FATWA WAKAF DI MALAYSIA ANALISIS KHUSUS

FATWA WAKAF DI MALAYSIA: ANALISIS KHUSUS FATWA PENGAMBILAN
TANAH WAKAF OLEH PIHAK BERKUASA NEGERI 1
Oleh:
DR MOHD AFENDI BIN MAT RANI
Abstrak
Kertas kerja ini cuba untuk menganalisis terhadap fatwa-fatwa berkenaan isu pengambilan
tanah wakaf oleh Pihak Berkuasa Negeri yang bermula sejak 1951-2006. Penulisan ini hanya
menumpukan kepada beberapa buah negeri di Malaysia. Pemilihan negeri-negeri ini boleh
menjadi sampel kepada keseluruhan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berwajib. Ini kerana
pendekatan fatwa dan perkembangannya adalah hampir sama dan tidak banyak berbeza. Secara
keseluruhannya fatwa berkaitan hukum pengambilan tanah wakaf oleh Kerajaan tidak banyak
dibincang dan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dan juga Majlis Fatwa Kebangsaan.
Sekalipun isu pengambilan tanah bagi tujuan pembangunan giat dijalankan oleh pihak berkuasa
termasuk tanah amanah wakaf umat Islam, prosedur pengambilan tanah wakaf tidak
diaplikasikan sebagaimana yang digariskan oleh pihak Mufti dan tidak dirujuk kepada Majlis
Agama Islam Negeri (MAIN). Hal ni kerana pemakaian Akta Pengambilan Tanah 1960 telah
mengatasi bidang kuasa MAIN selaku Pemegang Amanah Wakaf di Malaysia. Pelbagai isu,
halangan dan kekangan telah dikemukakan dalam penulisan ini serta beberapa cadangan
sebagai penambahbaikan dalam meningkatkan keberkesan dan relevansinya institusi fatwa
sebagai badan hukum di Malaysia.


1.

PENDAHULUAN

Pada dasarnya setiap keputusan fatwa yang diputuskan di negara ini dilihat sebagai pandangan
rasmi negara berkaitan hukum agama. Ia diletakkan di bawah satu badan yang dikenali dengan
nama Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Di
peringkat negeri, institusi fatwa merupakan badan hukum selain Majlis Agama Islam Negeri,
Jabatan Agama Islam Negeri dan Mahkamah Syariah yang diberi pengiktirafan oleh undangundang Islam negeri-negeri. (Nooh Gadut, 2003, dll, hlm.1)

Justeru, segala permasalahan dan pertikaian yang timbul berkenaan dengan hartanah wakaf yang
melibatkan hukum syarak akan dirujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa untuk

1

Kertas kerja ini dibentang di Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat dan Wakaf, Anjuran
Universiti Kebangsaan Malaysia dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu, pada 18-19
Oktober 2008.

1


menyelesaikan permasalahan tersebut. (Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid, 2004, hlm.92) Undangundang yang digubal di peringkat negeri-negeri telah memberi kuasa kepada kerajaan negeri
masing-masing untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dapat membantu jabatan mufti
mengeluarkan sesuatu fatwa bagi Majlis atau kerajaan negeri. (Suwaid Tapah, 2004, hlm.26)
Jawatankuasa ini dikenali dengan pelbagai nama. Di negeri Melaka ia dinamakan Jawatankuasa
Syariah, manakala di negeri Kedah, Johor dan Terengganu ia dinamakan sebagai Jawatankuasa
Fatwa atau Lujnah.

2.0

FATWA-FATWA TANAH WAKAF DI MALAYSIA

Di Malaysia secara umumnya, fatwa-fatwa berkaitan tanah wakaf tidak begitu banyak
dibincang dan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dan juga Majlis Fatwa Kebangsaan,
berbanding isu-isu lain yang lebih diberi fokus dan perhatian oleh pihak berkuasa, (Noor
Naemah Abd Rahman, 2006, hlm.4) lebih-lebih lagi yang membabitkan fatwa-fatwa secara
khusus berkaitan isu pengambilan tanah wakaf. Hal ini kerana kemungkinan kes-kes yang
berlaku tidak begitu banyak sebagaimana isu yang membabitkan harta wakaf secara umum
seperti masalah penggunaan tanah Wakaf Am dan Khas, saham wakaf, pelaburan harta wakaf,
penjualan dan pembelian tanah wakaf dan lain-lain sebagaimana yang terkandung dalam bukubuku himpunan fatwa terbitan Jabatan Mufti Negeri-negeri dan yang tidak diwartakan. (Lihat

Himpunan fatwa Negeri Kedah (t.t.), hlm.31-50)
Sebagai contoh, kajian fatwa tentang wakaf yang dibuat oleh Noor Naemah di negeri Kelantan,
(Noor Naemah Abd Rahman, hlm.4) persoalan yang biasa ditanya mengenai wakaf hanya
berkaitan masalah menjual harta wakaf, wakaf tanah untuk dijadikan masjid, status sesuatu
yang diwakafkan apakah dianggap sebagai wakaf yang sah pada syarak dan hal-hal
seumpamanya yang boleh disifatkan sebagai masalah kecil dan remeh. Meneliti fatwa-fatwa
yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan sekitar tahun 1995-1996 didapati
sebahagian besar fatwa adalah berkaitan dengan isu pembangunan tanah wakaf seperti Istibdal.
Walaupun fatwa tentang Istibdal diputuskan, namun hanya menumpukan kepada tanah-tanah
wakaf yang tidak ekonomik yang ingin dijual atau diganti dengan tanah yang lebih ekonomik.
Permasalahan yang sama boleh dilihat melalui fatwa-fatwa di negeri Terengganu, Kedah,
2

Melaka dan Johor tidak banyak menyentuh tentang isu-isu tanah wakaf yang diambil semula
oleh Pihak Berkuasa Negeri.
3.0

FATWA PENGAMBILAN TANAH WAKAF OLEH PIHAK BERKUASA
NEGERI


3.0.1 Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan
Isu tanah-tanah wakaf diambil oleh pihak kerajaan telah mula mendapat perhatian pihak
berkuasa agama. Majlis Fatwa Kebangsaan telah bersidang pada 22 April 1999, Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-46 telah membincangkan isu ini di bawah tajuk hukum
menyerahkan

sebahagian

tanah

wakaf

kepada

pihak

berkuasa.(http://infad.kuim.edu.my/modules.php) Keputusan fatwa tersebut berbunyi:
a.

b.


c.

d.

Tanah wakaf tidak boleh sama sekali dipindah milik kecuali kerana
darurat yang memerlukan demikian berdasarkan syarat-syarat yang
tertentu.
Tanah wakaf yang diambil dipindah milik kepada kerajaan, hendaklah
dibayar pampasan mengikut nilai tanah yang diambil atau
menggantikan dengan tanah lain yang setara atau yang lebih baik
nilainya.
Tanah wakaf yang hendak dibangunkan hendaklah dikecualikan syarat
penyerahan tanah untuk tujuan pembinaan kemudahan awam seperti
jalan, saliran, tapak pencawang eletrik dan sebagainya.
Bagi tanah wakaf khas untuk tujuan-tujuan tertentu seperti masjid,
sekolah dan seumpamanya pihak yang mengambil tanah itu hendaklah
memperuntukkan bahagian-bahagian yang tertentu sebagai gantian
tanah wakaf yang diambil mengikut nilai semasa bagi mengekalkan
status wakaf tersebut. Contohnya bangunan bertingkat-tingkat yang

didirikan, beberapa unit tertentu mengikut nilai semasa diperuntukkan
untuk masjid, sekolah atau sebagainya seperti yang diniatkan oleh
pewakaf.

Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ini menunjukkan bahawa pada dasarnya
tanah wakaf tidak boleh diambil oleh kerajaan dengan sewenang-wenang atau tanpa alasan yang
munasabah. Keharusan pengambilan tersebut tidak boleh dihukum sebagai mutlak kerana ia
terikat dengan syarat-syarat yang terkandung dalam perundangan wakaf Islam. Prasyarat
3

keharusan itu adalah bergantung kepada keadaan. Sekiranya keadaan telah dianggap kritikal dan
tiada pilihan lain atau darurah, maka dalam keadaan inilah yang mengubah asal hukum
pengambilan tanah wakaf dalam Islam. Dalam hal ini pihak kerajaan telah diberi pilihan sama
ada untuk menggantikannya dengan nilai iaitu pampasan berbentuk wang atau menggantikannya
dengan tanah lain yang mempunyai nilai yang sama atau lebih baik daripada yang pertama
dengan merujuk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam konsep Istibdal tanah wakaf.
3.0.2 Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Terengganu
Di Terengganu, meneliti fatwa-fatwa yang diputuskan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri
Terengganu sejak tahun 1951-2006 tidak banyak mengeluarkan fatwa berkaitan masalah
pengambilan tanah wakaf dan isu pembangunan Istibdal tanah wakaf. (Noor Naemah Abd

Rahman, hlm.6) Ini berbeza dengan fatwa-fatwa umum berkaitan wakaf banyak dirujuk kepada
Jawatankuasa Fatwa dan diputuskan di dalam minit mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat
Istiadat Melayu (MAIDAM). (Ahmad Hidayat Buang et. al. (ed.), hlm.169)
Hasil kajian ini mendapati permasalahan tentang isu pengambilan tanah wakaf oleh PBN tidak
banyak dibangkitkan dan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa. Sedangkan
keterlibatan tanah wakaf yang diambil oleh PBN negeri ini begitu tinggi dan berlaku sejak sekian
lama. (Mohd Afandi Bin Mat Rani, 2008, hlm.235-237) Ini ekoran daripada kurangnya perhatian
dan kesungguhan pihak terbabit, persoalan tentang isu pengambilan tanah wakaf tidak banyak
dikemukakan kepada pihak Mufti. Kajian mendapati keputusan fatwa yang pertama berkaitan isu
ini dapat dikesan pada tahun 1990. Fatwa-fatwa yang diputuskan sebelum tahun 1990 tidak ada
yang membincangkan isu ini, walaupun pengambilan tanah wakaf di negeri Terengganu berlaku
sejak tahun 1951-an lagi. Fatwa-fatwa yang ditemui ini hanya dapat dirujuk melalui fail-fail
pengambilan

tanah

wakaf,

kerana


ia

tidak

dicatatkan

secara

tersusun

dan

tidak

didokumentasikan.
Pada tahun 1990, Mufti Kerajaan Negeri Dato’ Engku Alwi bin Engku Hj Ambak telah
mengeluarkan fatwa tentang pengambilan tanah dan isu Istibdal dengan merujuk kepada
beberapa buah kitab seperti Mughni al-Muhtaj, Hasyiyah al-Jamal, Nihayah al-Muhtaj. (Lihat
Lampiran II) Fatwa ini adalah antara yang pertama di negeri Terengganu yang membincangkan
isu pengambilan tanah. Fatwa tersebut berbunyi:

4

Sesuatu benda itu apabila diwakafkan maka dengan itu hak milik
empunyanya terhadap benda itu terlucutlah dan serentak dengan itu hak
miliknya berpindahlah kepada Allah SWT. Oleh itu pengawal harta wakaf
hendaklah mempertahankan harta itu yang telah diamanahkannya untuk
mengawali harta tersebut supaya ia terus terpelihara dan dapat
dimanfaatkan sebagaimana yang ditentukan oleh orang yang
mewakafkannya. Pengawal wakaf juga hendaklah mempertahankan
sedaya-upayanya harta-harta wakaf di bawah kawalannya supaya tidak
disia-siakan tujuan orang yang mewakafkannya. Sekiranya dalam
keadaan tertentu berlaku sesuatu terhadap harta wakaf yang
menyebabkan harta yang diwakafkan itu terlepas daripada kawalan
pengawal dan hal itu adalah diluar keupayaannya, maka harta wakaf itu
bolehlah dikira sebagai harta wakaf yang telah dirosakkan dan pengawal
berhaklah mendapatkan gantinya iaitu harganya

Di dalam membuat keputusan ini Jawatankuasa Fatwa telah menetapkan beberapa syarat
berkaitan tanah wakaf yang diambil oleh kerajaan seperti berikut:
i.

ii.
iii.
iv.

v.

Tanah wakaf yang diambil balik hendaklah diganti dengan tanah yang sepertinya
dan kemudian dilafazkan dengan Sighah Wakaf;
Tanah daripada jenis padi yang diambil balik hendaklah diganti dengan tanah
yang sama jenis dengannya;
Selagi ada tanah yang sama jenis di dalam kawasan yang sekitarnya maka
tidaklah harus dicari ganti di kawasan-kawasan yang lain;
Istibdal dilakukan dengan nilaian harga tanah yang diambil dan pihak pengawal
hendaklah mempertahankan nilai yang dibayar itu adalah harganya. Dengan itu
soal mendapatkan ganti dengan keluasan yang tidak sama disebabkan nilai yang
semakin tinggi adalah tidak timbul.
Wang lebihan dari membeli gantian wakaf hendaklah dibeli sekadar yang boleh
dari bahagian terhadap gantian

Berdasarkan kepada keputusan fatwa Mufti Kerajaan Negeri Terengganu yang dikeluarkan pada

tahun 1990 oleh Dato’ Engku Alwi bin Engku Hj Ambak ini jelas menunjukkan bahawa tanahtanah wakaf yang diambil oleh kerajaan mencukupi hanya PBN menggantikannya dengan
bayaran pampasan sahaja. Manakala pihak yang dipertanggungjawab sepenuhnya adalah
MAIDAM untuk menggantikannya mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Jawatankuasa Fatwa
telah membuat penetapan dan garis panduan bahawa tanah wakaf yang diambil oleh kerajaan
hendaklah diganti semula dengan tanah yang lain sebagai ganti wakaf. Tanah-tanah yang hendak
5

diganti itu hendaklah tanah jenis penggunaan yang sama dan berada di kawasan yang
berhampiran serta mempunyai nilai yang sama.

Begitu juga pada tahun 1997, Jawatankuasa Fatwa telah mengeluarkan fatwa kepada Pengarah
Tanah dan Galian Terengganu. Jawatankuasa Fatwa tersebut menggariskan peraturan bahawa
sebarang pengambilan yang melibatkan tanah wakaf hendaklah mendapat kelulusan MAIDAM
terlebih dahulu. Ini bermakna jika tidak mendapat kelulusan atau keizinan MAIDAM tindakan
pengambilan itu adalah tidak sah dan berlawanan dengan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal
Agama Islam 1986, Seksyen 143. Selain itu Pentadbir Tanah Kuala Terengganu hendaklah
membayar pampasan sama ada tanah wakaf

tersebut didaftarkan atas nama Majlis atau

sebaliknya.
“Pengambilan balik sesuatu yang diwakafkan tidaklah semudah apa yang terjadi
di masa-masa lampau, ia perlu kepada kelulusan MAIDAM selaku pengawal
tunggal bagi semua wakaf sebagaimana yang diperuntukkan dalam Enakmen
Pentabdiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 Seksyen 143 dan sekiranya diluluskan
maka gantian atau bayaran hendaklah dibuat kepada Majlis Agama untuk
diambil tindakan yang sewajarnya”. (Surat Mufti kepada PTD KT( MAIDAM
01-006/14 Bhg 9-9-(50) bertarikh pd 18/Nov/1997).

Selain fatwa di atas, Jawatankuasa Fatwa negeri Terengganu juga telah membuat keputusan
bahawa semua tanah kerajaan yang digunakan bagi tujuan aktiviti keagamaan hukumnya adalah
sama seperti tanah wakaf yang lain. Tanah wakaf hendaklah dikekalkan walau dalam apa jua
keadaan sekalipun. Sekiranya berlaku keadaan mendesak dan kepentingan orang ramai perlu
diutamakan, maka tanah tersebut boleh diambil dengan syarat dibayar ganti rugi atau pampasan.
Di pihak MAIDAM hendaklah berusaha mendapatkan tanah yang lain sebagai ganti wakaf.
(Lihat Fail Pengambilan Tanah Wakaf 03-003 (34).)
Bagi kategori tanah perkuburan pula Jawatankuasa Fatwa secara jelas berpandangan bahawa ia
tidak boleh dihapuskan bagi tujuan pembangunan. Mana-mana tanah tapak kubur hendaklah
dikekal dengan seadanya. Fatwa tersebut menyatakan: (http://infad.kuim.edu.my/modules.php)

Tanah perkuburan Islam tidak boleh dihapuskan kerana ia adalah bercanggah
dengan kehendak ajaran Islam yang menghendaki:
6

Islam menghormati dan memberi perlindungan kepada orang-orang Islam
yang sudah mati sepertimana diberikan semasa hidup di mana hukum-hukum
mengenainya dijelaskan di dalam kitab-kitab Fekah. Di antara lain iaitu kubur
di mana seseorang itu ditanam adalah menjadi haknya. Oleh itu haram
mencerobohi kubur sama ada dengan mengendali, membongkar atau
sebagainya.
Tanah perkuburan Islam yang biasanya ditanam orang-orang Islam padanya
tidak diketahui pewakafnya adalah diistilahkan oleh ulama fekah dengan
“musbalah” dan tanah perkuburan di dalam bahagian itu terus kekal sebagai
tanah perkuburan dan mengikut hukum Islam tidak ada sesiapapun yang boleh
mengubahnya.
3.0.3 Keputusan Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Kedah

Di negeri Kedah, Jawatankuasa Fatwa Negeri telah membuat keputusan bahawa pengambilan
tanah yang terlibat dengan tapak, kawasan dan struktur bangunan masjid dan surau hendaklah
dikecualikan atau dielakkan terus daripada sebarang pengambilan tanah. Tapak dan bangunan
masjid hendaklah dipertahankan dan dikekalkan sebagai tapak masjid. Sekiranya projek yang
hendak dijalankan itu adalah bagi tujuan pembinaan jalan atau tujuan awam lain yang tidak
boleh dielakkan, maka pengambilan tanah boleh dibuat dengan kedudukannya berjauhan dari
kawasan masjid atau surau. Manakala bahagian tanah yang terlibat hendaklah diganti tanah lain
dengan keluasan yang sama taraf dengannya. Bangunan masjid dan surau pula mesti dibina
bangunan yang baru di atas tapak yang lain.

Pengambilan tapak/ kawasan masjid yang terlibat dengan projek menaiktaraf
laluan K10 dari Pekan Gurun ke Pekan Sik Kedah dikecualikan sama ada ia
terlibat dengan pembesaran jalan atau dijadikan simpanan sahaja. Tapak
masjid sama sekali tidak boleh diganggu, diceroboh atau dicemarkan
(Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 10hb. Julai 2005)
Bagi pengambilan tanah yang terlibat dengan tapak perkuburan Islam hendaklah diganti dengan
jumlah keluasan yang sama dan kubur-kubur yang terlibat hendaklah dipindahkan ke kawasan
berhampiran. Berkaitan dengan tanah kubur ini juga Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri
Kedah telah membuat keputusan untuk membezakan tanah perkuburan yang boleh dipindahkan

7

dengan tanah perkuburan yang tidak perlu dipindah dengan melihat kepada perbezaan usia tanah
kubur berkenaan.

Keputusan Jawatankuasa ini memberi kelonggaran hukum jika membabitkan tanah perkuburan
yang melebihi tempoh 100 tahun, ia tidak perlu dipindah dan dikorek jika terlibat dengan
pengambilan tanah untuk tujuan pembesaran jalan. Alasan yang dikemukakan ialah pada
kebiasaannya anggota mayat manusia yang berusia 100 tahun ke atas telah hancur. Tetapi bagi
tanah perkuburan yang usianya kurang daripada 60 tahun hendaklah digali dan dipindahkan ke
tanah

perkuburan

yang

lain.

Keputusan

fatwa

ini

menjelaskan

bahawa:

(http://infad.kuim.edu.my/modules.php)
Tiada ketegahan pada syara‟ pengambilan tanah yang melibatkan tanah
perkuburan bagi tujuan memperbesarkan ban kampung kerana
pembesaran itu adalah maslahah am kepada masyarakat. Mana-mana
perkuburan yang terlibat yang sudah berusia 100 tahun bolehlah
ditambun di atasnya tanpa dikorek atau digali kubur-kubur itu kerana di
dalam tempoh itu pada gholibnya juzu‟-juzu‟ mayat semuanya telah
hancur lebur dan mana-mana perkuburan yang terlebih berusia 60 tahun
ke bawah hendaklah digali atau dikorek dengan cermat dan jika didapati
juzu‟-juzu‟ mayat maka hendaklah dihimpunkan dan jika ditanam semula
di mana-mana tanah perkuburan Islam.

3.0.4 Keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Melaka
Di negeri Melaka, Jawatankuasa Syariah telah mengeluarkan fatwa bahawa semua tanah wakaf
yang diambil oleh kerajaan hendaklah dibayar pampasan dan penggantian tanah lain perlu dibuat
oleh MAIM sebagai ganti tanah wakaf yang diambil. (Rujukan pewartaan 2 Februari 1995.
No.54. Lihat lampiran II) Fatwa tersebut menjelaskan:
Bahawa menurut hukum syarak tanah-tanah wakaf tidak boleh dijual beli,
tidak boleh diberikan kepada sesiapa dan tidak boleh dipindah milik.
Demikianlah sebagaimana yang berlaku pada wakaf sayyidina Umar alKhattab r.a. tanahnya di Khaibar, yang mana menjadi wakaf yang
pertama dalam Islam.
Bahawa menurut seksyen 37, Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak
(Negeri Melaka) 1991, tanah-tanah wakaf di negeri Melaka ini terletak
pada Majlis Agama Islam sebagai Pemegang Amanah yang Tunggal.
8

Oleh yang demikian, jika tanah wakaf diambil balik oleh pihak berkuasa
negeri kerana apa jua sebab, maka pampasan wajiblah dibayar baginya
dan wang pampasan itu hendaklah terletak hak dan dibayar kepada
Majlis Agama Islam, supaya diganti tanah lain sebagai mengekalkan
wakaf dan menunaikan kehendak yang berwakaf.

Berkaitan dengan pengambilan tanah jenis tapak kubur pula, tapak kubur yang berusia kurang
daripada 60 tahun tidak boleh diambil dan perlu dielakkan daripada pengambilan. (Temubual:
En. Mohd Hairul Amin bin Mohd Sis)

3.0.5 Keputusan Lujnah Fatwa Negeri Johor

Di negeri Johor, (Rujukan Fail (2) dlm. JMJ606/ WAKAF (W)-2/2004) tidak terdapat banyak
tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan oleh PBN. Terdapat satu kes permohonan
pengambilan balik tanah (PBT) oleh Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru bagi tapak tanah wakaf
masjid Taman Munsyi Ibrahim Lot PTD 84437 seluas 4.4923 ekar bagi menggantikan tapak
masjid Taman Bukit Mewah Lot PTD 39931 seluas 14.776 meter persegi di Mukim Tebrau
Johor Bahru. Lujnah Fatwa yang telah bersidang pada 16 Januari 2004, telah membuat keputusan
bahawa:

Istibdal Syarie adalah diharuskan sama ada dengan tukaran, belian atau
jualan yang tidak mengurangkan keluasan tapak asal.
Keharusan ini adalah secara bersyarat:
Majlis Bandaraya Johor Bahru hendaklah terlebih dahulu membayar
nilaian baki keluasan iaitu 0.84 ekar kepada Majlis Agama Islam Negeri
Johor dengan nilaian semasa, atau;
Majlis Bandaraya Johor Bahru hendaklah terlebih dahulu menggantikan
dengan tapak lain di kawasan lain yang memerlukan tapak masjid
daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru atau memohon daripada pihak
kerajaan.

3.0.6 Keputusan Jemaah Ulama Fatwa Negeri Kelantan

9

Perkara yang sama telah dibincangkan secara panjang lebar oleh Jemaah Ulama Majlis Agama
Islam Kelantan (MAIK) berkenaan tanah-tanah rakyat yang diambil oleh kerajaan sama ada
untuk tujuan pembangunan awam dan juga untuk tapak masjid dan surau. (Lihat Lampiran III)
Walaupun keputusan yang dibuat ini mengkhususkan kepada tanah milik individu, namun secara
tidak langsung ia juga terpakai juga kepada tanah wakaf milik MAIK. Mesyuarat Jemaah
Ulamak

MAIK

pada

17hb.

Julai

1994

telah

mempersetujui:

(http://infad.kuim.edu.my/modules.php)
Bahawa pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan untuk pelaksanaan
rancangan-rancangan kerajaan yang mempunyai muslihat umum
(public purpose) adalah harus
Adapun pengambilan tanah rakyat oleh Kerajaan untuk orang
perseorangan atau projek tertentu maka hukumnya adalah
sebagaimana berikut:
Hukumnya harus jika dipersetujui oleh pemilik tanah

berkenaan;

Jika ianya tidak dipersetujui oleh pemilik tanah tersebut dan tiada apaapa muslihat umum padanya, maka hukumnya tidak harus;
Jika pengambilan tanah itu pada pandangan kerajaan sangat
mendatangkan kebaikan kepada umum dan tidak ada pilihan lain bagi
menggantikannya maka hukumnya harus sekalipun tanpa persetujuan
dari pemiliknya;
Sebarang pengambilan balik tanah tersebut dengan syarat hendaklah
diberi pampasan atau gantirugi yang adil kepada pemiliknya

Segala keputusan yang dibuat oleh Jemaah Ulama adalah berdasarkan kepada dalil-dalil berikut:

i.

Hadith Rasulullah saw yang bermaksud: “Tidak halal harta seseorang Islam
melainkan dengan persetujuan tuannya” dan hadith: “Tiada memudaratkan dan tiada
dimudaratkan.”

ii.

Kaedah Syarak yang berbunyi: “Sebarang tindakan yang dibuat oleh pemerintah ke
atas rakyatnya adalah berasaskan kepada maslahat umum”. Kedudukan pemerintah

10

bagi rakyat adalah sama seperti kedudukan wali atau pengurus terhadap anak-anak
yatim.
Berdasarkan kepada jawapan fatwa yang diputuskan oleh Jemaah Ulama ini, Pentadbir Tanah di
negeri Kelantan telah menjadikannya sebagai prosedur dalam urusan pengambilan tanah bermilik
di negeri tersebut. Fatwa ini dipatuhi sepenuhnya dan diikuti oleh pentadbir–pentadbir tanah.
Pejabat Tanah dan Galian Kelantan (PTG) telah mengeluarkan Surat Pekeliling kepada semua
pentadbir tanah memaklumkan bahawa masalah pengambilan balik tanah di bawah Akta
Pengambilan Tanah 1960 telah dibuat rujukan kepada Majlis Agama Islam Kelantan.
Sehubungan dengan itu pentadbir-pentadbir tanah telah dinasihatkan supaya merujuk terlebih
dahulu kepada fatwa ini sebelum melaksanakan peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960,
Seksyen 3. Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh fatwa berkenaan dibuat. Pejabat Tanah dan
Galian Kelantan telah mengarahkan agar tanah-tanah individu hendaklah dielakkan daripada
diambil dengan cara paksaan untuk membina tapak masjid/ surau, kecuali setelah mendapat
keizinan daripada tuan tanah atau ahli warisnya: (Lihat Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian
Kelantan, Bilangan 5 Tahun 1976)
“...adalah saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa tanah-tanah
untuk tapak surau-masjid yang diwakafkan oleh tuannya sendiri atau
dibeli kemudian diwakafkan oleh pembelinya untuk tujuan yang tersebut
atau diwakafkan oleh penerima-penerima pusaka, maka tanah-tanah
tersebut memanglah tidak berbangkit dari segi hukum syarak. Adapun
tanah yang diambil balik daripada pemiliknya dengan jalan paksa, maka
pengambilannya itu adalah haram dari segi hukum, dan jika dijadikan
juga tapak masjid maka amalan-amalan sembahyang dan lain-lain yang
dikerjakan di atasnya tidak sempurna pahalanya”.

3.0.7 Keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak
Di negeri Perak, (http://infad.kuim.edu.my/modules.php ) Jawatankuasa Syariah Negeri Perak
telah membincangkan isu berkenaan status tanah kurniaan kerajaan yang diberikan kepada
Majlis Agama Islam Perak (MAIP) bagi tujuan aktiviti keagamaan. Antaranya tanah tapak
pembinaan masjid, surau, tapak perkuburan, tapak sekolah agama rakyat dan lain-lain tujuan
bagi manfaat masyarakat Islam di negeri berkenaan. Tanah-tanah ini secara langsungnya turut
11

terlibat dengan pengambilan tanah oleh kerajaan untuk dibangunkan dengan projek-projek
pembangunan. Perkara ini telah dibangkitkan sebagai satu masalah kepada MAIP agar
penggunaannya tidak menyalahi hukum-hukum wakaf dalam Islam jika sekiranya status tanah
tersebut adalah tanah wakaf.
Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah bermesyuarat pada 3 Zulqaedah 1422 bersamaan 17
Januari 2002 kali ke 154 dan telah bersetuju bahawa status tanah-tanah pemberian kerajaan
untuk tujuan rumah ibadat orang Islam, masjid, surau dan tanah perkuburan adalah termasuk
dalam kategori wakaf. Manakala tanah-tanah pemberian kerajaan untuk tujuan pembangunan
dianggap sebagai tanah Baitulmal.
4.0

ANALISA FATWA PENGAMBILAN TANAH WAKAF OLEH PIHAK
BERKUASA NEGERI DI MALAYSIA: HALANGAN DAN KEKANGAN

Secara keseluruhannya, setelah meneliti keputusan minit mesyuarat semua fatwa di Malaysia
begitu bertegas dalam soal pengambilan yang membabitkan tanah wakaf. Sebagai Pemegang
Amanah Tunggal hartanah wakaf adalah menjadi hasrat MAIN untuk mempertahankan seboleh
yang mungkin bagi mengelakkan tanah wakaf diambil khususnya tanah wakaf Khas seperti tapak
masjid/ surau dan kubur. Ini dapat dibukti di Terengganu, walaupun Jawatankuasa Fatwa
mengetahui dari segi undang-undang tanah negara bahawa pentadbir tanah tidak perlu memohon
persetujuan daripada MAIN, namun di atas keprihatinan dan menjaga kemaslahatan hukum
syarak, setiap pengambilan yang dibuat oleh kerajaan hendaklah terlebih dahulu mendapat
keizinan MAIDAM. Prasyarat yang digariskan oleh Jawatankuasa Fatwa ini jelas bertentangan
dengan Akta Pengambilan Tanah 1960, Seksyen 3.
Keadaan yang sama juga berlaku di negeri Kedah, tanah-tanah kubur dan masjid khususnya perlu
dielak sama sekali diambil oleh kerajaan walaupun membabitkan pembangunan awam.
Kebanyakan fatwa negeri-negeri yang diputuskan oleh jawatankuasa masing-masing agak
ringkas dan tidak diperincikan. Aspek metod jawapan fatwa bukan sahaja terlalu ringkas, malah
tidak menyatakan pandangan mazhab, tanpa dalil dan tidak dijelaskan sumber rujukan. (Noor
Naemah Abd Rahman, hlm.5) Berbeza di negeri Kelantan, terdapat fatwa khusus berkaitan
pengambilan tanah milik oleh kerajaan. Majlis fatwa telah membezakan antara pengambilan
tanah yang dipohon oleh kerajaan dengan badan-badan lain seperti agensi swasta. Sekiranya
12

pihak yang mengambil tanah adalah dari badan swasta persetujuan perlu diambil terlebih dahulu
daripada pemilik tanah, sekalipun bagi membina masjid kegunaan ramai. Keizinan adalah
menjadi keutamaan dan prasyarat kepada pengambilan mana-mana tanah bermilik. Keputusan
yang dibuat oleh Majlis Ulama Kelantan ini agak terperinci berbanding negeri lain.

Keputusan semua fatwa negeri bahawa bagi setiap tanah wakaf yang diambil oleh PBN
hendaklah dibayar pampasan sama ada dalam bentuk wang atau tanah. Namun terdapat juga
tanah wakaf yang diambil tanpa dikenakan sebagai pampasan dengan alasan tanah tersebut
belum didaftarkan kepada MAIN. Berdasarkan kepada keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri
Perak berkenaan status tanah kurniaan kerajaan yang diberikan kepada Majlis Agama Islam
Perak (MAIP) bagi tujuan aktiviti keagamaan adalah dianggap sebagai wakaf sebagai tanah
wakaf yang lain. Maka sebarang pengambilan yang membabitkan tanah wakaf hendaklah dibayar
pampasan berdasarkan harga nilaian semasa. Namun oleh kerana tidak ada fatwa yang dibuat di
negeri Kedah, terdapat sekurang-kurang 25 lot tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan.
Daripada jumlah tersebut hanya 16 lot sahaja yang dibayar pampasan oleh kerajaan. Selebihnya
9 lot lagi yang diambil oleh kerajaan tidak dibayar pampasan kerana masih mempunyai status
Rezab Certificate (R/C). Tanah-tanah ini adalah jenis wakaf tapak masjid dan kubur. (Mohd
Afandi Bin Mat Rani, hlm.264-266) Justeru, Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Kedah perlu melihat
dan menilai kembali kes ini kerana hampir separuh daripada tanah wakaf jenis Khas di negeri
Kedah belum didaftarkan dengan MAIK.
Manakala wang pampasan yang dibayar oleh kerajaan hendaklah digunakan untuk membeli
tanah lain sebagai ganti wakaf. Keputusan ini telah disepakati dan dipersetujui oleh semua fatwa
negeri yang terlibat dengan pengambilan tanah wakaf. Pihak yang ditugaskan untuk
mengendalikan tanggungjawab ini adalah diberikan kepada MAIN dan bukannya Pentadbir
Tanah. Di negeri Johor, fatwa negeri telah mengenakan syarat jika diganti dengan tanah, Majlis
Bandaraya Johor hendaklah berusaha mencari tanah untuk urusan penggantian, atau permohonan
boleh dibuat melalui tanah kerajaan. Keputusan ini menepati dengan keadaan semasa hari ini
bahawa penggantian tanah dengan tanah adalah lebih baik berbanding wang pampasan yang pasti
akan menyukarkan MAIJ untuk mencari ganti tanah yang lain. Namun jika dilihat kepada senario
pada hari ini, beban tugas yang diberikan hanya kepada MAIN tanpa campur tangan pihak

13

kerajaan dan pentadbir tanah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku. Ini dapat
dibuktikan hampir keseluruhan tanah wakaf yang diambil oleh PBN sehingga kini belum diganti
dengan tanah yang lain sebagai wakaf. (Ibid., hlm.300-308) Justeru, keputusan Lujnah Fatwa
Negeri Johor boleh diikuti dan diperincikan kepada negeri-negeri yang lain.

Keputusan Fatwa yang dikeluarkan oleh jabatan mufti tidak mengikat keputusan Pihak Berkuasa
Negeri. Hal ini kerana prosedur pengambilan tanah di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta
Pengambilan Tanah 1960 yang mengatasi bidang kuasa MAIN atau pihak mufti. Dalam hal ini
adalah dicadangkan supaya badan fatwa tidak hanya diberi tugas untuk mengeluarkan hukum
sahaja, tetapi lebih daripada itu, keputusan yang dibuat oleh mufti hendaklah mengikat sesuatu
peraturan dan menjadi sebahagian daripada prosedur pelaksanaan. Badan ini juga perlu diberi
peruntukan atau kuasa untuk mempersoalkan sejauhmana fatwa yang dikeluarkannya
dikuatkuasa dan segala apa cadangan dan saranan yang dikemukakan akan dilaksanakan. Dalam
hal ini adalah dicadangkan badan fatwa tidak hanya diberi tugas untuk mengeluarkan hukum
sahaja, tetapi lebih daripada itu, keputusan yang dibuat oleh mufti hendaklah mengikat sesuatu
peraturan dan menjadi sebahagian daripada prosedur pelaksanaan kepada Pihak Berkuasa Negeri
sebagaimana yang dilakukan di negeri Kelantan. Badan ini juga perlu diberi peruntukan atau
kuasa untuk mempersoalkan sejauhmana fatwa yang dikeluarkannya dikuatkuasa dan
dilaksanakan segala apa cadangan dan saranan yang dikemukakan.
Selain itu, beberapa faktor hukum yang menjadi halangan dan kekangan ke arah penyelesaian
tanah-tanah yang diambil oleh PBN hendaklah diteliti semula. Antara yang dibangkitkan ialah
kesukaran untuk mengistibdalkan tanah-tanah yang diambil kerana saiz keluasannya terlalu kecil
dan tanah-tanah ini banyak terikat dengan syarat pewakaf dan konsep Istibdal tidak hanya terikat
tanah dengan tanah atau penggantian diharuskan dengan selain daripada tanah. Dengan bilangan
fatwa yang agak terhad, secara umumnya fatwa yang diputuskan ini mengekalkan apa yang
menjadi amalan secara tradisi di Malaysia iaitu merujuk kepada mazhab Syafi’i sebagai satu-satu
mazhab dalam mengemukakan jawapan terhadap kebanyakan isu yang berbangkit. (Noor
Naemah Abd rahman, Abdul Karim Ali, Ridzwan Ahmad, 2004, hlm.181-188) Begitu juga
aspek lain seperti pelaksanaan konsep ijarah dan pajakan terhadap tanah-tanah PBT bagi
mengelakkan MAIN kehilangan aset wakaf untuk jangka panjang. Semua yang dinyatakan ini
14

memerlukan suatu paradikma hukum yang bersifat kontemporari yang mengambilkira keadaan
dan situasi semasa tanpa.

KESIMPULAN

Hukum pengambilan tanah wakaf secara paksa tidak dinyatakan secara jelas sama ada daripada
di dalam al-Quran atau hadith Rasulullah saw. Amalan ini juga tidak berlaku pada zaman
Baginda dan para sahabat. Justeru, pelaksanaan pengambilan tanah wakaf yang dilakukan oleh
pihak berkuasa adalah termasuk dalam perbincangan fiqh semasa yang memerlukan kepada
persoalan ijtihadiyyah dengan merujuk kepada kaedah-kaedah Fiqh (Qawa„id al-Fiqhiyyah)
yang mampu menyelesaikan pelbagai permasalahan semasa yang berlaku pada zaman ini.

Hukum pengambilan tanah wakaf di dalam Islam yang diadaptasikan daripada pengecualian
hukum asal memerlukan kepada suatu prosedur yang konkrit dan jelas agar pelaksanaannya tidak
mencetuskan kezaliman dan menimbulkan penganiayaan kepada salah satu pihak terutama
kepada pemilik tanah yang dilucutkan hak milik mereka. Pengambilan tanah wakaf oleh kerajaan
adalah bergantung kepada syarat-syarat yang ketat berbanding pengambilan tanah individu atau
orang perseorangan. Ini berikutan konsep ibadat wakaf dalam Islam dan pengambilan tanah oleh
pihak berkuasa mempunyai matlamat dan tujuan yang sama iaitu untuk kepentingan umum.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa atau Jemaah Fatwa Negeri hendaklah berperanan
memutuskan sesuatu fatwa dengan mengambilkira persekitaran dan keperluan semasa atau
dikenali sebagai fatwa kontemporari. Fatwa yang dikeluarkan hendaklah dalam bentuk yang
lebih jelas dan diselaraskan di peringkat negeri dan juga kebangsaan. Setiap keputusan fatwa
yang diputuskan juga hendaklah mempunyai pendirian yang tegas bahawa tanah-tanah wakaf
perlu dielakkan daripada diambil oleh kerajaan dengan sewenang-wenangnya atau mana-mana
badan swasta bagi tujuan pembangunan.

15

RUJUKAN
Ahmad Hidayat Buang et. al. (ed.), Fatwa di Malaysia, cet.1, Kuala Lumpur: Jabatan Syariah
dan Undang-undang Universiti Malaya.
Cawangan Syariah UITM (2004), Pengurusan Fatwa Di Malaysia, Jurnal Penyelidikan Islam,
JAKIM, bil.17, 2004.
Himpunan fatwa Negeri Kedah (t.t.), jld.1,2 dan 3, Jabatan Mufti Negeri Kedah dengan
Kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
Himpunan Keputusan Fatwa Negeri Johor (t.t), Majlis Agama Islam Johor.
Ismail bin Yusof (1996), Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, jld.1, cet.3, Dian
Darul Naim Sdn Bhd.
Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid (2004), “Fatwa dan Isu Semasa: Masalah dan Cabaran di
Malaysia”, Jurnal Syariah, jld.12, bil.2, Julai 2004.
Mohd Afandi Bin Mat Rani (2008), Pengambilan Tanah Wakaf Oleh Pihak berkuasa Negeri:
Analisis Menurut Hukum Syarak dan Aplikasinya di Malaysia, Tesis Ph.D, Universiti
Malaya
Muhammad Zubir Awang (1998), Himpunan Jawapan Kemusykilan-kemusykilan Agama,
cet.1, Kuala Terengganu: Jabatan Mufti Negeri Terengganu.
Nooh Gadut (2003), “Kedudukan dan Peranan Fatwa dalam Pelaksanaan Undang-undang
Syariah di Malaysia”, (Kertas Kerja Seminar Perundangan Syariah Ke Arah Mewujudkan
Kerangka Perundangan Islam yang Lebih Lengkap dalam Sebuah Negara Islam: Kes Malaysia,
Anjuran Kerajaan Negeri Selangor, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan
Kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor, Pada 10 Disember 2003).
Noor Naemah Abd Rahman, Luqman Hj Abdullah, Anisah Abd Ghani (2006), “Fatwa-fatwa
Wakaf di Malaysia: Analisa Khusus di Negeri Kelantan”, (Konvensyen Wakaf Kebangsaan
2006, Pada 12-14 September 2006, Anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, di Hotel Legend
Kuala Lumpur).
Noor Naemah Abd rahman, Abdul Karim Ali, Ridzwan Ahmad (2004), “Keterikatan fatwa
Kepada Mazhab Syafi’i: Analisis Terhadap Fatwa-Fatwa Jemaah Ulama Majlis Agama Islam
dan Adat Istiadat Melayu Kelantan”, Prosiding Seminar Kebangsaan Usul Fiqh (SUFI), Kolej
Universiti Islam Malaysia (KUIM), pada 15-16 Disember 2004, di Institut Latihan Keselamatan
Sosial KWSP (ESSET), Kajang Selangor
Suwaid Tapah (2004), “Perundangan dan Penguatkuasaan Fatwa”, dalam Ahmad Hidayat
Buang, et. al (ed), Fatwa di Malaysia, cet.1, Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Undangundang Universiti Malaya.

16

TEMUBUAL
En. Mohd Hairul Amin bin Mohd Sis, Ketua Bahagian Wakaf dan Sumber Am, Majlis Agama
Islam Melaka (MAIM), pada 15/11/2006, di Pejabat MAIM.
LAPORAN/ MINIT MESYUARAT
Fail MAIDAM (03-003/4 (28). Kes tuntutan pampasan bagi pengambilan tanah tapak
perkuburan Lot 609 Mukim Bukit Payong, Terengganu
Fail Pengambilan Tanah Wakaf 03-003 (34).
Rujukan (2) dlm. JMJ606/ WAKAF (W)-2/2004.
Jabatan Mufti Negeri Terengganu, bil (53), JMN.Tr. 1/4. 13hb. Disember 1990.
Majlis Agama Islam Melaka, Pewartaan 2 Februari 1995. No.54.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 10hb. Julai 2005.
Surat Pekeliling, Pengarah Tanah dan Galian Kelantan, Bilangan 5 Tahun 1976.
Surat Mufti kepada PTD KT( MAIDAM 01-006/14 Bhg 9-9-(50) bertarikh pd 18/Nov/1997).

SENARAI STATUT
Akta Pengambilan Tanah 1960, Seksyen 3
Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Melaka (No.5/1991) Seksyen 33(1)(2)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor (bil.14/1978) Seksyen 15(1)
Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Kedah (No.9/1962) Seksyen 36(1)
Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (bil.2/1986) Seksyen 24(1)
INTERNET
http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=1192,
Januari 2006.

20

http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2077,
Januari 2006

20

http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=1727,
Januari 2007.

20

17

http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=4304, 20
Januari 2006.
http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2092 20
Januari 2006.

LAMPIRAN 1
FATWA BAYARAN PAMPASAN BAGI PENGAMBILAN TANAH WAKAF

Rujukan pewartaan 2 Feb. 1995. No.54
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang yang telah diberikan oleh seksyen 30 (1) Enakmen
Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991, Mufti Negeri Melaka bagi pihak dan atas
nama Jawatankuasa Syariah membuat fatwa yang berikut:
A) Bahawa menurut hukum syarak tanah-tanah wakaf tidak boleh dijual beli, tidak boleh
diberikan kepada sesiapa dan tidak boleh dipindah milik. Demikianlah sebagaimana yang
berlaku pada wakaf sayyidina Umar al-Khattab r.a. tanahnya di Khaibar, yang mana
menjadi wakaf yang pertama dalam Islam
B) Bahawa menurut seksyen 37, Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka)
1991, tanah-tanah wakaf di negeri Melaka ini terletak pada Majlis Agama Islam sebagai
pemegang Amanah yang Tunggal
C) Oleh yang demikian, jika tanah wakaf diambil balik oleh pihak berkuasa negeri kerana
apa jua sebab, maka pampasan wajiblah dibayar baginya dan wang pampasan itu
hendaklah terletak hak dan dibayar kepada Majlis Agama Islam, supaya diganti tanah lain
sebagai mengekalkan wakaf dan menunaikan kehendak yang berwakaf

18

LAMPIRAN II

FATWA PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI JOHOR

BIL

1

PERKARA

Fatwa Pengambilan
Tanah Wakaf Tapak
Masjid Taman Munsyi
Ibrahim Lot PTD 84437
seluas 4,4923 ekar bagi
menggantikan tapak
masjid Taman Bukit
Mewah Lot PTD 39931
seluas 14, 776 Mp di
Mukim Tebrau Johor
Bharu.

NO:RUJ/
TARIKH
PERSIDANGAN

FATWA

1. 1. Istibdal Syarie diharuskan sama ada
(2) dlm.JMJ06/
tukaran, belian dan jualan yang tidak
WAKAF(W)mengurangkan keluasan tapak asal
2/2004
2. 2. Tapak Masjid Taman Munsyi Ibrahim
3 Februari 2004/
Lot PTD 84437 seluas 4,4923 ekar
12 Zulhijjah 1424
manakala tapak masjid Taman Bukit
Mewah Lot PTD 39931 seluas 3.65
ekar dan mempunyai perbezaan lebih
kurang 0.84 ekar
16 Januari 2004
Keputusan
Istibdal adalah diharus dengan beberapa
syarat:
1. Majlis Bandaraya Johor Bharu
hendaklah terlebih dahulu membayar
nilaian baki keluasan iaitu 0.84 ekar
kepada Majlis Agama Islam Johor
dengan nilaian semasa atau;
2. Majlis Bandaraya Johor Bharu
hendaklah terlebih menggantikan
dengan tapak lain di kawasan lain
yang memerlukan tapak masjid
daripada Majlis Bandaraya Johor
Bahru atau memohon dengan
kerajaan.

LAMPIRAN III
FATWA PENGAMBILAN TANAH WAKAF DI NEGERI KELANTAN
Satu kertas mengenai perkara yang tersebut diatas dibentang dalam mesyuarat untuk mendapat
keputusan fatwa. Menurut kertas tersebut, amalan pengambilan balik tanah rakyat oleh kerajaan
19

adalah merupakan suatu perkara biasa untuk tujuan tertentu menurut kuasa yang diberikan oleh
(Akta Pengambilan Tanah 1960)
Mesyuarat telah membincang masalah tersebut dan bersetuju memfatwakan sebagaimana
berikut:(1) Bahawa pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan untuk perlaksanaan rancangan-rancangan
kerajaan yang mempunyai maslahat umum adalah harus.
(2) Adapun pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan untuk perseorangan atau untuk projek yang
tertentu maka hukumnya adalah sebagaimana berikut:- hukumnya harus jika dipersetujui oleh pemilik tanah berkenaan.
- Jika ianya tidak dipersetujui oleh pemilik tanah tersebut dan tiada apa-apa maslahat umum
padanya, maka hukumnya tidak harus.
- Jika pengambilan tanah itu pada pandangan kerajaan sangat mendatangkan kebaikan kepada
umum dan tiada pilihan lain bagi menggantikannya maka hukumnya harus sekalipun tanpa
persetujuan dari pemiliknya.
(3) Sebarang pengambilan balik tanah tersebut dengan syarat hendaklah diberi suatu pampasan
yang adil kepada pemiliknya.
(4) Keputusan itu bersandarkan kepada nas-nas berikut:(1) Hadis Rasulullah (s.a.w) yang berbunyi:(‫)نفس طيب عن إال هسلن اهزئ هال يحل ال‬
Maksudnya: tidak halal harta seseorang Islam melainkan dengan persetujuan tuannya.
(‫)ضزار وال ضزر ال‬
Maksudnya: tiada memudaratkan tiada dimudaratkan.
(2) Kaedah syar’I yang berbunyi: tasrif ‫( بالوصلحة هنىط الزعية على األهام‬sebarang tindakan yang
dibuat oleh pemerintah ke atas rakyat adalah ditilik kepada maslahat umum. Dalil bagi kaedah
tersebut ialah berdasarkan hadis (‫ )اليتين هن الىلي هنزلة الزعية هن األهام هنزلة‬kedudukan pemerintah bagi
rakyat sama seperti kedudukan wali atau pengurus terhadap anak yatim.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Kelantan
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan
Sumber:
http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=4304 20
januari 2007
Tarikh Diisu : 1994

LAMPIRAN IV
FATWA PENGAMBILAN SEMULA TANAH WAKAF DI NEGERI PERAK

20

1. LATAR BELAKANG.
1.1 Kerajaan Negeri Perak, dari masa ke semasa telah dan akan mengurniakan tanah kepada
Majlis Agama Islam Perak bagi tujuan-tujuan pembinaan masjid, surau, tapak perkuburan,
sekolah agama rakyat dan lain-lain tujuan pembangunan Islam.

1.2 Kadangkala timbul masalah apabila tanah-tanah tersebut mahu dimajukan dengan melibatkan
pengambilan semula oleh kerajaan dan projek-projek pembangunan yang lain.
1.3 Satu keputusan fatwa perlu di adakan dengan jelas terhadap isu tersebut agar penggunaannya
tidak menyalahi hokum-hukum waqaf dalam Islam jika sekiranya status tanah tersebut adalah
tanah waqaf.
1.4 Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah bermesyuarat pada 3 Zulqaedah 1422 bersamaan
17 Januari 2002 kali ke 154 telah membincang meneliti dan membahas perkara berkenaan.
1.5 Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat seperti berikut:

1.5.1 SS Dato' Seri (Dr) Hj Harussani bin Haji Zakaria - Pengerusi
1.5.2 SF Tuan Hj Mohd Yusof Hussin
1.5.3 AF Dato' Hj Abdul Rahman Osman
1.5.4 AF Tuan Haji Abdul Majid Zainal Abidin
1.5.5 AF Tuan Hj Mat Hashim Anang
1.5.6 AF Prof Madya Hj Mohd Salleh Hj Ahmad
1.5.7 Tuan Hj Abdul Latif Abdul Rahman
1.5.8 Tuan Haji Abdul Rahman Salleh
1.5.9 Tuan Haji Muhd Rivai Batu Bara
2. KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH.
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak kali ke 154 yang bersidang pada hari ini 3 Zul
qaedah 1422 bersamaan 17 Januari 2002 bersetuju bahawa tanahtanah pemberian kerajaan untuk
tujuan rumah ibadat orang Islam, masjid, surau dan tanah perquburan adalah dikira waqaf
manakala tanah-tanah pemberian kerajaan untuk tujuan pembangunan adalah dikira sebagai harta
baitul mal.
3. DALIL DAN HUJJAH
3.1 Dipetik dari kitabAsna al-Matholib Syarh Raudhi al-Tholib, (‫) الطالب روض شزح الوطالب أسنى‬
21

karangan al-Qadhi Abi Yahya Zakaria al-Ansori al-Syafie, jilid ke-5;
Syarat bagi orang yang mewaqafkan adalah ahliyah at-Tabrru' maka sah waqaf dari orang kafir
untuk tujuan pembinaan masjid walaupun bukan atas tujuan taqarrub kepada Allah begitu juga
sah waqaf dari hamba mub'idh bukan hamba mukatab , begitu juga tidak sah waqaf dari seorang
muftis dan juga waqaf seorang yang masih dijagai hartanya oleh walinya dan waqafnya
diuruskan oleh walinya Seorang Pemerintah sah waqafnya dari baitul mal untuk pihak-pihak
tertentu pendapat ini seperti yang difatwakan oleh Ibnu Solah dan Imam An Nawawi.
3.2 Dipetik dari kitab (‫)الشافعي اإلهام هذهب على الونهجي الفقه‬al-Fiqh al-Manhaji 'Ala Mazhab al-Imam
as-Syafie, juzuk ke-5, m/s 17 - Bab Waqf Imam al-Muslimin wa Khalifatuhum min Bait al-Mal
(‫) الوسلوين هال بيت هن وخليفتهن الوسلوين إهام وقف‬
Waqaf Pemerintah Muslim dari harta Baitul Ma
lUlama'-ulama' mazhab Syafie telah mengharuskan bagi Imam-imam(pemerintah) muslimin dan
khalifahnya untuk mewaqafkan sebahagian dari tanah-tanah baitul mal jika tindakan itu
membawa kemaslahatan kepada umat Islam. Dalam hal ini mereka mengecualikan syarat
sempurna milik bagi pewaqaf disebabkan khalifah tidak memiliki harta-harta baitulmal,
walaupun begitu mereka berpendapat bahawa sah waqaf berkenaan . Mereka berdalil kepada
waqaf yang telah di lakukan oleh Omar AI Khattab semasa beliau memegang jawatan khalifah
yang dikenali sebagai waqaf Sawwad al-'Iraq. Telah berkata Imam Nawawi Rahimahullah di
dalam Raudhah ''Jika Imam berpandangan untuk mewaqafkan tanah rampasan perang
sepertimana yang dilakukan oleh Omar r.a hukumnya adalah harus jika mendapat persetujuan
dari mereka yang berhak terhadap harta itu samada persetujuan mereka dengan penggantian hak
mereka atau selainnya.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Perak
Badan yang mengisu fatwa : Dato’ Seri haji Harussani B. Zakaria
Penulis/Ulama : Dato’ Seri haji Harussani B. Zakaria
Sumber:http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2
092, 20 Januari 2006

22