KEDUDUKAN ISLAM DAN BANGSA MELAYU DALAM

TAJUK

: KEDUDUKAN ISLAM DAN BANGSA
MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

PENSYARAH : USTAZ SOFWAN BIN HASBULLAH
KUMPULAN : PEM1102A1/A2
BIL
.

NAMA

NO. PELAJAR

FAKULTI

1

FADHLI BIN HASHIM


2016639378

MEKANIKAL

2

HANIF NAIM BIN HASNAN

2016603752

MEKANIKAL

3

MEGAT NUR ARIFF BIN MEGAT
ROSLEE

2016456818

MEKANIKAL


KANDUNGAN

 PENDAHULUAN……………………………………. 3
 KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN……………………………………. 4
 KEDUDUKAN MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN……………………………………. 9
 KESIMPULAN………………………………………. 15
 RUJUKAN…………………………………………… 16

2

PENDAHULUAN
Terjadinya Agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah salah satu
unsur tradisi dan perluasan sejarahnya adalah sebahagian daripada perluasan
sejarah konsep pemerintahan beraja. Seperti yang kita tahu, Malaysia adalah
sebuah negara di mana rakyatnya mengamalkan pelbagai agama yang berlainan
seperti Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain kepercayaan.


Sebagai pengetahuan umum, Perlembagaan Persekutuan merupakan
undang-undang tertinggi yang terikat dengan Malaysia. Jika ada undang-undang
baru yang hendak digubal, ia mestilah berdasarkan kepada Perlembagaan
Persekutuan.

Pelbagai persoalan yang timbul apabila bangsa Melayu diperkatakan dalam
Perlembagaan Persekutuan. Sering kita dengari, “orang-orang Melayu dijamin
haknya dalam Perlembagaan Persekutuan”. Perkara ini juga dikenali sebagai
Ketuanan Melayu. Persoalannya, apakah sebenarnya yang dikatakan dengan
perlembagaan yang menjamin hak orang melayu? Apakah hak tersebut dan
siapakah yang dikatakan sebagai orang melayu?

3

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
PERUNTUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
Rakyat Malaysia sudah semestinya mengetahui bahawa Islam adalah agama rasmi
persekutuan, kerana Islam telah lama bertapak di Tanah Melayu melalui sejarah

lama di mana wujudnya tamadun Islam melalui raja-raja Melayu – Islam dan
rakyatnya. Hal ini memberi pengaruh besar kepada pembentukan perlembagaan
yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Walaubagaimanapun, kedudukan
Islam dalam Perlembagaan Persekutuan banyak dipersoalkan kerana peruntukan ini
tidak jelas. Persoalannya, setakat manakah kedudukan Islam dalam perlembagaan
persekutuan?

Terdapat dua pendapat yang berbeza mengenai kedudukan Islam dalam
Perlembagaan Persekutuan. L.A Sheridan dan H.E Groves memberi pendapat
mereka bahawa peruntukan mengenai Islam bertujuan untuk menunjukkan negara
Malaysia mempunyai sifat dan ciri Muslim serta untuk upacara rasmi negara
(Sheridan L.A dan Groves H.E). Bacaan doa di upacara rasmi seperti Pertabalan
Yang di-Pertuan Agong dan Hari Kemerdekaan adalah antara contoh tujuan
peruntukan mengenai Islam. Seterusnya, Hasyim Yeop Sani (1973) juga memberi
pendapatnya tentang kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau
menyatakan bahawa Perkara 3 (Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan) itu
sangat jelas dan tidak boleh diputarbelitkan lagi bahawa agama rasmi negara ialah
agama Islam. Oleh itu, jika terdapat tafsiran-tafsiran yang membawa kepada

percanggahan di antara dokumen ciptaan manusia iaitu perlembagaan dengan
syariah Allah iaitu al-Quran dan as-Sunnah maka tafsiran itu tidak boleh diterima.
Dari segi kedudukan agama Islam di negeri-negeri Malaysia, Perlembagaan telah
memutuskan bahawa Islam sebagai agama rasmi negeri kecuali bagi negeri Pulau
Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Tambahan pula, Yang

4

di-Pertuan Agong telah diberi kuasa sebagai ketua agama Islam terhadap negerinegeri tersebut.

Peruntukan mengenai Perkara 3 adalah sangat penting kerana ia
menjelaskan agama Islam adalah agama persekutuan tetapi pada masa yang sama,
ia juga memberi hak kepada orang bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Selain itu, Perkara
3(1) juga menjelaskan kedudukan Raja-Raja sebagai ketua agama negeri-negeri
kecuali negeri yang tidak mempunyai raja. Sementara itu, bagi sesuatu perkara yang
yang merangkumi kesemua persekutuan yang berkaitan dengan Islam, maka Yang
di-Pertuan Agong akan mewakili Raja-Raja setelah Majlis Raja-Raja telah bersetuju
mengenai perkara berkenaan. Selain itu, Perkara 3(2) menyentuh mengenai Yang
di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi negeri Melaka, Pulau Pinang,

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Di samping itu, Perkara (5) menyatakan
bahawa bagi Wilayah Persekutuan, Parlimen boleh menghasilkan undang-undang
berkenaan hal ehwal Islam serta menubuhkan Majlis bertujuan untuk menasihati
Yang di-Pertuan Agong berkenaan hal ehwal agama Islam.

Perkara 3 dan implikasi daripada peruntukan Perkara 3 boleh ditafsir untuk
kebaikan Islam dan kepentingan umat Islam. Penggubal dan pengamal undangundang boleh meluaskan pentafsiran ini bagi kepentingan Islam dan umatnya tetapi
terdapat pandangan yang menyatakan bahawa Perkara 3(1) tidak harus digunakan
untuk menilai kedudukan Islam dalam kerangka perlembagaan. Peruntukan
berkenaan juga tidak cukup kukuh untuk menjadi rujukan buat pekaksanaan Islam.
Untuk pelaksanaan Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna, maka
perlembagaan perlu diubah suai.

Selain itu, peruntukan Islam juga disentuh dalam Perkara 121 (1A). Dalam
Perkara 121 (1A) menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil dilarang mempunyai
apa-apa bidang kuasa yang berkait dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Hal
ini disebabkan sebelum pindaan itu dibuat terdapat beberapa kes misalnya kes-kes
5

wakaf, penjagaan anak, mungkir janji untuk kahwin dan lain-lain, di mana-mana

Mahkamah Sivil telah membuat keputusan berkaitan perkara yang termasuk dalam
bidang kuasa Mahkamah Syariah dan adakalanya Mahkamah Tinggi Sivil telah
mengubah keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Seterusnya,
merujuk kepada Perkara 121 (1A), terdapat pengecualian kuasa bagi Mahkamah
Syariah yang mana ia tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa kes terhadap pihak
yang terlibat sekiranya salah seorang daripada mereka bukan beragama Islam.
Misalnya, Mahkamah Syariah tidak berjaya untuk mempertahankan seorang mualaf
iaitu Re Susie Teoh kerana bapanya yang tidak beragama Islam mempunyai hak
yang lebih tinggi terhadap agama anaknya yang ketika itu berumur kurang dari 18
tahun. Hal ini berlaku disebabkan menurut Perkara 11 dan 12, seorang bapa atau
penjaga mempunyai hak untuk memutuskan agama dan pelajaran anak mereka itu.

Dalam kes ini, Mahkamah Tinggi Sivil telah meluluskan tuntutan yang dibuat
oleh bapa kepada Re Susie Teoh untuk membatalkan pengisytirahan anaknya
kepada Islam. Kesimpulannya, dalam kes ini kedudukan undang-undang Islam
dalam Mahkamah Syariah adalah terhad.

Secara keseluruhannya, kedudukan undang-undang Islam dalam
perlembagaan adalah terbatas jikalau terdapat mana-mana undang-undang Islam
yang tidak selaras dengan perlembagaan. Oleh itu, ianya akan terbatal setakat

mana yang bercanggah. Walaupun agama Islam adalah agama rasmi persekutuan,
namun demikian ia telah ditetapkan dalam perlembagaan mengenai bidang kuasa
undang-undang yang berkaitan dengan agama Islam. Kes-kes mahkamah yang
mempunyai peranan penting menyatakan bahawa peruntukan-peruntukan
perlembagaan tidak kesemuanya membantu. Selain tidak membuat keputusan
berdasarkan undang-undang, sesetengan kes jelas keputusannya itu dibuat
berdasarkan polisi. Realitinya undang-undang sivil mendominasi dan lebih berkuasa
dalam sistem perundangan di negara kita. Kedudukan Mahkamah Syariah yang
berada dalam bidang kuasa negeri juga agak tidak stabil. Hal ini sangat jelas kerana
sesuatu hukuman atau denda yang diputuskan oleh mahkamah syariah di setiap
negeri yang berlainan walaupun jenayah yang dilakukan oleh masyarakat adalah sama
6

PENETAPAN HAL EHWAL ISLAM SEBAGAI SUATU
KUASA YANG TERLETAK DALAM BIDANG KUASA
NEGERI
“Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang
menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan
pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian,

mas kahwin, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, hak penjagaan, pecah milik dan
amanah bukan khairat, Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan
agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan
derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam
yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri, adat Melayu, Zakat, Fitrah dan
Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya, masjid atau mana-mana
tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman
kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap
perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam
Senarai Persekutuan, keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang
hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama
Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam
perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan
kecuali setakat yang diberikan oleh Undang-undang Persekutuan, mengawal
pengembanagn doktrin dan kepercayaan di kalingan orang yang menganut agama
Islam, penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu

Bidang kuasa undang-undang Islam hanya tertakluk kepada perkara-perkara
yang disenaraikan dalam Jadual 9 Senarai 2. Disini akan dibawakan satu kes yang
berkaitan dengan kesahtarafan seorang anak.

Kes ini mengenai Ainan bin Mahmud lawan Syed Abu Bakar & Ors. Perkara
utama yang dihadapkan di mahkamah ialah undang-undang manakah yang perlu
dipakai bagi menentukan taraf kesahihan Mat Shah yang telah dilahirkan tiga bulan
selepas tarikh perkahwinan ibu bapanya. Mahkamah memutuskan dengan memakai
Seksyen 112 Enakmen Keterangan bahawa Mat Shah adalah anak Ainan yang sah.
7

Menurut Hakim Aitken yang mengendalikan kes ini, beliau menyatakan
bahawa keterangan lanjut perlu dibawa bagi membuktikan atau menafikan
kedudukan Mat Shah sama ada anak kandung yang sah kepada Ainan atau tidak.
Beliau juga perlu memastikan setakat mana isu itu dipengaruhi oleh undang-undang
negeri.
Pihak yang terlibat dalam kes ini adalah orang Islam dan hakim akan
memutuskan taraf kesahihan Mat Shah berdasarkan undang-undang Islam. Menurut
satu seksyen dalam Enakmen Keterangan yang memperuntukan bahawa taraf
kesahihan seorang anak itu boleh ditentukan melalui kelahirannya dalam
perkahwinan yang sah ataupun dilahirkan dalam tempoh 280 hari selepas
perceraian. Namun begitu, sekiranya ada bukti yang menunjukkan bahawa keduadua pihak itu tidak melakukan sebarang perhubungan sehingga membolehkan anak
itu dikandung, maka kesahihan anak itu dikecualikan.
Pada mulanya hakim telah memutuskan keputusan kes itu berdasarkan

kepada Seksyen 112 dalam Enakmen Keterangan yang mana ianya adalah status
yang telah dipakai secara umum, tanpa mengira bangsa dan agama. Namun begitu,
Seksyen 112 ini telah mengenepikan peruntukan dalam undang-undang Islam.
Undang-undang Islam telah menetapkan bahawa taraf kesahihan seorang
anak itu berdasarkan kepada permulaan kehamilan dan bukan masa kelahiran.
Berbeza pula dengan undang-undang Inggeris, dalam Seksyen 112 mengatakan
bahawa taraf kesahihan seorang anak itu berdasarkan kepada masa kelahiran dan
bukannya permulaan kehamilan. Hal ini telah menyebabkan kedua-dua pihak
terpaksa mengetengahkan persoalan ini semula kepada hakim.
Berdasarkan pendapat salah seorang hakim iaitu Baillie tentang pewarisan
dalam undang-undang Islam. Beliau menyatakan bahawa ayah dan ibu kepada
sesorang anak yang dilahirkan selepas enam bulan dari perkahwinan mereka, hanya
boleh ditentukan melalui pengakuan dari suaminya. Jika suaminya mengaku bahawa
anak itu adalah anaknya, maka anak itu diiktiraf kesahihannya.dan jika suaminya
mengaku bahawa anak itu hasil dairpada perzinaan, maka asal usul anak itu tidak
boleh ditentukan.

8

Hakim Aitken bersetuju dengan pendapat Baillie dan telah menggunakan
pendapat tersebut sebagai keputusan dalam kesnya. Dapat dilihat disini, kedudukan
undang-undang Islam telah diguna pakai dalam menentukan keputusan bagi kes ini.

KEDUDUKAN BANGSA MELAYU DALAM
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
PENGENALAN

Bangsa Melayu boleh dikatakan mengikut 160(2) Perlembagaan Persekutuan telah
mendefinisikan Bangsa Melayu ialah seseorang yang beragama islam , Bahasa Melayu
sebagai percakapan harian , mengamalkan adat Melayu dan lahir di Tanah Melayu ataupun
dikenali sebagai Malaysia.

Para pemimpin terdahulu telah bersetuju untuk memberikan “Hak Istimewa Orang
Melayu” kepada orang melayu sebagai cagaran atau gantian untuk persediaan bangsa
melayu di tanah melayu untuk menerima kedatangan kaum India dan kaum Cina untuk
berkongsi kehidupan di tanah melayu secara bersama. Hak ini telah dilaksanakan dan telah
dipersetujui semasa rundingan kemerdekaan dan telah dibuat di dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948. Hak ini terjadi kerana untuk melindungi orang melayu
kerana pada waktu tersebut , orang melayu tidak mahu menerima kehadiran kaum india dan
cina di Tanah Melayu sebagai rakyat tetap. Disebabkan pada masa itu , masing-masing
ingin menegakkan hak kaum sendiri , keadaan ini akan menyukarkan proses untuk
mencapai kemerdekaan.

ISI DAN HURAIAN
HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DALAM
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Untuk pengetahuan , banyak perkara yang telah diperuntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan. Jadi , kami akan memfokuskan kepada perkara-perkara
atau peruntukan-peruntukan yang mempunyai kaitan dengan Bangsa Melayu dalam
konteks Perlembagaan Persekutuan dengan lebih terperinci. Peruntukan tersebut
adalah seperti berikut :


Perkara 153 - Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit,dan
sebagainya.
9




Perkara 89 - Tanah Simpanan Melayu
Perkara 152 - Bahasa Kebangsaan

Perkara 153 - Perizaban kuota berkenaan dengan
perkhidmatan, permit, dan sebagainya.
“Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan
Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan
bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan
persekutuan

mempertahankan

kepentingan

kumpulan-kumpulan

ini

dengan

mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan
awam . Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak social”.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab
kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga kedudukan Bangsa Melayu dan
penduduk asal Malaysia ataupun dipanggil sebagai rakyat Bumiputera. Di dalam
Perkara ini, telah dinyatakan jumlah atau kuota dalam kemasukan perkhidmatan
awam , biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga dianggap sebagai salah satu kontrak
sosial dan pertahanan secara sah bagi menguatkan lagi pernyataan bahawa Bangsa
Melayu adalah penduduk asal Malaysia. Ketika membicarakan persoalan ini ,
terdapat wasiat raja-raja melayu yang telah bersidang. Wasiat tersebut adalah :
“Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit
yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu. (sekarang dikenali dengan nama
Malaysia). Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu, dan kami benarkan kamu
isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik, dan hutan
simpan. Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu
rebutlah bersama-sama kaum lain. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak
cucu kami, serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain
untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara. Kami
kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah
negara ini. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan. Kami tetapkan
bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. Kami amanahkan dan kami
pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan

10

istimewaorang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah
kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak”
(Perkara 153, Perlembagaan Malaysia)

Mengikut perkara 153 (8A) :
“ Jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang
memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang
setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang
bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu
kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan
calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang diPertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu
kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran
daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara
Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang diPertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan
sewajarnya”.

Rasional yang dapat dikeluarkan dari perkara di atas adalah ia dapat
melindungi Bangsa Melayu secara totalnya dimana ada segelintir anak melayu yang
layak menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi tetapi disebabkan oleh
kemiskinan ataupun kegawatan kewangan menyebakan segelintir anak melayu ini
terlepas peluang untuk menyambung taraf pendidikan yang lebih tinggi. Perkara di
atas juga menyatakan bahawa Parlimen tidak berkuasa untuk menyekat perniagaan
atau pertukangan semata-mata untuk maksud perizaban bagi orang melayu dan
anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

Perkara 89 - Tanah Simpanan Melayu
“Perkara 89 menetapkan berkenaan tanah simpanan orang melayu. Manamana tanah di sesuatu Negeri yang merupakan tanah simpanan Melayu sebaik
sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus
11

menjadi

tanah

simpanan

Melayu

mengikut

undang-undang

itu

sehingga

diperuntukkan selainnya oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri itu, iaitu
suatu Enakmen yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Dewan Undangan
dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan
pengundi yang dipersetujui melalui ketetapan setiap Majlis Parlimen yang diluluskan
oleh majoriti jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang
daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang mengundi”

Rasional yang dapat dikeluarkan daripada perkara di atas adalah untuk
melindungi kaum Melayu yang kurang dari sudut kewangan ataupun miskin tetapi
golongan ini telah lama menetap di sesuatu kawasan daripada tanah mereka diambil
ataupun dirampas oleh pihak atasan. Selain itu, ia juga adalah sebagai hibah
kepada mereka yang pernah suatu ketika dahulu memperjuangkan nyawa untuk
mempertahankan tanah air dari dijajah kuasa luar. Tambahan, tanah ini juga adalah
merupakan suatu warisan dan pegangan yang masih wujud dan pada masa
hadapan , jika berlaku sesuatu rusuhan dari orang asing , mereka tidak boleh
memiliki tanah yang telah direzabkan kepada orang melayu.

Perkara 152 - Bahasa Kebangsaan
“Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang
diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen dengan syarat bahawa tiada
seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi
maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain dan
Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian
bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan. Walau apa pun peruntukan
Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu
sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan
di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri,
dan bagi segala maksud rasmi yang lain”.
“Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas
Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks
sahih segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya
yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen dan segala
12

Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh Kerajaan
Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris. Walau apa pun peruntukan Fasal
(1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga
diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa
Inggeris dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak
bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak
perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris. Selainnya
oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan
keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris. Dalam Perkara ini, "maksud rasmi"
ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan adalah Rasional kerana
kedudukan dan peranan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca di alam Melayu
sejak dahulu lagi. Kaum lain tidak perlu risau mengenai persefahaman Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Ini kerana kaum lain tidak disekat untuk
menggunakan Bahasa Ibunda setiap kaum malah perlembagaan menjamin perkara
ini. Tambahan, Bahasa Melayu telah lama digunakan untuk tujuan rasmi seperti
surat-menyurat, mesyuarat, perundangan dan kehakiman di tanah melayu, jabatan
polis dan sebagainya untuk memudahkan pentadbiran yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Bahasa Melayu juga dipilih sebagai Bahasa rasmi adalah kerana tanda
hormat kepada ketuanan melayu yang merupakan empunya empayar tanah melayu.

Kewajaran Mempertahankan Hak Keistimewaan Melayu
Hak keistimewaan orang melayu tidak seharusnya dipersoalkan dan
dibahaskan secara tidak baik di parlimen kerana ia adalah perkara yang telah
dipersetujui sejak dahulu lagi dan kerana perkara inilah, kita sebagai rakyat
Malaysia, dapat hidup dengan aman dan makmur dalam masyarakat yang berbilang
kaum. Seperti kata Mantan Perdana Menteri yang ke-4 , Tun Dr Mahathir Mohamad
“Orang yang melupakan sejarah, adalah orang yang akan mengulangi sejarah”.
Pernyataan ini adalah benar kerana mereka yang mengungkit mengenai isu hak
istimewa melayu ini sebenarnya mereka yang melupakan sejarah itu sendiri.
13

Kerajaan harus bekerjasama dalam menghalang terjadinya kembali peristiwa yang
besar iaitu peristiwa 13 Mei 1969 kerana ketidakpuasan hati pelbagai kaum di
Malaysia.
Antara usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah untuk
memperkenalkan pelajaran sejarah di peringkat sekolah rendah lagi. Bak kata
pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Perkara seperti ini sedikit
sebanyak akan memupuk minat dalam diri anak-anak kecil supaya lebih menghargai
pengorbanan pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan.
Bagi peringkat menengah pula, subjek yang wajib diambil oleh setiap pelajar
ialah subjek sejarah dan subjek ini haruslah wajib lulus supaya remaja lebih focus
dalam memahami sejarah. Remaja masa kini hanya mengetahui sejarah untuk
sekadar peperiksaan dan menganggap sejarah merupakan mata pelarajan yang
membosankan. Guru sejarah harus mencipta cara pengajaran yang boleh memupuk
minat dalam diri remaja untuk mendalami dan memahami apa itu sejarah.
Bagi peringkat yang lebih tinggi seperti di Universiti mahupun Kolej, pelajaran
yang berkaitan sejarah seperti kenegaraan haruslah diperkenalkan. Malah rakyat
asing yang menyambung pelajaran di Malaysia harus mempelajari budaya serta
sejarah yang wujud di Malaysia dalam usaha untuk menyedarkan mereka akan
pentingnya sesuatu dasar dan tidak mempersoalkan tentang hak istimewa ini di
Malaysia dan tidak berlaku di Negara mereka.

14

KESIMPULAN

Sekiranya terdapat undang-undang islam yang tidak selaras dengan
perlembagaan, maka kedudukan undang-undang islam adalah terbatas dalam
Perlembagaan Persekutuan. Walaupun agama rasmi persekutuan adalah agama
islam, namun bidang kuasa undang-undang yang berkaitan dengan agama islam
telah ditetapkan di dalam perlembagaan. Secara realitinya, undang-undang yang
selain dari undang-undang agama islam iaitu undang-undang sivil telah lama
mendominasi dan menguasai system perundangan di negara kita.

Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dengan aman dan sejahtera, kita tidak
sepatutnya bersikap ego dan sombong dengan pencapaian yang diperoleh dan kita
miliki sekarang. Itulah adalah hasil titik peluh daripada perjuangan pemimpinpemimpin terdahulu dan kita sepatutnya bersyukur kerana kita tidak perlu bersusahpayah untuk mencapai keamanan. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa
mencari jalan untuk mengekalkan kesejahteraan yang dirasai ketika ini. Jangan kita
jadi alpa dan jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit hanya kerana kita selesa
dengan kehidupan sekarang. Contoh isu yang seharusnya kita beri tekanan adalah
satu bentuk penjajahan bentuk baru yang dilakukan oleh negara barat untuk
menjajah kita secara mentaliti walaupun bukan dari sudut fizikal. Kita sepatutnya
risau akan perkara ini kerana secara tidak langsung ia akan menggugat kestabilan
dan keharmonian di negara ini.

15

RUJUKAN



https://www.academia.edu/26043769/KEDUDUKAN_AGAMA_ISLAM_DALA




M_PERLEMBAGAAN_PERSEKUTUAN
zakwanhalim.blogspot.my
Abdul Aziz Bari. 2005. Islam Dalam Perlembagaan Malaysia. Selangor: Intel



Multemedia and Publications
Hamid Jusoh, Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, 1992.



Dewan Bahasa Dan Pustaka
Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned. Sistem Undang-Undang Di Malaysia.





1985. Selangor: Dawama Sdn.Bhd
zakwanhalim.blogspot.my/2011/04/islam-dalam-perlembagaan-malaysia.html
penakiri.blogspot.my/2010/09/melayu-dan-kedudukannya-dalam.html
https://www.academia.edu/10537975/BINCANGKAN_MENGENAI_HAK_ISTI
MEWA_ORANG _MELAYU_DALAM_PERLEMBAGAAN_MALAYSIA

16