KOMPETENSI GURU (3) id. doc

KAEDAH PENYELIDIKAN 1 SEM 2,
2012/2013
TUGASAN 1:
KOMPETENSI GURU

Pemetaan Penulisan
Penulisan
ISSMA IZZAILI BINTI ZAMRI (P66338)
PENSYARAH: DR AZLIN NORHAINI MANSOR

Pemetaan Penulisan / Literature
Mapping



















Kompetensi Pedagogi
Kaedah pengajaran yang berkesan
Menyediakan persekitaran
pembelajaran yang sesuai.
Perancangan pelajaran yang teratur
Penggunaan soalan dari peringkat
rendah ke peringkat tinggi mengikut
keperluan dan kesediaan pelajar.
Pengurusan bilik darjah
Kemahiran dalam mengurus masa
Pengunaan model – model pengajaran

yang berkesan






Kompetensi Keperibadian
Menghargai kanak-kanak/pelajar
Memberi perhatian kepada pelajar
Menggalakan penyertaan pelajar dalam aktiviti sekolah
Menangani perbezaan individu pelajar
Sumber penilaian dalam bilik darjah
Kepentingan teori-teori dan amalan
Terima keperluan pembelajaran saintifik dunia.
Sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam
pembelajaran.

KOMPETENSI
GURU


Kompetensi Sosial
Kemampuan membina keyakinan diri pelajar.
Berkemahiran menambahbaik sikap pelajar
Keupayaan menjiwai ciri-ciri kemahiran sosial pelajar.
Memahami asas psikologi pendidikan dan faktor-faktor
yang mempengaruhi pendidikan.

Kompetensi Professional
A) Latihan Guru dan Pembangunan
Profesional
 Mengekalkan kecekapan pendidikan.
 Meningkatkan kemahiran pedagogi
dan pengetahuan profesional.
 Membangunkan fleksibiliti dalam
pengajaran dan penghakiman.
 Memupuk intra- personal dan interpersonal berkualiti

Menggalakkan kesedaran diri dan
tanggungjawab.

B) Pembangunan Profesional dan
Pendidikan Guru
 Metodologi
 Pedagogi
 Amalan
 Kurikulum

KOMPETENSI GURU
Issma Izzaili Zamri
Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pengenalan
Peranan guru sangat penting dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan nasional.
Guru merupakan agen pembelajaran yang mempunyai fungsi dan peranan yang sangat
strategik dalam pembangunan pendidikan. Oleh hal demikian, profesion guru perlu
dikembangkan sebagai profesion yang bermartabat.
“Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan
inovasi, tahap

kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional, serta


paras produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja
negara berpendapatan tinggi. Berdasarkan

ciri ini, usaha perlu ditumpukan bagi

mencapai tahap modal insan bertaraf dunia menjelang tahun 2020.”
(Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia, RMK 10 )
Dalam Bab 5 ini, pihak yang berkaitan perlu mewujudkan penghayatan bagi setiap
lapisan warga pendidik. Bagi merealisasikan perkara ini, guru perlu melengkapkan diri
mereka dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran serta perlu mempunyai nilai
tambah bagi menghadapi cabaran dunia global. Tahap kompetensi seseorang guru itu
juga perlu berada sekurang-kurangnya pada tahap optimum untuk menjadikan mereka
bersedia

menghadapi

melengkapkan

diri


cabaran

dengan

pada

ilmu

masa

kini.

pengetahuan

Justeru,

dan

guru-guru


kemahiran

perlulah

khusus

untuk

melaksanakan tugas dan tanggungjawab di dalam dan luar bilik darjah. Ini kerana tugas
guru telah menjadi semakin kompleks dan mencabar.
Tujuan
Kertas ini bertujuan mengenalpasti ciri-ciri kompetensi dalam kalangan guru dari aspek
kompetensi

pedagogi,

kompetensi

keperibadian,


kompetensi

profesional

dan

kompetensi sosial. Sebanyak tiga makalah dan satu tesis Ph.D dikaji dan dibandingkan
untuk mendapatkan rumusan berkenaan kompetensi guru.

Latar Belakang
Profesion perguruan sering kali dikaitkan dengan pembangunan insan. Hal ini kerana,
guru merupakan golongan paling rapat dalam pembangunan modal insan yang
berkualiti. Pembangunan dalam dunia pendidikan tidak bermula dalam masa sehari dua
tetapi ianya merupakan satu permulaan yang tiada akhirnya. Usaha demi usaha
dilakukan bagi memastikan peranan guru dalam bidang pendidikan sentiasa diterima
baik oleh para pelajar khususnya.
Dalam konteks masyarakat kini, guru dilihat sebagai model sosial yang baik dan
memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan akademik dan sahsiah
pelajar. Hal ini memerlukan kecekapan guru yang optimum demi kepentingan modal

insan yang bertaraf dunia. Jadi, guru-guru haruslah melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan isu-isu semasa, adat dan budaya serta rajin menambah ilmu dengan
mengikuti kursus-kursus, seminar dan bengkel demi menjadikan mereka semakin
kompeten dalam bidang tugas masing-masing.
Kecekapan guru atau tahap kompetensi golongan ini sering dipertikaikan oleh pelbagai
pihak. Permohonan untuk menyertai profesion perguruan kini telah menjadi satu ikutan
dalam kalangan pelajar lepasan sekolah. Hal ini telah menyebabkan berlakunya satu
persoalan adakah golongan ini mempunyai kompetensi sewajarnya dalam mendidik
anak bangsa? Ekoran daripada permasalahan tersebut, tajuk kompetensi guru dipilih
untuk menyelidik sejauh mana tahap kompetensi dalam kalangan guru melalui bahanbahan bacaan yang berkaitan.
Kaedah
i.

Artikel pertama dari Ahmad, Abd Rahman & T. Abdullah (2009), yang mengkaji
presepsi murid tentang hubungan pengajaran guru Sejarah dengan pencapaian
murid dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah berprestasi rendah SPM Sejarah.
Walaupun kajian ini lebih fokus kepada Subjek Sejarah tetapi amat berkait
dengan kompetensi guru dari segi pedagogi. Lima aspek pengajaran yang dikaji
merangkumi Kebolehan Guru Sejarah (KGS), Kemahiran Mengajar Guru Sejarah
(KMG), Teknik Pengajaran Guru Sejarah (TPG), Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar (BBM) dan Perhatian Guru Sejarah Terhadap Kerja Murid (PTK).

Seramai 436 orang murid tingkatan lima telah dipilih sebagai responden dari lima
buah sekolah berprestasi rendah SPM Sejarah 2002, 2003, dan 2004 di Perlis
dan Pulau Pinang yang memperoleh min 36.08 ke bawah. Responden terdiri
daripada dua kumpulan dalam nisbah yang hampir sama; Melayu dan bukan
Melayu serta lelaki dan perempuan. Satu set instrument soal selidik telah
digunakan dalam kajian ini untuk mengukur persepsi murid terhadap pengajaran
guru Sejarah mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan wujudnya perbezaan bagi
aspek pengajaran guru Sejarah mengikut bangsa murid dan di antara lima aspek
pengajaran guru Sejarah yang dikaji. Kajian ini mendapati aspek Kemahiran
Mengajar Guru Sejarah (KMG) menyumbang kepada pencapaian murid dalam
mata pelajaran Sejarah berbanding aspek lain. Manakala korelasi antara aspek
pengajaran guru Sejarah dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Sejarah Aspek Pekali Korelasi Signifikan Bilangan Tahap Keupayaan Pengajaran
Guru Sejarah guru Sejarah mengajar dengan lebih berkesan, kerana dengan
pengajaran yang berkualiti dan berkesan sahajalah yang akan memastikan
matlamat pendidikan Sejarah tercapai. Kajian ini menunjukan kompetensi guru
dari aspek pedagogi khususnya kemahiran mengajar guru memberi impak
kepada tahap pencapaian murid.

ii.

Artikel kedua pula dari Hui Ching & Badusah. (2010), mengkaji secara tinjauan
tentang sikap guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah di
bahagian Bintulu terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dalam pengajaran. Kajian ini juga melihat hubungan sikap dengan
pengetahuan dan kemahiran guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan
ICT dalam pengajaran. Di samping itu, kajian ini juga meninjau sikap terhadap
penggunaan ICT berdasarkan jenis aliran sekolah dan kursus ICT yang pernah
dihadiri oleh guru-guru. Seramai 105 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar
di 12 buah sekolah rendah di Bintulu, iaitu tujuh buah sekolah rendah
kebangsaan (SK) dan lima buah sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) telah
dijadikan sampel kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan set soal
selidik yang telah diubah suai daripada kajian Fairose (2006). Data yang
diperoleh dianalisis dengan menggunakan program SPSS versi 12.0. Secara

keseluruhan, hasil kajian mendapati guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah rendah dalam bahagian Bintulu, Sarawak mempunyai
sikap yang positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Walau
bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang sederhana terhadap penggunaan ICT. Guruguru mempunyai sikap yang sederhana dalam usaha menggunakan ICT ketika
menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Sikap yang sedemikian agak
membimbangkan kerana bahan-bahan pembelajaran bahasa lebih mudah
diperolehi daripada sumber yang berteraskan ICT. Perkara yang sedemikian ada
kaitannya pendedahan kepada guru Bahasa Melayu terhadap ICT di daerah
yang berkenaan. Lanjutan daripada isu tersebut menyebabkan juga keyakinan
guru-guru Bahasa Melayu untuk menggunakan ICT dalam pengajaran adalah
sederhana. Justeru, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak berwajib
harus berganding bahu untuk menangani masalah tersebut kerana sekiranya
sebarang tindakan dan langkah yang sewajarnya tidak diambil, maka
berkemungkinan guru-guru kita akan terus ketinggalan ilmu ICT, khususnya
aspek pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kajian ini lebih mengetengahkan sikap guru iaitu suatu bentuk
kompetensi keperbadian guru yang pastinya memainkan peranan penting dalam
sistem pendidikan kita.
iii.

Artikel ketiga pula dari Siddiqui. (2010), mengakaji secara kuantitatif dan kualitatif
tentang kompetensi kemahiran guru untuk keberkesanan sekolah, elemenelemen keberkesanan sekolah, persekitaran bilik darjah untuk menilai kecekapan
guru dan mencadangkan langkah-langkah meningkatkan keberkesanan sekolah.
Kajian ini dijalankan di Pakistan dan melibatkan 40 buah sekolah yang dipilih
secara rawak. Pengakaji cuba menyelidik bahawa guru bukan sahaja
menyampaikan ilmu tetapi juga memahami masalah lain yang berkaitan dengan
personaliti murid. Pengkaji menyelidik berdasarkan enam asas kecekapan iaitu
kemahiran pengajaran guru, pengurusan bilik darjah, metodologi pengajaran,
motivasi guru, penggunaan bahan mengajar, penilaian dan proses interaksi.
Metodologi dalam pengajaran yang berkesan merupakan teras kepada guru-guru

yang berkualiti. Mereka ini mampu melihat perbezaan individu mengikut
keperluan dan menggunakan kaedah pengajaran yang bersesuaian. Manakala
kompetensi guru dalam memberi motivasi kepada pelajar dibuktikan rendah dan
kompetensi guru dalam penggunaan bahan-bahan juga masih rendah. Guruguru kurang kreatif dan bersikap negatif terhadap hasil kerja murid. Secara
keseluruhan, responden bersetuju kompetensi pengetahuan subjek, latihan
profesional, memahami keperluan pelajar dan profesionalisme dan komitmen
dapat menjadi ciri-ciri kepada keberkesanan seseorang guru. Pengkaji juga
mengenalpasti perkara-perkara yang membuatkan seseorang guru itu cemerlang
ialah menggalakkan murid menyelesaikan sesuatu masalah secara inovatif, guru
menggunakan pelbagai kaedah untuk mencapai sesuatu objektif, guru bijak
menggunakan alat pengajaran, guru mempunyai teknik pengukuhan yang
berkesan dan guru bijak mengurus bilik darjah. Dalam kertas kerja ini juga,
membuktikan majoriti guru maklum perkara-perkara yang membuatkan mereka
cemerlang tetapi mereka tidak mengamalkannya. Sekali lagi, sikap guru
memainkan peranan penting, tahap kompetensi guru tidak mencapai seoptimum
mungkin jika guru sekadar menjalan tugas tanpa penghayatan. Jadi, kajian ini
membincangkan kompetensi secara meluas dan merangkumi pelbagai aspek
termasuk aspek pedagodi, aspek keperbadian dan aspek profesional guru.
iv.

Artikel keempat pula dari Abdul-Majied. (2010), yang merupakan kajian kes
berbentuk kualitatif terhadap kesediaan guru dalam pembangunan kecekapan
sosial kanak-kanak berusia 5-7 tahun di Trinidad. Kajian ini telah menunjukan
tiga penemuan penting antaranya semua kanak-kanak menunjukkan kapasiti
terhadap interaksi jenaka dan mengunakan interaksi bukan lisan untuk
berkomunikasi. Selain itu pengkaji juga mendapati semua kanak-kanak diterima
oleh rakan-rakan atau kumpulan etnik yang lain. Namun kanak-kanak ini akan
lebih kompeten dalam sosial apabila berkemahiran dalam sesuatu hubungan
sosial. Jadi kajian ini cuba menyelongkar sesuatu hubungan sosial kanak-kanak
ini amat berkait dengan peranan guru. Peranan guru penting dalam mengawal
tingkah laku kanak-kanak demi pembangunan kecekapan sosial mereka. Jadi,
latihan guru serta program-program terhadap amalan perkembangan sosial

kanak-kanak amat diperlukan. Secara keseluruhannya, artikel keempat ini lebih
fokus kepada kompetensi guru dari aspek sosial dan pastinya hasil kajian ini
boleh dijadikan rujukan untuk mengaitkan kecekapan sosial guru dengan
perkembangan sosial kanak-kanak.
Perbincangan
Kompetensi guru ialah penguasaan pengetahuan, keterampilan dan sikap yang positif
dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan tugas sebagai agen pembelajaran.
Hasil penelitian dari bacaan bahan-bahan ilmiah dapat dikatakan guru yang berkesan
ialah guru yang sentiasa ingin membangunkan profesionalisma profesyen keguruannya.
Untuk membangunkan profesionalisma guru terdapat empat domain yang perlu dititik
berat oleh seseorang guru iaitu;
Kompetensi profesional adalah kemampuan guru untuk menguasai masalah akademik
yang sangat berkaitan dengan pelaksanaan proses belajar mengajar sehingga
kompetensi ini dimiliki guru dalam menjalankan tugasnya sebagai pendidik dan
pengajar. Dari bacaan artikel Siddiqui. (2010), untuk mencapai tahap kompetensi
profesional guru dibahagiakan kepada dua komponen penting iaitu latihan guru dan
pembangunan profesional dan pembangunan professional dan pendidikan guru.
Kompetensi pedagogi iaitu kemampuan intelektual seperti penguasaan mata pelajaran,
pengetahuan mengenai cara mengajar, pengetahuan mengenai belajar dan tingkah
laku individu, pengetahuan tentang bimbingan dan pengetahuan tentang pengelolaan
kelas, penilaian selepas pembelajaran, pengetahuan tentang kemasyarakatan serta
pengetahuan umum yang lain. Kajian terhadap kompetensi pedagogi ini dibuktikan
dalam arikel Ahmad, Abd Rahman dan T. Abdullah. (2009).
Kompetensi keperibadian ialah kesediaan guru terhadap pelbagai hal yang berkenaan
dengan tugas dan profesionnya. Misalnya sikap menghargai pekerjaan yang dibinanya,
memiliki kemahuan yang tinggi untuk meningkatkan hasil pekerjaannya. Merujuk
kepada artikel Hui Ching dan Badusah. (2010), tahap kecekapan guru kepada
penggunaan ICT berkait rapat dengan sikap guru yang mempunyai pendedahan
terhadap penggunaan ICT. Guru yang mempunyai kemahiran ICT lebih positif dalam
mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran mereka.

Kompetensi sosial ialah kemampuan guru dalam pelbagai keterampilan atau perilaku
seperti keterampilan mengajar, membimbing, menilai, berkomunikasi dengan pelajar,
keterampilan menyusun persiapan mengajar, hubungan profesional ketika berhubung
bersama pelajar, memiliki kemampuan berkomuniksai sosial, dan memahami pelajar
mengikut keperluan individu pelajar. Hal ini ada ditunjukkan dalam artikel Abdul-Majied.
(2010), peranan guru dalam mengawal tingkahlaku kanak-kanak mempengaruhi
perkembagan kecekapan sosial kanak-kanak.
Hasil bacaan dan perbandingan, keempat-empat artikel ini menyatakan ciri-ciri
kompetensi guru dalam pelbagai aspek, namun empat domain utama kompetensi yang
dinyatakan di atas saling berhubungkait dan saling mempengaruhi serta mendasari satu
sama lain.
Rumusan
Kompetensi guru merupakan syarat utama dalam proses pembelajaran. Kompetensi
didefinisikan sebagai pemilikan pengetahuan (konsep dasar keilmuan), ketrampilan
yang diperlukan dalam menyelesaikan suatu pekerjaan dilapangan dan kemampuan
sebagai guru dalam melaksanakan tugasnya. Kompetensi guru meliputi;
1.
2.
3.
4.

Kompetensi professional
Kompetensi keperibadian
Kompetensi pedagogi
Kompetensi sosial.

Rujukan
Abdul-Majied, S. (2010). “DON’T TREAT ME LIKE I’M BAD!” Social Competence and
Teacher Roles in Young Children’s Social Development at Three Primary Schools
in Trinidad. Caribbean Curriculum. 17, 85–114.

Ahmad, A., Abd Rahman, S. H., dan T. Abdullah, N. A. (2009). Tahap Keupayaan
Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di
Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia.34(1), 53 – 66
Hui Ching, M. C., dan Badusah, J. (2010). Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di
Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia. 35(1),
59-65
Siddiqui, T.K. (2010). A Study of teacher competencies and teaching practices for
“School Effectiveness in Workers Welfare Model Schools”. Ph.D Thesis. Faculty
of Education, Foundation University College of Liberal Arts and Sciences,
Rawalpindi