ISLAM SUKAN DAN AURAT docx
ISLAM, SUKAN DAN AURAT
Maksud bersukan
Bersukan adalah suatu aktiviti yang amat digalakkan dalam Islam kerana dengan
bersukan kesihatan dan kecergasan tubuh badan dapat dikekalkan sekaligus
menjauhkan diri daripada sebarang penyakit.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak akan dijangkiti penyakit bagi orang yang sihat.
Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas, dapat dirumuskan bahawa Islam amat
mementingkan penjagaan kesihatan jasmani kerana ia merupakan elemen penting
dalam melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera seterusnya dapat menyumbang
kepada agama, bangsa dan Negara.
Pakaian sukan
Pakaian sukan yang dipakai hendaklah menutup memenuhi etika berpakaian yang
ditetapkan oleh syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan sukan
yang diceburi. Contohnya, seperti yang berikut:
a) Lelaki: t-shirt dan berseluar panjang atau seluar yang melepasi paras lutut.
b) Perempuan: t-shirt lengan panjang, berseluar panjang dan menutup rambut serta
leher dan juga pakaiannya mestilah longgar dan tidak menampakkan susuk
badan.
Aurat
Bahagian tubuh yang tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup ( menurut hokum Islam ).
Aurat bagi lelaki ialah antara pusat dan lutut. Manakala, aurat bagi perempuan ialah
seluruh anggota badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Begitu juga dengan aurat
antara wanita Islam dengan wanita bukan Islam iaitu seluruh anggota badan kecuali
muka dan dua tapak tangan.
Islam merupakan agama yang syumul iaitu sempurna, langsung menitikberatkan
soal duniawi dan ukhrawi. Segala yang dilakukan dikira ibadah sekiranya diniatkan
kerana Allah. Justeru, untuk melakukan ibadah yang sempurna, kita memerlukan
kesihatan yang mantap samada dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Maka perlulah kita melakukan aktiviti sukan dan riadah untuk mencapai ibadah
yang sempurna. Terdapat pelbagai bentuk aktiviti yang boleh dijalankan, antaranya
adalah seperti bersenam, berbasikal , berenang dan sebagainya.
Adakah anda tahu bahawa Islam menganjurkan umatnya untuk sihat dan kuat?
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi
dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu
menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu
tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. “
[Al-Anfal 8:60]
Namun begitu, aurat perlulah dijaga dan ditutup rapi seiring dengan kehendak
syara’ ketika sedang beraktiviti baik lelaki mahupun wanita. Merupakan satu kesilapan
apabila masyarakat menganggap dengan memakai pakaian yang menutup aurat
mempersulit pergerakan ketika beriadah dan bersukan! Alasan panas, susah bergerak
dan tiada pilihan boleh dikatakan alasan lapuk yang dicanang oleh musuh-musuh Islam
untuk diserapkan ke dalam minda umat Islam. Sedangkan menutup aurat adalah wajib
bagi semua umat islam.
Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai
penyertaannya di dalam aktiviti sukan dan riadah adalah menjaga aurat dengan
sempurna. Aurat bagi seorang wanita Islam adalah seluruh anggota badan kecuali
muka dan pergelangan tangan.
Dr. Ali Muhyy Ed-Deen Al-Qara Daaghi, Ketua di Jabatan Usul al Fiqh, Fakulti Syariah,
Universiti Qatar menambah:
“Tidak dapat disangkal bahawa agama Islam tidak pernah menghalang kaum wanita
melibatkan diri mereka di dalam sukan.”
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira. Syarat-syarat
tersebut adalah:
1) Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum
lelaki.
2) Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka.
3)Wanita dilarang bergaul dengan kaum lelaki sehingga melanggar batas-batas
pergaulan.
Contoh pemakaian sukan bagi wanita.
Manakala aurat bagi seorang lelaki Islam pula adalah daripada pusat hingga ke
lutut. Selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka tidaklah
menjadi suatu kesalahan atau halangan bagi wanita mahupun lelaki melibatkan diri
mereka di dalam aktiviti sukan dan riadah.
Contoh pakaian sukan yang bersesuaian untuk lelaki
Tidak Ada Keringanan Untuk Mendedahkan Aurat Ketika Bersukan.
Aurat merupakan satu mahkota kehormatan tidak kira bagi perempuan mahupun
lelaki. Dari itu ia wajib dijaga bukan sahaja ketika mengerjakan sembahyang, bahkan ia
wajib dijaga pada sepanjang masa hatta dalam rumah sekalipun.
Menjaga aurat itu sangat tinggi nilainya, sehinggakan apabila seseorang itu
menutup aurat dengan sempurna, identitinya sebagai seorang Islam akan terserlah dan
akan dipandang dengan penuh rasa mulia dan hormat.
Sebagai contoh, jika kita terlihat seorang perempuan yang menutup auratnya
dengan sempurna misalnya, maka perkara paling awal yang akan terdetik dalam hati
kita ialah perempuan tersebut adalah seorang yang berugama Islam dan dia adalah
seorang muslimah yang baik.
Hendaklah diingat bahawa tidak ada kelonggaran untuk membuka aurat ketika
bersukan. Alasan-alasan seperti panas, rimas, sukar membuat pergerakan dan
sebagainya jika menutup aurat ketika bersukan tidak sekali-kali diterima oleh syara‘.
Abu Sa‘ed al-Khudri Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah
bersabda:
Maksudnya : “Janganlah seorang lelaki memandang akan aurat seorang lelaki (yang
lain) dan janganlah seorang perempuan (memandang) akan aurat seorang perempuan
(yang lain).”
(Hadits riwayat Imam Muslim)
Daripada Mu‘awiyah bin Haidah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: “Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba-hamba perempuan
yang engkau miliki.” (Hadits riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Contoh Isu-isu Sekitar Permasalahan Aurat dalam Kalangan Atlet
Beberapa isu atau permasalahan timbul berkaitan konsep aurat dalam kalangan atlet.
Antaranya:
Isu 1: Pemakaian Atlet Gimnastik Artistik Malaysia, Farah Ann Abdul Hadi.
Isu berkaitan atlet gimnastik artistik Negara, Farah Ann Abdul Hadi bermula apabila
sebuah stesen televisyen swasta tempatan memuat naik gambar yang dikatakan
menjolok mata di laman Faceook rasmi milik mereka, selepas beliau memenangi pingat
emas ketiga skuad gimnastik melalui kategori rutin lantai di kejohanan Sukan SEA 2015
yang bertempat di Singapura.
Isu ini menjadi hangat kerana mendapat respon dan kritikan daripada pengguna laman
sosial, dan tidak terkecuali maklum balas daripada beberapa tokoh tempatan.
Isu 2: Pemakaian Atlet Pasukan Bola Keranjang Wanita Qatar.
Isu berkenaan pasukan bola keranjang wanita dari negara Qatar bermula apabila
Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) melarang pemakaian hijab dalam
sukan tersebut.
Akhirnya, pasukan bola keranjang wanita Qatar menarik diri daripada kejohanan di
Sukan Asia tersebut pada saat-saat terakhir gara-gara peraturan yang melarang
mereka memakai hijab ketika beraksi di gelanggang.
Hal ini mendapat respon hebat daripada Majlis Olimpik Asia yang merasakan ianya suatu
yang tidak masuk akal kerana hijab sudah diterima dalam acara sukan yang lain seperti
bola sepak, bola tampar, olahraga dan acara padang.
Cara penyelesaian dalam menangani permasalahan aurat dalam golongan atlet.
1) Penguatkuasaan Etika Pemakaian Atlet Muslim.
2) Pengasingan Tempat Acara Wanita dan Lelaki.
3) Pengkhususan Acara untuk Muslim dan Non-Muslim.
KESIMPULAN
Islam hadir dengan beberapa peraturan dan garis-garis panduan tertentu bagi
menghalang manusia bertindak sembarangan hingga membawa padah kepada diri
sendiri. Antara peraturan dan garis panduan yang dijalankan oleh Islam adalah
kewajipan memelihara aurat dalam segala hal termasuk ketika bersukan. Maka ianya
mesti dipatuhi oleh setiap muslim tanpa sebarang alasan kerana di antara hikmah
kewajipan menutup aurat ini disyariatkan adalah bagi memelihara kehormatan diri.
Sebagai seorang muslim yang dipertanggungjawabkan untuk menggalas
amanah negara, atlet-atlet sukan negara juga perlu bertanggungjawab kepada agama
dengan mentaati syariat Allah s.w.t. Bersukan tidak boleh dijadikan alasan untuk
sengaja mendedahkan aurat di hadapan khalayak ramai.