Nama Mohd Azlan B Mohd Zain Angka Gilira

Nama : Mohd Azlan B Mohd Zain
Angka Giliran : 2012 1713 600 15 PPG 7.8 Ambilan Februari 2012
Tugasan Interaksi 1
Sediakan satu refleksi bagi PdP PJ yang lepas. Refleksi anda perlu nyatakan kekuatan anda serta
kekurangan dalam pelaksanaan PdP. Kenalpastikan punca kekuranagn dan cadangan untuk
menyelesaikan masalah anda.
Setelah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4 bagi tajuk
Kemahiran Asas Permainan Kategori Serangan iaitu menghantar dan menerima bola,saya telah
mengesan kekuatan dan kelemahan saya seperti berikut :Kekuatan
Antara kekuatan yang dikenalpasti adalah dari segi pemilihan aktiviti iaitu saya telah menerapkan aktiviti
bersifat TGFU(Teaching Games For Understanding) dimana pemilihan aktiviti ini lebih menarik minat
murid.Saya juga telah menyiapkan perancangan dari segi alatan lebih awal dan ini akan melancarkan
perjalanan aktiviti saya.Kekuatan lain yang dikenalpasti adalah dari segi arahan dimana saya memberikan
arahan yang mudah dan tepat dengan lontaran suara yang jelas kepada murid.Saya juga berjaya
menerapkan prinsip ansur maju dalam aktiviti yang dijalankan bagi mengukuhkan lagi kemahiran
murid.Pengurusan masa semasa aktiviti juga adalah baik kerana setiap aktviti yang dirancang telah
berjaya dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan.
Kelemahan
Antara kelemahan yang dikenalpasti adalah saya tidak melihat dari sudut kecergasan pelbagai murid dan
latar belakang mereka sewaktu memilih aktiviti dimana terdapat sesetengah murid yang lemah dan tidak
dapat menjalankan aktiviti berbentuk permainan kecil dengan baik.Saya juga tidak dapat membuat

aktiviti pengukuhan dan pembetulan dengan baik kerana lebih focus kepada perjalanan aktiviti seluruh
kelas.Antara kelemahan lain yang dikenalpasti juga adalah dari segi peneguhan dimana saya kurang
memberikan pujian kepada murid yang berjaya melakukan aktiviti dengan baik.Saya juga tidak
membahagikan kumpulan dengan baik kerana murid yang lemah tersisih didalam kumpulan yang ahlinya
mempunyai kemahiran yang lebih tinggi.
Cadangan Penambahbaikkan
Bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran saya dimasa hadapan,saya perlu menerapkan pelbagai teori
pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan kemampuan murid saya.Saya juga perlu melihat dari sudut
kemahiran murid bagi merancang aktiviti kerana bukan semua murid dapat menjalankan aktiviti yang
dirancang dengan baik.Saya juga perlu membuat demonstrasi bagi mengukuhkan lagi kemahiran yang
diajar pada hari tersebut.Saya juga harus membuat aktiviti pengukuhan bagi murid yang lemah dimasa
hadapan agar mereka dapat meguasai kemahiran yang diajar.