatan kajian Abdul Malek juga mendapati guru mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan golongan paling tinggi peratus kekerapan penggunaan komputer untuk menghasilkan bahan pengajaran (12%). Ini diikuti oleh guru mata pelajaran Bahasa Inggeris (10%), Sejarah (8%), Sains (8%), Pendidikan Islam (2%) dan Pendidikan Seni (2%) manakala 2% lagi tidak menggunakan komputer untuk tujuan tersebut.
Dapatan kajian Miller (1997) menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam tahap penggunaan komputer dalam pengajaran berdasarkan bidang pengajaran. Penggunaan komputer dalam kalangan guru bidang perniagaan adalah lebih tinggi berbanding guru-guru bidang pertanian, pemasaran dan ekonomi rumahtangga.
Kajian lepas menunjukkan wujud perbezaan dalam tahap penggunaan komputer berdasarkan bidang pengajian guru. Walau bagaimanapun, Abdul Malek Kassim (2000) tidak pula mengkaji dua lagi bidang pengajaran yang ada iaitu bidang Bahasa dan Sains. Manakala kajian Miller (1997) melibatkan bidang pengajaran yang berbeza dengan bidang yang wujud di sekolah di negara ini. Oleh itu, kajian ini akan mengambilkira guru-guru daripada keempat-empat bidang pengajaran di sekolah untuk Kajian lepas menunjukkan wujud perbezaan dalam tahap penggunaan komputer berdasarkan bidang pengajian guru. Walau bagaimanapun, Abdul Malek Kassim (2000) tidak pula mengkaji dua lagi bidang pengajaran yang ada iaitu bidang Bahasa dan Sains. Manakala kajian Miller (1997) melibatkan bidang pengajaran yang berbeza dengan bidang yang wujud di sekolah di negara ini. Oleh itu, kajian ini akan mengambilkira guru-guru daripada keempat-empat bidang pengajaran di sekolah untuk
Perbezaan Dalam Tahap Penggunaan Komputer Berdasarkan Jenis Sekolah
Rohaya Hassan (2003) dalam kajiannya telah membuat perbandingan antara tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru yang mengajar di sekolah menengah agama dengan guru yang mengajar di sekolah menengah harian biasa. Dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan dalam tahap penggunaan komputer antara guru-guru yang mengajar di Sekolah Menengah Agama (M = 2.99) dan guru-guru Sekolah Menengah Harian (M = 2.23) di mana nilai t (98) = 4.607, p<.05. Menurut beliau, perbezaan yang wujud adalah disebabkan faktor sumber di kedua- dua sekolah terbabit. Sekolah Menengah Agama kajiannya menunjukkan kewujudan sumber yang tinggi berbanding Sekolah Menengah Harian.
Kajian Rohaya Hassan (2003) walau bagaimanapun tidak melibatkan jenis sekolah lain iaitu Sekolah Menengah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Teknik. Adalah menarik sekiranya kajian dapat mengambilkira semua jenis sekolah iaitu sekolah menengah harian, sekolah menengah berasrama penuh, sekoalah menengah agama dan sekolah menengah teknik agar satu perbandingan dapat dibuat untuk melihat status sebenar penggunaan komputer dalam kalangan guru berdasarkan pembolehubah
Perbezaan Tahap Penggunaan Komputer Berdasarkan Lokasi Sekolah
Ahmad Rasidi Osman (1999) telah mengkaji penggunaan komputer guru- guru sekolah menengah di Temerloh, Pahang. Dapatan kajian mendapati guru-guru di sekolah bandar lebih kerap menggunakan komputer berbanding guru-guru di sekolah luar bandar. Ini disebabkan kemudahan komputer yang lebih baik dan banyak terdapat di sekolah bandar berbanding sekolah luar bandar. Malah dari segi pengetahuan, beliau mendapati guru-guru di sekolah bandar lebih berkemahiran dalam aspek penggunaan komputer berbanding guru-guru di luar bandar.
Menurut Laporan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, (KPM, 2001), kemudahan infrastruktur di sekolah luar bandar agak kurang berbanding sekolah bandar. Hal ini disebabkan lokasi sekolah yang jauh di pedalaman menyebabkan kos pembinaan dan pengangkutan bertambah. Laporan tersebut turut menyebut kebanyakan ibu bapa di kawasan pedalaman merupakan mereka yang berpendapatan rendah berbanding mereka yang tinggal di kawasan bandar. Faktor ini menyebabkan kurangnya bantuan daripada ibu bapa untuk menyokong sebarang projek dari segi peruntukan. Ini menyebabkan sekolah luar bandar terpaksa bergantung sepenuhnya kepada peruntukan daripada pihak kementerian.
Walau bagaimanapun, dapatan kajian Siti Aishah Hanawi, Noraidah Sahari Walau bagaimanapun, dapatan kajian Siti Aishah Hanawi, Noraidah Sahari
Hubungan Antara Tahap Kekerapan Penggunaan Komputer Dengan Pengalaman Mengajar
Antara pembolehubah yang dikaji adalah aspek pengalaman mengajar. Chiew (1999) telah menjalankan kajian tentang penggunaan komputer dalam pendidikan. Sampel kajiannya terdiri daripada 199 guru prasekolah di daerah Subang Jaya. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan positif antara pengalaman mengajar guru dengan tahap kekerapan penggunaan komputer dalam kalangan guru yang dikaji. Menurut beliau guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih kerap menggunakan komputer berbanding guru-guru yang masih baru dalam dunia pendidikan. Kajian oleh Jorde dan Ford (1988) juga mendapati pengalaman mempunyai hubungan positif yang kuat dengan tahap penggunaan komputer. Ini disokong oleh dapatan kajian Sheingold dan Hadley (1990) dan Loyd dan Gressed (1986) yang menghasilkan dapatan yang sama.
Menurut Abdul Manan Kasdi (2005), kekerapan menggunakan komputer akan mempengaruhi sikap seseorang terhadap komputer. Pengalaman menggunakan komputer dapat memupuk sikap positif terhadap teknologi komputer dan guru hanya akan menggunakan komputer apabila sudah terbiasa dan berasa selesa dengan penggunaannya. Ini selaras dengan pendapat Marcinkiewicz (1994) dan Chireo (1997) bahawa guru-guru yang lebih berpengalaman mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer dan lebih kerap menggunakannya dalam pengajaran.
Dapatan-dapatan ini walau bagaimanapun, bertentangan dengan kajian Suraini Samakom (2000) yang mendapati hubungan yang negatif antara pengalaman mengajar dengan tahap penggunaan komputer. Menurut beliau, guru-guru yang kurang pengalaman atau guru baru lebih mahir dan lebih kerap menggunakan komputer berbanding guru yang lebih berpengalaman. Mohd Khairuddin Jamaluddin (2005) dan Nadarajan (2002) pula mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan dalam tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru berdasarkan pengalaman mengajar.
Oleh kerana masih terdapat pertentangan pendapat tentang hubungan kedua-dua pembolehubah ini, diharapkan kajian ini akan dapat memberi pandangan yang lebih tepat tentang pengaruh antara kedua pembolehubah ini.
Dapatan kajian yang dibentangkan menunjukkan wujudnya beberapa pembolehubah bebas yang mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara pembolehubah tersebut adalah bidang pengajaran, jenis sekolah, lokasi serta latihan yang diterima. Dalam bidang Difusi Inovasi, beberapa aspek lain turut dikenalpasti sebagai faktor yang mempengaruhi penggunaan inovasi teknologi, selain daripada pembolehubah bebas yang dibentangkan.
Hubungan Antara Tahap Penggunaan Komputer Dengan Kehadiran Ke Kursus Berkaitan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Faktor kemahiran dan pengetahuan merupakan aspek yang penting dan asas untuk menjayakan sesuatu pelaksanaan inovasi. Sekiranya penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran hendak dilaksanakan dengan jaya, latihan harus diberikan kepada para guru. Ini bagi membolehkan guru mendapat pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka.
Muriatun Mohd Said (1998) dalam kajiannya mendapati wujud hubungan yang positif antara penyertaan dalam kursus berkaitan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan tahap penggunaan komputer guru- guru. Ting (1998) juga sependapat di mana menurut beliau pendedahan, latihan dan kursus serta praktikal menggunakan komputer dapat mempengaruhi tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan
Walau bagaimanapun, kajian Rosnah Alias (2003) mendapati tidak wujud hubungan yang signifikan antara kehadiran ke kursus berkaitan dengan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian oleh Mohd Tajuddin Sidek (2000) juga mendapati kehadiran ke kursus berkaitan tidak mempengaruhi penggunaan komputer yang sepenuhnya dalam kalangan guru. Beliau berpendapat, perkara ini terjadi kerana guru yang menghadiri kursus terbabit hanya berminat dan bersemangat
menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pada peringkat awal setelah berkursus. Namun semangat tersebut berkurangan dari sehari ke sehari bergantung kepada keadaan dan kemudahan di tempat mereka bekerja.
Jika ini dijadikan sandaran, bermakna terdapat faktor lain yang mempengaruhi kesediaan guru untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Kemahiran semata-mata tidak cukup untuk menggalakkan serta memotivasi mereka untuk melaksanakan inovasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, guru hanya berminat menggunakan komputer pada peringkat awal selepas tamat kursus, namun sikap tersebut berkurangan dan bergantung kepada keadaan dan suasana tempat guru bertugas. Rangsangan persekitaran dan beban tugas guru seringkali memberi kesan terhadap perubahan sikap dan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru.
Hasil-hasil kajian yang dijalankan (Muriatun Mohd Said, 1998, Mohd Tajuddin Sidek, 2000; Rosnah Alias, 2003 & Ting, 1998) masih lagi tidak mencapai satu persetujuan yang muktamad tentang hubungan pembolehubah latihan yang diterima terhadap tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru. Justeru, aspek latihan yang diterima dimasukkan sebagai salah satu pembolehubah kajian ini untuk mendapatkan gambaran sebenar dan terkini tentang status pembolehubah tersebut dalam mempengaruhi tahap penggunaan komputer guru-guru.
Faktor-faktor Mempengaruhi Penggunaan Inovasi Teknologi
Inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh individu atau sesuatu unit manakala difusi merujuk kepada satu proses di mana sesuatu inovasi itu tersebar daripada sumber perekaciptaan kepada pengguna (Rogers, 2003). Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu inovasi dalam pendidikan di negara ini. Kajian-kajian lepas mendedahkan status semasa penggunaan teknologi komputer dalam kalangan guru sekolah masih di tahap rendah atau sederhana (Abdul Malek Kassim, 2002; Azizan Muhammad, 2001; Rabaishah Harun, 1999; Nadarajan, 2002; Rohaya Hassan, 2003; Rosnah Alias, 2003). Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi tahap penggunaan teknologi. Berikut adalah kupasan daripada dua model
Teori Difusi Inovasi
Melalui Teori Difusi Inovasi yang diperkenalkan, Rogers (2003) telah menggariskan empat elemen yang menentukan tahap penggunaan sesuatu inovasi iaitu : (a) inovasi, (b) saluran komunikasi, (c) masa dan (d) sistem sosial.
Menurut Rogers (2003) ciri-ciri inovasi memainkan peranan penting terhadap penerimaan atau penolakan sesuatu inovasi. Lima ciri inovasi yang mempengaruhi penggunaannya adalah : (a) kelebihan relatif, yang merupakan tahap di mana sesuatu inovasi akan diterimapakai apabila pengguna mendapati inovasi tersebut mempunyai kelebihan berbanding dengan apa yang digunakan pada masa sekarang, (b) kesesuaian, merujuk kepada sejauh mana sesuatu inovasi itu mempunyai kesesuaian dengan nilai semasa, pengalaman lepas serta keperluan pengguna, (c) kerumitan, iaitu apabila pengguna merasakan inovasi tersebut terlalu sukar, tahap penerimaan akan menjadi rendah, (d) kebolehan untuk diuji, merujuk kepada sejauh mana inovasi boleh diuji dan dinilai terlebih dahulu dan (e) kebolehan untuk dipantau, bermaksud kesan sesuatu inovasi itu boleh dipantau untuk meningkatkan penerimaan pengguna terhadap inovasi.
Komunikasi merupakan proses yang melibatkan perkongsian maklumat antara satu sama lain untuk mencapai persetujuan bersama (Rogers, Komunikasi merupakan proses yang melibatkan perkongsian maklumat antara satu sama lain untuk mencapai persetujuan bersama (Rogers,
Menurut Rogers (2003) juga, sebelum mengambil keputusan sama ada untuk menggunakan sesuatu inovasi atau tidak, seseorang individu akan melalui beberapa proses. Fasa Pengetahuan berlaku apabila individu mula mendapat pendedahan tentang kewujudan inovasi dan memahami bagaimana ia berfungsi. Fasa Keyakinan pula terjadi apabila individu itu mula membentuk sikap suka atau sebaliknya terhadap inovasi. Seterusnya apabila individu melibatkan diri dengan aktiviti yang memberinya peluang untuk membuat keputusan untuk menggunakan atau menolak inovasi, dia dikatakan berada di Fasa Keputusan. Dalam Fasa Pelaksanaan, inovasi tersebut digunakan oleh individu terbabit dan setelah itu, dia akan memasuki fasa terakhir iaitu Fasa Pengesahan di mana individu membuat keputusan muktamad sama ada untuk terus menggunakan inovasi terbabit atau menolaknya. Rajah 1 menunjukkan proses keputusan inovasi sebagai mana yang dikemukakan Rogers (2003).
Ya
Pengetahuan Keyakinan
Keputusan
Pelaksanaan Pengesahan
Tidak Penolakan
Rajah 1 : Model Proses Keputusan Inovasi (Innovation-Decision Process ) Diubahsuai daripada Rogers (2003)
Rogers (2003) menyatakan tahap kesediaan orang ramai untuk menerima dan melaksanakan sesuatu inovasi boleh dipecahkan kepada lima kategori sebagaimana yang boleh dilihat dalam Rajah 2.
Pencipta Masa
Rajah 2 : Pengkategorian Pengguna Berdasarkan Ciri Inovatif Diubahsuai daripada Rogers (2003)
Berdasarkan Rajah 2 , golongan yang berada dalam kategori ’Pencipta’ menyukai idea-idea yang baru. Golongan ini gemar mencipta Berdasarkan Rajah 2 , golongan yang berada dalam kategori ’Pencipta’ menyukai idea-idea yang baru. Golongan ini gemar mencipta
Sistem Sosial merupakan satu unit yang saling berkaitan antara satu sama untuk menyelesaikan masalah demi mencapai sesuatu matlamat (Rogers, 2003). Proses difusi berlaku dalam sistem sosial manakala struktur sosial dan norma-norma dalam sesuatu sistem sosial turut mempengaruhi tahap difusi inovasi sebagaimana ia turut mempengaruhi tahap inovatif seseorang individu.
Pengaruh ke atas proses difusi dan tahap penggunaan inovasi juga bergantung kepada jenis keputusan inovasi (Rogers, 2003). Terdapat tiga jenis keputusan-inovasi iaitu (a) opsyen, iaitu keputusan yang dilakukan oleh individu bebas dalam sistem, (b) kolektif, iaitu keputusan yang dilakukan oleh majoriti ahli dalam sesuatu sistem, dan (c) autoriti, iaitu keputusan yang dilakukan oleh individu-individu yang mempunyai kuasa, status atau kemahiran teknikal di dalam sesuatu sistem. Namun menurut Rogers, keputusan autoriti dapat mempengaruhi kadar penggunaan inovasi dengan lebih cepat berbanding jenis keputusan yang lain.
sosial. Kewujudan elemen-elemen ini akan mempengaruhi tahap penggunaan inovasi teknologi.
Selain daripada Rogers, Ely (1999) telah memberi penekanan terhadap aspek persekitaran sebagai pengaruh yang memberi kesan terhadap tahap penggunaan inovasi teknologi. Lapan kondisi yang dikemukakan Ely adalah sebagaimana berikut:
Kondisi Yang Membantu Penggunaan Inovasi
Kejayaan sesuatu perubahan, bukan sahaja bergantung kepada ciri-ciri yang ada pada sesuatu inovasi, tetapi menurut Ely (1990b), ia juga turut dipengaruhi oleh persekitaran dalam penggunaan inovasi berkenaan. Ely (1990b,1999) telah mengenalpasti lapan kondisi yang boleh membantu kejayaan sesuatu inovasi. Beliau menyifatkan kelapan-lapan kondisi ini sebagai saranan ke arah pelaksanaan yang berjaya.
Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa
Wujudnya rasa tidak puas hati dengan keadaan semasa, boleh mendorong ke arah berlakunya perubahan. Ely (1990) mendefinisikan ketidakpuasan sebagai ”perasaan atau emosi yang menginginkan perubahan” dan ini disebabkan oleh beberapa punca. Ellsworth (2000), menyatakan ketidakpuasan hati berpunca Wujudnya rasa tidak puas hati dengan keadaan semasa, boleh mendorong ke arah berlakunya perubahan. Ely (1990) mendefinisikan ketidakpuasan sebagai ”perasaan atau emosi yang menginginkan perubahan” dan ini disebabkan oleh beberapa punca. Ellsworth (2000), menyatakan ketidakpuasan hati berpunca
Ely (1993) juga mengatakan, kondisi atau keadaan ini kadangkala dirujuk oleh penyelidik lain sebagai keperluan terhadap penambahbaikan atau perubahan.
Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran