Hubungan Antara Kepimpinan Transformasio. pdf

Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi 2013

130
Kepimpinan Transformasional Pengetua dengan
Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan di Sekolah
Norazlinda Saad & Surendran Sankaran
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara galakan pengetua dan penglibatan guru
dalam membuat keputusan. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan.
Populasi kajian ini adalah guru-guru SMK Berpencapaian Tinggi di Negeri Kedah dan seramai 480
orang guru dipilih sebagai sampel dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Satu set soal
selidik yang diadaptasikan dari kajian-kajian lepas telah digunakan sebagai instrumen untuk mengutip
data. Analisis kajian sebenar menunjukkan instrumen kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan
yang tinggi iaitu α=0.94. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan
korelasi pearson. Dapatan menunjukkan tahap penglibatan guru dalam membuat keputusan di
sekolah berpencapaian tinggi berada pada tahap rendah, manakala tahap galakan pengetua adalah
tinggi. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signiikan antara galakan pengetua
dengan penglibatan guru dalam membuat keputusan. Dapatan ini menggambarkan bahawa guruguru di sekolah berpencapaian tinggi menunjukkan penglibatan yang tinggi dalam dimensi membuat
keputusan apabila terdapat pengaruh daripada galakan pengetua dalam membuat keputusan.Oleh
itu, guru-guru perlu diberi peluang yang seimbang dalam proses membuat keputusan. Peluang tidak
seharusnya dibatasi dengan kriteria-kriteria tertentu.Hal ini adalah bagi memastikan keputusan

tersebut dapat diterima dan dilaksanakan oleh setiap warga sekolah dengan lebih efektif.
Kata kunci: Galakan Pengetua, Penglibatan Guru, Pembuatan Keputusan
ABSTRACT
his studyaimstoidentify therelationshipbetween theencouragement by Principals and theteacher
involvement in decision making. This is a descriptive study by way of a survey research.
hepopulationinvolved are the teachers in high achieving SMKs in Kedah and 480teacherswas chosen
randomly. he questionnaires were adapted from other resources was used to collect data. he analysis
done subsequently showed that the items in the study have a reliability coeicient of 0.94. he data was
analyzed using descriptive statistics and correlation testing.he study showed that while the role of
teachers in decision making is at a low level, the encouragement by Principals is at a high level. he study
also shows that the variable encouragement by Principals has a signiicant relationship with of teachers
involved in decision making. On the whole the study showed that teachers needed be given ample
opportunities in the decision making process so as to raise their commitments. hey should also not be
burdened with other criteria. hisistoensurethatdecisionscan be acceptedandimplementedbyeachschool
communityefectively.
Key terms: the Encouragements of Principals, Involvement of Teachers, Decision-making

1406

Jilid III | Sains Sosial dan Kemanusiaan


PENGENALAN
Kajian tentang membuat keputusan secara kolaboratif (consensus, shared, group, participative,
collaborative, collective, team decision making) telah bermula sejak 1948 (Conway, 1976) dan telah
berjaya meningkatkan produktiviti organisasi (Hoy & Miskel, 2001). Dalam hal ini, penglibatan
pemimpin bersama subordinat dikatakan amat kritikal (Hoy & Miskel, 2001).
Pengetua adalah pemimpin formal kepada organisasi sekolah. Namun demikian, pada
hakikatnya dalam mencapai matlamat sesebuah sekolah, kepimpinan sekolah bukanlah digalas
oleh pengetua sahaja tetapi turut melibatkan guru-guru yang berkhidmat di sekolah berkenaan
(Peretomode, 2007). Hal ini adalah kerana sebagai sebuah organisasi yang berkesan, sekolah
memerlukan penglibatan yang berterusan daripada guru-guru untuk membuat keputusan
berkenaan dengan sekolah dan bilik darjah.

Penyataan Masalah
Proses membuat keputusan oleh guru seringkali dikaitkan dengan corak kepimpinan pengetua
sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin sekolah, corak tindakan yang diambil oleh guru-guru
serta proses dan prosedur yang ditetapkan (Nooraini Kamaruddin, 1998). Tuntasnya, proses
membuat keputusan di sekolah dikatakan mempunyai hubung kait dengan penglibatan guruguru (Duke, Shower & Imber, 1980; Nooraini Kamaruddin, 1998; Rice & Schneider, 1994; Hoyle,
2003); dan kesediaan guru-guru itu sendiri untuk terlibat dalam proses membuat keputusan (Rice
& Schneider, 1994; Nooraini Kamaruddin, 1998; Hoyle, 2003; Ahmad Zabidi, 2005).

Namun demikian, dalam konteks pengurusan sekolah, amalan penglibatan guru dalam
membuat keputusan secara kolaboratif amat terbatas (Rice & Schneider, 1994; Nooraini
Kamaruddin, 1998; Hoyle, 2003; Greenlee & Bruner, 2005; Asefa Abahumna, 2010). Hal ini adalah
kerana tugas dan tanggungjawab guru-guru seolah-olah dibatasi dalam ruang pengajaran dan
pembelajaran dan bilik darjah sahaja. Kajian yang dilakukan oleh Teng Lung Kiu (2006) terhadap
376 guru dari 18 buah sekolah menengah di Kuching dan Samarahan, Sarawak mendapati tahap
penglibatan guru dalam membuat keputusan adalah sederhana. Dapatan ini disokong dengan
kajian oleh Mohd Anuar Abdul Rahman, Azizi Yahaya dan Hamdan Zainal Afuad (2004) yang
mendapati pengurus pertengahan menunjukkan tahap penglibatan yang sederhana dalam
membuat keputusan. Mereka hanya dilibatkan dalam hal-hal yang berkaitan dengan murid sahaja.
Habib Mat Som dan Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud (2008) mendapati guru-guru
tidak diberi peluang untuk menyumbang idea dalam membuat sesuatu keputusan. Dalam hal
ini, pengetua sepatutnya dapat membimbing guru-guru agar patuh kepada peraturan kurikulum.
Namun begitu, pengetua tidak mampu mengendalikan pengurusan kurikulum seorang diri di
sekolah. Pengetua memerlukan orang lain untuk membantunya merancang, mengendalikan,
menyelia, menilai pelaksanaan dan keberkesanan segala aktiviti yang dilakukan oleh panitia
(Norhayati Azmi, 2006). Justeru, sokongan yang penuh daripada pihak pengurusan amat
diperlukan.
Dapat dirumuskan bahawa penglibatan guru dalam membuat keputusan dapat memberi
sumbangan terhadap peranan dan kepentingan guru di sekolah. Justeru, satu kajian yang

bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara galakan pengetua dengan penglibatan guru
dalam membuat keputusan pengurusan kurikulum adalah diperlukan di sekolah berpencapaian
tinggi.

1407

Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi 2013

Objektif Kajian
1. mengenal pasti tahap galakan pengetua dan tahap penglibatan guru dalam membuat
keputusan.
2. mengkajihubungan antara galakan pengetua dengan penglibatan guru dalam membuat
keputusan.

TINJAUAN LITERATUR
Kepimpinan Transformasional dan Galakan Pengetua dalam Membuat Keputusan
Kepimpinan transformasional menekankan kepada konsep kerja sepasukan, mewujudkan
iklim kerja yang kondusif serta menggalakkan penglibatan subordinat dalam proses membuat
keputusan bagi kebaikan organisasi dan mengamalkancara baru dalam memimpin organisasi
(Burns, 1978). Nursuhaila (2007) menjelaskan bahawa kepimpinan transformasi memusatkan

tumpuan kepada membina matlamat yang dikongsi bersama, meningkatkan komunikasi serta
membuat keputusan secara kolaboratif. Hoy dan Miskel (2005) berpendapat pemimpin sekolah
perlu mengimplementasikan model kepimpinan transformasional di sekolah.Pendapat ini
disokong oleh Marks dan Printy (2003) yang mengkaji kolaborasi antara kepimpinan pengajaran
dan kepimpinan transformasional yang dilaksanakan di sekolah. Mereka mendapati amalan
kepimpinan transformasional membantu dalam meningkatkan kualiti pedagogi dan prestasi
pelajar di sekolah.
Lokman Mohd Tahir dan M. Al-Muzammil Yassin (2008) dan Eisenberger, Huntington,
Hutchison dan Sowa (1986) menyatakan sokongan organisasi sebagai kepercayaan seseorang
dari segi sumbangan dan kebajikan yang diharapkan atau diterima daripada majikan atau
organisasinya. Dalam kajian ini, galakan pengetua bermaksud pengetua menyatakan kesediaan
dan sokongan serta mempunyai interaksi dengan guru untuk melibatkan mereka ketika membuat
keputusan.
Sergiovanni (2001) mendapati pemimpin yang bersikap menyokong akan menjalin
hubungan yang baik dengan subordinat. Pemimpin perlu mempunyai kemahiran membimbing
urus perbincangan supaya saluran idea tetap ada dan tidak menimbulkan konlik. Kemahiran
pemimpin sekolah membimbing hala tuju dan gaya perbincangan akan mempengaruhi semangat
dan komitmen guru terhadap penglibatan dalam membuat keputusan secara kolaboratif.Kajian
oleh Hoy dan Miskel (2001) turut mendapati peluang untuk berkongsi dalam pembentukan
dasar atau polisi adalah faktor yang penting dalam menaikkan semangat guru dan kecintaan

mereka terhadap sekolah. Penglibatan guru dalam proses pembuatan keputusan adalah berkait
secara positif terhadap kepuasan kerja guru. Didapati guru-guru lebih menyukai pengetua yang
menggalakkan penglibatan mereka ketika proses pembuatan keputusan.
Kajian yang dilakukan oleh Abdul Ghani Abdullah (2005) terhadap guru-guru dan pengetua
dari 151 buah sekolah menengah harian biasa di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis
menunjukkan bahawa guru-guru yang menganggap pengetua mereka mempunyai keterampilan
peribadi yang baik maka guru-guru tersebut akan menunjukkan sikap positif terhadap proses
pembuatan keputusan secara kolaboratif terhadap organisasi. Ware dan Kitsantas (2007)
menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara galakan pengetua dengan
penglibatan guru dalam membuat keputusan di sekolah.

1408

Jilid III | Sains Sosial dan Kemanusiaan

Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan
Bogler dan Somech (2005) mendeinisikan penglibatan sebagai satu aksi untuk mengambil
bahagian. Ia bermaksud bahawa proses membuat keputusan secara kolaboratif merupakan jalinan
satu sistem komunikasi yang berkesan. Hal ini adalah kerana melalui penglibatan yang menyeluruh
daripada ramai subordinat dalam pembentukan dasar atau polisi akan menyebabkan lebih ramai

yang akan memahami dasar tersebut dengan lebih baik dan seterusnya dapat melaksanakannya
dengan berkesan. Pashiardis (1994) berpendapat guru akan mengambil peranan yang lebih baik
dalam keseluruhan kejayaan sekolah sekiranya mereka aktif dalam proses membuat keputusan.
Peningkatan penyertaan guru dalam pembuatan keputusan akan menghasilkan polisi sekolah
dan pengurusan yang lebih peka kepada keperluan masyarakat.
Kajian oleh Ahmad Zabidi (2005) mendapati apabila pengetua memberi peluang kepada
para guru untuk membuat keputusan maka komitmen guru untuk menjayakan program lebih
terserlah. Manakala Ferris (1992) dan Lashway (1997) pula menyatakan bahawa guru-guru patut
dilibatkan dalam proses membuat keputusan di sekolah kerana mereka adalah orang yang paling
dekat dengan murid-murid dan berada pada kedudukan yang baik untuk menentukan keperluan
dan kebolehan murid.
Oleh itu, penglibatan guru dalam membuat keputusan bersama dengan pengetua bukan sahaja
memberi guru rasa terpengaruh untuk membuat keputusan tetapi memberi mereka pengetahuan
akan kepentingan sesuatu keputusan/tindakan itu dibuat.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian ini adalah
guru-guru SMK Berpencapaian Tinggi di Negeri Kedah. Seramai 480 orang guru dipilih dengan
menggunakan kaedah persampelan rawak. Pemilihan sampel kajian ini adalah berdasarkan
kepada dua kriteria iaitu sampel yang dipilih terdiri daripada guru yang terlatih dan telah

berkhidmat di bawah pengetua berkenaan sekurang-kurangnya selama satu tahun.
Dalam kajian ini, satu set soal selidik telah digunakan sebagai alat ukur untuk mengutip data.
Soal selidik kajian ini diadaptasikan dari kajian-kajianlepas.Analisis kajian sebenar menunjukkan
soal selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu α=0.94. Jadual 1 menunjukkan
sumber soal selidik kajian ini.
Jadual 1: Instrumen Kajian
Variabel

Bil.Item

Sumber

Galakan Pengetua

25

Lokman Mohd Tahir, Hamdan Said, Rosni Zamuddin Shah
Sidek, M. Al-Muzammil Yassin dan Sanitah Mohd Yusof (2008)

Penglibatan Guru dalam

Membuat Keputusan

26

Zulkali Kamaruddin (2007)

Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik
inferensi. Analisis statistik deskriptif seperti min dan sisihan piawai telah digunakan untuk
menerangkan Tahap Galakan Pengetua dan Tahap Penglibatan Guru dalam membuat keputusan.
Statistik inferensi seperti korelasi telah digunakan untuk melihat hubungan antara galakan
pengetua dengan penglibatan guru dalam membuat keputusan.
1409

Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi 2013

DAPATAN KAJIAN
Tahap Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan
Bagi menilai tahap penglibatan guru dalam membuat keputusan, analisis berdasarkan perbezaan
min skor antara skala penglibatan sebenar dengan skala keinginan penglibatan (Zulkafli
Kamaruddin, 2007) telah dijalankan dan dapatannya dipaparkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Tahap Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan
Min

SP

Penglibatan Sebenar (PS)

3.10

0.82

Keinginan Penglibatan (KP)

4.08

0.55

Dapatan (Jadual 2) menunjukkan bahawa penglibatan guru dalam membuat keputusan yang
terlibat dalam kajian ini adalah berada pada tahap rendah iaitu –0.98 (Tahap Penglibatan = 3.10
– 4.08). Tahap Penglibatan Rendah merujuk kepada keadaan apabila nilai skor perbezaan adalah

negatif (skor min penglibatan sebenar dalam membuat keputusan adalah kurang daripada skor
min penglibatan yang diingini).

Tahap Galakan Pengetua
Jadual 3 menunjukkan tahap galakan pengetua dianalisis dengan menggunakan nilai skor min
yang diperoleh. Tahap galakan pengetua yang diperoleh dikategorikan berdasarkan kepada dua
tahap iaitu tahap galakan pengetua rendah sekiranya nilai skor min adalah di antara “1.00 hingga
3.00”. Manakala tahap galakan pengetua tinggi jika skor min adalah di antara “3.01 hingga 5.00”.
Jadual 3: Tahap Galakan Pengetua

Galakan Pengetua

Min

SP

3.37

0.72

Berdasarkan kepada Jadual 3, tahap galakan pengetua adalah “tinggi” kerana nilai min yang
diperoleh adalah 3.37. Tahap galakan pengetua yang tinggi berada dalam skor min antara 3.01
hingga 5.00.
Hubungan antara Galakan Pengetua dengan Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan
Jadual 4: Hubungan antara Galakan Pengetua dengan Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan
Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan

Galakan Pengetua

r

Sig.

.257**

.000

Sig. pada p