KESAN POSITIF DAN NEGATIF YANG DIBAWA OL (1)

A 145358

ZETI FARZANA ALPIKRI

KESAN POSITIF DAN NEGATIF YANG DIBAWA OLEH MEDIA

1.0 PENGENALAN:
Menurut Rod Holmgren dan William Norton di dalam bukunya iaitu “the mass media
book”, media didefinisikan sebagai “ communication channels that serve people” atau
saluran komunikasi yang berkhidmat kepada orang ramai ataupun masyarakat. Media di sini
meliputi suratkhabar, buku, majalah, radio, televisyen, internet dan sebagainya yang
menyampaikan mesej komunikasi kepada mereka yang memilih untuk membaca, mendengar,
dan menonton.Media dilihat mempunyai pengaruh yang sangat besar di dalam kehidupan
seharian masyarakat malah pengaruh media tersebut semakin besar sehingga mampu
mempengaruhi masyarakat dunia yang terdedah kepada media global. Hal tersebut dikenali
sebagai globalisasi media di mana media dikatakan mampu merentasi sempadan iaitu mesej
media global boleh diperlolehi di seluruh pelosok dunia dengan cepat dan pantas.Globalisasi
media ini terjadi disebabkan perkembangan teknologi komunikasi yang pantas dengan
pelancaran satelit di seluruh pelosok dunia seperti NOA 17, Golden eye, KH-13,LANDSAT 7
dan sebagainya. Lantaran itu, media global dilihat semakin berkembang dan berkuasa iaitu
pasaran media global muncul sebagai sebuah media komersial global. Hal ini menyebabkan

terjadinya fenomena “global village” seperti yang dikatakan oleh “Marshall McLuhan” di
dalam bukunya iaitu The Gutenberg Galaxy: The Making of Typographic Man (1962) dan
Understanding Media (1964) iaitu satu perkampungan media merujuk kepada masyarakat
dunia berkongsi maklumat, hiburan, dan sebagai yang sama. Namun, perkembangan pesat
media global ini di lihat telah menimbulkan isu-isu yang bukan sahaja bersifat global malah
memberikan kesan kepada masyarakat global sama ada positif mahupun negatif.

2.0 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN
Isu yang dapat kita lihat dalam video tersebut membincangkan mengenai kebaikan
dan keburukan media atau kesan positif dan negatif yang dibawa oleh media kepada
khalayak. Media pada masa kini, dilihat menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat
pada masa kini dan tanpa media mungkin “kita” merasakan seolah-olah tidak dapat hidup.
Misalnya, cuba kita lihat di sekeliling kita pada masa kini, rata-rata masyarakat yang kita
temui menggunakan media atau telefon pintar untuk berhubung, mengetahui isu-isu semasa
1

A 145358

ZETI FARZANA ALPIKRI


dan sebagainya. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa media sememangnya mempunyai nilai yang
sangat postif seiring dengan perkembangan teknologi serta perkembangan kehidupan
manusia namun media juga mampu membawa kepada kehancuran serta kemusnahan.
Kesan positif yang pertama yang terdapat di dalam video tersebut mengatakan
bahawa media seperti televisyen, radio dan internet mampu meningkatkan kesedaran kepada
khalayak mengenai isu-isu semasa. Hal ini demikian kerana media mampu meningkatkan
pengetahuan umum dengan maklumat-maklumat yang telah disalurkan kepada khalayak
setiap hari. Maklumat tersebut membolehkan khalayak untuk mengetahui isu-isu serta berita
yang berlaku di seluruh pelusuk dunia.
Isu yang seterusnya ialah media dikatakan bertanggungjawab dalam mempengaruhi
sebahagian besar kehidupan kita iaitu mampu mengubah sikap serta kepercayaan mengenai
sesuatu perkara. Hal ini demikian kerana media mampu untuk mengubah pemikiran dan
pendapat khalayak umum. Perkata tersebut juga dikatakan berpunca daripada media mampu
mempengaruhi pemikiran audiens secara terus dan langsung seperti yang dikatakan oleh
Elihu katz dalam teori peluru ajaib atau teori jarum suntikan yang mengatakan bahawa
pengaruh media adalah terus kepada khalayak. Perbincangan tentang pengaruh yang dibawa
oleh media ini sudah lama dibincangkan oleh pengkaji media sejak tahun 1930-an lagi
sehinggalah munculnya teori tersebut.
Selain itu, surat khabar yang merupakan sebahagian daripada media cetak bukan
sahaja memberikan pendedahan tentang isu-isu semasa sahaja malah surat khabar juga

dikatakan mampu untuk meningkatkan kosa kata serta perbendaharaan kata dalam kalangan
khalayak. Oleh sebab itu lah surat khabar dikatakan medium terbaik dalam memupuk
“budaya” suka membaca dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, bahasa serta
cara penulisan di dalam surat khabar adalah berbentuk ilmiah, akademik dan semasa dapat
melatih kanak-kanak serta memantapkan penulisan mereka.
Seterusnya, media juga dikatakan medium yang pantas dalam menyebarkan tentang
berita kemalangan serta sesuatu kejadian yang berlaku. Hal ini selari dengan perkembangan
teknologi yang pantas membolehkan media memancarkan berita-berita semasa ke seluruh
dunia. Misalnya, di Jepun media memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan
amaran awal tentang kejadian yang akan berlaku seperti gempa bumi, tsunami dan
sebagainya yang membolehkan khalayak atau audien untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

2

A 145358

ZETI FARZANA ALPIKRI

Di samping itu, isu yang turut dibincangkan di dalam video tersebut ialah media
dikatakan bertanggungjawab dalam membawa transformasi dalam cara pemikiran manusia.

Hal ini demikian kerana media dikatakan mampu untuk mengubah pemikiran serta persepsi
masyarakat tentang sesuatu perkara. Malah media juga dapat membentuk persepsi
masyarakat tentang dunia. Misalnya, media barat banyak memaparkan bahawa Islam adalah
pengganas, hal ini menyebabkan masyarakat barat menganggap Islam adalah pengganas.
Selain itu, pemikiran masyarakat dunia pada masa kini adalah lebih terbuka berbanding
masyarakat yang kurang terdedah kepada media global yang dilihat masih ditakuk lama.
Media juga membolehkan kita menyaksikan peristiwa-peritiwa yang bersejarah.
Misalnya, perkahwinan diraja iaitu Prince William dan Kate Middleton dapat disaksikan di
seluruh dunia walaupun kita tidak berada di tempat dan ketika itu. Selain itu, peristiwa Neil
Armstrong yang berjalan di bulan juga dapat disaksikan oleh generasi akan datang. Malah,
aksi Michael Jackson yang melakukan “moon walk” secara live telah menjadi inspirasi
kepada seluruh generasi.
Seterusnya, media yang berfungsi sebagai penyebar maklumat dan informasi dapat
membentuk serta melahirkan sebuah masyarakat yang bermaklumat. Hal ini dapat membantu
masyarakat membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diterima. Selain itu, media juga
mampu menyimpan serta mencatat sejarah-sejarah yang berlaku di dunia sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran serta tatapan generasi akan datang. Misalnya, surat khabar dari
sebelum merdeka hinggalah selepas merdeka telah disimpan di dalam arkib negara bagi
tatapan umum untuk generasi yang akan datang.
Media sosial seperti facebook, blog dan sebagainya bukan sahaja memberi

sumbangan kepada pembaca sahaja malah mampu untuk menulis idea dengan bebas tanpa
tapisan mana-mana pihak. Hal ini demikian kerana, akaun media sosial boleh dimiliki serta
dibuat oleh sesiapa sahaja dan bebas untuk menulis apa-apa sahaja. Lantaran itu, masyarakat
bebas untuk menyuarakan pendapat dan juga bersuara dengan bebas. Namun, kebebasan
tersebut boleh menyebabkan berlakunya huru-hara di sesebuah negara. Misalnya, blog
“Malaysian today” yang ditulis oleh Raja Petra telah menjatuhkan nama negara kita dengan
coretan-coretan negatifnya serta menghina perlembagaan.
Seterusnya, di dalam video tersebut juga membincangkan mengenai kesan negatif
yang dibawa oleh media kepada khalayak umum. Hal ini demikian kerana seperti yang telah
kita ketahui, setiap sesuatu yang tercipta pasti akan mempunyai pro dan kontranya. Salah satu
3

A 145358

ZETI FARZANA ALPIKRI

keburukan yang dibawa oleh media ialah berita yang dilaporkan oleh media yang salah akan
menyebabkan wujudnya perasaan negative serta meningkatkan tekanan darah tinggi. Selain
itu, iklan-iklan serta filem yang dipaparkan oleh media mempunyai aksi-aksi ganas akan
mempengaruhi sikap dan tingkah laku kanak-kanak. Misalnya, filem Spiderman dan

sebagainya memaparkan aksi ganas dengan superhero berlawan dengan musuhnya
menyebabkan kanak-kanak terikut-ikut dengan aksi bahaya tersebut.
Media juga dikatakan menjadi punca kanak-kanak menjadi malas serta lemah dalam
menguasai tata bahasa dan kemahiran membaca. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak lebih
gemar menonton rancangan hiburan yang tidak berfaedah berbanding rancangan atau
program ilmiah di dalam televisyen. Faktor tersebut juga memberi impak yang besar kepada
kanak-kanak akan kehilangan skil untuk bersosial. Mereka lebih gemar untuk menghabiskan
masa dengan menonton televisyen dan menghabiskan masa di media sosial berbanding
bergaul dengan masyarakat sekeliling.
Selain itu, di dalam video tersebut juga menekankan bahawa media mampu
memberikan mesej yang salah kepada khalayak terutamanya remaja. Misalnya, pemaparan
model serta aktor yang kurus menyebabkan remaja menganggap tubuh badan seperti yang
dipaparkan di televisyen adalah berat badan yang ideal namun pada hakikatnya, kebanyakkan
model serta pelakon yang dipaparkan di dalam media mempunyai berat badan yang kurang
daripada berat badan yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang.
Media juga boleh menyebabkan berlakunya gejala ‘cyberbully’ atau buli alam maya.
Malah media juga dikatakan entiti yang paling berkuasa di dunia iaitu media mampu
membuatkan orang yang bersalah menjadi tidak bersalah dan sebaliknya. Hal ini demikian
kerana media mengawal pemikiran audien atau khalayaknya.


3.0 PANDANGAN TERHADAP ISU-ISU TERSEBUT
Video tersebut dilihat mempunyai persoalan yang telah dikemukakan iaitu adakah
media lebih banyak memberikan kesan positif atau lebih banyak memberikan kesan negatif?
Pada pandangan saya kesan positif dan negatif yang di bawa oleh media adalah seimbang
atau “balance” iaitu kesan negatif dan positif yang dibawa oleh media adalah sama sahaja.
Hal ini demikian kerana sekiranya media dikatakan lebih memberikan kesan negatif kita
dapat lihat bahawa tidak semua kawasan atau masyarakat yang terpengaruh atau terkesan
4

A 145358

ZETI FARZANA ALPIKRI

dengan kesan negatif yang telah dibawa, begitu juga kesan postif iaitu tidak semua
masyarakat yang mendapat manfaat daripada media sepenuhnya. Oleh itu, jelaslah bahawa
kesan positif dan negatif yang dibawa oleh media adalah seimbang antara kedua-duanya.
Selain itu, kesan positf dan negatif yang dibawa oleh media dikatakan seimbang
kerana seperti yang telah dikatakan tadi, tidak semua negara atau kawasan yang mendapat
liputan media atau manfaat dan kesannya daripada media tersebut. Hal ini demikian kerana
teknologi membataskan perkembangan media di sesetengah kawasan kerana negara maju

mempunyai teknologi media yang lebih canggih berbanding negara yang kurang maju. Hal
ini akan menimbulkan jurang di antara negara maju dan kurang maju. Misalnya, maklumat
hanya diperolehi oleh golongan yang mempunyai teknologi media dan wang sahaja manakala
golongan yang tidak mempunyai wang serta teknologi akan terus kekal ketinggalan zaman.
Di samping itu, tahap literasi media oleh khalayak juga akan menentukan samaada
kesan yang dibawa oleh media tersebut memberikan kesan yang positif mahupun negatif. Hal
ini demikian kerana literasi media seperti yang telah kita ketahui merupakan keupayaan untuk
menyemak serta menganalisis mesej yang disampaikan oleh media samaada mesej tersebut
baik atau buruk. Oleh itu, masyarakat yang dapat menganalisis setiap mesej yang
disampaikan oleh media dapat mengekang kesan negatif yang dibawa oleh media. Berikutan
itu juga, kesan positif dan negatif yang dibawa oleh media dikatakan sama sahaja kerana ia
adalah tanggungjawab pengguna sendiri dalam mengekang dan memanfaatkan kesan yang
dibawa oleh media.

4.0 TEORI-TEORI BERKAITAN ISU TERSEBUT
Teori kepuasan dan kegunaan merupakan teori yang dapat kita kaitkan degan isu
media yang mendatangkan kesan positif mahupun negatif.Teori ini telah diperkenalkan oleh
Blumber dan Kats pada tahun 1974.Menurut teori ini khalayak memilih media mengikut
kehendak dalam memenuhi kepuasan mereka. Oleh sebab itu, memilih sumber media untuk
kegunaan baik atau negatif adalah atas


tanggungjawab khalayak sendiri yang akan

menentukan kesan yang akan diterima berdasarkan sebab mereka menggunakan atau memilih
media. Malah menurut teori ini pengguna atau khalayak sendiri yang memainkan peranan
yang aktif dalam memilih dan menggunakan media. Lantaran itu, dapat disimpulkan bahawa

5

A 145358

ZETI FARZANA ALPIKRI

kesan negatif dan positif yang dibawa oleh media adalah seimbang kerana pengguna atau
khalayak tahu untuk menentukan apa yang mereka kehendaki.
Teori yang seterusnya ialah teori aliran dua tahap atau “two step flow” . Teori ini
diperkenalkan oleh Paul S. Lazarfeld yang mengatakan bahawa setiap mesej yang di
sampaikan oleh media akan di tapis oleh “opinion leader” terlebih dahulu barulah sampai
kepada khalayak. Oleh itu, teori ini dapat dikaitkan dengan kesan positif dan negatif yang
dibawa oleh media sememangnya akan di tapis oleh pemimpin terlebih dahulu barulah

sampai kepada khalayak. Oleh itu, dapatlah kita simpulkan bahawa kesan yang dibawa oleh
media adalah seimbang sama ada kesan positif mahupun negatif. Misalnya, kita dapat lihat
bahawa filem-filem yang mempunyai unsur lucah akan ditapis terlebih dahulu sebelum
ditayangkan kepada penonton atau khalayak.

5.0 RUMUSAN.
Kesimpulannya, media sememangnya mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam
kehidupan harian kita. Malah media juga dapat mendatangkan kesan yang positif mahupun
negatif. Hal ini demikian kerana setiap kebaikan pasti akan ada keburukannya.Namun, kesan
yang dibawa oleh media dapat diseimbangkan dan bergantung atas diri pengguna atau
khalayak sendiri dalam memilih untuk mendapatkan manfaatnya. Kecanggihan teknologi
pada masa kini juga berkembang dengan pantas seiring dengan perkembangan media dan
diharapkan dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
dalam menilai mesej yang baik atau buruk yang disalurkan oleh media.
Ibubapa seharusnya memainkan peranan dalam menentukan media yang sesuai untuk
anak-anak mereka mengikut kesediaan tahap umur dan kematangan bagi menilai kesan baik
dan buruk media yang disajikan. Bimbingan dan pemantauan ibubapa dalam memberi ruang
media yang sesuai diharap dapat memberikan kesan baik media di samping dapat menolak
gejala yang tidak sihat menular dengan cepat bagi mempengaruhi kanak-kanak.
Allah memberikan setiap manusia akal yang waras bagi membolehkan kita berfikir

dengan menilai mana yang baik atau yang buruk. Jika kita sentiasa berfikiran positif nescaya
pelbagai manfaat kita akan peroleh. Biarlah kita mengawal media jangan sampai media
mengawal diri kita yang boleh mendatangkan kesan buruk dalam kehidupan kita.

6

A 145358

ZETI FARZANA ALPIKRI

RUJUKAN

1. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2000&dt=0323&sec=Rencana&pg=ot_01.htm
2. http://io9.com/391538/the-ten-most-important-satellites-orbiting-earth-now

3. Rod Holmgren. William Norton. 1971. The mass media book. PrenticeHall,INC.,Englewood Cliffs, New Jersey.
4. Marshall McLuhan. 1962. The Gutenberg Galaxy: The Making of Typographic Man ).
University of Toronto Press.
5. Marshall McLuhan. 1964. Understanding Media: The extensions of man. McGraw
Hill.
6. Felipe Korzenny. Stella Ting-Toomey. Elizabeth Schiff. Mass Media Effects across
cultures. Sage Publications.

7