KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI MAKLUMA

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
TELEKOMUNIKASI

Kehadiran teknologi dalam pekerjaan dapat mengubah masyarakat supaya ia
dapat menjadikan masyarakat lebih bermaklumat. Pada dahulu kala kita dapat melihat
semua kerja dilakukan atau dibuat secara manual dan juga secara fizikal yang
memerlukan tenaga manusia. Akan tetapi dengan kewujudan teknologi yang lebih
canggih, semua kerja dapat dibuat atau dilakukan dengan baik berdasarkan bantuan
teknologi.
Dengan penggunaan teknologi dalam pekerjaan, kita boleh menjimatkan masa di
mana proses perniagaan dapat disiapkan dalam beberapa minit sahaja dan juga dapat
dikemaskinikan dalam masa yang singkat mengikut arus teknologi. Kemajuan teknologi
sekarang dapat dilihat melalui penembusannya dalam setiap aspek kehidupan harian
dari perniagaan hingga ke gaya hidup masyarakat. Kini, alat-alat komunikasi seperti
komputer peribadi, telefon bimbit, mesin faks, e-mail dan internet bukan sahaja menjadi
sebahagian daripada kehidupan kita, tetapi juga memainkan peranan penting dalam
kehidupan manusia. Antara kebaikan teknologi adalah seperti globalisasi, komunikasi,
dari sudut keberkesanan kos, mengurangkan jurang budaya, meluangkan lebih masa
dan mencipta peluang pekerjaan yang baru. Globalisasi ini bukan sahaja menunjukkan
perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi - ekonomi di dunia ini
untuk menjadi satu sistem yang bersifat saling bergantung antara satu sama lain.

Ini dapat dibuktikan lagi dengan berkongsi maklumat secara tepat dan efisien
malah ia dapat mengurangkan halangan-halangan dan sekatan geografi. Dunia kini
dibangunkan dalam “Global Village” dengan bantuan tenologi yang membolehkan
negara - negara kurang maju seperti Chile dan negara-negara maju seperti Jepun yang
berbeza dari segi jarak dan juga bahasa perantaraan yang berbeza untuk berkongsi
idea dan informasi antara satu sama lain.
Komunikasi pula, dengan bantuan teknologi proses komunikasi telah menjadi
lebih murah, cepat dan juga efisien. Sekarang kita dapat berkomunikasi dengan
sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menghantar teks mesej atau pun dengan
kiriman e-mail. Teknologi ini juga membuka peluang untuk berhubung secara terus dari
bahagian - bahagian yang berbeza di seluruh dunia. Teknologi ini juga digunakan dalam
dunia pekerjaan melalui video conferencing yang membolehkan pengurus-pengurus
dari negara - negara lain untuk turut serta menghadiri mesyuarat.
Dari sudut keberkesanan kos, teknologi maklumat telah membolehkan semua
proses perniagaan dikomputerkan yang mana perniagaan tersebut mendapat pulangan
yang tinggi dengan menggunakan peralatan mesin - mesin yang berteknologi. Pada

masa yang sama ia juga dapat meningkatkan produktiviti yang mana meningkatkan
keuntungan kepada perniagaan. Mengurangkan jurang budaya pula ialah yang mana
teknologi maklumat telah membantu mengurangkan jurang budaya dengan membantu

masyarakat dari budaya yang berbeza, berkomunikasi antara satu sama lain dan
membolehkan pertukaran idea dan pandangan dalam meningkatkan kesedaran dan
mengurangkan prejudis.
Antara kebaikan lain adalah meluangkan lebih masa iaitu teknologi maklumat
memberikan peluang bagi perniagaan untuk beroperasi selama 7 hari dan 24 jam di
seluruh dunia. Ini bermakna sesuatu perniagaan boleh dibuka pada bila-bila masa, di
mana-mana dan membuat pembelian dari negara yang berbeza serta mudah dan
selesa. Masyarakat juga dapat menikmati perkhidmatan penghantaran terus ke muka
pintu. Mencipta peluang pekerjaan yang baru pula ialah teknologi yang merupakan
kebaikan utama yang mencipta peluang perniagaan yang baru dan menarik. Antara
pekerjaan - pekerjaan yang diwujudkan dengan kehadiran teknologi iaitu ‘Computer
Programmers’, ‘System Analyzers’,‘Hardware and Software Developers’dan ‘Web
Designer’.
Walaupun di sini kita menghujahkan atau melihat teknologi memberikan kebaikan
dan kepuasan kepada semua pihak, tetapi jika dikaji secara mendalam terdapat juga
keburukan yang berselindung disebaliknya. Antaranya ialah, kita boleh dapati iaitu hak
persendirian, budaya dominasi,kekurangan dalam keselamatan pekerjaan dan juga
pengangguran. Hak persendirian ialah yang mana dengan kehadiran teknologi, proses
komunikasi menjadi lebih cepat, lebih mudah dan lebih selesa. Walaubagaimanapun ia
juga membangkitkan isu hak persendirian (privacy). Dalam dunia yang semakin maju

ini, masyarakat berasa risau apabila maklumat peribadi di dedahkan menjadi maklumat
awam. Ini kerana kemajuan teknologi ini membolehkan data - data persendirian yang
disimpan dalam komputer atau telefon bimbit dicerobohi oleh orang lain yang tidak
bertanggungjawab.
Dari pandangan dominasi budaya pula ialah walaupun teknologi maklumat
menjadikan dunia ini ‘Global Village’, ia juga menyebabkan berlakunya dominasi
budaya yang dianggap sebagai kelemahan atau keburukan yang paling dahsyat.
Sebagai contoh salah satu isu yang semakin dibangkitkan ialah pengaruh budaya U.S
yang mana dapat dilihat di negara kita, ramai remaja terikut dengan budaya barat.
Kebanyakkan remaja sekarang terikut dengan gelagat, cara pemakaian dan mengikut
gaya budaya barat.
Di samping itu, Bahasa Ingeris juga dijadikan sebagai bahasa primer dalam
komunikasi perniagaan dan dalam semua aspek seperti pembelajaran dan sebagainya.
Dalam konteks pengangguran, teknologi telah menyebabkan berlakunya peningkatan
dalam pengangguran. Ini telah menyebabkan berlakunya ‘downsizing’ dan ‘outsourcing’.

Kebanyakkan pekerja yang mahir dan separa mahir telah kehilangan pekerjaan dan
secara tidak langsung terjadinya pengangguran. Ini kerana kerja-kerja yang dilakukan
oleh mereka telah digantikan dengan penggunaan peralatan pemesinan yang lebih
canggih..

Sebagai kesimpulannya, walaupun kita bersetuju dengan dakwaan bahawa
teknologi memberikan kebaikan kepada semua pihak, tetapi tanpa disedari ia juga telah
memberikan impak yang lebih besar kepada masyarakat.