DEFINISI DAN konsep pengurusan pentadbir
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Pentadbiran dan pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu diberi
perhatian, kerana menurut kajian- kajian yang telah dijalankan di Malaysia,
pembolehubah pengurusan seperti kepimpianna gruru besar adalah pengaruh utama
dalam mennetukan kualiti pendidikan dan pencapaian akademik pelajar. Menurut Peter
F. Drucker, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama,
penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai
sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini disokong oleh
pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang
kepada matlamat organisasi.( Morphet et al, 1982). Dalam sesebuah organisasi
termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat
penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan
baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses
pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil
serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu
organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu
apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran. Griffiths(1959) , menyatakan
pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi
manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.
Drucker(1945) pula menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang
paling berharga. Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang,
mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan
sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Campbell
pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah
organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat.
Dalam konteks pentadbiran, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu
masyarakat. Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan
pentadbiran yang sihat. Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan
konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi dan
penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan
individu-individu menikmati kehidupan yang baik. Mengikut Knezevich
(1974),pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan
mengenal pasti, menyelenggarakan, merangsang, mengawal,dan menyatukan secara
formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material
kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan
Sementara itu Campbell,Bridges dan Nystrand (1977) pula berpendapat bahawa
pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagaibagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran. Jadi secara ringkasnya matlamat akhir yang dikehendaki dalam
pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan
pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan,
institute pendidikan guru dan juga universiti. Pentadbiran sekolah tidak boleh
dibezakan dengan bidang lain. Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalankan oleh
sesuatu organisai untuk memenuhi matlamat dan tujuan tertentu di samping
menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi. Dalam organisasi, konsep
pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti.
Definisi pengurusan lebih kurang sama dengan pentadbiran, iaitu proses mengarah,
mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan. Di Malaysia istilah
pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih menitikberatkan kepada
perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan. Walaubagaimanpun ramai bersetuju
pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya. Jadi secar ringkasnya saya dapat rumuskan,
perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah Pengendalian,
Matlamat, Kualiti atau mutu, dan juga keberkesanan apa yang telah dirancangkan. Tugas
Pentadbiran Sekolah Terdapat banyak pendapat yang menyenaraikan tugas pentadbiran
sekolah, tetapi hanya tiga yang di ambil iaitu :
1. L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 )
2. Clark (1977)
3. Kimbraugh & Nunnery (1976) L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 )
Menyenaraikan tugas-tugas pentadbiran sebagai‘POSDCORB’ . Akroni ini diwujudkan
dengan merangkumkan huruf-huruf pertama perkataan - perkataan :
planning {P}, organizing {O}, staffing {S}, directing {D}, coordinating {CO}, reporting {R},
dan budgeting {B}.
Penerangan lanjut adalah seperti berikut :
Merancang {planning}, iaitu menentukan perkara yang mesti dilakukan dan
cara melaksanakannya.
Mengelola {organizing}, iaitu membentuk satu struktur formal tentang pembahagian
kuasa dalam menyempurnakan tugas aktiviti yang telah dirancang.
Mengisi tenaga {staffing}, iaitu fungsi tentang tenaga pekerja seperti melantik baru
atau melatih pegawai yang sedia ada dan juga mengatur suasana tempat kerja yang
memuaskan.
Mengarah (directing),iaitu tugas membuat keputusan dan memberi arahan dan tunjuk
ajar kepada kakitangan.
Menyelaras (coordinating ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasa atau
bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian .
Melapor (reporting ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasan atas bawahan
melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian.
Merangkakan belanjawan (budgeting) iaitu mengendalikan urusan kewangan dari segi
peruntukan , perbelanjaan dan kawalan.
Clark (1977) Empat lagi tugas pentadbiran telah dikenal pasti , iaitu komunikasi ,
hubungan awam ,penilaian dan membuat keputusan. Clark juga telah merumuskan
fungsi pentadbiran bertumpu kepada :
1.
Menggubal dan menjelaskan falsafah , matlamat dan polisi organisasi
2. Membentuk struktur formal dan tidak formal dalam menggunakan sumber-sumber
manusia dan lain-lain dengan cekap , penyerahan autoriti dan perkongsian
tanggungjawab.
3.
Merancang untuk membuat jangkaan dan menyesuaikan perubahan-perubahan
dalam matlamat dan polisi .
4.
Mengekalkan komunikasi yang berkesan antara individu di dalam organisasi dan
juga di luar organisasi.
5.
Mengubal polisi yang meluas tentang prosedur dan kandungan program.
6.
Menyediakan polisi yang meluas tentang keperluan-keperluan personel
kecekapan standard kakitangan , polisi latihan , gaji dan lain-lain.
7.
Mendapatkan sumber-sumber kewangan dan menjelaskan polisi penggunaan dan
perbelanjaan wang.
8.
Menilai prestasi.
9.
Mewujudkan proses kawalan mutu kerja.
Proses pentadbiran berikut, iaitu merancang, membuat keputusan , komunikasi,
mengawal dan menilai berfungsi dalam satu pusingan yang di sebut pusingan tugastugas pentadbiran ( lihat rajah di bawah). Proses pentadbiran ini bermula dengan
merancang kemudian membuat keputusan serta memberitahu keputusan yang telah
diambil ,mengadakan proses kawalan untuk mencapai keputusan yang telah ditentukan
dan menilai kembali aktiviti- aktiviti .Pusingan ini dapat membantu pengetua
menjalankan fungsi pentadbiran sekolahnya. Kimbrough dan Nunery (1976) Beliau
telah menyenaraikan langkah bagi sesuatu petadbiran iaitu Merancang, Membuat
keputusan, Komunikasi, Mengawal dan juga Menilai . Secara amnya memang telah
terdapat penjelasan fungsi-fungsi pentadbir pendidikan , iaitu membuat keputusan
tentang apa yang hendak dilaksanakan , membentuk perancangan menurut matlamat
yang telah ditentukan , mengurus peruntukan sumber manusia dan kewangan ,
mengadakan faktor-faktor motivasi yang boleh mendorong kakitangan , mengadakan
kerja berkumpulan untuk meningkatkan semangat dan membuat penilaian antara
prestasi sebenar dengan prestasi yang diharapkan supaya kelemahan dan
penyelewangan dapat diatasi. Tugas Pengurusan Sekolah Secara umumnya pengurusan
pendidikan di sekolah disokong oleh struktur pentadbiran yang lengkap dan
mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap fungsi itu saling melengkapi
kepada fungsi yang lain (complimentary). Sesebuah pengurusan pendidikan yang cekap
dapat menggunakan semua sumber dengan berkesan. Pengurusan pendidikan
merupakan bidang yang amat istimewa kerana ia merupakan aspek yang sangat penting
dalam proses pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja dikaitkan dengan proses
pendidikan dan pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara langsung dengan ilmu
pengetahuan. Oleh kerana sifat ilmu itu berkembang, kemahiran pengurusan juga tidak
dapat mengelak dari berkembang sama. Pengurusan pendidikan juga dikaitkan dengan
kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan diukur dengan kualiti generasi baru yang
dihasilkan. Indikator kualiti itu berkait rapat dengan keupayaan Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan, sekolah dan bilik darjah yang akan melahirkan generasi
pelajar yang bukan sahaja berkemampuan untuk terlibatn dalam pasaran kerja (job
market), tetapi dalam masa yang sama generasi pelajar itu memiliki kualiti akhlak dan
diri yang cemerlang. Dalam konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah
Pendidikan Negara, peranan pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi
melahirkan generasi seimbang dan harmonis yang bukan sahaja memiliki keupayaan
intelek yang baik dan ketangkasan jasmani yang teruji, tetapi dalam masa yang sama
memiliki kekuatan dalaman yang berdaya tahan. Peranan Guru Besar Di antara peranan
dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah organisasi pendidikan ialah
memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang
terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR.
membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan
tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu
sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut.
memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan
sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan
yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat.
mempunyai peranan dan
tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita- cita dan kehendak falsafah dan
matlamat pendidikan sesebuah sekolah.
membimbing dan mendorong serta
meransang guru untuk bekerja dengan semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi
dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi. menjadikan sekolahnya sebagai
lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh
sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan.
Peranan Guru
Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik
murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman
mengajar bukan sahaja didapati dii bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan yang
menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion
perguruan berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya menguasai
pelbagai kemahiran iaitu: 1. Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi
pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran. 2. Kemahiran berfikir ke arah
mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap positif, kreatif dan inovatif. 3.
Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta
bersistematik. 4. Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah
mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.
5. Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogi
dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran. 6. Kemahiran
menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar dan
hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran. 7. Kemahiran membuat kajian
pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang peka terhadap perkembangan
penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan. 8. Kemahiran berkomunikasi
secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat penyayang, mempunyai nilainilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam satu pasukan. 9.
Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang
mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka
terhadap persekitaran luaran. 10. Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah
membentuk jiwa yang rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab
dalam menjalankan tugas. 11. Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke
arah memupuk imej kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah
satu aspek motivasi diri. 12. Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat
diperolehi di bilik-bilik kuliah atau di pusat-pusat sumber, tetapi melalui penglibatan
yang aktif dalam kelab atau persatuan dan juga aktiviti-aktiviti sosial. Prinsip-prinsip
Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan
kepada pekerja atau peringkat bawah.Pendekatan yang dikenali juga sebagai analisis
tugas ini diasaskan oleh Frederick Taylor(1856-1915).Penyumbang-penyumbang lain
ilaha Henry L Gantt dan Frank Gilberth. Pendekatan ini timbul disebabkan oleh masalah
dalam revolusi industry pada tahun 1900. Tujuan utama kajiannya ialah menilai prestasi
pekerja dan meningkat profesionalisme dalam pengurusan. Dengan kejayaan
pendekatan tersebut beliau digelar sebagai bapa pengurusan SAINTIFIK. Beliau yang
berasala dari Amerika Syarikat mempunyai banyak pengalaman bekerja di kilang besi
waja iaitu di Midvale Steel Company.Bermula dari buruh sehingga menjadi seorang
jurutera. Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah: 1. Produktiviti
boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan 2. Memilih pekerja paling sesuai sebab
ada yang layak dan tidak. 3. Gaji seimbang dengan kerja 4. Perlu memotivasikan pekerja.
5. Masa yang standard bagi semua pekerja. 6. Tugas perancangan harus dipisah denagan
pengeluaran. 7. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja. 8. Pengurus
dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan. 9. Pengurus harus mengambil alih
tugas merancang daripada pekerja.
Prinsip-prinsip am untuk menguruskan
sekolah secara berkesan adalah dengan amalan demokrasi yang merupakan
pertimbangan penting bagi pentadbir sekolah untuk mengurus guru secara individu dan
kolektif.Masalah manusia yang dianggap kecilselalunya memerlukan perhatian dan
pertimbangan yang luas. Pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk memudahkana
interaksi antara kakitangan dan perlu mengamalkan kepipmpinan ciri-ciri kepimpinan
demokratik.Semua individu yang terlibat dalam sebarang keputusan hendaklah
diberikan kesempatan untuk menentukan corak tindakan yang perlu dilaksanakan.
TOTAL QUALITY MANAGEMENT Definasi Kualiti
Sebelum kita memahami apakah
itu TQM, kita per/u memahami maksud kualiti terlebih dahulu kerana ia merupakan
asas kepada konsep dan falsafah pengurusan ini. Terdapat pelbagai definisi yang telah
diberikan oleh guru-guru kualiti, daripada negara Amerika Syarikat dan Jepun, seperti
Deming, Crosby, Garvin, Juran, Imai,daN Kanji. Menurut, Deming (tt): tahap kepiawaian
dan kebergantungan terhadap kos yang rendah untuk disesuaikan bagi tujuan pasaran.
Crosby (1979): menepati kehendak pelanggan (conformance to requirements) tetapi
pada tahun 1992, beliau mentafsir kualiti sebagai apa yang telah dipersetujui oleh
semua individu. David Garvin (1988): ciri-ciri yang dinyatakan seperti bagus,
berdasarkan produk, pengguna, pengeluaran atau nilai. Menurut Garvin lagi, ciri-ciri
kualiti boleh dikenalpasti daripada lapan dimensi iaitu: kebolehpercayaan (reliability),
penepatan (conformance), ketahanan (durability), keupayaan perkhidmatan
(serviceability), estetik, persembahan, ciri-dri asas produk atau perkhidmatan dan
kualiti yang dijangka (perceived quality). Imai (1986): apa-apa sahaja yang boleh
diperbaiki. Juran (1988): kesesuaian dalam penggunaan (fitness for use).Kanji (1998):
satu konsep yang relatif di mana orang yang berbeza mempunyai tanggapan yang
berlainan.
Secara ringkasnya, setiap definisi yang diberikan oleh guru kualiti yang
berbeza memberi takrifan kualiti yang berbeza tetapi pacta asasnya, ia memfokuskan
kepada memenuhi kehendak pelanggan. Ini bermakna, kualiti boleh ditakrifkan dalarn
pelbagai ciri bergantung kepada kehendak-kehendak pelanggan yang berbeza terhadap
produk atau perkhidmatan yang mereka ingini. Sekiranya syarikat dapat memenuhi
kehendak mereka dan memastikan kualiti dipertingkatkan, hasilnya ialah kepuasan dan
kesetiaan pelanggan yang tidak berbelah bagi. Definisi TQM
Menurut Kanji (1998),
TQM merupakan satu cara hidup bagi sebuah organisasi yang komited kepacta
kepuasan pelanggan dan usaha ini dilakukan melalui proses peningkatan berterusan. Ia
merupakan satu budaya korporat yang bercirikan peningkatan ke atas kepuasan
pelanggan melalui penekanan terhadap aktiviti-aktiviti peningkatan berterusan di mana
kesemua pekerja dalarn syarikat tersebut menyertai aktiviti-aktiviti tersebut dengan
aktif. Pada masa yang sarna, terdapat takrifan yang berbeza mengenai TQM tetapi pada
dasarnya, terdapat beberapa persefahaman seperti TQM merupakan satu budaya
dalam sesebuah organisasi di mana ia menekankan kepada penglibatan menyeluruh,
memfokus kepada pelanggan, penggunaan alat saintifik dan aktivitiaktiviti peningkatan
berterusan dan inovasi. Bagaimana TQM Mula DikenaIpasti
Pengasas kepada
konsep TQM ialah W. Edwards Deming (1900-1993), seorang jurutera rakyat Amerika
Syarikat. Pada Peringkat awal, idea-idea beliau tidak dihiraukan oleh kebanyakan
syarikat pengeluaran Amerika tetapi dalam tahun 1950, beliau telah dijemput ke Jepun
untuk memberi beberapa siri syarahan mengenai aplikasi statistik terhadap prosesproses pengeluaran. Sejak itu, tercoraklah sejarah dunia di mana negara Jepun telah
menyedari adanya potensi TQM ini dalam membantu pembangunan negara mereka
yang telah dimusnahkan dengan teruk dalam peperangan Dunia Kedua. Hasilnya, pada
akhir tahun 1980an, Jepun yang dahulunya merupakan sebuah negara yang tidak
mempunyai sumber asli dan tanah yang mencukupi untuk pertanian telah menjadi
sebuah negara industri ke dua terbesar di dunia dengan kelebihan dagangan sebanyak
$50 billion dan ke tiga tertinggi daripada segi pendapatan kasar per kapita di dunia.
Negara Amerika Syarikat mula menyedari kesilapannya apabila ia telah kehilangan
pasaran kepada negara Jepun terutamanya dalam pengeluaran kereta. Ia juga telah
kehilangan peranannya sebagai pembekal dunia. Kesan yang paling buruk ialah pusat
kewangan dunia yang dahulunya berpusat di bandar New York telah berpindah ke
bandar Tokyo. Revolusi ini terjadi kerana negara Amerika Syarikat terlalu menekankan
kuantiti, tidak kepada kualiti. Sebaliknya, syarikat-syarikat Jepun pula adalah lebih
inovatif, kos efektif dan berupaya untuk memenuhi kehendak pelanggan. Bayaran untuk
tenaga buruhnya pula adalah lebih murah sedangkan tenaga kerja buruh negara
Amerika Syarikat adalah lebih mahal dan kurang mahir berbanding dengan negaranegara lain. Faedah-faedah TQM
Terdapat banyak faedah yang dapat diperolehi
daripada pelaksanaan TQM seperti pengurangan dalam kerja semula; kesilapan;
penangguhan; kos; pusing ganti 70 Pengurusan Kualiti Menyeluruh: Satu Perbandingan
pekerja dan jualan, peningkatan dalam kadar kepuasan pelanggan dalaman dan luaran;
keuntungan dan kecekapan, penggunaan mesin dan bahan mentah yang lebih baik,
kualiti produk yang lebih baik pada harga yang lebih rendah, syarikat dapat
mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan hasilnya, ia dapat menawarkan lebih
banyak pekerjaan. Selain daripada itu, terdapat faedah-faedah tidak boleh nampak
(intangible) seperti peningkatan imej syarikat, kemahiran berkomunikasi, pengetahuan
mengenai pekerjaan dan produk, hubungan pelanggan dan pembekal, pengurusan data
serta kemahiran pengurusan proaktif. Faedahnya pula pada sekolah adalah tahap
peningkatan pencapaian sekolah dapat dicapai kerana pengelibatan guru, pihak
pentadbir, ibubapa dan juga pelajar dapat disatukan bagi mencapain matlamat yang
diinginkan, semua mendapat kepuasan masing- masing dan dapat bekerja dalam situasi
yang selesa dan sihat. Pentadbir dengan tugasnya sebagai pentadbir, guru menjalankan
amanah dengan pebuh integrity, pelajar dapat belajar dengan baik dan ibubapa
berpuashati dengan ape yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Jadi dengan ini ianya
dipanggil “win- win situation” iaitu masing masing mendapat hak masing- masing tapi
mereka tidak alpa akan tanggungjawab yang telah diamalkan. Prinsip-prinsip TQM
Guru-guru TQM baik dari Amerika Syarikat mahupun Jepun telah memberi asas kepada
konsep dan falsafah TQM ini. Setiap guru mempunyai idea yang berbeza mengenai
kualiti dan TQM yang boleh disintesis dan diintegrasikan bagi kegunaan organisasi.
Secara keseluruhannya, terdapat dua prinsip penting dalam TQM iaitu penyertaan
menyeluruh dan peningkatan berterusan. Prinsip Pertama: Penyertaan Menyeluruh
(Total Involvement)
TQM menekankan kepada penyertaan kesemua individu yang
terdapat dalam sesebuah organisasi sebagai satu langkah untuk mencapai kualiti yang
dikehendaki. Jika disekolah pihak yang terlibat adalah pihak pengurusan, guru, ibubapa
dan juga murid. Kumpulan Pertama: Pihak Pengurusan
Disekolah pihak
pengurusan adalah terdiri daripada pihak pentadbir iaitu guru besar, pengetua,
penolong kanan 1, penolong kanan HEM, penolongn kanan KO dan juga ada sesetengah
sekolah mempunyai penolong kanan pendidikan khas. Tugas mereka adalah merancang
dan memastiksn bagaimana untuk mengerakkan semua isi sekolah untuk mencapai
objektif atau tujuan yang telah dirancangkan, jadi mereka akan memikirkan jalan yang
sesuai, belanjawan, aktiviti, dan sebagainya untuk mencapai matlamat tersebut. Masingmasing mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam memastikan matlamat tercapai,
selain itu mereka juga perlu memikirkan bagaimana untuk menarik hati guru- guru lain
untuk turut sama bekerja sama, ada yang menawarkan bentuk ganjaran, anugerah guru
cemerlang dan sebagainya. Ia secara tidak lansung membangkitkan mood kerja yang
lebih bagus dalam melaksanakan pekerjaan yang diamanahkan. Pihak pengurusan juga
perlu memastikan guru-guru mereka setia kepada sekolah kerana mengikut konsep
TQM, keanggotaan yang setia akan menghasilkan pelanggan (pelajar dan ibubapa) yang
setia. Mereka juga perlu mendedahkan pekerja kepada rnisi, visi organisasi, nilai,
objektif dan polisi kualiti, kaedah atau teknik -teknik TQM dan Kumpulan kedua : Guru
Guru mempunyai kedudukan yang terbaik untuk meningkatkan kualiti,
mengurangkan permasalahan dan juga ancaman. Guru merupakan kunci kepada
peningkatan berterusan kerana semua guru mempunyai idea yang berharga yang boleh
dikongsi bersama kerana mereka terdedah secara langsung kepada prosedur-prosedur
dan proses-proses kerja. Oleh itu, mereka lebih mengetahui bagaimana untuk
menangani masalah pelajar dan pada masa yang sarna cuba untuk meningkatkan kualiti
kerja mereka juga. Sebagai seorang guru yang baik, mereka sangat peka dengan maslah
yang berlaku keatas murid mereka, jadi jika masalah dapat ditangani maka sekolah
tidak mempunyai masalah untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Guru yang
kompeten merupakan aset sekolah yang perlu dibangunkan dan mereka bukanlah
komoditi yang digunakan. Guru akan menjadi lebih bertanggungjawab dalam
pekerjaannya mendidik pelajar sekiranya mereka dilatih, diberikan kepercayaan dan
autoriti yang sepatutnya. Kumpulan Ketiga: Pelajar
Kemampuan seorang
pelajar dalam memastikan keberjayaan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada
kecekapan system pengurusan dan cara seseorang guru itu mengajar. Jika guru
mengajar dengan baik maka prestasi pelajar akan meningkat dan sekaligus mencapai
matlamat sekolah untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang. Selain belajar, pelajar
juga harus diterapkan dengan pelbagai ilmu sampingan seperti kepimpinan, ko
kurikulum, dan pelbagai lagi bagi melahirkan modal insan yang sempurna. Ini bermakna
pelajar juga memainkan peranan yang penting dalam TQM di sekolah. Jika hanya guru
dan pihak pentadbiran sahaja yang cemerlang tetapi pelajarnya tunggang langgang
maka matlamat yang ingin dicapai tidak akan berjaya. Kumpulan Keempat: Ibubapa
Ibubapa merupakan penilai utama untuk pengurusan sekolah. Ibubapa yang
prihatin terhadap persekitaran sekolah anaknya akan sentiasa memantau iklim sekolah
tempat anak mereka belajar, mereka akan selalu bertanyakan kepada guru kelas atau
pihak pengurusan tentang perjalanan pembelajaran anak- anak mereka. Jika ibubapa
prihatin seperti ini akan menghasilakan persekitaran sekolah yang lebih baik kerana
mereka akan bersama- sama sedaya upaya untuk memastikan kecemerlangan anak
mereka. Ibubapa yang prihatin ini kebiasaannya akan menyokong semua aktiviti sekolah
dan akan memberikan sokongan moral yang kuat dalam apa sahaja program yang
sekolah jalankan. Persatuan ibiubapa dan guru (PIBG) juga akan menjadi hebat kerana
ibubapa akan berkerja sama untuk memastikan kecemerlangan sekolah berada di tahap
yang paling bagus. Jadi pihak pentadbiran haruslah bijak mengatur strategi bagi
mendapatkan pengelibatan penuh warga ibubapa ini. jika ibubapa dapat bekerjasama
dengan baik dengan pihak sekoloah nescaya apa yang di impikan pasti akan menjadi
kenyataan oleh pihak sekolah. Prinsip Kedua: Peningkatan Berterusan (Continuous
Improvement)
Peningkatan berterusan hanya dapat dicapai sekiranya organisasi
sekolah mengarnbil usaha untuk mempertingkatkan proses dan operasi sekolah dengan
penggunaan inovasi bersertakan pembuangan aktiviti -aktiviti yang tidak
mendatangkan manafaat (non-value added). Ini dapat dilakukan melalui beberapa
aktiviti, contohnya peningkatan proses, pihak pengurusan boleh mencuba mengadakan
sesuatu proses atau perubahan yang baru dalam sekolah dengan persetujuan semua
anggota contohnya mengadakan program keluarga angkat dimana setiap warga sekolah
mempunyai keluarga angkat masing- masing yang mana keluarganya terdiri daripada
semua warga sekolah, baik pelajar, guru, kakitangan am, dan juga kakitangan sokong.
Ini bermakna semua warga sekolah tidak akan terlepas dari program ini, masingmasing mempunyai tangunggjawab untuk menjaga, membimbing, bertanyakan masalah
dan pelbagai lagi, ini mungkin akan menyusahkan pihak pengurusan sekolah tapi
kesannya pada warga sekolah cukup besar. Contoh kedua ialah guru menyambut
kedatangan murid ke sekolah pada waktu pagi dan juga balik sekolah, kesannya sangat
besar dimana jika ada ibubapa yang melihat perkara ini dengan serius akan
berpendapat bahawa guru sekolah tempat anak mereka belajar begitu prihatin dan
sangat menyayangi anak mereka sehingga sanggup tunggu dipagar sekolah dan sanggup
menghantar anaknya pulang dari sekolah, selain itu juga keselamatan pelajar juga
terjamin.ibubapa akan berasa lega melepaskan anaknya datang ke sekolah kerana tahu
guru- guru ini amat menyayangi anak mereka.
Selain itu juga untuk peningkatan
TQM yang berterusan aktiviti yang boleh juga diadakan ialah mewujudkan kumpulan
kualiti (QCC) dimana telah dilantik satu pasukan yang diamanahkan untuk sentiasa
menjaga kualiti sekolah contohnya ada skuad yang menjaga bahagian kualiti barangbarang milik sekolah, kualiti program- program sekolah yang telah dijalankan, dan
bermacam lagi. Ini bertujuan untuk emnjaga kualiti sekolah, contohnya jika ada pelawat
atau nazir datang ke sekolah semua bang yang hendak dilihat telah disediakan cotohnya
jika nazir ingin melihat asset sekolah maka guru yang ditugaskan untuk menjaga kualiti
asset sekolah akan kehadapan untuk menerangkan secara lebih lanjut tentang asset
sekolah, jika ianya berjaya ini bermakna guru tersebut begitu cakna akan apa yang
diamanahkan kepadanya, dan ini menunjukkan bahawa kualiti sekolah sentiasa dijaga
dan dipertingkatkan. Seterusnya sistem cadangan, setiap guru haruslah
menyumbangkan cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti sekolah, semua isi sekolah
ada hak untuk menyuarakan d\cadangan mereka dalam memastikan apa yang ingin
dicapai menjadi reality. Mungkin ada daripada cadangan- cadangan tersebut boleh
diambil guana untuk meningkatkan lagi perstasi sekolah.
Anugerah dan
penghargaan juga dapat meningkatkan kualiti secara berterusan, sekarang abnayk
anugerah dan penghargaan telah dibuat bagi menaikan lagi semangat guru- guru untuk
lebih bersemangat melakukan kerja, antaranya anugerah pengkhidmatan cemerlang,
guru cemerlang dan sebagainya. Ini secara tidak lansung dapat melahirkan iklim
persaingan yang bagus dalam mencapai anugerah yang telah dibuat, peningkatan kualiti
juga bertambah kerana semua guru akan berebut- rebut untuk jadi cemerlang dan ini
akan menguntungkan pelajar dimana mereka akan mendapat sesuatu yang terbaik dari
gurunya. Sekolah juga akan menerima pelbagai anugerah yang telah dibuat seperti
sekolah amanah, sekolah cemerlang, sekolah klauster, sekolah berprestasi tinggi dan
sebagainya. Sesungguhnya semua anugerah ini sememangnya menjadi sasaran oleh
pihak pentadbir dan juga juga anggota dalam sekolah kerana ia akan menaikkan status
sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang disegani berbanding sekolah- sekolah lain.
Penanda aras juga boleh dijalankan bagi memastikan adakah sekolah tersebut mencapai
piawaian yang diperlukan oleh pihak kementerian, selain itu juga sekolah tersebut akan
dilawati oleh sekolah- sekolah lain bagi tujuan melihat sejauh mana sesuatu benda yang
dihasilkan oleh sekolah boleh dijadikan sebagai satu contoh atau mengikut lankah
keberjayaan sekolaha tersebut.
Jadi secara kesimpulannya pihak pengurusan yang
baik dan cekap akan menghasilkan keanggotaan yang setia untuk bersama –sama untuk
menjaga kualiti sekolah dan juga sama- sama mencapai matlamat yang diinginkan dan
berjaya memuaskan hati semua pelanggan yang sentiasa inginkan sesuatu yang terbaik
dari sesebuah institusi,